///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Dhpp News   Page 1    



Perwakilan Sarawak curi perhatian berbahasa Mandarin ketika berbahas - Mgazette - 16/09 7:51 am

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Lip Eng yang menggesa supaya Pas memperkenalkan kelas bahasa Mandarin dan Tamil di Pasti sekiranya parti itu benar-benar ikhlas dengan cadangan untuk mengajar bahasa tersebut di sekolah kebangsaan. Kenyataan Lip Eng itu susulan cadangan Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kali ke-10 kelmarin, supaya kedua-dua bahasa itu diperkenalkan di sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan





Muktamar Pas: Dominic terus diserang rasa tidak puas hati perwakilan P. .. - Mgazette - 16/09 7:51 am

Malah, beliau turut menyifatkan PRU-15 sebagai titik hitam kepada parti itu apabila DUN Bayan lepas terlepas ke tangan Gerakan. Mereka tak `_gentleman'_ macam calon dari Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, katanya





Ahli Pas kini berjumlah 1.3 juta – Takiyuddin - Mgazette - 16/09 7:51 am

Syarat menjadi ahli bersekutu Pas selain merupakan warganegara dan berumur 18 ke atas hendaklah beragama selain Islam. Maka, semua ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) (kira-kira 10,000 orang) yang sebelum ini hanya berstatus sebagai rakan Pas, kini secara automatik diserap sebagai ahli Pas dalam kategori ahli bersekutu, katanya





Pemimpin DHPP seru ahli PAS elak guna perkataan singgung perasaan - FMT - 15/09 11:38 pm

Istilah seperti 'kafir' dan 'pendatang' beri kesan pada usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam, kata K Deepakaran.





PAS non-Muslim wing urges party not to use words like 'kafir', 'pendatang' - Mkini - 15/09 9:28 pm

PAS MUKTAMAR DHPP also requests PAS allocate 'winnable seats' to its candidates in next GE.





Kaum bukan Melayu yakini PAS kerana adil dan integriti - Harakahdaily - 15/09 9:00 pm

ALOR SETAR: Perwakilan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), Dato Deepakaran Karuppiah menegaskan bahawa masyarakat bukan Islam dalam PAS bukan sekadar simbolik





Sertai PN, MIC beri jawapan dalam masa terdekat - Sinarharian - 15/09 8:58 pm

Ini sebelum meminang, bukan perkara kecil dan saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia harus diperhalusi."Keputusan akan diambil dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis Perjumpaan Semula Pemimpin Wanita Veteran MIC Perak di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada Isnin.Beliau menegaskan, meskipun tidak berada dalam jalur pentadbiran politik yang sama, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan musuh kepada MIC."MIC pernah bekerja dengan kepimpinan kedua-dua parti ini dan tidak pernah ada masalah. Ini berbeza dengan UMNO dan DAP yang dahulu bermusuhan, tetapi akhirnya dapat bekerjasama," katanya.Tuan Ibrahim sebelum ini dilapor mengalukan-alukan penyertaan mana-mana parti politik termasuk MIC dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat bersama gabungan itu.Malah beliau memberi jaminan, kedudukan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang memiliki kira-kira 78,000 ahli tidak terjejas sekiranya MIC diterima menjadi parti komponen PN.Mengulas tuntutan penjelasan bertulis kepada Barisan Nasional (BN) susulan tindakan Timbalan Ketua Pemuda MIC hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, Vigneswaran menegaskan isu berkenaan adalah urusan dalaman BN dan tidak wajar ditafsirkan secara berlebihan.Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan tersebut dan sewajarnya untuk MIC memberikan jawapan."Kita akan tunjuk sebab





DHPP gesa ahli PAS elak guna perkataan 'kafir, pendatang' - Mkini - 15/09 8:06 pm

MUKTAMAR PAS Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) ingatkan ahli PAS jangan guna perkataan menyinggung perasaan bukan Islam.





Pas disaran tawar kerusi berpotensi kepada calon DHPP - Sinarharian - 15/09 7:09 pm

ALOR SETAR - Pas disaran menawarkan kerusi yang berpotensi menang kepada calon Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) dalam pilihan raya umum akan datang dalam usaha meluaskan sokongan parti itu.Naib Ketua DHPP Pusat, Datuk K Deepakaran berkata, ini akan menjadi bukti Pas benar-benar serius mengangkat suara masyarakat bukan Islam ke arus perdana.Menurutnya, langkah tersebut akan menambah keyakinan pengundi bahawa Pas bukan sahaja parti untuk orang Islam, tetapi parti untuk semua rakyat Malaysia."Sebagai bukan Islam dalam Pas, kami di DHPP yakin peranan kami bukan sekadar simbolik, tetapi sebagai benteng perpaduan."Kehadiran kami adalah bukti nyata Pas mampu menawan hati rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas bertemakan Menjamin Kestabilan dan Keharmonian Kaum di Kompleks Pas Kedah pada Isnin.Beliau berkata, slogan Pas for all perlu dijadikan wadah nasional dan tidak boleh hanya sekadar slogan kempen, sebaliknya menjadi realiti perjuangan."Dengan membawa agenda adil dan inklusif, Pas akan diyakini bukan sahaja di kalangan orang Islam, tetapi juga oleh masyarakat India, Cina, Orang Asli dan semua kaum," ujarnya.Menurutnya lagi, DHPP juga ingin mengingatkan kepimpinan parti di semua peringkat agar berhati-hati dalam menggunakan bahasa yang boleh menggores hati mana-mana pihak."Rakyat Malaysia mahukan politik yang mendamaikan, bukan yang memecahkan





DHPP lebih 'gentleman daripada Gerakan - Perwakilan Pas Pulau Pinang - Sinarharian - 15/09 5:38 pm

ALOR SETAR Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) disifatkan lebih berjiwa besar dan berprinsip berbanding Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), khususnya dalam soal pembahagian kerusi di Pulau Pinang.Perwakilan Pas Pulau Pinang, Muhammad Hafis Alias berkata, walaupun Pas dan Bersatu memenangi tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, kepimpinan Perikatan Nasional (PN) negeri yang diterajui Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, didakwa tidak memberi perhatian sewajarnya kepada wakil rakyat daripada kedua-dua parti berkenaan."Kami nak mengacum (mengadu) sikit dalam muktamar kali ini, mengadu hal kepada ALLAH, kepada kepimpinan dan semua yang hadir





PAS opens doors wider: Non-Muslim supporters gain official party membership - Malaymail - 15/09 4:37 pm

KUALA LUMPUR, Sept 15 Members of PASs Non-Muslim Supporters Wing (DHPP) have been formally absorbed into...





DHPP diiktiraf sebagai sayap rasmi Pas - Sinarharian - 15/09 3:12 pm

ALOR SETAR - Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) kini diiktiraf sebagai sayap rasmi parti Pas setanding dengan Dewan Ulama, Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Assabiqun.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pindaan perlembagaan Pas yang berkuat kuasa 8 Ogos lalu membolehkan DHPP menerima keahlian bersekutu daripada warganegara Malaysia beragama selain Islam.Menurutnya, menerusi pindaan yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) itu, semua ahli DHPP sebelum ini yang berstatus rakan Pas secara automatik diserap menjadi ahli bersekutu."DHPP kini merupakan sayap rasmi bersama Assabiqun, Ulama, Muslimat dan Pemuda," katanya ketika berucap pada Muktamar Pas ke-71 di Kompleks Pas di sini pada Isnin.Takiyuddin berkata, langkah itu dijangka memperkukuhkan kedudukan DHPP sebagai platform rasmi yang menghubungkan Pas dengan masyarakat bukan Islam, sekali gus mengiktiraf peranan mereka dalam perjuangan parti itu."Pas kini mencatatkan keahlian seramai 1.3 juta orang dengan purata kemasukan baharu antara 2,000 hingga 3,000 setiap bulan secara konsisten," katanya.Dengan pengiktirafan itu, DHPP dijangka memainkan peranan lebih besar dalam membantu memperluas pengaruh Pas merentasi pelbagai lapisan masyarakat, khususnya di kawasan bandar dan campuran menjelang pilihan raya umum akan datang.





Pas terbuka bekerjasama dengan MIC, MCA - Abdul Hadi - Sinarharian - 15/09 2:04 pm

ALOR SETAR - Pas sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti bukan Islam seperti MIC dan MCA selagi mereka tidak bersifat ekstrem.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan dengan pihak berkenaan sudah diadakan namun masih berada di peringkat awal."Kita terima orang yang berbeza dengan kita, syaratnya mereka tidak ekstrem. Kita boleh bincang termasuk dengan NGO, parti bukan Islam termasuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Isnin.Mengulas desakan perwakilan Pulau Pinang supaya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri itu, Datuk Dominic Lau ditukar kerana didakwa tidak berfungsi, Abdul Hadi menyifatkannya sebagai isu dalaman gabungan tersebut."Itu perkara yang boleh kita bincang dan selesaikan





Ahli DHPP kini secara rasmi jadi ahli bersekutu PAS - Mkini - 15/09 11:43 am

Menurut Takiyuddin, jumlah keahlian parti kini telah meningkat kepada 1.3 juta orang.





Pastikan menteri DAP kuasai Bahasa Melayu sebelum suruh Pas ajar Mandarin, .. - Mgazette - 15/09 8:10 am

Terdahulu, media melaporkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mencabar Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melaksanakan pengajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di PASTI sebelum ke sekolah kebangsaan. Semalam, semasa Muktamar Tahunan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) ke-10, Tuan Ibrahim mencadangkan agar bahasa Cina dan Tamil diperkenalkan kepada semua murid di sekolah kebangsaan, dengan mengatakan ia mampu memupuk perpaduan nasional serta mengikis rasa curiga antara kaum





Gesa ajar bahasa Cina, Tamil di Pasti `pemikiran kampung??? ??? Tuan... - Mgazette - 15/09 8:10 am

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Lip Eng yang menggesa supaya Pas memperkenalkan kelas bahasa Mandarin dan Tamil di Pasti sekiranya parti itu benar-benar ikhlas dengan cadangan untuk mengajar bahasa tersebut di sekolah kebangsaan. Kenyataan Lip Eng itu susulan cadangan Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kali ke-10 semalam supaya kedua-dua bahasa itu diperkenalkan di sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan





DHPP harap Pas timbang serius calon mereka untuk tanding PRU-16 - Mgazette - 13/09 11:01 pm

# DHPP harap Pas timbang serius calon mereka untuk tanding PRU-16 ALOR SETAR - Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) berharap Pas membincangkan secara serius potensi calon daripada sayap itu untuk diketengahkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, sama ada bagi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)





MIC setakat merisik, belum sampai bertunang - Mgazette - 13/09 11:01 pm

Jelas beliau, situasi ketika ini disifatkan hanya sekadar `merisik dan belum sampai ke peringkat `bertunang. Kita tunggudia belum bertunang lagi, baru risik khabar, kita tengok nanti kalau MIC hantar pinangan kita akan balas, insya-Allah, katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kali ke-10 di sini hari ini





Orang bukan Islam nak faham PAS? Masuklah jadi ahli - DHPP - Mkini - 13/09 9:34 pm

MUKTAMAR PAS Jangan dengar persepsi negatif orang lain, kata Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Pusat (DHPP) N Balasubramaniam.





'MIC belum bertunang, baru merisik' - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 13/09 6:29 pm

SUNGAI PETANI - "MIC belum bertunang lagi, baru merisik khabar. Kalau hantar pinangan, Insya-ALLAH, kita akan balas."Demikian jawapan spontan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man apabila ditanya media sama ada kedudukan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan terjejas seandainya MIC menyertai Perikatan Nasional (PN)."Tak ada masalah, kita mengalu-alukan semua pihak





DHPP diiktiraf selaku duta PAS kepada kaum bukan Islam - Harakahdaily - 13/09 6:23 pm

SUNGAI PETANI: Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) disifatkan sebagai wadah penting untuk mengukuhkan peranan sayap itu sebagai jurucakap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) khususnya kepada masyarakat bukan Islam





'Pas kekal konsep syura, tidak amal politik populis' Pemuda Pas Dungun - Sinarharian - 8/09 5:06 pm

DUNGUN Pemuda Pas Dungun menyangkal kenyataan bahawa parti itu telah 'tepu' kerana tiada pertandingan dalam hierarki kepimpinan tertinggi, sebaliknya menyifatkan konsep syura yang diamalkan menjadi kekuatan parti berkenaan.Ketua Pemudanya, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata, sistem syura menjadi mekanisme utama dalam menentukan kepimpinan serta strategi Pas berbanding budaya 'cabar-mencabar' jawatan yang berlaku dalam parti lain.Menurutnya, konsep syura menjamin setiap keputusan dibuat hasil musyawarah sekali gus mengekalkan disiplin, menyatukan ahli serta berpegang kepada maslahat jemaah dan rakyat.Jelas beliau, kestabilan kepimpinan tidak bererti Pas jumud kerana peremajaan tetap berlaku melalui barisan muda di Dewan Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP)."Pas juga mengukuhkan formula gandingan ulama, profesional dan aktivis termasuk melalui tokoh teknokrat seperti Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau yang juga Ketua Lajnah Kesihatan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu berkata, tiga asas utama iaitu kestabilan kepimpinan, integrasi ulama, profesional, aktivis dan mekanisme syura menjadikan Pas kekal 'segar' menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Pas bukan parti yang layu, sebaliknya terus tumbuh dengan konsistensi sebagai sumber daya segar untuk rakyat Malaysia," katanya.Sebelum ini, beberapa penganalisis politik berpandangan Pas mungkin berada dalam keadaan tepu, kehilangan idea segar dan strategi politik baharu menjelang PRU16 kerana pucuk pimpinan parti itu tidak pernah berubah untuk tempoh yang lama.Keadaan itu, menurut penganalisis, boleh menyebabkan anak muda terutama kumpulan atas pagar dan pengundi belum berparti menjauhkan diri daripada Pas.Pada 30 Ogos lalu, Pas dilaporkan mengekalkan kedudukannya sebagai parti paling stabil apabila lima jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden kekal tanpa pertandingan pada pemilihan parti kali ini.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua penyandang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing selepas tarikh penerimaan pencalonan ditutup.Kepimpinan Pas sesi 2025-2027 secara rasmi menyaksikan jawatan Presiden kekal diterajui Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Idris Ahmad, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.





Dakwaan Pas ‘bolot agama’: Sukri ajak Lian Ker bersemuka - Mgazette - 4/09 2:54 pm

# Dakwaan Pas 'bolot agama': Sukri ajak Lian Ker bersemuka KUALA LUMUR - Pandangan Pas bersifat eksklusif atau 'membolot agama' tidak tepat. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, realitinya Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) dan Lajnah Perpaduan Nasional telah menjadi jambatan perpaduan dengan komuniti bukan Islam sejak sekian lama





Pemuda Pas Selangor nafi parti eksklusif, membolot agama - Sinarharian - 4/09 10:31 am

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menegaskan bahawa Pas bukan parti eksklusif atau membolot agama, sebaliknya sejak sekian lama mengamalkan pendekatan politik khidmat yang merentasi bangsa dan agama.Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, kenyataan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menasihatkan Pas agar mengurangkan imej eksklusif dan mula fokus kepada integriti serta penyelesaian masalah rakyat berbilang bangsa, wajar dihargai kerana lahir daripada hasrat untuk melihat negara lebih harmoni.Bagaimanapun, ujarnya, banyak perkara yang dibangkitkan sebenarnya telah lama dilaksanakan oleh Pas melalui Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP), Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) serta pelbagai inisiatif lain yang giat dijalankan di Selangor dan seluruh negara."Program kebajikan, bantuan bencana, khidmat guaman asas, pemeriksaan kesihatan komuniti, dan kelas tuisyen untuk anak-anak masyarakat rentan sudah dilaksanakan tanpa mengira bangsa dan agama





Sokongan Cina, India kepada Pas semakin kukuh – DHPP - Mgazette - 2/09 4:33 pm

# Sokongan Cina, India kepada Pas semakin kukuh - DHPP KUALA LUMPUR Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menegaskan bahawa masyarakat Cina dan India hari ini semakin matang dalam menilai politik malah tidak lagi terpengaruh dengan persepsi negatif terhadap Pas





Masyarakat Cina, India semakin matang kenali PAS - Harakahdaily - 2/09 3:59 pm

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, Balasubramaniam Nachiappan menegaskan masyarakat Cina dan India pada hari ini sudah jauh lebih matang dan jelas mengenali PAS serta kepimpinan parti itu





Lima jawatan tertinggi Pas tiada pertandingan - Sinarharian - 30/08 6:46 pm

ALOR SETAR - Pas mengekalkan kedudukannya sebagai parti paling stabil apabila lima jawatan tertinggi iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden kekal tanpa pertandingan pada pemilihan parti kali ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, semua penyandang sedia ada berjaya mengekalkan jawatan masing-masing selepas tarikh penerimaan pencalonan ditutup.Menurutnya, secara rasmi Pas sesi 2025-2027 menyaksikan Presiden kekal diterajui oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Idris Ahmad, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah."Pada awalnya terdapat empat pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, namun selepas tarikh tutup penerimaan pencalonan hanya tiga mengesahkan."Maknanya kesemua penyandang menang tanpa bertanding selepas Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak pencalonan," katanya pada sidang media di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut pada Sabtu.Selain kepimpinan tertinggi parti, Takiyuddin turut mengumumkan kepimpinan Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas Pusat juga kekal apabila jawatan Ketua, Timbalan dan Naib masing-masing menang tanpa bertanding."Dewan Ulama diketuai Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahya turut kekal tanpa pertandingan, termasuk 12 jawatankuasa dipilih tanpa saingan."Calon yang akan bertanding bagi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat seramai 30 orang bagi mengisi 18 kerusi, manakala Dewan Pemuda 20 calon untuk 12 kerusi serta Dewan Muslimat 16 calon untuk 12 kerusi," ujarnya.Takiyuddin menegaskan, kestabilan dalam parti membolehkan Pas memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) selain melaksanakan pembangunan di negeri-negeri yang ditadbir iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu."Kita bersyukur kerana Pas adalah parti yang stabil. Fokus utama Pas adalah penyatuan ummah dan rakyat Malaysia."Kita menjemput semua pemimpin parti politik termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden parti-parti yang bersama dengan kita untuk bersama menggerakkan agenda penyatuan," katanya.Takiyuddin berkata, Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-71 dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 September depan membabitkan seramai 4,200 perwakilan dari seluruh negara.Muktamah Dewan Pemuda Pas ke-66 diadakan pada 11 dan 12 September, diikuti Muktamar Dewan Muslimat Pas ke-65 pada 13 September di Kompleks Pas Kedah.Seterusnya Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas diadakan di Darul Hadis Tok Keling pada 13 September.Sementara itu, Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Gandhi Hall Sungai Petani, manakala Konvensyen Assabiqun bertempat di Sekolah Rendah Agama Al-Akhlaq Al-Islamiyah (SAIF) di Guar Chempedak pada 13 September.




Reformasi     >>



Sabah landslide: Survivor recounts 'cries for help' as .. - Mkini
However, Edna says in the chaos, she wasn't sure if it came from her sister.
Kroni     >>



Korelasi indeks persepsi rasuah dan kemakmuran negara - Utusan
Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 baru-baru ini mengingatkan kita kepada detik bersejarah 31 Ogos 1957, tarikh lahirnya sebuah negara bangsa yang bukan sahaja bebas daripada belenggu penjajahan, malah berjaya menyatukan negeri-negeri berdaulat di Semenanjung Tanah Melayu. Semangat inilah yang akan ..
Tabloid     >>



Sisi semangat patriotisme 3 anak seni - Hmetro
INDAHNYA industri hiburan tempatan kita lebih terasa kerana bertiangkan muhibah yang cukup konkrit. Dunia seni Malaysia berwarna-warni kerana di dalamnya dihuni individu dari latar belakang berbeza. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



iOS 26 has arrived: Everything to know about the free .. - Engadget
Listen up, iPhone owners! iOS 26 is finally available to download , as well as all of Apple's other new operating systems . The first thing you'll notice after the install is a new clear design language Apple dubs Liquid Glass . The translucent look can be found within apps as well as your ..
World     >>



Does Israel face a 'South Africa moment' over Gaza? - BBC
BBC diplomatic correspondent Paul Adams looks at parallels between reactions to Israel and apartheid-era South Africa.
Motor Trend     >>



Toyota Australia partners with Transurban to improve .. - Carsifu
SYDNEY: Toyota Australia has partnered with global transport company Transurban, to collaborate on a trial of Cooperative Intelligent Transport Systems (C-ITS) technology to help make Australian roads safer. The trial uses the latest HiLux model specially fitted with next-generation hardware ..