| /// |
|
| Search : Bmw 530e News | Page 1 |
|
Dua beradik berlumba akibatkan lima maut dalam nahas lima kenderaan Dua .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm # Dua beradik berlumba akibatkan lima maut dalam nahas lima kenderaan KLUANG - Dua kereta mewah yang sedang berlumba mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini semalam. Sebelum kejadian kereta jenis BMW 530e berlumba dengan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz A250 yang dipandu adik beradik dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1.19 petang itu |
|
Five-death accident in Simpang Renggam: Teen driver remanded for two days - Sinardaily - 2/06 2:27 pm BATU PAHAT - A 19-year-old male teenager has been remanded for two days starting today to assist in investigations into a fatal accident that claimed five lives, including four members of a family, on Jalan Renggam-Simpang Renggam here yesterday.The remand order until tomorrow was issued by Magistrate Mustaqim Sukarno at the Batu Pahat Magistrate's Court to enable further investigations to be carried out under Section 42(1) of the Road Transport Act 1987.Earlier, the suspect, who was the driver of a Mercedes Benz A250 and dressed in a brown lockup attire, arrived at the court premises at about 10.20 am accompanied by police officers.Yesterday, police confirmed the arrest of the local teenager following the horrific accident involving five vehicles.Kluang district police chief ACP Bahrin Mohd Noh was reported to have said initial investigations found that the suspect was suspected of driving his vehicle recklessly along with a BMW 530e driven by his 22-year-old brother.He said the accident at 1.15 pm occurred when the BMW 530e lost control at the scene before entering the opposite lane and hitting a Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira and another Mercedes Benz.He said as a result of the collision, a family of four including a 10-year-old girl were confirmed dead at the scene due to severe head and body injuries.Meanwhile, the suspect's brother who was driving the BMW 530e was reported to have died on the way to hospital due to the severe injuries he sustained |
|
Nahas lima maut: Remaja 19 tahun pandu Mercedes-Benz A250 direman dua hari - Sinarharian - 2/06 12:57 am BATU PAHAT - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini semalam.Perintah reman hingga esok itu dikeluarkan oleh Majistret Mustaqim Sukarno di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Terdahulu, suspek yang juga pemandu kereta jenis Mercedes-Benz A250, dan berpakaian lokap berwarna coklat, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 10.20 pagi dengan diiringi pegawai polis.Semalam, polis mengesahkan penahanan remaja berkenaan susulan nahas ngeri yang membabitkan lima kenderaan berkenaan.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioer Bahrin Mohd Noh dilapor berkata siasatan awal mendapati suspek disyaki memandu kenderaannya secara melulu bersama-sama sebuah kereta BMW 530e yang dipandu oleh abangnya berusia 22 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisKemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahadBeliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz.Akibat daripada perlanggaran itu, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.Sementara itu, abang suspek yang memandu kenderaan BMW 530e berkenaan dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah yang dialaminya |
|
Kemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahad - Sinarharian - 2/06 12:15 am DUNGUN - Jenazah empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Simpang Renggam, Johor semalam, selamat dikebumikan pagi ini.Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33; dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada jam 9.25 pagi.Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu dibawa ke Masjid Sultan Mahmud Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini untuk disolatkan pada jam 8.35 pagi ini, selepas proses bedah siasat di Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom di Kluang, Johor selesai malam tadi.Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu yang selesai pada jam 10.45 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisDalam kejadian pada jam 1.16 petang semalam, Mohd Aiman yang tinggal dan bekerja di ladang kelapa sawit di Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai bersama ahli keluarganya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Toyota Vios yang dinaiki keluarga tersebut, Perodua Alza, Proton Wira serta sebuah lagi Mercedes-Benz.Sementara itu, pemandu BMW 530e itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Dalam pada itu ibu kepada Nur Airish Syifa, Nurul Ain Mohd Rashid, 38, terkilan kerana hasrat anak kedua daripada dua beradik itu untuk melihat adiknya yang bakal dilahirkan pada November depan tidak kesampaian.Suri rumah itu berkata, anak perempuannya itu gembira apabila mengetahui dia mengandung kerana telah sekian lama Allahyarham ingin mempunyai seorang adik.Nurul Ain berkata, anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Emas II di Bandar Al Muktafi Billah Shah juga sering meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat serta bermain dengan bayi yang bakal dilahirkan itu."Nur Airish Syifa teruja untuk menyambut kelahiran adiknya dan tidak sabar pergi menemani saya membeli pakaian bayi untuk adiknya yang bakal lahir nanti," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini hari ini.Nur Airish Syifa mengikut bapa saudaranya Mohd Aiman pulang ke Felda Ulu Sedili, Johor bersempena dengan musim cuti sekolah sejak Khamis lepas dan dijadual pulang pada Sabtu ini |
|
Driver held over five-death accident in Kluang - Sinardaily - 2/06 9:19 am JOHOR BAHRU - Police have arrested a local man to assist in the investigation of an accident involving five vehicles that killed five people at Kilometre 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.Kluang district police chief ACP Bahrin Mohd Noh said the 19-year-old man was believed to be driving a Mercedes Benz A250 at high speed and recklessly with a BMW 530e driven by a 22-year-old local man who is also his elder brother.He said the accident at 1.15 pm occurred when the BMW 530e lost control at the scene before entering the opposite lane and hitting a Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira and another Mercedes Benz.According to him, the accident caused the driver of the BMW 530e to die after his vehicle entered a ravine, as well as four others, namely the driver of the Toyota Vios, a 36-year-old local man, his 33-year-old wife with two family members comprising a 73-year-old woman and a 10-year-old girl."The driver and passenger of the Toyota Vios died at the scene due to severe head and body injuries |
|
Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis - Sinarharian - 2/06 9:09 am KLUANG - Dua kereta mewah dipandu secara laju dan melulu mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira, BMW 530e dan Mercedes-Benz A250."Kemalangan tersebut berlaku semasa BMW 530e dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam."Kereta itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama-sama sebuah Mercedes-Benz A250 |
|
Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaan - Sinarharian - 2/06 8:46 am KLUANG Aksi dua kereta mewah yang dipercayai dipandu laju dan melulu mengakibatkan kemalangan membabitkan lima kenderaan sehingga meragut lima nyawa, termasuk pasangan suami isteri, di Kilometer 27 Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada jam 1.15 tengah hari.Menurutnya, kemalangan itu melibatkan sebuah BMW 530e, Mercedes-Benz A250, Perodua Alza, Toyota Vios dan Proton Wira."Siasatan awal mendapati BMW 530e yang dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam."Kenderaan itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama sebuah Mercedes-Benz A250."Setibanya di lokasi kejadian, BMW 530e hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh empat kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, selepas rempuhan itu, BMW 530e berkenaan terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di seberang jalan.Menurutnya, ketika kejadian, Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah Mercedes-Benz sedang bergerak dari arah bertentangan.Akibat kemalangan itu, empat individu yang menaiki Toyota Vios iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; Nor Azlina Abd Latif, 33; Semek Mat Soh, 75; dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, meninggal dunia di lokasi kejadian.Kesemua mangsa yang beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu dilaporkan mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan."Pemandu BMW 530e turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada."Lapan lagi mangsa yang cedera dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk mendapatkan rawatan," katanya.Bahrin berkata, pemandu Mercedes-Benz A250 berusia 19 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) akta sama."Pemandu Mercedes-Benz A250 dan pemandu BMW 530e yang meninggal dunia merupakan adik-beradik."Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada jam 10.30 pagi," katanya.Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, kemalangan berlaku di hadapan Penjara Simpang Renggam.Menurutnya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lapan kilometer dari balai."Operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa berjaya diselesaikan sepenuhnya," katanya. |
|
Kisah kereta berlumba sebelum nahas, 4 meninggal di tempat kejadian - Harapandaily - 2/06 8:29 am Polis mengesahkan kemalangan maut yang berlaku di Jalan Renggam-Simpang Renggam semalam, membabitkan lima buah kenderaan, dipercayai berpunca daripada tindakan dua pemandu yang memandu secara laju sebelum salah sebuah kenderaan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan. Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari di Kilometer 27 jalan berkenaan, sebuah kereta jenis BMW 530e yang dipandu lelaki.. |
|
Nahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahan - Sinarharian - 2/06 8:27 am JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan lima kenderaan yang menyebabkan lima individu maut di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam, Kluang.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai memandu Mercedes Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530e dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga abangnya.Beliau berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.Kemalangan itu menyebabkan pemandu BMW 530e maut selepas kenderaannya memasuki gaung.Turut maut empat lagi mangsa iaitu pemandu Toyota Vios, lelaki tempatan berusia 36 tahun, isteri berusia 33 tahun, dua ahli keluarga wanita berusia 73 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun."Pemandu dan penumpang Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan."Pemandu BMW 530e pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, dua penumpang Perodua Alza, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.Pemandu Perodua Alza, lelaki tempatan berusia 43 tahun pula mengalami kecederaan pada kaki, manakala pemandu Proton Wira, lelaki tempatan berusia 22 tahun cedera pada bahagian mulut.Sementara itu, pemandu Mercedes Benz, wanita tempatan berusia 57 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.Bahrin berkata, kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di HEBHK, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 19 tahun itu negatif dadah.Pihak polis turut merampas Mercedes Benz A250 berkenaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama |
|
Polis - Nahas bunuh 4 sekeluarga berpunca dari 2 kereta, BMW 530e dan Mercedes Benz A250 dipandu laju, melulu - Careta - 2/06 7:20 am "Polis menerima laporan kemalangan pada jam 1.15 tengah hari membabitkan lima buah kenderaan. Siasatan mendapati BMW 530e terbabit hilang kawalan dan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |