///
See Also: Shopee Pay Promo |

Search : Rxz Members News   Page 1    



Pemuda maut motosikal terbabas ketika ke program RXZ Members - Utusan - 1/08 4:50 pm

KEMAMAN: Perjalanan seorang pekerja restoran makanan segera ke program RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak di Kuala Nerus, dekat sini berakhir tragedi apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 258.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran hentian rehat dan rawat Perasing, di sini, hari ini





RXZ Members 8.0: Polis tahan tiga lelaki, siasat kaitan video tular jual air ketum - Sinarharian - 1/08 4:27 pm

KUALA TERENGGANU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu menahan tiga lelaki tempatan termasuk seorang remaja berusia 16 tahun selepas dipercayai membawa masuk air ketum sempena program RXZ Members 8.0 di sini pada Jumaat.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 32 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Kuala Terengganu kira-kira jam 7.45 malam.Menurutnya, penahanan dibuat hasil pemeriksaan ke atas sebuah van jenis Toyota Hiace di kawasan susur keluar Stadium Sultan Mizan, Gong Badak."Hasil pemeriksaan menemukan dua botol berisi cecair disyaki air rebusan daun ketum dengan anggaran keseluruhan 600 mililiter (ml)."Turut dirampas sebuah van jenis Toyota Hiace serta satu anak kunci bersama alat kawalan jauh," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mohd Khairi berkata, ketiga-tiga suspek yang bukan berasal dari negeri ini dipercayai membawa masuk bekalan berkenaan dari luar Terengganu untuk kegunaan sepanjang menghadiri program tersebut.Tambah beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine, manakala seorang lagi negatif."Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan kesemua suspek telah direman bagi membantu siasatan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Konvoi ke RXZ Members 8.0 berakhir tragedi, seorang penunggang motosikal mautLagi peserta RXZ Members 8.0 maut di LPT1Lelaki Singapura ditahan tunggang RXZ secara berbahaya di LPT2Tak sempat sampai, dua motosikal terbakar dalam perjalanan ke program RXZ MembersLagi peserta RXZ Members 8.0 maut rempuh pacuan empat roda berhenti bantu rakan konvoiMengulas lanjut, Mohd Khairi berkata, susulan tangkapan itu, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan di tujuh rumah dan resort yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan.Dalam pemeriksaan tersebut, seramai 14 individu terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita tempatan telah dibawa ke JSJN IPK Terengganu bagi tujuan pemeriksaan serta membantu siasatan lanjut."Bagaimanapun, hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang barang atau bahan menyalahi undang-undang, manakala ujian saringan air kencing ke atas kesemua 14 individu berkenaan juga didapati negatif dadah."Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sebarang kaitan mereka dengan kes tersebut serta mengesan individu lain yang mungkin terlibat," jelasnya.Dalam pada itu, beliau berkata, BSJND IPD Dungun turut membuka satu kertas siasatan berhubung penularan satu video di media sosial yang memaparkan tindakan individu dipercayai menjual air ketum secara terbuka di kawasan susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu.Ujarnya, polis sedang menyiasat kemungkinan terdapat hubung kait antara tangkapan di Kuala Terengganu dengan kejadian dalam video tular berkenaan."Siasatan kini tertumpu kepada usaha mengenal pasti individu terlibat, mengesan sumber bekalan serta menentukan sama ada kedua-dua kejadian melibatkan individu atau rangkaian yang sama."Bagaimanapun, sebarang kaitan antara kedua-dua kejadian masih dalam siasatan dan belum dapat disahkan pada masa ini," katanya.Sementara itu, Mohd Khairi menegaskan JSJN Terengganu akan terus memperketat tindakan penguatkuasaan dan pencegahan sepanjang berlangsungnya RXZ Members 8.0 bagi memastikan penganjuran bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah dan air ketum.Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang dan menasihatkan peserta agar tidak terlibat dengan aktiviti jenayah yang boleh mencemarkan imej program tersebut."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah atau air ketum diminta menghubungi Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN Terengganu di talian 011-6735 1234," ujarnya.





Penunggang Motosikal Maut Dalam Perjalanan Ke Program RXZ Members 8.0 - Siakapkeli - 1/08 3:06 pm

Penunggang Motosikal Maut Dalam Perjalanan Ke Program RXZ Members 8.0CHUKAI, 1 Ogos (Bernama) -- Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera maut selepas...





Seorang lagi penunggang motosikal maut dalam perjalanan ke program RXZ Members 8.0 - Sinarharian - 1/08 2:57 pm

CHUKAI - Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera maut selepas motosikal yang ditunggangnyaterlibat dalam kemalangan di Kilometer 258.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing disini pagi Sabtu.Ketua Polis Daerah Kemaman, SuperintendenMohd Razi Rosli berkata, kejadian berlaku pada 6.30 pagi ketika mangsa, Muhammad Shahrul Mohd Sabri, 20, dari Kuala Lumpur bersama enam penunggang motosikal lain dalam perjalananke program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu.Beliau berkata, mangsa yang cederaparah di kepala serta kedua-dua belah kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan penghadang jalan sebelah kanan sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang konkrit di antara penghadang jalan tersebut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Mohd Razi berkata, mayat mangsa kemudiandibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Ketum drinks sold openly at Paka R&R? Police launch probe - Sinardaily - 1/08 10:28 am

DUNGUN - Police have confirmed receiving a report regarding two videos circulating on social media allegedly showing the open sale of ketum drinks at the exit of the Paka Rest and Service Area (R&R) on the Kemaman-to-Kuala Terengganu route.Dungun district police chief Superintendent Nik Ab Halim Nik Mat said preliminary investigations found that the incident was believed to have occurred during the RXZ Members 8.0 gathering, with the location serving as the main route for participants travelling to the event venue.He said that following the information received, a team from the Narcotics Criminal Investigation Division of the Dungun District Police Headquarters (IPD) was dispatched to the location to conduct inspections.Checks at the scene found that the alleged selling activity shown in the viral videos was no longer taking place.Police take seriously any activities involving the sale or misuse of ketum drinks or any prohibited substances, including drug abuse, he said in a statement on Friday.Nik Ab Halim said the Dungun IPD would continue to intensify monitoring and enforcement, particularly at public hotspots and during large-scale events.He said that if any arrests or seizures are made, investigations could be carried out under Section 30(3) of the Poisons Act 1952 and the Dangerous Drugs Act 1952.He also urged anyone with information related to the incident to contact the Dungun IPD or the nearest police station to assist in the investigation.





RXZ Members: Polis siasat dakwaan jualan air ketum di R&R Paka - Sinarharian - 1/08 9:14 am

DUNGUN - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dua rakaman video tular di media sosial yang memaparkan aktiviti disyaki penjualan air ketum secara terbuka di kawasan susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku ketika berlangsungnya program RXZ Members 8.0, di mana lokasi tersebut merupakan laluan utama peserta menuju ke tapak penganjuran program.Menurutnya, susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan."Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati tiada lagi aktiviti penjualan seperti yang dipaparkan dalam rakaman video berkenaan."Pihak polis memandang serius sebarang aktiviti penjualan atau penyalahgunaan air ketum atau apa-apa barang terlarang termasuk penyalahgunaan dadah," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Mengulas lanjut, Nik Ab Halim berkata, pihak IPD Dungun akan terus mempergiatkan pemantauan serta penguatkuasaan, khususnya di lokasi tumpuan orang ramai dan sepanjang penganjuran program berskala besar.Jelas beliau, sekiranya ada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat, kes boleh disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada IPD Dungun atau mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.





Peserta RXZ Members 8.0 - '12 jam baru sampai Terengganu, kami bawa motor santai-santai' - Careta - 1/08 8:03 am

Menurutnya, mereka berkumpul di Petronas Sungai Buloh seawal jam 11.30 pagi selepas menunggu rakan dari Perak yang bertolak sejak jam 9 pagi sebelum memulakan perjalanan ke Terengganu pada Khamis





Rentasi lautan Pulau Redang demi RXZ - Utusan - 1/08 7:12 am

KUALA NERUS: Jarak kira-kira 30 kilometer merentasi lautan bukan penghalang buat peminat tegar motosikal Yamaha RXZ dari Pulau Redang untuk memeriahkan Program RXZ Members 8.0 di Gong Badak





RXZ Members 8.0: Tiga maut dalam perjalanan ke Terengganu - Sinarharian - 31/07 10:45 pm

KUALA LUMPUR - Perjalanan ke Perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu bertukar tragedi apabila tiga penunggang motosikal maut, manakala dua lagi cedera dalam empat kemalangan berasingan di beberapa lokasi di Pahang sejak malam tadi.Di Temerloh, seorang peniaga pasar malam, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 112.3 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) menghala ke Kuantan, kira-kira jam 11 malam.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11 malam membabitkan motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa dari Klang, Selangor menuju ke Terengganu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan terjatuh di atas lebuh raya."Mangsa kemudian tercampak ke lorong kanan sebelum sebuah kereta yang melalui laluan itu gagal mengelak lalu melanggarnya





“Isteri saya hamil 7 bulan” – Suami Tak Sanggup Tengok Video Tular Kemalangan Melibatkan Ahli RXZ Members 8.0 - Lobakmerah - 31/07 6:51 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Suami kepada mangsa kemalangan yang melibatkan peserta RXZ Members 8.0 menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan





Three killed, two injured in Pahang motorcycle crashes linked to RXZ event traffic - Sinardaily - 31/07 6:46 pm

KUANTAN - Three motorcyclists were killed and two others injured in four separate accidents in Pahang linked to the RXZ Members 8.0 gathering at the Gong Badak Motorsports Circuit in Kuala Nerus, Terengganu.In Temerloh, night market trader Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, was killed in an accident at KM112.3 of the East Coast Expressway 1 (LPT1) heading towards Kuantan yesterday.Temerloh district police chief ACP Mohd Nasyim Bahron said police received information about the accident at 11 pm, involving a Yamaha LC135 motorcycle rider who was travelling from Klang, Selangor, to Terengganu to attend the gathering."The victim was believed to have lost control and fallen onto the left lane before being thrown onto the right lane





'Saya tak sanggup tengok video tular...' - Suami reda isteri hamil, anak .. - Hmetro - 31/07 5:34 pm

Kuala Nerus: Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa melakukan siasatan, kata Talhah Mahmud, 61, selepas isteri dan anaknya cedera dalam kemalangan dengan peserta RXZ Members 8.0 di Simpang Empat, Kampung Buluh Gading, di sini, pagi tadi





Dua peserta RXZ Member 8.0 maut dalam nahas berasingan di LPT - Mygazette - 31/07 4:48 pm

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kim Wai berkata, pihak IPD Maran menerima laporan orang awam berhubung satu lagi kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y125zr dan kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Trition di KM147.1 LPT arah Kuantan, kira-kira 10.10 pagi tadi. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari Temerloh hendak ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0





Buletin Dua Peserta Rxz Member 8.0 Maut Dalam Nahas Berasingan Di Lpt Read .. - Mekanika - 31/07 4:48 pm

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kim Wai berkata, pihak IPD Maran menerima laporan orang awam berhubung satu lagi kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y125zr dan kenderaan pacuan empat roda, Mitsubishi Trition di KM147.1 LPT arah Kuantan, kira-kira 10.10 pagi tadi. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari Temerloh hendak ke Kuala Terengganu untuk menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0





Lelaki dalam perjalanan ke RXZ Members melecur, Mitsubishi Triton terbakar - Kosmo - 31/07 3:56 pm

KEMAMAN – Hasrat seorang pemuda untuk memeriahkan program RXZ Members 8.0 tidak kesampaian apabila dia melecur pada bahagian tangan dan kaki selepas pikap dipandunya tiba-tiba terbakar di Kilometer 315, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Kerteh, di sini hari ini





Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut, rempuh pacuan empat roda berhenti bantu rakan konvoi - Sinarharian - 31/07 3:51 pm

MARAN Seorang lagi peserta Perhimpunan RXZ Members 8.0 maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan untuk membantu rakan konvoi yang mengalami kerosakan motosikal di Kilometer 147.1 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, mangsa, Muhamad Fikri Jamallunasi, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.ARTIKEL BERKAITAN: Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut di LPT1Lelaki Singapura ditahan tunggang RXZ secara berbahaya di LPT2Tak sempat sampai, dua motosikal terbakar dalam perjalanan ke program RXZ MembersKetua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Terengganu untuk menghadiri perhimpunan tersebut.Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah Mitsubishi Triton yang turut dalam perjalanan ke perhimpunan berkenaan sedang berhenti di lorong kecemasan bagi membantu ahli konvoi yang mengalami kerosakan motosikal."Secara tiba-tiba motosikal Yamaha yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut sebelum terbabas dan mangsa terjatuh di sebelah kanan jalan."Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang Mitsubishi Triton tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Inspektor Muhaimin Omar di talian 017-9436741 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.





Tak Pernah ‘Miss’ Sertai RXZ Members Dari Tahun Pertama, Penganjur Digesa Bagi Anugerah Khas Buat ‘Pak Su Tomoi’ - Lobakmerah - 31/07 3:19 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bagi mereka yang mengikuti perhimpunan motosikal RXZ Members, pastinya ada yang perasan dengan penglibatan salah seorang peserta yang dikenali sebagai ‘Pak Su Tomoi’ ini





Tragedi konvoi RXZ Members 8.0: Tiga maut, dua parah dalam empat nahas .. - Hmetro - 31/07 3:09 pm

Kuantan: Tiga penunggang motosikal maut dan dua parah dalam empat kemalangan berasingan di tiga daerah di negeri ini ketika berkonvoi untuk menghadiri Program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu





Lagi peserta RXZ Members 8.0 maut di LPT1 - Sinarharian - 31/07 3:04 pm

MARAN Kegagalan mengawal kenderaan dipercayai menjadi punca seorang lagi penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke perhimpunan RXZ Members 8.0 maut selepas terbabas di Kilometer (KM) 184.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan awal pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa dikenali Mohd Fauzi Othman, 44, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125ZR disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, berdasarkan laporan mangsa dikatakan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu untuk menghadiri perhimpunan berkenaan."Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh di lorong kanan jalan."Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Jumaat.Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang yang gagal mengawal motosikal ditunggangnya."Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.Kim Wai menambah setakat ini tiada saksi yang tampil membantu siasatan."Kita menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat agar berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Inspektor Nurhafizul Abd Halim di talian 010-5752075 atau hadir ke balai polis berhampiran," katanya.





Klang teen dies in LPT crash en route to RXZ Members 8.0 event in Terengganu - Malaymail - 31/07 1:37 pm

KUALA LUMPUR, July 31 A 19-year-old night market trader from Klang, Selangor died in a crash involving two vehic...





Lelaki Singapura Tak Dapat Sertai RXZ Members 8.0 Lepas Ditahan Lakukan Aksi ‘Superman’ - Lobakmerah - 31/07 12:57 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Gara-gara melakukan aksi ‘Superman’ semasa menunggang motosikal, seorang lelaki warga Singapura telah ditahan semasa dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 kira-kira jam 6 petang semalam





“Janganlah kegembiraan kita jadi kesusahan orang lain” – Pesanan Dr Zulkifli Kepada RXZ Members 8.0 - Lobakmerah - 31/07 12:37 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menitipkan beberapa pesanan dan nasihat buat para peserta himpunan RXZ Members 8.0 yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos di Litar Drag Gong Badak, Kuala Nerus, Terangganu





Rider RXZ Sanggup Beratur Berjam-Jam Demi Himpunan RXZ Members - Siakapkeli - 31/07 12:10 am

Ribuan penunggang Yamaha RX-Z dilihat beratur panjang menuju Terengganu sempena RXZ Members 7.0, himpunan tahunan yang menghimpunkan peminat motosikal itu dari dalam dan luar negara.





Konvoi ke RXZ Members 8.0 berakhir tragedi, seorang penunggang motosikal maut - Sinarharian - 31/07 11:40 am

TEMERLOH Hasrat seorang peniaga pasar malam untuk menghadiri program RXZ Members 8.0 di Kuala Terengganu tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan babitkan dua kenderaan di Kilometer 112.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, malam Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan, 19, dari Klang, Selangor yang menunggang motosikal Yamaha LC135 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Terengganu bagi menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0 bersama konvoi seramai lima penunggang.Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas sebelum jatuh di lorong kiri jalan dan mangsa tercampak ke lorong kanan."Pada masa sama, sebuah Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan di lorong kiri."Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada JumaatMohd Nasyim memberitahu, siasatan lanjut turut mendapati mangsa tidak memiliki lesen motosikal ketika kejadian."Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal motosikal ditungganginya."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," jelas beliau.





Tak sempat sampai, dua motosikal terbakar dalam perjalanan ke program RXZ Members - Sinarharian - 31/07 10:10 am

ROMPIN - Perjalanan dua penunggang motosikal ke program RXZ Members di Terengganu berakhir tragedi apabila motosikal yang ditunggang mereka terbakar di Kilometer 100 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Politeknik Muadzam Shah di sini pada malam Khamis.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Bhai Sharif Mondoi berkata, kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu melibatkan sebuah Yamaha RXZ dan sebuah Suzuki TXR150 yang dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Terengganu.Menurutnya, siasatan awal mendapati penunggang Yamaha RXZ berusia 41 tahun dipercayai terjatuh di atas jalan sebaik tiba di lokasi kejadian."Dalam masa sama, sebuah Suzuki TXR150 yang ditunggang lelaki berusia 34 tahun datang dari arah belakang di laluan sama sebelum melanggar motosikal berkenaan."Akibat pelanggaran itu, kedua-dua motosikal terseret di atas permukaan jalan sebelum terbakar manakala kedua-dua penunggang berjaya diselamatkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, penunggang Yamaha RXZ mengalami kecederaan pada tangan kiri selain luka pada badan, tangan dan kaki.Jelas Sharif Bhai, seorang lagi penunggang Suzuki TXR150 mengalami kecederaan di bahagian kepala serta luka pada tangan, kaki dan badan."Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah bagi menerima rawatan kecemasan dan masih dirawat," katanya.Sharif Bhai memberitahu, pemeriksaan di lokasi mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus dua lorong dua hala dengan permukaan jalan rata dan kering.Menurutnya, keadaan di lokasi ketika kejadian adalah gelap tanpa lampu jalan, manakala cuaca dilaporkan baik serta tidak hujan."Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang Yamaha RXZ terjatuh sebelum dilanggar motosikal yang datang dari arah belakang di laluan sama," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.





“Dari RXZ 1.0 Sampai RXZ 8.0, Penuh Kedatangan” – Penganjur RXZ Digesa Beri ‘Pak Su Tomoi’ Anugerah Khas - Beautifulnara - 31/07 10:02 am

Seorang peserta dikenali sebagai Pak Su Tomoi menjadi perhatian ramai sempena perhimpunan motosikal Yamaha RXZ terbesar negara apabila ramai peminat mencadangkan agar beliau diberikan anugerah khas oleh penganjur RXZ Members 8.0





[VIDEO] Penganjur RXZ Members digesa beri anugerah kepada ‘Pak Su Tomoi’ - Kosmo - 30/07 10:57 pm

PETALING JAYA – Ramai peminat yang mengikuti perhimpunan motosikal Yamaha RXZ terbesar negara ‘menggesa’ supaya penganjur RXZ Members 8.0 memberikan anugerah khas kepada salah seorang ahlinya yang kenali sebagai ‘Pak Su Tomoi’





RXZ Members 8.0: Rakam video pantau peserta, jangan terkejut polis cari sampai rumah - Careta - 30/07 8:24 am

Katanya, terdapat anggota dan pegawai yang akan ditugaskan merakam pergerakan konvoi ke program yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini di Gong Badak, Kuala Terengganu sebelum setiap rakaman diteliti bagi tindakan lanjut





Perhimpunan RXZ Members: Polis Beri Amaran Jangan Langgar Undang-Undang Jalan Raya - Siakapkeli - 29/07 8:01 pm

Perhimpunan RXZ Members: Polis Beri Amaran Jangan Langgar Undang-Undang Jalan Raya KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Polis memberi amaran kepada





RXZ Members 8.0: Rakam video pantau peserta, jangan terkejut polis cari sampai rumah - Sinarharian - 29/07 7:43 pm

KUALA LUMPUR Polis akan menggunakan rakaman video sebagai bahan bukti untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap peserta RXZ Members 8.0 yang melakukan kesalahan lalu lintas.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, mereka yang dikenal pasti melanggar undang-undang tidak perlu terkejut jika anggota polis datang ke rumah bagi tindakan lanjut berdasarkan rakaman yang diperoleh.Katanya, terdapat anggota dan pegawai yang akan ditugaskan merakam pergerakan konvoi ke program yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini di Gong Badak, Kuala Terengganu sebelum setiap rakaman diteliti bagi tindakan lanjut."Memang itu pendekatan yang hendak kita buat





Police adopt Record now, arrest later approach ahead of RXZ motorcycle gathering in Terengganu - Malaymail - 29/07 7:24 pm

KUALA LUMPUR, July 29 Police have warned participants of the upcoming RXZ Members gathering that anyone performi...





RXZ Members 8.0: 'Jalan raya bukan digunakan untuk lempiaskan nafsu' - JSPT - Sinarharian - 29/07 6:13 pm

KUALA LUMPUR - "Semua pengunjung diingatkan bahawa jalan raya ini bukan digunakan untuk melempiaskan nafsu,".Itu tegas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali dengan memberi peringatan kepada pengunjung program RXZ Members 8.0 yang dijadual berlangsung selama dua hari bermula Jumaat ini di Gong Badak, Kuala Terengganu.Menurutnya, jalan raya usah digunakan sesuka hati sehingga menyebabkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain jadi mangsa keadaan."Program ini (RXZ Members 8.0) kita nampak adalah satu program yang bagus





RXZ Members 8.0: Bukit Aman guna rakaman video bukti kesalahan untuk tindakan susulan - Careta - 29/07 8:02 am

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, berkata pihaknya akan melaksanakan pendekatan seimbang yang menggabungkan bimbingan kepada peserta acara itu meliputi pendidikan keselamatan jalan raya, dengan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang





No roadblocks but enforcement remains, police tell RXZ Members 8.0 riders - Malaymail - 16/07 4:42 pm

KUALA TERENGGANU, July 16 Terengganu police will take firm action against any RXZ Members 8.0 partici...



Polis Jamin Tiada Pukat Di RXZ Members 8.0, Tapi Tetap Buru Peserta Yang Buat Hal - Vocket - 16/07 2:57 pm

Terengganu bakal bergegar lagi dengan kehadiran lebih 100,000 peminat tegar motosikal sempena program RXZ Members 8.0 yang dijadualkan berlangsung dari 31 Julai hingga 1 Ogos..



Bertindih PRN, peserta RXZ Members dijangka kurang 10 peratus - Kosmo - 16/07 2:51 pm

KUALA TERENGGANU Kehadiran peserta program permotoran RXZ Members 8.0 pada 31 Julai dan 1 Ogos ini dijangka merosot 10 peratus ekoran pertindihan tarikh dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan



RXZ Members 8.0: 'Datanglah ke Terengganu, tiada operasi 'pukat' tapi jangan buat perangai' - Polis - Sinarharian - 16/07 1:28 pm

KUALA TERENGGANU Polis Terengganu memberi jaminan keselamatan termasuk tiada operasi 'pukat memukat' terhadap lebih 100,000 peminat motosikal untuk berkumpul pada program RXZ Members 8.0 hujung bulan ini.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd



'Mereka suka kumpul dana bantu orang susah' - Rakan mangsa nahas ngeri RXZ - Sinarharian - 11/07 7:04 pm

DUNGUN Di sebalik minat mendalam terhadap dunia permotoran, Allahyarham Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, seorang yang pemurah dan gemar melakukan kerja kebajikan.Sifat mulia salah seorang mangsa nahas ngeri RXZ di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada awal pagi Sabtu itu dikongsi sendiri oleh rakan dan ahli keluarganya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka, di sini.Rakan arwah, Zakaria Sulong, 37, mendedahkan bahawa aktiviti 'ride' atau berkonvoi yang disertai kumpulan mereka bukan sekadar hobi kosong, sebaliknya sering dijadikan platform untuk mengumpul dana dan menyampaikan sumbangan infak."Kumpulan kami yang disertai sekitar 100 buah motosikal berkumpul di Restoran Jaman Tory untuk urusan infak. Malah, konvoi ini juga sebenarnya dilakukan sebagai 'ride' persiapan awal untuk perhimpunan RXZ Members akan datang."Selepas selesai urusan tersebut, kumpulan dari Kuantan mahu bergerak pulang dan mengambil keputusan untuk menunggang bersama bagi menghantar sehingga ke Chukai," katanya.Mengimbas kembali detik sebelum kejadian, Zakaria mengakui dia sebenarnya berasa berat hati untuk menyertai konvoi berkenaan, hanya arwah Hafiz yang bersungguh mahu turut serta.ARTIKEL BERKAITAN: Empat penunggang RXZ maut nahas 12 motosikal dan kereta di LPTEmpat maut nahas konvoi RXZ: Lebih 30 penunggang motosikal terbabit, 20 cedera - PolisNahas konvoi RXZ: Lebih 20 mangsa cedera dirawat di dua hospitalNahas konvoi RXZ: Bapa sempat pesan anak rajin belajarNahas konvoi RXZ: Hujan, motosikal rosak punca bertolak lewatSuasana pilu iringi pengebumian dua mangsa nahas RXZSifat gemar berinfak Allahyarham Muhammad Hafiz turut diakui bapanya, Mazlan Abdullah, 61, yang memaklumkan kumpulan motosikal anaknya itu sememangnya konsisten mengadakan projek amal untuk membantu golongan yang memerlukan.Malah katanya, ketika berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), seorang pemilik restoran yang menziarahi Allahyarham menzahirkan rasa terkejut dan sedih atas pemergian mengejut anaknya itu."Tauke restoran itu beritahu dia terkejut dengan kejadian tu sebab anak saya memang kerap datang ke kedainya bersama rakan-rakan."Sebelum ini pun, arwah pernah membuat kutipan dana dan menyerahkannya kepada pihak restoran berkenaan untuk diagihkan kepada golongan miskin




Reformasi     >>



ANALISIS Umno cari perkataan sakau, rakyat mahu tahu .. - Harapandaily
Oleh Team Editorial Perdebatan mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji kini cuba dialihkan kepada satu perkara kecil: kononnya tiada perkataan sakau dalam laporan tersebut. Hujah itu digunakan sebahagian pemimpin Umno-BN untuk menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ..
Kroni     >>



Iran lancar serangan balas dendam - Utusan
TEHERAN: Tentera Iran pada Jumaat melancarkan serangan dron balas dendam yang menyasarkan kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait selepas bedilan Washington ke atas kediaman penduduk di Pulau Qeshm kelmarin. Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata, serangan itu merupakan fasa ke-27 Operasi Saegheh yang ..
Tabloid     >>



Hotel mewah di Jakarta terbakar - Kosmo
JAKARTA Kebakaran yang berlaku di Hotel Pullman kawasan Jakarta Barat dipercayai berpunca daripada masalah litar elektrik, demikian menurut saluran berita CNBC Indonesia. Proses memadamkan api selesai,” kata pusat pengurusan kebakaran dan operasi menyelamat Jakarta seperti dipetik laman berita detikcom hari ..
Tech     >>



Google Pixel 11 leaks in some fresh new renders too - Gsmarena
Yesterday the legendary leaker Evan Blass aka @evleaks shared some new marketing renders of the upcoming Pixel 11 Pro Fold, and today he's back with the 'vanilla' Pixel 11. Google Pixel 11 leaked marketing renders Like the Pixel 11 Pro Fold, the Pixel 11 will come with Gemini Intelligence. The ..
World     >>



Challenges persist despite Hamas backing Gaza .. - Cgtn
Hamas has approved the latest draft of a roadmap aimed at completing the implementation of the second phase of the Gaza ceasefire agreement, marking a potential breakthrough in negotiations after more than two and a half years of conflict in the enclave.
Motor Trend     >>



GP Bahrain di Sepang berlangsung sebelah petang bukan .. - Careta
"Perlumbaan akan diadakan pada sebelah petang, bukannya waktu malam," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial menyatakan bahawa GP Bahrain di Malaysia akan berlangsung pada waktu malam, malah terdapat pengguna media sosial berkongsi paparan daripada aplikasi rasmi F1 berhubung perlumbaan ..