![]() |
/// |
|
Search : Koroner News | Page 1 |
Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian - Mgazette - 11/09 3:33 pm # Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian PAPAR - Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini |
Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian - SUN - 11/09 1:48 pm PAPAR: Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di sini. Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues itu tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak terlibat |
Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian - Astroawani - 11/09 12:15 am Prosiding inkues bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah SMKA Tun Datu Mustapha. |
Inkues Zara: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian - FMT - 11/09 12:08 am Lawatan ke asrama SMK Agama Tun Datu Mustapha itu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden menimpa Zara Qairina Mahathir. |
[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari keenam - Astroawani - 11/09 12:00 am Koroner, pendakwa raya, polis forensik dan JBPM hadir di lokasi untuk mendapatkan gambaran jelas sebelum prosiding disambung di mahkamah. |
Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian - Sinarharian - 11/09 11:12 am PAPAR - [DIKEMAS KINI] Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di sini.Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues itu tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak terlibat.Terdahulu, pegawai-pegawai pengendali inkues diketuai Timbalan Pendakwa Raya II, Datuk Badius Zaman Ahmad tiba pada 8.29 pagi.Pasukan Polis Forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut kelihatan memasuki pekarangan kawasan sekolah sebelum menuju ke asrama terbabit.Lawatan itu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden malang menimpa Allahyarham Zara Qairina.Sesi itu dijangka mengambil masa masa dua hingga tiga jam, sebelum prosiding inkues diteruskan di Mahkamah Koroner di sini pada 2 petang.Kira-kira 20 pengamal media turut berada di luar kawasan sekolah seawal 7 pagi, bagaimanapun media tidak dibenarkan memasuki di dalam kawasan sekolah.Zara Qairina,13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.Lebih kurang dua jam, kesemua pihak yang terlibatdilihat meninggalkan kawasan sekolah pada11.50 pagi.Pakar Patologi Dr Jessie Hiu yang juga saksi pertama dalam prosiding inkues turut hadirdi lokasi kejadian.Dr Jessie yang berkhidmat sebagai Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998 ialahseorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itupada 10 Ogos lepas |
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi kaki patah, kepala tercabut .. - Mgazette - 11/09 7:21 am # Inkues Zara Qairina: Patung simulasi kaki patah, kepala tercabut dikemukakan di mahkamah KOTA KINABALU - Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini |
Telefon awam asrama Zara Qairina ditutup 2 hari selepas kejadian - Mgazette - 11/09 7:21 am # Telefon awam asrama Zara Qairina ditutup 2 hari selepas kejadian KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir |
Inkues Zara Qairina: Telefon awam asrama ditutup dua hari - Astroawani - 10/09 5:24 pm Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas. |
Inkues Zara Qairina: Telefon awam asrama ditutup dua hari - Sinarharian - 10/09 4:36 pm KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Perkara itu didedahkan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja tersebut.Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?Linah: Mereka guna telefon awam...ada juga yang pinjam telefon saya".Shahlan: Mereka guna duit syiling?Linah: "Tidakmereka guna kad |
Inkues: Arwah Zara Qairina kali terakhir dilihat di tandas tingkat 3 - .. - Hmetro - 10/09 2:07 pm Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan berkenaan pada awal pagi 16 Julai lalu |
Zara ditemui dalam longkang, tak sedarkan diri, Mahkamah Koroner diberitahu - FMT - 10/09 1:57 pm Pengawal keselamatan, Linah Mansoding @ Jaliha berkata bahagian tengkuk Zara Qairina Mahathir juga berdarah ketika ditemui kira-kira 3 pagi, 16 Julai lepas. |
Zara Qairina ditemukan dalam longkang, tidak sedarkan diri - pengawal .. - Hmetro - 10/09 1:29 pm Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, yang dia menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lepas |
Inkues Zara Qairina: Allahyarham ditemukan berhampiran longkang, tidak sedarkan diri - Pengawal keselamatan - Astroawani - 10/09 1:16 pm Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, yang dia menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang dekat longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri. |
Zara Qairina ditemukan di longkang, tidak sedarkan diri - Pengawal keselamatan - Sinarharian - 10/09 1:07 pm KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Rabu, yang dia menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lepas.Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012 berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 2 pagi, dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku."Saya kemudian bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang merupakan asrama perempuan untuk membuat rondaan seterusnya," katanya yang bertugas dari 8 malam pada 15 Julai hingga 8 pagi, 16 Julai lepas.Linah berkata, kira-kira jam 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.Wanita berkenaan berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu."Saya terus bergegas ke asrama berkenaan dan mendapati seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Zara terlentang di dalam longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata warga emas berkenaan.Saksi keenam itu berkata, dia kemudian segera menghubungi Ketua Warden Asrama, Azhari Abd Sagap dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut sebelum mengambil sekeping gambar mangsa dalam keadaan terlentang di dalam longkang."Setelah Ustaz Azhari sampai di lokasi kejadian, beliau segera menghubungi pihak hospital, dan ambulans tiba kira-kira 4 pagi |
[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari kelima - Astroawani - 10/09 12:35 am Inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir bersambung hari ini di Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu. |
Tiada kesan lebam, dera pada tubuh Zara Qairina – Doktor - Mgazette - 10/09 11:13 am # Tiada kesan lebam, dera pada tubuh Zara Qairina - Doktor KOTA KINABALU - Seorang pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth (HQE) memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada kesan lebam atau tanda penderaan ditemukan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina Mahathir semasa menerima remaja itu untuk pemeriksaan pada 16 Julai lepas |
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi kaki patah, kepala tercabut dikemukakan di mahkamah - Astroawani - 10/09 10:55 am Patung yang dibungkus dalam dua bungkusan dibuka Inspektor Siasatan Tempat Kejadian Maidon Bernadus dari IPK Sabah di hadapan Koroner Hakim. |
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi kaki patah, kepala tercabut dikemukakan di mahkamah - Sinarharian - 10/09 10:55 am KOTA KINABALU - Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dikatakan jatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, dibawa pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner,di sini hari ini.Patung berkenaan yang dibungkus dalam dua bungkusan warna coklat, dibuka Inspektor Siasatan Tempat Kejadian Maidon Bernadus dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu.Saksi kelima itu, menunjukkan keadaan patung yang rosak, iaitu di kedua-dua kaki kiri dan kanan patah serta kepala patung tercabut akibat dijatuhkan dari tingkat tiga asrama berkenaan pada 3 Ogos lepas.Semalam, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa beliau bersama pasukannya menjalankan dua simulasi menggunakan patung berkenaan, iaitu pertama dijatuhkan secara tegak lurus dari koridor tanpa tolakan, manakala kedua dengan tolakan minimum ke hadapan.Beliau berkata secara keseluruhan, hasil daripada simulasi mendapati, simulasi pertama, iaitu jatuhan patung ke bawah tanpa daya tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa hasil siasatan awal, yang dilaksanakan oleh pegawai penyiasat melalui taklimat ringkas diberikan pada awalnya |
Inkues Zara: Mannequin hasil simulasi jatuhan jadi tumpuan prosiding hari ini - Thempress - 10/09 9:48 am KOTA KINABALU Prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu pada Rabu, menyaksikan polis membawa masuk patung (mannequin) sebagai bahan bukti simulasi… |
Inkues Zara Qairina: Patung simulasi rosak dijangka dibawa ke Mahkamah Koroner - Sinarharian - 10/09 7:16 am KOTA KINABALU - Prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir memasuki hari kelima pada Rabu di Mahkamah Koroner, bersambung dengan keterangan daripada pegawai polis, Inspektor Maidon Bernados dari Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.Maidon, saksi atau deponan kelima inkues, dipanggil untuk disoal oleh pasukan-pasukan peguam yang menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding tersebut.Perbicaraan yang berlangsung setengah hari itu dijangka menumpukan kepada simulasi dan patung yang digunakan menerusi dua rakaman video yang dipaparkan di mahkamah pada Selasa.Simulasi berkenaan dijalankan oleh pasukan yang diketuai Maidon di lokasi kejadian sekitar jam 3 pagi, 3 Ogos lalu.Susulan simulasi itu, pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, serta peguam bagi bapa, Mahathir Hashim @ Marikin memaklumkan akan menyoal saksi dalam prosiding tersebut.Kedua-dua pihak ibu dan bapa masing-masing diwakili peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser serta Sherzali Asli, bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Sementara itu, peguam Joan Goh yang mewakili salah seorang daripada lima remaja tertuduh turut akan menyambung soalan kepada saksi berhubung penggunaan patung tersebut, yang dimaklumkan telah rosak selepas simulasi dijalankan.Pasukan itu turut dibarisi Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan manakala empat lagi tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.Kesemua pasukan berperanan sebagai pihak berkepentingan dalam inkues bagi merungkai punca kematian pelajar Tingkatan Satu berkenaan pada 17 Julai lalu.Inkues yang berjalan sepanjang bulan ini dikendalikan oleh Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad, bersama Timbalan Pendakwa Raya Raya Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. |
Doktor sahkan Zara Qairina hilang upaya bernafas, tahap sedar paling rendah - SUN - 9/09 9:40 pm KOTA KINABALU : Pegawai perubatan yang mengesahkan kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pelajar Tingkatan Satu itu berada pada tahap sedar paling rendah apabila hilang upaya untuk bernafas sendiri |
Inkues Zara Qairina: Peguam ingatkan jangan buat kesimpulan melulu terhadap saksi - Sinarharian - 9/09 8:02 pm Kita tidak seharusnya menilai sesuatu hanya pada luaran."Keterangan perlu dilihat berdasarkan konteks, kekuatan serta keterbatasan setiap saksi. Perlu difahami bahawa prosiding inkues ini ditetapkan berlangsung sepanjang bulan ini, dan mungkin juga akan bersambung pada tarikh lain bergantung kepada keperluan," katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu pada Selasa.Sehubungan itu, Mohd Syarulnizam menegaskan bahawa semua pihak perlu berhati-hati dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan."Jika perlu, kami akan membawa pemeriksa dan saksi bebas kami sendiri, tertakluk kepada kelulusan pegawai pengendali serta Mahkamah Koroner |
Keadaan Zara Qairina merosot, meninggal dunia 17 Julai - Doktor - Sinarharian - 9/09 7:39 pm KOTA KINABALU - Pegawai Perubatan Jabatan Neurosurgeri Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Pavankumar Balachandran dalam keterangan bertulisnya ketika prosiding inkues mengesahkan keadaan Zara Qairina Mahathir semakin merosot sebelum meninggal dunia pada 17 Julai lalu.Dr Pavankumar merupakan saksi keempat dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang berlangsung pada minggu kedua di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Menurutnya, pesakit dirawat bersama oleh pasukan pelbagai unit melibatkan kepakaran Jabatan Kecemasan, Pembedahan Am, Ortopedik dan Bius Am."Selepas penilaian dilakukan oleh pasukan Neurosurgeri, satu perbincangan bersama keluarga telah diadakan untuk menerangkan keadaan kritikal pesakit."Keluarga dimaklumkan secara terperinci mengenai ketiadaan refleks pada batang otak, iaitu petanda keadaan pesakit amat kritikal dengan peluang untuk pulih yang sangat tipis |
Inkues Zara Qairina: Mahkamah setuju saksi kanak-kanak dirujuk guna huruf .. - Hmetro - 9/09 6:58 pm Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner dijangka mengenakan langkah bagi melindungi identiti kanak-kanak yang terbabit dalam inkues kematian remaja perempuan berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir |
Patung diguna untuk simulasi Zara Qairina rosak, hasilkan bunyi 'boom' - Sinarharian - 9/09 6:32 pm KOTA KINABALU - Patung yang digunakan bagi membuat simulasi untuk menggambarkan keadaan Allahyarham Zara Qairina Mahathir ketika terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar dilaporkan telah rosak.Pegawai polis, Inspektor Maidon Bernados yang menjalankan simulasi itu semula di lokasi kejadian berkata, bunyi yang terhasil ketika patung berkenaan dijatuhkan adalah bunyi hentakan yang kuat."Ia bunyi jatuhan 'boom' yang kuat," katanya ketika menjawab soalan peguam, Datuk Ram Singh semasa prosiding inkues yang berlangsung di sini pada Selasa.Ditanya lanjut oleh Ram sama ada bunyi itu kuat disebabkan objek tersebut adalah patung dan bagaimana pula bunyinya jika ia manusia, beliau menjawab:"Ya (sebab patung). Sama juga (kuat jika manusia), ya mungkin sama," katanya sambil meminta agar patung itu dibawa pada prosiding seterusnya yang dijadualkan Rabu.Koroner, Amir Shah Amir Hassan dalam pada itu berkata, jika patung tersebut masih ada ia boleh dibawa ke mahkamah.Dalam keterangannya juga, Maidon turut membuat pengecaman gambar kedudukan Zara Qairina ketika ditemui di tingkat bawah bangunan asrama, selepas ditanya Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad yang bertindak sebagai pegawai pengendali prosiding tersebut.Beliau turut diminta menjelaskan sebab kembali ke lokasi kejadian untuk membuat simulasi pada waktu yang sama dengan kejadian sebenar iaitu sekitar jam 3 pagi."Saya mengambil masa membuat simulasi pada jam 3 pagi untuk sama dengan masa kejadian sebenar," katanya.Namun, beliau menjelaskan bahawa tiada pelajar berada di lokasi semasa simulasi kerana ia dijalankan pada hujung minggu ketika semua pulang ke rumah masing-masing.Selain itu, Maidon memaklumkan bahawa patung digunakan dalam simulasi tersebut dipinjam dari Hospital Queen Elizabeth dan kini sudah rosak.Sementara itu, pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, serta pasukan peguam yang mewakili bapa, Mahathir Hashim @ Marikin, memaklumkan akan meneruskan prosiding dengan menyoal saksi berkenaan pada Rabu.Pasukan peguam kedua-dua belah pihak ibu dan bapa Zara Qairina masing-masing diwakili oleh Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Farrah Nasser serta Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Ram pula sebagai wakil salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina hadir bersama pasukannya iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala empat lagi tertuduh diwakili Azhier Farhan Arisin dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah.Kesemua pasukan tersebut merupakan pihak berkepentingan dalam inkues bagi merungkai kematian pelajar Tingkatan Satu itu pada 17 Julai lalu.Inkues sepanjang bulan ini turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bertindak sebagai pegawai pengendali, iaitu Dana Arabi Wazani, Mohd Fairuz Johari dan Dena Dacia Jane. |
Simulasi jatuhan patung tanpa tolakan hampir sama kedudukan Zara Qairina - Sinarharian - 9/09 5:32 pm KOTA KINABALU - Dua video dipaparkan di Mahkamah Koroner di sini menunjukkan simulasi patung dijatuhkan dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah di Papar, bagi menggambarkan insiden Allahyarham Zara Qairina Mahathir terjatuh pada hari kejadian.Video simulasi itu dimainkan selepas pegawai polis, Inspektor Maidon Bernados dari Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian, membacakan kenyataan bertulisnya di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Menurut kenyataan bertulisnya, pada 2 Ogos lalu beliau menerima permohonan daripada pegawai penyiasat bagi kes kematian mengejut di asrama sekolah terbabit di Kinarut, Papar untuk membuat pemeriksaan tempat kejadian."Pada jam kira-kira 3 pagi, 3 Ogos 2025, saya selaku ketua pasukan bersama anggota lain daripada D10 IPK Sabah telah pergi ke lokasi untuk proses bina semula tempat kejadian serta simulasi."Bina semula tempat kejadian (simulasi) dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden," katanya pada Selasa.Turut hadir, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar termasuk pegawai penyiasat dan wakil warden asrama sekolah berkenaan.Simulasi menggunakan patung seberat 10 kilogram yang ditambah pemberat menggunakan batu bata sehingga mencecah kira-kira 53 kilogram, menyerupai berat fizikal mangsa.Patung setinggi 180 sentimeter itu melebihi 27 sentimeter daripada ketinggian sebenar Zara Qairina (153 sentimeter)."Pembinaan semula tempat kejadian dilakukan pada anggaran masa sebenar insiden berlaku iaitu sekitar jam 3 pagi dengan pencahayaan terang daripada lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik," katanya.Maidon berkata, dua simulasi dijalankan pertama, patung dijatuhkan terus tanpa tolakan; kedua, patung dijatuhkan dengan tolakan minimum ke hadapan."Hasil simulasi pertama, jarak antara kedudukan jatuhan patung dengan dinding bangunan asrama di aras bawah lebih kurang 2.14 meter."Manakala hasil simulasi kedua, jaraknya lebih kurang 3.45 meter," katanya.Beliau menegaskan, hasil simulasi pertama adalah hampir sama dengan kedudukan mangsa berdasarkan siasatan awal pegawai penyiasat."Jatuhan patung tanpa tolakan atau dorongan adalah hampir dengan kedudukan mangsa |
Inkues: Tiada 'kecederaan kod bar' pada tubuh Zara Qairina - Saksi - Hmetro - 9/09 3:48 pm Kota Kinabalu: Pegawai perubatan yang pertama memeriksa Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini, hari ini, beliau tidak melihat sebarang kecederaan berbentuk jalur selari seperti kod bar atau barcode injuries pada tubuh pelajar tingkatan satu itu |
Doktor sahkan Zara Qairina masih hidup pada 16 Julai lalu di hospital - Sinarharian - 9/09 1:26 pm KOTA KINABALU - Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Janefer Voo mengesahkan Zara Qairina Mahathir masih hidup ketika berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) berdasarkan dokumen pada 16 Julai lalu.Beliau berkata demikian dalam kenyataan ketika disoal peguam Datuk Ram Singh yang mewakili salah seorang lima remaja yang dituduh dalam kes berkaitan pelajar Tingkatan Satu itu.Ram dalam soalannya bertanya adakah Zara Qairina masih hidup ketika kali terakhir dilihat pada 16 Julai seperti tarikh yang diletakkan dalam laporan perubatan yang disediakannya."Ya, secara teknikalnya pada waktu itu jam 6.40 pagi saya tidak berada di Jabatan Kecemasan HQE kerana syif saya sudah tamat tetapi berdasarkan dokumentasi, ya dia masih hidup," kata Dr Janefer dalam sesi keterangannya di Mahkamah Koroner, di sini, pada Isnin.Sebelum itu, Dr Janefer ketika ditanya Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad yang bertindak sebagai pegawai pengendali memberitahu mahkamah bahawa laporan perubatan itu disediakannya sendiri memandangkan beliau merupakan doktor pertama yang menerima pesakit tersebut.Dr Janefer dalam pada itu turut menjelaskan mengenai hasil imbasan tomografi berkomputer (CT scan) iaitu bahagian otak menunjukkan pendarahan dan bengkak pada otak serta tiada patah pada tengkorak dan tulang leher."CT scan abdomen dan pelvis menunjukkan patah tulang lumbar dua, tiga dan empat serta darah beku pada pelvis dan otot psoas kiri |
Inkues Zara Qairina: Tiada kesan lebam, dera pada tubuh - Doktor - Astroawani - 9/09 11:35 am Seorang pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) memberitahu Mahkamah Koroner bahawa tiada kesan lebam atau tanda penderaan ditemukan pada tubuh Allahyarham Zara Qairina. |
Tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh Zara Qairina - Doktor - Sinarharian - 9/09 11:02 am KOTA KINABALU - Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr Janefer Voo memberitahu Mahkamah Koroner di sini, bahawa beliau menerima pesakit perempuan bernama Zara Qairina Mahathir yang dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 4.38 pagi 16 Julai lalu.Dr Janefer merupakan saksi ketiga dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang berlangsung pada minggu kedua di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan.Menurut beliau, pesakit tersebut telah dijumpai di tingkat bawah asrama sekolah dan hasil pemeriksaan mendapati selain tidak sedarkan diri, bahagian belakang kepala pesakit cedera, bengkak dan berdarah."Pesakit patah tulang tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah tulang terbuka pada buku lali sebelah kaki kiri dan patah tulang tertutup pada buku lali sebelah kaki kanan."Selepas pemeriksaan dijalankan, 'Trauma Alert' telah diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada jam 4.42 pagi pada tarikh sama untuk rujukan segera kepada pasukan daripada Jabatan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan, dan Anestesiologi |
Inkues: Peguam bangkitkan isu kesan darah pada kertas tulisan Zara Qairina - Hmetro - 8/09 8:07 pm Kota Kinabalu: Kesan darah dipercayai terdapat pada helaian kertas mengandungi tulisan Zara Qairina Mahathir selepas bahan kes itu dipaparkan pada sesi prosiding hari ketiga di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini |
Inkues: Jabatan Kimia analisis 21 dokumen bertulisan tangan, buku milik Zara Qairina - Hmetro - 8/09 11:31 am Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu sebanyak 21 beg barang kes Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengandungi kertas bertulisan tangan diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia di Petaling Jaya, Selangor |
Individu Kongsi Lakaran Model 3D Lokasi Kematian Zara Qairina Untuk Orang Ramai Faham - Lobakmerah - 5/09 8:00 am Penjelasan pakar patologi Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu dalam Mahkamah Koroner semalam menarik perhatian ramai |
Pakar Patologi Serah Mahkamah Tentukan Zara Qairina Jatuh Kerana Bunuh Diri atau Sebaliknya - Murai - 4/09 11:30 pm Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir berpunca daripada tindakan membunuh diri atau sebaliknya berlaku atas kerelaan sendiri |
Phenytoin lazim diberi kepada pesakit kecederaan otak serius – Pakar Patologi - Thempress - 4/09 9:00 pm KOTA KINABALU – Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa pengunaan ubat phenytoin lazimnya bagi kegunaan pesakit yang mengalami kecederaan otak traumatik serius |
Inkues Zara Qairina: Biar mahkamah tentukan sama ada bunuh diri atau sebaliknya - Saksi - Astroawani - 4/09 7:41 pm Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh d |
Inkues Zara Qairina: Biar mahkamah tentukan sama ada bunuh diri atau sebaliknya - Saksi - SUN - 4/09 7:34 pm KOTA KINABALU: Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh diri atau sebaliknya |
Inkues Zara Qairina: Biar mahkamah tentukan sama ada bunuh diri atau sebaliknya - Saksi - Sinarharian - 4/09 7:25 pm KOTA KINABALU - Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada remaja itu telah membunuh diri atau sebaliknya.Dr Jessie Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, pada 10 Ogos lepas berkata demikian menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina.Ram: Sekiranya bukan disebabkan kemalangan atau didorong ketika berdiri atau duduk di atas penghadang, adakah kemungkinan si mati jatuh sendiri? Dr Hiu menjawab, "Ia terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya."Ram: Pendek kata, mengikut apa sahaja definisi sekalipun, adakah situasi yang melibatkan si mati ini boleh dianggap sebagai bunuh diri, memandangkan tiada kemalangan atau tolak? Saya bertanya kerana anda seorang pakar.Dr Hiu: Jawapan saya tetap sama, terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.Ditanya mengenai bau mayat yang mereput, Dr Hiu mengakui "ia berbau busuk", bagaimanapun pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina membantah soalan terbabit kerana ia tidak relevan |
Zara terjun atau tidak, pakar serah Mahkamah Koroner tentukan - FMT - 4/09 5:24 pm Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu menjawab soalan peguam mengenai kemungkinan si mati membunuh diri. |
Kecederaan Zara Qairina sepadan akibat jatuh, bukan dipukul - Pakar patologi - Astroawani - 4/09 3:20 pm Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada m |
Kecederaan Zara Qairina sepadan akibat jatuh, bukan dipukul - Pakar patologi - Sinarharian - 4/09 3:19 pm KOTA KINABALU - Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa remaja berusia 13 tahun itu dipercayai sama ada melompat atau bergayut sebelum ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu.Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, berkata, kesimpulan itu dibuat berdasarkan kedudukan serta lokasi penemuan mangsa.Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan pegawai pengendali kes, Timbalan Ketua Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu itu.Dalam keterangannya semalam, Dr Hiu menjelaskan bahawa berdasarkan ketinggian dan kelebaran penghadang konkrit, ketinggian palang besi melintang, serta ketinggian mangsa sebelum kematian, adalah berkemungkinan untuk mangsa memanjat penghadang, melintasi palang besi berkenaan, dan berdiri di atasnya.Pada prosiding hari ini, Dr Hiu turut mengesahkan beberapa gambar yang dikemukakan Badius Zaman, iaitu gambar diambil semasa demonstrasi di lokasi kejadian pada 2 Ogos oleh seorang pegawai perubatan yang membantunya dalam siasatan tersebut.Ketika disoal peguam Azhier Farhan Arisin, yang mewakili empat remaja didakwa membuli Zara Qairina, Dr Hiu menegaskan tiada bukti forensik yang menyokong dakwaan bahawa mangsa dipukul hingga pengsan sebelum diletakkan di lokasi kejadian.Apabila ditanya sama ada kecederaan mangsa menyerupai kesan akibat pukulan berulang menggunakan objek tumpul, Dr Hiu menjelaskan bahawa perkara itu tidak dapat dilihat dalam kes ini."Kecederaan patah pada kedua-dua kakinya adalah serius dan memerlukan daya impak yang tinggi, biasanya berlaku akibat jatuh dari tempat tinggi atau kemalangan jalan raya |
Mustahil untuk masukkan Zara Qairina ke dalam mesin basuh ??? Pakar .. - Mgazette - 4/09 2:54 pm # Mustahil untuk masukkan Zara Qairina ke dalam mesin basuh Pakar patologi KOTA KINABALU - Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh |
Pakar beritahu tubuh Zara hanya boleh jatuh di lokasi ditemui jika melompat atau berhayun - Harapandaily - 4/09 1:45 pm Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kedudukan tubuh Zara Qairina Mahathir di lokasi penemuan hanya boleh berlaku sekiranya mangsa sama ada melompat atau berpaut pada sesuatu sebelum berhayun dari tingkat tiga asrama |
Pakar Patologi Tak Percaya Mesin Basuh Boleh Hidup Kalau Berat 53kg - Lobakmerah - 4/09 1:03 pm Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyatakan Mahkamah Koroner tidak percaya bahawa mesin basuh boleh dihidupkan jika individu seberat 53 kilogram (kg) dimasukkan ke dalamnya |
Inkues Zara Qairina - Apa perlu anda tahu - Sinarharian - 4/09 12:40 am Prosiding itu tidak terus-menerus dan ada yang dilangkaui. Namun, jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 18 hari.Ia akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan sebagai Koroner, menggantikan Koroner, Azreena Aziz.Kenapa bukan Hakim tetapi Koroner? Kenapa Inkues, bukan dakwa jenayah?Hari ini kita belajar sama-sama |
Inkues Zara: Patung mannequin dibawa masuk ke mahkamah jadi tumpuan - Thempress - 4/09 12:07 am KOTA KINABALU Sebuah patung model bersaiz manusia mencuri perhatian apabila dibawa masuk ke Mahkamah Koroner hari ini pada prosiding hari kedua inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.… |
Mustahil untuk masukkan Zara Qairina ke dalam mesin basuh - Pakar patologi forensik - Sinarharian - 4/09 11:50 am KOTA KINABALU - Seorang pakar patologi forensik yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah mustahil untuk memasukkan remaja berusia 13 tahun itu ke dalam mesin basuh.Dr Jessie Hiu, 58, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998, berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku disebabkan berat mangsa.Beliau berkata demikian ketika disoal pengendali prosiding, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad, pada hari kedua inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu itu.Badius Zaman: Doktor, adakah anda menjumpai mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian?Dr Hiu: Ya, terdapat satu, di tingkat bawah, berhadapan dengan tangga.Badius Zaman: Doktor, adakah anda tahu saiz mesin basuh itu?Dr Hiu: Ia merupakan mesin basuh domestik, bukan industri.Badius Zaman: Adakah mangsa boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh?Dr Hiu: Saya tidak memeriksa saiz dram mesin basuh tersebut |
Inkues Zara: Pakar tak percaya mesin basuh boleh hidup muatan 53kg - FMT - 4/09 11:49 am Dr Jessie Hiu memberitahu Mahkamah Koroner beliau tidak pasti seseorang dengan berat 53kg boleh dimasukkan dalam mesin basuh domestik. |
Inkues kematian Zara Qairina: Dr Jessie tak percaya mesin basuh boleh .. - Hmetro - 4/09 10:53 am Kota Kinabalu: Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu memberitahu Mahkamah Koroner bahawa beliau tidak percaya mesin basuh boleh dihidupkan jika seseorang dengan berat 53 kilogram (kg) dimasukkan ke dalamnya |
Inkues Zara Qairina: Patung Saiz Kanak-kanak Dilihat Dibawa Masuk Ke Mahkamah Koroner Pagi Ini - Lobakmerah - 4/09 10:11 am Seperti semua sedia maklum, inkues Zara Qairina diteruskan hari ini dan pasukan peguam Datuk Ram Singh dilihat telah membawa masuk sebuah patung bersaiz manusia dengan ketinggian hampir sama seorang kanak-kanak ke Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu, jam 9 pagi tadi |
Zara Qairina tidak mungkin terjatuh atau ditolak – Pakar patologi - Mgazette - 4/09 8:12 am # Zara Qairina tidak mungkin terjatuh atau ditolak - Pakar patologi KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner, di sini, hari ini diberitahu Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya |
Inkues Zara Qairina: Prosedur dan substans kena adil, lengkap - Harapandaily - 3/09 9:51 pm Untuk inkues Zara hari ini, saya akan kupas dua-dua sekali. Mengapa ada pertukaran Koroner? Koroner sebelum ini, Puan Azreena Aziz, tarik diri kerana tinggal di Papar,.. |
Ubat antisawan dikesan dalam tisu buah pinggang Zara Qairina - Sinarharian - 3/09 7:49 pm KOTA KINABALU - Tiada sebarang dadah terlarang dikesan dalam tubuh remaja, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazahnya.Bagaimanapun, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dimaklumkan bahawa ujian makmal mengesan sejenis ubat antisawan dikenali sebagai Phenytoin dalam tisu buah pinggang arwah.Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu berkata, ubat itu lazim digunakan untuk merawat epilepsi, selain diberikan sebagai langkah pencegahan sawan terhadap pesakit mengalami kecederaan otak traumatik teruk."Analisis toksikologi di Jabatan Kimia tidak mengesan sebarang dadah biasa dalam sampel hati si mati |
Zara Qairina tidak mungkin terjatuh atau ditolak - Pakar patologi - Astroawani - 3/09 7:13 pm Mahkamah Koroner diberitahu Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah penghadang konkrit di sepanjang koridor asrama sekolahnya. |
Tiada Dadah Dikesan Dalam Tubuh Zara Qairina, Hanya Ubat Antisawan Phenytoin Dijumpai - Murai - 3/09 7:00 pm Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir akhirnya menyingkap beberapa dapatan penting apabila tiada sebarang dadah dikesan dalam tubuh arwah. Perkara itu dimaklumkan oleh Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, yang menjadi saksi pertama inkues kematian remaja berkenaan di Mahkamah Koroner |
Zara Qairina tidak mungkin terjatuh sendiri secara sengaja atau ditolak Pakar Patologi - Sinarharian - 3/09 6:47 pm KOTA KINABALU - Kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, tidak mungkin berpunca daripada terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga asrama sekolahnya.Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu berkata, hasil pemeriksaan lokasi serta bedah siasat mendapati faktor ketinggian pagar konkrit dan palang besi tidak memungkinkan arwah jatuh dengan cara sedemikian."Ketinggian dari lantai ke palang besi mendatar paling atas yang dipasang pada pagar konkrit tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm), manakala saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm."Perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi atas ialah 36 cm, yang mana ketinggian palang melebihi tiga perempat daripada tinggi si mati dan berada di atas pusat graviti badannya," katanya.Beliau yang berkhidmat sebagai pakar patologi forensik sejak 1998 berkata demikian ketika membacakan keterangan bertulis pada inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner di sini, petang Rabu.Dr Jessie berpandangan, tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak ketika berdiri di tepi pagar konkrit berdasarkan ukuran tersebut.Menurut beliau, berdasarkan ketinggian pagar dan lebar pagar, palang besi serta fizikal mangsa, adalah mungkin Zara Qairina memanjat pagar, melintasi palang besi sebelum berada di atas struktur itu."Saya telah menyediakan laporan pemeriksaan lokasi bersama laporan pemeriksaan bedah siasat," ujarnya.Katanya, laporan lengkap bedah siasat dan pemeriksaan lokasi sudah disediakan selepas beliau meneliti rekod perubatan, termasuk hasil X-ray, imbasan CT (tomografi berkomputer) serta imbasan CTA (tomografi angiogram berkomputer).Tambah Dr Jessie, pemeriksaan lokasi dilakukan pada 2 Ogos lalu di Blok Rabiatul Adawiyah, Asrama Qurratu Ayun, SMKA Tun Datu Mustapha Limauan (TDML), Kinarut.Setakat ini, beliau mengendalikan antara 100 hingga 150 bedah siasat setiap tahun serta pernah menjadi saksi pakar antara 10 hingga 15 kali setahun di pelbagai mahkamah di Sabah dan Labuan.Inkues kematian Zara Qairina bermula Rabu dan Khamis sebelum bersambung pada 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September serta 22 hingga 30 September depan. |
Memahami Istilah Undang-Undang di Sebalik Inkues Kes Zara Qairina - Lobakmerah - 3/09 5:12 pm Namun, dalam mengikuti laporan media, kita sering disajikan dengan pelbagai istilah undang-undang yang kedengaran agak asing. Bagi orang awam yang tidak begitu arif tentang hal perundangan, istilah seperti koroner dan inkues boleh menimbulkan kekeliruan |
[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari pertama - Astroawani - 3/09 3:20 pm Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir bermula di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. |
[TERKINI] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari pertama - Astroawani - 3/09 3:20 pm Inkues bagi menentukan punca kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan bermula di Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu pada R |
Peguam ibu Zara hormati keputusan mahkamah benar peguam bela ikuti inkues - Thempress - 3/09 3:12 pm KOTA KINABALU Peguam ibu Zara Qairina Mahathir, menghormati keputusan Mahkamah Koroner yang menolak bantahan pihaknya dan membenarkan peguam mewakili lima kanak-kanak menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues tersebut |
Pakar patologi saksi pertama inkues kematian Zara Qairina Mahathir - SUN - 3/09 2:26 pm KOTA KINABALU: Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues. Dr Jessie Hiu, seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth pada 10 Ogos lepas, akan memberi keterangan di hadapan Koroner merangkap Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan |
Inkues Kematian Zara Qairina: Ibu Bapa & Peguam Remaja Tertuduh Dibenar Jadi Pihak Berkepentingan - Lobakmerah - 3/09 1:48 pm Prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Allahyarham Zara Qairina memasuki fasa baharu apabila Mahkamah Koroner hari ini membenarkan ibu dan bapa pelajar Tingkatan Satu itu serta peguam lima remaja tertuduh sebagai pihak berkepentingan |
Inkues Zara Qairina: Pasukan pembelaan lima remaja diterima sebagai pihak berkepentingan - Astroawani - 3/09 1:25 pm Mahkamah Koroner membenarkan peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa dalam kes buli pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, diterima sebagai pihak berkepentingan. |
Inkues Zara Qairina: Koroner dijangka lawat lokasi kejadian 11 September .. - Hmetro - 3/09 1:16 pm Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner, di sini, menetapkan Khamis minggu depan untuk lawatan ke lokasi Allahyarham Zara Qairina Mahathir ditemukan tidak sedarkan diri ketika insiden pada awal pagi, 16 Julai lalu |
Inkues Zara Qairina: Pakar patalogi jadi saksi pertama - Sinarharian - 3/09 1:15 pm KOTA KINABALU - Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues yang bermula 2 petang hari ini.Dr Jessie Hiu, seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth pada 10 Ogos lepas, akan memberi keterangan di hadapan Koroner merangkap Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.Pada sesi pagi hari ini, Koroner Amir Shah turut menetapkan lawatan ke lokasi kejadian pada 11 September depan pada jam 9.30 pagi.Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai.Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |