| /// |
|
| Search : Pas Selangor News | Page 1 |
|
Pendaftar mahkamah boleh keluarkan perintah pelepasan baharu secara `Slip .. - Mygazette - 9/11 3:20 pm Beliau berkata, kesilapan yang dikenal pasti dalam dokumen Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya setiap butiran diteliti dengan cermat sebelum dokumen berkenaan dikeluarkan. Mengulas lanjut, Yusfarizal yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor berkata, pelepasan bekas Perdana Menteri untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan merupakan situasi luar biasa kerana ia tertakluk kepada pengampunan bersyarat iaitu pembayaran denda RM50 juta diselesaikan terlebih dahulu |
|
Siasatan terhadap Peguam Negara boleh dikendalikan SG – Peguam - Mygazette - 8/11 10:24 pm Beliau mengulas mengenai beberapa laporan polis terhadap Peguam Negara susulan isu pelaksanaan perintah pengampunan Najib. Yusfarizal yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor berkata, meskipun Seksyen 376(2) memperuntukkan kuasa kepada SG untuk menjalankan fungsi Pendakwa Raya, skop penggunaannya mungkin terhad kepada pengendalian prosiding mahkamah |
|
Pemuda Pas desak rizab Selangor diguna tangani banjir - Muhammad Faizzuddin - Sinarharian - 8/11 4:12 pm SHAH ALAM Kerajaan Selangor didesak menggunakan sebahagian besar rizab negeri bagi memperkukuh pelan mitigasi banjir secara menyeluruh susulan kejadian banjir berulang yang didakwa menjejaskan keyakinan rakyat dan sektor industri.Ketua Pemuda Pas Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, jawapan serta jaminan Menteri Besar Selangor berhubung isu banjir masih gagal meyakinkan rakyat yang berdepan kebimbangan terhadap risiko kehilangan harta benda dan kerugian perniagaan.Menurutnya, rakyat, pengusaha serta sektor industri kini berhadapan ketakutan untuk menjalankan aktiviti harian dan operasi perniagaan berikutan kebimbangan banjir boleh berlaku secara tiba-tiba."Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat, malah berpotensi merencatkan pertumbuhan ekonomi domestik serta keyakinan pelabur terhadap negeri ini."Rakyat Selangor ketika ini sangat kecewa dengan retorik yang berulang-ulang setiap kali pascabencana sedangkan penyelesaian tuntas masih gagal dibuktikan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sehubungan itu, beliau mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan negeri supaya diberikan perhatian dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2027."Antaranya, kerajaan negeri diminta tidak terlalu berbangga dengan jumlah rizab yang tinggi sebaliknya menggunakan dana berkenaan untuk membiayai pelaksanaan pelan mitigasi banjir secara menyeluruh."Selain itu, kerajaan negeri turut didesak memberikan penjelasan terbuka berhubung status projek pembangunan yang diluluskan tanpa mengambil kira penilaian risiko banjir terhadap kawasan sekitarnya," ujar beliau.Muhammad Faizzuddin memberitahu, Pemuda Pas Selangor juga mencadangkan supaya pemaju yang didakwa mengabaikan tanggungjawab terhadap kelestarian kawasan pembangunan dikenakan tindakan termasuk disenarai hitam.Dalam masa sama, kerajaan negeri diminta melakukan reformasi terhadap hala tuju pembangunan dengan memperkenalkan pelan baharu lebih mampan dan mengambil kira risiko banjir secara holistik."Tiada lagi kelulusan projek baharu yang boleh mengundang bencana kepada lokaliti sedia ada," jelas beliau.Beliau turut menggesa kerajaan negeri mendapatkan khidmat nasihat pakar tempatan dan luar negara bagi merangka pendekatan mitigasi banjir yang lebih menyeluruh termasuk penggunaan teknologi tinggi."Tuntutan kelima pula membabitkan penambahbaikan penyelenggaraan longkang, sungai dan sistem saliran utama yang didakwa menjadi antara faktor penyumbang kepada kejadian banjir kilat," jelas beliau.Katanya, peruntukan tambahan perlu disediakan bagi meningkatkan jumlah kontraktor penyelenggaraan selain menggunakan teknologi lebih canggih untuk memastikan aliran air sentiasa lancar."Kerajaan negeri diharap mengambil serius semua tuntutan ini dan memastikan Belanjawan Selangor 2027 benar-benar memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat serta keselamatan kawasan kediaman dan perindustrian," tambah beliau. |
|
Belanjawan Selangor 2027: Harga rumah, lesen vape antara tujuh isu dibangkitkan Pemuda Pas - Sinarharian - 4/11 2:24 pm SHAH ALAM Pemuda Pas Selangor mengemukakan tujuh isu struktur yang perlu diberi perhatian kerajaan negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2027.Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, isu itu perlu ditangani menerusi pendekatan lebih menyeluruh bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan dalam perancangan pembangunan negeri.Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan agenda Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dengan berperanan sebagai kumpulan semak dan imbang yang konstruktif terhadap kerajaan negeri."Antara perkara dibangkitkan adalah nisbah harga rumah median berbanding pendapatan median di Selangor mencecah 5.8 kali ganda, sekali gus meletakkan negeri ini dalam kategori sangat tidak mampu milik mengikut piawaian antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Mohamed Sukri memberitahu, kerajaan negeri perlu meningkatkan peruntukan pembangunan perumahan mampu milik, menurunkan had harga rumah bagi pembeli rumah pertama serta memperluaskan skim sewa beli (RTO) bagi membantu golongan muda memiliki kediaman."Rumah berharga RM300,000 dilabel sebagai mampu milik sebenarnya masih gagal dibeli golongan B40 dan M40," ujar beliau.Mengulas isu vape, beliau berkata, kerajaan negeri perlu menggunakan kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengharamkan pelesenan premis jualan rokok elektronik itu secara menyeluruh.Katanya, desakan itu susulan peningkatan penggunaan vape dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia daripada 9.8 peratus kepada 14.9 peratus berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS).Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pengurusan banjir yang didakwa masih belum cekap terutama membabitkan kawasan kerap mengalami banjir kilat sehingga menjejaskan aktiviti kekeluargaan, ekonomi dan industri.Menurutnya, kelemahan sistem saliran lama serta kelewatan pelaksanaan projek mitigasi perlu ditangani bagi mengelakkan rakyat terus menanggung kerugian harta benda.Dalam aspek alam sekitar, katanya, Pemuda Pas Selangor turut menggesa kerajaan negeri menyediakan dana bagi membangunkan hab pelupusan dan loji kitar semula khusus untuk sisa bateri kenderaan elektrik (EV) serta panel solar terpakai.Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan Selangor menghasilkan kira-kira 10,000 tan sisa pepejal sehari, selain berdepan keperluan pengurusan sisa elektronik yang semakin meningkat."Pemuda Pas Selangor turut meminta peruntukan khas disalurkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi membaik pulih sekolah agama daif, menaik taraf kemudahan keselamatan dan memperlengkap prasarana digital institusi pendidikan berkenaan," jelas beliau.Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri diminta memperkukuh peruntukan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi meningkatkan usaha penguatkuasaan dan menangani penyebaran ajaran sesat.Beliau turut mendakwa ADUN pembangkang masih tidak menerima peruntukan pembangunan pusat khidmat yang sama rata dengan wakil kerajaan negeri."Belanjawan 2027 perlu memaktubkan dasar pemberian dana kawasan yang adil, telus dan sekata kepada kesemua 56 ADUN tanpa mengira latar belakang parti politik."Dua lagi perkara dibangkitkan ialah keperluan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti," tambah beliau.Mengulas lanjut, Mohamed Sukri berkata, isu guna tenaga tidak penuh dalam kalangan graduan perlu ditangani menerusi usaha menarik pelaburan berimpak tinggi yang mampu menawarkan pekerjaan berkemahiran dan pendapatan lebih baik.Dalam pada itu, beliau berkata, data kesejahteraan rakyat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menunjukkan kemerosotan beberapa komponen termasuk pendidikan, keselamatan awam, persekitaran kerja dan kesejahteraan alam sekitar.Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri perlu menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas bagi menangani kemerosotan itu termasuk memperkasakan program sokongan psikososial keluarga dan melindungi kawasan hijau."Rakyat Selangor berhak mendapat sebuah bajet yang lebih kepada rakyat dan bukan hanya menguntungkan kelompok elit tertentu," katanya. |
|
Pemuda Pas Selangor desak kerajaan negeri siasat kemasukan babi hidup - Sinarharian - 25/10 12:30 am SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendesak kerajaan negeri segera menyiasat kemasukan ribuan ekor babi hidup setiap bulan melalui Pelabuhan Klang sejak Julai lalu.Naib Ketua Dewan Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan segera berhubung perkara itu bagi meredakan keresahan awam dan memastikan pematuhan terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Menurutnya, Sultan Selangor sebelum ini menitahkan hanya daging babi yang diimport dibenarkan bagi memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam di Selangor."Laporan mengenai kemasukan babi hidup dalam skala besar menimbulkan persoalan serius sama ada aktiviti ini membelakangi titah Sultan Selangor," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kerajaan Selangor akan menyemak isu berkaitan kemasukan babi hidup dari negeri lain yang didakwa menggunakan negeri itu sebagai pintu masuk sebelum menentukan tindakan selanjutnya.Mengulas lanjut, Muhammad Faizzuddin berkata, pihaknya turut bimbang terhadap kesan aktiviti itu terhadap kebersihan, kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar khususnya di kawasan sekitar pelabuhan.Beliau menjelaskan, laporan mengenai sisa pembersihan dan pencemaran bau ketika proses pemindahan haiwan itu dari kapal ke lori didakwa menjejaskan ketenteraman komuniti nelayan setempat.Menurutnya, sebarang pelepasan sisa kumbahan dan bahan buangan ke laut tanpa kawalan ketat berpotensi menjejaskan kualiti air, ekosistem marin serta hasil tangkapan nelayan.Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan segera serta memperketat pemantauan bagi memastikan kebajikan penduduk dan nelayan tidak terjejas."Kerajaan negeri wajib ambil tindakan keras dan Menteri Besar Selangor jangan memandang ringan isu ini," tambah beliau. |
|
Toleransi bukan tuntutan seragamkan amalan semua agama – Sukri Omar - Mygazette - 16/10 7:17 am # Toleransi bukan tuntutan seragamkan amalan semua agama - Sukri Omar KUALA LUMPUR - Toleransi dalam masyarakat berbilang agama tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu kebebasan mutlak sehingga menafikan prinsip kepercayaan yang menjadi pegangan seseorang. Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Islam mengiktiraf kepelbagaian agama dan menganjurkan hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam |
|
'Timbul persoalan serius dari sudut akidah jika benar beragama Islam' - Pemuda Pas - Sinarharian - 10/10 8:47 pm SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa meneliti penyebaran gambar individu beragama Islam yang didakwa terlibat secara langsung dalam ritual keagamaan Hindu di sebuah kuil di Batu Caves, Selangor.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, gambar yang tersebar bukan sekadar menunjukkan kehadiran individu berkenaan di kawasan rumah ibadat bukan Islam.Menurut beliau, ia juga memperlihatkan perlakuan yang mempunyai kaitan jelas dengan ritual keagamaan termasuk menjunjung objek keagamaan di atas kepala, memakai kalung bunga serta menjalani proses mencucuk lidah dan pipi menggunakan objek logam.Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Pas itu berpandangan, perkara sedemikian menimbulkan persoalan serius dari sudut pemeliharaan akidah sekiranya pemuda yang dimaksudkan benar-benar beragama Islam."Dalam Islam, persoalan tauhid dan larangan mensyirikkan ALLAH SWT merupakan prinsip asas yang tidak boleh dipandang ringan atau dikompromikan."Sesungguhnya ALLAH SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya dan Dia mengampunkan dosa selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Surah al-Nisa ayat 48)."Menghormati kebebasan beragama masyarakat bukan Islam tidak bermaksud seseorang Muslim boleh mengabaikan batas akidah ditetapkan oleh syarak |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |