| /// |
|
| Search : Dun Perlis News | Page 1 |
|
Kemelut di Perlis bukti gabungan parti Melayu tidak jamin kestabilan - Mgazette - 26/12 3:42 pm Dan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN Perlis ini kesemuanya Melayu dan Islam," ujarnya. Perkembangan terkini di Perlis menyampaikan setelah Speaker DUN Perlis, Russele Eizan membuat kenyataan untuk memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya diadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kawasan DUN di negeri itu |
|
Shahidan ada peluang cerah kembali pimpin Perlis -Penganalisis - Mgazette - 26/12 3:42 pm Beliau adalah Pengerusi PN Negeri Perlis, Timbalan Pesuruhjaya Pas 3 selain Ahli Jawatankuasa Pas Pusat," katanya. Dr Ismail berkata demikian mengulas perkembangan terkini di Perlis setelah Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan membuat kenyataan untuk memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya diadakan PRK bagi tiga kawasan DUN di negeri itu |
|
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Sinarharian - 26/12 12:38 am KANGAR - Pemakluman secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan dibuat minggu depan.Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, pihaknya mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas mengumumkan berlaku kekosongan itu bagi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji semalam."Pihak saya ambil sedikit masa untuk maklum secara rasmi kepada SPR kerana perlu selesai beberapa perkara terlebih dahulu," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.Rus'sele pada sidang media di Kompleks Seri Putra di sini semalam memaklumkan kekosongan luar jangka itu selepas keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan dari PAS terhenti serta-merta selaras dengan Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi tiga DUN berkenaan.Speaker DUN itu juga dilaporkan berkata beliau berpendapat terdapat keperluan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan di ketiga-tiga kawasan berkenaan demi kepentingan kestabilan kerajaan meskipun usia DUN Perlis sudah melebihi tiga tahun pada 18 Disember lepas.Sebelum ini, media melaporkan ADUN Perikatan Nasional (PN) di negeri itu didakwa telah bertemu Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.Berikutan itu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi kenyataan media dua hari lepas (24 Dis) memaklumkan keahlian ADUN Chuping Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim terhenti serta-merta berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, PN memenangi 14 kerusi DUN di Perlis, terdiri daripada sembilan ADUN PAS dan lima ADUN Bersatu manakala seorang ADUN Pakatan Harapan (PH) dari PKR bagi kerusi DUN Indera Kayangan |
|
Pemakluman rasmi pada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Mkini - 26/12 11:50 am Speaker DUN Perlis Rus'sele Eizan berkata pihaknya mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian. |
|
Video : Speaker DUN Perlis sendiri tidak pasti, sebelahi besan Presiden Pas - Harapandaily - 26/12 11:26 am ...eb_id=7436983664234071572 The post Video : Speaker DUN Perlis sendiri tidak pasti, sebelahi besan Presiden Pas appeared first on Harapan Daily . |
|
Speaker DUN Perlis sendiri tidak pasti, sebelahi besan Presiden Pas - Harapandaily - 25/12 11:25 pm Sambil mengakui Perkara 55(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis telah menetapkan bahawa... The post Speaker DUN Perlis sendiri tidak pasti, sebelahi besan Presiden Pas appeared first on Harapan Daily . |
|
'Harap Pas terus terajui Perlis' - Mohd Shukri - Sinarharian - 25/12 8:52 pm KANGAR - Mohd Shukri Ramli berharap Pas dapat terus menerajui kepimpinan kerajaan Perlis susulan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar yang diumumkan pada Khamis.Mohd Shukri dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perlis, meluahkan hasrat itu ketika ditanya media mengenai pengganti beliau."Sepatutnya daripada Pas lah sebab Pas majoriti," jawabnya ringkas.Mohd Shukri turut memaklumkan bahawa peletakan jawatan tersebut adalah disebabkan faktor kesihatan dan keputusan itu dibuat secara sukarela.Beliau turut mengakui bahawa kesilapan dalam pentadbiran berlaku kerana terlalu baik dan menghargai setiap persahabatan sehingga menjejaskan kedudukan politiknya."Saya masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan akan memberi tumpuan kepada tanggungjawab tersebut," jelas beliau.Apabila ditanya mengenai tindakan tiga ADUN yang dikatakan melanggar ketetapan parti, beliau menjelaskan bahawa perbuatan itu dianggap sebagai pengkhianatan kerana mengetepikan prinsip parti dan baiah yang menjadi pegangan dalam Pas."Pelanggaran baiah dianggap sebagai pengkhianatan dan sebarang imbuhan yang diterima selepas itu tidak wajar digunakan."Saya sendiri tidak mengetahui lebih awal mengenai gerakan politik yang berlaku dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang dirancang secara rapi tanpa pengetahuan saya. Jika saya tahu, saya akan halang," jelasnya.Media sebelum ini melaporkan, pergolakan di Perlis berlaku apabila terdapat lapan ADUN negeri itu mengisytiharkan tidak menyokong kepimpinan Mohd Shukri.Mereka didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) dan menyerahkannya kepada pihak Istana Perlis sebelum ini.Lapan ADUN tersebut terdiri daripada tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Susulan itu, Pas memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta berikutan pendirian mereka yang dikatakan telah hilang kepercayaan terhadap Mohd Shukri.Mereka ialah ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail; dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi (Pas 9, Bersatu 5) manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan.Kedudukan terkini, tiga kerusi Pas dikosongkan menjadikan jumlah kerusi DUN Perlis kini tinggal 12, terdiri daripada Pas (6), Bersatu (5) dan PKR (1). |
|
Lancar terus Muafakat Nasional sebaik UMNO-BN keluar gabungan bersama PH - Sinarharian - 25/12 5:17 pm Inilah kunci kekuatan dan kebangkitan semula perpaduan ummah."Tahniah Ketua Pemuda UMNO (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh). Hidupkan kembali rundingan, tubuh Jawatankuasa Perunding."Sebaik sahaja UMNO-BN isytihar keluar daripada gabungan bersama PH, kita lancarkan terus Muafakat Nasional," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Dr Muhamad Akmal secara ringkas mencadangkan supaya PN dibubarkan manakala MN diwujudkan semula berikutan perkembangan politik di Perlis ketika ini.Menurut beliau, situasi di Perlis menggambarkan berlakunya dakwaan tikam belakang.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa semakin tertekan apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.Mereka didakwa telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Pas kemudiannya memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD berkenaan.Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.Abdul Hadi menambah, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Terbaharu, Speaker DUN Perlis, Russele Eizan berkata, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Kata beliau, pihaknya akan meminta SPR mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut.Artikel berkaitan: 'Alang-alang bubar sekalilah PN, kita wujudkan semula MN' - Dr Akmal |
|
Amanah Perlis siap sedia hadapi kemungkinan PRK tiga DUN - Mgazette - 25/12 4:20 pm Amanah Perlis turut mengajak semua pihak untuk berdoa agar kemelut politik yang sedang berlaku ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya, demi kebaikan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta menghasilkan keadaan yang lebih baik dan stabil berbanding situasi sedia ada, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam sidang akhbar hari ini, Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan memaklumkan, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula menerusi pelaksanaan PRK demi kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat |
|
Konflik politik Perlis: Akmal cadang hidupkan semula MN, bubar PN - Mgazette - 25/12 4:20 pm Tiga ADUN berkenaan ialah Saad Seman (Chuping); Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji). Ekoran pemecatan tiga ADUN Pas itu juga, Speaker DUN Perlis, Rusele Eizanhari ini memaklumkan, terdapat keperluan untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN berkenaan bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri |
|
AMH Perlis seru Pas, Bersatu berunding, henti kemelut politik - Mgazette - 25/12 4:20 pm Politik tidak seharusnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya wadah untuk membawa penyelesaian dan masa depan yang lebih baik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dalam sidang akhbar hari ini, Speaker DUN Perlis, Russele Eizan memaklumkan, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula menerusi pelaksanaan pilihan rakyat kecil (PRK) demi kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat |
|
Sudah lebih 3 tahun, PRK di 3 DUN Perlis tak perlu... - Mgazette - 25/12 4:20 pm # Sudah lebih 3 tahun, PRK di 3 DUN Perlis tak perlu diadakan - Pemerhati KUALA LUMPUR Pilihan raya kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan tiga ADUN Pas Perlis yang dipecat keahlian parti mereka tidak perlu diadakan memandangkan DUN Perlis sudah melebihi tiga tahun |
|
Terdapat keperluan adakan PRK – Speaker DUN Perlis - Mgazette - 25/12 4:20 pm # Terdapat keperluan adakan PRK - Speaker DUN Perlis KUALA LUMPUR - Terdapat kekosongan luar jangka berlaku di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang melibatkan DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas tiga ADUN terhenti keahlian parti Pas |
|
PRK atau 'snap election' di Perlis? - G Manimaran - Sinarharian - 25/12 3:51 pm Kalau tiada perkenan, pihak baharu boleh diundang untuk membentuk kerjaaan."Kemungkinan ketiga, tiga ADUN Pas yang dilucutkan keahlian boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk memutuskan status mereka sebagai wakil rakyat, dan sehingga itu kedudukan di DUN tidak berubah."Tindakan mahkamah boleh mengambil masa untuk diputuskan dan kemelut politik berlarutan. Oleh itu, ada beberapa kemungkinan serta opsyen bakal disaksikan di Perlis beberapa minggu akan datang," ujar beliau.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli didakwa semakin tertekan apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri tersebut.Mereka didakwa telah menyerahkan akuan sumpah (SD) kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Pas pula memutuskan keahlian tiga ADUN Perlis daripada parti itu terhenti serta-merta susulan tindakan mereka menandatangani SD berkenaan.Tiga ADUN terbabit ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, ketetapan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang di Pejabat Presiden Pas di Rusila, Marang, Terengganu pada Rabu.Menurut beliau, mesyuarat berkenaan membuat keputusan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025) bahawa keahlian tiga wakil rakyat terbabit terhenti serta-merta.Abdul Hadi menambah, parti tersebut akan memaklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memenuhi peruntukan Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022.Terbaharu, Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, tiga kerusi DUN Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Kata beliau, pihaknya akan meminta SPR mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut. |
|
Speaker DUN Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi DUN Perlis - Siakapkeli - 25/12 2:08 pm Speaker DUN Umum Kekosongan Luar Jangka Di Tiga Kerusi DUN Perlis KANGAR, 25 Dis (Bernama) — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Rus’sele Eizan, hari ini mengumumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN kawasan itu dari PAS terhenti serta-merta |
|
Tiga kerusi DUN Perlis kosong, Speaker mohon SPR adakan PRK - Harapandaily - 25/12 1:51 pm Permohonan tersebut dibuat susulan berlakunya kekosongan luar jangka akibat kemelut politik dalaman Perikatan Nasional (PN) yang menjejaskan majoriti kerajaan negeri. Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, berkata kekosongan itu membabitkan.. |
|
DUN Perlis: Speaker minta pilihan raya diadakan - Sinarharian - 25/12 1:19 pm KANGAR - Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis perlu diisi semula sebagai kepentingan kestabilan kerajaan negeri dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.Speaker DUN Perlis, Rus'sele Eizan berkata, beliau akan menggunakan budi bicara yang diperuntukkan melalui proviso kepada Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis untukmemaklumkan secara bertulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Negeri adalah terjejas oleh sebab tiga kekosongan luar jangka itu."Saya akan meminta SPR mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi tiga kekosongan luar jangka tersebut," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Speaker DUN di sini pada Khamis.Menurutnya, satu pemakluman diterima daripada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyudin Hassan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada Rabu, 24 Disember 2025 telah membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) dan (d) Perlembagaan Pas, bahawa tiga orang Ahli Badan Perundangan Pas yang berikut adalah terhenti serta-merta keahlian sebagai ahli Pas.Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim"Saya juga telah menerima notis bertulis berkenaan tiga kekosongan luar jangka di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, oleh seorang Ahli Dewan Negeri Perlis, iaitu ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun."Menjalankan kuasa-kuasa di bawah Fasal (3) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis yang tersebut, saya telah membuat semakan dan meneliti dengan sebaik-baiknya perkembangan yang berlaku berkaitan dengan tiga Ahli Dewan Negeri yang dimaksudkan, dan saya telah berpuas hati untuk memutuskan bahawa telah berlakunya kekosongan luar jangka yang memenuhi kehendak Fasal (1)(a)(ii) Perkara 50A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis bagi DUN Chuping, DUN Bintong dan DUN Guar Sanji," katanya.Menurutnya, bagi tujuan itu, beliau akan memaklumkan secara rasmi kekosongan luar jangka bagi tiga DUN berkenaan kepada SPR dalam masa yang terdekat."Saya juga ambil maklum bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Perlis telah dijalankan pada 19 Disember 2022, justeru tempoh tiga tahun usia Dewan Negeri Perlis telah terakru pada 18 Disember 2025."Dalam keadaan biasa berdasarkan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut bila mana usia Dewan Negeri telah mencecah tiga tahun atau lebih."Namun pada hemat dan pertimbangan saya berdasarkan perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam negeri Perlis, saya berpuas hati bahawa tiga kekosongan luar jangka tersebut dari segi bilangan yang membentuk majoriti semua adalah terjejas dan hendaklah diisi semula," katanya.Jelas beliau, alasan tentang terjejas bilangan parti yang membentuk majoriti Dewan Negeri Perlis akan diperincikan dalam makluman bertulis kepada SPR.Terdahulu, media tempatan melaporkan berlaku pergolakan dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis apabila terdapat lapan ADUN negeri itu didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.Mereka didakwa telah menyerahkan SD berkenaan kepada pihak Istana Perlis pada Jumaat lalu.Menurut laporan tersebut, kumpulan ADUN terbabit didakwa melibatkan tiga ADUN Pas dan selebihnya daripada Bersatu.Sebagai rekod, Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, PN mencipta sejarah apabila memenangi 14 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi satu kerusi di DUN Indera Kayangan. |
|
Perlis: Speaker umum kekosongan luar jangka tiga DUN - Harakahdaily - 25/12 12:37 am KANGAR: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’ele Eizan mengumumkan kekosongan luar jangka tiga kerusi DUN Perlis iaitu di N.03 Chuping, N.06 Bintong dan N.13 Guar Sanji dalam satu sidang media, sebentar tadi |
|
DUN Perlis akan mohon PRK bagi 3 DUN - Hmetro - 25/12 12:37 am Kangar: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya diadakan pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kawasan DUN di negeri itu berikutan berlakunya kekosongan luar jangka akibat kemelut politik dalaman Perikatan Nasional (PN) yang menjejaskan majoriti kerajaan negeri |
|
PH Perlis mahu kerajaan negeri kekal hingga tamat penggal - Mgazette - 24/12 5:18 pm Memetik sumber, seramai lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tiga daripada Pas didakwa telah menyerahkan Akuan Bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Mohd Shukri. DUN Perlis kini dikuasai PN dengan 14 kerusi, masing-masing sembilan dimiliki Pas manakala lima daripada Bersatu dan satu PH sebagai pembangkang |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |