///
See Also: Shutterstock

Search : Agung Pas News   Page 1    





PRN Negeri Sembilan: Pas nafi arah ahli parti wajib undi calon BN, MCA dan MIC - Sinarharian - 23/07 1:49 pm

SHAH ALAM - Pas menafikan hantaran palsu yang sedang tersebar di media sosial berhubung arahan wajib menyokong dan mengundi calon UMNO-Barisan Nasional (BN), MCA serta MIC dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Jabatan Penerangan Pas Pusat berkata, parti tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahupun arahan sedemikian kepada ahli-ahli Pas."Pas menafikan hantaran palsu yang sedang tersebar di media sosial," katanya ringkas di Facebook pada Khamis.Kenyataan media palsu yang memetik nama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 22 Julai itu tular meskipun kedua-dua parti memang menjalinkan kerjasama dalam PRN Negeri Sembilan.Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan persefahaman yang terjalin antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan bertujuan merampas pentadbiran negeri itu daripada Pakatan Harapan (PH).Beliau berkata, ia dirangka bagi memaksimumkan peluang pembangkang menewaskan PH yang kini mentadbir Negeri Sembilan.Mohd Amar menambah, kerjasama antara dua gabungan itu di Negeri Sembilan hanya persefahaman pilihan raya dan bukannya jalinan politik secara rasmi.PN pada 16 Julai lalu mengumumkan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan yang bakal berlangsung 1 Ogos ini.Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika Majlis Pengumuman Calon PN Negeri Sembilan di Kompas Kampung Ismail, Seremban.Menurut beliau, daripada 11 kerusi yang ditandingi, sebanyak lima kerusi diperuntukkan kepada Pas, empat Parti Wawasan Rakyat (Wawasan), satu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan satu Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Terdahulu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan gabungan itu melengkapkan 'puzzle' kerusi yang tidak ditandingi BN di mana parti itu hanya meletakkan calon di 25 DUN.





Penyokong PN wajib pangkah BN – Takiyuddin - Mygazette - 22/07 2:46 pm

Jelasnya , arahan itu wajib dipatuhi semua parti komponen termasuk Pas bagi memastikan kerjasama BN-PN berjaya memperoleh kemenangan seterusnya membentuk kerajaan negeri. Terdahulu ketika berucap, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menegaskan, arahan itu bukan sekadar seruan sebaliknya kewajipan kepada seluruh ahli Pas di Parlimen Tampin





Hamzah cadang kerjasama PN-BN guna nama PBN - Sinarharian - 22/07 8:24 am

Ramai orang susah menyebut PN-BN, jadi PBN sahaja. Namun, perkara paling penting bukan nama itu, tetapi jiwa kebersamaan kita dalam menentukan masa depan Negeri Sembilan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Ceramah Perdana Pengenalan Calon BN-PN Parlimen Tampin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Bukit Rokan, di sini, malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanTiada arahan letak jawatan, hanya kekalkan disiplin dan profesionalisme - Fahmi Fadzil25+11 belum tentu 36'Jurang melebar tapi belum retak'PRN Negeri Sembilan: Gandingan Anwar, Aminuddin serlah kekuatan sebenar PH - PenganalisisTurut hadir, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pengerusi BN Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.Hamzah berkata, gabungan berkenaan boleh menggunakan apa juga nama, namun kesepakatan antara parti-parti terlibat perlu menjadi keutamaan dalam usaha membentuk kerajaan baharu di negeri itu.Katanya, PBN akan membawa gelombang biru bagi berdepan gelombang merah yang dikaitkan dengan Pakatan Harapan (PH)."Kita boleh namakan apa sekalipun





BN Tampin ikrar menangkan calon Wawasan DUN Gemas - Sinarharian - 21/07 11:30 pm

Jangan risau, jentera sudah bersiap sedia untuk bekerja."BN akan tetap mendukung Perikatan Nasional di Gemas. Jangan fikir perkara yang sudah berlalu kerana agenda besar kita ialah mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan," katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana Pengenalan Calon BN-PN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Bukit Rokan di sini pada Selasa.Turut hadir, Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Mohd Isam berkata, kerjasama terjalin antara BN dan PN merupakan satu permulaan yang dinantikan ramai penyokong kedua-dua gabungan selepas melalui pelbagai episod politik sebelum ini.Menurutnya, beliau berharap kepimpinan tertinggi dapat terus memperkukuhkan persefahaman tersebut supaya tiada lagi perpecahan dalam kalangan orang Melayu di samping terus memperjuangkan kepentingan semua kaum."Kita dahagakan persefahaman ini





Berucap di pentas UMNO, Hamzah kata inilah kekuatan sebenar gelombang biru - Sinarharian - 19/07 9:28 pm

SHAH ALAM -Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkatapenyatuan pemimpin daripada pelbagai parti politik membuktikan kekuatan sebenar 'gelombang biru' dalam mengutamakan kepentingan rakyat.Beliau berkata, kekuatan itu bukan sekadar terbentuk menerusi gabungan parti politik, sebaliknya lahir daripada penyatuan hati serta tekad bersama untuk mengembalikan politik matang yang mengutamakan rakyat."Apabila kita meletakkan kepentingan rakyat mengatasi perbezaan politik, kita sebenarnya sedang membina satu keluarga besar yang berkongsi cita-cita yang sama iaitu Negeri Sembilan yang lebih baik."Inilah kekuatan sebenar Gelombang Biru. Bukan sekadar gabungan parti, tetapi penyatuan hati dan tekad untuk mengembalikan politik matang yang mengutamakan rakyat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Dalam hantaran sama, beliau memaklumkan berkesempatan sepentas bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di kediaman Pengerusi Tetap UMNO Seremban.Menurut Hamzah, penyatuan itu membuktikan perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk bekerjasama demi kepentingan rakyat dan masa depan Negeri Sembilan.





Bila masa MCA ada prinsip? soal Puad - Mygazette - 17/07 3:48 pm

Beliau mendakwa perkara itu pernah berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 apabila Pas sanggup menawarkan penggunaan lambang bulan kepada DAP selepas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP berdepan isu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS). Menurutnya, ketika itu Setiausaha Agung Pas, Allahyarham Datuk Mustafa Ali turut menandatangani surat kebenaran berhubung perkara tersebut



'Itu peluru kapur, cuba lagi' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 7/07 10:20 pm

SHAH ALAM Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menafikan dakwaan beliau memiliki kereta Mercedes selepas menjadi sasaran serangan di media sosial.Beliau berkata, serangan itu tercetus susulan laporan di Facebook dan TikTok Harakahdaily mengenai ketibaannya ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Gombak, dua hari lalu.Menurutnya, kenderaan Mercedes yang dilihat dinaiki ketika tiba di lokasi program itu bukan miliknya, sebaliknya kepunyaan seorang ahli Pas Kawasan yang digunakan untuk membawanya dari Pejabat Pas Hulu Klang ke majlis berkenaan.Ahmad Fadhli berkata, beliau bertolak dari Kota Bharu ke Gombak dengan menaiki bas Naza Ekspress pada jam 11 malam di tempat duduk 8A sebelum tiba di Terminal Bersepadu Gombak (TBG) pada jam 5.30 pagi."Urus setia datang menjemput saya dan membawa saya ke Pejabat Pas Hulu Klang untuk bersiap serta bersarapan sebelum bergerak ke lokasi program."Kereta tersebut milik ahli Pas Kawasan dan hanya digunakan untuk membawa saya dari Pejabat Pas ke lokasi program," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.Beliau berkata, penggunaan bas ekspres merupakan antara pengangkutan yang lazim digunakan oleh sebahagian Ahli Parlimen Pas ketika sidang berlangsung, selain kapal terbang atau kereta api bagi perjalanan ke utara.Jelasnya, kenderaan peribadi ditinggalkan di Kuala Lumpur kerana kaedah itu lebih menjimatkan masa dan tenaga, selain membolehkan kewangan digunakan untuk urusan lain yang lebih memerlukan.Beliau berkata, pada asalnya tidak berhasrat mendedahkan perkara itu kerana menganggap ia bukan sesuatu yang wajar dibanggakan."Tapi jika nak kata kami bermewah-mewah guna kereta peribadi yang mahal, itu peluru kapur lah..



PRN Johor: Pas akui ada sokongan daripada ahli UMNO - Sinarharian - 4/07 1:52 pm

PASIR MAS Pas melihat perkembangan positif di beberapa kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk sokongan daripada ahli UMNO di peringkat akar umbi.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jentera parti di peringkat negeri menunjukkan perkembangan memberangsangkan meskipun kempen baru memasuki minggu pertama."Kami tengok ada beberapa DUN yang agak positif."Termasuk ada ahli-ahli UMNO yang datang jumpa dan menyatakan sokongan," katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluBeliau berkata, perkembangan itu dijangka dapat diterjemahkan kepada undi pada hari pengundian nanti terutama dengan sokongan jentera tempatan serta sentimen pengundi muda.Selain itu, Pas turut melihat potensi besar daripada pengundi muda serta pengundi luar yang pulang mengundi sebagai faktor penentu dalam PRN Johor kali ini.Menurutnya, peratus keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding pilihan raya lalu juga boleh memberi kesan besar kepada keputusan akhir."Kita harapkan pengundi muda dan pengundi luar ini dapat diterjemahkan kepada petak undi," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, Pas kekal yakin dengan kekuatan jentera di beberapa kawasan meskipun berdepan saingan pelbagai penjuru.



'Mood' rakyat inginkan Pas Tuan Ibrahim - Sinarharian - 4/07 1:26 pm

PASIR MAS - Mood rakyat inginkan Pas bukan sahaja dilihat di Johor, malah turut menunjukkan kecenderungan di peringkat nasional, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.Beliau berkata, hasil kajian lapangan, analisis pengundi serta pemerhatian terhadap sentimen semasa mendapati terdapat perubahan kecenderungan khususnya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bawah 40 tahun.Tuan Ibrahim berkata, Johor menjadi antara negeri yang menunjukkan perkembangan menarik kerana sebahagian besar pengundi muda kini merupakan kelompok yang pertama kali keluar mengundi dalam pilihan raya negeri sebelum ini."Kami turun dengan beberapa kajian, kajian lapangan dan analisis sentimen pengundi."Ada satu sentimen yang agak menarik di Johor, pengundi muda positif kepada Pas" katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluBeliau berkata, berdasarkan pemerhatian Pas, golongan muda kini lebih terbuka untuk menilai kepimpinan baharu dan menunjukkan kecenderungan untuk mencuba parti itu dalam pilihan raya."Mereka nak cuba melihat bagaimana kepimpinan kalau Pas diberi peluang untuk menerajui kerajaan," katanya.Menurutnya lagi, trend tersebut tidak hanya tertumpu di Johor, sebaliknya turut menunjukkan isyarat yang sama di peringkat nasional berdasarkan analisis awal parti.Tuan Ibrahim berkata, faktor media sosial dan perubahan demografi pengundi turut menjadi penyumbang utama kepada perubahan mood pengundi, khususnya dalam kalangan generasi muda."Kami tengok kecenderungan itu agak ketara sekarang, Insya-ALLAH mudah-mudahan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.Beliau berkata, Pas kini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh penerangan serta mendekati pengundi muda dan pengundi luar yang dijangka memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan pilihan raya.



PRN Johor: Manifesto Pas hanya di kawasan kerusi bertanding - Tuan Ibrahim - Sinarharian - 4/07 12:38 am

PASIR MAS - Pas tidak mengemukakan manifesto secara menyeluruh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya hanya menawarkan inisiatif khusus di kawasan yang ditandingi parti tersebut.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendekatan itu diambil kerana Pas hanya bertanding di 11 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selain memberi fokus kepada peranan sebagai pembangkang dan semak imbang di negeri berkenaan."Secara spesifik, ada beberapa tawaran dibuat di kawasan-kawasan tertentu."Kita ambil kira keperluan pengundi di kawasan itu untuk selesaikan masalah setempat," katanya kepada selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas di sini pada Sabtu.Beliau berkata, manifesto secara umum lazimnya dikemukakan oleh parti yang bertanding untuk membentuk kerajaan negeri, namun dalam konteks Pas di Johor, fokus utama adalah peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri."Jumlah kerusi kami bertanding hanya 11 daripada 56."Jadi keutamaan ialah bagaimana kami berperanan dalam konteks semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri," katanya.PRN Johor akan diadakan 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.



'Kita mahu Jho Low segera dihadapkan ke mahkamah Malaysia' - Pembangkang - Sinarharian - 4/07 11:55 am

PASIR MAS Pembangkang menegaskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low perlu segera dihadapkan ke mahkamah di Malaysia bagi menjawab dakwaan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa mengira sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Amerika Syarikat.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Malaysia mempunyai sistem perundangan sendiri dan tidak seharusnya terikat dengan sebarang keputusan Amerika Syarikat berhubung Jho Low.Menurut beliau, tindakan Jho Low didakwa memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan proses perundangan di Malaysia perlu diteruskan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan."Kita ada undang-undang kita sendiri, apa yang dibuat oleh Amerika Syarikat itu urusan mereka dan negara kita sangat terkesan dengan tindakan Jho Low serta kesannya besar kepada ekonomi negara."Kami masih mendesak Jho Low mesti dihadapkan ke mahkamah atas tindakannya, soal dia bersalah atau tidak biarlah diputuskan oleh mahkamah, tetapi dia perlu dihadapkan ke mahkamah terlebih dahulu," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa Jho Low didakwa bakal menerima pengampunan di Amerika Syarikat.Tuan Ibrahim berkata, tindakan Amerika Syarikat dalam isu memberi pengampunan atau tidak, tidak berkaitan dengan negara ini."Isu pokoknya ialah Jho Low didakwa melanggar undang-undang di Malaysia."Kalau mereka mahu melepaskannya kerana merasakan dia tidak melakukan kesalahan di negara mereka, itu tidak ada kaitan dengan kita, yang menjadi isu ialah dana negara kita dan undang-undang negara kita," katanya.Beliau turut berharap pihak berkuasa mempercepatkan tindakan bagi membawa pulang Jho Low ke Malaysia melalui proses ekstradisi supaya beliau dapat dihadapkan ke mahkamah."Kita harap pihak berkuasa segera mengambil tindakan, termasuk usaha ekstradisi bagi membawa pulang Jho Low ke Malaysia untuk dihadapkan ke mahkamah," katanya.Tuan Ibrahim sebelum itu merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Pasir Mas yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud yang juga Yang Dipertua Pas Pasir Mas.



Undi calon PN, keutamaan kita jangan bagi musuh politik menang –... - Mygazette - 29/06 4:28 pm

Malah, Timbalan Presiden Pas yang juga Timbalan Presiden PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menggesa penyokong dan ahli Pas mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi-kerusi yang tidak ditandingi calon PN. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, Pas akan memutuskan pendirian berhubung sokongan kepada Bersatu itu pada Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini



PN janji 'kejutan' buat rakyat Johor, manifesto diumum dalam masa terdekat - Sinarharian - 28/06 8:24 am

KOTA BHARU - Setiausaha Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi bayangan rakyat Johor bakal menerima beberapa tawaran menarik apabila manifesto pilihan raya melibatkan gabungan itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.Menurut beliau, dokumen manifesto berkenaan kini berada di peringkat akhir sebelum dilancarkan secara rasmi sebagai tawaran kepada pengundi."Kita ada manifesto, akan keluar dalam tempoh terdekat," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu malam.Beliau ditemui ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu yang dirasmikan Ahli Parlimen Jerantut, Khiril Nizam Khirudin.Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Bharu itu bagaimanapun enggan memperincikan kandungan sebenar manifesto tersebut, namun memberi petunjuk akan terdapat elemen mengejutkan.Katanya, beliau bukan individu yang bertanggungjawab secara langsung terhadap penyediaan manifesto berkenaan kerana urusan itu dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti.Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Pas itu memberitahu, pihaknya sudah membuat persediaan awal menghadapi PRN Negeri Sembilan.



Hala tuju sokongan Pas kepada Bersatu, PRN Johor ditentukan Isnin ini - Takiyuddin - Sinarharian - 28/06 7:49 am

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan mereka akan memutuskan hala tuju sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Isnin ini.Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat menerusi mesyuarat khas Pas Pusat yang bermula jam 5 petang."Setakat ini Pas berpegang kepada kenyataan yang telah dibuat Presiden sebelum ini."Hari Isnin ini Pas Pusat akan bermesyuarat dan buat keputusan termasuklah perkara-perkara lain




Reformasi     >>



Umno melenting isu RCI Tabung Haji, kena atas bisul ke? - Harapandaily
Umno dilihat mula terasa bahang susulan keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) kepada umum. Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mendakwa kononnya kerugian TH disebabkan ..
Kroni     >>



Data peribadi: Harta atau komoditi? - Utusan
SETIAP hari, kita menyerahkan cebisan diri tanpa disedari. Pertanyaan carian, sejarah pembelian, jejak lokasi, video yang dijedakan, hantaran yang disukai, sehinggalah tatalan media sosial pada larut malam. Semua jejak mikro ini dikumpul, diproses dan ditukar menjadi nilai komersial yang besar. Platform teknologi ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026 Disiasat Dakwaan Mengatur Perlawanan - Vocket
Piala Dunia FIFA 2026 kini berdepan kontroversi baharu apabila satu siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kemungkinan berlaku aktiviti mengatur perlawanan (match-fixing) sepanjang kejohanan tersebut. Laporan... The post Piala Dunia 2026 Disiasat Dakwaan Mengatur Perlawanan appeared first on ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Watch Ultra 2 and Watch 9 arrive in .. - Soyacincau
Besides the Galaxy Z Fold 8, Galaxy Z Fold 8 Ultra and Galaxy Z Flip 8, Samsung Malaysia has also introduced the new Galaxy Watch Ultra 2 and Galaxy Watch 9. For the latest smartwatches, Samsung has ditched its Exynos smartwatch chip in favour of Qualcomm’s latest 3nm Snapdragon Wear Elite ..
World     >>



What are the Abraham Accords? - Aljazeera
US President Donald Trump has seemingly backpedalled on a nuclear deal with Saudi Arabia.