| /// |
|
| Search : Noraidah News | Page 1 |
|
Zara Qairina pernah mengadu dibuli, dilabel ???pick me??? pelajar senior .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm # Zara Qairina pernah mengadu dibuli, dilabel pick me pelajar senior Ibu KOTA KINABALU - Buku catatan milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dirujuk sebagai diari bukan diari harian dalam pengertian lazim, sebaliknya hanya buku coretan peribadi berkaitan persahabatan dan pengalaman bersama rakan-rakannya. Ibunya, Noraidah Lamat, 46, ketika memberi keterangan pada prosiding inkues hari ini berkata anaknya mula menulis dalam beberapa buku catatan sekitar 2021 atas galakkan seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Pantai, Sipitang bagi membantu memperbaiki dan mencantikkan tulisan tangannya |
|
Ibu Zara Qairina nafi anak pernah tulis mahu cederakan diri, tamatkan riwayat - Sinarharian - 7/10 4:55 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini bahawa dia tidak pernah membaca buku catatan atau diari anaknya yang kandungannya menjurus kepada mencederakan diri atau mengambil nyawanya sendiri.Noraidah Lamat, 46, berkata, penulisan Zara Qairina sejak di sekolah rendah lebih cenderung kepada persahabatan dan rakan-rakan."Tidak pernah, penulisannya semasa dari sekolah rendah lebih cenderung kepada kawan-kawan, persahabatan," katanya ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina.Noraidah turut memberitahu bahawa anaknya mempunyai lima buku catatan, namun buku berkenaan bukan diari dan akhirnya dibuang selepas tidak lagi digunakan."Bila dia sudah tidak mahu, dia letak bersepah-sepah dan akhirnya buku itu akhirnya dibuang begitu saja," katanya.Sementara itu, ketika disoal peguam Shahlan Jufri mengenai 15 helai kertas tulisan tangan ditemui seorang guru, Noraidah berkata, dia tidak pernah melihat kertas berkenaan ketika Zara Qairina masih hidup."Tidak pernah, saya tidak pernah melihat |
|
Zara Qairina's "diaries" chronicled friendships, mother tells inquest - Sinardaily - 7/10 4:15 pm KOTA KINABALU - The notebooks belonging to the late Zara Qairina Mahathir, which were referred to as her "diaries, were not daily journals in the conventional sense but personal writings about friendships and experiences with her peers, her mother told the inquest today.Noraidah Lamat, 46, said her daughter began writing in several notebooks around 2021 at the encouragement of a Malay language teacher at Sekolah Kebangsaan Pantai, Sipitang, to help improve and neaten her handwriting."Zara had several notebooks, each associated with a particular friend |
|
Inkues Zara: Diari sebenarnya catatan persahabatan, dakwa ibu - FMT - 7/10 3:31 pm Noraidah Lamat beritahu Mahkamah Koroner, anaknya ada beberapa buku dan setiap satu dikaitkan dengan kawan tertentu. |
|
Ibu dedah beberapa nama ejek Zara Qairina 'sok-sok cantik' - Sinarharian - 7/10 2:07 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir mendedahkan beberapa nama pelajar yang didakwa sering mengejek anaknya dengan gelaran seperti 'sok-sok cantik' atau 'perasan cantik' ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.Menurut Noraidah Lamat, 46, ejekan berkenaan dikatakan dilakukan oleh pelajar senior dan perkara itu pernah diceritakan Zara Qairina kepadanya."Orang yang suka mengejek ini senior |
|
Zara Qairina's mother testifies as 82nd witness at inquest - Sinardaily - 7/10 11:34 am KOTA KINABALU - The mother of the late Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 46, appeared as the 82nd witness today in the inquest into her daughters death at the Coroners Court here.Noraidah arrived at the court at about 9am to testify before Coroner Amir Shah Amir Hassan.She is one of the final two witnesses called to testify in the inquest, ahead of investigating officer Inspector Wong Yew Zhung.Yesterday, Zara Qairinas half-sister, Malianah Mahathir, 25, appeared as the 81st witness and testified about her relationship with the deceased and the family.Zara Qairina died at Queen Elizabeth Hospital on July 17, 2025, a day after the Form One student was found unconscious near a drain at her school hostel at 4am |
|
'Zara pernah mengadu dibuli di asrama' - Ibu - Sinarharian - 7/10 11:06 am KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bahawa anak tunggalnya itu pernah mengadu mengenai kejadian buli, gangguan dan layanan tidak menyenangkan daripada pelajar lain ketika tinggal di asrama.Saksi ke-82 prosiding inkues itu, Noraidah Lamat, 46, berkata, Zara Qairina sering berkongsi perkara berkenaan ketika menghubunginya atau sewaktu pulang ke rumah.Menurutnya, Zara Qairina pernah memaklumkan terdapat pelajar senior yang tidak menyukainya, selain mendakwa pernah digelar dan dijerit di dewan makan.Noraidah berkata, berdasarkan cerita anaknya, situasi itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu segelintir pelajar selepas terdapat pelajar lelaki senior yang meminatinya.Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa pada Jun 2025, seorang pelajar senior Tingkatan Empat pernah mengumpulkan beberapa pelajar di musolla untuk memberi teguran tanpa kehadiran warden.Dalam keterangannya, Noraidah turut mendakwa seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) pernah memintanya supaya tidak menularkan kejadian yang menimpa Zara Qairina.Katanya, guru berkenaan memaklumkan pihak atasan melarang pihak sekolah memberikan maklumat berhubung kematian Zara Qairina kerana kes masih dalam siasatan polis.Noraidah juga mendakwa pernah dinasihatkan oleh pengetua sekolah supaya tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.Selain itu, beliau berkata, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai siasatan dalaman berhubung kejadian pada 15 Julai 2025 dan hanya mengetahui perkara itu menerusi prosiding inkues.Menurutnya, beliau turut menyerahkan surat rasmi kepada pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat awal mengenai kejadian yang menimpa anaknya, namun tidak menerima sebarang jawapan.Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau menggunakan media sosial bagi mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada Zara Qairina.Noraidah turut menceritakan detik menerima panggilan telefon pada kira-kira jam 4.37 pagi, 16 Julai 2025 daripada seorang ustaz yang memaklumkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan "mengampai" di lantai asrama sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu.Beliau berkata, sebaik tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi, beliau melihat Zara Qairina berada di zon merah dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada kepala dan kaki.Menurutnya, seorang guru kaunseling dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kemudian memaklumkan bahawa Zara Qairina ditidurkan, bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan mengalami kerosakan otak yang teruk selepas otaknya tidak menerima oksigen selama lebih dua jam.Sepanjang anaknya dirawat, Noraidah berkata, beliau dimaklumkan bahawa Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama, semua pelajar telah tidur pada jam 11 malam dan tiada saksi mata yang melihat kejadian tersebut.Bagaimanapun, katanya, guru-guru yang ditemuinya tidak dapat memberikan penjelasan lanjut berhubung apa yang berlaku kepada Zara Qairina.Zara Qairina kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 kira-kira jam 1.07 petang. |
|
'Saya tidak pernah halang Zara Qairina berhubung, jumpa bapanya' - Noraidah - Sinarharian - 7/10 11:03 am KOTA KINABALU - Saksi ke-82 memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bahawa dia tidak pernah menghalang anaknya, Allahyarham Zara Qairina Mahathir daripada berhubung atau berjumpa dengan bapanya.Noraidah Lamat, 46, berkata, sepanjang Zara tinggal bersamanya, anaknya itu tetap berhubung dengan bapanya,Mahathir Mohd Hashimmenerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.ARTIKEL BERKAITAN:Kakak tiri Zara Qairina dakwa ada pihak cuba pengaruhi keterangannyaKakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiri"Sepanjang Zara tinggal bersama saya, dia berhubung dengan Mahathir melalui panggilan telefon dan WhatsApp."Ketika berumur kira-kira enam tahun (2018), Zara sudah boleh merekod suara dan menghantar WhatsApp sendiri kepada Mahathir."Semasa PKP (2021), saya menyediakan telefon bimbit kepada Zara dan ini memudahkan Mahathir menghubunginya pada bila-bila masa," katanya semasa membacakan penyataan bertulisnya di sini.Noraidah berkata, Zara Qairina juga kerap menghubungi bapanya untuk berbincang mengenai pelajaran serta perkara lain yang ingin dikongsikan, selain memaklumkan berdasarkan apa yang didengar dan diketahuinya, Mahathir melayan Zara dengan baik."Kali terakhir Zara bersemuka dengan Mahathir (selain kunjungan Mahathir ke hospital pada 16 Julai 2025 yang saya nyatakan di bawah) ialah ketika Zara berada dalam Darjah 1 (Okt 2019) di rumah kami dan Zara berumur tujuh tahun."Selepas itu Zara dan Mahathir terus berhubung melalui WhatsApp sahaja |
|
Ibu Zara Qairina tampil saksi ke-82 inkues - FMT - 7/10 10:42 am Noraidah Lamat antara dua saksi terakhir yang dipanggil memberikan keterangan dalam prosiding inkues. |
|
Ibu Zara Qairina tiba di Mahkamah Koroner, dijangka beri keterangan kematian anak - Sinarharian - 7/10 9:18 am KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tiba di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bagi memberikan keterangan berhubung kematian anaknya itu.Noraidah dijadualkan tampil sebagai saksi ke-82 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang bersambung jam 9 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.Sebelum itu, prosiding pada Selasa menyaksikan anak tirinya, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 untuk memberikan keterangan di mahkamah sama.ARTIKEL BERKAITAN:Kakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiriKakak tiri Zara Qairina dakwa ada pihak cuba pengaruhi keterangannyaKeterangan Malianah antara lain menyentuh pengalamannya tinggal bersama Noraidah selama kira-kira tujuh bulan dan dakwaannya pernah didekati beberapa individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mempengaruhinya berhubung keterangannya dalam inkues.Inkues kematian Zara Qairina sebelum ini telah mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak, pakar serta individu yang mempunyai kaitan dengan remaja berkenaan.Noraidah diwakili pasukan peguam iaitu Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Inkues dikendalikan pasukan pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi pelajar A yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), di sini. |
|
Ibu Zara Qairina dijadual beri keterangan esok - Sinarharian - 6/10 6:15 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamatdijadualkan memberi keterangan di Mahkamah Koroner pada Rabu, sebagai saksi ke-82 dalam inkues kematian anaknya itu.Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan prosiding inkues bersambung pada jam 9 pagi, dengan Noraidah dijangka tampil memberikan keterangan berhubung kematian Zara Qairina.Sebelum itu, prosiding pada Selasa menyaksikan kakak tiri Zara Qairina, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 untuk memberikan keterangan di hadapan koroner.Keterangan Malianah antara lain menyentuh pengalamannya berkaitan ibu Zara Qairina serta dakwaan beliau pernah didekati beberapa individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mempengaruhinya berhubung keterangannya dalam inkues.Inkues kematian Zara Qairina sebelum ini telah mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak dan pakar serta individu berkaitan dengan remaja tersebut.Noraidah diwakili pasukan peguam terdiri daripada Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Prosiding inkues dikendalikan pasukan pendakwaan negeri Sabah iaituNahra Dollah bersama Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) di sini. |
|
Inkues Zara Qairina: Lima tangkap layar pertengkaran kakak tiri Zara didedah di mahkamah - Utusan - 6/10 5:06 pm KOTA KINABALU: Sebanyak lima tangkap layar perbualan di Facebook yang memaparkan pertengkaran antara kakak tiri Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dengan ibu tirinya, Noraidah Lamat, didedahkan di Mahkamah Koroner di sini hari ini |
|
Zara Qairina's stepsister recounts Facebook argument in court - NST - 6/10 4:28 pm KOTA KINABALU: The late Zara Qairina Mahathirs stepsister revealed five screenshots of a Facebook argument she had with her stepmother, Noraidah Lamat. |
|
I was uncomfortable and unhappy living with Zara Qairinas mother - Sinardaily - 6/10 3:01 pm KOTA KINABALU The 81st witness told the Coroner's Court that she was uncomfortable and unhappy during the seven months she lived with her stepmother, who is the mother of the late Zara Qairina Mahathir.Malianah said she lived with Noraidah Lamat from 2011 until June 2012.Throughout the time I lived with my stepmother, she pretended to like me |
|
Kakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiri - Sinarharian - 6/10 1:37 pm KOTA KINABALU - Saksi ke-81 prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan terdapat lima salinan tangkap layar perbualan menerusi mesej Facebook antara dirinya dan ibu tirinya, Noraidah Lamat.Malianah Mahathir, 25, berkata, tangkap layar berkenaan dihantar oleh bapanya, Mahathir Mohd Hashim, selepas berlaku pertengkaran antara dia dan Noraidah menerusi Facebook ketika dia berusia 13 tahun.Menurutnya, tangkap layar itu disimpan sehingga kini, manakala akaun Facebook miliknya dan akaun yang digunakan atas nama Zara sebelum ini diwujudkan serta diuruskan oleh bapanya."Bapa yang hantar screenshot kepada saya dan saya simpan sampai sekarang."Bapa hantar screenshot itu sebab dia tanya kenapa saya bergaduh dengan Mama Zara," katanya ketika memberi keterangan di Mahkamah Koroner, di sini pada Selasa.Malianah berkata, perbualan dalam tangkap layar berkenaan berlaku secara bersambung pada beberapa tarikh berbeza, termasuk Jun, Ogos dan September, namun tahun kejadian tidak dapat dipastikannya.Katanya, ketika itu dia tidak mempunyai gajet sendiri dan hanya mengakses akaun Facebook menggunakan peranti milik ahli keluarga apabila berpeluang."Saya tidak pasti tahun bila, tapi masa itu saya 13 tahun," katanya.Sementara itu, ketika disoal peguam yang mewakili Noraidah, Shahlan Jufry, Malianah berkata, dia pasti perbualan berkenaan dihantar oleh Noraidah berdasarkan pengalamannya tinggal bersama wanita itu serta cara percakapannya ketika mereka berhubung sebelum ini."Saya pasti 100 peratus itu Ibu Zara sebab saya pernah tinggal bersama dengan dia dan perkataan 'anak haram' itu selalu keluar daripada mulutnya sewaktu saya tinggal bersama dia."Jadi saya sangat pasti ini dia," katanya.Menurut Malianah, akaun Facebook yang digunakan dalam perbualan tersebut adalah akaun atas nama Zara Qairina yang diwujudkan oleh bapanya untuk memuat naik gambar Allahyarham ketika kecil.Katanya, dia menjadi rakan Facebook kepada akaun berkenaan kerana mengetahui bapanya yang menguruskannya.Malianah berkata, bapanya turut mewujudkan akaun Facebook miliknya dan menguruskan akaun media sosial keempat-empat anaknya."Adik-beradik saya empat orang, semua Facebook kami dibuat oleh bapa |
|
Kakak tiri dakwa alami tekanan emosi, tak gembira tinggal bersama ibu Zara - FMT - 6/10 12:52 am Malianah Mahathir mendakwa apabila bapanya keluar bekerja selama beberapa hari, cara Noraidah Lamat melayan dan bercakapnya berubah. |
|
'Saya tidak seronok, tidak gembira tinggal bersama ibu Zara Qairina' - Sinarharian - 6/10 11:12 am KOTA KINABALU - Saksi ke-81 memberitahu mahkamah bahawa dia tidak seronok dan tidak gembira sepanjang tujuh bulan tinggal bersama ibu tirinya iaitu ibu Zara Qairina Mahathir.Malianah berkata, dia tinggal bersama Noraidah Lamat sejak tahun 2011 sehingga Jun 2012."Sepanjang saya tinggal bersama ibu tiri saya, ibu tiri saya pandai berpura-pura |
|
Kakak tiri Zara Qairina beri keterangan dalam inkues - Sinarharian - 6/10 10:01 am KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada Selasa, dengan mendengar keterangan kakak tiri Allahyarham.Malianah Mahathir, 25, yang merupakan saksi ke-81, memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini.Untuk rekod, prosiding inkues yang dijadualkan bersambung sehingga 23 Oktober ini diperuntukkan bagi meneruskan dan menyelesaikan keterangan saksi-saksi terakhir, termasuk ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat dan Pegawai Penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung.Jadual berkenaan turut membolehkan mahkamah dan pihak-pihak menyelesaikan sebarang keterangan tambahan atau pemanggilan semula mana-mana saksi, sekiranya perlu, sebelum prosiding inkues bergerak ke peringkat seterusnya. |
|
Taktik guna ikrar palsu terbongkar, 83 kontena bernilai RM114.35 dirampas - Mygazette - 30/09 4:01 pm # Taktik guna ikrar palsu terbongkar, 83 kontena bernilai RM114.35 dirampas PELABUHAN KLANG - Taktik pengikraran palsu terbongkar apabila pelbagai komoditi ditemui di dalam 83 kontena dan dua premis perniagaan bernilai RM114.35 juta termasuk duti dan cukai di sini antara April hingga Ogos 2026. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor, Noraidah Ishak berkata, menerusi tiga operasi, pihaknya merampas 135 juta batang rokok putih, minuman keras, tembakau, barang elektrik, dapur gas serta besi buruk dan sisa plastik |
|
Pengasuh mengaku tidak bersalah dedahkan kanak-kanak kepada risiko kematian - Sinarharian - 15/09 4:03 pm GEORGE TOWN - Seorang pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 bulan di bawah jagaannya kepada keadaan yang mungkin menyebabkannya meninggal dunia, minggu lepas.Noraidah Khairuddin, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.Mengikut pertuduhan, Noraidah sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak berkenaan didakwa mendedahkannya dengan cara yang mungkin menyebabkannya meninggal dunia."Saya tak mengaku salah kerana saya tak buat apa-apa kat dia," katanya.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Desa Mawar, Lintang Kampung Melayu 2, Air Itam, pada 2 petang, 8 September lepas.Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Peguam Naqieya Zulkernain yang mewakili tertuduh menerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh merupakan suri rumah, yang bergantung sepenuhnya kepada suaminya yang tidak mempunyai pendapatan tetap, selain mempunyai tiga anak.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan supaya melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap 1 hari bulan dan tidak menghampiri atau mengganggu saksi pendakwaan.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 November depan sementara menunggu laporan bedah siasat.Pada 10 September lepas, polis menahan pengasuh berkenaan dan ibu kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan selepas mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dengan bibir kebiruan di rumah pengasuhnya di Air Itam |
|
Pengasuh mengaku tak salah cuai hingga bayi meninggal dunia - FMT - 15/09 1:47 pm Noraidah Khairuddin didakwa melakukan kesalahan itu pada 2 petang 8 Sept lalu. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |