| /// |
|
| Search : Mkt News | Page 1 |
|
UMNO terima semula tanpa syarat Hishammuddin, KJ bersama 6,252 ahli UMNO .. - Mgazette - 18/04 7:57 am # UMNO terima semula tanpa syarat Hishammuddin, KJ bersama 6,252 ahli MELAKA - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Melaka malam ini memutuskan untuk menerima kembali Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menyertai semula parti semula di bawah gagasan Rumah Bangsa |
|
Hishammuddin, KJ diterima kembali ke dalam UMNO tanpa syarat - Sinarharian - 17/04 11:58 pm MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu bersetuju menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa jua faktor.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka pada Jumaat.Menurutnya, antara nama pemohon yang telah diputuskan oleh MKT termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin serta Tan Sri Syed Hamid Albar."Ia termasuk 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO bahagian dan cawangan seluruh negara."Ketetapan itu sebagai menyokong dan mendukung penuh gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan oleh Ahmad Zahid bagi membuka ruang kepada mana-mana ahli untuk kembali menyertai UMNO tanpa sebarang syarat," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Mesyuarat MKT berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada malam Jumaat.Tambah beliau, selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan UMNO, MKT turut meminda Peraturan Keahlian dengan membolehkan pendaftaran dibuat secara dalam talian bagi memudahkan kemasukan ahli baharu, khususnya dalam kalangan golongan muda.Dalam pada itu, beliau berkata, MKT turut menyedari cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat susulan kenaikan harga minyak dan inflasi global, termasuk kesan konflik di Iran.Justeru katanya, negeri-negeri yang diterajui pimpinan UMNO seperti Johor, Melaka, Perak dan Pahang disaran memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan tambahan kepada golongan yang terkesan.Mengulas lanjut, beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-80 UMNO yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur, beberapa program utama akan diadakan.Katanya, program tersebut termasuk Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pendidikan serta Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli baharu.Selain itu katanya, selaras dengan Fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, MKT turut memberi kebenaran kepada sayap parti iaitu Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri untuk mengadakan persidangan peringkat cawangan secara hibrid, iaitu gabungan kehadiran fizikal dan dalam talian, khususnya pada tahun tanpa pemilihan parti. |
|
Umno leadership gathers at MITC for MKT meeting, focus on election preparations - Sinardaily - 17/04 10:04 pm MELAKA Umno leaders have begun gathering for the partys Supreme Working Council (MKT) meeting held at the Melaka International Trade Centre (MITC) on Friday night.Among those seen attending were vice-president Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki and Melaka Umno chairman Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi arrived at about 8.40pm before chairing the meeting.The meeting was among others expected to discuss preparations for the Melaka state election and the next general election.Earlier in the afternoon, Zahid also held a closed-door meeting in conjunction with the simultaneous opening of Umno branch meetings across Melaka for 2026. |
|
MITC jadi tumpuan pimpinan UMNO hadir mesyuarat MKT, tumpu agenda PRU dan PRN - Sinarharian - 17/04 9:26 pm MELAKA - Barisan pimpinan UMNO mula berkumpul bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada malam Jumaat.Antara yang dilihat hadir ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba sekitar jam 8.40 malam sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan.Mesyuarat itu antara lain membincangkan perancangan dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka serta Pilihan Raya Umum (PRU).Terdahulu, pada sebelah petang, Ahmad Zahid turut mengadakan pertemuan tertutup sempena Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan-Cawangan UMNO Seluruh Negeri Melaka 2026. |
|
Keputusan permohonan masuk semula UMNO diputuskan MKT malam esok - Mgazette - 16/04 8:14 pm # Keputusan permohonan masuk semula UMNO diputuskan MKT malam esok JOHOR BAHRU - Permohonan kumpulan pertama bekas pemimpin dan ahli UMNO menyertai semula parti itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Melaka malam esok |
|
Keputusan permohonan masuk semula UMNO diputuskan MKT malam esok - Sinarharian - 16/04 6:57 pm JOHOR BAHRU - Permohonan bekas pemimpin dan ahli UMNO untuk menyertai semula parti itu akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Melaka pada Jumaat.Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut melibatkan mereka yang dipecat atau digantung keahliannya sebelum ini yang berhasrat menyertai Rumah Bangsa.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa secara peribadi yakin tidak ada masalah untuk menerima permohonan tersebut."Mesyuarat mengenai perkara ini sudah dua kali diadakan yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin |
|
Apa salahnya PRN Johor lebih awal? - Puad Zarkashi - Mkini - 15/04 1:25 pm Ahli MKT Umno itu berkata Johor tidak seharus membiarkan momentum positif negeri itu terjejas oleh konflik dalaman kepimpinan kerajaan pusat. |
|
Jangan eksploitasi krisis Timur Tengah untuk lemahkan demokrasi - Pemuda MCA - Sinarharian - 14/04 3:18 pm SHAH ALAM - Sebarang cadangan penangguhan pilihan raya atas alasan ketegangan geopolitik di Timur Tengah tidak boleh dijadikan justifikasi untuk melemahkan proses demokrasi di negara ini.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, cadangan pihak tertentu termasuk gesaan menangguhkan pilihan raya negeri Johor dan Melaka susulan situasi semasa di rantau berkenaan menimbulkan kebimbangan, malah turut dikaitkan cadangan pengisytiharan darurat."Keadaan itu tidak seharusnya dipolitikkan kerana pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong apabila negara berdepan ancaman serius terhadap keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam."Darurat bukan alat politik untuk mengelak tanggungjawab kepada pengundi atau mengganggu proses demokrasi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dilapor berkata akan membawa usul untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) berkenaan ke Mesyuarat MKT yang akan diadakan Jumaat ini di Melaka, berikutan krisis Asia Barat.Menurutnya, keadaan semasa dilihat kurang sesuai untuk mengadakan pilihan raya ketika rakyat masih berdepan pelbagai kesan ekonomi termasuk isu harga bahan api.Namun Ahli Parlimen Pontian itu menjelaskan, cadangan tersebut adalah pendapat peribadi beliau dan bukannya pendirian atau keputusan parti.Dalam pada itu Yee Fung menjelaskan, sejarah negara menunjukkan darurat hanya diisytiharkan dalam krisis besar seperti Konfrontasi IndonesiaMalaysia, Peristiwa 13 Mei, krisis Perlembagaan Sarawak serta pandemik COVID-19, dan bukannya disebabkan cabaran ekonomi atau krisis tenaga semata-mata.Tambahnya, ketidaktentuan ekonomi global merupakan perkara biasa yang memerlukan kecekapan kerajaan dalam menguruskan keadaan dan bukan dijadikan alasan untuk melemahkan institusi demokrasi."Kerajaan yang bertanggungjawab perlu memberi tumpuan kepada penyelesaian isu sebenar rakyat seperti inflasi, pekerjaan dan kos tenaga, bukannya mengelak daripada penelitian awam."Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, rakyat berdepan dengan pelbagai isu termasuk kelemahan pentadbiran dan pembaharuan yang terbantut, menjadikan pilihan raya sebagai medan penting untuk pengundi membuat penilaian," ujarnya. |
|
Cadang tangguh PRN hanya pandangan peribadi, kata Ahmad Maslan - FMT - 14/04 12:46 am Ahli Parlimen Pontian sebelum ini berkata usul menangguhkan PRN akan dibawa ke Mesyuarat MKT Umno pada Jumaat di Melaka, berikutan krisis Asia Barat. |
|
Tangguh PRN Johor kerana rakyat, bukan untuk percaturan kuasa - Mgazette - 14/04 7:43 am "Ini termasuk merangka pelan strategi ekonomi yang jelas dan menyeluruh, bukan sekadar tertumpu kepada soal kuasa politik semata-mata," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Hari ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dilaporkan berkata, beliau akan membawa usul untuk menangguhkan PRN Johor dan PRN Melaka dalam Mesyuarat MKT pada 17 April ini |
|
AMK Johor juga setuju tangguh PRN, bimbang mandat 'tempang' - Mkini - 13/04 1:41 pm Terdahulu, Ahmad Maslan berkata bahawa dia akan membawa usul penangguhan PRN Johor dan PRN Melaka ke mesyuarat MKT Umno Jumaat ini. |
|
'Jangan syok sendiri' - Puad bidas provokasi Rafizi isu PRK Pandan - Mkini - 13/04 12:52 am Ahli MKT Umno itu berkata, tindakan bekas menteri itu sebagai cubaan mencari simpati dan akan mengheret negara kepada pembaziran wang rakyat. |
|
Hold on Johor, Melaka elections, says Ahmad Maslan amid West Asia crisis - Harapandaily - 13/04 11:51 am UMNO Supreme Council (MKT) member, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan suggested that the Johor and Melaka state elections be put on hold amid ongoing instability caused by the crisis in West Asia |
|
Dakwaan Tun M UMNO punca Melayu berpecah naratif berulang – Khaled - Mgazette - 11/04 3:54 pm Dari parti kebangsaan, UMNO sudah jadi parti untuk mendapat kekayaan, dakwa Dr Mahathir. Sementara itu, ditanya berkenaan permohonan bekas pemimpin UMNO untuk menyertai Rumah Bangsa selain Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, beliau berkata, perkara itu akan diketahui dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini |
|
Dakwaan Tun M punca Melayu berpecah hanya naratif berulang Khaled Nordin - Sinarharian - 11/04 1:24 pm KOTA TINGGI Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO menjadi punca perpecahan orang Melayu sebagai satu naratif yang berulang dan tidak perlu diulas panjang.Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, tuduhan tersebut telah lama dibangkitkan dan sering diulang oleh bekas Presiden UMNO berkenaan."Dia daripada dulu memang kata macam-macam, jadi tak perlu nak ulas. Tepuk sebelah tangan tak boleh bunyi," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Tanjung Sedeli, di sini pada Sabtu.Rabu lalu, Dr Mahathir mendakwa perubahan perjuangan UMNO antara faktor yang membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Melayu.Menurutnya, masih ramai ahli kekal dalam UMNO walaupun mendakwa parti itu telah berubah daripada perjuangan asalnya sebagai parti kebangsaan kepada parti yang mengejar kekayaan.Mengulas mengenai permohonan bekas pemimpin UMNO lain untuk menyertai Rumah Bangsa, termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, Mohamed Khaled berkata, perkara itu akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini.Beliau menegaskan, tidak mahu mendahului keputusan MKT kerana jumlah sebenar serta nama-nama lain masih belum dimuktamadkan, selain beberapa agenda lain turut akan dibincangkan |
|
Antara Hamzah dan Muhyiddin: Siapa pilihan PAS? - Mkini - 7/04 2:43 pm Dihina bukan sahaja oleh PAS tetapi oleh Hamzah. Sekaligus menghina parti Bersatu, kata Ahli MKT Umno, Puad Zarkashi. |
|
Takut apa balik? Puad gesa Rafizi pujuk bekas pegawai beri keterangan SPRM - Mkini - 2/04 12:05 am Ahli MKT Umno itu berkata, ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penglibatan syarikat semikonduktor, Arm Ltd, yang dikaitkan dengan Rafizi. |
|
Kenyataan ketua Umno P Pinang bersifat peribadi, MKT belum putus kerjasama PH pada PRU16 - FMT - 30/03 3:37 pm Seorang ahli MKT Umno berkata setakat ini pendirian pucuk pimpinan Umno hanya menyokong kerajaan perpaduan sehingga PRU akan datang. |
|
Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT UMNO bulan depan - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT UMNO bulan depan KOTA TINGGI - Permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan bekas pemimpin UMNO lain untuk menyertai semula parti akan dibawa dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini |
|
Pergi naik basikal dahulu, Isham tempelak cadangan Ahmad Maslan - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Pergi naik basikal dahulu, Isham tempelak cadangan Ahmad Maslan KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menempelak cadangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam menangani masalah kenaikan harga petrol dan diesel oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan |
|
Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, KJ dibawa ke mesyuarat MKT bulan depan - Sinarharian - 28/03 2:20 pm KOTA TINGGI - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 17 April ini dijangka akan membincangkan permohonan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin untuk menyertai semula parti semula di bawah Rumah Bangsa.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain dua pemimpin itu, beberapa bekas ahli UMNO lain yang turut menyatakan kesediaan untuk menyertai semula parti akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, melihat perkembangan tersebut sebagai suatu yang positif dan percaya ia petanda baik gagasan Rumah Bangsa mula diterima."Saya akan bawa (dalam Mesyuarat MKT) atas semangat Rumah Bangsa |
|
Jangan sampai dibuli PAS, pemimpin Umno ingatkan MIC - FMT - 26/03 11:45 am Ahli MKT Umno Puad Zarkashi kata PAS buli Bersatu apabila kekalkan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang walaupun tidak berparti. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |