///
See Also: Shutterstock

Search : Pengerusi Pn News   Page 1    



Bersatu guna logo sendiri jika tak dapat kebenaran guna logo PN Bersatu .. - Mygazette - 22/06 7:46 am

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut akan diputuskan semasa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN esok di Kuala Lumpur. Bekas Pengerusi PN itu berkata, ketetapan tersebut akan diputuskan secara konsensus dalam mesyuarat tersebut





PN hilang satu parti komponen? - Utusan - 22/06 6:50 am

KUALA LUMPUR: Salah sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka meninggalkan gabungan tersebut selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi diadakan hari ini. Timbalan Pengerusi PN, P





Bersatu sedia guna logo sendiri jika tidak dibenar guna logo PN - Muhyiddin - Sinarharian - 22/06 1:09 am

MUAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia menggunakan logo sendiri sekiranya tidak mendapat kebenaran menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu akan dibincangkan dan diputuskan secara konsensus dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PN di Kuala Lumpur pada Isnin.Menurutnya, keputusan mengenai penggunaan logo parti atau gabungan hanya akan dimuktamadkan selepas perbincangan bersama kepimpinan PN."Ada orang tanya saya, apa logo nak pakai. Kita akan pakai logo PN (tapi) macam mana nak guna kalau Pengerusi PN (Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar) tak nak sign, (guna logo) PN kena ada watikah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bakri di sini pada malam Ahad.Turut hadir, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.Pada 16 Jun lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, Bersatu kekal bersama PN dan akan menggunakan logo gabungan itu dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.Namun keesokan harinya, Pas dilaporkan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai gopoh.Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, watikah atau kuasa penggunaan logo PN perlu ditandatangani oleh Pengerusi PN, bukannya presiden parti.Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, Bersatu mempunyai ramai calon untuk diketengahkan dan parti perlu bertanding banyak kerusi supaya dapat menubuhkan kerajaan jika menang PRN Johor kali ini."Johor ada 56 kerusi, pada PRN lalu, Bersatu menang dua kerusi di Bukit Kepong dan Endau serta satu Pas di Maharani."Kalau 10 kerusi tidak cukup untuk jadi kerajaan, perlu ada 28 campur satu kerusi baru boleh jadi kerajaan," katanya.





Pas ada tiga pilihan hadapi PRN Johor Mohd Zuhdi - Sinarharian - 21/06 5:37 pm

SHAH ALAM - Pas mempunyai tiga pilihan politik yang realistik dan boleh dicapai bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal membuka tirai saingannya secara rasmi kurang seminggu sahaja lagi.Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, ketiga-tiga pilihan itu bersandarkan kepada konsep 'politik nyata' yang menyaksikan medan sebenar bagi parti itu mencapai matlamat politiknya.Menurut beliau, konsep tersebut selari dengan prinsip Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diperjuangkan Pas sejak sedekad lalu, sekali gus membolehkan corak politik parti itu dinamik selagi berada dalam lingkungan syarak.Menghuraikan pilihan pertama, Mohd Zuhdi berkata, Pas boleh memilih bergerak solo untuk keluar daripada kemelut yang sedang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN)."Pilihan pertama ini adalah seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas pada awal tahun 2026 dan turut mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin Pemuda Pas," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Bagi pilihan kedua pula, beliau menjelaskan terdapat ruang untuk Pas bekerjasama semula dengan UMNO atau Barisan Nasional (BN) menerusi naratif Muafakat Nasional (MN) 2.0.Pilihan ini disifatkan mampu dicapai memandangkan beberapa siri pertemuan dilaporkan telah diatur baru-baru ini, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden Pas.Sementara itu, pilihan ketiga yang digariskan beliau adalah melaksanakan moratorium terhadap keputusan memutuskan hubungan dengan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehinggalah PRN Johor selesai.Langkah itu memerlukan Pengerusi PN mengetuai perdamaian sementara dengan Bersatu, sekali gus menjadikan PN sebagai wadah bersama untuk mendepani pilihan raya berkenaan.Pilihan ketiga ini turut menyentuh pandangan wartawan veteran, A Kadir Jasin, yang mencadangkan Pas berbaik semula dengan Bersatu demi memperkukuh PN sebagai gabungan berpotensi besar di Malaysia.Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi menegaskan setakat ini haluan sebenar Pas dalam menghadapi PRN Johor masih belum jelas, menyebabkan petugas-petugas parti di pelbagai peringkat kini sedang menanti arahan daripada pihak pimpinan tertinggi.Beliau mengingatkan bahawa dalam membuat keputusan penting ini, Pas tidak boleh mengabaikan realiti sebenar yang berlaku di luar."Ketiga-tiga pilihan yang ada ini adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan dan boleh dicapai ketika semboyan PRN Johor sudah semakin menggetarkan gegendang telinga masing-masing."Pas tidak boleh membuat keputusan di dalam 'bilik kebal' dengan mengabaikan realiti sebenar di luar," katanya.





Mesyuarat tergempar PN malam esok dijangka bincang nasib Bersatu? .. - Mygazette - 21/06 5:26 pm

Jelasnya, ia dilakukan selepas parti itu didakwa telah selesai mengadakan mesyuarat Agung pertamanya. Mesyuarat tergempar itu dipanggil susulan arahan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr





Kekal atau keluar PN, terpulang kepada Bersatu – Samsuri Kekal atau .. - Mygazette - 21/06 3:19 pm

# Kekal atau keluar PN, terpulang kepada Bersatu - Samsuri TEMERLOH - Keputusan keluar atau kekal dalam Perikatan Nasional (PN) adalah terpulang sepenuhnya kepada Bersatu, kata Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar





Tun Faisal persoal tujuan mesyuarat tergempar PN, keputusan atau sekadar .. - Mygazette - 21/06 3:19 pm

Jika begitu apakah tujuan dipanggil Mesyuarat Tergempar MT PN pada 22 Jun 2026 ini? Untuk buat keputusan atau buat cadangan? Atau hanya menyampaikan keputusan yang telah dibuat di luar mesyuarat MT PN? soalnya. Tun Faisal turut mendakwa Pengerusi PN ketika ini tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memuktamadkan keputusan kerana perlu merujuk kepada struktur parti yang lebih tinggi sebelum sebarang keputusan dibuat





PN adakan mesyuarat tergempar malam esok - Sinarharian - 21/06 2:35 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keanggotaan parti gabungan PN di Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur pada malam Isnin.Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung pada jam 8.30 malam berdasarkan notis yang ditandatangani Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertarikh 18 Jun 2026.Sidang berkenaan akan berlangsung berdasarkan Fasal 10 (Pemberitahuan Mesyuarat dan Agenda) dan Fasal 12 (Kekerapan Mesyuarat).Notis tersebut turut diedarkan kepada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan empat Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, Punithan Paramsiven dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man."Agenda (adalah berkaitan) keanggotaan PN," katanya dalam satu kenyataan.Antara isu yang dijangka akan dibentangkan dalam mesyuarat tergempar itu adalah mengenai penggunaan nama gabungan itu.Terdahulu, PN menegaskan sebarang aktiviti atau mesyuarat yang menggunakan nama gabungan itu tidak boleh diadakan tanpa keizinan pengerusinya.MenurutTakiyuddin, ketetapan tersebut untuk memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832].Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas dan Menteri Besar Terengganu diumumkan sebagai Pengerusi PN yang baharu pada 22 Februari lalu.Pelantikan itu dibuat selepas Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari, selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.





Struktur PN tak ubah selepas PAS henti kerjasama dengan Bersatu, kata pengerusi - FMT - 21/06 1:38 pm

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setakat ini komposisi gabungan itu masih kekal membabitkan PAS, Bersatu, MIPP dan Gerakan.





Struktur PN tak ubah selepas PAS henti kerjasama dengan Bersatu, kata pengerusi - Hotfm - 21/06 1:38 pm

Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar berkata setakat ini komposisi gabungan itu masih kekal membabitkan PAS, Bersatu, MIPP dan Gerakan.





Pengerusi PN perlu berfungsi, jangan ghaib - Tun Faisal - Sinarharian - 21/06 8:20 am

SHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diminta memainkan peranan yang sepatutnya dalam menguruskan gabungan itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bagi mengelakkan pelbagai isu dalaman terus berlarutan.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, keperluan mendapatkan kebenaran Pengerusi PN bagi mengadakan sebarang aktiviti atau mesyuarat menggunakan nama gabungan itu hanya akan berkesan sekiranya pemegang jawatan tersebut menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya."Atas sebab itu Pengerusi PN perlu berfungsi





'Tiada masalah duduk sebelah Muhyiddin di Dewan Rakyat, kami bukan bermusuh' - Sinarharian - 20/06 9:40 pm

Rezeki saya dapat 'berjiran' dengan senior."Bila dapat jiran baharu ini biasanya ada makan-makan. Tengoklah nanti macam mana, siapa nak belanja siapa," ujarnya seloroh.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Muhyiddin dipindahkan ke Blok E berdasarkan pelan susunan terkini tempat duduk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat menerusi kemas kini Laman Web Rasmi Parlimen setakat Jumaat lepas.Kedudukan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagaimanapun kekal tidak berubah apabila terus menduduki kerusi di barisan hadapan blok pembangkang.Hamzah ditempatkan bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang berada di sebelah Ahmad Samsuri.Muhyiddin yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi PN duduk di sebelah Ketua Pembangkang.Berdasarkan takwim menerusi portal Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 dijadualkan berlangsung selama 16 hari bermula dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa persidangan Dewan Rakyat ditiadakan bagi memberi laluan kepada pelaksanaan pilihan raya di beberapa negeri di Semenanjung.Persidangan kali ini dijangka memberi tumpuan kepada pelbagai isu politik termasuk perkembangan terkini blok pembangkang susulan perubahan kepimpinan yang berlaku dalam PN.





Tempat duduk Muhyiddin di Dewan Rakyat beralih ke Blok E - Sinarharian - 20/06 3:41 pm

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipindahkan ke Blok E berdasarkan pelan susunan terkini tempat duduk Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang dikemas kini di Laman Web Rasmi Parlimen setakat Jumaat.Kedudukan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal tidak berubah apabila terus menduduki kerusi di barisan hadapan blok pembangkang.Hamzah ditempatkan bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang berada di sebelah Ahmad Samsuri.Muhyiddin sebelum ini memegang jawatan Pengerusi PN duduk di sebelah Ketua Pembangkang.Berdasarkan takwim menerusi portal Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 dijadualkan berlangsung selama 16 hari bermula dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.Mesyuarat pertama Dewan Rakyat berakhir pada 3 Mac lepas, setelah bersidang selama 20 hari.Sebelum ini, timbul khabar angin mendakwa persidangan Dewan Rakyat ditiadakan bagi memberikan laluan kepada pelaksanaan pilihan raya di beberapa negeri di Semenanjung.Persidangan itu dijangka memberi tumpuan dengan pelbagai isu politik termasuk perkembangan terkini dalam blok pembangkang susulan perubahan kepimpinan yang berlaku dalam PN.





Tiada pihak boleh guna nama PN tanpa kebenaran Pengerusi - Mygazette - 20/06 7:54 am

Penegasan itu dibuat Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan susulan pengesahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) terhadap pelantikan kepimpinan baharu gabungan berkenaan. Menurut beliau, ROS menerusi surat rasmi bertarikh 19 Jun 2026 telah mengesahkan penerimaan Minit Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN bertarikh 22 Februari lalu yang merekodkan peletakan jawatan Pengerusi PN sebelum ini dan pelantikan pengerusi baharu





PN milik siapa? Himpunan batal, mesyuarat tetap jalan - sumber Bersatu - Mkini - 19/06 10:36 pm

Terdahulu tular poster Muhyiddin ajak berhimpun di ibu pejabat Bersatu malam ini, konon bagi menyokongnya kembali sebagai pengerusi PN.





Sebarang mesyuarat, aktiviti PN perlu keizinan Ahmad Samsuri - Takiyuddin - Sinarharian - 19/06 5:39 pm

SHAH ALAM - Sebarang aktiviti termasuk mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilaksanakan tanpa keizinan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itususulan maklum balas rasmi yang diterima daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung urusan pentadbiran dan pengurusan gabungan berkenaan.Menurut beliau, surat bertarikh 19 Jun yang diterima daripada RoS mengesahkan penerimaan beberapa dokumen berkaitan perubahan kepimpinan serta struktur organisasi PN.Katanya, RoS turut mengesahkan penerimaan Minit Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN bertarikh 22 Februari lalu serta mengambil maklum mengenai kelulusan Majlis Tertinggi terhadap peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassinsebagai Pengerusi PN dan pelantikan Ahmad Samsuri sebagai penggantinya."RoS turut mengesahkan penerimaan salinan Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Bilangan 1 Tahun 2026 bertarikh 14 Mac 2026 serta senarai kepimpinan dan pelantikan ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi PN yang baharu untuk direkodkan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa22 Februari lalu bagi menggantikan Muhyiddin.Pada 30 Disember tahun lalu, Ahli Parlimen Pagoh itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020.Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, perkembangan itu membuktikan bahawa segala urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan parti serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).Beliau menegaskan bahawa PN kekal komited memastikan setiap aktiviti dan urusan organisasi dilaksanakan secara teratur serta selaras dengan kehendak undang-undang.





Memadai kenyataan Samsuri, giliran saya minggu depan – Hadi Awang - Mygazette - 19/06 4:17 pm

Ahli Parlimen Marang itu juga enggan mengulas perebutan penggunaan logo untuk gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Beliau menegaskan memadai dengan kenyataan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas mengenai perkembangan yang berlaku dalam gabungan itu





Azmin nafi Muhyiddin panggil mesyuarat MT PN malam ini - Mygazette - 19/06 4:17 pm

Terdahulu, satu hantaran yang tular kepada pengamal media mendakwa satu mesyuarat MT PN akan diadakan di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai perkembangan terbaharu dalam gabungan pembangkang itu. Malah, mesyuarat yang didakwa akan berlangsung malam ini turut dikaitkan dengan gerakan untuk mendesak Muhyiddin dikembalikan ke jawatan Pengerusi PN





Lebih wajar Pas bentuk gabungan baharu, guna logo dan jenama sendiri... - Mygazette - 19/06 4:17 pm

Kata beliau, tindakan memutuskan hubungan dengan salah satu parti teras dan salah satu parti Melayu-Islam terbesar dalam PN dan mengutamakan parti yang namanya masih belum dinamakan dan bukan anggota PN adalah bertentangan dengan kepentingan PN. Malah, ujarnya, kelewatan bertindak Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam mempersiapkan PN bagi memasuki PRN Johor dan Negeri Sembilan juga adalah tindakan yang bertentangan kepentingan PN





PN mesyuarat Isnin bincang isu logo, calon PRN N Sembilan, Johor - FMT - 19/06 3:21 pm

Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata hanya pengerusi PN ada kuasa putus dan tandatangan watikah calon PN yang bertanding.





'Cukup kenyataan Ahmad Samsuri' - Abdul Hadi enggan ulas isu rombakan pentadbiran PN - Sinarharian - 19/06 1:23 pm

MARANG Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaharu berhubung penstrukturan semula pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan pengguguran beberapa pemimpin utama.Beliau sebaliknya memberikan respons ringkas dan menyatakan bahawa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sudah memadai buat masa ini."Cukup dengan kenyataan Ahmad Samsuri





PAS menang pusingan pertama, Bersatu dijangka melawan, kata penganalisis - Hotfm - 19/06 9:00 am

Mazlan Ali berkata PAS dilihat guna kedudukan strategik termasuk pengerusi PN untuk kecilkan pengaruh Bersatu.





PAS menang pusingan pertama, Bersatu dijangka melawan, kata penganalisis - FMT - 19/06 9:00 am

Mazlan Ali berkata PAS dilihat guna kedudukan strategik termasuk pengerusi PN untuk kecilkan pengaruh Bersatu.





Bukan lagi rahsia, sikap 'kuku besi' Pas semakin terserlah - Tun Faisal - Sinarharian - 18/06 5:56 pm

SHAH ALAM - Pas didakwa tanpa berselindung berusaha menguasai Perikatan Nasional (PN) sepenuhnya dengan langkah terbaharu menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam gabungan itu.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sikap autoritarian dan politik kasar parti itu bertujuan melemahkan kedudukan partinya dalam struktur kepimpinan gabungan itu."Bukan lagi rahsia bahawa terdapat pihak dalam Pas yang berhasrat untuk menguasai PN sepenuhnya dan menyingkirkan Bersatu daripada gabungan tersebut."Kenyataan anggota Lajnah Undang-Undang Pas serta jentera parti juga memberi gambaran ke arah itu, termasuk usaha menyulitkan pengeluaran watikah calon, memanfaatkan dominasi dalam Majlis Tertinggi untuk menekan Bersatu serta mengetepikan peranan Majlis Presiden dalam proses membuat keputusan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Tambah beliau, susunan baharu yang diumumkan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu juga mengubah keseimbangan undi dalam Majlis Tertinggi PN berikutan Bersatu memiliki empat wakil berbanding enam sebelum ini."Sekiranya berlaku pengundian, misalnya Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menyokong Bersatu sekalipun, undi hanya tinggal tujuh sahaja."Sebaliknya jika Gerakan mempunyai tiga undi menyokong Pas, sudah tentu keputusan akan berpihak kepada mereka dengan menjadi 10 undi (tidak termasuk undi Pengerusi)," katanya.Tun Faisal turut mempersoalkan mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN dalam masa terdekat selepas sekian lama tidak memanggil mesyuarat penting berkaitan persiapan pilihan raya dan penyelesaian konflik dalaman gabungan itu.Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa Bersatu akan terus mempertahankan kedudukannya dalam PN selain mengharapkan pihak dalam Pas sendiri membantu menghentikan permainan politik kluster publika itu.





PN lucut jawatan Radzi, Azmin: Tindakan ikut kuasa Perlembagaan - Sinarharian - 18/06 2:08 pm

SHAH ALAM - Rombakan beberapa jawatan penting dalam Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai langkah yang sah di sisi Perlembagaan gabungan itu.Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Selangor, Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, keputusan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan secara jelas mengikut fasal 8.3(V), 8.3(VI) dan 8.3(VII) Perlembagaan PN.Menurut beliau, kesemua fasal tersebut memperuntukkan jawatan Bendahari Agung, Timbalan Setiausaha Agung dan Ketua Pengarah Pilihan Raya dilantik oleh Pengerusi PN dan dipegang selama mana yang dikehendaki."Dalam kes ini, Pengerusi PN yang melantik Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke jawatan mereka dan beliau juga buat keputusan untuk memberhentikan mereka."Jadi daripada penjelasan di atas, tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah sangat jelas mengikut Perlembagaan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Pada masa sama, beliau turut mengambil perhatian terhadap pengumuman bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.Tambah Nurul Islam, walaupun agenda mesyuarat belum diumumkan, beliau berpandangan pelbagai isu yang sedang membelenggu gabungan pembangkang itu berkemungkinan akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan."Saya yakin dan percaya perkara-perkara berbangkit akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut."Tahniah Ahmad Samsuri sebab berani buat keputusan dalam pengurusan PN dan saya yakin perjalanan gabungan parti ini akan lebih lancar," ujarnya lagi.Terdahulu, PN mengumumkan Mohd Radzi dihentikan perkhidmatan sebagai ketua pengarah pilihan raya parti itu berkuat kuasa serta-merta dan diganti Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.Bagi jawatan bendahari PN yang dipegang Muhammad Sanusi sebelum ini digantikan oleh Timbalan Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), S Subramaniam dan Timbalan Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diberhentikan perkhidmatan.Ahmad Samsuri berkata, penstrukturan semula pentadbiran gabungan itu adalah bertujuan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.





Pengerusi PN berkuasa mutlak lantik, gugur pegawai parti - Harakahdaily - 18/06 12:08 am

KUALA LUMPUR: Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dato Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melakukan perubahan dalam struktur kepimpinan gabungan itu disifatkan selaras dengan peruntukan Perlembagaan PN. Penganalisis politik, Dr Nurul Islam Mohamed Yusoff menegaskan bahawa keputusan yang dibuat Pengerusi PN itu adalah jelas mengikut Perlembagaan PN





PN lucutkan jawatan Azmin, Radzi Jidin berkuat kuasa serta-merta PN .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

Radzi Jidin dan digantikan dengan Bendaharinya, Datuk Seri Sanusi Mad Noor. Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatan Sanusi sebagai Bendahari bakal digantikan Subramaniam Surunaryan





Jika ‘kabilah’ bertembung, yang untung PH -Nasihat Syahir .. - Mygazette - 18/06 8:00 am

Harapnya tidak berulang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Dalam pada itu, menyentuh mengenai penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) pada PRN nanti, Mohd Syahir berkata, logo dan watikah akan diputuskan Majlis Tertinggi gabungan parti berkenaan dan ia akan ditandatangani Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar





Bersatu di ambang kehancuran, Muhyiddin gagal uruskan konflik dengan Pas - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 18/06 7:02 am

KUALA LUMPUR Kegagalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menguruskan konflik dalaman dengan Pas akan meletakkan parti itu di ambang kehancuran.Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan Muhyiddin yang berkeras dalam kemelut Perikatan Nasional (PN) ketika ini dilihat merugikan parti dan gabungan itu."Apa yang beliau buat itu benar-benar merugikan Bersatu dan PN."Beliau masih lagi berkeras, bertegang urat dengan Pas dan dengan kami semua seolah-olah beliau masih lagi Pengerusi PN," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di Pejabat Agung Pas pada Rabu.Wan Ahmad Fayhsal turut meluahkan rasa kecewa terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang disifatkan tidak mempunyai pertimbangan rasional dalam menyelesaikan kemelut berkenaan."Apa yang beliau cuba hujahkan semalam dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Bersatu itu langsung tidak berasas."Biarlah pimpinan dalam Majlis Tertinggi PN membincangkannya





Pas minta Bersatu bertenang, jangan tergesa-gesa keluar kenyataan isu PN - Sinarharian - 17/06 5:17 pm

Ia tidak membantu."Setakat ini hanya hubungan politik Pas-Bersatu sahaja di hentikan. Itu pun setelah Pas seolah-olah dipaksa pilih antara dua, Bersatu kem Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Bersatu kem Datuk Seri Hamzah Zainudin," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Muhyiddin pada Selasa dilapor berkata, Bersatu akan kekal dalam PN selain akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.Sebelum itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz Bersatu turut menegaskan bahawa parti itu akan menggunakan logo PN dalam kedua-dua PRN tersebut.Tun Faisal juga memberitahu, parti berkenaan hanya menunggu jemputan mesyuarat daripada Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Mengulas lanjut, Annuar memaklumkan, keadaan itu memaksa Pas menghentikan hubungan dengan salah satu, walau pada awalnya parti itu berusaha dan mahukan kedua-duanya.Menurutnya, setelah pilihan dibuat dan terpaksa dihentikan hubungan politik dengan kem Muhyiddin, proses seterusnya perlu diurus dengan cermat dan tidak terburu buru kerana banyak aspek undang-undang perlu diteliti."Selain itu perlu diambil kira ahli yang lain terutama Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)





Bersatu guna logo PN, Pas anggap kenyataan Muhyiddin mengelirukan - Sinarharian - 17/06 1:17 pm

KOTA BHARU Pas menyifatkan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) sebagai mengelirukan kerana kuasa mengeluarkan watikah penggunaan logo gabungan itu bukan terletak di tangan Presiden parti.Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebarang keputusan berkaitan penggunaan lambang PN perlu melalui saluran serta peraturan yang ditetapkan dalam gabungan tersebut.Menurut beliau, watikah penggunaan logo PN hanya boleh ditandatangani oleh Pengerusi PN dan bukannya Presiden mana-mana parti komponen."Saya rasa ada kesilapan beliau





Dr Sam tak panggil mesyuarat PRN Johor, Bersatu gerak dulu, kata Peja - FMT - 16/06 10:29 am

Naib Presiden Ahmad Faizal Azumu berkata Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar belum panggil mesyuarat gerak kerja walaupun lebih dua minggu DUN Johor bubar.





Sanjeevan cabar DHPP, Hadi berdebat isu pelantikan Ketua Pembangkang - Mygazette - 16/06 7:38 am

Sanjeevan berkata, persoalan utama yang perlu dijawab ialah kapasiti Abdul Hadi untuk mengumumkan pelantikan Ketua Pembangkang bagi pihak PN. Soalan saya mudah, siapakah Abdul Hadi untuk membuat pengumuman mengenai Ketua Pembangkang bagi pihak PN? Beliau sendiri tidak mahu memegang jawatan Pengerusi PN atau Ketua Pembangkang, katanya





Hala tuju politik MIPP diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN - Mygazette - 15/06 2:59 pm

Pas, Pakatan Harapan (PH), dan Barisan Nasional (BN) masing-masing sudah membuat pelawaan kepada MIPP di tengah-tengah pergolakan dalam PN selepas PAS menamatkan hubungan politiknya dengan Bersatu. MIPP menjadi parti komponen berasaskan kaum India pertama dalam PN pada April 2024, dengan Punithan dilantik Timbalan Pengerusi PN





Pas setuju Hamzah terus kekal Ketua Pembangkang - Mygazette - 14/06 3:02 pm

Ada keputusan, satu gol, itu satu. Yang kedua mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN



Dari mana datangnya Parti Wawasan Negara? - Wrlr - 14/06 12:05 am

#Ceritera4 22 Februari 2026 - Rombakan Besar PN Bila keadaan dah makin panas, PN buat Mesyuarat Luar Biasa di Pejabat PAS. Dua keputusan besar keluar: Pertama, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri diangkat sebagai Pengerusi PN yang baharu ganti Muhyiddin





Belum panas lagi kerusi Samsuri, Hamzah dilantik semula ketua pembangkang - Wrlr - 14/06 9:53 am

Ahmad Samsuri menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang bermula 17 Mei lalu dan melepaskan jawatan tersebut tidak sampai sebulan. Namun Abdul Hadi berkata, Pas bersama Gerakan dan semua wakil rakyat di bawah gerakan Reset sepakat mengekalkan Ahmad Shamsuri sebagai Pengerusi PN.





Hadi supreme leader, tentukan hala tuju PN?- Marzuki - Wrlr - 14/06 9:51 am

Beliau bagaimanapun berkata beliau percaya Majlis Tertinggi PN akhirnya akan mengesahkan keputusan tersebut. Menurut Ahmad Marzuki, keadaan itu menunjukkan kedudukan Pengerusi PN yang kini disandang Ahmad Samsuri bergantung kepada keputusan dan ihsan Presiden Pas





Hamzah pilihan awal Pas sebagai Ketua Pembangkang, tapi Bersatu kurang selesa- Tuan Ibrahim - Sinarharian - 14/06 9:00 am

SEREMBAN Pas sememangnya berhasrat mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang sejak awal lagi.Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti bagaimanapun terpaksa membuat keputusan untuk melantik individu lain berikutan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kurang bersetuju dengan keputusan itu.Menurutnya, hasrat untuk mengekalkan Hamzah berikutan prestasi dan keberkesanannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang."Sebenarnya, dari awal lagi kita memang nak mengekalkan Datuk Seri Hamzah kerana prestasi beliau, malah ramai Ahli Parlimen pembangkang yang bersama (menyokong) beliau."Tapi Bersatu tidak begitu selesa dengan Datuk Seri Hamzah yang telah dipecat. Oleh kerana beliau menubuhkan parti baharu yang tidak berkaitan dengan Bersatu dan memilih untuk bersama kita, maka kita mengekalkan beliau," katanya ditemui pemberita selepas Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya di sini pada Sabtu.Sebelum ini, Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) baharu dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas Hamzah dipecat daripada Bersatu.Bagaimanapun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Konvensyen RESET Pembangkang yang berlangsung di Kelantan pada Sabtu telah mengumumkan Hamzah kembali dlantik semula sebagai Ketua Pembangkang selepas mendapat persetujuan ramai.Pelantikan Hamzah tersebut telah mengundang kritikan kerana Ahmad Samsuri dilihat seolah-olah 'dipecat' sebelum memulakan tugas.Berkenaan kemasukan ramai tokoh-tokoh pelbagai bidang ke dalam Pas, Timbalan Pengerusi PN itu berkata, ia merupakan satu perkembangan yang positif sekali gus menggambarkan penerimaan masyarakat terhadap perjuangan parti terbabit."InsyaALLAH, ini akan membina satu momentum dalam gabungan kerjasama politik dengan rakan-rakan kita yang lain dan kita harap ia akan menjadi semangat kepada orang lain untuk bersama-sama dalam perjuangan Pas."Selepas ini ada beberapa orang lagi yang akan diumumkan secara berperingkat menyertai Pas,"katanya.Beliau turut memberitahu, Pas tiada masalah dan terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertai parti berkenaan, termasuklah mengalu-alukan mana-mana parti untuk bersama mereka termasuklah parti baharu.Dalam pada itu ditanya berkenaan jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan yang masih kosong hingga kini, Tuan Ibrahim berkata, perkara terbabit akan dibincangkan dalam mesyuarat PN akan datang.





Ahmad Samsuri 'dipecat' sebelum mula tugas, Presiden Pas 'Supreme Leader' PN - Marzuki - Sinarharian - 13/06 8:36 pm

Inilah ciri-ciri Presiden Pas sebagai Supreme Leader."Apabila PN menjadi kerajaan kelak, wartawan tidak perlu menunggu di Putrajaya pada hari Rabu untuk mengetahui keputusan kabinet. Tunggu saja di Rusila pada hari Jumaat," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Pas dan Gerakan Reset pada Sabtu mencapai persetujuan untuk mengekalkan Ahli Parlimen Larut sebagai Ketua Pembangkang.Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.Pada masa sama, Ahmad Samsuri turut dikekalkan sebagai Pengerusi PN dalam satu pengumuman dibuat Abdul Hadi ketika Konvensyen Reset Malaysia di Kota Harmoni, Tanah Merah, Kelantan.Marzuki turut menambah, meskipun Abdul Hadi bukan Ahli MT PN, beliau dilihat mempunyai kuasa besar dalam menentukan keputusan gabungan itu."Presiden Pas bukan Ahli MT PN, tetapi 'berkuasa' membuat keputusan PN





Musyawarah, SD pilih Hamzah Ketua Pembangkang - Abdul Hadi - Sinarharian - 13/06 6:18 pm

TANAH MERAH - Keputusan mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dibuat menerusi proses musyawarah melibatkan pimpinan parti dan ahli-ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN), kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.Menurut beliau, persetujuan itu turut disokong menerusi Surat Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani ahli-ahli Parlimen terlibat."Musyawarah dalam Pas sendiri dan termasuk ahli-ahli Parlimen. Kita mendapat SD ahli-ahli Parlimen," katanya semasa sidang akhbar pada Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni di sini pada Sabtu.Hadir sama ialah Ketua Gerakan Reser Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi PN, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Terdahulu Pas dan Gerakan Reset pada Sabtu mencapai persetujuan untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.Pada masa sama, Ahmad Samsuri turut dikekalkan sebagai Pengerusi PN.Abdul Hadi membuat pengumuman itu di Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo, Kota Harmoni di sini.Pada 16 Meli lalu PN melantik Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang yang baharu, menggantikan penyandang, Hamzah.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ketetapan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi gabungan itu yang dipengerusikan Ahmad Samsuri di sini.





Penyatuan ummah: Ini cerita sekerat-sekerat' - Marzuki jawab dakwaan Abdul Hadi - Sinarharian - 13/06 4:32 pm

Jika ikhlas, ceritalah keseluruhannya. Orang pertama yang membawa parti-parti Melayu-Islam seperti Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) ke dalam rangkaian PN ialah Muhyiddin," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.Mengulas lanjut, Marzuki memaklumkan, semua parti berkenaan kemudian dirangkumkan dalam sebuah gabungan strategik parti pembangkang pro-PN iaitu Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).Menurutnya, pada peringkat awal, Pas dilihat mengambil sikap dingin terhadap IPR apabila tidak menghadiri mesyuarat pertama gabungan berkenaan, manakala kehadiran dalam mesyuarat seterusnya juga disifatkan sebagai tidak konsisten."IPR ditubuhkan ketika Muhyiddin Pengerusi PN





Hampir 20,000 penuhi Konvensyen Reset pertama - Sinarharian - 13/06 3:44 pm

Sebaliknya, kami berkumpul di sini bagi mengorak langkah ke arah penyatuan umat serta memperkukuhkan kesatuan orang Melayu dan Islam," katanya ketika berucap pada konvensyen berkenaan.Beliau berkata, usaha penyatuan tersebut tidak bermaksud mengenepikan kaum lain, sebaliknya bertujuan memastikan Malaysia terus kekal harmoni melalui semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum."Kami mahu memastikan negara ini terus aman dan harmoni. Pada masa sama, hubungan antara kaum perlu terus diperkukuhkan berasaskan rasa hormat dan persefahaman," katanya.Ikmal turut menyifatkan kehadiran Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dijadual merasmikan konvensyen berkenaan pada jam 4 petang itu sebagai satu penghormatan besar kepada semua penyokong.Menurutnya, Abdul Hadi merupakan tokoh yang dihormati bukan sahaja sebagai seorang ulama, malah sebagai pemimpin politik yang berjaya membawa Pas mencapai pelbagai kejayaan sehingga menjadi antara parti paling berpengaruh di negara ini.Program berkenaan turut menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan termasuk golongan profesional, belia, usahawan, aktivis masyarakat, komuniti Orang Asli serta peserta daripada pelbagai negeri.Turut hadir beberapa bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), antaranya Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Wan Saiful Wan Jan selain pimpinan Pas serta tokoh politik dari seluruh negara.Hadir sama, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga Menteri Besar Terengganu, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.Gerakan Reset Malaysia yang diterajui Datuk Seri Hamzah Zainudin dilihat semakin mendapat perhatian apabila berjaya menghimpunkan ramai penyokong dalam konvensyen sulungnya di Tanah Merah.Kehadiran besar itu dilihat memberi gambaran awal bahawa gerakan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri serta berpotensi memainkan peranan penting dalam mencorakkan landskap politik negara pada masa hadapan.





PAS tegas mahu pimpin PN teraju negara - Mkini - 13/06 2:41 pm

Pengerusi PN itu juga nafi wujud kuasa veto dalam parti sebaliknya setiap keputusan dibuat secara bersama





Negeri SG4 dijangka adakan PRN dan PRU serentak - Sanusi - Sinarharian - 13/06 11:21 am

ALOR SETAR - Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis (SG4) dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serentak sebagai langkah strategik memperkukuh momentum politik selain menjimatkan kos penganjuran.Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu pernah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Harapan saya PRN dan PRU16 diadakan serentak jadi tak perlu buat kerja banyak, akan ambil masa, banyak kos dapat dijimatkan dan memudahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."Saya biasa sembang dengan Perdana Menteri...saya tanya bila, dia kata boleh bincang," katanya ketika Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas di Kompleks Pas di sini pada Jumaat.Hadir sama merasmikan pelancaran, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Muhammad Sanusi berkata, jentera Pas kini sentiasa berada dalam keadaan kesiapsiagaan sekiranya PRU16 diumumkan pada bila-bila masa."Kita ada setahun lagi nak sampai November 2027 (tempoh matang) pelancaran malam ini naik semangat, menentukan arah politik simpang siur, kita nak bagitau, Pas seminit pun tak lemah."Setakat ini, kita akan bantu PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka...Melaka belum bubar tetapi tempoh matang Disember 2026, SPR baru tentukan dua negeri, tidak lama lagi jentera kita akan ke Melaka bila DUN bubar," jelasnya.SPR menetapkan PRN Johor diadakan pada 11 Julai ini sementara PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos 2026.





Sanjeevan bidas Pengerusi PN masih tiada hala tuju menjelang PRN - Mygazette - 12/06 3:31 pm

# Sanjeevan bidas Pengerusi PN masih tiada hala tuju menjelang PRN SEREMBAN - Kesiapsiagaan Perikatan Nasional (PN) dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dipersoalkan apabila didakwa masih belum melantik pengerusi negeri sealin gagal mengadakan mesyuarat rasmi penyelarasan walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dibubarkan





'Muhyiddin bukan pengasas PN' - Wan Saiful - Sinarharian - 12/06 1:48 pm

SHAH ALAM - Dakwaan bahawa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengasas Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai 'tahyul' yang cuba memesongkan fakta sebenar sejarah penubuhan gabungan itu.Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, naratif berkenaan tidak selari dengan rekod penubuhan PN yang melibatkan penyertaan beberapa parti sebelum gabungan tersebut ditubuhkan secara rasmi."Sekarang sudah tular senarai pemimpin-pemimpin yang hadir dalam mesyuarat penubuhan PN pada 29 Julai 2020 di Menara Parlimen yang jelas sekali bahawa yang hadir adalah 12 orang yang merangkumi parti Pas, Bersatu, Gerakan dan MIC."Mungkin ada yang mahu mengatakan bahawa Muhyiddin yang memberi idea penubuhan PN, sekali lagi ini pun tahyul apabila idea asal penubuhan PN, serta asal usul terciptanya nama PN, langsung tidak melibatkan Muhyiddin," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Beliau berkata, hanya tiga individu terlibat dalam mengemukakan cadangan awal penubuhan PN kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat rasmi yang mencadangkan penubuhan gabungan berkenaan.Tambahnya, seorang lagi individu menyiapkan dokumen cadangan setebal 38 muka surat berkaitan penubuhan PN, manakala dua individu lain dikatakan memainkan peranan dalam mereka bentuk logo rasmi gabungan tersebut yang digunakan sehingga hari ini."Saya sengaja tidak mahu sebut nama enam orang ini sebab saya belum minta kebenaran dari mereka namun, saya harap individu ini sendiri tampil mematikan tahyul yang cuba dibawa oleh Bersatu ini."Kalau orang yang menandatangani surat 38 mukasurat itu boleh dedahkan kandungan surat tersebut lagi baik," katanya lagi.Wan Saiful berkata, Muhyiddin hanya terlibat pada peringkat akhir dan tidak seharusnya diberikan kredit secara eksklusif terhadap pembentukan gabungan itu.Terdahulu, selepas Pas memutuskan menamatkan kerjasama dengan Bersatu, Isnin lalu, beberapa pemimpin kanan Bersatu menggesa Muhyiddin yang juga seorang pengasas kembali menerajui PN.Namun, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan gabungan itu bukan milik mana-mana parti secara mutlak sebaliknya ia ditubuhkan atas dasar muafakat dalam kalangan parti pengasasnya.Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, Pas merupakan antara parti pengasas kepada penubuhan gabungan politik tersebut dan beliau sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi ketika proses penubuhan PN dilakukan.





Desakan keluar PN: Annuar minta MP Bersatu bersabar - Mygazette - 11/06 4:26 pm

Pas adalah ahli pengasas PN dan dua dari tujuh penandatangan penubuhannya adalah YAB DS Dr Samsuri dan YB Datuk Seri Takiyudin Hassan. Pada masa ini YAB DS Dr Samsuri adalah Pengerusi PN dan kita percaya beliau akan terus memimpin PN mengikut lunas perlembagaannya, katanya menerusi Facebook malam tadi





Pas bukan penumpang, tapi parti pengasas dan tonggak utama PN ??? Sukri .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm

Masa depan PN tidak boleh ditentukan berdasarkan kepentingan atau kemelut dalaman sesebuah parti kerana tiada mana-mana komponen mempunyai hak eksklusif ke atas gabungan berkenaan, katanya. Mohamed Sukri juga berkata, Pas kini merupakan parti terbesar dalam PN dari sudut keahlian, kekuatan organisasi dan sokongan akar umbi selain memegang jawatan Pengerusi PN





PAS pun pengasas PN juga, saya sendiri penandatangan rasmi - Mkini - 11/06 1:27 pm

Pengerusi PN akhirnya buka mulut, setelah hangat pertikaian baru gabungan itu milik siapa.





103 hari jadi pengerusi PN, Bersatu dakwa Samsuri gagal hingga Pas putus .. - Wrlr - 11/06 9:24 am

Harapandaily June 9, 2026 Bersatu mendakwa kemelut yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menyerlahkan kelemahan kepimpinan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar, yang disifatkan gagal mengurus serta menyelesaikan konflik dalam gabungan itu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata sejak Ahmad Samsuri mengambil alih jawatan Pengerusi PN lebih 103 hari lalu, pelbagai pertikaian timbul namun tidak disusuli dengan penyelesaian yang berkesan





Kami sudah setuju berbincang, esoknya Pas putuskan hubungan, Marzuki - Wrlr - 11/06 9:15 am

Menurut beliau, seorang sahabat yang rapat dengan seorang pemimpin kanan Pas turut menawarkan diri menjadi orang tengah, namun usaha tersebut tidak berjaya. Beliau kemudian menghubungi Pengerusi PN yang juga Naib Presiden Pas, namun ketika itu pemimpin berkenaan berada di luar negara





Tun Faisal senarai 8 ???dosa??? Pas terhadap Bersatu - Mygazette - 10/06 3:02 pm

Mengadakan rundingan strategik tanpa mandat rasmi gabungan, tidak memaklumkan rakan komponen serta mewujudkan syak wasangka mengenai agenda berasingan, katanya. Beliau berkata, Pas juga didakwa melancarkan serangan terbuka terhadap Bersatu dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain mencabar pembahagian kerusi yang dipersetujui sehingga boleh mencetuskan perebutan kerusi sebelum rundingan rasmi dan menggugat disiplin pilihan raya gabungan





Pentadbiran Perlis berjalan seperti biasa hingga PN Pusat buat keputusan .. - Mygazette - 10/06 3:02 pm

# Pentadbiran Perlis berjalan seperti biasa hingga PN Pusat buat keputusan - Shahidan KUALA LUMPUR Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis berjalan seperti biasa sehingga Perikatan Nasional (PN) Pusat membuat keputusan. Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, meskipun Pas memiliki majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun parti itu tetap menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)





PN milik mutlak siapa? - Sinarharian - 10/06 12:37 am

Tidak mungkin kedua-dua parti kekal berada dalam PN selepas hubungan politik mereka diputuskan."Pada akhirnya, sama ada Pas atau Bersatu perlu keluar atau dikeluarkan daripada gabungan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Zuhdi berkata, tumpuan kini terarah kepada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan kedua-dua parti.Berdasarkan perlembagaan PN, katanya, Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen sekiranya perlu."Mesyuarat itu akan menjadi penentu masa depan PN. Sama ada Pas atau Bersatu yang tersingkir, keputusan itu akan menentukan siapa menguasai PN selepas ini," ujarnya.Walaupun Pas dan Bersatu mempunyai pengaruh terbesar dalam gabungan itu, Zuhdi melihat Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) berpotensi memainkan peranan penting."Jika Gerakan dan MIPP menyokong satu pihak, maka mereka boleh menentukan parti mana yang kekal menguasai PN," katanya.Dalam masa sama, beliau mengakui Bersatu mempunyai hujah tersendiri untuk mempertahankan kedudukannya memandangkan PN diasaskan hasil inisiatif Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurutnya, faktor sejarah itu mungkin menjadi antara sebab pemimpin Bersatu menuntut jawatan Pengerusi PN dikembalikan kepada Muhyiddin."Antara pengasas utama PN ialah Muhyiddin sendiri





Kami masih dalam PN, pemimpin PAS ingatkan Bersatu jangan gelojoh - FMT - 9/06 5:05 pm

Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad jawab desakan Ahli MPT Bersatu supaya pengerusi PN dikembalikan kepada Muhyiddin Yassin.





Bersatu tak goyah ditolak Pas – Azmin - Mygazette - 9/06 4:22 pm

Mengulan lanjut, Mohamad Azmin turut menyeru seluruh kepimpinan dan ahli PN agar terus memperkukuh kesatuan serta mempereratkan kerjasama dalam menghadapi landskap politik semasa. Menurutnya, di bawah kepimpinan Presiden Bersatu merangkap bekas Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, seluruh anggota gabungan itu perlu terus memperkemaskan barisan dan memperkukuhkan tekad perjuangan





Dr Samsuri wajar lepas jawatan pengerusi PN dengan berakhirnya kerjasama Pas-Bersatu - Mypress - 9/06 4:04 pm

MENTERI Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disaran melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) setelah kerjasama politik antara PAS dan Bersatu berakhir, bagi mengelakkan konflik kepentingan serta kekeliruan terhadap…





Muhyiddin perlu kembali jadi Pengerusi PN - MPT Bersatu - Sinarharian - 9/06 4:02 pm

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) disifatkan memerlukan kembali sosok pemimpin yang mampu menyatukan dan membina semula kekuatan gabungan itu selepas Pas menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin berkata, sudah tiba masanya Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memimpin sebagai Pengerusi PN dengan matlamat lebih besar daripada kepentingan mana-mana parti.Menurut beliau, keputusan baharu Pas itu telah membuka lembaran baharu dalam perjalanan PN."Apabila landskap politik berubah, PN memerlukan semula kepimpinan yang mampu menarik sokongan rakyat yang lebih luas - bukan hanya penyokong tegar parti, tetapi juga golongan Melayu moderat, pengundi atas pagar, anak muda profesional dan rakyat yang mahukan kestabilan."Sejak penubuhan PN, Muhyiddin bukan sekadar seorang pengasas, beliau adalah titik temu yang berjaya menghimpunkan pelbagai aliran pemikiran politik dalam satu wadah perjuangan."Dalam suasana politik yang sering dipenuhi persaingan ego dan perebutan pengaruh, beliau memilih pendekatan sederhana, inklusif dan berteraskan musyawarah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan berkata, kekuatan PN pada pilihan raya lalu, realitinya tidak datang daripada satu parti semata-mata, sebaliknya daripada gabungan pelbagai kelompok rakyat yang melihat PN sebagai alternatif kepada politik 'patronage' dan kegagalan kerajaan semasa.Tambah Afif, Muhyiddin mempunyai kredibiliti untuk membawa agenda penyatuan Melayu yang inklusif iaitu Melayu yang kuat sebagai teras negara, tetapi pada masa sama menjadi payung kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama."Malaysia hari ini memerlukan kepimpinan yang menyatukan, bukan memecahkan





Fadhli Shaari, Afnan Hamimi tidak perlu hipokrit - Tun Faisal - Sinarharian - 9/06 2:49 pm

SHAH ALAM- Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden tidak perlu hipokrit berhubung punca hubungan politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan parti itu ditamatkan.Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, sedangkan pemimpin Pas yang tidak mahu memberi kerusi kepada Pejuang untuk ditandingi di negeri-negeri SG4 tertentu.Menurutnya, bagi mengelakkan pertikaian mengenai pembahagian kerusi, Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju agar 'electoral pact' dilaksanakan dengan parti-parti yang memohon untuk memasuki PN."Baru cakap mengenai Pejuang, pemimpin Pas sudah menolak mereka daripada bertanding di negeri yang dikuasai Pas ke negeri lain yang Pengerusi PN bukan dalam kalangan pemimpin Pas."Kalau belum apa-apa pun dah 'reject' Pejuang, halau dia bertanding ke negeri Selangor, apa lagi kalau Pas yang diminta korbankan kerusinya untuk parti-parti yang disokong Pas





Video : 103 hari jadi pengerusi PN, Bersatu dakwa Samsuri gagal hingga Pas putus hubungan - Harapandaily - 9/06 1:35 pm

The post Video : 103 hari jadi pengerusi PN, Bersatu dakwa Samsuri gagal hingga Pas putus hubungan appeared first on Harapan Daily .





103 hari jadi pengerusi PN, Bersatu dakwa Samsuri gagal hingga Pas putus hubungan - Harapandaily - 9/06 11:32 am

Bersatu mendakwa kemelut yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menyerlahkan kelemahan kepimpinan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Moktar, yang disifatkan gagal mengurus serta menyelesaikan konflik dalam gabungan itu. Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata sejak Ahmad Samsuri mengambil alih jawatan Pengerusi PN lebih 103 hari lalu, pelbagai pertikaian timbul namun tidak..





Pemimpin Bersatu desak Muhyiddin kembali pengerusi PN - FMT - 9/06 6:46 am

Ahli MPT Dr Afif Bahardin berkata langkah PAS henti kerjasama dengan Bersatu sebagai 'lembaran baharu dalam perjalanan PN'.




Reformasi     >>



Tun Faisal dedah dilema PN: Bincang dalam mesyuarat, .. - Harapandaily
Menjelang mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) malam ini, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan sama ada gabungan itu benar-benar membuat keputusan secara kolektif atau sekadar menunggu lampu hijau daripada Pas. Beliau ..
Kroni     >>



Brazil hilang Raphinha, Neymar dijangka kembali beraksi - Utusan
BASKING RIDGE: Brazil perlu segera mencari penyelesaian selepas kehilangan tonggak serangan, Raphinha yang mengalami kecederaan paha kanan ketika aksi Kumpulan C Piala Dunia, Sabtu lalu. Pemain tengah Brazil, Lucas Paqueta berkata, ketiadaan pemain sayap Barcelona itu amat dirasai namun ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Sepanyol Garang Belasah Arab Saudi, .. - Vocket
Selepas dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan, Sepanyol kembali menunjukkan status mereka sebagai antara pilihan utama Piala Dunia 2026... The post Piala Dunia 2026: Sepanyol Garang Belasah Arab Saudi, Lamine Yamal Buka Akaun Gol appeared ..
Tech     >>



Sunday Reboot: The right marketing, the wrong changes - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," Beats subverts the World Cup, and GymKit and Malcolm's gym are updated in opposite ways. Jamal Musiala with some taped Beats - Image Credit: Instagram/Beats/Jamal Musiala Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Whats next in the Strait of Hormuz crisis? - Aljazeera
Iranian armed forces say they've closed the vital waterway after Israeli attacks on Lebanon.
Motor Trend     >>



Motosikal Zxmoto 820rr Lancar Di Malaysia September .. - Mekanika
# ZXMOTO 820RR LANCAR DI MALAYSIA SEPTEMBER INI - HARGA BAWAH RM40K **Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad mengumumkan bahawa pelancaran motosikal jenama ZXMoto akan diadakan pada 13 September ini.** Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis perasmian MForce Smart Shop pertama ..