| /// |
|
| Search : Majistret News | Page 1 |
|
Dera pembantu rumah: Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan - Mygazette - 23/10 3:39 pm Media baru-baru ini melaporkan, tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia itu. Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an bermula hari ini hingga Jumaat dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di sini |
|
Empat lelaki didenda RM1,000 gaduh gempar di Tokong Ampang - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Empat lelaki didenda RM1,000 gaduh gempar di Tokong Ampang AMPANG -Empat lelaki masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan gaduh gempar di Tokong Kuo Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Isnin lalu |
|
Arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah cabul anak pegawai kanan .. - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah cabul anak pegawai kanan polis AMPANG -Seorang arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan anak lelaki seorang pegawai kanan polis di sebuah gimnasium di Taman Melawati, Ahad lalu |
|
Dua maut langgar lari: Pemandu SUV direman dua hari - Mygazette - 23/10 3:39 pm # Dua maut langgar lari: Pemandu SUV direman dua hari GEORGE TOWN - Seorang ejen hartanah direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan dua rakan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini semalam. Perintah reman terhadap lelaki berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 |
|
Empat sekawan terlibat pergaduhan di tokong didenda RM1,000 - Utusan - 23/10 3:17 pm KUALA LUMPUR: Empat sekawan masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah tokong, Isnin lalu |
|
Pengarah syarikat tak mengaku tipu ahli perniagaan RM1.5 juta - Kosmo - 23/10 2:14 pm SEBERANG PERAI – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan bagi menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah RM1.5 juta, tujuh tahun lalu |
|
Arkitek bergelar Datuk didakwa cabul anak lelaki pegawai kanan polis di gimnasium - Sinarharian - 23/10 12:20 am KUALA LUMPUR - Seorang arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mencabul anak lelaki pegawai kanan polis di gimnasium Taman Melawati, Ahad lepas.Datuk Saiful Anuar Abdul Aziz, 61, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berumur 18 tahun dengan niat mencabul kehormatannya di bilik sauna (steam room) gimnasium di sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, pada 7.10 malam, 18 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, M Ramanathan Alias Ashwin memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.Peguam K Theivaendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga termasuk ibu berumur 89 tahun yang uzur."Saya membantah permohonan pihak pendakwaan untuk tertuduh menyerahkan pasport kerana anak guam mempunyai projek-projek di luar negara termasuk di Riyadh dan tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri," katanya.Majistret Siti Nur Ain Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan 26 November ini untuk sebutan kes.Pada Rabu lepas, media melaporkan seorang lelaki warga emas ditahan pegawai kanan polis berkenaan selepas didakwa mencabul anak lelakinya di sebuah pusat gimnasium di Melawati.Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di pusat gimnasium itu bersama rakannya |
|
Kes dera: Amah didakwa curi, rosakkan barang - Sinarharian - 23/10 10:49 am SHAH ALAM Dakwaan mencuri barangan majikan dan merosakkan harta benda dipercayai antara punca seorang pembantu rumah warga Indonesia didera majikannya di Tanjong Sepat, Kuala Langat.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, mangsa dipercayai mula bekerja dengan suspek sekitar hujung tahun lalu atau awal tahun ini."Antara motif kejadian adalah kerana mangsa disyaki dituduh mencuri barangan majikan dan merosakkan barangan milik majikan. Itu dakwaan mereka," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Jumaat.Terdahulu media melaporkan tiga wanita antara lima individu yang direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes penderaan tersebut.Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 20 hingga 30-an bermula Selasa hingga Jumaat dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok.Kes penderaan itu dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu bagi membantu siasatan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan enam individu termasuk seorang majikan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia hingga mangsa mengalami kecederaan melecur pada seluruh badan di Tanjong Sepat.Kesemua suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth Pulau Pinang, kira-kira jam 6.30 petang.Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).Mengulas lanjut, Shazeli berkata, pasangan suami isteri yang merupakan majikan mangsa turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan."Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. |
|
Ejen hartanah direman dua hari bantu siasatan kemalangan maut - Sinarharian - 23/10 10:18 am GEORGE TOWN Seorang ejen hartanah direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang meragut nyawa dua penunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini pada awal pagi Khamis.Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nur Hanisha S H Hamid di Mahkamah Majistret di sini.Ia bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).Terdahulu, suspek yang memakai baju-T berwarna hitam dan berseluar pendek tiba di pekarangan mahkamah sambil diiringi anggota polis kira-kira jam 9 pagi.Dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Nazhif Faris Mohd Fauzi, 22 bersama Daniesha Hana Mohd Hairul, 20 maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang di lokasi berkenaan.Kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil bedah siasat mendapati penunggang motosikal lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala dan leher susulan kemalangan jalan raya.Dalam pada itu, peguam yang mewakili suspek, RSN Rayer berkata, pihak polis pada awalnya memohon tempoh reman selama empat hari terhadap anak guamnya namun mahkamah memutuskan untuk membenarkan tahanan reman selama dua hari.Menurutnya, anak guamnya memberikan kerjasama kepada pihak polis dan hadir menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan."Anak guam saya bekerjasama dengan polis dan telah menyerah diri di balai polis."Di bawah undang-undang, mana-mana individu yang ditahan mempunyai hak untuk berdiam diri dan tidak perlu memberikan sebarang kenyataan."Jadi, mahkamah membenarkan pihak polis menjalankan siasatan," katanya selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret di sini. |
|
Pemandu Porsche Cayenne Dipenjara Lima Hari, Denda RM10,000 Dan Hilang Kelayakan Memandu Lima Tahun - Careta - 23/10 8:11 am Woo Hong Jiang, 56, yang bekerja sebagai peniaga dalam talian, mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 Oktober |
|
Lelaki pandu Porsche secara berbahaya dipenjara lima hari,??denda RM10,000 - Mygazette - 23/10 8:07 am # Lelaki pandu Porsche secara berbahaya dipenjara lima hari,denda RM10,000 PETALING JAYA - Seorang pemandu Porsche Cayannedijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memandu kereta mewah itu secara berbahayadi lebuh raya berhampiran Bandar Kinrarayang tular di media sosial |
|
Pemandu Porsche pandu melulu dijel 5 hari, denda RM10,000 - Kosmo - 22/10 7:14 pm PETALING JAYA – Pemandu Porsche Cayenne hitam yang tular kerana memandu melulu dijatuhi hukuman penjara lima hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya, Ahad lalu |
|
Lelaki pandu Porsche Cayanne secara berbahaya dipenjara lima hari, denda RM10,000 - Sinarharian - 22/10 7:12 pm PETALING JAYA - Seorang pemandu Porsche Cayanne dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah memandu kereta mewah itu secara berbahaya di lebuh raya berhampiran Bandar Kinrara yang tular di media sosial.Majistret Nur Natasya Mohtaruddin yang menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Woo Hong Jiang, 56, memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini, selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun serta dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda.Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa memandu secara berbahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Puchong Bypass menghala ke Bukit Jalil, Serdang pada jam 2.14 petang, 18 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000.Timbalan Pendakwa Raya Adriana Maisarah Mohd Farid memohon hukuman berat dengan mengambil kira rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan tertuduh seorang pembuli jalan raya kerana memandu secara berbahaya dan tindakannya boleh menyebabkan kemalangan, selain kes itu telah tular."Tertuduh wajar dikenakan hukuman denda tinggi dan penjara melebihi tempoh minimum supaya memberi pengajaran kepadanya dan orang awam agar tidak mengulangi kesalahan sama," katanya |
|
Lelaki pandu Porsche secara berbahaya dipenjara lima hari,denda RM10,000 - Astroawani - 22/10 7:10 pm Majistret Nur Natasya Mohtaruddin yang menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Woo Hong Jiang, 56, memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini,selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun serta dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda. |
|
Kes bunuh pegawai AKPS: Suspek disambung reman 7 hari - Sinarharian - 22/10 4:20 pm SEREMBAN - Tempoh reman suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di Nilai pada 15 Oktober lalu akan disambung tujuh hari lagi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman terhadap suspek berusia 30-an itu dibenarkan bermula pada 23 Oktober hingga 29 Oktober depan bagi melengkapkan siasatan."Permohonan telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban selepas tempoh reman suspek sebelum ini yang bermula 16 Oktober tamat hari ini," katanya.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah. |
|
Love Scam, pelaburan palsu: 14 termasuk 11 warga China didenda RM4,500 - Sinarharian - 22/10 3:00 pm KUANTAN Seramai 14 individu termasuk 11 warga China masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pakatan jahat jenayah membabitkan penipuan pelaburan dan Love Scam.Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah terhadap kedua-dua kumpulan tertuduh yang didakwa secara berasingan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Cina oleh jurubahasa mahkamah.Mahkamah turut memerintahkan setiap tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Pertuduhan pertama membabitkan tujuh warga China iaitu Li Jiaxiang, 37; Wang Zhidong, 32; Tai Yunxin, 35; Pang Youguang, 46; Sun Fanglei, 32; Hu Yu, 34; dan Huang Chao, 28.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa berpakat melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan pelaburan tidak wujud di sebuah premis di Lorong Galing, Off Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 7 Oktober lalu.Kumpulan kedua pula membabitkan tujuh individu termasuk tiga warga tempatan iaitu Tiong Chia Cheun, 31; Ong Kian Hee, 34; Na Jianguo, 33; Ni Peng, 29; Liu Jiachen, 29; Rolence Loo Chin Shiang, 32; dan Liu Jiayin, 19.Mereka didakwa berpakat melakukan penipuan dalam talian berkaitan Love Scam dengan menyunting gambar lucah sebelum memperdaya mangsa untuk membuat pembayaran.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Kubang Buaya, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 12 Oktober lalu.Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Pahang, Muhammad Najmi Zaki bin Amer Suhaimi.Tertuduh bagi pertuduhan pertama diwakili peguam Muhammad Saifuldin Ab Rahman, manakala kumpulan kedua diwakili Ahmad Syamsul Akmar Yusof. |
|
Wanita antara empat ditahan terlibat kes curi kabel telekomunikasi TM - Mygazette - 22/10 2:53 pm Beliau berkata, pihaknya turut merampas barang iaitu sebuah kereta, peralatan memotong kabel dan beberapa barangan lain yang berkaitan dengan kes. Permohonan reman akan dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini untuk siasatan lanjut |
|
40 pekerja Indonesia, Filipina didenda guna salinan, IC palsu - Mygazette - 22/10 2:53 pm # 40 pekerja Indonesia, Filipina didenda guna salinan, IC palsu JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan denda antara RM1,000 hingga RM9,000 terhadap 40 pekerja kilang warga Indonesia dan Filipina serta tiga rakyat tempatan atas kesalahan menggunakan kad pengenalan palsu serta salinan kad pengenalan orang lain |
|
Buruh mengaku bersalah ceroboh, simbah cecair busuk dalam masjid - Mygazette - 22/10 2:53 pm # Buruh mengaku bersalah ceroboh, simbah cecair busuk dalam masjid PASIR MAS - Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menceroboh dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat dengan menyimbah cecair berbau busuk, awal bulan ini |
|
Buruh mengaku bersalah ceroboh, cemar masjid di Tumpat - SUN - 22/10 2:14 pm Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pasir Mas atas dua pertuduhan menceroboh dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat pada Okt 5. |
|
Buruh Mengaku Bersalah Ceroboh, Simbah Cecair Busuk Dalam Masjid - Siakapkeli - 22/10 1:50 pm Buruh Mengaku Bersalah Ceroboh, Simbah Cecair Busuk Dalam Masjid PASIR MAS, 22 Okt (Bernama) -- Seorang buruh mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menceroboh |
|
Simbah cecair busuk dalam masjid, lelaki berdepan hukuman penjara - Mkini - 22/10 1:29 pm Manjesh Singh, 38, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Pasir Mas atas dua pertuduhan menceroboh dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Tumpat. |
|
Pemandu treler didakwa pandu berbahaya hingga sebabkan kematian wanita - Sinarharian - 22/10 11:35 am KUALA KRAI - Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas dua pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita serta memiliki cecair yang disyaki mengandungi mitragynine.Tertuduh, Wan Baderun Shah Wan Said, 48, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu sebuah treler secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Hidayah Mat Yacob, 27, di Kilometer 4.7 Jalan Machang-Tanah Merah, Machang, pada jam 10.25 malam,19 Oktober lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan berkenaan.Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi yang mewakili tertuduh merayu supaya jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya hanya menerima upah RM70 untuk satu perjalanan sebagai pemandu treler selain perlu menyara isteri dan tiga anak.Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki empat bungkusan plastik lutsinar berisi cecair berwarna keperangan dengan anggaran isipadu kasar empat liter yang disyaki mengandungi racun jenis mitragynine, tanpa kebenaran sah.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 41, tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kampung Kweng Hitam, Machang, kira-kira jam 10.45 malam pada19 Oktober lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.Tertuduh membayar kedua-dua jaminan yang ditetapkan mahkamah.Pendakwaan dikendalikan Muhammad Nadzir Abdullah, manakala kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 7 November ini. |
|
SPRM reman penjawat awam disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30 juta - Mygazette - 22/10 8:50 am # SPRM reman penjawat awam disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30 juta KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta. Sumber SPRM berkata, perintah reman selama enam hari sehingga 26 Oktober itu terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi |
|
Warga emas tular rempuh farmasi berulang kali didenda RM10,000 - Sinarharian - 21/10 9:57 pm TAWAU Seorang pemandu warga emas yang tular selepas merempuh sebuah farmasi berulang kali bulan lalu didenda maksimum RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memandu secara tidak cermat.Tertuduh, Chin Soon Sang, 60, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu kenderaannya tanpa kecermatan dan perhatian yang sewajarnya pada jam 3.30 petang, 29 September lalu di Lorong Bintang Shophouse 8, Tawau.Dia didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan serta lesen memandu boleh diendors jika disabitkan kesalahan.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Sebelum itu, Pegawai Pendakwa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Tawau, Asisten Superintendan Joan Lee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum dengan mengambil kira tahap kecuaian tertuduh, kerosakan harta benda yang berlaku serta kepentingan awam.Menurut beliau, kejadian yang tular di media sosial itu memerlukan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan peringatan kepada masyarakat supaya sentiasa mengawal kenderaan dengan cermat.Pihak pendakwaan turut memohon supaya lesen memandu tertuduh diendors dengan butiran kesalahan berkenaan.Berdasarkan fakta kes, tertuduh dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Sri Impian selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Batu 3, Jalan Apas.Ketika cuba mengundurkan kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandunya, tertuduh dipercayai tersilap menekan pedal minyak sehingga menyebabkan kereta itu bergerak ke hadapan dan merempuh sebuah farmasi.Dalam keadaan panik, tertuduh cuba mengundurkan semula kenderaannya namun terlanggar sebuah Toyota Innova yang diparkir bersebelahan.Insiden itu menjadi tular di media sosial selepas rakaman menunjukkan kenderaan berkenaan berulang kali melanggar premis farmasi dan kenderaan terbabit sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai. |
|
Bukit Aman jalankan siasatan dalaman kes Ketua Pengarah AKPS - Sinarharian - 21/10 5:31 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan dalaman berhubung kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang didakwa di mahkamah pada Rabu.Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid, berkata siasatan dalaman itu dijalankan secara selari bagi meneliti kes berkenaan."Kita ada buat siasatan dalaman di bawah JIPS secara selari. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Terdahulu, Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.ARTIKEL BERKAITAN:Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamBeliau membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shuhaily didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohamad Faiz Saman berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA, antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.Pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Muhammad Ekmal Sofwan Dirman di lokasi dan pada waktu yang sama.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. |
|
Penjawat awam ditahan kes rasuah RM30 juta - Sinarharian - 21/10 5:20 pm PUTRAJAYA - Seorang penjawat awam direman enam hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa buah syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.Perintah reman sehingga 26 Oktober 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini pada Rabu.Suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan Pengarah Unit disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2025 hingga 2026.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009. |
|
Kes anggota polis: ???Saya serah kepada proses mahkamah??? ??? Mohd .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm Hari ini adalah proses untuk saya, orang panggil jalani satu proses perundangan sebagaimana yang saya sebut tempoh hari, dalam sidang media saya. _So, I will let the court _(menjalankan)_ the due processtoday_, katanya kepada pemberita, sebelum memasuki Mahkamah Majistret 2 di sini, bagi menghadapi pertuduhan dalam kes berkenaan |
|
Sindiket pelacuran rentas sempadan: 30 ditahan di KL, Johor - Mygazette - 21/10 3:56 pm Beliau berkata, semakan awal turut mendapati seorang warga Singapura dan empat warga China yang ditahan tinggal lebih masa di Malaysia. Menurutnya, kesemua sembilan individu berkenaan akan diserahkan kepada SPF melalui Bahagian D12 (NCB/Interpol) JSJ Bukit Aman selepas pengesahan identiti dibuat di hadapan majistret mengikut Seksyen 5(3) Akta (Peruntukan-peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971 |
|
Ketua Pengarah AKPS mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis - Mygazette - 21/10 3:56 pm # Ketua Pengarah AKPS mengaku tidak bersalah cederakan dua anggota polis SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu |
|
9 peguam sahabat lama bergabung bela Mohd Shuhaily - Mygazette - 21/10 3:56 pm Mohd. Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu |
|
Dua anggota polis akan saman sivil Mohd Shuhaily dalam tujuh hari Dua .. - Mygazette - 21/10 3:56 pm Menurutnya, dakwaan berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian yang menjadi asas kepada pertuduhan di mahkamah hari ini. Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Ekmal Sofwan dan Mohamad Faiz |
|
Wanita Rohingya didakwa ikat, hempas bayi 12 bulan ke lantai - Mygazette - 21/10 3:56 pm # Wanita Rohingya didakwa ikat, hempas bayi 12 bulan ke lantai MELAKA Seorang wanita Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang bayi lelaki berusia setahun, bulan lalu |
|
Pegawai AKPS maut: Polis akan mohon sambung reman suami - Sinarharian - 21/10 3:45 pm SEREMBAN - Polis akan memohon menyambung reman suspek yang juga suami kepada pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempanan Malaysia (AKPS) yang dibunuh di Kompleks Perumahan Awam di sini pada 15 Oktober lalu.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman kali pertama terhadap suspek berusia 30-an itu yang bermula pada 16 Oktober akan tamat pada 22 Oktober (Rabu)."Namun berdasarkan perkembangan semasa siasatan, pihak kami akan memohon menyambung reman suspek di Mahkamah Majistret Seremban esok,"katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Ditanya mengenai tarikh suspek akan didakwa di mahkamah, Alzafny berkata, pihaknya akan memaklumkan perkara itu kepada media apabila waktunya sudah disahkan.Sebelum ini Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya dilaporkan berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pihak pendakwaan pada Rabu untuk tindakan dan arahan selanjutnya.Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas dipercayai dibunuh suaminya pada jam 7 malam sebelum lelaki itu dikatakan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga yang mana mangsa dikatakan meminta cerai dan suspek juga baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah. |
|
Warga Myanmar didakwa cederakan kanak-kanak - Sinarharian - 21/10 2:52 pm MELAKA - Seorang warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun, September lepas.Bagaimanapun, pertuduhan yang dibacakan ke atas Shofikah Abdul Shukur, 35, tidak direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu atau Inggeris.Wanita itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak berkenaan, dengan menampar muka mangsa beberapa kali, mengikat tangan dan kaki serta menghempasnya ke lantai.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Baiduri 9 di Pulau Melaka, Melaka Tengah di sini, kira-kira jam 11.48 pagi pada 30 September.Shofikah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani, manakala peguam Nigel Tai mewakili tertuduh.Pihak pembelaan memohon tertuduh dibenarkan diikat jamin, namun Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menangguhkan perkara itu sehingga tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dengan bantuan jurubahasa Rohingya yang akan dilantik, serta menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes |
|
Mohd Shuhaily jaga sempadan, tidak perlu bayar ikat jamin - Peguam - Sinarharian - 21/10 2:51 pm SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain wajar dilepaskan dengan bon peribadi tanpa perlu membayar wang ikat jamin di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Peguam, Kitson Foong berkata, anak guamnya berstatus Orang Kena Saman (OKS) wajar dilepaskan dengan jaminan bon peribadi, bukannya melalui ikat jamin.Beliau berkata, sekiranya mahkamah memutuskan untuk mengenakan ikat jamin dengan seorang penjamin, jumlah RM1,000 bagi kedua-dua pertuduhan dianggap sebagai munasabah.Peguam tersebut memohon mahkamah agar tidak mengenakan syarat tambahan terhadap Mohd Shuhaily termasuk menyerahkan pasport atau melapor diri di balai polis.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - Peguam"Anak guam telah berkhidmat selama 26 tahun, pernah berkhidmat sebagai atase polis di Washington DC.Atase ialah pegawai yang ditugaskan kepada staf kedutaan, misi diplomatik atau agensi Kerajaan."Beliau juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum menerajui AKPS."Mohd Shuhaily sama sekali tidak berisiko untuk melarikan diri malah beliau merupakan individu yang menjaga sempadan negara," katanya.Dalam pada itu, Kitson turut memohon supaya Mohd Shuhaily dikecualikan daripada menghadiri pengurusan kes berkenaan.Katanya, anak guam berjanji untuk mengikuti semua prosiding semasa perbicaraan kelak.Selain Kitson, OKS turut diwakili peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Badruzzaman Ishak.Yaacob juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya kemudian berkata, perintah bon sudah mencukupi bagi memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah memandangkan kesalahan itu termasuk dalam pertuduhan yang boleh dijamin.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.Katanya, jumlah itu disifatkan munasabah namun menyerahkan budi bicara mahkamah berhubung permohonan pengecualian kehadiran Mohd Shuhaily di sepanjang pengurusan kes."Kami hanya meminta tertuduh tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Majistret, Khairatul Animah membenarkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.Bagaimanapun, beliau menolak permohonan supaya Mohd Shuhaily dikecualikan kehadiran semasa pengurusan kes praperbicaraan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 November depan.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di lokasi kejadian.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima sebarang keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan berharap lapangan terbang itu bebas daripada kegiatan ulat warga asing.Mengikut dua pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Ekmal Sofwan Dirman, 25 dan Mohamad Faiz Saman, 40, di kaunter J, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 1.27 hingga 1.35 tengah hari 28 pada September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. |
|
Mohd Shuhaily Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah Majistret - Wrlr - 21/10 1:44 pm Foto Bernama SEPANG, 21 Okt Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada 28 September lalu. Beliau yang hadir kira-kira jam 7.30 pagi, membuat pengakuan tersebut selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani, di sini, hari ini |
|
Anggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - Peguam - Sinarharian - 21/10 1:42 pm SEPANG Seorang daripada dua anggota polis yang mendakwa dicederakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan mengalami kesan trauma sehingga memerlukan rawatan psikiatri selepas kejadian berkenaan.Peguam yang mewakili kedua-dua anggota polis itu, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin, berkata, anak guamnya mendakwa kepala salah seorang anggota berkenaan dihantuk sebanyak empat kali dalam insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Menurutnya, selain menerima rawatan biasa, anggota polis terbabit turut mendapatkan rawatan psikiatri di pusat kesihatan Salak dan Hospital Cyberjaya."Kami berharap mahkamah mengambil kira beberapa faktor dan kesan kepada mangsa, yang mana salah seorangnya selepas kejadian dihantuk kepala empat kali.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - Peguam"Selain rawatan biasa, dia juga terpaksa menjalani rawatan psikiatri di pusat kesihatan Salak dan juga di Hospital Cyberjaya," katanya kepada pemberita selepas prosiding kes berkenaan di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu.Sehubungan itu, kedua-dua anggota polis berkenaan akan memfailkan saman sivil dalam tempoh tujuh hari bagi menuntut pampasan atas kecederaan yang didakwa dialami.Kamal Hisham berkata, tuntutan berkenaan akan dibuat mengikut undang-undang sedia ada dengan mengambil kira kecederaan fizikal serta kesan lain yang dialami anak guamnya.Beliau berkata, pihaknya kini menunggu laporan perubatan daripada pihak kesihatan terlibat sebelum menilai jumlah pampasan yang akan dituntut.Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada 28 September lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut di kaunter Terminal 1 KLIA antara jam 1.17 tengah hari hingga 1.30 tengah hari pada tarikh berkenaan.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Dalam pada itu, Kamal Hisham memaklumkan bahawa beliau mengendalikan kes berkenaan secara pro bono, tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada kedua-dua anggota polis terbabit.Katanya, beliau bersetuju membantu selepas kedua-dua anggota berkenaan memaklumkan kesukaran yang dihadapi, termasuk kekangan kewangan.Beliau turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi yang mengaitkan kedua-dua anggota polis itu dengan sindiket atau kegiatan counter setting, sambil menegaskan bahawa dakwaan sedemikian tidak berasas berdasarkan pendirian pihaknya. |
|
Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggi - Sinarharian - 21/10 12:46 am SEPANG Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dibarisi sembilan peguam, termasuk beberapa pengamal undang-undang berpengalaman dalam kes jenayah serta berprofil tinggi.Semasa prosiding, Mohd Shuhaily, 54, diwakili peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali, Kitson Foong dan Badruzzaman Ishak.Rosal dan Ahmad Zaidi merupakan antara barisan peguam yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kes 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram pada 2018.Berdasarkan rekod, Kitson mempunyai pengalaman luas dalam pembelaan jenayah, termasuk kes pengkhianatan berkaitan kumpulan Al-Maunah, pemerdagangan dadah dan terbaharu kes bunuh dalam kejadian tikam pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Bandar Utama pada 14 Oktober 2025.Sementara Yaacob merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik pada 21 Mac 2016 dan pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamAkberdin bukan sahaja mengendalikan kes syariah malah berpengalaman dalam kes jenayah.Beliau dilantik sebagai peguam kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember 2018 berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, yang bernilai RM1.25 bilion.Baljit telah mengendalikan kes saman anak guamnya, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan, berhubung penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.Kes itu diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 13 April 2022, tanpa pengakuan liabiliti oleh kerajaan.Md Yunos bersama Yaacob disenaraikan sebagai peguam yang mewakili sepasang suami isteri yang berdepan 75 pertuduhan berkaitan penerimaan deposit tanpa lesen, skim pelaburan tidak berdaftar dan pengubahan wang haram di Ipoh pada September 2025.Muhammad Rafique turut terkenal dengan kes berprofil tinggi antarakan membabitkan jenayah dan saman sivil oleh bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.Pada Rabu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter J Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 1.17 hingga 1.35 tengah hari 28 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie. |
|
Shuhaily mengaku tak bersalah cederakan dua anggota polis di KLIA - Harapandaily - 21/10 10:22 am Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu |
|
Doa Rakyat Buat Saya Kuat Shuhaily Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Dua Anggota Polis - Beautifulnara - 21/10 10:06 am Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu |
|
Mohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamah - Sinarharian - 21/10 9:39 am SEPANG - "Saya akan membiarkan proses perundangan berjalan mengikut lunasnya di mahkamah hari ini."Demikian kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, susulan pendakwaan terhadap dirinya di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan yang memberikan sokongan dan mendoakan dirinya sepanjang berdepan proses perundangan berkenaan."Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, hari ini adalah proses untuk saya menjalani proses perundangan, sebagaimana yang saya sebut tempoh hari berhubung kes saya."Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan menerusi doa dan mesej daripada pelbagai lapisan masyarakat."Ini merupakan kenyataan terakhir saya berhubung proses ini |
|
Sindiket pelacuran jadikan Malaysia pusat operasi tumpas, sembilan ditahan - Sinarharian - 21/10 9:36 am KUALA LUMPUR - Sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai pengkalan operasi bagi menguruskan laman sesawang yang menawarkan khidmat pelacuran kepada pelanggan warga Singapura dibongkar pada Selasa.Op Noda-Rentas Sempadan itu digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama Singapore Police Force (SPF) di beberapa premis kediaman sekitar Kuala Lumpur dan Johor.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, serbuan berjaya menahan sembilan individu membabitkan seorang tempatan dan lapan warga asing berusia lingkungan 29 hingga 56 tahun.Menurutnya, tangkapan membabitkan lima lelaki dan empat wanita itu dipercayai ahli sindiket persundalan yang sama dan mempunyai rekod dikehendaki (wanted) oleh SPF di bawah kesalahan Section 146A (1)(b) Women's Charter 1961 dan Section 109 Of Penal Code."Semakan awal dokumen pengenalan diri yang dirampas, warga asing yang ditahan merupakan tujuh warga China dan seorang Singapura."Seorang warga Singapura dan empat China didapati telah tinggal lebih masa di Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, kesemua sembilan tangkapan akan diserahkan kepada pihak SPF melalui Bahagian D12 (NCB/Interpol) JSJ Bukit Aman selepas pengesahan identiti di bawah Seksyen 5(3) Akta (Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971 di hadapan majistret.Dedah beliau, modus operandi sindiket dipercayai mula aktif sejak tahun 2024 di Singapura dan dikesan menjadikan Malaysia sebagai pengkalan operasi bagi menguruskan laman sesawang yang menawarkan khidmat pelacur kepada pelanggan di Singapura."Malaysia dijadikan sebagai hab operasi bagi mengelakkan serta menyukarkan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan pencegahan ke atas kumpulan sindiket," ujarnya.Dalam operasi sama, pasukan serbuan turut menahan 21 warga asing terdiri daripada lima lelaki dan 16 wanita berusia lingkungan 19 hingga 41 tahun dipercayai terlibat mempromosi dan menguruskan khidmat persundalan dalam talian.Katanya, warga asing terdiri daripada 17 China, tiga Vietnam dan seorang Laos disiasat di bawah Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama."Kejayaan operasi ini membuktikan keberkesanan sinergi strategik di antara Polis Diraja Malaysia dan SPF melalui perkongsian maklumat risikan," ujarnya. |
|
[TERKINI] Mohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA - Astroawani - 21/10 9:25 am Mohd Shuhaily, selaku OKS, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani. |
|
Mohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA - Sinarharian - 21/10 9:22 am SEPANG [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis pada bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani."Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," katanya yang memakai baju kot berwarna biru gelap.Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter terminal 1 KLIA di sini jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari pada 28 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamSemasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Shahrizat Ismail mencadangkan, OKS diberi ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan."Jumlah itu munasabah dengan mengambil kira kes yang dipertuduhkan terhadap OKS," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazali Omar, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.Bagaimanapun, peguam, Kitson Foong yang mewakili Mohd Shuhaily menghujahkan, anak guamnya berstatus OKS wajar dilepaskan dengan jaminan diri menggunakan bon sahaja, tanpa sebarang ikat jamin."Mohd Shuhaily telah berkhidmat selama 26 tahun dan merupakan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman."Beliau sama sekali tidak berisiko untuk melarikan diri malah merupakan individu yang menjaga sempadan negara," katanya yang hadir bersama peguam, Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Badruzzaman Ishak.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Khairatul Animah membenarkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 25 November depan.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di lokasi kejadian.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima sebarang keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan berharap lapangan terbang itu bebas daripada kegiatan ulat warga asing. |
|
Mohd Shuhaily tiba di mahkamah untuk hadapi tuduhan - Sinarharian - 21/10 8:40 am SEPANG - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis.Beliau tiba di mahkamah pada jam 7.30 pagi dengan memakai sut lengkap berwarna biru dan ditemani Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal.Seawal jam 7 pagi, pemberita dan jurugambar serta jurukamera pelbagai agensi media mula berkumpul di mahkamah itu, bagi mengikuti perkembangan kes tersebut.Semalam, Mohd Shuhaily berkata, beliau bersedia menghadapi proses sistem perundangan negara dan menerima apa-apa jua keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.Mohd Shuhaily sebelum ini menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan, susulan video tular yang memaparkan beliau memarahi dua individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata siasatan kes itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain |
|
Kes Shuhaily: Peguam pemerhati hadir wakili dua anggota polis - Mygazette - 21/10 8:06 am Shuhaily Mohd. Zain di Mahkamah Majistret Sepang, esok |
|
Mengaku curi pakaian dalam wanita di dobi, lelaki dijel 9 bulan - Mygazette - 20/10 3:53 pm # Mengaku curi pakaian dalam wanita di dobi, lelaki dijel 9 bulan MELAKA - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pakaian dalam wanita di sebuah dobi layan diri untuk memuaskan nafsunya dua minggu lalu |
|
Pengasuh direman 7 hari kes bayi 10 bulan meninggal dunia - Mygazette - 20/10 3:53 pm # Pengasuh direman 7 hari kes bayi 10 bulan meninggal dunia BUTTERWORTH - Pengasuh kepada bayi lelaki berusia 10 bulan yang meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan lemah di rumahnya di sini, semalam direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Perintah reman terhadap wanita berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal bermula hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 |
|
Kasari dua anggota polis: Shuhaily akan didakwa esok - Mygazette - 20/10 3:53 pm # Kasari dua anggota polis: Shuhaily akan didakwa esok KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang esok berhubung dakwaan mengasari dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada 28 September lalu |
|
Shuhaily didakwa esok, Peguam Negara sahkan - Mygazette - 20/10 3:53 pm KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang esok atas dua pertuduhan mencederakan dua anggota polis dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu |
|
Shuhaily Reda, Sedia Hadapi Proses Mahkamah Esok - Rotikaya - 20/10 3:20 pm Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain reda dan bersedia menghadapi proses perundangan negara susulan dua pertuduhan yang bakal dihadapinya di Mahkamah Majistret.. |
|
Lapan lelaki terlibat sindiket scam pegawai CBI India didenda RM5,000 - Utusan - 20/10 2:57 pm KULIM: Lapan lelaki tempatan didenda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dalam talian, baru-baru ini |
|
Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian - Sinarharian - 20/10 2:21 pm KULIM - Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kulim membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan penipuan atas talian, baru-baru ini.Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan hukuman berkenaan ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Kesemua tertuduh Lee Jian, 29; Franky Ooi Zhen Yang, 26; Tan Ka Kien, 35; Lee Wai Yean, 30; Loh Seng Huang, 26; Lee Yi Chyn, 37; Loo Kuan How, 41, dan Chew Joo Hock, 51.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjalankan aktiviti penipuan atas talian beralamat di Bandar Putra Kulim pada jam 8 malam, 9 Oktober lalu.Sementara itu, seramai 41 lagi warga India dan Pakistan termasuk tujuh wanita turut didakwa mengikut pertuduhan sama.Bagaimanapun, warga India dan Pakistan berusia 25 hingga 41 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan menggunakan Bahasa Inggeris.Mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum bawah Seksyen 120B(1) kanun yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ain Fadilla Muhammad Fauzi tidak membenarkan jaminan untuk kesemua tertuduh warga India dan Pakistan.Kesemua 49 tertuduh termasuk warga tempatan, India dan Pakistan diwakili Peguam Kenny Tan Cheng Yee.Majistret kemudian menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan ke atas kesemua warga asing yang mengaku tidak bersalah.Sementara itu, dalam mahkamah sama, Lee Jian, Loh Seng Huang dan Chew Joo Hock turut dituduh membenarkan 17 imigran haram tinggal di premis sama.Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan jaminan RM8,000 bagi setiap seorang.Mereka didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum bawah Seksyen 55E(2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.Sebutan semula kes ditetapkan 18 Januari 2027.Sebelum ini, Polis Kedah berjaya menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang disyaki menyamar sebagai pegawai polis India dalam serbuan di Bandar Putra di sini baru-baru ini. |
|
PMQT: PM Anwar Dijadual Perjelas Isu Mafia Korporat, Rasuah FELDA - Wrlr - 20/10 2:06 pm Menerusi soalan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, Anwar dijangka memberi penjelasan status terkini siasatan membabitkan agensi itu. Dua individu bergelar Datuk Seri dan Tan Sri tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mengetahui tempoh reman yang dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung RCI Tabung Haji pada 27 Ogos 2026 |
|
Mohd Shuhaily didakwa dua pertuduhan sebabkan cederakan anggota polis esok - Sinarharian - 20/10 1:13 pm SEPANG [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain disahkan akan didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Mohd Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada bulan lalu."Saya sahkan Datuk Seri Mohd Shuhaily akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada pagi esok."Ia membabitkan dua pertuduhan sengaja mencederakan dua pegawai polis di tempat kejadian," katanya.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaannya menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan mahu lapangan terbang itu bebas daripada kegiatan ulat warga asing. |
|
Kes perlakuan jijik terhadap kucing: Suspek bujang, ada rekod dadah dan pecah rumah - Sinarharian - 20/10 12:49 am KOTA BHARU Lelaki pembuat papan pemotong makanan yang ditangkap kerana dipercayai melakukan perbuatan jijik terhadap seekor kucing, mempunyai dua rekod lampau berkait dadah dan satu rekod jenayah pecah rumah.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek yang berusia 49 tahun dan masih bujang itu dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret, Pasir Puteh pada Selasa."Suspek pernah ada kes dadah dan jenayah pecah rumah."Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek ketika ditahan didapati negatif dadah," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Selasa.Suspek ditahan polis pada Isnin susulan laporan polis yang diterima berhubung satu tular satu rakaman yang tular di platform media sosial Threads pada Ahad.Video berdurasi 55 saat itu memaparkan dakwaan perbuatan jijik dilakukan oleh lelaki berkenaan terhadap kucing di rumahnya.Beliau berkata, polis turut menghantar kucing terbabit kepada doktor veterinar untuk pemeriksaan lanjut bagi mengetahui keadaannya."Sebanyak 10 lagi kucing yang berada di rumah suspek turut diambil polis dengan bantuan pertubuhan bukan kerajaan untuk dibawa ke tempat yang lebih selamat," katanya.Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. |
|
Shuhaily Bakal Didakwa Esok, Bersedia Hadapi Proses Perundangan - Lobakmerah - 20/10 12:40 am Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan beliau bersedia menghadapi proses perundangan negara apabila dijadualkan hadir ke Mahkamah Majistret Sepang esok, 21 Oktober 2026 |
|
KP AKPS Suhaily Didakwa Di Mahkamah Esok, Berdepan Pertuduhan Seksyen 323 Kanun Keseksaan - Beautifulnara - 20/10 10:57 am Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Sepang esok berhubung kes dakwaan mencederakan dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 |
|
Kes cederakan anggota polis: KP AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily didakwa di mahkamah esok? - Mydateline - 20/10 10:57 am Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dijadual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang esok bagi berdepan pertuduhan berhubung .. |
|
Lima termasuk majikan direman kes wanita Indonesia dipercayai didera - Sinarharian - 20/10 10:50 am KUALA LANGAT - Lima individu termasuk tiga wanita direman empat hari bermula Selasa untuk membantu siasatan berkaitan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia.Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di sini.Sebelum itu kesemua mereka termasuk majikan mangsa masing-masing hadir dengan diiringi anggota polis menaiki dua kenderaan Perodua Aruz dan Honda City.Penahanan individu itu susulan serbuan yang digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth di Pulau Pinang pada Isnin.Serbuan yang turut mendapat bantuan pasukan forensik JSJ IPK Pulau Pinang bertindak menahan enam individu termasuk majikan mangsa.Sinar Harian melaporkan, operasi dijalankan susulan laporan polis di Tanjong Sepat berhubung kes seorang wanita warga Indonesia dikenali Siti Rohaya yang dipercayai didera majikannya.Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah lokasi di Kampung Tumbok, Tanjong Sepat, Selangor pada 16 Oktober lalu.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dilaporkan berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan melecur di seluruh badan akibat kejadian berkenaan.Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |