///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Lata Jebus News   Page 1    



'Bau mayat bawa penemuan jasad mangsa keenam' - Sinarharian - 12/11 1:58 pm

HULU SELANGOR Bau mayat membawa kepada penemuan satu lagi mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak, di sini pada Khamis.Mayat mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran kawasan Empangan Sungai Selangor kira-kira jam 10.15 pagi, menjadikan enam daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian Isnin lalu berjaya ditemukan, manakala dua lagi masih hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi SAR turut memberi tumpuan di Sektor A selepas pasukan mengesan bau dipercayai berpunca daripada mangsa di kawasan berkenaan.Menurutnya, dua anjing pengesan (K9) digerakkan ke lokasi yang terletak berhampiran kawasan empat mangsa ditemukan pada Selasa lalu."Pasukan SAR menjalankan tinjauan di kawasan berkenaan petang semalam selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli yang melalui lokasi itu ketika pulang dari kebun."Ketika tinjauan, kita memang mengesan bau secara berselang-seli di kawasan berkenaan, namun tidak dapat menyeberangi sungai kerana paras air masih tinggi, kira-kira dua meter melebihi paras biasa," katanya pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu.Seorang mangsa warga tempatan ditemukan pada jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa warga asing ditemukan pada pagi hari sama di kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira 950 meter hingga satu kilometer dari Lata Jebus.Lata Jebus dipercayai lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan arus, manakala seorang lagi dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak.Dalam kejadian itu, seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat, dengan lapan lelaki dihanyutkan arus, manakala 26 lagi berjaya menyelamatkan diri serta diselamatkan anggota bomba.Sementara itu, Ashrul Riezal berkata, operasi SAR pada Khamis bermula jam 7 pagi dengan beberapa pasukan digerakkan mengikut sektor bagi memperluas kawasan pencarian.Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM menjalankan pencarian di Sektor A hingga B, iaitu dari kawasan Lata Jebus hingga ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Tapak Berkelah Sungai Pertak."Anggota JBPM, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula menumpukan pencarian dari Sektor B hingga C, berhampiran Empangan Sungai Selangor."Sebanyak lima bot turut digerakkan bagi memantau keadaan sungai dan melakukan pembersihan permukaan air di Sektor C dan D susulan lambakan sampah yang dihanyutkan arus selepas kejadian kepala air kedua petang semalam," katanya.Ashrul Riezal berkata, dron JBPM turut digunakan bagi melakukan tinjauan udara meliputi Sektor A hingga D, termasuk kawasan empangan, dengan jarak keseluruhan kira-kira 3.5 kilometer.





Tragedi kepala air: Satu lagi mayat ditemukan - JBPM - Sinarharian - 12/11 12:03 am

HULU SELANGOR Satu lagi mayat mangsa yang hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan berhampiran kawasan Empangan Sungai Selangor pada Khamis.Penemuan kira-kira jam 10.15 pagi itu menjadikan enam daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian Isnin lalu berjaya ditemukan, manakala dua lagi masih hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut memberi tumpuan di Sektor A selepas pasukan mengesan bau dipercayai daripada mangsa di kawasan berkenaan.Menurutnya, dua anjing pengesan (K9) digerakkan ke lokasi yang terletak berhampiran kawasan empat mangsa ditemukan pada Selasa lalu."Pasukan SAR menjalankan tinjauan di kawasan berkenaan petang semalam selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli yang melalui lokasi itu ketika pulang dari kebun."Ketika tinjauan, kita memang mengesan bau secara berselang-seli di kawasan berkenaan, namun tidak dapat menyeberangi sungai kerana paras air masih tinggi, kira-kira dua meter melebihi paras biasa," katanya pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu.Seorang mangsa warga tempatan ditemukan pada jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa warga asing ditemukan pada pagi hari sama di kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira 950 meter hingga satu kilometer dari Lata Jebus.Lata Jebus dipercayai lokasi tujuh daripada lapan mangsa dihanyutkan arus, manakala seorang lagi dipercayai dihanyutkan dari kawasan berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak.Dalam kejadian itu, seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat, dengan lapan lelaki dihanyutkan arus manakala 26 lagi berjaya menyelamatkan diri serta diselamatkan anggota bomba.Sementara itu, katanya, operasi SAR pada Khamis bermula jam 7 pagi dengan beberapa pasukan digerakkan mengikut sektor bagi memperluas kawasan pencarian.Katanya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM menjalankan pencarian di Sektor A hingga B, iaitu dari kawasan Lata Jebus hingga ke Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Tapak Berkelah Sungai Pertak."Anggota JBPM, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula menumpukan pencarian dari Sektor B hingga C, berhampiran Empangan Sungai Selangor."Sebanyak lima bot turut digerakkan bagi memantau keadaan sungai dan melakukan pembersihan permukaan air di Sektor C dan D susulan lambakan sampah yang dihanyutkan arus selepas kejadian kepala air kedua petang semalam," katanya.Ashrul Riezal berkata, dron JBPM turut digunakan bagi melakukan tinjauan udara meliputi Sektor A hingga D, termasuk kawasan empangan, dengan jarak keseluruhan kira-kira 3.5 kilometer.





Tiga sungai di Hulu Selangor lokasi 'hotspot' utama kepala air - JBPM - Sinarharian - 11/11 5:29 pm

HULU SELANGOR - Sebanyak 14 lokasi rekreasi di daerah Hulu Selangor dikenal pasti berisiko berlaku kejadian kepala air dengan Sungai Pertak, Sungai Siling dan Sungai Batang Kali menjadi tiga lokasi hotspot utama.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, Sungai Batang Kali merekodkan empat insiden kepala air diikuti Sungai Chiling (tiga) dan Sungai Pertak (dua)."Daripada sembilan kejadian kepala air yang direkodkan di tiga lokasi itu, hanya insiden di Sungai Pertak melibatkan mangsa manakala kejadian lain tidak melibatkan sebarang mangsa," katanya ketika ditemui di Pos Kawalan Hadapan JBPM di Jambatan Pertak di sini pada Rabu.Ashrul Riezal berkata, 11 lokasi lain yang turut dikenal pasti berisiko ialah Lata Medang di Kuala Kubu Bharu, Sungai Inki (Ingki) di Kalumpang dan River View Sungai Bernam di Hulu Selangor."Lokasi lain ialah Sungai Sendat dan Sungai Tua di Ulu Yam, Sungai Kedondong di Batang Kali, Sungai Cilin di Kuala Kubu Bharu serta Sungai Pinang di Batang Kali."Turut disenaraikan ialah Air Terjun Serendah di Serendah, Air Terjun Semangkuk dan Sungai Liam di Hulu Selangor," katanya.Ashrul Riezal berkata, susulan Monsun Timur Laut, JBPM menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan sementara aktiviti rekreasi air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."Nasihat itu meliputi aktiviti mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh berkenaan."Langkah itu diambil bagi meningkatkan kesedaran masyarakat setempat dan pengunjung mengenai bahaya kepala air, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu sepanjang musim berkenaan," katanya.Terdahulu, JBPM memberi peringatan kepada orang ramai untuk menangguhkan sebarang aktiviti rekreasi air termasuk mandi-manda, berenang, berkelah dan berkhemah di kawasan sungai, jeram, air terjun serta tali air sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.JBPM dalam kenyataan memaklumkan, keadaan cuaca tidak menentu dan kejadian hujan lebat berterusan di beberapa kawasan berpotensi menyebabkan peningkatan paras air secara mendadak, arus deras, fenomena kepala air yang boleh mengancam keselamatan serta meragut nyawa.





Insiden kepala air: Bomba, polis guna dron cari tiga mangsa hilang - Sinarharian - 11/11 12:11 am

HULU SELANGOR - Polis serta Bomba menggunakan lima dron dalam Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak di sini, diteruskan pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja, yang memulakan tugas mereka seawal jam 7 pagi tadi.Pasukan itu menumpukan pencarian melalui udara dalam jarak radius lima kilometer (km) dari sebuah jambatan tidak jauh dari persimpangan Kampung Pertak.Tiga anggota Unit Dron PDRM ini menerbangkan dua dron jenis Matrice 300 RTK dan Autel Evo Max, yang mampu terbang dalam tempoh maksima selama 45 minit, manakala Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan tiga jenis dron.Pencarian melalui udara ini turut dikoordinasikan bersama dengan pencarian oleh Unit Dron JBPM yang turut beroperasi dari jambatan yang sama dengan segala maklumat dikongsikan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Pertak.Sementara itu, pihak media hari ini tidak dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian di Tapak Perkelahan Sungai Pertak, namun diminta untuk berada di jambatan berhampiran yang hanya terletak dalam jarak 1.3 km.Pihak media hanya akan dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian sekiranya sebarang sidang akhbar akan diadakan.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati, selain pemantauan udara, pelaksanaan operasi SAR hari ini turut dijalankan menggunakan bot JBPM dengan radius pencarian diperluaskan hingga ke bawah jambatan.Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata operasi SAR pada Rabu menumpukan kaedah pemerhatian di muka air membabitkan kawasan jambatan dan berhampiran Empangan Sungai Selangor.Pasukan penyelamat meneruskan pencarian menerusi kaedah pemerhatian di permukaan air, terutama di sektor C membabitkan kawasan jambatan dan sektor D berhampiran empangan.Ashrul Riezal berkata, operasi SAR hari ini memberi tumpuan di kedua-dua sektor berkenaan dengan menggunakan bot serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).Tiga mangsa yang masih hilang ialah Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20, warga Yaman; Chinnasamy Duraimurugan, 36, dan Monikkoth Raghunath, kedua-duanya warga India.Sehingga jam 11.40 pagi ini, tiada sebarang perkembangan positif atau penemuan mangsa diperoleh dalam operasi berkenaan.Terdahulu media melaporkan lima daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin telah ditemukan lemas, manakala tiga lagi masih hilang.Mangsa pertama, V. Vijayan, 36, warga tempatan, ditemukan pada 1.30 pagi Isnin di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa ditemukan pagi Selasa dengan tiga daripadanya dijumpai kira-kira 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, manakala seorang lagi ditemukan pada 10.12 pagi di kawasan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Dua daripada mangsa berkenaan dikenal pasti sebagai Kapali, 49, warga Nepal dan Kunjanmalayil Bhaskaran, 35, warga India, manakala dua lagi ialah lelaki warga India dan Sri Lanka yang identitinya belum dikenal pasti.Dalam kejadian itu, seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat, dengan lapan lelaki dihanyutkan arus, manakala 26 lagi berjaya menyelamatkan diri atau diselamatkan anggota bomba.Kesemua lima mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.





Tragedi kepala air: SAR tiga mangsa tertumpu di dua kawasan - Sinarharian - 10/11 8:40 pm

Kita akan melihat keadaan cuaca kerana apabila semakin lewat malam, operasi mungkin berdepan kesukaran."Kita juga akan mendapatkan nasihat daripada pegawai bomba sebelum membuat keputusan lanjut," katanya.Menurutnya, lima daripada lapan mangsa yang dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih hilang."Lima mangsa yang ditemukan terdiri daripada seorang lelaki tempatan, seorang warga Nepal, dua warga India dan seorang warga Sri Lanka."Tiga lagi yang belum ditemukan ialah dua warga India dan seorang warga Yaman," katanya.Beliau berkata, semua lima mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat, manakala polis menghubungi kedutaan negara mangsa warga asing bagi memaklumkan kejadian itu.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, pencarian turut menggunakan dua lampu limpah jenis Bulldog yang disediakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)."Kita turut menggunakan dron bagi membantu mengesan mangsa di permukaan air. Empat bot turut disediakan dalam keadaan siap siaga sekiranya mangsa dikesan."Lampu limpah berkenaan akan dihidupkan selama 30 minit hingga sejam sebelum dipadamkan selama sejam, dengan kaedah itu diulang sepanjang operasi pencarian," katanya.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dihanyutkan arus kepala air di kawasan Lata Jebus, manakala 26 lagi terselamat.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

# Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di sini diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian





Jerantut dan Rompin diramal banjir mulai esok - Mygazette - 10/11 5:00 pm

KUANTAN - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua daerah iaitu Jerantut dan Rompin bermula esok hingga 14 November





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Lima mangsa ditemukan lemas, tiga lagi .. - Mygazette - 10/11 5:00 pm

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata mangsa pertama, seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai V. Vijayan, 36, ditemukan pada 1.30 pagi tadi di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan di Lata Jebus





Flash flood tragedy: Sudden rise in river water levels - Sinardaily - 10/11 4:22 pm

HULU SELANGOR "Everything happened so quickly that all we could do was stand and watch," says B. Partiban who survived the incident and witnessed the flash flood at Lata Jebus, Kampung Pertak, on Monday.Partiban, 27, said he was supposed to join his relative, V Vijayan, 36, and several friends for an outing at the waterfall but arrived later than the others."The incident happened at about 5.30pm, when the river current suddenly became stronger," he said when met at the scene.He said he and three friends managed to save themselves after leaving the river area before the water level rose, but did not realise that Vijayan had been swept away by the current.Earlier, four bodies recovered on Tuesday morning were taken to Sungai Buloh Hospital for post-mortem examinations.A police truck was seen leaving the Incident Control Centre (PKTK) at about noon, carrying the bodies.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said the search and rescue (SAR) operation for three more missing victims would continue up to the Selangor River Dam, about three kilometres from the incident site.He said the search focused on the stretch of Sungai Luit from Lata Jebus towards the dam.The first victim, Vijayan, was found at about 1.30am on Tuesday near Pertak Bridge, about 2.7 kilometres from where he was swept away by the current.Four more victims were found at about 9.20am around Jambatan Senget and Jambatan Gantung, about one kilometre from Lata Jebus.However, the identities and nationalities of the four victims had yet to be established.In the incident at about 5.30pm on Monday, eight people comprising one local, one Yemeni, one Sri Lankan, one Nepalese and four Indians were reported missing after being swept away by strong currents.Meanwhile, a Yemeni student who survived the incident said the weather was clear at the time, with no rain or any early signs of a sudden surge in water levels.The 19 year old, identified as Muhammad, said he arrived at the river with five friends before three of them went towards the riverbank to swim."Suddenly, the current became strong





Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh - Sinarharian - 10/11 3:43 pm

SUNGAI BULOH -Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa.Kesemua mayat dibawa menggunakan trak polis selepas ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan susulan kejadian kepala air pada kira-kira jam 5.30 petang Isnin.Setakat ini, lima daripada lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.Sebelum ini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, mangsa pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36, ditemukan pada jam 1.30 pagi, Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus di Lata Jebus.Empat lagi mayat ditemukan sekitar jam 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Menurutnya, operasi berdepan cabaran arus deras yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam untuk surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.Dalam kejadian itu, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Selain itu, seramai 26 individu daripada beberapa kumpulan yang menjalankan aktiviti rekreasi dan pendakian turut dilaporkan terkandas di sekitar kawasan sungai berkenaan sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.





Sungai Pertak water surge: Three victims still missing, search extends to Sungai Selangor Dam - Sinardaily - 10/11 3:40 pm

HULU SELANGOR - The search and rescue (SAR) operation for three more water surge victims at Lata Jebus, Kampung Pertak, has been extended to the Sungai Selangor Dam, about three kilometres from the incident location.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said the search was focused along the Sungai Luit stretch from Lata Jebus towards the dam.The search distance has been widened to the Sungai Selangor Dam, covering about three kilometres along Sungai Luit from the incident location.So far, five of the eight victims reported swept away by the current have been found, while three are still being searched for, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, four bodies were found this morning, with three of them trapped on the riverbank near Senget Bridge, about 950 metres from Lata Jebus, at 9.20am.Another body was found at 10.20am near a suspension bridge, about 50 metres from Senget Bridge or one kilometre from the incident location.The operation to retrieve all four bodies was completed at 11.15am before they were taken to the fire departments forward control post in Kampung Pertak here.Another victim, a 36-year-old local man, was found dead at Pertak Bridge at about 1.30am today.It is understood that all five bodies were sent to Sungai Buloh Hospital for further action.The water surge on Monday evening caused eight people to be reported swept away by the strong current at the location.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Pencarian diteruskan hingga Empangan Sungai Selangor - Bomba - Astroawani - 10/11 3:00 pm

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsayang hilang dalam insiden kepala air di Lata Jebus, Air Terjun Sungai Pertak di Kampung Pertak di Hulu Selangor, diteruskan hingga ke Empangan Sungai Selangor.





Jerantut, Rompin at risk of flooding tomorrow - Sinardaily - 10/11 2:36 pm

KUANTAN Flooding is expected in parts of Jerantut and Rompin from 1am tomorrow until 11.59pm on Nov 14.The National Flood Forecasting and Warning Centre (PRABN), under the Department of Irrigation and Drainage (JPS), said the forecast involved areas along the Rompin and Pahang River basins, particularly low-lying areas at risk.In a statement, it said the forecast was based on the Continuous Rain Warning (Alert Level) issued by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) at 8.30am and JPS flood forecasting models."Among the locations at risk of flooding in Rompin are low-lying areas within a five-kilometre radius of the Rompin River basin, including Kampung Aur, Kampung Meripoh, Kampung Tebu Hitam, Pantai Bernas, Kampung Ayau, Leban Chondong, Kampung Gading and Kampung Sarang Tiong."Other locations are low-lying areas within a five-kilometre radius of the Pahang River basin, including Kampung Mikang, Kampung Buluh Nipis, Kampung Simpang Sepayang, Kampung Sepayang, Kampung Tebu Hitam, Kampung Tengah, Kampung Tekek, Perumahan Murah Kampung Tekek, Kampung Serinkin and Kampung Janglau 1, 2 and 3," the statement said.In Jerantut, the locations forecast to be at risk include low-lying areas within a five-kilometre radius of the Pahang River basin.The statement said these areas included Perumahan Felda Jengka 24 in Block 11, Taman Ria, Perumahan Sungai Jan and Felda Gelanggi 1 and 3."Other locations include Kampung Baharu, Kampung Besul, Kampung Jerangsang, Kampung Sungai Siam, Kampung Lata Kasah, Kampung Kuala Pengau, Kampung Kuala Teh, Kampung Batu Balai, Kampung Sempadan, Felda Sungai Retang, Felda Padang Piol and Kampung Paya Garuk," it said.PRABN said JPS would continue monitoring the situation and issue flood warnings if significant rainfall persisted in the river basins."Flooding may occur earlier or later than forecast





Tiga identiti mangsa kepala air Sungai Pertak dikenal pasti - Sinarharian - 10/11 2:35 pm

HULU SELANGOR Identiti tiga daripada lima mangsa yang ditemukan meninggal dunia selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini pada Isnin, sudah dikenal pasti.Mangsa pertama ditemukan ialah V Vijayan, 36, yang dijumpai anggota bomba di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi Selasa, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, dua lagi mangsa yang dikenal pasti ialah Kapali, 49, warga Nepal dan B Kunjanmalayil, 35, warga India."Dua lagi mangsa yang telah ditemui belum dapat dikenal pasti identitinya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, operasi pada Selasa membabitkan 45 anggota JBPM, 25 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga anggota polis dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Batang Kali.Turut terlibat tiga anggota Pejabat Tanah Hulu Selangor, tiga anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan dua malim gunung.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Senarai mangsa dihanyutkan1





Tragedi kepala air: Tiga mangsa masih hilang, pencarian hingga Empangan Sungai Selangor - Sinarharian - 10/11 1:48 pm

HULU SELANGOR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak, diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pencarian tertumpu sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus ke arah empangan berkenaan."Jarak pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian."Setakat ini, lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan, manakala tiga lagi masih dicari," katanya ketika ditemui di lokasi pada Selasa.Terdahulu, empat mayat ditemukan pagi tadi, dengan tiga daripadanya tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan pada jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, kira-kira 50 meter dari Jambatan Senget atau satu kilometer dari lokasi kejadian.Operasi membawa keluar keempat-empat mayat selesai pada jam 11.15 pagi sebelum dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak di sini.Seorang lagi mangsa, lelaki tempatan berusia 36 tahun, ditemukan meninggal dunia di Jambatan Pertak kira-kira jam 1.30 pagi tadi.Difahamkan, kesemua lima mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.Kejadian kepala air petang semalam menyebabkan lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus deras di lokasi.





Tragedi kepala air: Arus sungai naik mendadak - Sinarharian - 10/11 1:12 pm

HULU SELANGOR "Kami hanya mampu berdiri dan melihat arus deras yang berlaku secara tiba-tiba."Demikian kata B Partiban, 27, yang terselamat dan menyaksikan detik cemas kejadian kepala air di Lata Jebus, Kampung Pertak di sini pada Isnin.Partiban berkata, beliau sepatutnya menyertai saudaranya, V Vijayan, 36, bersama beberapa rakan untuk beriadah di kawasan air terjun berkenaan, namun tiba lewat berbanding mangsa lain."Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang, ketika itu arus sungai meningkat mendadak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurutnya, dia bersama tiga rakannya sempat menyelamatkan diri selepas keluar lebih awal dari kawasan sungai sebelum paras air meningkat, namun tidak menyedari Vijayan dihanyutkan arus.Terdahulu, empat mayat yang ditemukan pagi Selasa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.Sebuah lori polis dilihat meninggalkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kira-kira jam 12 tengah hari dengan membawa mayat berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga lagi mangsa yang masih hilang diteruskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.Beliau berkata, pencarian tertumpu di sepanjang aliran Sungai Luit dari Lata Jebus menuju ke empangan berkenaan.Pencarian diperluaskan sehingga ke Empangan Sungai Selangor, meliputi kira-kira jarak tiga kilometer sepanjang Sungai Luit dari lokasi kejadian.Mangsa pertama, Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan arus.Empat lagi mangsa ditemukan kira-kira jam 9.20 pagi di sekitar kawasan Jambatan Senget dan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Bagaimanapun, identiti serta kewarganegaraan empat mangsa berkenaan belum dikenal pasti.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.Sementara itu, seorang pelajar warga Yemen yang terselamat dalam kejadian berkenaan berkata, keadaan cuaca ketika itu baik dan tidak hujan, malah tiada sebarang petanda awal berlakunya kepala air.Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad, 19, berkata, dia tiba di sungai berkenaan bersama lima rakannya sebelum tiga daripada mereka pergi ke kawasan tebing untuk mandi-manda."Tiba-tiba arus deras, dua daripada rakan kami berjaya menyelamatkan diri, namun seorang lagi masih hilang dan belum diketahui statusnya," katanya.





Empat mayat mangsa kepala air berjaya dibawa keluar - Sinarharian - 10/11 11:47 am

HULU SELANGOR - Empat mayat mangsa kejadian kepala air di Lata Jebus, Sungai Luit, Kampung Pertak, berjaya dibawa keluar dari lokasi penemuan pada jam 11.15 pagi tadi, manakala tiga lagi mangsa masih hilang.Tinjauan di lokasi mendapati tiga mayat ditemukan tersangkut di tebing sungai berhampiran Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari lokasi kejadian di Lata Jebus, pada jam 9.20 pagi.Satu lagi mayat ditemukan kira-kira jam 10.20 pagi berhampiran sebuah jambatan gantung, terletak 50 meter dari Jambatan Senget atau kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Kesemua mayat kemudian dibawa ke Pos Kawalan Hadapan Bomba di Kampung Pertak selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai pada jam 11.15 pagi.Identiti keempat-empat mangsa masih belum dikenal pasti.Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi.Penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah ditemukan.Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang hilang.Dalam kejadian petang Isnin, lapan individu dilaporkan dihanyutkan arus susulan kejadian kepala air di beberapa lokasi sekitar Sungai Pertak.Mangsa yang dilaporkan hilang terdiri daripada seorang warga Yemen, empat warga India, seorang warga Nepal, seorang warga Sri Lanka dan seorang lelaki tempatan.Selain mangsa yang dihanyutkan arus, beberapa kumpulan pengunjung turut dilaporkan terkandas di kawasan Lata Jebus, Kem Sungai Luit dan Gunung Rajah.Operasi SAR dijalankan oleh JBPM bersama beberapa agensi penyelamat lain.





Sungai Pertak water surge: Four more victims found, five of eight now located - Sinardaily - 10/11 11:11 am

HULU SELANGOR - Four more victims of the flash flood at Sungai Pertak in Kuala Kubu Bharu were found drowned on Tuesday morning, bringing the number of victims found so far to five out of the eight reported swept away by the current.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant director of operations Ashrul Riezal Asbar said three victims were found trapped near Senget Bridge, close to the Sungai Luit camp site, at about 9.20am.Another victim was found near the same area at 10.20am, about 1.2 kilometres from the incident location.All the victims are now being retrieved by search and rescue (SAR) team members, he told reporters at the scene on Tuesday.Earlier, a local man identified as V Vijayan, 36, was found dead near Pertak Bridge at about 1.30am.Ashrul Riezal said the SAR operation continued this morning, with the search area divided into four sectors.Sector A covers the area from Lata Jebus to Lubuk Pertak, while Sector B runs from Lubuk Pertak to Dam Bridge.Sector C covers the Dam Bridge area and Sector D the dam area, he said.In the incident on Monday evening, eight people were reported swept away by the current following flash floods at several locations around Sungai Pertak.The missing victims comprised a Yemeni national, four Indian nationals, a Nepali national, a Sri Lankan national and a local man.Besides those swept away, several groups of visitors were also reported stranded at Lata Jebus, Sungai Luit Camp and Gunung Rajah.The SAR operation is being carried out by JBPM together with several other rescue agencies.





Sungai Pertak water surge: One found drowned, seven still missing - Sinardaily - 10/11 10:57 am

KUALA LUMPUR - One of the eight individuals reported missing following a surge water at Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, near here yesterday, was found drowned near the Pertak Bridge this morning.Selangor Fire and Rescue Department (JBPM) assistant operations director, Asrul Riezal Asbar, said the victim, a local man identified as V. Vijayan was discovered about 2.7 kilometres from the spot where he was swept away at Lata Jebus."A total of 19 individuals, comprising four separate groups stranded in the area, were successfully rescued at 12.16 am today, he said when contacted.Earlier, media reports indicated that during an incident at approximately 5.55 pm yesterday, eight people consisting of one Yemeni national, one local, one Sri Lankan, one Nepalese, and four Indian nationals went missing after being swept away by the current.He added that the search and rescue (SAR) operation resumed this morning, with the search area divided into four sectors around the incident site to locate the seven remaining missing individuals





Lelaki tempatan ditemui lemas, SAR kepala air Sg Pertak dibahagi 4 sektor - FMT - 10/11 9:11 am

Operasi SAR tujuh lagi mangsa diteruskan dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor dari Lata Jebus ke Lubuk Pertak, Jambatan Dam dan kawasan empangan.





Kepala air Sungai Pertak: Seorang ditemukan lemas, tujuh lagi masih hilang - Astroawani - 10/11 8:50 am

Mangsa ditemukan kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi dia dihanyutkan di Lata Jebus.





Tragedi kepala air Sungai Pertak: Mangsa pertama ditemukan maut, tujuh masih hilang - Sinarharian - 10/11 8:43 am

HULU SELANGOR Mangsa pertama yang dilaporkan hilang dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak di sini ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak pada Selasa.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, lelaki tempatan dikenali sebagai V Vijayan ditemukan kira-kira jam 1.30 pagi ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan."Mangsa dijumpai dalam jarak 2.7 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Lata Jebus





8 mangsa hilang dihanyutkan arus deras, 19 terkandas akibat kepala air - Sinarharian - 10/11 7:05 am

HULU SELANGOR Seramai lapan individu dilaporkan hilang dibawa arus deras, manakala 19 lagi terkandas selepas kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Pertak di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang, seramai 34 individu dalam kumpulan berasingan terlibat dengan insiden berkenaan, termasuk tujuh mangsa yang dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu."Maklumat awal pada jam 6.37 petang, membabitkan lima warga Yaman yang melakukan aktiviti pendakian, seorang dilaporkan dihanyutkan arus manakala empat lagi selamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, tiga minit kemudian, pihak bomba menerima satu lagi laporan membabitkan tujuh mangsa terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan dihanyutkan arus."Manakala tujuh lagi individu terkandas," katanya.Beliau berkata, kesemua 19 individu yang terkandas di tiga lokasi iaitu Lata Jerlus, Kem Luit dan Gunung Rajah berjaya dibawa turun ke kawasan selamat."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras," katanya.





39 Kedah waterfalls, river recreation areas at risk of sudden water surges - Sinardaily - 5/11 4:03 pm

ALOR SETAR A total of 39 waterfall and river recreation areas across Kedah have been identified as being at risk of sudden water surges amid the current unpredictable weather.Kedah Fire and Rescue Department director Senior Assistant Commissioner Awang Hidzel Awang Bujang said 90 flood-prone locations statewide had also been identified ahead of the 2026/2027 Northeast Monsoon (MTL).He said the department had prepared 2,032 personnel to ensure swift and effective rescue operations in the event of a disaster




Reformasi     >>



Quit instead of pressuring PM to dissolve Parliament, .. - Mkini
DAP will leave Loke's replacement to Anwar, he adds.
Kroni     >>



MGB wins two construction safety awards at QUEST 2026 - NST
KUALA LUMPUR: MGB Bhd, a subsidiary of LBS Bina Group Bhd, has won two Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC) Safety Excellence Awards at QUEST 2026, recognising its commitment to workplace safety and health across its construction projects.
Tabloid     >>



Najib Perlu Patuhi Empat Kategori Syarat Ketat .. - Siakapkeli
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mematuhi empat kategori syarat sepanjang menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah. Me...
Tech     >>



Nvidia shares rebound as Jensen Huang faces scrutiny .. - Cnbc
Investors are assessing whether CEO Jensen Huang's affair will have spillover effects on Nvidia's business.
World     >>



Nvidia board meeting to decide CEO Jensen Huangs fate .. - Cnbc
Nvidia's board is meeting days after CEO Jensen Huang admitted to an affair with a woman who is believed by U.S. intelligence of being a Chinese spy.
Motor Trend     >>



Toyota Rush Facelift Dijangka Dilancarkan di .. - Careta
Petunjuk mengenai kehadiran model tersebut muncul menerusi imej teaser yang dipaparkan Toyota Astra Motor (TAM) menjelang pameran berkenaan. Memetik laporan Otodream bertajuk Toyota Rush Baru Siap Meluncur di Gaikindo Auto Week 2026, Intip Bocoran Ubahannya, Pengurus Perhubungan Awam TAM, Suci