///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Turkiye News   Page 1    



Malaysia gesa perjanjian inklusif bagi jamin laluan selamat Selat Hormuz .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm

Saya melihat perkembangan ini dengan penuh harapan dan optimis. Malaysia menghargai peranan konstruktif yang dimainkan Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudah cara proses ini





Rundingan AS-Iran tunjuk perkembangan positif, Malaysia sokong usaha pelbagai hala - PM - Sinarharian - 24/05 3:37 pm

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha pelbagai hala yang mampu menyumbang kepada keamanan dan kestabilan berkekalan di Asia Barat susulan perkembangan positif rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima petunjuk menggalakkan daripada para pemimpin Asia Barat bahawa rundingan ke arah perjanjian rangka kerja antara AS dan Iran, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz, sedang bergerak dalam trajektori positif.Menurut Anwar, perkembangan itu memberi harapan ke arah penyelesaian diplomatik yang mampu memperkukuh keamanan dan keselamatan rantau berkenaan."Malaysia mengambil maklum peranan konstruktif yang dimainkan oleh Bahrain, Mesir, Jordan, Oman, Pakistan, Qatar, Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam memudah cara proses ini."Kami juga mengalu-alukan penglibatan peribadi Presiden AS, Donald Trump dalam usaha mencapai penyelesaian menerusi rundingan," katanya dalam satu kenyataan.Selain itu, Perdana Menteri berharap semua pihak yang terlibat dalam rundingan tersebut dapat memanfaatkan peluang sedia ada bagi memastikan proses rundingan berjaya diselesaikan secara damai dan menyeluruh.Dalam masa sama, Anwar menambah Malaysia turut menggesa semua pihak mencapai satu perjanjian rangka kerja yang inklusif bagi memperkukuh gencatan senjata semasa, menjamin laluan selamat melalui Selat Hormuz serta menangani kepentingan keselamatan sah semua negara di Asia Barat





Analysis: The necessity of reining in social media companies - Sinardaily - 24/05 12:00 am

Australia was the first to ban social media access for under-16s. Indonesia soon followed suit, while France, the United Kingdom, Turkiye, Thailand and many other countries are in the process of implementing similar laws





Queen of Malaysia arrives in Turkiye for threeday special visit, to attend RMN shiplaunch ceremony - Malaymail - 24/05 10:13 am

ISTANBUL, May 24 Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia, has arrived in Istanbul, Turkiye in conjunct...





GSF 2.0: 29 rakyat Malaysia dijadualkan pulang Ahad ini - Mygazette - 23/05 7:53 am

"Kesemua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Istanbul, Trkiye bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke Malaysia dengan ketibaan dijangka pada 24 Mei 2026 (Ahad), menurut kenyataan itu hari ini. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan semua 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, selamat tiba di Istanbul, Turkiye jam 5.45 petang waktu tempatan semalam





41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul - Mygazette - 23/05 7:53 am

# 41 aktivis GSF dibenarkan keluar dari hospital di Istanbul ISTANBUL - Sebanyak 41 daripada 53 aktivis yang mengalamai kecederaan daripada gerakan Global Sumud Flotilla (GSF) telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital di Istanbul, Anadolu Ajansi melaporkan pihak berkuasa Turkiye pada Jumaat





Amirudin dedah jadi sasaran, bot Misi GSF 2.0 disabotaj rejim Zionis - Mygazette - 23/05 7:53 am

Saya anggap ia satu penculikan yang dibuat oleh rejim dalam keadaan terdesak kerana semakin hari semakin ramai peserta misi kemanusiaan yang datang. "Kali ini sabotaj mereka dilakukan dua kali, satu di perairan Greece dan satu lagi di perairan berdekatan Turkiye," katanya lagi





GSF 2.0: 29 aktivis Malaysia tiba di tanah air Ahad ini - Sinarharian - 22/05 7:47 pm

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dan dibebaskan pada Khamis dalam keadaan selamat serta berada di Istanbul, Turkiye ketika ini.Wisma Putra dalam kenyataan berkata, kesemuanya sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dijadualkan pulang ke tanah air dengan ketibaan dijangka pada Ahad."Kerajaan Malaysia turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas segala bantuan dan sokongan diberikan sepanjang proses pembebasan serta kepulangan mereka dengan selamat."Kementerian memuji komitmen teguh yang ditunjukkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) serta pasukan Sumud Nusantara."Walaupun flotila kemanusiaan tersebut dihalang daripada tiba di Gaza, misi ini berjaya meningkatkan kecaman antarabangsa terhadap sekatan haram rejim Zionis Israel ke atas Gaza, Palestin," katanya pada Jumaat.Wisma Putra memaklumkan, Malaysia kekal komited untuk meneruskan usaha diplomatik bersama rakan antarabangsa dalam menjunjung prinsip kemanusiaan serta memperkukuh solidariti global ke arah penubuhan negara Palestin yang berdaulat dan merdeka.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kesemua 428 aktivis GSF 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa dibebaskan.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Tambah Sani Araby, pihaknya mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925.





Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini - Mygazette - 22/05 7:52 am

# Sumud: 29 rakyat Malaysia dijangka tiba di tanah air Ahad ini SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini. Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel





SNAPSHOT Israel releases Gaza flotilla activists, including 29 M'sians, Turkiye sponsors flights - Mkini - 21/05 9:00 pm

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm, and 9pm.





GSF 2.0: 428 aktivis termasuk 29 rakyat Malaysia dibebaskan - Sinarharian - 21/05 7:52 pm

SEPANG - Kesemua 428 aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel di perairan antarabangsa kini dibebaskan dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.Beliau berkata, SNCC mengesahkan laporan terkini bahawa semua 428 aktivis flotilla kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka sampai ke Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas Kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925."Ketiga-tiga penerbangan khas Turkish Airlines itu dijangka berlepas dari tanah haram Israel sekitar 8 malam waktu Malaysia."Penerbangan ini dijangka tiba pada 10 malam waktu Malaysia dan akan disambut oleh pihak kedutaan Malaysia di Turkiye serta Wisma Putra serta kerajaan Turkiye," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini pada Khamis.





PM beri komitmen maksimum gesa pembebasan aktivis GSF 2.0 - SNCC - Sinarharian - 21/05 2:29 pm

SEPANG -Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dan komitmen maksimum untuk mengetuai segala usaha menggunakan hubungan dua hala bagi mendesak pembebasan segera aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0yang diculik serta ditahan Israel.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, komitmen berkenaandinyatakan Perdana Menteri kepada SNCC menerusi satu panggilan telefon pada Khamis."Perdana Menteri sedang mengetuai segala usaha bersama Kerajaan Malaysia, menggunakan hubungan dua hala yang akrab serta telah berhubung rapat dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, bagi mendesak pembebasan segera seluruh aktivis yang diculik, dipastikan selamat dan mengelakkan mereka daripada dipenjarakan di Penjara Ketziot," katanya.Dalam sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, Sani Araby berkata, SNCC turut dimaklumkan yang Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa Wisma Putra menggandakan usaha diplomatik bersama Turkiye serta beberapa negara lain.Ia termasuk membuat persediaan wakil kedutaan di Istanbul, Aman dan Kaherah bagi memastikan keselamatan dan pembebasan rakyat Malaysia yang terlibat dalam misi flotilla kemanusiaan ini."SNCC menegaskan insiden penculikan ini turut membangkitkan kemarahan dan kecaman antarabangsa termasuk kenyataan negara serta aksi demonstrasi di Itali, Turkiye, Sepanyol, Perancis, Belgium, Ireland, Kanada, Belanda, Jerman, Korea Selatan, Australia, Portugal serta organisasi antarabangsa."Mereka juga turut mengecam tindakan pencerobohan dan penculikan terhadap aktivis flotilla kemanusiaan ini yang berlaku di perairan antarabangsa," katanya.Sani Araby berkata, SNCC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperhebat solidariti melalui solat hajat, Qunut Nazilah, munajat nasional serta tekanan diplomatik dan advokasi berterusan sehingga seluruh delegasi kemanusiaan dibebaskan.Semalam, SNCC mengesahkan kesemua 50 kapal GSF 2.0 yang membawa 428 aktivis kemanusiaan daripada 40 negara, telah dipintas tentera laut rejim Zionis Israel (IOF) di perairan antarabangsa, kira-kira 80 batu nautika dari pantai Gaza.- Bernama





Peserta GSF laung Free Palestine ke arah Ben Gvir ketika tiba di Ashdod - Sinarharian - 20/05 10:44 pm

KUALA LUMPUR - Jeritan 'Free Palestine!' atau Bebas Palestin oleh peserta Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dihalakan tepat ke arah Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir.Menurut Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby, kesemua peserta GSF yang ditahan oleh rejim Zionis Israel pada 18 dan 19 Mei lalu telah tiba di Pelabuhan Ashdod pada petang tadi."Mereka ketika ini berada di Ashdod," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.Sementara itu, sebuah rakaman tersebar di media sosial menunjukkan para peserta dipaksa melutut ke lantai dan ditarik secara kasar oleh tentera rejim untuk dipindahkan dari kapal ke tempat tahanan.Pada masa sama, Itamar juga turut dilihat mengelilingi para peserta sambil melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.Semalam, GSF memaklumkan kesemua 50 bot misi itu dipintas rejim Zionis di timur Mediterranean pada 18 dan 19 Mei, menyebabkan 428 aktivis dari lebih 40 negara ditahan termasuk 29 delegasi Malaysia yang menyertai 18 bot berkenaan.Untuk rekod, sebanyak 54 buah kapal GSF 2.0 mula berlepas dari Pelabuhan Marmanis, Turkiye ke Gaza pada 14 Mei lalu.Pada 30 April, sekurang-kurangnya 22 kapal GSF 2.0 dipintas oleh tentera rejim Zionis di perairan antarabangsa berhampiran Crete, Greece sebelum dilepaskan di negara yang sama pada 2 Mei.Dalam operasi haram itu, 10 rakyat Malaysia dilaporkan antara peserta yang ditahan atau terputus hubungan selepas kapal mereka dinaiki tentera rejim





GSF 2.0: SNCC terputus hubungan dengan peserta ditahan tentera laut rejim Zionis - Sinarharian - 20/05 3:15 pm

Saya kira masa ini adalah masa yang sangat penting dan jika dalam tempoh 48 jam tidak ada maklumat (rasmi) pendaratan di Pelabuhan Ashdod. Saya kira ini adalah satu insiden yang perlu dunia ambil peduli dan masuk campur," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0 di sini hari ini.Media sebelum ini melaporkan misi GSF 2.0 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza, manakala SNCC turut mengemas kini radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi.Sani Araby berkata pihaknya dimaklumkan peserta misi itu dipercayai ditempatkan di "penjara atas kapal" sebelum dibawa ke Pelabuhan Ashdod, namun setakat ini maklumat rasmi masih sangat terhad."Seperti tahun lepas, SOP (prosedur operasi standard) yang telah kita latih, apabila sampai waktu genting terakhir, mereka telah disuruh untuk membuang telefon bimbit untuk elak daripada dirampas





Semua kapal GSF 2.0 bawa 428 aktivis dipintas tentera laut Zionis - SNCC - Sinarharian - 20/05 2:51 pm

Setiap kapal GSF ini mempunyai CCTV (kamera litar tertutup) pada tiang kapal. Semua aktiviti direkodkan akan jadi bahan bukti."Kesemua aktivis merangkumi doktor, pengamal media, kapten, kru kapal dan pembela hak asasi manusia, disahkan diculik dari kapal masing-masing di bawah ancaman senjata, sebelum dipindahkan secara paksa ke kapal perang rejim dipercayai dibawa ke Pelabuhan Ashdod, semalam," katanya pada sidang media perkembangan Misi GSF 2.0, di sini hari ini.Beliau berkata, insiden itu turut melibatkan 18 kapal yang membawa 29 rakyat Malaysia termasuk kejadian empat aktivis negara yang dilaporkan ditahan semalam, iaitu Muhammad Hareez Adzrami dan Chin Shiau Weai yang menaiki kapal Alcyone, serta Syed Amirul Syafiq Syed Iskandar (kapal Don Juan) dan Noor Thanisah Mohammad Tajudin (kapal Zefiro)."Ini berdasarkan pengesahan mutakhir daripada bilik gerakan SNCC," katanya.Dalam perkembangan sama, Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan empat daripada 11 keseluruhan delegasi serantau dari Indonesia, yang mewakili jaringan Sumud Nusantara turut ditahan.Mereka ialah Herman Budianto dan Ronggo Wirsano dari kapal Alcyone, manakala Asad Aras serta Hendro Prasetyo berada di kapal Kasri Sadabad.Beliau juga menyifatkan insiden itu sebagai pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa serta hak asasi manusia dan menuntut tindakan segera masyarakat antarabangsa berhubung keselamatan semua aktivis yang terlibat.Sany Araby juga berkata, SNCC telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, bahawa usaha diplomatik sedang digerakkan secara giat dan berterusan untuk meningkatkan tekanan antarabangsa.Ini termasuk kerjasama rapat dengan negara-negara sahabat, bagi memastikan semua aktivis dibebaskan dengan segera serta berada dalam keadaan selamat."SNCC menyokong penuh ketegasan kerajaan Malaysia yang mengecam keras insiden pencerobohan terhadap misi kemanusiaan ini," katanya.Beliau berkata, SNCC turut menyokong kenyataan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada 18 Mei yang menyifatkan tindakan IOF terhadap flotilla kemanusiaan itu sebagai tindakan "lanun dan penyamun" di perairan antarabangsa





Israel rampas semua kapal GSF - Mkini - 20/05 10:16 am

Tentera Israel telah memintas sejumlah 50 kapal yang membawa 428 individu dari 44 negara, termasuk 78 warga Turkiye.





GSF: 25 Rakyat Malaysia tidak ceroboh, Menteri Luar desak pembebasan .. - Mygazette - 20/05 7:56 am

Tetapi mereka dipintas dan banyaklah rakyat negara lain yang turut ditahan oleh pihak berkuasa rejim Zionis Israel, katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selasa. Mohamad berkata beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatnya Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dan kerajaan Turkiye yang berjaya membawa pulang 10 rakyat Malaysia yang ditahan lebih awal





Iran tetap teruskan misi Piala Dunia - Utusan - 20/05 7:30 am

ANTALYA: Skuad bola sepak Iran tetap meneruskan persiapan menghadapi Piala Dunia 2026 sejurus tiba di Turkiye semalam bagi menjalani kem latihan pusat serta melengkapkan urusan visa ke Amerika Syarikat (AS)





Fakta KAAN Enjin TEI & GE F110-129E - Wrlr - 19/05 6:59 pm

Syarikat TAI merupakan pengeluar dan kontraktor utama serta pemegang "design authority" bagi pesawat tempur Gen 5 TAI TF-X Kaan dan bukannya syarikat BAE Systems. Manakala jika enjin TEI (Tusas Engine Industries) berjaya dibangunkan, maka hakcipta, pengeluaran dan pemegang lesen eksport enjin tersebut juga adalah milik Turkiye





Skuad Piala Dunia Iran tiba untuk latihan di selatan Turkiye - Hotfm - 19/05 11:06 am

Antalya: Pasukan bola sepak Iran tiba di Turkye, hari ini, bagi menjalani kem latihan dan melengkapkan permohonan visa menjelang Piala Dunia 2026, menurut wartawan AFP.





SNCC: Global Sumud Flotilla vessels halts briefly in Greece, Turkiye waters for repairs before resuming Gaza voyage - Malaymail - 17/05 8:57 am

PUTRAJAYA, May 17 The Global Sumud Flotilla (GSF) vessels are currently in waters around Greece and Turkiye...





Iran ke Turkiye sebelum Piala Dunia - Utusan - 17/05 7:59 am

Menurutnya, ... Read more The post Iran ke Turkiye sebelum Piala Dunia appeared first on Utusan Malaysia .





Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC - Sinarharian - 16/05 10:27 pm

SHAH ALAM - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi kerja-kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa bot.Memasuki hari ke-34 misi kemanusiaan GSF, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotila."Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan."Kapal-kapal GSF dijangka meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei (Ahad) selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan rasmi SNCC pada Sabtu.Dalam masa sama, Sani Araby mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu hati dan sepakat menggandakan usaha menyebarkan fakta serta sejarah yang sahih.Beliau juga menggesa orang ramai untuk menangkis propaganda jahat rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media."SNCC turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza."Setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber sahih dan berautoriti," ujarnya lagi.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan GSF dan Palestin, boleh layari portal rasmi di tanya.sumudnusantara.com





Guru pempengaruh perlu beradab, berhujah dengan fakta - Anwar - Sinarharian - 16/05 4:51 pm

IPOH Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan golongan guru yang aktif sebagai pempengaruh di media sosial supaya menjadi contoh terbaik kepada masyarakat dengan mengutamakan adab serta berhujah berlandaskan fakta.Menurut beliau, peranan guru sebagai pempengaruh bukan sekadar menyampaikan pandangan sebaliknya perlu menjadi landasan dalam meningkatkan mutu perbincangan awam yang turut menitikberatkan aspek akhlak.Jelasnya, perbezaan pandangan bukan satu masalah selagi ia disampaikan dengan cara yang berhemah dan beradab."Dia kena pertama jadi contoh untuk menjelaskan fakta dan gunakan adab dan budaya yang baik dalam berhujah."Sama ada setuju atau tidak tak mengapa, tapi biar bagi contoh supaya influencer di kalangan pendidik itu menjadi landasan untuk kita pastikan ada peningkatan dari segi mutu yang terkait juga dengan soal akhlak," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Pertemuan dan Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor kecil Bumiputera di Dewan Serbaguna Jabatan Pendidikan Negeri Perak di sini pada Sabtu.Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.Sementara itu, mengulas perkembangan misi kemanusiaan antarabangsa iaitu Global Sumud Flotilla 2.0, Anwar berkata kerajaan sentiasa memantau rapat situasi semasa dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan."Ya kita pantau selalulah (perkembangan semasa Global Sumud Flotilla 2.0). Maknanya dah bagi desakan tapi kita berdepan dengan Israel yang paling biadab dalam dunia."Jadi, tapi sebagai kerajaan kita lakukan sedaya upaya kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun itu.Beliau berkata, kerajaan juga berhubung secara langsung dengan Wisma Putra bagi mendapatkan perkembangan terkini termasuk melibatkan peserta dari Malaysia serta beberapa negara lain seperti Sepanyol, Turkiye dan Brazil.





SNCC lancar 'Sumud Protocol', gerak empat tindakan sokong Gaza - Sinarharian - 15/05 8:52 pm

SEPANG - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) melancarkan 'Sumud Protocol' merangkumi empat usaha sebagai pelan tindakan fasa satu yang akan digerakkan bermula pada fasa akhir misi flotila menuju ke Gaza.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tindakan menerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia bakal menggerakkan sokongan dan keahlian sekurang-kurangnya 150 ahli Parlimen merentas parti dan ideologi.Menurut beliau, perkara itu merupakan cerminan keteguhan institusi Parlimen negara yang berani dan komited membela isu Palestin."SNCC juga menggesa Kaukus Palestin Parlimen mengadakan usul tergempar bagi mengabsahkan Deklarasi Brussels yang digerakkan oleh ahli-ahli Parlimen dunia khususnya dari Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Kesatuan Eropah (EU)."Ia merupakan usaha bagi meningkatkan tekanan diplomatik serta ekonomi terhadap rejim susulan pencabulan undang-undang antarabangsa serta sekatan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan SNCC di sini pada Jumaat.Sani Araby berkata, melalui Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dengan sokongan kerajaan, pihaknya menggerakkan usaha memfailkan tuntutan kepada Ketua Pesuruhjaya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)."Fail itu adalah untuk pencabulan undang-undang antarabangsa susulan tindakan menculik, menyerang dan merampas bahan bantuan kemanusiaan serta kapal flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa oleh pihak rejim Israel pada tahun 2025 dan April lalu."Ini adalah satu lagi sejarah yang mana keberanian bukan hanya menghantar memorandum tetapi kesatuan ini akan membuktikannya dengan memfailkan satu petisyen dan satu saman kepada pihak ICC untuk mengheret penjajah ini yang akan dimulakan seawal Jun depan," katanya lagi.Tambah beliau, SNCC turut melancarkan usaha siaran langsung selama 100 jam 'Sumud Kita Untuk Gaza' menerusi platform rasmi Sumud Nusantara bagi memperluaskan kesedaran awam dan menyampaikan perkembangan semasa misi flotila kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa.Beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia bersatu hati untuk melakukan tindakan menggandakan usaha menyebarkan fakta dan sejarah yang sahih, menangkis propaganda jahat rejim serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media.





Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza .. - Mygazette - 15/05 7:48 am

# Misi Global Sumud Flotilla masuki fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira 7.30 malam waktu Malaysia hari ini





SNCC jangka 30 jam akan datang tempoh paling kritikal bagi misi GSF - Sinarharian - 14/05 11:04 pm

SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 yang membawa hampir 500 aktivis kemanusiaan antarabangsa menuju ke perairan Gaza kini memasuki fasa paling kritikal apabila kapal-kapal misi itu dijangka berdepan pelbagai risiko, termasuk pintasan dalam tempoh 28 hingga 30 jam akan datang.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, tempoh itu menjadi fasa paling mencabar selepas kapal-kapal misi berkenaan memasuki kawasan Zon Kuning 3 sejurus meninggalkan Pelabuhan Marmaris, Turkiye.Sani Araby berkata, perubahan corak operasi tahun ini menyaksikan zon kuning diletakkan lebih awal berbanding tahun lepas susulan risiko pintasan oleh rejim Zionis.Beliau berkata, jarak perjalanan ke Gaza dianggarkan mengambil masa kurang daripada empat hari sekiranya tiada sebarang gangguan berlaku."Keluar sahaja daripada Pelabuhan Marmaris (Turkiye), mereka (kapal) sudah pun masuk Zon Kuning 3





Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza - Sinarharian - 14/05 10:25 pm

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira jam 7.30 malam waktu Malaysia hari ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.Beliau berkata, misi berkenaan mendapat sokongan penuh, khususnya daripada Kerajaan Malaysia dengan dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Turkiye, Sepanyol dan Brazil."Pelayaran fasa akhir ini juga berlaku sehari sebelum peristiwa Nakba, iaitu 15 Mei 1948, 78 tahun lepas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan lebih 40 peserta daripada enam negara Nusantara, iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Sri Lanka dan Filipina menyertai pelayaran berkenaan.Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 29 peserta Malaysia berumur antara 22 tahun hingga 58 tahun terdiri daripada tenaga profesional pelbagai bidang meneruskan pelayaran dari Marmaris dengan peranan masing-masing termasuk kapten, pembantu kapten, kru, pegawai perubatan dan juruteknik."Lima kapal daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) turut bergabung dalam misi itu," katanya.Sani Araby berkata, tiga peserta Malaysia, iaitu Mohamad Aqil Asmadi, Mohamad Zurini Karim dan Hajah Sereba Mustafa Al-Bakri telah disusun semula peranan mereka dan akan kembali ke tanah air bagi memperkukuh strategi operasi lapangan SNCC.Beliau juga berkata, SNCC telah mengubah radius garisan zon kuning dan merah berdasarkan analisis risiko keselamatan terkini di kawasan operasi."Berdasarkan penilaian semasa, laluan dari Pelabuhan Marmaris hingga 30 batu nautika diklasifikasikan sebagai Zon Hijau (Green Zone)manakala kawasan antara 30 batu nautika hingga 150 batu nautika diletakkan di bawah Zon Kuning (Yellow Zone)."Seterusnya, laluan bermula 150 batu nautika sehingga memasuki perairan Gaza kini dikategorikan sebagai Zon Merah (Red Zone), yang membawa tahap risiko keselamatan paling kritikal sepanjang misi pelayaran ini," katanya





Irans US-bound World Cup squad given public sendoff in Tehran - Aljazeera - 14/05 2:33 pm

Thousands of people cheered Team Melli as Iran's World Cup kit was unveiled before the team's training camp in Turkiye.





Armada Global Sumud Flotilla belah lautan hari ini, bawa misi kemanusiaan ke Gaza - Sinarharian - 14/05 2:16 pm

SHAH ALAM Misi kemanusiaan antarabangsa, Armada Global Sumud Flotilla dijadualkan memulakan pelayaran bersejarah dari pelabuhan Marmaris di selatan Turkiye pada Khamis.Pelayaran ini merupakan fasa terakhir dalam usaha menembusi sekatan di sempadan Gaza bagi menyampaikan bantuan kritikal kepada penduduk di wilayah berkenaan.Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman mengesahkan sebanyak 54 kapal akan menyertai pelayaran besar-besaran ini.Daripada jumlah tersebut, lima kapal merupakan hasil kerjasama strategik antara Sumud Nusantara bersama gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC)."Insya-ALLAH, armada ini akan bergerak membawa lebih 500 peserta yang datang dari hampir 60 negara."Matlamat utama kami adalah untuk memastikan koridor kemanusiaan dapat dibuka dan dikekalkan demi kelangsungan hidup penduduk Gaza," katanya menerusi video pendek dikongsi di laman Facebooknya.Pelayaran itu juga dilihat sebagai simbolik penting memandangkan ia dilakukan menjelang tarikh ulang tahun ke-78 Hari Nakba yang jatuh pada 15 Mei ini."Tarikh tersebut memperingati peristiwa hitam pengusiran kira-kira 800,000 penduduk Palestin dari tanah air mereka," katanya.Nadir turut menyeru seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia untuk bangkit bersolidariti pada 15 Mei ini bagi menuntut penghentian segera tindakan genosid yang sedang berlaku."Ini adalah peluang dan panggilan terakhir untuk kita bertindak secara bersungguh-sungguh





Ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia meningkat pada suku pertama 2026 - Sinarharian - 13/05 4:51 pm

Tahun ini, angka tersebut meningkat lagi kira-kira 500,000 orang, menjadikan suku pertama dua tahun berturut-turut melepasi 10 juta ketibaan."Sebelum ini, Malaysia tidak pernah mencapai angka 10 juta pelawat antarabangsa pada suku pertama malah pada 2019, sebelum pandemik, jumlah ketibaan suku pertama hanya 9,011,670 orang."China muncul sebagai pemacu utama dengan pertambahan lebih 280,000 pelawat dan kadar pertumbuhan 25.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Australia pula mencatatkan pertumbuhan dua angka dengan peningkatan 11.4 peratus," katanya ketika mengumumkan Laporan Kemajuan Suku Pertama Tahun Melawat Malaysia 2026 pada Rabu.Tambah King Sing, Tahun Melawat Malaysia turut mensasarkan pertumbuhan serentak dari segi bilangan pelawat dan hasil perbelanjaan.Jelasnya, salah satu kunci ke arah sasaran itu ialah memanjangkan tempoh tinggal pelancong di Malaysia.Beliau berkata, pelancong dari Eropah yang lazimnya melancong dalam tempoh lebih panjang menjadi salah satu kumpulan sasaran utama."Daripada 16 pasaran utama Eropah termasuk Rusia dan Turkiye yang merentasi Eropah dan Asia, 15 negara mencatatkan pertumbuhan ketibaan ke Malaysia pada suku pertama tahun ini





Moment taxi driver wrestles armed man during police chase in Turkiye - Aljazeera - 13/05 3:31 am

A taxi driver wrestled a gunman that was forcing him to drive during a police chase in Turkiye.



Difitnah larikan berbilion ringgit dan jadi warga Turkiye, Farhash buat laporan polis - Sinarharian - 6/05 3:37 pm

SHAH ALAM Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram membabitkan berbilion ringgit di luar negara.Beliau berkata, penafian itu susulan beberapa portal berita dalam talian sebelum ini menyiarkan laporan dan mengulangi dakwaan serius terhadap dirinya, termasuk kononnya beliau merupakan seorang warganegara Turkiye."Saya dengan tegas dan tanpa sebarang keraguan menafikan semua tuduhan tersebut



Difitnah larikan berbilion ringgit, jadi warga Turkiye, Farhash buat .. - Mygazette - 6/05 3:07 pm

# Difitnah larikan berbilion ringgit, jadi warga Turkiye, Farhash buat laporan polis KUALA LUMPUR Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mencuri dan pengubahan wang haram berjumlah berbilion ringgit di luar negara, termasuk di Turkiye dan Afrika



Dikaitkan dengan wang berbilion? Farhash nafi dakwaan ada akaun di Turki, mahu saman penyebar fitnah - Harapandaily - 6/05 10:14 am

Ahli perniagaan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador tampil menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram serta memindahkan dana berbilion ringgit ke luar negara termasuk ke Turkiye dan Afrika



10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua - Mypress - 4/05 10:02 pm

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye



10 Malaysian activists safe in Istanbul, to continue in second wave of GSF 2.0 mission - Sinardaily - 4/05 8:59 pm

SEPANG - Ten Malaysians involved in the Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) humanitarian mission, who were previously held by Israeli forces in international waters, are now in stable health in Istanbul and are expected to take part in a reorganised second wave of the mission.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) director-general Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby said all of them underwent medical checks upon arrival in Turkiye and were confirmed to have no serious injuries, despite reports they were unlawfully abducted at midnight while sailing towards Gaza."So far, we can confirm they are stable, remain in high spirits and have chosen not to return to Malaysia as the mission will continue



GSF 2.0: 10 aktivis Malaysia akan mulakan pelayaran kedua bila-bila masa - Sinarharian - 4/05 5:54 pm

SEPANG 10 aktivis Malaysia dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang ditahan rejim Zionis sebelum ini akan memulakan pelayaran kedua dalam misi menuju ke Gaza, pada bila-bila masa.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, mereka akan berlepas dan bergabung dengan aktivis antarabangsa dari Turkiye."Mereka (10 aktivis) sudah tiba di Istanbul pada 1 Mei lalu dan bukan sampai di Malaysia kerana perjuangan terus dilangsungkan."Setakat maklumat daripada Chef de Mission Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, mereka (dalam keadaan) baik, melalui satu fasa diculik secara haram di tengah malam," katanya pada sidang media khas perkembangan terkini GSF 2.0 pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta yang diculik tentera Israel di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Greece sudah dilepaskan di Pelabuhan Lerapetra di Kepulauan Crete, Greece.Dalam pada itu Sani Araby memaklumkan, SNCC juga sedang melakukan penilaian untuk menggerakkan flotilla yang dijangka akan bergabung dari Greece bersama sektor di Turkiye.Justeru menurutnya, kesemua 10 aktivis Malaysia tidak pulang ke tanah air dalam masa terdekat dan akan diberikan tugasan dari semasa ke semasa dan misi pelayaran akan dimaklumkan pada masa sesuai.Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut melancarkan gelombang kebangkitan menerusi kempen #BreakTheSilent dan #BreakTheSiege dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini sebagai usaha memperkukuh tekanan antarabangsa ke arah pembebasan Gaza."Setakat ini kita sudah menerima sokongan daripada banyak kepimpinan dunia termasuk dari OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) dan PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)."Sokongan itu mencerminkan indikator awal perjuangan ini perlu digandakan dan diteruskan."Sehubungan itu rakyat Malaysia diseru untuk terus bersuara di pelbagai platform termasuk media sosial bagi menyokong pembebasan Gaza di samping melaksanakan solat hajat serta qunut Nazilah," ujarnya.



‘Kami Bukan Pulang Ke KL, Sebaliknya Teruskan Misi Pelayaran Ke Gaza’ – ZRA - Vocket - 4/05 11:03 am

Berdepan detik cemas dan dilayan bagaikan penjenayah oleh rejim Zionis sedikit pun tidak mematahkan semangat wira-wira kemanusiaan negara. Sebaik sahaja tiba di Istanbul, Turkiye selepas..



Lega! Akhirnya 10 aktivis Malaysia GSF 2.0 dijadual terbang ke Istanbul - Wrlr - 2/05 6:15 pm

Dalam sidang media yang disiarkan menerusi Facebook Sumud Nusantara Official malam ini, Sany memberitahu mereka terbabit menaiki bas disediakan pihak berkuasa Greece. Katanya, kerajaan Turkiye menyediakan pesawat berkapasiti 160 penumpang untuk membawa pulang 20 aktivis warganegara Turkiye



Isra*l Koyak, Aktivis GSF Tak Jadi Dibawa Ke Pelabuhan Ashdod - Wrlr - 2/05 4:05 pm

Terdahulu media melaporkan, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal laut milik rejim itu. Nadir al Nuri berkongsi perkembangan aktivis GSF 2.0 pada 30 April 2026 dipercayai dari Turkiye



ZRA, Aktivis GSF Diculik Selamat Tiba Di Istanbul - Wrlr - 2/05 4:03 pm

7 hours ago Foto dikongsi Rahmat di laman Facebooknya berhubung ketibaan aktivis GSF 2.0 yang tiba di Istanbul jam 3 pagi 2 Mei 2026. ISTANBUL, 2 Mei Semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini diculik tentera rejim di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece telah selamat tiba di Turkiye



GSF: 10 rakyat Malaysia dibebaskan, berlepas dari Greece 10.15 malam waktu .. - Mygazette - 2/05 8:00 am

Bagaimanapun menurut beliau, dua Ahli Jawatankuasa Induk GSF, iaitu Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi. "Pelepasan dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada jam 10.15 malam waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul jam 11.45 malam waktu Malaysia," katanya, Menurut Sani Araby, kerajaan Turkiye menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang untuk membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan dalam kalangan rakyatnya yang turut ditahan



GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan



Hajat Malaysia terhenti di suku akhir - Sinarharian - 30/04 9:12 pm

HORSENS (Denmark) - Kempen Malaysia dalam saingan Pusingan Akhir Piala Uber 2026 berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada juara bertahan China pada peringkat suku akhir di Forum Horsens pada Khamis.Menampilkan sedikit rombakan dengan mengetepikan kapten pasukan M Thinaah, Malaysia bermula hambar apabila pemain perseorangan wanita nombor 33 dunia, K Letshanaa tewas 17-21, 18-21 kepada pemain nombor dua dunia, Wang Zhi Yi dalam tempoh 47 minit meskipun memberikan tentangan sengit.Malaysia hampir menyamakan kedudukan menerusi beregu pertama yang membuat penampilan sulung, Ong Xin Yee-Carmen Ting, yang tidak menunjukkan rasa gementar ketika menentang pasangan nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.Pasangan nombor 22 dunia itu mempamerkan ketahanan serta pertahanan mantap untuk mengheret perlawanan ke set penentuan, namun akhirnya tewas 14-21, 21-16, 13-21 selepas pertarungan sengit selama 79 minit.China mengesahkan kemaraan ke separuh akhir menerusi perlawanan ketiga apabila pemain nombor empat dunia, Chen Yu Fei terlalu unggul buat pemain nombor 37 dunia, Wong Ling Ching dengan kemenangan 21-10, 21-10 dalam masa 36 minit.Walaupun tewas, Malaysia tetap boleh berbangga apabila mara ke suku akhir buat kali keempat, sekali gus menyamai pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan selepas edisi 2004, 2008 dan 2010.Skuad negara memulakan kempen Kumpulan B dengan kemenangan 3-2 ke atas Turkiye sebelum membelasah Afrika Selatan 5-0 bagi mengesahkan tempat ke kelompok lapan terbaik.Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan B selepas tewas 1-4 kepada juara enam kali, Jepun.Pusingan Akhir Piala Uber 2026 yang bermula pada 24 April lalu dijadual berlangsung hingga 3 Mei ini



Piala Uber: Malaysia bertemu China di suku akhir - Sinarharian - 29/04 5:50 pm

SKUAD badminton wanita negara berdepan misi getir apabila diundi menentang juara bertahan China pada aksi suku akhir Piala Uber 2026 di Forum Horsens, Denmark pada Khamis.Malaysia mara ke peringkat suku akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala China yang merupakan pasukan paling berjaya di Piala Uber dengan 16 kejuaraan pula bergelar juara Kumpulan A.Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke peringkat suku akhir.Malaysia, yang akan beraksi di peringkat suku akhir buat kali pertama dalam masa 16 tahun di sini, pernah layak sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada edisi 2004, 2008 dan 2010.Skuad negara sebelum ini membuka saingan Kumpulan B mengatasi Turkiye 3-2, diikuti kejayaan membenam Afrika Selatan 5-0 dan tumpas 1-4 kepada juara enam kali, Jepun.Dalam pada itu, majlis undian peringkat kalah mati hari ini menyaksikan juara enam kali yang menjuarai Kumpulan B, Jepun, berdepan naib juara Kumpulan D Thailand.Juara tiga kali Indonesia, yang memenangi Kumpulan C, pula akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Denmark, selaku naib juara Kumpulan A.Korea Selatan, juara dua kali yang mengungguli Kumpulan D, akan bertemu Taiwan yang layak ke suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan C.Saingan akhir Piala Uber 2026, yang bermula 24 April lepas akan berakhir 3 Mei ini.-Bernama



Isu politik Negeri Sembilan: Saya akan rujuk kepada Pengerusi BN - Zambry - Sinarharian - 27/04 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau akan merujuk kepada kepimpinan tertinggi BN susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan BN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Zambryberkata, beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci dan berbincang dengan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung perkara tersebutsebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi."Saya akan merujuk perkara ini kepada Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) terlebih dahulu," katanya ringkas kepada pemberita selepas Taklimat Media Menteri Pendidikan Tinggi bagi Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama (JC) antara Malaysia dan Turkiye serta Kongres Pendidikan Bumiputera di Menara Dato Onn di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kesemua 14 ADUN UMNO dan BN di Negeri Sembilan yang menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Aminuddin.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Setiausaha DUN hari ini



Kapal LCS 1 Maharaja Lela dijangka diserahkan Disember ini - TLDM - Sinarharian - 27/04 1:22 pm

KUALA LUMPUR - Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharaja Lela dijangka diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Disember ini.Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana, Madya Datuk Badarudin Taha berkata, secara keseluruhan, pembinaan lima kapal LCS di Lumut Naval Shipyard kini mencapai kemajuan 76.88 peratus.Beliau berkata, penyerahan kapal itu ialah sebahagian daripada usaha pemodenan aset dan rasionalisasi angkatan bagi memastikan kesiagaan TLDM sentiasa berada pada tahap tertinggi."Selain Maharaja Lela yang dijadualkan diserahkan pada Disember ini, kapal LCS 2 Raja Muda Nala dan LCS 3 Sharif Mashor masing-masing dijangka diterima pada April dan Disember 2027," katanya.Beliau berkata demikian menerusi perutusan Panglima Tentera Laut bersempena dengan sambutan Hari TLDM ke-92 di KD Sri Gombak di KD Pelandok, Pangkalan TLDM, Lumut, Perak yang disiarkan melalui laman YouTube rasmi TLDM.Sebelum ini, Bernama melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, LCS 1 telah memulakan perjalanan laut pertama pada 28 Jan lepas bagi tujuan pengujian sistem jentera, jana kuasa, sistem penyaman udara dan sistem pendorongan.Dalam pada itu, Badarudin berkata, TLDM sedang membina networked fleet atau rangkaian armada yang seimbang dan berkeupayaan melaksanakan penugasan merentasi pelbagai spektrum, daripada operasi keselamatan maritim sehingga tahap peperangan.Beliau berkata, selain projek LCS, pembinaan tiga Kapal Misi Pesisir Batch 2 (LMSB 2) di Istanbul Shipyard, Turkiye turut menunjukkan kemajuan memberangsangkan apabila mencapai tahap 47.9 peratus setakat ini."Ketiga-tiga kapal LMSB 2 yang mula dibina pada 4 Disember 2024 dijangka diserahkan secara berperingkat bermula pada Oktober hingga Disember 2027, manakala upacara penamaan serta pelancaran kapal dijadualkan berlangsung pada Mei, Jun dan Ogos tahun ini," katanya.Badarudin berkata, pembangunan projek dua Kapal Sokongan Pelbagai Peranan (MRSS) turut diteruskan sebagai sebahagian daripada pengukuhan keupayaan armada."Pemodenan ini bukan sekadar penambahan aset, tetapi turut memperkukuh keupayaan tempur dan kesiapsiagaan armada dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim semasa," katanya.Pada masa sama, beliau berkata, TLDM kini giat melatih bakal warga kapal dan base maintainer di dalam serta luar negara sebagai persediaan menerima kapal LCS dan LMSB 2.Badarudin berkata, pemilihan dibuat secara teliti bagi memastikan mereka memenuhi kriteria ditetapkan, selain menyeru warga TLDM merebut peluang meningkatkan ilmu, kemahiran dan keupayaan diri untuk dipilih sebagai kru pertama aset baharu TLDM



From Nervy To Ruthless: Malaysia Storm Into Uber Cup Last Eight After 16 Years - Rakyatpost - 27/04 11:59 am

Malaysia's women's badminton team ended a 16-year absence from the Uber Cup quarter-finals, beating South Africa 5-0 in Horsens, Denmark today (26 April). The win followed a nervy 3-2 opening victory over Turkiye.



Skuad Piala Uber Tamatkan Penantian Panjang Layak Ke Suku Akhir - Vocket - 27/04 11:35 am

Skuad negara berjaya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk melepasi peringkat kumpulan selepas mara ke suku akhir Piala Uber 2026. Diundi bersama-sama Turkiye dan Afrika..



Bilal Erdogan seru negara Islam contohi kepimpinan Malaysia dalam kewangan .. - Mygazette - 27/04 8:04 am

# Bilal Erdogan seru negara Islam contohi kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam PUTRAJAYA - Negara-negara Islam diseru supaya mencontohi sektor kewangan Islam Malaysia dalam usaha membangunkan sistem kewangan yang kurang bergantung kepada rangkaian kewangan Barat, kata Necmeddin Bilal Erdogan. Bercakap sebagai seorang daripada ahli panel di Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ke-11, beliau yang berasal dari Turkiye itu berkata kekuatan Malaysia dalam kewangan Islam boleh dijadikan pelan praktikal untuk kerjasama serantau




Reformasi     >>



Sumber Bersatu: PN tidak beramal dengan sistem mullah - Mkini
Pemimpin Bersatu dakwa isu dalaman PN sudah ditangani secara konsensus oleh MT dan Hadi tiada kuasa veto batalkan keputusan itu
Kroni     >>



Isu sekolah, cerun dan trafik jadi fokus Adun Bukit .. - Utusan
Penduduk di kawasan Bukit Antarabangsa terus menikmati pelbagai usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohd. Kamri Kamaruddin, khususnya dalam aspek kesejahteraan rakyat, pembangunan infrastruktur dan keselamatan kawasan. Ahli Dewan ..
Tabloid     >>



Final Piala Dunia Takraw Bertukar Kecoh, Penolong .. - Siakapkeli
Final Piala Dunia Takraw Regu Berpasukan 2026 antara Malaysia dan Thailand bertukar kecoh apabila bantahan terhadap keputusan pengadil berlarutan hingga 15 minit. Apa sebenarnya berlaku, dan mengapa penolong pengurus Thailand tampil bersuara di Facebook?
Tech     >>



Weekly poll: which Android 17 features are you excited .. - Gsmarena
Android 17 has been in beta for a while now, but Google keeps adding new features. If you havent been following along with all the announcements, you can watch the 90-second recap video below to get the highlights. There are longer videos with details on the core Android experience, Gemini ..
World     >>



Trump says Iran deal reopening Strait of Hormuz .. - Cnbc
A fragile ceasefire has been in place since April 8, punctuated by skirmishes as the U.S. and Iran jockey over the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Proton X50 Terus Jadi Pilihan, Pembeli Mahu SUV .. - Careta
Menurut PROTON, kajian tersebut dijalankan dalam kalangan pemilik Proton X50 serba baharu yang dilancarkan pada Julai 2025 bagi memahami faktor utama pembeli memilih model berkenaan dalam pasaran SUV yang semakin sengit. Hasil kajian mendapati pengguna kini tidak lagi hanya melihat aspek harga