| /// |
|
| Search : Caam News | Page 1 |
|
Gangguan bagasi KLIA dedah kelemahan sistem, MOT arah tambah baik menyeluruh - Sinarharian - 20/04 2:42 pm PUTRAJAYA Gangguan sistem pengendalian bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu mendedahkan kelemahan ketahanan infrastruktur kritikal apabila sistem sokongan turut gagal berfungsi dalam situasi kecemasan.Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, siasatan awal mendapati punca utama gangguan adalah daripada sistem Gas Insulated Switchgear (GIS) 132kV di pencawang Bukit Raja yang mengalami gangguan (trip) sekitar jam 4.54 petang.Menurut kementerian itu, kejadian tersebut menyebabkan penurunan voltan sekali gus menjejaskan operasi di KLIA, khususnya sistem pengendalian bagasi atau Baggage Handling System (BHS)."Gangguan ini telah mengakibatkan kegagalan pengawal sistem BHS dan seterusnya menyebabkan penutupan besar sistem yang menjejaskan pengendalian bagasi bagi penerbangan berlepas dan ketibaan," menurut kenyataan itu pada Isnin.Lebih membimbangkan, walaupun sistem berkenaan disokong oleh unit Uninterruptible Power Supply (UPS), sebanyak enam unit turut terjejas.Dalam tempoh antara jam 5 petang hingga 10.30 malam pada hari kejadian, sebanyak 23,769 bagasi diproses dengan 1,061 daripadanya dilaporkan sebagai shortshipped manakala 120 lagi dikenal pasti hilang semasa ketibaan."Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bersama rakan pengendali darat telah berjaya menghantar sebahagian besar bagasi yang terlibat, manakala baki kecil masih dalam proses akhir penyerahan atau tuntutan."Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa jadual penerbangan tidak terjejas, dan tiada kelewatan atau pembatalan penerbangan dilaporkan akibat insiden ini," katanya.Ujar kementerian itu, semakan dalaman turut mengenal pasti beberapa cabaran utama termasuk penyelarasan operasi di lapangan, masa tindak balas serta keterlihatan sistem secara masa nyata yang masih belum optimum."Walaupun Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP) telah diaktifkan, skala gangguan yang berlaku melebihi jangkaan senario sedia ada," jelas MOT.Sebagai langkah segera, katanya, MAHB bersama rakan pengendali telah melaksanakan prosedur manual serta menambah tenaga kerja bagi menstabilkan aliran penumpang dan mengurangkan kesulitan.Sehubungan itu, MOT mengarahkan satu penambahbaikan menyeluruh terhadap protokol dan infrastruktur sistem pengendalian bagasi di KLIA bagi memastikan kejadian sama tidak berulang."Langkah mitigasi segera serta jangka panjang sedang dilaksanakan," menurut kenyataan itu.Dalam perkembangan sama, kementerian akan membentangkan Nota Jemaah Menteri berhubung insiden tersebut pada Rabu ini manakala Pengarah Urusan MAHB diarahkan mengemukakan laporan kemajuan mingguan.Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut menjalankan siasatan lanjut dengan kerjasama MAHB bagi memastikan operasi kembali stabil sepenuhnya serta mematuhi piawaian keselamatan dan perkhidmatan ditetapkan.MOT menegaskan komitmen untuk mempercepatkan langkah proaktif dan tegas bagi memastikan KLIA terus beroperasi pada tahap kecekapan serta kebolehpercayaan tertinggi.Terdahulu, penumpang-penumpang di KLIA Terminal 1 terpaksa menunggu antara dua hingga empat jam bagi mendapatkan bagasi menerusi hantaran di aplikasi Thread pada Sabtu.Pengurusan KLIA di ruangan komen memaklumkan gangguan itu berpunca daripada masalah bekalan elektrik di sebuah stesen janakuasa luar yang menyebabkan sistem pengendalian bagasi terjejas buat sementara waktu, sekali gus mengakibatkan kelewatan di kawasan tuntutan bagasi.Bagi mengurangkan kesesakan, pihak KLIA membenarkan penumpang meninggalkan lapangan terbang dan kembali semula kemudian untuk mengambil bagasi masing-masing, selain maklumat terkini turut diberikan dari semasa ke semasa |
|
MOT sahkan gangguan bagasi KLIA berpunca dari isu elektrik MOT sahkan .. - Mygazette - 20/04 2:34 pm Kementerian itu turut memaklumkan satu nota Kabinet berhubung insiden berkenaan akan dibentangkan pada 22 April ini manakala pihak pengurusan MAHB diarahkan mengemukakan laporan kemajuan setiap minggu. Dalam masa sama, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan operasi kembali stabil serta mematuhi standard keselamatan dan perkhidmatan yang ditetapkan |
|
CAAM kuat kuasa pematuhan QoS termasuk pengendalian bagasi penumpang - Mygazette - 19/04 4:30 pm # CAAM kuat kuasa pematuhan QoS termasuk pengendalian bagasi penumpang KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menguatkuasakan pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang telah ditetapkan termasuk pengendalian bagasi penumpang secara tepat pada masa dan cekap |
|
Sistem Pengendalian Bagasi di KLIA rosak, Anthony arah isu ditangani lebih .. - Mygazette - 19/04 4:30 pm Tegas Anthony, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), sebagai pengendali KLIA, akan dipertanggungjawabkan atas kerosakan tersebut. Sehubungan itu, beliau turut mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), sebagai pengawal selia tunggal sektor penerbangan untuk menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut |
|
CAAM diarah siasat kerosakan sistem bagasi KLIA - Utusan - 19/04 3:33 pm PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) diarah menjalankan siasatan berhubung kerosakan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam |
|
QoS dilaksana termasuk kendali bagasi penumpang - Mypress - 19/04 2:18 pm PUTRAJAYA – Pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang dikuatkuasa, termasuk pengendalian bagasi penumpang secara tepat pada masa dan cekap.s CAAM… |
|
CAAM kuat kuasa pematuhan QoS kendali bagasi penumpang - Sinarharian - 19/04 1:17 pm PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menguatkuasakan pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) susulan gangguan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Sabtu.CAAM dalam kenyataan memaklumkan tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan."Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diingatkan untuk mematuhi piawaian QoS yang telah ditetapkan, termasuk kecekapan pengendalian bagasi penumpang yang tepat pada masanya."MAHB juga dikehendaki melaksanakan langkah pembetulan dan pencegahan yang perlu bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya pada Ahad.Dalam perkembangan sama, CAAM mengesahkan operasi termasuk daftar masuk dan pelepasan di KLIA Terminal 1 telah stabil dan kembali seperti biasa."Sebagai pengawal selia penerbangan, CAAM telah melaksanakan pemantauan rapi terhadap proses pemulihan dan terus berinteraksi dengan MAHB serta syarikat-syarikat penerbangan."Perkara itu adalah bagi memastikan penstabilan operasi sepenuhnya dan pematuhan terhadap semua piawaian keselamatan dan perkhidmatan yang berkenaan," katanya.CAAM kekal komited untuk menegakkan standard tertinggi dari segi keselamatan, kualiti perkhidmatan dan kecekapan dalam sektor penerbangan negara, serta akan terus memastikan akauntabiliti dalam kalangan semua entiti yang dikawal selia. |
|
Gangguan sistem bagasi di KLIA: MOT arah siasatan, MAHB perlu bertanggungjawab - Sinarharian - 19/04 12:15 am SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan diarahkan untuk mengadakan mesyuarat tergempar bersama agensi berkaitan pada Isnin susulan kerosakan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, mesyuarat tersebut akan menjalankan semakan menyeluruh terhadap prosedur operasi standard (SOP) sedia ada yang mengawal pengurusan kerosakan di lapangan terbang.Menurut beliau, tumpuan khusus diberikan kepada masa tindak balas, komunikasi kepada penumpang dan protokol kontigensi."Walaupun saya mengambil maklum bahawa sistem BHS telah dipulihkan pada petang yang sama, pemulihan teknikal tidak menutup perkara ini."Penumpang yang melalui pintu masuk utama negara kita berhak mendapat standard kebolehpercayaan perkhidmatan yang insiden ini jelas gagal penuhi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Anthony menegaskan bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang bertindak sebagai pengendali KLIA akan dipertanggungjawabkan atas kerosakan tersebut.Katanya, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pula sebagai pengawal selia penerbangan tunggal telah diarahkan untuk melancarkan siasatan terhadap perkara itu.Tambah beliau, CAAM di minta untuk meneliti sama ada tindakan punitif wajar diambil terhadap MAHB atas kegagalan dalam penyampaian perkhidmatan berkenaan."Di samping langkah pemulihan segera, insiden ini menunjukkan sesuatu yang perlu ditangani pada peringkat yang lebih mendalam."Kita tidak boleh merealisasikan aspirasi untuk menjadi antara lapangan terbang terbaik dunia tanpa terlebih dahulu memupuk budaya akauntabiliti dan tanggungjawab yang sebenar di seluruh organisasi, ujarnya.Anthony berkata, standard yang ditetapkan mesti dapat dilihat menerusi tindak balas yang diambil."Jika kita serius mengenai cita-cita untuk menjadi lapangan terbang bertaraf dunia, kita juga mesti sama serius dalam memupuk budaya tanggungjawab yang seiring dengan aspirasi tersebut," katanya.Terdahulu, penumpang-penumpang di KLIA Terminal 1 terpaksa menunggu antara dua hingga empat jam bagi mendapatkan bagasi menerusi hantaran di aplikasi Thread pada Sabtu.Pengurusan KLIA di ruangan komen memaklumkan gangguan itu berpunca daripada masalah bekalan elektrik di sebuah stesen janakuasa luar yang menyebabkan sistem pengendalian bagasi terjejas buat sementara waktu, sekali gus mengakibatkan kelewatan di kawasan tuntutan bagasi.Bagi mengurangkan kesesakan, pihak KLIA membenarkan penumpang meninggalkan lapangan terbang dan kembali semula kemudian untuk mengambil bagasi masing-masing, selain maklumat terkini turut diberikan dari semasa ke semasa |
|
Loke: CAAM diarah siasat kerosakan sistem bagasi KLIA - Mkini - 19/04 12:10 am Gangguan di KLIA Terminal 1 pada petang semalam sebabkan kelewatan bagasi antara dua hingga empat jam. |
|
Diskaun tren 30 peratus, pas rel hingga 90 peratus lebih murah... - Mygazette - 14/04 2:23 pm Dalam sektor udara, kerajaan melaksanakan langkah intervensi bagi mengurangkan tekanan kewangan industri penerbangan susulan pembatalan mendadak penerbangan antarabangsa, khususnya ke Timur Tengah yang mencapai tahap kritikal apabila kira-kira 75 peratus jadual harian dibatalkan pada 1 Mac lalu. Sekiranya situasi ini berlarutan, ianya boleh mengurangkan keyakinan pelancong luar dan mengakibatkan jumlah kerugian economic output di antara RM15 bilion sehingga mencecah RM150 bilion sepanjang tahun 2026, katanya, Anthony turut memaklumkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melanjutkan tempoh kredit bayaran fi dan caj sehingga 60 hari serta memberi rebat tiket RM50 bagi laluan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan yang dijangka memanfaatkan 100,000 penumpang bermula 15 Mei hingga 14 Jun ini |
|
Direct routing to deliver RM17mil in annual fuel savings, says CAAM - FMT - 13/04 5:43 pm The aviation authority says these shortcut flight paths aim to cut costs, improve efficiency, and reduce emissions amid global fuel volatility. |
|
MoT pergiat usaha pastikan kelangsungan industri penerbangan - Mypress - 9/04 1:21 pm PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MoT) memperkukuh usaha bagi memastikan kelangsungan industri penerbangan negara melalui perbincangan berterusan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) |
|
SNAPSHOT DAP man defends Penang religious body on temple Raya do; Loke talks to MAHB, CAAM - Mkini - 9/04 9:01 am KINI SNAPSHOT What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |