| /// |
|
| Search : Superintenden News | Page 1 |
|
Enam lelaki warga Pakistan bergaduh ditahan polis - Sinarharian - 11/04 9:04 pm BELURAN - Enam lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan yang tular di media sosial di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Kubambang, Paitan, pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.49 petang."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 4 petang hari yang sama apabila sekumpulan lelaki telah berjumpa dengan mangsa yang juga warga Pakistan di kawasan kaki lima sebuah kedai runcit."Berlaku pertengkaran antara mereka disebabkan salah faham sebelum bertukar menjadi pergaduhan sehingga mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta menerima tujuh jahitan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, susulan kejadian itu serta rakaman video yang tular, polis berjaya menahan enam individu yang dikenal pasti terlibat dalam rusuhan berkenaan."Permohonan reman akan dibuat esok untuk meneruskan siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran dan boleh juga berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Asisten Superintenden Azhani Amat Khairi di talian 019-3132244 atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Jamsari Zakaria di talian 019-8330661 untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya.Sebelum itu, tular satu video berdurasi 29 saat memaparkan sekumpulan individu terlibat dalam pergaduhan, termasuk menggunakan objek kayu untuk memukul mangsa. |
|
Polis klasifikasikan semula kes koperal pukul rakan setugas sebagai kes bunuh - Sinarharian - 11/04 4:02 pm KUANTAN - Polis mengklasifikasikan semula kes seorang anggota tentera berpangkat koperal memukul tujuh anggota lain, termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong, 31 Mac lepas.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh selepas seorang daripada mangsa meninggal dunia pagi tadi."Mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.34 pagi, menyebabkan siasatan kes berkenaan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, susulan perkembangan itu, kertas siasatan yang sebelum ini dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, Zaiham berkata, permohonan untuk menjalankan bedah siasat terhadap mangsa juga telah dibuat bagi mengenal pasti punca kematian."Pihak polis turut akan meneliti semula keterangan yang telah diambil sebelum ini, dan jika perlu sambungan rakaman percakapan saksi akan dilakukan bagi membantu siasatan," katanya.Pada 6 April lepas, media melaporkan seorang tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain, bulan lepas |
|
Keadilan buat Muhammad Amirul Raziq akan ditegakkan sepenuhnya – .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm Minggu lalu, tertuduh dalam kes itu, Sukry Tasu, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Bentong atas tujuh pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tujuh anggota tentera lain selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan. Susulan kematian mangsa, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya kini akan menjalankan siasatankes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh |
|
Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm # Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah Seksyen 302 KK KUALA LUMPUR Polis kini akan menjalankan siasatan bersabit kes Koperal yang memukul seorang anggota tentera lain di sebuah kem di Bentong di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan daripada Seksyen 325 Kanun Keseksaan itu memandangkan mangsa, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, disahkan meninggal dunia pagi tadi |
|
Lelaki tumbuk wanita depan pasar raya di Mersing kerana selisih faham - Mgazette - 11/04 3:54 pm Video berdurasi kira-kira 27 saat itu tular sebelum mangsa membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita tersebut yang berusia 48 tahun pukul 10 malam tadi |
|
Kes pukul tentera di Bentong diklasifikasi semula sebagai bunuh, bapa tuntut keadilan - Utusan - 11/04 3:09 pm BENTONG: Kes serangan membabitkan tentera berpangkat koperal yang sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh selepas mangsa meninggal dunia hari ini. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd |
|
Kes serang dengan parang, dua lelaki didakwa esok - Polis - Sinarharian - 11/04 12:09 am BERA Polis mengesahkan dua lelaki akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes serangan menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini seramai lima lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.Menurutnya, suspek pertama ditahan pada 4 April lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur, manakala empat lagi suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera secara berperingkat bermula 6 April."Hasil siasatan dijalankan, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis menerima arahan untuk menuduh dua suspek," katanya.Beliau berkata, suspek pertama akan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata, manakala suspek kedua mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan.Menurutnya, tiga lagi individu yang ditahan akan dijadikan saksi pendakwaan, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis masih mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes sama."Kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Maran dan Logathevan," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis |
|
Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek - Sinarharian - 11/04 12:05 am KUANTAN - Polis menahan empat lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lepas.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 8 April."Setakat ini, lima tangkapan telah dibuat, dengan empat individu masih dalam tahanan polis, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini media melaporkan, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes itu, di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4 April lepas.Beliau berkata, seorang suspek direman bermula 7 hingga 10 April, manakala dua lagi direman bermula 8 hingga 13 April ini bagi membantu siasatan."Suspek yang ditahan pada 4 April lepas telah dilanjutkan tahanan reman selama empat hari bermula 10 hingga 13 April," katanya sambil menambah polis sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.Zulkiflee berkata, pihaknya telah melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, selain dua suspek dijangka dituduh di mahkamah pada Isnin ini mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.Sementara itu, beliau berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan telah dibenarkan pulang pada Rabu selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh |
|
Pemandu treler terselamat kemalangan, maut dilanggar ketika melintas lebuh raya - Careta - 11/04 7:47 am Menurut laporan yang dipetik daripada New Straits Times dan pihak polis, kejadian berlaku selepas mangsa terlibat dalam kemalangan pada petang semalam ketika dalam perjalanan menghantar kenderaan ke Muar, Johor. Hilang kawalan sebelum terbabas Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert |
|
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun .. - Mgazette - 11/04 7:44 am # Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun RM4.4 juta KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawainya telah ditahan kerana dipercayai menjadi dalang beberapa siri jenayah samun bersenjata melibatkan nilai RM4.4 juta di sekitar Kepong, Ahad lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata suspek berpangkat Deputi Superintenden (DSP) itu pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan telah digantung tugas sejak 23 Jan lepas |
|
Guru tahfiz maut motosikal langgar lori sampah - Mgazette - 11/04 7:44 am Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa, Azmi Ismail, 48, guru Sekolah Agama Tahfiz Al-Quran Al-Abqari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Melaka berkata, Superintenden Muhammad Zaki Ramat Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Melaka berkata, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, siasatan awal mendapati lori sampah berkenaan dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah Pengkalan Balak menghala ke Kem Terendak |
|
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos - Sinarharian - 10/04 9:52 pm KUALA LUMPUR - Orang awam diingatkan supaya tidak melindungi atau bersubahat menyembunyikan orang kena tuduh (OKT) warga Pakistan yang lolos dari Penjara Sungai Buloh semalam.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan terhadap mana-mana individu yang didapati membantu OKT berkenaan.Beliau berkata, kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda."Tahanan reman itu meloloskan diri semasa turun dari kenderaan polis sebaik tiba di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh."Proses menghantar tahanan reman ke penjara itu dilakukan oleh Cawangan Pengawal Pengiring Shah Alam |
|
Minyak tak tumpah lepas lori tangki terbalik - Kosmo - 10/04 8:59 pm REMBAU – Sebuah lori tangki membawa muatan petrol terbabas sebelum terbalik di kilometer 231.1, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, petang tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, muatan minyak berkenaan dipercayai selamat serta tidak tumpah |
|
Mya Khadeeja keluar rumah melalui pintu pagar dibuka abang - Sinarharian - 10/04 8:39 pm JITRA Seorang kanak-kanak perempuan autisme yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Nagasari, Kepala Batas di sini pada pagi Jumaat ditemui meninggal dunia di sebuah kolam takungan berhampiran.Mangsa, Mya Khadeeja Suraidi, 6, dipercayai keluar dari rumah tanpa disedari ahli keluarga melalui pagar kediaman mereka.Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati pagar rumah itu dipercayai dibuka oleh abang mangsa berusia sembilan tahun dan juga merupakan anak autisme.Menurutnya, kehilangan mangsa disedari selepas anak sulung keluarga itu yang berusia 20 tahun memaklumkan kepada bapa mereka bahawa kanak-kanak berkenaan tiada di dalam rumah."Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota polis digerakkan ke kawasan taman perumahan berkenaan bagi membantu usaha pencarian."Kawasan tumpuan pencarian termasuk kolam takungan banjir, longkang besar serta kawasan berisiko di sekitar Taman Nagasari," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Beliau berkata, pada jam 4.10 petang, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai lemas di dalam kolam takungan banjir berhampiran Surau Taman PPR Nagasari.Menurutnya, pasukan Forensik dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah yang menjalankan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan akibat perbuatan jenayah pada tubuh mangsa.Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.Terdahulu, kehilangan Mya Khadeeja tular di media sosial selepas ahli keluarga membuat hebahan bagi mendapatkan bantuan orang ramai, sekali gus menggerakkan usaha pencarian oleh penduduk setempat.Bagaimanapun, harapan untuk menemui mangsa dalam keadaan selamat tidak kesampaian apabila kanak-kanak tersebut dijumpai meninggal dunia dalam kolam takungan pada petang Jumaat. |
|
Bekas banduan dalang 'Geng Muncung' curi motosikal tumpas - Sinarharian - 10/04 6:46 pm PARIT - Seorang bekas banduan antara 11 lelaki ditahan polis kerana menubuhkan kumpulan Geng Muncung yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di beberapa daerah di negeri ini sejak Januari lalu.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bertindak sebagai ketua kumpulan sebaik dibebaskan dari penjara dengan modus operandi menyasarkan motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Yamaha Y15ZR (Y-Suku)."Berdasarkan rekod polis, suspek yang dikenali sebagai 'Muncung' ini pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kecurian motosikal."Suspek menubuhkan kumpulan berkenaan dianggotai kalangan pengawal keselamatan, mekanik dan bekerja sendiri sebelum bergerak aktif di sekitar Perak Tengah, Manjung dan Ipoh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan terhadap semua suspek berusia lingkungan 21 hingga 46 tahun itu dilakukan susulan laporan kehilangan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di hadapan sebuah kedai makan di Seri Iskandar pada 22 Mac lalu.Katanya, hasil maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Perak Tengah dengan kerjasama Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak melancarkan operasi besar-besaran menjejaki suspek terlibat selama lima hari bermula 29 Mac lalu."Dengan tangkapan tersebut, polis turut berjaya membuat rampasan terhadap lima motosikal yang telah dileraikan, komponen enjin dan alat ganti selain penemuan satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 0.56 gram."Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.Mengulas lanjut, Hafezul Helmi berkata, setiap motosikal yang dicuri akan dileraikan dan dijual kepada individu sebagai alat ganti, manakala bahagian yang tidak boleh dijual seperti nombor casis dipotong dan dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti."Polis berjaya menemui semula beberapa komponen motosikal di sungai hasil tunjuk arah suspek," katanya.Menurutnya, siasatan juga mendapati, kumpulan tersebut menggunakan khidmat pointer iaitu individu yang memberi maklumat mengenai lokasi dan masa sesuai untuk mencuri motosikal."Suspek dikesan bertindak mematahkan hendal dan memintas suis kunci sebelum melarikan motosikal."Dalam satu kes di Seri Iskandar, seorang pengawal keselamatan apartmen bertindak sebagai pointer dengan mengenal pasti motosikal yang mudah dicuri sebelum memaklumkan kepada kumpulan untuk bertindak," katanya.Beliau berkata, dengan tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian motosikal yang dilaporkan sejak Januari tahun ini melibatkan tiga daerah.Tambahnya, pihak polis kini sedang mengesan dua lagi ahli kumpulan berkenaan dikenali Sapik dan Akim yang masih bebas bagi membantu kes di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Sebagai langkah keselamatan, polis menasihatkan pemilik motosikal supaya mengambil langkah tambahan termasuk memasang kunci ketiga bagi mengurangkan risiko kecurian," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Farah Ellyana Liki Maliki di talian 013-8927218 |
|
Ambulans dirempuh kereta di lampu isyarat - Sinarharian - 10/04 6:00 pm GEORGE TOWN Sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan menjalankan tugas kecemasan terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Gambir, di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 11.02 pagi itu, ambulans berkenaan dipercayai sedang melalui simpang lampu isyarat di hadapan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan siren dipasang sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.06 petang hari sama.Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Axia, seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipercayai telah melanggar ambulans berkenaan ketika kenderaan kecemasan itu sedang melintas di persimpangan lampu isyarat."Akibat pelanggaran tersebut, ambulans berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lagi kenderaan jenis Proton Saga yang sedang berhenti di lampu isyarat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans lelaki berusia 51 tahun mengalami kecederaan ringan.Katanya, tiga lagi penumpang ambulans yang terdiri daripada penolong pegawai perubatan masing-masing berusia 35, 35 dan 41 tahun turut mengalami kecederaan ringan."Pemandu Perodua Axia berkenaan mengalami kecederaan di bahagian dada, tulang rusuk serta pinggang dan telah menerima rawatan lanjut."Sementara pemandu Proton Saga yang merupakan seorang pemandu e-hailing berusia 65 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya lagi.Beliau turut memaklumkan bahawa ketika kejadian, ambulans berkenaan sedang dalam perjalanan untuk mengambil seorang pesakit."Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.Terdahulu, rakaman video kejadian itu tular di media sosial dan menarik perhatian orang ramai susulan kemalangan melibatkan kenderaan kecemasan berkenaan |
|
Ketua polis KL sahkan pegawai DSP ditahan dipercayai dalang samun RM4.4 juta - Mkini - 10/04 5:03 pm Suspek berpangkat Deputi Superintenden (DSP) itu pernah bertugas di JSJK Bukit Aman dan telah digantung tugas sejak 23 Jan lepas. |
|
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun RM4.4 juta - Sinarharian - 10/04 5:02 pm KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawainya telah ditahan kerana dipercayai menjadi dalang beberapa siri jenayah samun bersenjata melibatkan nilai RM4.4 juta di sekitar Kepong, Ahad lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berpangkat Deputi Superintenden (DSP) itu pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan telah digantung tugas sejak 23 Januari lepas."Suspek dipercayai memainkan peranan utama dalam mendalangi operasi kumpulan terbabit, termasuk merancang dan menyelaras pergerakan mereka," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Terdahulu, enam lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 51 tahun, termasuk pegawai polis berkenaan dan dua pengawal peribadi telah ditahan berikutan tiga kejadian samun di kediaman warga asing.Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi itu, kumpulan suspek dikesan menyamar sebagai anggota polis untuk memecah masuk kediaman dua mangsa warga China dan seorang wanita warga Indonesia.Malah, seorang daripada suspek turut dikesan mengacu objek menyerupai pistol bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan pelbagai barangan berharga.Sindiket terbabit melarikan tiga kenderaan mewah jenis Rolls-Royce, Bentley dan Toyota Alphard, selain sebuah peti besi, wang tunai RM24,200, mata wang asing bernilai USD1,200, pelbagai barang kemas serta dua jongkong emas.Selain penglibatan anggota berkenaan, Fadil berkata, polis turut mendapati dua pengawal peribadi yang ditahan itu telah menyalahgunakan senjata api yang dilesenkan secara sah semasa melakukan siri samun terbabit.Beliau memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan paling tegas berhubung jenayah itu tanpa memihak kepada mana-mana pangkat atau kedudukan.Keenam-enam suspek kini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, 397 dan 170 Kanun Keseksaan |
|
Insiden tulisan kalimah ALLAH di tokong: Suspek lelaki ditahan - Sinarharian - 10/04 4:16 pm JASIN - Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tulisan kalimah ALLAH dan bismillahirrahmanirrahim pada sebuah tokong di Pantai Siring di sini.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, suspek berusia 39 tahun dan dipercayai sakit mental itu ditahan kira-kira jam 2 petang semalam."Bagaimanapun, lelaki itu telah diberikan jaminan polis dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap tapak berkenaan yang dibina di kawasan tanah rizab kerajaan dilaksanakan mengikut tatacara undang-undang hari ini.Beliau berkata, tindakan itu diambil selepas semua bahan berkaitan aktiviti keagamaan dikeluarkan oleh pihak terlibat seperti yang dipersetujui."Perkara ini diputuskan hasil perbincangan antara wakil pemilik tanah, pemilik bangunan serta agensi terlibat yang diadakan semalam dan hari ini kita dapat sahkan semua bahan sembahan telah dikeluarkan sendiri oleh pihak berkenaan, sekali gus membolehkan tindakan lanjut dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.Zaidi berkata, pelaksanaan tindakan itu turut disaksikan wakil Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi memastikan ia berjalan lancar dan mematuhi peraturan ditetapkan.Semalam, media melaporkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan pihak berkuasa diarahkan menjalankan siasatan terhadap penemuan kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi di sebuah tokong di kawasan sama |
|
Jabatan Penjara, polis kerjasama buru tahanan reman warga Pakistan lolos - Mgazette - 10/04 3:59 pm Menurutnya, kejadian berlaku pukul 8 malam semalam di pekarangan Penjara Sungai Buloh ketika dalam proses penghantaran OKT itu. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut semalam sebelum segera menggerakkan anggota untuk memburu suspek yang juga warga Pakistan yang ditahan reman |
|
Suspek dalam tahanan polis, lolos ketika proses serahan kepada penjara - Sinarharian - 10/04 3:57 pm SHAH ALAM - Tahanan reman kes seksual kanak-kanak yang meloloskan diri daripada Penjara Sungai Buloh dipercayai melarikan diri semasa proses pendaftaran pulang orang kena tuduh (OKT).Menurut sumber, kejadian berlaku ketika suspek dan tahanan lain sedang dalam proses pengiringan oleh polis untuk untuk dihantar semula ke penjara selepas prosiding mahkamah di Mahkamah Shah Alam."Seperti kebiasaan, setiap tahanan yang dibawa pulang ke penjara akan dikumpulkan dan akan melalui beberapa tapisan keselamatan serta pendaftaran semula."Suspek masih lagi dalam kawalan polis kerana belum diserahkan kepada pihak penjara dan dia telah melarikan diri ke kawasan semak berbukit di sekitar kawasan kumbahan Penjara Sungai Buloh," katanya.Susulan kejadian jam 6 petang, Khamis itu gerakan mengesan suspek dilakukan segera di kawasan yang suspek melarikan diri.Ekoran kehilangan itu, polis mengeluarkan kenyataan media tahanan Penjara Sungai Buloh melarikan diri.Suspek dikenali Muhammad Hassan, berusia 24 tahun dan terlibat dengan lima kes jenayah termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksan dan merompak.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek turut berhadapan dengan kesalahan berkaitan imigresen.Dalam perkembangan sama, Jabatan Penjara Malaysia kini bekerjasama rapat dengan polis dalam usaha mengesan dan menahan semula OKT tersebut."Operasi pencarian sedang giat dijalankan dan semua agensi keselamatan telah dimaklumkan bagi membantu usaha ini."Jabatan Penjara Malaysia komited untuk terus memastikan keselamatan tahanan dan orang awam sentiasa terpelihara serta akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran prosedur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. |
|
Tokong tertera kalimah ALLAH sudah dirobohkan pagi tadi - Sinarharian - 10/04 1:15 pm JASIN Sebuah tokong yang tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim di Persisiran Pantai Siring di sini selesai dirobohkan pada pagi Jumaat sejurus kerja pengosongan peralatan penyembahan dilakukan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan itu dilakukan selepas mencapai kata sepakat antara pemilik tanah dan agensi terlibat."Seperti yang dijanjikan semalam, bahan-bahan suci bagi penganut agama lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kita melaksanakan proses perobohan."Hari ini kita dapat menyaksikan sendiri semua bahan berkenaan telah dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja perobohan dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi pada Jumaat.Kerja perobohan yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu dijalankan sekitar jam 10 pagi menggunakan jentolak.Sementara itu, Zaidi berharap garis panduan berkaitan pencerobohan tapak ibadat tidak sah dapat diperkemaskan bagi mengelakkan isu sama berulang.Katanya, pengalaman lalu dalam mengiktiraf sebuah tapak ibadat bukan Islam yang sah boleh dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert memaklumkan, usaha mengesan seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Ucuk sedang dilakukan bagi membantu siasatan kes tersebut.Maklumat awal daripada penduduk kampung memaklumkan mereka pernah melihat individu itu yang merupakan bekas pelajar tahfiz, menconteng tembok serta tiang elektrik dengan tulisan kalimah ALLAH.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 295, Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan penemuan binaan tokong batu yang tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi di lokasi berkenaan oleh pemancing yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada malam Rabu.Kerja perobohan sepatutnya dilaksanakan pada Khamis, namun ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pemilik tokong berkenaan melakukan pengosongan. |
|
Dua beradik dirempuh kereta ketika melintas - Sinarharian - 10/04 9:06 am GEORGE TOWN Dua beradik mengalami pelbagai kecederaan selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Paya Terubung berhampiran SJK(C) Aik Hua, di sini pada malam Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 malam itu, mangsa masing-masing seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan adik lelakinya berusia 12 tahun dipercayai sedang melintas jalan sebelum dilanggar kenderaan terbabit.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah hari, Rabu.Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 37 tahun itu telah melanggar kedua-dua mangsa ketika mereka berada di laluan berkenaan."Akibat kemalangan tersebut, pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, kaki dan tangan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambah beliau, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sehubungan itu, Swee Sake meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau rakaman 'dashcam' berkaitan kejadiana tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Lim Zhao Yong di talian 011-1907 8888."Kerjasama orang ramai amat dialu-alukan bagi membantu siasatan lanjut," katanya |
|
Lolos penjara, lelaki Pakistan direman kes seksual kanak-kanak diburu - Sinarharian - 10/04 9:05 am SUNGAI BULOH [KEMAS KINI] Polis memburu seorang tahanan reman yang berdepan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak selepas meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum operasi mengesan lelaki warga Pakistan tersebut dilancarkan segera."Usaha mengesan lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu dipergiatkan termasuk di kawasan berhampiran selain memperluas tindakan lain bagi menjejaki suspek."Lelaki itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, lelaki itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen."Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan terbabit mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597."Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. |
|
Abang serang adik guna parang - Sinarharian - 10/04 7:49 am KUALA PILAH Perselisihan faham dalam sebuah keluarga di Taman Air Mawang, Johol, di sini pada Khamis telah membawa kepada pergelutan antara dua beradik sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira jam 3.49 petang."Maklumat awal diterima melalui panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah di taman perumahan terbabit."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga berkaitan urusan peribadi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, mangsa lelaki berusia 27 tahun telah pergi ke rumah keluarganya sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan.Jelas beliau, seorang lelaki yang juga abang kepada mangsa telah bertindak datang ke lokasi kejadian dengan membawa sebilah parang dan menyerang mangsa."Tindakan itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka dan kedua-duanya cedera."Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, manakala suspek pula mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.Tambahnya, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Supiah Ishak di talian 019-9933978," katanya. |
|
Dua kejadian samun di Nilai, seorang mangsa cedera - Sinarharian - 10/04 7:25 am NILAI Dua kejadian samun bersenjata dilaporkan berlaku dalam tempoh kurang 24 jam di Bandar Baru Nilai dan kawasan Rumah Rakyat Nilai di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kejadian yang membabitkan suspek bermotosikal dan bersenjatakan pisau serta parang itu turut mengakibatkan seorang mangsa mengalami kecederaan ringan."Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 1.10 pagi di kedai serbaneka 24 jam."Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan dua lelaki menaiki motosikal tidak dikenali dan salah seorang daripadanya bersenjatakan pisau," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, suspek kemudian bertindak mengugut mangsa lelaki berusia 20-an, manakala seorang lagi suspek mengambil wang tunai dianggarkan RM600 serta beberapa karton rokok pelbagai jenama sebelum melarikan diri.Ujarnya, kejadian kedua berlaku di kawasan Rumah Rakyat Nilai pada jam 9.48 malam, melibatkan mangsa wanita berusia 50-an."Dalam kejadian itu, tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki dua buah motosikal dan bersenjatakan parang telah bertindak mengugut mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa termasuk wang tunai, kad bank dan barang kemas."Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian jari tangan ketika mempertahankan begnya dan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM2,000," katanya.Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Kereta bawa daun ketum terbabas di LPT2 - Sinarharian - 9/04 6:27 pm DUNGUN - Polis menemukan beberapa bungkusan dipercayai daun ketum dalam sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 339.9, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat susur keluar Paka di sini hari ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.Menurutnya, kemalangan itu berlaku ketika kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, Pahang."Akibat kemalangan itu, pemandu tercampak keluar dari kenderaan dan mangsa cedera pada bahagian kepala serta tangan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, polis yang tiba di tempat kejadian menemukan beberapa bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum berada di luar kereta berkenaan."Pemeriksaan lanjut menemukan beberapa lagi bungkusan daun ketum di bahagian but kereta," katanya.Beliau bagaimanapun berkata, berat keseluruhan dan nilai daun ketum itu masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 |
|
Tempoh sehari kosongkan tokong tertera kalimah ALLAH sebelum diroboh - Sinarharian - 9/04 5:19 pm Namun, selepas menerima nasihat daripada rakan-rakan bukan Islam mengenai keperluan ritual, kita menangguhkan proses tersebut."Kita beri ruang kepada pemilik untuk mengambil bahan-bahan suci mereka dan memindahkannya ke tempat penyembahan lain. Selepas itu, barulah proses perobohan akan dilaksanakan," katanya ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Beliau berkata, selepas proses itu selesai, pihak berkuasa akan menyusun tindakan bersama agensi terlibat bagi merobohkan struktur tidak berdaftar yang dibina di atas tanah kerajaan berhampiran Pantai Siring.Mengulas isu contengan kalimah suci, Zaidi berkata, perbuatan itu bukan sahaja berlaku di rumah penyembahan berkenaan, malah turut dikesan di kawasan lain termasuk pagar dan tiang elektrik."Saya dimaklumkan pihak berkuasa telah mengenal pasti individu terlibat, yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental."Walaupun perbuatannya mungkin dianggap biasa oleh individu tersebut, namun ia jelas menyentuh sensitiviti agama," katanya.Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak melulu dalam isu melibatkan sensitiviti agama."Kita perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan serta menguruskan perkara ini dengan baik supaya keharmonian masyarakat dapat terus dipelihara khususnya di Melaka," katanya.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, binaan tokong batu tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi di sini oleh pemancing yang bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa, pada malam Rabu.Susulan itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert memaklumkan sedang mengesan seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Ucuk bagi membantu siasatan dalam kejadianMaklumat awal daripada penduduk kampung memaklumkan mereka pernah melihat Ucuk yang merupakan bekas pelajar tahfiz, menconteng tembok serta tiang elektrik dengan tulisan kalimah ALLAH.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan selain Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan. |
|
Lelaki kurang siuman suspek conteng tokong - Utusan - 9/04 3:28 pm JASIN: Polis mengenal pasti seorang lelaki kurang siuman sebagai individu dipercayai terlibat dalam kejadian menconteng kalimah suci pada dinding sebuah tokong di Persisiran Pantai Siring, Serkam, Merlimau di sini semalam. Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang lelaki tempatan yang dikenali dengan nama panggilan Ucuk |
|
Tokong diconteng kalimah ALLAH: Polis kesan Ucuk - Sinarharian - 9/04 3:17 pm MELAKA - Polis sedang mengesan seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Ucuk bagi membantu siasatan dalam kejadian menconteng kalimah suci pada dinding sebuah tokong di Persisiran Pantai Siring, Merlimau, di sini.Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam pada 8 April 2026.Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tulisan kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan Jawi menggunakan cat berwarna putih pada dinding tokong berkenaan."Siasatan awal mendapati kejadian itu disedari oleh seorang lelaki Melayu yang sedang memancing berhampiran lokasi sebelum menghubungi Pondok Polis Serkam untuk tindakan lanjut."Hasil temu bual dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Minyak serta penduduk sekitar mendapati mereka tidak mengetahui pemilik tokong tersebut mahupun status pemilikan tanah berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan binaan tokong batu tertera kalimah itu ditemui pemancing yang bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa pada malam Rabu sebelum Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman bergegas ke lokasi kejadian.Rahmad memaklumkan, siasatan awal mendapati tokong berkenaan dipercayai telah wujud sejak dua hingga tiga tahun lalu dan tulisan Jawi itu hanya dikesan pada hari kejadian.Mengulas lanjut, Robert berkata, semakan lanjut berhubung status pemilikan tanah akan dijalankan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Jasin.Katanya, maklumat awal daripada penduduk kampung memaklumkan mereka pernah melihat Ucuk, yang merupakan bekas pelajar tahfiz, menconteng tembok serta tiang elektrik dengan tulisan kalimah ALLAH."Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka serta pihak berkuasa tempatan (PBT)."Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merosakkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat mengaibkan agama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan," katanya.Jelasnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana perbuatan sengaja melukakan perasaan agama seseorang, yang boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Selain itu, kes juga disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kerosakan harta benda, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam."Orang ramai juga diminta sentiasa menghormati sensitiviti agama serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama."Polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hafiz Othman di talian 017-317 8434 atau 06-529 2222 (sambungan 323). |
|
Kecoh! Lelaki Mengamuk Kejar Polis Sambil L*bas Pis*u Pemotong Daging - Lobakmerah - 9/04 1:27 pm Seorang lelaki bertindak melibas senjata tajam ke arah anggota polis serta kenderaan peronda (MPV) dalam kejadian di sebuah restoran yang terletak di Telok Mengkuang, Kuala Langat, Selangor semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 3.30 petang daripada anggota MPV Sektor 4 Telok […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . |
|
Warga Myanmar dituduh bunuh wanita senegara - Sinarharian - 9/04 11:52 am SEREMBAN - Lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh wanita senegara, awal Mac lalu.Tertuduh, Win Htike, 41, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Myanmar di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan membunuh seorang wanita warga Myanmar bernama Aye Aye Aung, 35.Perbuatan berkenaan dilakukan kira-kira jam 10 malam di tangga tingkat empat sebuah premis di Jalan Universiti, Nilai, pada 2 Mac lalu.Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun KeseksaanJika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara sehingga tempoh 30 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dikenakan maksimum 12 sebatan.Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin memohon tarikh baharu bagi penyediaan laporan bedah siasat, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan toksikologi.Mahkamah tidak menawarkan jaminan memandangkan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menetapkan 13 Mei depan bagi sebutan semula kes.Media pada 5 Mac lalu melaporkan polis menahan seorang lelaki warga Myanmar di Puchong, Selangor selepas disyaki mengelar leher wanita senegara hingga maut dalam kejadian di asrama pekerja di Nilai, malam 2 Mac lalu.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya dilaporkan berkata, masalah hutang dipercayai menjadi punca kejadian yang mana suspek dikatakan berhutang sebanyak RM10,000 daripada mangsa. |
|
Lelaki mengamuk libas pisau pemotong daging ke arah polis - Sinarharian - 9/04 8:18 am KUALA LANGAT Seorang lelaki bertindak ganas melibas senjata ke arah anggota polis serta kenderaan peronda (MPV) dalam kejadian di sebuah restoran makanan laut di Telok Mengkuang di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang daripada anggota MPV Sektor 4 Telok Panglima Garang.Menurutnya, susulan maklumat tersebut, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan lanjut."Sebaik tiba di lokasi, polis mendapati seorang lelaki tempatan bertindak agresif dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan sebatang rotan."Siasatan awal mendapati suspek telah memecahkan pelbagai barangan di sebuah restoran makanan laut di Jalan Pandan 2, Telok Mengkuang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, suspek turut merosakkan tiga kenderaan milik orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan."Malah, suspek bertindak lebih ganas apabila melibaskan senjata ke arah anggota polis serta kenderaan MPV sehingga mengancam keselamatan pihak berkuasa dan orang awam."Hasil tindakan pantas dan cekap anggota di lokasi, suspek berjaya ditahan," katanyaKatanya, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 353, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak mengejar serta mengacu senjata dipercayai pisau ke atas anggota polis di sebuah restoran. |
|
Remaja perempuan maut dihempap kayu alang di tokong - Sinarharian - 8/04 3:57 pm KUALA LANGAT - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dihempap kayu alang di sebuah tokong di Tanjong Sepat di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat pada jam 8.34 malam.Menurutnya, pegawai klinik terbabit memaklumkan mangsa telah meninggal dunia selepas dihempap alang kayu di tokong terbabit."Siasatan awal mendapati mangsa pergi ke tokong terbabit bersama keluarganya."Mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan. |
|
Bapa rogol dua anak kandung dihukum penjara 165 tahun, sebat - Sinarharian - 8/04 3:46 pm LAHAD DATU [KEMAS KINI] Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 165 tahun dan dikenakan sebatan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dua anak kandungnya di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.Tertuduh yang berusia 54 tahun itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suhaila Selag.Sebelum itu, tertuduh didakwa atas 11 pertuduhan merogol dua anaknya dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan yang dijalankan secara berasingan.Mahkamah turut memerintahkan hukuman sebat sebanyak 10 kali bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Shahril Haja Mohaideen bersama pegawai penyiasat, Inspektor Malati Labpak.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, lelaki tersebut ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua anaknya sendiri di Balai Polis Tawau pada 22 Mac lalu."Suspek ditahan kerana merogol dua anak perempuannya yang masing-masing berusia 25 dan 22 tahun di beberapa tempat di Lahad Datu dan Tawau."Kedua-dua mangsa menjadi mangsa sejak berusia 15 dan 18 tahun apabila sering dipaksa melakukan hubungan seks dengan ugutan akan dipukul jika tidak menuruti kehendak suspek," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya lagi, suspek kemudian dituduh di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Lahad Datu."Suspek didakwa atas lima pertuduhan merogol anaknya yang berusia 25 tahun manakala enam pertuduhan merogol anaknya berusia 22 tahun selain turut didakwa satu lagi pertuduhan merogol seorang wanita."Kesalahan suspek boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan bagi setiap kesalahan," katanya. |
|
Bukan mabuk, tapi pemandu terlelap kerana keletihan - Polis - Sinarharian - 8/04 3:20 pm BANTING - Polis menafikan kemalangan dua kenderaan di Jalan Sultan Abdul Samad di sini pada Isnin lalu berpunca kerana mabuk, sebaliknya hanya pemandu terlelap akibat keletihan.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 8 malam."Kemalangan melibatkan dua kereta jenis Toyota Vios dan Perodua Myvi."Tiada kematian dalam kes ini dan rakaman percakapan yang direkodkan mendapati tiada unsur mabuk daripada kedua-dua pihak," katanya kepada Sinar Harian Rabu.Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sebelum itu, beberapa rakaman video kes kemalangan itu tular di media sosial hingga mencetuskan pelbagai spekulasi punca kejadian itu. |
|
Remaja maut terlibat kemalangan 3 motosikal di Sungai Tong - Sinarharian - 8/04 10:24 am BANDAR PERMAISUR - Seorang pelajar Tingkatan Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kampung Pelong di Sungai Tong, dekat sini malam tadi.Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian 6.45 petang itu mengakibatkan remaja berusia 15 tahun meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, manakala dua lagi penumpang motosikal berusia 15 dan 14 tahun tidak mengalami kecederaan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honca C100 dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan atau wheelie."Setibanya di lokasi kejadian, motosikan mangsa telah melanggar bahagian belakang sebuah lagi motosikal, menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh di bahru kiri jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Zain berkata, sebuah lagi motosikal dari arah sama gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang berada di atas jalan.Beliau berkata mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tong, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat."Polis menasihati golongan remaja agar tidak melakukan aksi membahayakan diri dan orang ramai manakala ibu bapa perlu memantau anak masing-masing supaya tidak menggunakan kenderaan tanpa lesen," katanya |
|
Samseng jalanan buat bising masuk 'pukat' polis - Sinarharian - 8/04 10:19 am KUALA LANGAT - Lagak rempit dengan bunyi ekzos bising kononnya mahu mencari keseronokan sesama sendiri hanya memakan diri selepas aktiviti tidak sihat di sekitar daerah itu digempur polis baru-baru ini.Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, Op Motosikal bagi mencegah aktiviti samseng jalanan telah dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 3 hingga 5 April lalu.Menurutnya, operasi banteras samseng jalanan itu dijalankan di sekitar Bukit Changgang dan Banting."Semasa operasi terdapat cubaan penunggang motosikal terbabit melarikan diri tetapi pihak polis dapat mengawal keadaan dan tiada tindakan agresif."Polis mengesan kegiatan mereka yang bersaing sesama sendiri dengan kelajuan tinggi dan membunyikan ekzos yang telah di ubah suai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, seramai 70 individu dan 55 motosikal diperiksa.Katanya, operasi terbabit bertindak mengeluarkan 77 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, ubah suai struktur kenderaan, tidak memakai topi keledar dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.Jelas Mohd Sufian, sembilan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 125 telah disita dengan penahanan penunggang berusia lingkungan 15 hingga 30-an."Motosikal itu disita kerana kesalahan ubah suai yang ekstrem dan tindakan diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.Tegasnya, polis memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan pengguna jalan raya lain."Ibu bapa juga diingatkan agar tidak membenarkan anak bawah umur menunggang motosikal selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan sah di sisi undang-undang," katanya. |
|
Warga emas meninggal dunia dalam bas - Sinarharian - 8/04 10:12 am TANGKAK - Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam sebuah bas di Bukit Gambir, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, panggilan daripada pemandu bas memaklumkan seorang penumpangnya tidak sedarkan diri diterima pada jam 10.45 pagi."Mangsa seorang warga emas wanita berusia 64 tahun menaiki bas dalam perjalanan ke Muar didapati tidak sedarkan diri oleh pemandu bas."Pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Gambir dihubungi dan membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan mendapati tiada tanda-tanda kehidupan."Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tangkak dan laporan bedah siasat mengesahkan sebab kematian adalah Coronary Artery Disease," katanya dalam satu kenyataan.Pada masa sama pihak polis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak 06-9785222. |
|
Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak - Sinarharian - 7/04 6:31 pm GOMBAK Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular menunggang motosikal melawan arus sebelum bergesel dengan sebuah kereta di kilometer 34 Lebuhraya Karak menghala ke Bentong Pahang pada 2 April lalu.Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa seorang lelaki berusia 34 tahun memandu kereta jenis Volkswagen Golf di lorong kanan."Tiba-tiba sebuah motosikal yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan muncul dari arah bertentangan telah bergesel dengan kenderaan milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Abang Kaderi berkata, pemandu kereta, tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal tidak berhenti di tempat kejadian."Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rathana Kumar Vardaraju di talian 017-7745565 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya |
|
Pekerja pusat boling meninggal dunia kerana serangan jantung - Polis - Sinarharian - 7/04 5:05 pm TANJUNG MALIM Siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah atau kecederaan mencurigakan dalam kejadian seorang pekerja pembersihan ditemui meninggal dunia di Arena Bowling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan tiada unsur jenayah terlibat.Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat serangan jantung secara tiba-tiba (sudden cardiac arrest).Difahamkan, ketika kejadian, mangsa, Mohd Radzi Ariffin, 53, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik utiliti pusat berkenaan yang berkunci.Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu melalui sistem NG999 kira-kira jam 1.57 pagi.Menurutnya, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi dan mendapati pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah berada di tempat kejadian."Petugas perubatan telah memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama kira-kira 15 minit sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.23 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk tujuan bedah siasat.Menurut Khalid, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi keluarga mangsa.Sementara itu, UPSI dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan akan membantu waris dalam urusan pengurusan jenazah selepas proses bedah siasat selesai."Allahyarham merupakan pekerja sebuah syarikat swasta yang beroperasi di arena boling universiti ini," menurut kenyataan itu.Selesai proses bedah siasat, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Bernam. |
|
Nenek, cucu saudara tiga tahun maut kemalangan - Sinarharian - 7/04 2:06 pm PADANG TERAP Seorang nenek berusia 76 tahun dan cucu saudaranya berusia tiga tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Padang Sanai, berhampiran Kampung Padang Nyior, Kuala Nerang di sini pada pagi Selasa.Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Affzanisham Mohammad Sham berkata, kejadian berlaku pada jam 6.45 pagi.Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Che Rahmah Abdul Karim dan Auni Afiqah Hadi yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa kenderaan MPV dari arah Kampung Lubuk Labi menghala ke Ladang Seraya, Padang Sanai."Apabila tibanya di lokasi kejadian, terdapat sebuah motosikal ditunggang warga emas dan dibonceng dua cucu saudara berusia 3 tahun dan 8 tahun dari arah bertentangan dipercayai hendak memotong sebuah kereta lain yang berada di hadapan."Bagaimanapun motosikal itu telah memasuki laluan bertentangan menyebabkan kenderaan dari arah hadapan gagal mengelak lalu bertembung," katanya pada Selasa.Jelas Affzanisham, akibat kemalangan tersebut penunggang dan pembonceng hadapan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng belakang motosikal dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan.Menurutnya, pemandu MPV itu yang berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk tujuan bedah siasat," ujarnya. |
|
Wanita ditemukan tidak sedarkan diri di hotel - Sinarharian - 6/04 6:44 pm GEORGE TOWN - Seorang wanita tempatan berusia 27 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam bilik sebuah hotel di Tanjung Tokong sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang pada Ahad.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, polis menerima laporan daripada pihak hospital kira-kira jam 12.30 tengah hari berhubung kejadian tersebut.Menurutnya, mangsa yang berasal dari Langkawi, Kedah difahamkan datang ke Pulau Pinang bersama pasangannya untuk bercuti sejak 3 April lalu dan menginap di sebuah hotel di kawasan Tanjung Tokong."Pada jam kira-kira 9.30 pagi hari kejadian, mangsa ditemui oleh pasangannya dalam keadaan lemah selepas mandi sebelum tidak sedarkan diri ketika berehat di atas katil bilik hotel."Ambulans kemudian dipanggil bagi memberikan bantuan kecemasan sebelum mangsa dihantar ke HPP untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 11.46 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan."Hasil pemeriksaan awal ke atas badan mangsa serta siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah."Bedah siasat telah dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik hospital sama pada hari ini namun belum memperolehi keputusan penuh kerana masih menunggu analisis makmal."Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi siasatan lanjut," katanya. |
|
Penuntut IKM dilapor hilang sejak Jumaat - Sinarharian - 6/04 2:00 pm PEKAN - Polis meminta kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang penuntut Institut Kemahiran Mara (IKM) Tan Sri Yahya Ahmad yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kehilangan Muhammad Irfan Riduan, 23, dilaporkan bapanya (pengadu) kira-kira jam 3.05 petang hari berkenaan.Menurutnya, pengadu berusia 53 tahun itu mendakwa kali terakhir berhubung anaknya itu kira-kira jam 9 malam, 30 Mac lalu melalui panggilan telefon."Kali terakhir mangsa dilihat berada di IKM Tan Sri Yahya Ahmad menggunakan motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BLH 6332."Mangsa memiliki ciri fizikal seperti berkulit hitam manis, tinggi kira-kira 160 sentimeter dan berbadan kurus," katanya.Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penuntut itu diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 013-6432400."Maklumat itu juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-4221222 atau di mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya. |
|
Warga emas berkerusi roda ditemukan lemas di Sungai Kampung Kuantan - Mgazette - 6/04 7:57 am Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dibantuPasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang sertaUnit Anjing Pengesan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintenden Azaharudin Tajudin dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa pada 3 April, yang menyatakan mangsa telah hilang dipercayai terjatuh ke dalam sungai terbabit |
|
MPV terbabas, rempuh pam minyak - Sinarharian - 5/04 7:00 pm KENINGAU - Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh pam minyak selepas pemandunya mengisi petrol di salah sebuah stesen minyak di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, pemandu warga emas berusia 73 mengalami pening kepala dan dirawat di Hospital Keningau.Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kejadian melibatkan sebuah MPV jenis Toyota Avanza yang telah melanggar pam minyak dan sebuah pacuan empat roda."Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu keluar dari stesen minyak selepas selesai mengisi minyak."Namun pemandu telah hilang kawalan lalu terlanggar pam minyak kemudian terlanggar lagi bahagian belakang sebelah kiri pacuan empat roda yang turut berada di pam sama untuk mengisi minyak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Yampil berkata, akibat kemalangan itu, pam minyak dan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan."Pemandu MPV tidak cedera namun dihantar ke hospital kerana mengalami pening manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan."Kejadian disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959," katanya. |
|
Pemandu maut tercampak, lori terbakar - Sinarharian - 5/04 6:35 pm KOTA BELUD - Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori dipandunya dalam kemalangan di Ulu Kukut, Jalan Kota Belud - Kota Marudu, di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala lori yang dipandunya terbakar.Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan melibatkan lori 10 tan yang dalam perjalanan dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Belud."Setibanya di lokasi, lori yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan sehingga terbalik dan terbakar."Mangsa pula tercampak dari lori tersebut dan masuk ke dalam parit serta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Belud untuk tujuan bedah siasat."Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Ops Samseng Jalanan: 16 penunggang motosikal termasuk pelajar sekolah ditahan - Sinarharian - 5/04 6:23 pm MELAKA - Sebanyak 16 penunggang motosikal termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan dalam Ops Khas Bersepadu Motosikal di Jalan Paya Luboh, Tangga Batu di sini awal pagi tadi.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata, kesemua mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya seperti memecut, zig-zag serta mencelah kenderaan lain di atas jalan raya dalam operasi bermula jam 2 hingga 5 pagi tadi.Beliau berkata, tindakan penunggang motosikal berkenaan yang beraksi secara berkumpulan itu, boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain."Operasi berkenaan dijalankan melibatkan kekuatan tujuh pegawai dan 43 anggota JSPT Melaka dan pasukan Risikan/ Operasi JSPT Bukit Aman serta sembilan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan."Kesemua 16 lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 30 tahun yang ditahan itu, disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Muhammad Zaki berkata, dalam operasi itu juga, sebanyak 178 buah kenderaan diperiksa manakala 87 buah motosikal disita bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.Beliau berkata, sebanyak 237 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dengan kesalahan yang paling banyak dikesan melibatkan nombor pendaftaran membabitkan 53 saman, selain kesalahan melibatkan cermin sisi (31 saman), ekzos (25 saman), aksesori (22 saman) dan tiada lesen memandu (20 saman).Muhammad Zaki berkata, JPJ Melaka turut mengeluarkan sebanyak 274 notis P22, selain 21 tindakan di bawah Seksyen 59(2) dan 21 arahan pemeriksaan di bawah Seksyen 61 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).Beliau berkata operasi berkenaan membuktikan komitmen berterusan polis Melaka dalam membanteras kegiatan samseng jalanan serta mana-mana bentuk pelanggaran undang-undang jalan raya yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain."Polis menasihatkan golongan remaja agar tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan atau menunggang secara melulu dan berbahaya dan ibu bapa juga dinasihatkan sentiasa memantau anak masing-masing bagi mengelakkan terlibat dengan aktiviti berkenaan," katanya |
|
Polis tahan seorang lelaki dipercayai terlibat kes tetak di Bera - Sinarharian - 5/04 4:55 pm KUANTAN - Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lepas.Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur."Polis sedang giat menjalankan risikan dan operasi bagi mengesan tujuh lagi suspek yang masih bebas," katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam pada itu, beliau berkata suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari hingga 9 April ini bagi membantu siasatan lanjut.Zulkiflee berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh akibat kecederaan parah yang dialami.Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek yang masih bebas untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhamad Zulhilmi Ishak menerusi talian 014-2250306 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Bera melalui talian 09-250 8222 bagi membantu siasatan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |