| /// |
|
| Search : Fds News | Page 1 |
|
Elaun FDS RM30: Nak beli kopi pun tak lepas ??? Lingeshwaran - Mygazette - 10/09 8:08 am # Elaun FDS RM30: Nak beli kopi pun tak lepas Lingeshwaran KUALA LUMPUR - Hampir lima dekad berlalu, kos sara hidup berubah dan harga barangan meningkat tetapi elaun penerbangan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih kekal RM30 seperti ditetapkan pada 1978 |
|
Perkhidmatan FDS diteruskan, KKM utamakan keselamatan pesakit - Mygazette - 10/09 8:08 am # Perkhidmatan FDS diteruskan, KKM utamakan keselamatan pesakit KUALA LUMPUR - Perkhidmatan penerbangan FDS di Sarawak akan diteruskan, khususnya bagi keperluan perubatan kecemasan dan pengangkutan pesakit kritikal, kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad |
|
Nahas Helikopter: Debra Seorang Yang Ceria, Gemar Memasak Untuk Keluarga - Adik - Siakapkeli - 9/09 11:18 pm Debra Moset, jururawat yang maut dalam nahas helikopter FDS di Long Lellang, dikenang adiknya sebagai seorang ceria, rapat dengan keluarga dan gemar memasak setiap kali pulang ke kampung. |
|
Dakwaan elaun petugas FDS RM30: KKM kemuka cadangan semakan sejak November 2025 - Sinarharian - 9/09 9:35 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengemukakan cadangan berkaitan elaun petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), yang didakwa dibayar pada kadar RM30, untuk pertimbangan pihak berwajib sejak November tahun lepas.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu merupakan antara usaha kementerian dalam memastikan kebajikan petugas kesihatan yang terlibat dalam perkhidmatan FDS diberikan perhatian sewajarnya."Antara cadangan yang kami angkat adalah elaun FDS, yang telah pun kita angkat pada tahun lalu, penghujung tahun lalu, bulan November secara tepatnya 2025."Kita tahu kita perlu memberikan yang sewajarnya |
|
Nahas helikopter FDS: Penolong pegawai perubatan imbau pengalaman naik .. - Hmetro - 9/09 8:00 pm Kuala Lumpur: Insiden nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak, semalam mengimbau kembali pengalaman seorang penolong pegawai perubatan yang pernah menaiki helikopter berkenaan ketika bertugas di kawasan pedalaman |
|
KKM digesa tangguh FDS, pastikan helikopter selamat - FMT - 9/09 7:09 pm Hartal Doktor Kontrak berkata Putrajaya tidak seharusnya membenarkan perkhidmatan itu diteruskan tanpa memastikan keselamatannya terlebih dahulu. |
|
Lima mangsa nahas helikopter rentung, identiti dikenal pasti menerusi pengecaman barang peribadi - Sinarharian - 9/09 7:06 pm MIRI - [DIKEMAS KINI] Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, semalam.Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, identiti kelima-lima mangsa dikenal pasti melalui pengecaman barangan peribadi yang berada pada jasad mangsa, cebisan pakaian serta kedudukan tempat duduk di dalam helikopter.Beliau berkata, mayat telah dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat serta proses pengecaman."Kesemua mereka dalam keadaan rentung kerana apabila helikopter terhempas, ia terus terbakar."Tidak ada satu mangsa yang kita jumpai dalam keadaan sempurna."Pengecaman secara rasmi akan dibuat di hospital dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga telah diambil," katanya pada sidang media mengenai insiden berkenaan di Lapangan Terbang Miri, hari ini.Mangsa yang terkorban ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pegawai perubatan Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.Kesemua keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkembangan terkini tragedi itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuSemalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport).Menurut CAAM, pihaknya menerima maklumat tentang kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada 3.58 petang dan helikopter tersebut sedang menjalankan operasi penerbangan FDS.Mohamad Zainal berkata siasatan awal mendapati beberapa saksi telah melihat kepulan asap dan api pada helikopter berkenaan sebelum ia terhempas.Beliau berkata penduduk kampung turut membantu memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang terdapat di lapangan terbang berkenaan, namun mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri."Daripada kedudukan helikopter, saya percaya mungkin juruterbang berusaha untuk mendaratkannya dengan selamat kerana ia berada betul-betul di hujung landasan |
|
Hubline sahkan helikopter dikendalikan unitnya terlibat kemalangan di Long Lellang - Sinarharian - 9/09 6:53 pm KUALA LUMPUR - Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hubline menjelaskan bahawa helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu sedang menjalankan penerbangan perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kemalangan tersebut berlaku."Helikopter tersebut sedang mengendalikan penerbangan FDS dengan membawa lima individu termasuk juruterbang," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal duniaNahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsaNahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhirNahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - IbuMenurut syarikat itu lagi, LLA telah mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berikutan kejadian tersebut dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, di samping menyediakan segala bantuan yang diperlukan.Hubline menambah bahawa lembaga pengarahnya sedang menilai kesan kemalangan itu terhadap operasi dan kewangan kumpulan tersebut.Dalam kejadian pada Selasa, sebuah helikopter terhempas berhampiran STOLport Long Lellang iaitu kawasan pedalaman di dalam daerah Marudi di utara Sarawak pada kira-kira 3.40 petang, yang mengorbankan juruterbang dan empat kakitangan Kementerian Kesihatan |
|
Tangguh sementara FDS, teliti semula elaun petugas kesihatan berisiko - Hartal Doktor Kontrak - Sinarharian - 9/09 5:56 pm SHAH ALAM - Kerajaan digesa menangguhkan sementara Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) sehingga pemeriksaan lengkap dan menyeluruh terhadap semua helikopter berusia, kemudahan, rekod penyelenggaraan serta prosedur operasi selesai dijalankan pihak berkuasa kawal selia berkaitan.Jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Menteri Kesihatan perlu mengambil kira perasaan ahli keluarga mangsa serta petugas kesihatan yang terkesan dengan tragedi nahas helikopter pada Selasa, sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan kesinambungan perkhidmatan itu."Ya benar, perkhidmatan ini penting untuk rakyat tetapi kami baru kehilangan rakan-rakan sekerja."Tunjukkan sifat empati kepada staf anda |
|
US Embassy pays tribute to 'heroes' killed in Sarawak FDS helicopter crash - Sinardaily - 9/09 4:51 pm KUALA LUMPUR - The US Embassy in Kuala Lumpur has paid tribute to the pilot and four Health Ministry (MOH) personnel who perished in the Flying Doctor Service (FDS) helicopter crash in Sarawak on Tuesday, describing them as heroes on a mission to bring healthcare to remote communities.In a Facebook post, the embassy expressed its condolences and said it mourned the terrible loss and honoured the lives of those who gave their time, their skills and ultimately their lives in service to others."Heroes run toward those in need |
|
Cabinet expresses condolences to families of five killed in Sarawak FDS helicopter crash - Malaymail - 9/09 4:40 pm KUALA LUMPUR, Sept 9 The Cabinet today expressed its condolences to the families of the five victims who died in... |
|
Nahas helikopter: Keluarga pasti merindui masakan Debra - Sinarharian - 9/09 4:21 pm PADAWAN - Juadah rendang daging hasil air tangan Debra Moset kini hanya tinggal kenangan selepas jururawat itu disahkan antara lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan Doktor Udara (FDS) berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada Selasa.Memetik laporan Suara Sarawak, adiknya, Morgan Moset, 39, berkata, kepulangan Debra setiap kali musim perayaan atau cuti persekolahan sentiasa membawa kemeriahan kepada keluarga, malah memberi peluang kepada ibu mereka berehat daripada tugas di dapur.Menurutnya, anak keempat daripada enam beradik itu gemar memasak dan rendang daging menjadi hidangan wajib untuk dinikmati bersama seluruh keluarga terutama ketika menyambut Gawai dan Krismas."Kalau dia balik, mak tidak perlu masak |
|
Sarawaks Flying Doctor Service To Continue – Here’s What They’ve Been Doing For Decades - Rakyatpost - 9/09 4:14 pm Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad says the government has no plans to halt the FDS following a helicopter crash near Long Lellang, Sarawak. |
|
RM30 FDS allowance review proposal submitted since November 2025, says Dzulkefly - Sinardaily - 9/09 3:34 pm KUALA LUMPUR The Health Ministry (MOH) has submitted a proposal to review the allowance for personnel involved in the Flying Doctor Service (FDS) in November 2025.Its minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said the proposal was part of the ministrys efforts to ensure the welfare of healthcare personnel serving under the FDS received due attention, amid claims on social media that they received only RM30 as an allowance.Among the proposals we raised was the FDS allowance, which we had already raised last year, in November.We know that we need to provide what is appropriate |
|
Sarawak govt to channel RM100,000 to each family of FDS helicopter crash victims - Malaymail - 9/09 3:22 pm KUCHING, Sept 9 The Sarawak State Government will channel a contribution of RM100,000 to each family... |
|
'Kami sudah ada janji dengan pesakit' Kata petugas FDS sebelum helikopter terhempas - Sinarharian - 9/09 3:21 pm MIRI "Tak boleh aunty, sebab kami sudah ada janji dengan pesakit."Itu jawapan seorang anggota pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) kepada peniaga di Long Siut ketika ditanya mengapa mereka masih meneruskan perjalanan ke Long Lellang, Sarawak walaupun keadaan cuaca ketika itu kurang baik akibat jerebu.Memetik laporan The Borneo Post, peniaga berkenaan, Bungan Tegong, 61, berkata, helikopter FDS terbabit sempat mendarat di Long Siut sekitar tengah hari Selasa sebelum kru singgah di kedai runcit miliknya untuk berehat, minum dan membeli beberapa barangan.Menurut Bungan, kru terbabit berada di kedainya kira-kira sejam dan beliau sempat berbual dengan seorang anggota wanita yang memakai tudung."Dia beritahu saya mereka akan pergi ke Long Lellang |
|
Nahas helikopter FDS: KKM tunggu rekod penyelenggaraan pesawat - Sinarharian - 9/09 2:54 pm KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menunggu rekod lengkap penyelenggaraan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sudah meminta pasukannya mendapatkan keseluruhan sejarah penyelenggaraan helikopter berkenaan, namun maklumat itu masih belum diterima."Saya sudah meminta pasukan saya mendapatkan maklumat berkenaan, namun setakat ini saya masih belum menerima rekod tersebut."Mereka akan memberikan keseluruhan sejarah penyelenggaraan kerana ia dilakukan secara berkala dan kita tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dzulkefly berkata demikian ketika ditanya mengenai kali terakhir helikopter terbabit menjalani penyelenggaraan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.Beliau menjelaskan, penyelenggaraan helikopter berkenaan dilaksanakan oleh syarikat yang dikontrakkan bagi menyediakan perkhidmatan tersebut kepada KKM.Katanya, kementerian menjangkakan maklumat lengkap mengenai sejarah penyelenggaraan helikopter terbabit dapat diperoleh dalam masa terdekat."Kita telah kontrak perkhidmatan itu dan sudah tentu kita mahu aspek keselamatan (terjamin) |
|
FDS to continue as BO-105 helicopter safety concerns undergo review - Sinardaily - 9/09 1:54 pm KUALA LUMPUR The Health Ministry (MOH) will continue operating the Flying Doctor Service (FDS) to ensure healthcare access for remote communities, even as it assesses safety concerns surrounding the BO-105 helicopter following a fatal crash in Long Lellang, Sarawak.Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said there was no reason to halt the service, describing it as crucial for people living in remote areas, and that a decision on the BO-105's future use would only be made once the safety assessment is complete."One of the main goals of the FDS is to achieve universal health coverage, and we will strengthen and continue providing it," he said at a special press conference at the JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, held in conjunction with the 17th Asean Health Ministers' Meeting and Related Meetings (17th AHMM).He noted that MOH has no helicopter assets of its own and has always relied on contracted helicopters for the FDS since it began operating in the 1970s, unlike its boat and other transport assets which is why continuing the service does not hinge on the outcome of the BO-105 review.Health director-general Datuk Seri Dr Mahathar Abd Wahab, speaking at the same press conference, said the ministry recognised the FDS's importance to deep rural communities in Sarawak, but that helicopter safety fell under the jurisdiction of the relevant authorities, whose findings would guide any decision on the BO-105's continued use.Turning to the crash itself, Dzulkefly said MOH's priorities were the welfare of the victims' families and the continuity of healthcare services |
|
Nahas helikopter FDS: Kelulusan penerbangan bukan bidang kuasa KKM - Sinarharian - 9/09 1:07 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kebenaran penerbangan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa tertakluk kepada kelulusan agensi berkaitan dan bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, setiap penerbangan sama ada menggunakan helikopter atau kapal terbang perlu mematuhi prosedur keselamatan tertentu sebelum kebenaran diberikan."Sebarang aspek penerbangan sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya, prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi dan barulah mereka diberikan kebenaran untuk terbang."Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak, ia tertakluk kepada kelulusan daripada agensi berkenaan, bukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan bagaimana helikopter FDS terbabit dibenarkan melakukan penerbangan dalam keadaan yang dilaporkan berjerebu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Dr Mahathar berkata, penjelasan lanjut mengenai kebenaran penerbangan itu perlu diperoleh daripada pihak berkuasa berkaitan."Dalam kes semalam, penerbangan telah berlaku |
|
Flying Doctor Service to continue despite Swak chopper crash, says Dzulkefly - FMT - 9/09 12:45 am Health minister says they are gathering the helicopters maintenance records and that FDS aircraft undergo routine maintenance. |
|
Health Ministry pledges aid and support to families of FDS helicopter crash victims - Sinardaily - 9/09 12:35 am KUALA LUMPUR - The Health Ministry will channel ex-gratia payments ranging from RM50,000 to RM150,000 to the families of health workers killed in Flying Doctor Service (FDS) helicopter crash in Long Lellang, Sarawak on Tuesday.Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said the amount would be determined by the victim's length of service.Speaking at a special press conference in conjunction with the 17th Asean Health Ministers' Meeting and Related Meetings (17th AHMM), here, Dzulkefly said financial contributions to the victims' families would be channelled through the Health Ministry Sports and Welfare Club headquarters (KESKIP).Beyond financial aid, he said the ministry's Mental Health and Psychosocial Support team had been mobilised to assist grieving relatives through Psychological First Aid (PFA) services and ongoing emotional support.The same team, he said is also providing post-trauma support to surviving members of the FDS unit."This tragedy is an extremely heavy test and a loss deeply felt by all of us |
|
Nahas helikopter FDS: KKM akan teruskan Perkhidmatan Doktor Udara - Sinarharian - 9/09 12:26 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) meskipun berlaku nahas helikopter perkhidmatan itu berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada keperluan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan yang memainkan peranan penting dalam memastikan liputan kesihatan sejagat khususnya kepada masyarakat di kawasan pedalaman."Kita akan meneruskannya, tiada keperluan (menghentikan) khidmat itu kerana antara perkara penting untuk kita capai dalam perkhidmatan FDS ini adalah liputan kesihatan sejagat."Jadi kita akan teruskan, kita akan memperkasa dan akan terus memberikan perkhidmatan ini," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang.KKM pula memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi selain seorang juruterbang.Sementara itu, Dzulkefly menjelaskan, FDS selama ini dilaksanakan menerusi pendekatan kontrak dengan KKM tidak memiliki sendiri aset helikopter antaranya mengambil kira aspek penyelenggaraan.Katanya, keadaan itu berbeza dengan beberapa aset lain termasuk bot dan kenderaan bergerak yang dimiliki kementerian bagi memberikan perkhidmatan kesihatan."FDS ini sentiasa kita kontrakkan |
|
Nahas helikopter FDS: Operasi bawa keluar semua mangsa giat dijalankan - Sinarharian - 9/09 12:23 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Operasi membawa keluar semua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada petang Selasa sedang giat dijalankan pasukan penyelamat.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, operasi itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), manakala Hospital Miri sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima mangsa."Setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat iaitu PDRM dan JBPM."Selain itu, pihak Hospital Miri telah bersiap sedia sepenuhnya di semua peringkat untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.Pada Selasa, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak.KKM dalam kenyataan memaklumkan helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.Antara mangsa disahkan oleh keluarga ialah Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, dan Dr Ainul Baraah Kamarudin, 32 |
|
Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas – .. - Mygazette - 9/09 7:52 am # Empat petugas KKM antara lima dalam helikopter FDS terhempas - Dzulkefly KUALA LUMPUR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi insiden sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang, Sarawak, petang tadi |
|
'Baru dua hari anak pulang ke Sarawak, dapat berita buruk' - Bapa Dr Ainul - Sinarharian - 9/09 7:25 am Masa balik bercuti baru-baru ini, kami nampak dia macam lain daripada biasa, wajahnya nampak berseri dan berbeza."Dia tidak pernah menyusahkan kami dan sejak kecil tidak pernah melawan, dia seorang anak yang patuh. Setiap kali dia balik rumah dia akan masak," katanya.Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching, Sarawak, hari ini.Menurut CAAM, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi FDS ketika kejadian.Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan (PPP) serta dua jururawat yang sedang menjalankan tugas rasmi.Dalam pada itu, Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang ketika dihubungi mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian kira-kira 3.40 petang.Selain Dr Ainul Dr Ainul Baraah, media melaporkan empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Kapten Zainol Afriq, penolong pegawai perubatan Alexson Adit dan dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya |
|
Nahas helikopter: FDS talian hayat kesihatan penduduk pedalaman Sarawak - Astroawani - 9/09 6:30 am FDS yang diperkenalkan di Sarawak pada 1973 menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di kawasan terpencil dan sukar diakses. |
|
Nahas Helikopter: FDS Talian Hayat Kesihatan Penduduk Pedalaman Sarawak - Siakapkeli - 8/09 11:22 pm Pasukan Flying Doctor Services yang terlibat dalam nahas helikopter di Long Lellang ialah perkhidmatan penting bagi akses rawatan kesihatan penduduk pedalaman Sarawak. |
|
Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir - Sinarharian - 8/09 11:15 pm KOTA BHARU "Dr Ainul ada menyuarakan hasratnya untuk menyambung pengajian dan menjadi doktor pakar. Itulah perbualan terakhir kami."Demikian luahan bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak pada Selasa.Bapanya, Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru, berkata hasrat tersebut disampaikan oleh anaknya ketika pulang ke kampung bersama suami, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, pada cuti sekolah baru-baru ini."Sebagai bapa saya menyokong hasrat itu dan memaklumkan kepadanya supaya mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu."Kami gembira apabila mengetahui perancangannya untuk melanjutkan pengajian sebagai doktor pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian |
|
Nahas helikopter KKM: FDS diperkenal tahun 1973, talian hayat penduduk Sarawak - Kosmo - 8/09 11:14 pm KUCHING – Pasukan Perkhidmatan Doctor Udara (FDS) yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas di Long Lellang petang tadi merupakan antara perkhidmatan penting dalam memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sarawak mendapat akses kepada rawatan kesihatan |
|
Lima Mangsa Nahas Helikopter FDS Di Long Lellang Disahkan Maut - Ohmedia - 8/09 10:26 pm Lima mangsa nahas helikopter FDS di Long Lellang disahkan maut selepas pesawat terhempas di hujung landasan STOLport |
|
Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa - Sinarharian - 8/09 9:43 pm SHAH ALAM - Seorang pengguna Threads memaklumkan abang iparnya antara lima individu berada di dalam helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak pada petang Selasa.Menerusi perkongsian akaun Threads @_.aimnsuhaimi, pihaknya turut memohon orang ramai untuk membacakan al-Fatihah kepada kesemua kru, termasuk abang iparnya itu.ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAMNahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan Polis SarawakNahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsaNahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - KeluargaResiden Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia"Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada semua kru termasuk abang ipar saya."Abang ipar saya salah seorang mangsa helikopter terhempas di Long Lellang |
|
Helicopter crash: FDS a lifeline to rural Sarawak communities - Sinardaily - 8/09 9:29 pm KUCHING - The Flying Doctor Service (FDS) team involved in the helicopter crash near Long Lellang this afternoon is one of the active teams providing healthcare services to residents in remote areas of Sarawak.According to the Ministry of Health (MOH), the FDS was introduced in Sarawak in 1973 and plays a vital role in delivering healthcare services to communities in hard-to-reach areas.Through regular visits, the service provides medicines and vaccines, as well as medical evacuation missions for critically ill patients.On April 8 this year, Sarawak Health director Dr Veronica Lugah was reported as saying that the FDS initiative in the state would be further strengthened to ensure residents in remote areas have access to quality healthcare services.She said there were currently 97 localities requiring FDS services, covering remote areas in Kapit, Miri and Limbang, most of which remained difficult to access and were far from adequate road networksCurrently, visits to remote areas take place once a month, although for some locations, we conduct them once every two months, depending on our operational capacity."Despite logistical challenges, this service remains uninterrupted and will continue, as it is vital to residents in these remote areas, she said.Dr Veronica said the FDS deployed a comprehensive medical team comprising a doctor, nurses and an assistant medical officer to ensure patients received holistic care.Earlier today, the Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), in a statement, said that a BO-105 helicopter carrying five people, including the pilot, had crashed near the Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), about 929 kilometres from Kuching.According to CAAM, the helicopter was conducting a FDS mission when the incident occurred.Meanwhile, Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad said the helicopter departed from Miri, and besides the pilot, those onboard were a medical officer, an assistant medical officer and two nurses, all of whom were on official duty.He said the status of those involved and the cause of the incident had yet to be confirmed, adding that search and rescue (SAR) operations involving medical personnel and the Fire and Rescue Department (JBPM) were underway |
|
Empat Petugas KKM Antara Lima Kru Helikopter FDS Dilaporkan Terhempas Di Long Lellang - Siakapkeli - 8/09 8:48 pm KKM sedang memantau insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang dilaporkan terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak, membabitkan seorang juruterbang dan empat petugas kesihatan. |
|
Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa - Sinarharian - 8/09 8:17 pm PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam proses untuk menghubungi waris dan ahli keluarga mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport di Marudi, Sarawak bagi memberikan sokongan sewajarnya.Memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memohon kerjasama orang awam dan pihak media untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih demi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa.Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut bakal dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa.Jelasnya, kementerian sedang memantau rapi situasi selain bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa keselamatan, pasukan SAR dan agensi penerbangan berkaitan untuk mendapatkan maklumat tepat serta terkini dari lokasi kejadian."Saya amat berdukacita apabila menerima laporan awal berhubung insiden helikopter FDS KKM yang dilaporkan terhempas petang ini."Berdasarkan maklumat awal, penerbangan dari Miri dikendalikan oleh seorang juruterbang membawa empat petugas kesihatan KKM terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dr Dzulkefly menambah, setakat ini status kesemua kru dan penumpang serta punca kejadian belum dapat dipastikan.Beliau turut memaklumkan, pasukan SAR bersama pihak perubatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah berada di lokasi kejadian berhampiran Lapangan Terbang (STOLport) Long Lellang."Sama-sama kita doakan agar segala urusan mencari dan menyelamat dipermudahkan," ujarnya.Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF itu menjalankan penerbangan FDS ketika kejadian.CAAM menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (Flight Information Service) pada jam 3.58 petang.Jelasnya lagi, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.Difahamkan Long Lellang STOLport terletak di kawasan pedalaman Sarawak dan menjadi antara laluan yang menghubungkan komuniti terpencil di kawasan berkenaan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |