| /// |
|
| Search : Pasukan Sar News | Page 1 |
|
Pendaki Hilang: Dron Digunakan Bantu Pasukan SAR - Siakapkeli - 29/05 3:45 pm Pendaki Hilang: Dron Digunakan Bantu Pasukan SAR - IPOH, 29 Mei (Bernama) -- Pesawat udara kawalan jauh tanpa juruterbang atau dron |
|
'Ayah tidak berganjak, bimbang kehilangan ibu' - Anak Jaslinda - Sinarharian - 29/05 2:30 pm TAPAH - Suami kepada pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memilih untuk terus berada di pusat kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama kehilangan isterinya, 23 Mei lalu.Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, enggan meninggalkan kawasan tersebut selagi mangsa belum ditemukan.Beliau yang merupakan anak tiri Jaslinda berkata, ahli keluarga turut bergilir-gilir datang ke Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini bagi memberi sokongan moral kepada Haszman serta anak-anak Jaslinda.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini |
|
'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan - Sinarharian - 29/05 2:08 pm TAPAH Walaupun sudah hampir seminggu pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, keluarganya masih menaruh harapan tinggi bahawa mangsa mampu bertahan sehingga ditemukan.Anak tirinya, Nurr Ashikin Haszman, 29, berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada perwatakan Jaslinda yang disifatkan sebagai seorang wanita lasak, berani dan mempunyai semangat yang kuat."Saya kenal ibu sebagai seorang yang kuat. Saya percaya dia boleh bertahan sehingga ditemui," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Kronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, harapan keluarga semakin meningkat selepas beberapa petunjuk baharu berjaya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan operasi."Bila dengar ada jejak ditemui, harapan itu makin kuat," katanya.Dalam pada itu, Ashikin berkata, bapanya, Haszman Othman, 61, masih setia berada di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II, Woh sejak hari pertama kehilangan mangsa pada 23 Mei lalu.Katanya, bapanya enggan meninggalkan lokasi operasi selagi isterinya belum ditemukan."Memang dari hari pertama lagi ayah dan adik ada di sini |
|
Kronologi kehilangan Jaslinda - Sinarharian - 29/05 9:06 am 25 Mei 2026 (Isnin) Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara rasmi digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama agensi lain. ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu Pasukan khas STORM diturunkan menggunakan helikopter ke puncak Gunung Batu Putih bagi memulakan pencarian dari kawasan tinggi |
|
Kehilangan Jaslinda: Gunung Batu Putih antara paling mencabar, mampu kelirukan pendaki - Sinarharian - 29/05 8:19 am TAPAH Rentasan pendakian di Gunung Batu Putih dikategorikan sebagai antara laluan paling mencabar berikutan bentuk muka bumi yang ekstrem.Malim Gunung Perhutanan Negeri Perak, Muzafar Mohamad, 50, berkata, laluan tersebut terletak dalam Hutan Simpan Kekal yang mampu mengelirukan pendaki, termasuk mereka yang berpengalaman."Laluan ini kita anggap sukar kerana pendaki perlu menggunakan keempat-empat anggota iaitu tangan dan kaki untuk mendaki serta menuruni cerun dari satu puncak ke puncak lain."Selain jarak perjalanan yang jauh, faktor ketinggian, suhu serta angin di kawasan banjaran turut menjadi cabaran utama kepada pendaki," katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa, Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBeliau bersama lebih 30 malim gunung dari seluruh negara menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Muzafar yang berpengalaman sebagai malim gunung sejak 1995 berkata, suhu di kawasan berkenaan boleh mencecah antara enam hingga tujuh darjah Celsius, terutama pada waktu malam atau ketika hujan."Ketika bergerak, pendaki masih boleh mengekalkan suhu badan, namun apabila berhenti dalam keadaan basah dan berangin, suhu badan boleh turun dengan cepat dan membahayakan," jelasnya.Menurut Muzafar, cabaran lain ketika ini ialah lokasi pencarian yang berada pada ketinggian kira-kira 2,000 meter serta ketiadaan liputan komunikasi."Keadaan ini menyukarkan penyampaian maklumat serta koordinasi antara pasukan di lapangan dan pusat kawalan, sekali gus memberi cabaran kepada taktikal pencarian," katanya.Beliau yang pernah mendaki Gunung Batu Putih lebih 10 kali tidak menolak kemungkinan Jaslinda tersilap memilih laluan ketika cuba turun selepas menyedari dirinya ketinggalan daripada kumpulan."Berdasarkan kronologi, mangsa dipercayai cuba mengejar kumpulan dan mengambil laluan yang hampir menyerupai laluan sebenar."Namun, kemungkinan dia hanya menyedari kesilapan itu pada hari berikutnya sebelum cuba mencari jalan keluar," katanya.Menurutnya, meskipun situasi itu mencabar, peluang untuk wanita tersebut bertahan masih ada berdasarkan pengalaman kes terdahulu melibatkan mangsa hilang di Gunung Batu Putih.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam beberapa kes sebelum ini, mangsa yang tersasar laluan mampu bertahan lebih lama walaupun dengan bekalan terhad dan ada antara mereka ditemui dalam tempoh dua hingga tiga hari."Kecuali satu kes pada tahun 1995, seorang pendaki dari Singapura tidak berjaya ditemui selepas tersesat di laluan gunung ini," katanya.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pendakian secara bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.Tambahnya, dalam aktiviti rekreasi seperti ini, peserta bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar dan rakan pendakian adalah individu paling hampir untuk membantu jika berlaku kecemasan."Pastikan sentiasa berteman supaya ada yang boleh membantu dan menyampaikan maklumat kepada pihak luar sekiranya berlaku sesuatu," katanya. |
|
Lebih 72 jam hilang, keadaan Jaslinda masuki fasa kritikal - JBPM - Sinarharian - 29/05 7:10 am TAPAH - Keadaan pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lepas, dijangka memasuki fasa kritikal ketika ini selepas tempoh kehilangan melebihi 72 jam.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, pada ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat termasuk menambah keanggotaan dan memperluas pencarian ke kawasan kemungkinan mangsa mencari sumber makanan dan air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSehubungan dengan itu, SAR akan memberi tumpuan sekitar jajaran Sungai Ayer Busok, dipercayai menjadi laluan mangsa untuk mendapatkan sumber air."Kita boleh katakan pada ketika ini adalah tempoh kritikal namun dengan pengalaman yang ada pada mangsa, dia akan terus bertahan sementara SAR dijalankan."Kita percaya dia akan cuba mencari sumber atau punca air untuk terus bertahan, dan berkemungkinan besar bergerak ke Sungai Ayer Busok iaitu lokasi berdekatan dengan Gunung Batu Putih," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Bomba (PKB) di Pos Kuala Poh, di sini pada Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSayani berkata, sebanyak 36 anggota pasukan digerakkan oleh JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan Kem Sukaneka dan Gunung Rayu hari ini, yang turut dibantu Pasukan Gerak Am, Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).Beliau berkata, bomba telah membuka satu winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan 100 kaki persegi telah diusahakan bagi memudahkan tindakan lanjut sekiranya pergerakan menggunakan pesawat udara diperlukan.Menurut beliau, ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar dan masuk pasukan penyelamat kerana winching point sedia ada iaitu di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memakan masa perjalanan yang jauh ke lokasi pencarian.Sayani turut berkata, keadaan muka bumi yang curam dan berbukit di lokasi berkenaan menjadi cabaran utama pasukan penyelamat selain perjalanan ke beberapa lokasi pencarian memakan masa antara tujuh hingga lapan jam.Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada, 24 Mei (7.30 pagi) |
|
Lebih 72 jam hilang, harapan pasukan SAR di laluan sungai - Sinarharian - 28/05 5:29 pm TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini tertumpu ke kawasan sungai dengan mangsa dipercayai berusaha mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada di dalam hutan dengan bekalan terhad.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, petunjuk terbaharu menunjukkan mangsa berkemungkinan bergerak ke kawasan tersebut iaitu di Sungai Ayer Busok bagi mendapatkan bekalan air."Selepas tempoh 72 jam, kita menjangkakan keadaan mangsa semakin lemah kerana kekurangan makanan, air serta perlindungan yang mencukupi."Jadi berdasarkan pengalaman dan keadaan muka bumi, terdapat kemungkinan mangsa memilih untuk turun ke kawasan sungai bagi mendapatkan sumber air.ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Kita dimaklumkan, mangsa hanya membawa sedikit bekalan makanan seperti kurma dan dua botol air |
|
Pasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat - Sinarharian - 28/05 11:15 am TAPAH - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu telah bermalam di puncak gunung bagi mempergiat usaha pencarian di kawasan sukar.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 36 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi yang kini tertumpu di sekitar Gunung Batu Putih, Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.Menurutnya, kesemua pasukan terdiri daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta Malim Gunung Perhutanan berada di kawasan puncak itu sejak Rabu bagi memudahkan operasi diteruskan tanpa gangguan."Bagi pasukan JBPM, satu tindakan membuka winching point di Kem Salai Matahari yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 100 kaki persegi telah diusahakan."Langkah ini diambil bagi memudahkan pergerakan keluar masuk pasukan penyelamat sekiranya bantuan pesawat udara diperlukan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pembukaan laluan tersebut juga penting memandangkan winching point sedia ada di Puncak Bukit Batu Putih dan Puncak Bukit Berapit 2 memerlukan masa perjalanan yang jauh untuk sampai ke lokasi pencarian semasa.Pada Rabu, operasi SAR menerima petunjuk baharu apabila sebotol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa ditemui di laluan menuju ke Gunung Rayu.Penemuan itu menguatkan kemungkinan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian.Terdahulu, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu. |
|
Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik Jaslinda - Sinarharian - 26/05 10:20 pm BIDOR - Penemuan botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini menjadi petunjuk terbaharu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa Jaslinda Saludin, 49.Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Yusri Mohd Yusoff @ Hashim berkata, penemuan barangan itu menunjukkan mangsa telah tersasar daripada laluan asal pendakian dan bergerak ke arah Gunung Rayu.ARTIKEL BERKAITAN:Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - SuamiOps Gunung Batu Putih: Pendaki lelaki diselamatkan, bomba terus kesan Jaslinda"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh daripada pasukan penyelamat bersama-sama dengan seorang malim, kami mendapati mangsa telah tersasar daripada laluan yang sepatutnya dituruni berdasarkan penemuan kesan-kesan ini."Kami jumpa botol air mangsa, suplemen, bekas suplemen, jejak tapak kaki dan bekas bungkusan gula-gula yang dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu |
|
Kronologi kes kehilangan Nur Izzati Humaira - Sinarharian - 26/05 4:15 pm Antara agensi terlibat termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), malim gunung dan sukarelawan.ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan hilang ketika mendaki di Tanjung MalimNur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegiPolis teliti faktor luaran kes remaja sesat di Bukit Changkat Asa'Masih bernyawa atau tinggal jasad, kami harap Nur Izzati ditemui' - BapaHilang tiga hari, Nur Izzati ditemui meninggal dunia24 MEI 2026Operasi pencarian disambung. Pasukan SAR melibatkan 76 anggota bomba, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta dibantu dua anjing pengesan dan tiga unit dron.Kawasan pencarian dilaporkan meliputi 0.436 kilometer persegi |
|
(TERKINI) Hilang Di Bukit Changkat, Nur Izzati Dilaporkan Meninggal Dunia - Beautifulnara - 26/05 1:44 pm Perkara itu disahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada Bernama seperti dipetik AWANI. Advertisement (VIDEO) “Celak* Kau Ni” – Muncul Suara ‘Gelak’ Entiti Ditujukan Kepada Pasukan SAR Ketika […] The post (TERKINI) Hilang Di Bukit Changkat, Nur Izzati Dilaporkan Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
(VIDEO) “Celak* Kau Ni” – Muncul Suara ‘Gelak’ Entiti Ditujukan Kepada Pasukan SAR Ketika Pencarian Nur Izzati - Beautifulnara - 25/05 8:50 pm Suasana operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja hilang, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak mencetuskan tanda tanya netizen selepas tular satu video yang didakwa memaparkan bunyi aneh di lokasi kejadian. Menerusi video dimuat naik di Threads Shera, kelihatan pasukan SAR sedang melakukan pencarian di kawasan semak sambil memanggil nama […] The post (VIDEO) Celak* Kau Ni Muncul Suara Gelak Entiti Ditujukan Kepada Pasukan SAR Ketika Pencarian Nur Izzati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Radius pencarian remaja sesat di Bukit Changkat Asa diperluas - Mygazette - 25/05 3:38 pm Beliau berkata trek pendakian Bukit Changkat Asa melibatkan laluan sejauh 800 meter ke puncak yang berketinggian 267 meter dengan pendaki lazimnya menggunakan laluan yang sama untuk turun. Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemukan dan pasukan SAR hanya menggunakan maklumat diperoleh daripada ahli keluarga mangsa dalam usaha pencarian, katanya |
|
Radius pencarian Nur Izzati di Bukit Changkat Asa diperluas - Kosmo - 25/05 3:22 pm HULU SELANGOR – Radius kawasan pencarian dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja perempuan yang hilang ketika aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa di sini, diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi hari ini. Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, pasukan SAR menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan pencarian setakat tengah hari .. |
|
Jumpa kaki, kepala, tangan pemancing hilang - Bomba - Sinarharian - 8/05 6:17 pm MIRI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Ridan, Marudi memasuki hari kedua dengan penemuan sebahagian anggota badan mangsa.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, Liew Mei Koon, 64, dipercayai menjadi mangsa serangan buaya."Pada 10.52 pagi, pasukan SAR menemukan sebahagian anggota badan mangsa iaitu dua kaki, satu kepala dan satu tangan."Pada 4 petang, operasi pencarian tamat sepenuhnyakerana anggota badan yang lain gagal dijumpai."Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," menurut sumber JBPM dalam satu kenyataan pada Jumaat.JBPM memaklumkan, mereka menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada 9.20 semalam, sebelum pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi digerakkan ke lokasi di Jalan Industri, Sungai Ridan.Adik mangsa melaporkan, lelaki itu hilang selepas motosikal, pakaian dan peralatan memancing miliknya ditemukan di bawah jambatan Sungai Ridan.- Bernama |
|
Kanak-kanak dihanyutkan arus deras ditemukan lemas di Sungai Langat - Mygazette - 4/05 7:47 am Operasi SAR hari ketiga pagi ini diperluas meliputi radius sejauh 29 km termasuk di Sungai Long dan Sungai Langat menghala ke Putrajaya. Beliau berkata pasukan SAR berhadapan kekangan akses laluan masuk ke Sungai Long |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |