| /// |
|
| Search : Mahkamah Rayuan News | Page 1 |
|
Coachliner 707 Travel & Tours mengaku bersalah gagal guna khidmat .. - Mgazette - 10/12 7:58 am # Coachliner 707 Travel & Tours mengaku bersalah gagal guna khidmat pemandu pelancong berlesen KUALA LUMPUR - Syarikat Coachliner 707 Travel & Tours Sdn |
|
Pempengaruh, suami didakwa simpan 7 ekor hidupan liar dilindungi - Mgazette - 10/12 7:58 am # Pempengaruh, suami didakwa simpan 7 ekor hidupan liar dilindungi KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Nina Grace dan suaminya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan tanpa lesen tujuh ekor hidupan liar yang dilindung, tiga bulan lalu |
|
Farreyl Haikal bebas tuduhan bunuh polis bantuan wanita - Sinarharian - 9/12 8:47 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas penebar roti canai daripada pertuduhan membunuh seorang anggota polis bantuan wanita di sebuah pangsapuri di Damansara Damai, enam tahun lepas.Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah dalam keputusan sebulat suara melepas dan membebaskan Mohamad Farreyl Haikal Abdullah, 28, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 Jun 2024 yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (30 tahun) dan 12 sebatan terhadapnya."Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana gagal mengambil kira laporan kimia yang membuktikan kehadiran seorang lelaki lain yang tidak dapat dikenal pasti identitinya (di dalam rumah tersebut)."Laporan itu menunjukkan wujud kesan asid deoksiribonukleik (DNA) orang lain pada puntung rokok, seluar dalam dan bantal di dalam bilik mangsa yang memungkinkan kehadiran pihak lain di dalam bilik si mati."Tiada keterangan dikemukakan untuk menyokong hujahan pihak pendakwaan yang bersandarkan prinsip orang terakhir dilihat di tempat kejadian (last seen principle) bagi mendakwa perayu," kata Azman yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz.Mohamad Farreyl Haikal didakwa membunuh Nor Aisyah Abdullah, 25, di sebuah pangsapuri di Damansara Damai antara jam 2 pagi, 17 Oktober 2019 hingga 12.45 tengah malam, 18 Oktober 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berhujah bahawa penemuan DNA perayu di dalam rumah terbabit menjadi bukti kukuh bahawa perayu ada bersama dengan wanita itu sebelum kematiannya."Perayu mengaku menghisap rokok dan DNA dirinya dijumpai pada puntung rokok yang diambil oleh pihak forensik," katanya.Beliau berkata keterangan saksi pakar dalam bidang Forensik Patologi (saksi pendakwaan ketiga - SP3) turut menyatakan sebab kematian si mati ialah sesak nafas (smothering) akibat tekupan sepertimana laporan bedah siasat."Tekupan boleh terjadi daripada tangan atau apa-apa objek |
|
Mahkamah siber cabar institusi, proses kehakiman, kata ketua hakim negara - FMT - 9/12 8:45 pm Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata fenomena makin ketara apabila warganet buat andaian, melabel dan jatuh hukuman tanpa ketahui fakta sebenar kes. |
|
Lelaki bebas tuduhan bunuh wanita dalam pangsapuri - FMT - 9/12 8:08 pm Panel Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Mohamad Farreyl Haikal Abdullah, ketepi hukuman penjara dan sebatan dijatuhkan mahkamah Shah Alam tahun lepas. |
|
Perbicaraan kes rasuah Albert Tei di Sabah mula April depan - FMT - 9/12 7:54 pm Seramai 15 saksi dijangka dipanggil sepanjang perbicaraan bermula 20 hingga 24 April di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. |
|
'Mahkamah siber' cabar institusi, proses kehakiman - Ketua Hakim Negara - Sinarharian - 9/12 7:25 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perkembangan pesat media sosial dan kebebasan bersuara dalam era digital mencabar peranan institusi kehakiman apabila wujud kecenderungan masyarakat 'menghakimi' kes dalam ruang siber sebelum keputusan mahkamah dibuat.Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, fenomena 'mahkamah siber' atau trial by social media semakin ketara apabila warganet membuat andaian, melabel dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, hakim serta pihak terlibat tanpa mengetahui fakta sebenar sesuatu kes.Beliau berkata, tindakan masyarakat menghukum seseorang sebelum perbicaraan bermula atau sebelum saksi pertama memberikan keterangan adalah berbahaya dan boleh menjejaskan keadilan."Seharusnya kita membiarkan proses kehakiman berjalan secara teratur."Biarlah pihak pendakwaan mengemukakan keterangan, peguam bela mencabarnya dan hakim membuat keputusan berdasarkan undang-undang serta fakta."Kecenderungan menjatuhkan hukuman dengan mendahului mahkamah boleh menyebabkan mereka dikenakan perintah menghina mahkamah," katanya.Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan Syarahan Perdana Ketua Hakim Negara bertajuk "Hakim Sebagai Pembina Negara: Menggabungkan Bakat, Ilmu dan Nilai dalam Memartabatkan Keadilan" di Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini hari ini.Program Syarahan Perdana Kehakiman 2025 anjuran Fakulti Undang-Undang UiTM dengan kerjasama Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang disertai 444 pelajar tahun akhir Fakulti Undang-Undang UiTM itu turut dihadiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi, tiga Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, dan Datuk Azimah Omar serta Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.Wan Ahmad Farid berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah mempunyai saluran sah untuk membuat rayuan, bukannya melontarkan komen keterlaluan menerusi media sosial.Beliau turut menasihati masyarakat agar mengelakkan komen berbentuk penghinaan terhadap hakim dan mana-mana pihak kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kewibawaan institusi kehakiman."Jika mahu memahami dan mengkritik secara bertanggungjawab, pelajari undang-undang dan fahami prosesnya |
|
Misi protes jalan kaki: Kaki Chegubard melepuh selepas berjalan hampir 80km - Sinarharian - 9/12 6:14 pm MELAKA - [DIKEMAS KINI] Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendedahkan keadaan kakinya mula melepuh selepas berjalan hampir 80 kilometer dalam misi protes berjalan kaki menuju Mahkamah Johor Bahru.Perkembangan terbaharu itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.Beliau berkata, pada mulanya merancang untuk berhenti di Masjid Pekan Merlimau, namun memilih untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Al-Abidin, Air Tawar kerana masih mempunyai sedikit tenaga."Kehabisan tenaga, saya berhenti berehat dan menunaikan solat di sini |
|
The Ilham Foundation, lima syarikat dibenar mencelah permohonan SPRM beku aset di UK - Sinarharian - 9/12 5:52 pm KUALA LUMPUR -The Ilham Foundation dan lima syarikat pada Selasa dibenarkan mencelah permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membekukan beberapabangunan komersial dan kediaman di London, United Kingdom (UK) bernilai GBP132 juta.Aset berkenaan merangkumi dua bangunan komersial di St Mary Axe dan One Crown Court;tiga kediaman mewah di Bryanston Square, Bryanston Mews dan Lancaster Gate; dua unit kediaman di Gloucester Placeserta satu akaun bank di CAF Bank Limited (UK) yang didakwa mempunyai hubungan dengan keenam-enam syarikat.Selain The Ilham Foundation yang dikaitkan dengan isteri Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaituToh Puan Na'imah Abdul Khalid, syarikat lain ialah Copperfield Investment Holdings Limited, Straits Properties Ltd, Newton Assets Global Limited, Splendid International Limited dan Catalyst Assets Limited.Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak Timbalan Pendakwa Raya tidak akan diprejudisoleh permohonan enam syarikat berkenaan untuk menjadi pencelah."Peruntukan di bawah Seksyen 53 (2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 adalah satu tindakan in personam kerana perintah yang dipohon akan melarang pemilik hartanah daripada berurusan dengan hartanah terbabit,"katanya sambilmenambah mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan permohonan itu.Beliau turut memerintahkan keenam-enam pencelah memfailkan afidavit jawapan dalam tempoh 30 hari.Copperfield Investment Holdings Limited dan Straits Properties Ltd diwakili peguam G |
|
Bicara kes Albert Tei dituduh rasuah dua ADUN mula 20 April, 15 saksi dipanggil - Sinarharian - 9/12 5:29 pm KOTA KINABALU - Perbicaraan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei, yang didakwa menawarkan rasuah berjumlah RM350,000 kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung permohonan lesen penerokaan mineral di Sabah, dijadualkan bermula pada 20 April depan.Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus menetapkan perbicaraan terhadap Albert atau nama sebenarnya Datuk Tei Jiann Cheing, 37, berlangsung selama lima hari iaitu sehingga 24 April depan.Penetapan tarikh itu dibuat semasa pengurusan pra-perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Mahkamah turut dimaklumkan bahawa seramai 15 saksi dijangka dipanggil sepanjang perbicaraan tersebut.Sebelum itu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dzulkarnain Rousan Hasbi memaklumkan bahawa beliau telah mengambil alih kes tersebut daripada Timbalan Pendakwa Raya.Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan belum menerima dua salinan cakera padat (CD) daripada pihak pendakwaan.Menurutnya, kedua-dua CD tersebut diserahkan kepada pembelaan semasa prosiding itu, sebelum memohon agar tarikh perbicaraan ditetapkan sekiranya tiada isu lain dibangkitkan.Sementara itu, peguam Edward Paul, bersama Bartholomew Jingulam dan Jul Hamri yang mewakili tertuduh, memaklumkan bahawa pihak pembelaan tidak mempunyai sebarang bantahan.Pada 30 Jun lalu, Albert mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada bekas ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan bekas ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.Mengikut pertuduhan pertama, Albert didakwa memberikan suapan sebanyak RM200,000 kepada Dr Yusof sebagai dorongan untuk membantu memproses permohonan Lesen Melombong bagi syarikat Nusa Kini Sdn |
|
Peguam Albert Tei mohon semakan kehakiman terhadap arahan SPRM - FMT - 9/12 5:15 pm Mahajoth Singh kata permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi. |
|
Yayasan Ilham, 5 syarikat dibenar mencelah kes aset London dikaitkan Naimah - FMT - 9/12 4:55 pm Mahkamah Tinggi putuskan ada bidang kuasa dengar permohonan syarikat itu cabar permohonan SPRM beku aset bernilai 132 juta. |
|
Banduan mengaku cabul wanita depan masjid - Mgazette - 9/12 4:38 pm MELAKA Seorang banduan dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul seorang wanita di hadapan masjid, Oktober lalu |
|
Ops GERAK Kebangsaan: JAS Pulau Pinang keluarkan kompaun RM262,300 - Mgazette - 9/12 4:38 pm # Ops GERAK Kebangsaan: JAS Pulau Pinang keluarkan kompaun RM262,300 GEORGE TOWN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengeluarkan 217 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan pelepasan kenderaan bermotor bernilai RM262,300 menerusi Ops GERAK Kebangsaan sepanjang lima hari di negeri ini |
|
Dua ah long didakwa lakukan kegiatan pinjaman wang secara haram - Mgazette - 9/12 4:38 pm # Dua ah long didakwa lakukan kegiatan pinjaman wang secara haram BALIK PULAU - Dua lelaki mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen |
|
Penganggur didakwa bunuh warga emas - Mgazette - 9/12 4:38 pm LUMUT Seorang Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas bulan lalu |
|
Cabul wanita depan masjid, duda dipenjara lima bulan - Sinarharian - 9/12 3:08 pm MELAKA Seorang duda anak empat dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita di hadapan sebuah masjid pada Oktober lalu.Tertuduh, Jefri Joris, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani sebaik kertas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, Jefri didakwa melakukan perbuatan itu pada 6 Oktober 2025, kira-kira jam 11.50 pagi, di kawasan Lebuh AMJ berhampiran pintu gerbang Masjid Al-Abrar Semabok dalam Daerah Melaka Tengah.Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 31 tahun dengan menyentuh bahagian kiri payudara mangsa dengan niat mencabul kehormatannya.Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa menyerahkan RM5 kepada tertuduh bagi meminta bantuan membeli petrol kerana motosikalnya kehabisan minyak.Tertuduh kemudian kembali sambil meminta botol kosong untuk mengisi petrol namun secara tiba-tiba menyentuh bahagian kiri dada mangsa.Sebelum meninggalkan lokasi, tertuduh sekali lagi cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.Bimbang akan keselamatan diri, mangsa bertindak membuat laporan polis.Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima bulan bermula dari tarikh penahanan tertuduh pada 16 Oktober lalu. |
|
Lelaki Bangladesh rogol remaja hingga hamil direman seminggu - Sinarharian - 9/12 2:50 pm NILAI - Lelaki warga Bangladesh yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun sehingga hamil, direman tujuh hari bermula pada Selasa.Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia 31 tahun itu dikeluarkan Majistret Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret Seremban."Reman terhadap suspek bermula 9 hingga 15 Disember dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut biasa rupa-rupanya sedang mengandung.Perkara itu diketahui suri rumah terbabit ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.Dia kemudiannya membuat laporan polis pada Mei lalu kerana mengesyaki anaknya telah dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerja mangsa iaitu warga Bangladesh.Susulan itu, polis menahan suspek berusia di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.44 pagi pada Isnin. |
|
Mahkamah kurang sebatan lelaki edar 113kg kanabis - FMT - 9/12 2:48 pm Hakim membuat keputusan itu walaupun pihak pendakwaan berhujah 15 sebatan patut dikekalkan kerana berat kanabis terlalu tinggi. |
|
Pempengaruh, suami didakwa simpan haiwan eksotik - Sinarharian - 9/12 2:38 pm KUALA LUMPUR Pempengaruh media social, Nina Grace dan suaminya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas lima pertuduhan menyimpan tujuh hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen, September lalu.Nina Grace atau nama sebenarnya Nur Nina Farisha Woo Abdullah dan Mohamad Zulaiman Din selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Shakirah Mokhtarudin.Mengikut semua pertuduhan, mereka yang berusia 28 tahun didakwa bersama-sama menyimpan lima ular jenis Green Tree Python (Morelia viridis), Carpet Python (Morelia spilota), sawa batik (Python reticulatus), satu iguana (Iguana iguana) dan satu kura-kura Sulcata (Centrochelys sulcata) tanpa lesen.Semua haiwan itu merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Alam Damai, Cheras di sini, pada jam 4.30 petang 20 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 60(1) (a) Akta 716 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 60 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Mas Izzaty Lokman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi semua pertuduhan."Termasuk syarat tambahan, mereka perlu melapor diri ke pejabat Perhilitan berhampiran sekali setiap bulan," katanya.Bagaimanapun, pasangan itu yang tidak diwakili peguam merayu, kadar jaminan dikurangkan kerana perlu menanggung dua anak yang masih kecil.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Siti Shakirah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 bagi semua pertuduhan dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 8 Januari 2026 |
|
Suami isteri dipenjara sehari kerana mencuri di pasar raya - Sinarharian - 9/12 2:02 pm MELAKA - Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa barangan termasuk minuman keras dari sebuah pasar raya di Cheng dua tahun lalu.Tertuduh, Tengku Azman Tengku Jalal, 46, dan Siti Nurulaini Johari, 40, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Afiqah Radiah Zainurin pada Selasa.Mengikut pertuduhan, pasangan berkenaan didakwa bersama-sama mencuri pelbagai barangan termasuk 12 unit WC precut seberat 1.666 gram, lima ekor ikan cencaru, dua jenis deodoran, kicap dan empat tin minuman keras bernilai keseluruhan RM70.69.Kesalahan itu dilakukan pada 27 September 2023, kira-kira jam 6.30 petang di pasar raya Lotus Cheng di Taman Paya Rumput Utama dalam daerah Melaka Tengah.Pasangan tersebut didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh.Bagaimanapun, peguam yang mewakili mereka, Amritpal Singh merayu agar hukuman diringankan kerana ia merupakan kesalahan pertama pasangan itu.Amritpal dalam hujahannya turut memberitahu bahawa Siti Nurulaini tidak bekerja dan menghidap sakit buah pinggang, manakala suaminya bekerja sebagai penghantar barang bagi menyara keluarga termasuk tiga anak."Kejadian berlaku akibat tekanan ekonomi dan barangan yang dicuri adalah keperluan asas |
|
Mekanik didakwa samun kedai runcit guna pedang - Sinarharian - 9/12 1:04 pm PASIR MAS Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas tuduhan melakukan samun menggunakan pedang di sebuah kedai runcit, tiga bulan lalu.Tertuduh, Muhamad Azmie Akid Azaha, didakwa di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.Mengikut pertuduhan, Muhamad Azmie Akid didakwa melakukan samun terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah kedai runcit di Kampung Berangan, Wakaf King, Tumpat, pada jam 10.55 malam, 2 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 392, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan |
|
Penganggur didakwa bunuh warga emas guna cangkul - Sinarharian - 9/12 12:25 am MANJUNG Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa atas tuduhan membunuh seorang warga emas yang mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Sitiawan, bulan lalu.Tertuduh, Lin Chee Ming, 49, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.Mengikut pertuduhan, bapa seorang anak itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang lelaki, Ling Chin Kian, 78.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Baru, Kampung Koh, Sitiawan, dalam daerah Manjung antara jam 3.40 hingga 4.44 pagi pada 26 November 2025.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, atau jika tidak dihukum mati, penjara maksimum 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 10 Februari 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, kimia, patologi dan forensik.Tertuduh sebelum ini telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai memecah masuk rumah dan menyebabkan kematian mangsa menggunakan cangkul.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman dalam laporan berkata, mangsa ditemui ahli keluarganya dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di ruang tamu rumah sebelum laporan dibuat kepada polis.Pemeriksaan polis di lokasi kejadian turut menemui sebatang cangkul yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam insiden tersebut. |
|
Penuntut IPT didakwa seks oral dengan calon SPM dalam Myvi - Sinarharian - 9/12 11:48 am PASIR MAS - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan seks oral terhadap kekasihnya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih seminggu lalu.Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Zulkpli Abdullah.Mengikut pertuduhan, Muhammad Yushakimi didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan itu dalam sebuah Perodua Myvi di tempat letak kereta Lata Janggut, Jeli, pada jam 2.30 petang, 29 November lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen 377B Kanun yang sama dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta hendaklah disebat, jika sabit kesalahan.Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.Sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta 792, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Nailah Harizan menawarkan jaminan RM20,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Habibah Wahab merayu jaminan itu dikurangkan."Tertuduh masih muda dan kini menuntut di semester lima, dua semester lagi untuk tamat pengajian."Ibu bapa tertuduh juga hadir pada hari ini dari Ipoh, Perak untuk membayar jaminan," katanya.Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan pada 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula.Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang penuntut universiti dan calon SPM yang ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kampung Rabbana, Jeli dipercayai tidak sempat melakukan hubungan tidak bermoral di dalam kereta.Pasangan kekasih itu ditahan polis yang mengejar kereta dinaiki mereka |
|
'Kita tak mahu lihat kecuaian birokrasi berulang' - Mohd Fakhrul - Sinarharian - 9/12 10:58 am KUANTAN Pemuda UMNO Bahagian Pekan menyokong penuh inisiatif penubuhan Ombudsman Malaysia yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada awal 2026.Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, ia bukanlah perkara baharu dalam sektor awam di Malaysia dan konsep seumpama itu pernah ditubuhkan sekitar 1971 dengan nama Public Complaints Bureau atau Biro Pengaduan Awam."Pada awal Januari tahun ini, saya ada menyebut tentang pentingnya penubuhan Ombudsman Malaysia, sebagai reaksi terhadap kemelut Titah Addendum."Alhamdulillah semalam (Isnin), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan komitmen serius melalui kenyataan hasrat (intent statement) berkenaan penubuhan Ombudsman Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, Anwar dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai agensi pusat untuk mengurus dan menyelesaikan aduan awam dengan mandat yang lebih menyeluruh, merangkumi isu salah tadbir, salah laku, perlindungan pemberi maklumat dan kebebasan maklumat.Menurutnya, penubuhan Ombudsman Malaysia menzahirkan komitmen Kerajaan Madani untuk memperkukuh hak rakyat serta memelihara integriti sektor awam, dan Rang Undang-Undang Ombudsman Malaysia dijadualkan dibentangkan pada awal 2026.Mengulas lanjut, Mohd Fakhrul berkata, rakyat Malaysia berharap penubuhan Ombudsman ini dapat memastikan insiden Titah Addendum melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berulang kepada orang lain."Ombudsman Malaysia bukan tentang mencari kesalahan tadbir urus awam |
|
Wujud campur tangan politik, cubaan tutup kes rasuah kerajaan – Azman - Mgazette - 9/12 7:49 am # Wujud campur tangan politik, cubaan tutup kes rasuah kerajaan - Azman SHAH ALAM Pertuduhan bersubahat menerima rasuah RM400,000 berkaitan projek penternakan lembu yang dihadapi Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin disyaki melibatkan campur tangan politik |
|
Kes Zara Qairina: Dua guru beri keterangan pada hari pertama perbicaraan .. - Mgazette - 9/12 7:49 am # Kes Zara Qairina: Dua guru beri keterangan pada hari pertama perbicaraan lima remaja KOTA KINABALU - Dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha tampil memberi keterangan hari ini pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Kanak-Kanak melibatkan lima remaja perempuan yang didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir |
|
Malaysia Airlines diarah bayar pampasan kepada waris mangsa MH370 Malaysia .. - Mgazette - 9/12 7:49 am # Malaysia Airlines diarah bayar pampasan kepada waris mangsa MH370 BEIJING - Sebuah mahkamah di Beijing pada Isnin memaklumkan bahawa Malaysia Airlines telah diarahkan untuk membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang penerbangan MH370, lebih sedekad selepas pesawat itu hilang |
|
Thanabalan mati dalam tahanan polis, keluarga dapat ganti rugi RM1.1 juta .. - Mgazette - 9/12 7:49 am Pushan Qin Nathan mewakili Santhi dan Vathian manakala Peguam Kanan Persekutuan, Siti Syakimah Ibrahim dan Amin Azizan bertindak bagi kerajaan. Pada 12 Mac 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan polis dan kerajaan untuk mendapat kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati mereka cuai berhubung kematian ahli perniagaan itu dalam lokap polis pada 2018 |
|
Ganti rugi lebih RM30 juta masuk akaun Amanah Raya selaku pemegang amanah - Mgazette - 9/12 7:49 am # Ganti rugi lebih RM30 juta masuk akaun Amanah Raya selaku pemegang amanah KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan ganti rugi lebih RM30 juta yang perlu dibayar kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes saman berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh, didepositkan ke dalam akaun Amanah Raya Berhad |
|
Capital A terima pengesahan mahkamah kurang modal RM2.74 bilion - FMT - 8/12 11:56 pm Dengan ini, semua tindakan bagi fasa akhir susun semula Capital A yang dirancang berjalan lancar, menurut syarikat itu. |
|
Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman Dagang Net - FMT - 8/12 10:09 pm Keputusan 5 Dis sahkan dapatan pelanggaran yang dikeluarkan terhadap Dagang Net pada 2021 dan iktiraf kredibiliti tindakan penguatkuasaan. |
|
Mati dalam tahanan polis, keluarga ahli perniagaan terima pampasan RM1.1 juta - Sinarharian - 8/12 7:52 pm Vathian menerima RM500,000 sebagai ganti rugi am kerana kecuaian, RM200,000 sebagai ganti rugi teruk termasuk kesakitan dan penderitaan, RM30,000 (kehilangan nyawa), RM414,000 (ganti rugi tanggungan) serta RM10,000 (ganti rugi khas untuk menampung perbelanjaan pengebumian).Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar faedah pada kadar lima peratus setahun bermula dari tarikh Thanabalan ditemukan meninggal dunia pada 17 April 2018 sehingga jumlah ganti rugi itu diselesaikan.Hakim Noor Hayati turut memberikan kos berjumlah RM7,000 kepada pihak plaintif. Keputusan terbabit disampaikan dalam prosiding menerusi aplikasi Zoom.Peguam M Visvanathan yang mewakili keluarga berkenaan, ketika dihubungi mengesahkan keputusan itu.Pada 12 Mac 2024, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan polis dan kerajaan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati kedua-dua pihak cuai berhubung kematian Thanabalan dalam lokap polis.Pada 30 Oktober 2023, keputusan Mahkamah Rayuan memihak kepada Santhi dan Vathian, yang memutuskan bahawa Ketua Polis Negara dan kerajaan cuai kerana gagal menghantar Thanabalan ke hospital secepat mungkin |
|
Rayuan pembebasan Isa Samad dijadual semula 5 Feb - FMT - 8/12 7:23 pm Tarikh pendengaran ditetapkan pada 4 Dis lalu terpaksa dijadual semula kerana bekas pengerusi Felda itu dimasukkan ke hospital. |
|
Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetapkan pada 5 Februari 2026 - Sinarharian - 8/12 6:58 pm PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah telah dijadualkan semula kepada 5 Februari tahun depan di Mahkamah Persekutuan.Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz berkata, tarikh baharu itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang dijalankan secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof hari ini.Beliau memberitahu Bernama bahawa tarikh pendengaran yang sepatutnya ditetapkan pada 4 Disember terpaksa dijadualkan semula kerana Mohd Isa, 75, dimasukkan ke hospital.Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 7 Mac lepas untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Mohd Isa atas pertuduhan terbabit.Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan petisyen rayuan pada 26 Jun dengan 24 alasan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta ketika melepaskan dan membebaskan Mohd Isa daripada semua pertuduhan.Pada 6 Mac tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan melepaskan dan membebaskan Mohd Isa selepas membenarkan rayuannya.Panel itu sebulat suara mengetepikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta yang dijatuhkan kepada Mohd Isa.Mahkamah Rayuan juga membatalkan keputusan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021 yang mendapati Mohd Isa bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur antara 21 Julai 2014 hingga 11 Dismber 2015.Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.Bayaran itu dibuat sebagai tanda terima kasih kerana meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd pada harga RM160 juta.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 21(1) akta sama, memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan |
|
MH370: Mahkamah Beijing perintah Malaysia Airlines bayar pampasan USD410,000 - FMT - 8/12 6:38 pm Syarikat penerbangan diperintah bayar jumlah itu kepada setiap waris dalam lapan kes. |
|
Kes Zara Qairina: Dua guru dipanggil hari pertama perbicaraan lima remaja - Sinarharian - 8/12 6:07 pm KOTA KINABALU - Dua saksi melibatkan guru di sebuah sekolah menengah agama di Papar dipanggil untuk memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan melibatkan lima remaja perempuan yang dikaitkan dengan kes buli Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak, pada Isnin.Kedua-dua saksi tersebut terdiri daripada seorang guru akademik yang tampil sebagai saksi pertama dan Guru Bimbingan dan Kaunseling sebagai saksi kedua.Pemeriksaan balas terhadap saksi kedua belum selesai dan dijadualkan bersambung dalam prosiding hari kedua pada Selasa.Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Marlina Ibrahim dan pihak pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Nik Haslinie Hashim, Husni Fairos Ramly dan Deepa Nair Thevaharan.Pasukan peguam pula terdiri daripada Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Elmer Prem Ganasan yang mewakili tertuduh pertama manakala empat lagi remaja diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar, Sylyester Kuan dan Fareez Salleh.Ogos lalu, kelima-lima remaja tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina.Kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu. |
|
Pendakwaan mohon prosiding hina mahkamah terhadap wanita buat hantaran lucah - FMT - 8/12 5:56 pm Pihak pendakwaan berkata wanita itu muat naik kandungan di aplikasi X, yang membincangkan berkenaan kes tersebut. |
|
Hidupan liar dijadikan haiwan peliharaan bukan satu trend, perlu kelulusan menteri - Peguam - Sinarharian - 8/12 5:32 pm KUALA LUMPUR - Meskipun hidupan liar eksotik tampak menarik dijadikan haiwan peliharaan, ia dikategorikan sebagai spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang, dan pemilikannya memerlukan kelulusan menteri, kata peguam berkaitan hak asasi haiwan Rajesh Nagarajan.Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, Rajesh berkata, kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) adalah mandatori kerana pemilikan sedemikian memerlukan permit khas di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).Pakar undang-undang itu menjelaskan, di bawah akta berkenaan, pemohon perlu mengemukakan permohonan dalam borang dan tatacara yang tepat seperti ditetapkan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum sebarang permit atau lesen boleh dikeluarkan."Proses ini tidak semudah mengisi borang |
|
Kematian dalam tahanan: Mahkamah perintah bayar RM1.1 juta kepada keluarga - FMT - 8/12 5:15 pm Ia merangkumi RM500,000 bagi kecuaian; RM200,000 ganti rugi teruk, dan RM414,000 bagi tuntutan berkaitan tanggungan. |
|
Azman dakwa tuduhan rasuah sengaja dibuat untuk alih perhatian - Sinarharian - 8/12 4:13 pm SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin selesai membayar ikat jamin RM75,000 selepas hampir empat jam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah.Bercakap pada sidang media selepas proses itu, Azman, 53, mendakwa pertuduhan terhadapnya sengaja dibuat bagi mengalihkan perhatian daripada kes-kes lain yang lebih besar, antaranya isu rakaman video 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ia termasuk pendakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin."Semua ini berlaku mungkin disebabkan teguran saya mengenai soalan di Parlimen baru-baru ini |
|
Dua remaja mengaku cederakan pelajar di asrama sekolah - Mgazette - 8/12 3:55 pm # Dua remaja mengaku cederakan pelajar di asrama sekolah SUNGAI PETANI - Dua remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar berumur 17 tahun di asrama sebuah sekolah menengah di sini, bulan lepas |
|
MP Padang Serai didakwa bersubahat rasuah projek ternakan lembu Kedah - Mgazette - 8/12 3:55 pm # MP Padang Serai didakwa bersubahat rasuah projek ternakan lembu Kedah SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Serai hari ini didakwa atas satu pertuduhan bersubahat menerima rasuah berkaitan projek usaha sama penternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah, lima tahun lalu |
|
Kenal Azhar lebih 30 tahun, Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri daripada .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm # Kenal Azhar lebih 30 tahun, Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri daripada prosiding PUTRAJAYA - Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais menarik diri daripada mendengar permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk merayu keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang tidak mengisytiharkan kekosongan empat kerusi Parlimen di Sabah yang dimenangi parti itu |
|
Presiden Mahkamah Rayuan tarik diri dengar permohonan Bersatu cabar keputusan Speaker Dewan Rakyat - Sinarharian - 8/12 2:32 pm PUTRAJAYA - Presiden Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar permohonan Bersatu untuk mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengisytiharkan kekosongan empat kerusi Parlimen Sabah yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum lepas.Datuk Abu Bakar Jais, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, memaklumkan bahawa beliau memutuskan untuk menarik diri kerana mengenali peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang mewakili Bersatu, selama lebih 30 tahun.Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Azizah Nawawi serta Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan.Panel itu menetapkan esok sebagai pengurusan kes bagi menetapkan tarikh pendengaran baharu.Prosiding itu turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Peguam Persekutuan Imtiyaz Wizni Aufa Othman yang mewakili Tan Sri Johari Abdul selaku responden pertama.Terdahulu, Abu Bakar berkata, beliau percaya isu itu tidak akan menimbulkan konflik terhadap kepentingan awam yang mewajarkannya menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.Bagaimanapun, beliau meminta kedua-dua pihak menyuarakan pendapat berhubung perkara itu.Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili keempat-empat Ahli Parlimen, memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya agak keberatan jika Abu Bakar terus mendengar permohonan itu.Pada 17 April 2023, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya, yang juga pegawai awam parti itu, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Johari serta Ahli Parlimen terbabit iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden.Bersatu memohon perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Jan 2023 yang menyatakan keempat-empat Ahli Parlimen telah memberikan penjelasan dan mengesahkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Perlembagaan Bersatu.Parti politik itu turut memohon deklarasi bahawa Ahli Parlimen terbabit telah berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kesemua kerusi Parlimen.Pada 16 Nov 2023, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Bersatu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Ogos lepas |
|
Amanah Raya dilantik pemegang amanah ganti rugi RM31 juta Pastor Koh - FMT - 8/12 2:06 pm Amanah Raya Berhad dipilih kerana caj pengurusan rendah dan jaminan memulangkan wang itu kepada kerajaan jika keputusan mahkamah berubah. |
|
Projek fitlot Kedah: Ahli perniagaan didakwa minta, terima rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 1:56 pm SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM400,000 berhubung projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Amar Assuat Abu Bakar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut, daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, daerah Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran dan tepi jalan berhadapan sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada 20 dan 23 Jun 2020.Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin."Termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di pejabat SPRM," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri.Bagaimanapun, peguam, R Yoganathan yang mewakili tertuduh berkata, jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan bersifat keterlaluan."Kadar itu terlalu tinggi, seakan-akan bersifat menghukum, sedangkan anak guam belum disabitkan keslaahan malah tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026. |
|
Pertuduhan subahat babit Azman defektif - Peguam - Sinarharian - 8/12 12:07 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pasukan pembelaan kepada Ahli Parlimen Padang Serai memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, yang dihadapi Datuk Azman Nasrudin, adalah defektif dan tidak berasas.Semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, peguam N |
|
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan SPR dalam kes sekat pengundi Covid-19 - FMT - 8/12 12:04 am Mahkamah tertinggi berkata Suruhanjaya Pilihan Raya tidak membangkitkan isu baru berhubung kes yang dikemukakan oleh RK Tamileswaaran. |
|
FAM cabar keputusan FIFA, kes pemain warisan dibawa ke CAS - Sinarharian - 8/12 12:04 am PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan tindakan mencabar keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman berat yang dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan.Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya telah memanjangkan isu berkenaan ke peringkat lebih tinggi dengan mengemukakan Pernyataan Rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).Menurut beliau, proses perundangan itu kini memasuki fasa penting di mana pasukan peguam FAM perlu menyediakan dokumentasi terperinci dalam tempoh yang ditetapkan."CAS telah menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap."FAM menegaskan komitmen penuh untuk melalui proses ini secara profesional, telus dan menghormati semua prosedur perundangan yang telah ditetapkan," katanya.Mohd Yusoff memberitahu bahawa sebarang perkembangan terkini mengenai proses rayuan tersebut akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.Terdahulu, Jawatankuasa Rayuan FIFA dilaporkan menolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan tersebut berhubung kesalahan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang membabitkan isu pemalsuan dokumen.Keputusan itu menyaksikan hukuman asal kekal menyaksikan FAM dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta).Sementara itu, tujuh pemain terlibat iaitu Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel masing-masing didenda CHF2,000 (sekitar RM10,000).Selain denda wang ringgit, kesemua pemain berkenaan turut dikenakan hukuman gantung selama 12 bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. |
|
FAM komited terus proses rayuan di CAS - FMT - 8/12 11:54 am Mahkamah Timbang Tara Sukan menetapkan peguam mewakili FAM mempunyai 10 hari hingga 18 Dis untuk mengemukakan hujah bertulis lengkap. |
|
Lelaki ugut jiran dengan pistol direman seminggu - Sinarharian - 8/12 10:49 am SUNGAI PETANI Seorang lelaki yang didakwa mengacukan pistol terhadap jirannya di Bandar Laguna Merbok pada Ahad direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan sehingga 14 Disember depan.Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi di Mahkamah Sungai Petani kira-kira jam 9.20 pagi, Isnin.Lelaki berusia 30-an itu dilihat berpakaian reman dan dibawa keluar dari mahkamah dalam keadaan tenang dan bersahaja sebaik selesai permohonan reman.Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan daripada seorang wanita mengatakan diugut oleh seorang lelaki menggunakan objek menyerupai pistol pada jam 8.45 pagi.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek membawa kepada penemuan objek yang menyerupai pistol selain sejumlah dadah.Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. |
|
Ahli Parlimen Padang Serai didakwa subahat kes rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 10:16 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Azman, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima suapan, RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut telah dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini jam 5 petang 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Bagaimanapun, Surendran merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum dengan alasan, ahli politik itu perlu menyara lima anak dan ibu yang berusia 82 tahun di Sungai Petani."Anak guam telah menjadi wakil rakyat di negeri itu selama beberapa penggal yang mana sebelum ini beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas."Mengambil kira latar belakangnya, saya mohon mahkamah tidak mengenakan syarat tambahan tersebut," katanya yang hadir bersama peguam-peguam, Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.Sinar Harian melaporkan, SPRM menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi siasatan kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri sementara seorang ahli perniagaan telah ditahan Mac lalu namun dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari, melibatkan dakwaan penerimaan wang ratusan ringgut sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot. |
|
Anggota polis akan pantau aktiviti ‘ulat mahkamah’ - Mgazette - 8/12 7:37 am # Anggota polis akan pantau aktiviti 'ulat mahkamah' KUALA LUMPUR - Penempatan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara penggiliran bagi menangani aktiviti _touting_(ulat mahkamah) yang didakwa melibatkan peguam dan individu |
|
Anggota polis di setiap mahkamah pantau 'ulat' - Sinarharian - 7/12 10:06 pm KUALA LUMPUR - Penempatan anggota polis di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur akan dilaksanakan secara penggiliran bagi menangani aktiviti touting(ulat mahkamah) yang didakwa melibatkan peguam dan individu.Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam surat edaran kepada mediamemaklumkan, langkah itu diputuskan dalam perbincangan bersama Polis Cawangan Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 Okt lepas, bagi penempatan anggota polis padasetiap mahkamah di kompleks mahkamah berkenaan."Tindakan job rotation (pusingan kerja)ini akan dijalankan selang beberapa bulan bagi memastikan risiko salah guna kuasa dapat diatasi," menurut suratitu.Langkah itu diambil susulan aduan yang diterima pada 22 September lepas yang mendakwa wujudnya aktiviti toutingmelibatkan peguam dan individu di kompleks mahkamah berkenaan.Selain itu, tindakan mengehadkan dan mengetatkan kawalan sertaakses orang awam di kawasan lokap mahkamah juga akan diambilyang mana hanyapeguam selain pihak Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Orang Kena Tuduh (OKT) sahaja akan dibenarkan untuk berjumpa dengan OKT di luar lokap tertakluk kepada kesesuaian keadaan semasa.Tindakan pengawasan dan pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak penyelia Mahkamah Kuala Lumpur untuk memastikan tiada petugasmahkamah yang terlibat dalam kegiatan seumpama itu."Sekiranya mana-mana pihak mempunyai aduan spesifik terhadap mana-mana petugas mahkamah, mohon perkara tersebut dikemukakan kepada pihak Mahkamah Kuala Lumpur untuk tindakan sewajarnya."Unit ini merakamkan jutaan terima kasih kerana membawa isu ini kepada perhatian pihak kami."Kami mengambil berat isu-isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut dan tindakan sewajarnya akan diambil dari semasa ke semasa bagi menangani masalah ini," menurut surat itu.- Bernama |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |