///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Keseksaan News   Page 1    



Empat termasuk dua beradik didakwa bunuh lelaki di ladang kelapa sawit - Mygazette - 8/09 7:58 am

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa secara bersama membunuh Mohd Badaruddin Md Nayan, 30, di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, di sini, antara 1.30 tengah hari hingga 3 petang, 23 Ogos lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan





Abdul Hadi akan dipanggil beri keterangan ??? Polis Abdul Hadi akan .. - Mygazette - 8/09 7:58 am

Kumar A/L S. Muthuvelu berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998





Pergaduhan maut di Shah Alam: 21 ditahan, 10 lagi masih bebas - Mygazette - 8/09 7:58 am

# Pergaduhan maut di Shah Alam: 21 ditahan, 10 lagi masih bebas SHAH ALAM Polis menahan 21 lelaki tempatan dan merampas pelbagai senjata dalam usaha menyelesaikan dua kes pergaduhan berkumpulan di Alam Megah dan Seri Muda, Shah Alam yang masing-masing mengakibatkan seorang lelaki maut serta seorang lagi cedera. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, daripada jumlah itu, lapan suspek telah dituduh mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan bagi kes kematian, manakala empat lagi dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan bagi kes menyebabkan kecederaan





Polis tahan dua lelaki terlibat kes pecah rumah tiga negeri - Mygazette - 8/09 7:58 am

Polis jugamerampas beberapa barangan dipercayai berkaitan kes antaranya beg, kad pengenalan, mata wang asing, batang joran, komputer riba, telefon bimbit dansebuah kenderaan serta dadah dianggarkan seberat 6.8 gram. Beliau berkata suspek direman hingga 9 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan





Polis akan rakam keterangan Abdul Hadi, siasat dakwaan ditawar AS jatuhkan kerajaan BN - Astroawani - 7/09 10:55 pm

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.





Tular video bertumbuk, dua pekerja syarikat bas ditahan - Sinarharian - 7/09 10:26 pm

KOTA KINABALU - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di sebuah terminal bas di Inanam, di sini, pada Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain memgesahkan menerima laporan berhubung video pergaduhan dua lelaki tersebut yang turut tular di media sosial."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 11.54 pagi melibatkan dua pekerja syarikat bas berusia 38 dan 37 tahun."Pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan mendapatkan penumpang bas di mana kedua-duanya dipercayai bertumbuk tanpa melibatkan sebarang senjata," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Katanya lagi, pemeriksaan awal turut mendapati kedua-duanya tidak mengalami kecederaan."Susulan laporan yang diterima, polis telah menahan kedua-dua lelaki tersebut kira-kira jam 2.30 petang Ahad, bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar," katanya.Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang boleh menganggu ketenteraman awam dan menyelesaikan sebarang perselisihan melalui saluran yang sewajarnya."Dalam masa sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.





Dakwa AS campur tangan: PDRM terima 12 laporan, panggil Abdul Hadi dalam masa terdekat - Sinarharian - 7/09 9:38 pm

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 12 laporan berhubung dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, seramai 12 saksi telah dirakam percakapan.Menurutnya, rakaman percakapan Abdul Hadi akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan."Masyarakat juga digesa untuk menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu berkaitan kenyataan yang boleh menyebabkan kegusaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.Sinar Harian sebelum itu melaporkan Abdul Hadi sedia memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung dakwaannya mengenai campur tangan AS dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dilaporkan berkata, pihak Bukit Aman sudah menghubungi mereka susulan beberapa laporan polis dibuat berhubung dakwaan berkenaan.





Polis siasat Hadi bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi - Hotfm - 7/09 9:33 pm

Bukit Aman berkata, 12 laporan telah diterima mengenai dakwaan presiden PAS, dan percakapan 12 saksi telah dirakam.





Polis siasat Hadi bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi - FMT - 7/09 9:33 pm

Bukit Aman berkata, 12 laporan telah diterima mengenai dakwaan presiden PAS, dan percakapan 12 saksi telah dirakam.





Ceroboh tanah Bukit Lagi: Aktivis dilepaskan dengan jaminan polis - Sinarharian - 7/09 8:21 pm

KANGAR - Aktivis yang direman bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi, di sini dilepaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman dua hari terhadapnya tamat hari ini.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 55 tahun itu dibebaskan pada jam 3 petang tadi."Dua kertas siasatan termasuk kes hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil dikemukakan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Pada Jumaat lepas, polis mengesahkan lelaki yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bagi membantu siasatan kes berunsur hasutan sebelum ditahan semula selepas tempoh reman awal terhadapnya berakhir pada Sabtu.Kes pencerobohan tanah disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan manakala kes hasutan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998





Suami warga emas tetak isteri, direman empat hari - Sinarharian - 7/09 6:48 pm

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga emas yang disyaki menetak tangan kanan isterinya menggunakan parang di Taman Desa Sejahtera di sini direman empat hari hingga 9 Septemberbagi membantu siasatan.Perintah reman terhadap suspek lingkungan 70-an itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, iaitusengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman sebelum inimemaklumkan kejadian pada9.30 malam Sabtu lepasdipercayaiakibat perselisihan faham apabila mangsa, juga 70-andikatakan memasang televisyen terlalu kuat.Suspek yang dipercayai mabuk kemudian bertindak menetak mangsa menggunakan parang.Yusofberkata mangsa mengalami luka kecil kira-kira satu sentimeter pada tangan kananmenerima rawatan di Hospital Kota Tinggi dan dilaporkan stabil





Kes gaduh bersenjata: 10 lelaki dalam radar polis - Sinarharian - 7/09 4:52 pm

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan 10 individu bagi membantu siasatan dua kes berasingan yang dipercayai mempunyai elemen kongsi gelap di sini.Kes pertama melibatkan kematian seorang lelaki berusia 23 tahun yang mempunyai enam rekod lampau dadah dalam pergaduhan kumpulan di Alam Megah pada 25 Ogos lalu.Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki yang diserang dua individu bersenjatakan parang dan objek menyerupai senjata api di Sri Muda pada 13 Ogos.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kedua-dua kes itu berjaya diselesaikan pihaknya.Menurutnya, kes masing-masing disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Kedua-dua kes ini tidak berkaitan antara satu sama lain, tapi kita tidak menolak kemungkinan melibatkan elemen kongsi gelap."Kes pertama membabitkan isu perebutan kawasan, manakala kes kedua berkaitan salah faham," katanya dalam sidang mediadi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Isnin.Sebelum ini, polis mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap dipercayai berebut kawasan perniagaan sebagai motif pergaduhan dan kejadian tetak yang mengakibatkan seorang lelaki maut di Jalan Mandolin 33/5, Taman Alam Megah di sini.Shazeli berkata, menerusi operasi khas yang dijalankan IPK Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 14 hingga 28 Ogos lalu, seramai 21 lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 46 tahun ditahan.Katanya, tangkapan dibuat menerusi beberapa siri serbuan di Taman Sri Muda dan Seksyen 19, Shah Alam, selain Klang; Lenga, Muar dan Iskandar Puteri, Johor."Polis turut merampas pelbagai senjata dan ekshibit penting antaranya tujuh bilah parang, sebatang tukul besi dan dua pemotong kabel selain sembilan kereta serta tiga motosikal," katanya.Beliau berkata, setakat ini lapan suspek sudah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala empat lagi didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 10 lelaki yang masih bebas bagi kedua-dua kes ini diminta tampil membantu siasatan."Polis Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak bagi mengekang kumpulan gengsterisme serta memastikan kesemua yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan demi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," ujarnya.





Dua lelaki disyaki kaki pecah rumah di tiga negeri ditahan - Sinarharian - 7/09 4:38 pm

PORT DICKSON - Dua lelaki, seorang daripadanya mempunyai 54 rekod jenayah lampau ditahan di Teluk Kemang di sini minggu lalu selepas disyaki terlibat dalam 12 kes pecah rumah di tiga negeri.Suspek berusia 34 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang di sebuah premis hasil risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, suspek yang merupakan warga tempatan dipercayai terlibat dalam empat kes pecah rumah di Negeri Sembilan, tiga kes di Kedah dan lima kes di Perak."Suspek berusia 34 tahun itu mempunyai 54 rekod jenayah lampau selain mempunyai dua kes sebagai orang dikehendaki polis."Suspek kedua pula mempunyai 11 rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan kes antaranya pelbagai mata wang asing, sebuah komputer riba jenama HP, dadah dengan anggaran berat 6.8 gram serta sebuah kenderaan.Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman sehingga 9 September bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah.





Polis tahan lelaki pukul, kurung isteri bersama empat anak dalam rumah - Sinarharian - 7/09 4:08 pm

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata kanan serta kesakitan di kepala dan lutut kiri akibat dipukul suspek."Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian berpunca daripada perasaan cemburu terhadap isterinya. Ini merupakan laporan polis ketiga dibuat berhubung tindakan suspek," katanya di sini pada Isnin.Mengulas lanjut, Azli berkata, suspek kemudian ditahan di pekarangan Balai Polis Gong Badak jam 3 petang hari yang sama bagi membantu siasatan.Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan curi kenderaan, namun ujian saringan air kencing menunjukkan keputusan negatif."Lelaki berkenaan kini direman selama empat hari bermula Isnin selepas perintah reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini."Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan," katanya.





Bicara kes bunuh Sabari: Tujuh saksi dipanggil - Sinarharian - 7/09 4:07 pm

ALOR SETAR - Seramai tujuh saksi awam dipanggil memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes bunuh pesara Felcra, Sabari Baharom di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.Saksi yang dipanggil terdiri daripada dua anak kandung, seorang rakan Sabari dan pemilik rumah dalam pembinaan.Saksi lain ialah isteri kepada tertuduh pertama, rakan serumah tertuduh kedua dan seorang lagi merupakan pemilik akaun bank.Prosiding di hadapan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee itu dijangka berjalan selama empat hari hingga Khamis ini.Pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Abd Halim, Kamaliza Md Zain dan Nur Huda Diyanah Amir Hamzah.Peguam Ali Munawar Razak mewakili tertuduh pertama, Mazuan Hanafi, 40, manakala Mohd Fadhly Yaacob mewakili Muhd Asyraf Idris, 28.Barang kes berkaitan kejadian yang dibawa ke mahkamah hari ini termasuk topi keledar, pakaian tertuduh dan dokumen milik mangsa.Pada 15 April 2025, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.Mazuan, seorang kontraktor dan anak saudaranya, Muhd Asyraf didakwa secara bersama membunuh Sabari di Titi Kampung Empa, Sungai Padang Terap, Kubang Pasu pada kira-kira jam 5.30 pagi, 4 September 2024.Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika tidak dihukum mati.Media sebelum ini melaporkan, Sabari yang tinggal seorang diri di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling, disedari hilang sejak 4 September 2024.Bagaimanapun, kereta Proton Waja Sabari ditemukan hangus di Belantik, Sik pada 20 September 2024.Polis kemudian mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap berhampiran Kampung Empa di Wang Tepus, Jitra, dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.





Abdul Hadi perlu beri keterangan, kemukakan bukti - Afdlin Shauki - Sinarharian - 7/09 3:47 pm

SHAH ALAM Individu yang membuat dakwaan serius melibatkan campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara mestilah bersedia memberikan keterangan dan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, dakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan yang dilakukan kerana ia menyentuh kepentingan negara dan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi.Afdlin berkata, dakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan yang dilakukan kerana ia menyentuh kepentingan negara dan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi."Saya menyeru semua pihak agar menyerahkan perkara ini kepada siasatan pihak berkuasa dan mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan," Ujarnya.Afdlin yang membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.Beliau berkata, laporan itu dibuat pada Ahad susulan kenyataan Abdul Hadi yang dilaporkan beberapa portal berita pada 5 September lalu selepas ucapan penggulungan Presiden Pas pada Muktamar Pas ke-72 di Kota Bharu.Menurutnya, dakwaan berkenaan perlu disiasat pihak berkuasa kerana membabitkan isu campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara."Jika dakwaan tersebut benar, ia memerlukan siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa."Jika tidak benar, kenyataan sedemikian juga berpotensi menimbulkan keresahan awam, mengelirukan rakyat serta menjejaskan kepentingan negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, laporan polis berkenaan dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh terhadap kenyataan tersebut.Sebelum ini, Sinar Harian Pada Jumaat melaporkan bahawa Abdul Hadi mendakwa seorang wakil kedutaan AS pernah menawarkan bantuan kepada parti Pas untuk menjatuhkan kerajaan kepada beliau.Beliau mendakwa, pertemuan berkenaan berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia.Menurut Afdlin, siasatan juga boleh meneliti sama ada terdapat sebarang unsur kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.Tambahnya lagi, individu yang membuat dakwaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara perlu bersedia memberikan keterangan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa."Kita tidak boleh membiarkan dakwaan sebesar ini berlalu tanpa penelitian sewajarnya kerana ia menyentuh kepentingan negara dan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi," katanya.





Lelaki mengaku tidak bersalah pukul teman wanita hingga cuti sakit sebulan - Sinarharian - 7/09 3:19 pm

MELAKA - Seorang pemandu kren mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas pertuduhan mencederakan teman wanitanya menggunakan kayu di sebuah tanah perkuburan, bulan lalu.Tertuduh, A Ramesh, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa, 31, dengan menggunakan kayu sebagai alat untuk memukul.Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3 pagi pada 22 Ogos 2026 di kawasan tempat pembakaran mayat di Tanah Perkuburan India Jelutong, Batu Berendam, Melaka Tengah.Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.Difahamkan, ketika kejadian tertuduh membawa mangsa ke lokasi berkenaan sebelum memukulnya menggunakan objek berkenaan pada bahagian badan dan tangan kanan.Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah tulang dan diberikan cuti sakit selama 30 hari.Timbalan Pendakwa Raya, Rif'ah 'Izzati Abdul Mutalif menawarkan jaminan RM15,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu saksi serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak mengemukakan rayuan berhubung jumlah jaminan.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 6 Oktober depan.





Mengaku peras ugut ‘duit kopi’ RM200 di Kg Morten, lelaki .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm

Mangsa yang ketakutan dan curiga enggan memberikan wang kerana mahu membuat laporan polis namun tertuduh enggan memberikan nombor telefonnya sebaliknya meminta RM10 atau RM20. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu





Sindiket dadah RM27.5 juta tumpas, dalang ditembak mati - Sinarharian - 7/09 2:57 pm

SEREMBAN - Lelaki yang ditembak mati dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Garden Homes di Seremban 2, di sini pada Ahad mempunyai enam rekod jenayah selain dikehendaki polis berhubung kes penculikan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussien Omar Khan berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditembak polis kerana bertindak agresif dengan terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa."Pada jam lebih kurang 1.30 petang semalam, berdasarkan maklumat risikan, JSJN Bukit Aman telah melaksanakan dan menyerbu lokasi di sebuah rumah teres di Taman Garden Homes, di sini yang disyaki menjalankan aktiviti memproses dadah."Semasa serbuan dibuat, suspek telah bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan serbuan dan bagi mempertahankan diri, tembakan terhadap suspek telah dilepaskan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Isnin.Menurutnya, suspek kemudian didapati tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi.Ujarnya, pemeriksaan lanjut mendapati, rumah tersebut telah disewa sejak setahun lalu dan dijadikan makmal mini untuk memproses dadah jenis MDMA."Suspek yang ditembak mati ini merupakan ketua sindiket yang sangat aktif dan berbahaya kerana memiliki senjata api."Dia juga memiliki kepakaran dalam bidang kimia yang boleh memproses dadah jenis MDMA, malah terlibat dengan bahan terlarang itu sejak tahun 90-an serta pernah ditangkap tiga kali di bawah Seksyen 39B ADB," katanya.Tambah Hussien, dalam serbuan di rumah terbabit, sebanyak 182.39 kilogram(kg) dadah MDMA telah dirampas serta pelbagai peralatan memproses dadah termasuk tiga kereta."Sepucuk senjata api jenis revolver telah dijumpai di tempat kejadian telah dirampas," katanya.Susulan itu katanya, polis telah melakukan dua lagi serbuan iaitu di sebuah rumah di Seremban 2 dan Residensi di Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan telah berjaya menahan dua warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 32 dan 35 tahun.Jelasnya, hasil semakan mendapati, suspek wanita terbabit mempunyai 12 rekod jenayah manakala suspek lelaki, 10 rekod jenayah"Mereka dipercayai merupakan ahli sindiket dan tiada sebarang hubungan kekeluargaan. Kedua-duanya direman tujuh hari bermula 7 September hingga 13 September ini."Kita percaya ada lagi beberapa lagi suspek dalam sindiket ini, malah ada yang dipercayai telah pun melarikan diri ke luar negara," katanya.Selain itu jelasnya, sindeket tersebut dipercayai aktif sejak bulan Januari tahun ini dan modus operandi adalah dengan menjadikan kawasan perumahan yang berkepadatan penduduk yang rendah sebagai lokasi pemprosesan Dan pengedaran dadah.Kata Hussien, kesemua prekursor (bahan kimia) yang dijumpai telah dibawa masuk dari luar negara untuk pasaran antarabangsa."Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dilanggarkan bernilai RM27.5 juta dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B ADB 1952," katanya.





Tiga rakan tidak mengaku curi susu tepung, 18 barang lain di pasar raya - Sinarharian - 7/09 2:27 pm

MELAKA - Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Isnin atas pertuduhan mencuri susu tepung kanak-kanak serta 18 barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.Tertuduh, Hamzah Duraman, 37; Muhammad Heirwan Firdaus Huhsaini, 35, dan Muhammad Zulkarnaen Zahari, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri barangan kepunyaan AEON Ayer Keroh di pasar raya berkenaan kira-kira jam 5.50 petang, 3 September lalu.Antara barangan yang didakwa dicuri termasuk 10 paket Dutch Lady Gum, Cadbury 3 in 1, Scot Protect, Nescafe, Oreo, Milo Krunch, Hershey's Kisses, Be-Kind Caramel, Nestle Fitness, Dill Milk, Kit Kat, Nestum, Wonda Coffee serta beberapa bekas makanan.Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya yang mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan Muhammad Heirwan perlu menanggung isteri dan tiga anak selain memperoleh pendapatan harian RM50 sebagai buruh.Katanya, Hamzah juga bekerja sebagai buruh, manakala Muhammad Zulkarnaen merupakan penjual burger dengan pendapatan RM80 sehari.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,500 dan menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes.Dalam prosiding berasingan, Muhammad Heirwan dan Muhammad Zulkarnaen turut didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine.Selain itu, Muhammad Zulkarnaen turut didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat bersih 1.48 gram, pada 3 September lalu.Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.Muhammad Heirwan dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda serta pengawasan polis selama dua tahun.Sementara itu, Muhammad Zulkarnaen dijatuhi hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 3 September lalu.





Empat lelaki termasuk dua beradik didakwa membunuh - Sinarharian - 7/09 12:45 am

SUNGAI PETANI - Empat lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh, bulan lalu.Tertuduh Mohamad Iekram Mohd Zaki, 29, (pengawal keselamatan), Mohamad Bakri Mahidin, 37, (buruh), adiknya, Muhamadariff Mahidin, 26, (buruh) dan seorang lagi, Mohd Firdaus Che Mustafa, 36, (pekerja cuci kereta) mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Berdasarkan pertuduhan, mereka bersama-sama pada jam lebih kurang 1.30 hingga 3 petang semasa di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sungai Division di sini didakwa membunuh Mohd Badaruddin Md Nayan, 30, pada 23 Ogos lalu.Akibat perbuatan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan jika tidak dihukum mati.Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Noor tidak menawarkan jaminan terhadap kesemua tertuduh.Mahkamah turut dimaklumkan peguam Durratul 'Ain Mahmud Morshidi yang bertindak sebagai Amicus Curiae bahawa terdapat dua tertuduh memerlukan rawatan kesihatan iaitu Mohamad Iekram pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal akibat kemalangan dan Mohamad Bakri memohon alat bantuan pernafasan kerana masalah asma.Majistret Noor Farah Hazwani Osman bagaimanapun mengarahkan kedua-dua tertuduh mendapatkan kebenaran dari pihak warden penjara sebaik sahaja ditempatkan di sana sekiranya memerlukan bantuan perubatan.Kes akan disebut semula pada 15 November depan bagi mendapatkan laporan kimia dan hasil bedah siasat.Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah tentang penemuan mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti.Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar 24 Ogos lalu membolehkan polis mengklasifikasikan kes sebagai kejadian bunuh.Adzli berkata, punca kematian disyaki disebabkan kecederaan hentakan di belakang kepala oleh daya objek tumpul.





Budak perempuan 2 tahun parah diserang sekumpulan anjing liar depan rumah - Mygazette - 7/09 7:46 am

Beliau berkata, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pengabaian kanak-kanak) dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan (Kecuaian berkenaan dengan haiwan).- MalaysiaGazette





Cubaan lari pemeriksaan polis bongkar penemuan dadah - Sinarharian - 6/09 10:19 pm

KAJANG - Tindakan dua warga asing yang menaiki kenderaan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis membongkar penemuan tiga paket plastik dipercayai dadah jenis syabu pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota Unit Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengarahkan sebuah Honda City berwarna putih untuk berhenti bagi pemeriksaan.Menurutnya, bagaimanapun pemandu kenderaan berkenaan enggan mematuhi arahan sebelum melarikan diri ke arah Semenyih."Suspek kemudian memasuki Lebuhraya SILK sebelum menuju ke Jalan Reko dan dipercayai memandu secara berbahaya."Kenderaan berkenaan turut terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan awam sebelum berjaya ditahan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Reko," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Naazron berkata, pemandu lelaki yang merupakan warga asing berjaya melarikan diri, manakala wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan berjaya ditahan."Hasil pemeriksaan menemukan tiga paket plastik lutsinar berisi serbuk kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 2.13 gram."Polis turut merampas sebuah Honda City bagi membantu siasatan," katanya.Beliau berkata, wanita warga asing terbabit juga gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63."Siasatan berkaitan kemalangan jalan raya turut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Naazron berkata, polis kini sedang mengesan pemandu yang melarikan diri selain menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilikan dadah yang dirampas."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, SM Norhafdzeli Ismail di talian 010-373 5508 atau IPD Kajang di talian 03-8911 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.





Tukang paip diberkas disyaki bakar kenderaan - Sinarharian - 6/09 7:28 pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas diberkas selepas disyaki membakar sebuah kenderaan di Jalan Midah 1, Cheras, di sini pada 31 Ogos lalu.Suspek berusia 62 tahun yang bekerja sebagai tukang paip itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di kawasan Desa Tun Razak, di sini, kurang 24 jam selepas kejadian.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada 31 Ogos lalu."Bertindak atas maklumat risikan, pihak polis berjaya menahan seorang suspek lelaki tempatan berusia 62 tahun dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian."Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan milik suspek, polis menemukan dan merampas sebotol cecair jernih disyaki thinner di dalam bonet belakang kereta yang dipercayai digunakan sebagai bahan bakar dalam kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau."Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine (METH) dan Amphetamine (AMP)," katanya.Rosdi berkata, suspek direman selama tiga hari bermula 2 hingga 4 September lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan."Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis mendapat arahan untuk menuduh suspek di bawah seksyen sama."Pada 4 September lalu, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan," katanya.Beliau berkata, tertuduh diperintahkan ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 Oktober depan.





Kanak-kanak dua tahun cedera diserang sekumpulan anjing - Astroawani - 6/09 6:45 pm

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.





Budak 2 tahun parah diserang anjing liar - Sinarharian - 6/09 6:02 pm

BATU PAHAT [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera parah hampir seluruh badan selepas diserang sekumpulan anjing dipercayai liar di kawasan Peserai di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa berada di hadapan rumah keluarganya."Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang sekumpulan anjing liar di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan pada hampir seluruh badan."Mangsa kemudiannya dibawa ahli keluarga ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk pemeriksaan dan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.





Berang televisyen kuat, suami mabuk tetak isteri - Mygazette - 6/09 5:15 pm

Suspek yang berada dalam keadaan mabuk kemudiannya bertindak menetak mangsa sebanyak satu kali di tangan kanan menggunakan sebilah parang," katanya dalam kenyataan akhbar. Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya





Reman kes TikTok tamat, aktivis ditangkap semula kes ceroboh - Sinarharian - 6/09 1:23 pm

KANGAR -Seorang aktivis yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berhubung hantaran TikTok ditangkap semula sebelum direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan jenayah.Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, suspek berusia 55 tahun itu direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan."Perintah permohonan reman terhadap seorang Orang Kena Tahan (OKT) telah diluluskan dua hari bermula hari ini oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar pada jam 9.56 pagi untuk proses permohonan reman sebelum prosiding berkenaan selesai kira-kira sejam kemudian.Sebelum ini, pada 4 September lalu, suspek yang juga seorang jurunding direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran berbaur hasutan di TikTok berkaitan isu perobohan sebuah kuil Hindu di Bukit Lagi, di sini.Perkara itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Tempoh reman pertama itu tamat pada Ahad sebelum suspek ditangkap semula bagi membantu siasatan kes pencerobohan jenayah.





Suami tetak isteri kerana televisyen dipasang kuat - Sinarharian - 6/09 12:54 am

KOTA TINGGI Bunyi televisyen yang dipasang terlalu kuat dipercayai menjadi punca perselisihan faham sebelum seorang isteri ditetak suaminya menggunakan parang di Taman Desa Sejahtera di sini pada malam Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 70-an mengalami luka kecil kurang satu sentimeter pada tangan kanannya selepas ditetak suspek.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian membabitkan seorang wanita warga emas tempatan dalam keadaan berdarah akibat ditetak suaminya."Susulan maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang juga suami mangsa berusia lingkungan 70-an."Siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham selepas mangsa memasang televisyen dengan kuat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurutnya, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang."Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi dan berada dalam keadaan stabil."Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,"ujarnya.





Wang simpanan RM1.9 juta lesap akibat jawab satu panggilan telefon - Sinarharian - 6/09 9:52 am

IPOH - Seorang lelaki warga emas kerugian RM1.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, dalam kejadian, Jumaat lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa berusia 78 tahun telah dihubungi individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis memaklumkan kononnya terlibat dalam satu kesalahan jenayah.Menurutnya, suspek menggunakan taktik menakut-nakutkan mangsa menyebabkan mangsa panik dan telah mengikut arahan diberikan suspek."Mangsa kemudian mengikuti arahan agar wang miliknya dipindahkan kepada pihak tidak dikenali dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM1.9 juta."Menyedari dirinya diperdaya, mangsa telah tampil membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kes berkenaan menggunakan modus operandi phone scam iaitu menyamar sebagai pihak berkuasa bagi meyakinkan mangsa sebelum memperdayakan mereka.Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.Dalam pada itu, Mohd Alwi menegaskan bahawa pihak polis tidak akan mengarahkan mana-mana individu untuk memindahkan wang ke akaun tertentu bagi tujuan siasatan.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah panik atau mempercayai panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis, pegawai bank atau wakil agensi penguatkuasaan."Orang ramai dinasihatkan supaya segera menamatkan panggilan mencurigakan dan tidak mendedahkan maklumat perbankan seperti nombor TAC, OTP, kata laluan atau maklumat peribadi kepada pihak tidak dikenali," katanya.Tambahnya, PDRM Perak turut meminta warga emas, pesara serta ahli keluarga mereka supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik penipuan berkenaan."Ahli keluarga disaran sentiasa mengingatkan ibu bapa dan warga emas agar tidak membuat sebarang transaksi kewangan berdasarkan arahan melalui telefon tanpa pengesahan terlebih dahulu," katanya.





Warga emas rugi RM1.9 juta terpedaya dengan 'phone scam' - Sinarharian - 6/09 12:21 am

IPOH - Seorang lelaki warga emas kerugian RM1.9 juta selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai polis.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 78 tahun itu semalam dan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai menggunakan modus operandi penipuan panggilan telefon iaitu suspek menyamar sebagai pihak berkuasa bagi menimbulkan rasa takut dan meyakinkan mangsa bahawa mangsa terlibat dengan suatu kesalahan atau siasatan."Mangsa kemudian diminta mengikuti arahan diberikan sehingga wang miliknya dipindahkan kepada pihak tidak dikenali," katanya dalam kenyataan.Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah panik atau mempercayai panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai polis, pegawai bank atau wakil mana-mana agensi penguatkuasaan."Pihak polis tidak akan mengarahkan mana-mana individu memindahkan wang ke akaun tertentu bagi tujuan siasatan."Sekiranya menerima panggilan mencurigakan, orang ramai dinasihatkan segera menamatkan panggilan, tidak mendedahkan maklumat perbankan, nombor TAC/OTP, kata laluan atau maklumat peribadi serta membuat pengesahan melalui saluran rasmi agensi berkenaan," katanya





Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat along, rampas lima kad ATM - Sinarharian - 5/09 5:35 pm

IPOH - Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along serta pemilikan dan penggunaan kad Mesin Teler Automatik (ATM) orang lain dalam Ops Vulture di Teluk Intan, semalam.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, suspek pertama ditahan di mesin ATM sebuah bank semasa melakukan pengeluaran wang dan pemeriksaan menemukan dua kad ATM dipercayai milik orang lain serta wang tunai RM300."Siasatan awal terhadap suspek membawa kepada pemeriksaan di sebuah premis pinjaman wang di Jalan Ah Cheong, Teluk Intan dan penahanan seorang lagi lelaki," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Kok Lian berkata, rampasan membabitkan wang tunai RM300, lima kad ATM pelbagai bank, rantai tangan disyaki emas seberat 0.6 gram dan 3.2 gram serta sekeping loket disyaki emas seberat 0.5 gram dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2,050.Beliau berkata, polis memperoleh perintah reman terhadap dua suspek itu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan.Selain itu, Kok Lian menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan atau membenarkan kad ATM digunakan individu lain walaupun ditawarkan ganjaran dan tidak terlibat dalam sebarang urusan mencurigakan melibatkan penggunaan akaun bank atau kad ATM."Penyalahgunaan akaun dan kemudahan perbankan bagi tujuan jenayah menyebabkan individu yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya





Suspek kes curi rantai emas RM36,500 dicekup - Sinarharian - 5/09 5:21 pm

IPOH - Seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kes kecurian seutas rantai emas di sebuah kedai emas di Batu Kurau, Larut, kelmarin berjaya ditahan polis, awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Ramzi Mahmudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kecurian seutas rantai emas bernilai kira-kira RM36,500 di premis itu pada kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.Beliau berkata, siasatan mendapati suspek berusia 30 tahun itu telah mengunjungi premis berkenaan sebanyak dua kali iaitu pada Rabu dan Khamis lepas sebelum menyamar sebagai pelanggan dan melarikan barang kemas tersebut."Hasil siasatan dan tindakan pantas, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan pada awal pagi semalam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan. Suspek telah direman selama empat hari dari 4 hingga 7 Sept bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Ramzi berkata, pihak polis turut menjalankan tindakan lanjut dengan bantuan Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kes tersebut.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri harta dalam bangunan





Transaksi ATM bongkar kegiatan keldai akaun ah long - Sinarharian - 5/09 5:05 pm

TELUK INTAN - Taktik sindiket pemberi pinjam wang tanpa lesen (ah long) menggunakan keldai akaun terbongkar apabila dua lelaki diberkas dalam Op Vulture oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar bandar ini.Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Teluk Intan ketika seorang lelaki sedang melakukan transaksi pengeluaran wang."Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui dua keping kad ATM dipercayai milik individu lain serta wang tunai RM300," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, hasil siasatan awal dan maklumat diperoleh, polis kemudian menyerbu sebuah premis pinjaman wang di Jalan Ah Cheong.Katanya, dalam serbuan itu, seorang lagi lelaki ditahan dan pemeriksaan lanjut menemukan tiga lagi kad ATM serta beberapa barangan kemas disyaki emas yang dipercayai berkait dengan kegiatan disiasat."Keseluruhan rampasan melibatkan wang tunai, lima kad ATM pelbagai bank serta barangan kemas iaitu dua utas rantai tangan dan satu loket dengan nilai dianggarkan RM2,050," katanya.Kok Lian berkata, kedua-dua suspek telah direman bagi siasatan kes di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan.Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek termasuk pemilik akaun bank serta rangkaian lain yang mungkin terlibat.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyerahkan atau meminjamkan akaun bank serta kad ATM kepada mana-mana pihak walaupun ditawarkan imbuhan."Pemilik akaun perlu menjaga kad ATM, nombor PIN dan maklumat perbankan daripada didedahkan kepada pihak lain," katanya.





11 lelaki ditahan kes serangan bersenjata - Sinarharian - 5/09 8:52 am

IPOH - Polis menahan 11 lelaki bagi membantu siasatan kes serangan bersenjata yang menyebabkan seorang lelaki parah dalam kejadian di Taman Pengkalan Jaya di sini pada Selasa lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia antara 22 hingga 41 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan susulan kejadian berkenaan.Menurutnya, kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah dan jenayah kekerasan."Kesemua tangkapan telah direman bagi membantu siasatan berhubung kes serangan ini serta penglibatan mereka dalam kumpulan jenayah terancang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Dalam kejadian pada 1 September lalu kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa berusia 26 tahun diserang sekumpulan lelaki ketika berada di kandang lembu miliknya.Mohd Alwi berkata, lima suspek yang menaiki dua kenderaan telah bertindak mengejar mangsa sebelum menyerangnya menggunakan parang.Menurutnya, mangsa cuba melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Kinta bagaimanapun ditetak oleh salah seorang suspek."Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, tangan, kaki dan belakang badan."Mangsa kemudiannya dibantu orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada unsur dendam dan tidak puas hati melibatkan kumpulan jenayah terancang terhadap mangsa."Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata," jelasnya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah terancang diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis melalui bilik gerakan atau mana-mana balai polis berhampiran.





Geng 04 merusuh: 10 lagi lelaki ditahan Geng 04 merusuh: 10 lagi lelaki .. - Mygazette - 5/09 7:51 am

Tambah beliau, berdasarkan perkembangan siasatan, polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian itu. Siasatan awal dibuka mengikut Seksyen 148, 326 dan 120B Kanun Keseksaan, manakala satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307, 148 dan 120B Kanun Keseksaan





Merusuh bersenjata depan sekolah: 10 lagi ditahan, jumlah tangkapan 23 orang - Sinarharian - 4/09 11:18 pm

GEORGE TOWN Polis Pulau Pinang menahan 10 lagi lelaki tempatan menerusi beberapa siri serbuan di negeri ini dan Selangor bagi membantu siasatan berkaitan kes merusuh menggunakan senjata di hadapan SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua, Ayer Itam pada 29 Ogos lalu.Tangkapan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan adalah seramai 23 orang.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, tangkapan terbaharu itu dibuat hasil risikan dan siasatan lanjut yang dijalankan susulan 13 tangkapan awal.Menurutnya, operasi dan serbuan berkenaan dijalankan bermula 30 Ogos hingga Jumaat."Kesemua yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 56 tahun."Perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai 23 orang setakat ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, polis mengesahkan pergaduhan bersenjata itu dipercayai tercetus akibat salah faham berkaitan isu hutang dan melibatkan kumpulan menggunakan nama Geng 04.Siasatan mendapati hutang berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.Dalam pada itu, Dennis menambah, kejadian kira-kira jam 2.45 pagi tersebut melibatkan tiga lelaki tempatan berusia antara 17 hingga 25 tahun."Dua mangsa diserang menggunakan senjata manakala seorang lagi dilanggar sebuah kereta."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan hutang selepas beberapa individu bertemu di sebuah medan selera di Paya Terubong," katanya.Menurut Dennis, hasil perkembangan siasatan, dua kertas siasatan telah dibuka berkaitan kejadian terbabit."Siasatan awal dijalankan di bawah Seksyen 148, 326 dan 120B Kanun Keseksaan manakala satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 307, 148 dan 120B Kanun Keseksaan."Kedua-dua kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan risikan, rondaan, pemantauan dan operasi bersasar bagi membendung kegiatan pergaduhan berkumpulan serta jenayah kekerasan."Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri atau menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sebarang pertikaian."Ibu bapa dan penjaga turut dinasihatkan supaya memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah," katanya.Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Izzati Rohim di talian 013-4092884, Inspektor Mohamad Izhar Mohammad Sharifuddin di talian 016-9896944 atau mana-mana balai polis berhampiran."Orang ramai juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti individu bawah umur yang terlibat," ujarnya lagi.Ends.





Kanak-kanak maut leher dikelar: Bapa saudara direman enam hari lagi - Sinarharian - 4/09 6:58 pm

SIBU - Suspek lelaki berusia 49 tahun dalam kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dikelar di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, direman selama enam hari lagi bagi membantu siasatan polis.Perintah reman sehingga 10 September itu, dikeluarkan Majistret Romario Jonoi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.Suspek sebelum ini direman selama enam hari bermula 29 Ogos bagi membantu siasatan kes berkenaan.Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari pada 28 Ogos, mangsa dipercayai mengalami kecederaan akibat dikelar pada bahagian leher oleh suspek yang juga bapa saudaranya.Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad sebelum ini berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek dan beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan turut dirampas di lokasi kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.- Bernama





Dua beradik antara lapan didakwa bunuh lelaki - Sinarharian - 4/09 3:46 pm

Thivagar, 29, dan R. Darvin Raj, 23, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, mereka bersama dengan lapan lagi yang masih bebas sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa membunuh Ganesan, 23, di Jalan Mandolin, Taman Alam Megah di sini pada jam 1.59 tengah hari 25 Ogos.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Alya Zaphfirah Al Zaphni manakala tiga daripada lelaki itu diwakili peguam Navin Punj dan Nur Aida Md ZainuddinMahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 13 Oktober untuk sebutan semula kes.Pada 27 Ogos, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan individu hingga menyebabkan seorang lelaki maut yang disyaki berpunca daripada permusuhan dan perebutan kawasan antara dua kumpulan kongsi gelap.- Bernama





MEX II: Mahkamah tolak permohonan DNAA Abu Sahid, isteri - Sinarharian - 4/09 3:39 pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan isteri untuk mendapatkan perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) daripada pertuduhan pecah amanah serta pengubahan wang haram.Hakim Suzana Hussin membuat keputusan itu selepas peguam Jasbeer Singh yang mewakili Abu Sahid, 75, dan Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi, 49, membuat permohonan itu pada pengurusan kes hari ini."Mahkamah menolak permohonan pihak pembelaan dan pihak pendakwaan perlu menyenaraikan saksi untuk dipanggil memberi keterangan sebelum mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya dan menetapkan 20 November sebagai pengurusan kes.Terdahulu, Jasbeer memohon DNAA terhadap pasangan suami isteri itu atas alasan pihak pendakwaan masih tidak menyerahkan dokumen penting berkaitan kes meskipun pertuduhan telah dikemukakan sejak setahun lepas.Beliau berkata anak guamnya didakwa pada September tahun lepas dan sebanyak tujuh prosiding sebutan kes telah dijalankan bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan."Persoalannya sekarang ialah sama ada isu berkaitan bahan bukti telah diliputi di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah berhubung penyerahan dokumen. Pertuduhan tidak sepatutnya dibuat jika siasatan masih berjalan atau belum lengkap," katanya.Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd Latif memaklumkan pihak pendakwaan akan menyerahkan lima lagi jilid dokumen berkaitan kes itu kerana perlu berurusan dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan.Dokumen itu, menurut beliau akan diserahkan sebelum perbicaraan bermula bagi memberikan masa secukupnya kepada pihak pembelaan membuat persediaan.Abu Sahid didakwa atas lima pertuduhan menyalahgunakan wang milik syarikat berjumlah lebih RM458.5 juta yang diamanahkan kepadanya dalam akaun bank di Taman Tunku dan Taman Serdang Perdana dekat sini antara 3 Mei 2016 hingga 21 Oktober 2019.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.Lelaki itu juga berhadapan 10 pertuduhan memindahkan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM116,449,536.12 daripada akaun miliknya kepada lima individu dan empat syarikat pembinaan.Bagi tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abu Sahid didakwa melupuskan hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah keseluruhan RM22,802,612.86 dengan membuat pengeluaran tunai melalui 15 keping cek daripada akaun miliknya di bank sama antara 4 Mei 2016 hingga 19 Sept 2018, mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama.Sementara itu, Noor Azrina didakwa atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM67.14 juta menerusi akaun banknya daripada akaun bank milik Abu Sahid.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Bukit Tunku antara 6 Mac 2017 dan 27 Nov 2017, dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama





Bakar rumah ragut 4 nyawa, lelaki OKU pekak bisu kekal dihukum gantung - Sinarharian - 4/09 3:30 pm

PUTRAJAYA - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu yang meragut nyawa empat sekeluarga dalam kebakaran rumah di Tanjung Sepat, Sepang Selangor pada sembilan tahun lalu, kekal dihukum gantung oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Noorin Badarudin memutuskan demikian selepas menolak rayuan bekas pekerja kilang perabot, Kang Chang Heng, 47, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 November 2025.Jeritan mangsa yang terperangkap dalam rumah ketika api marak menjadi detik ngeri dalam tragedi pembunuhan pasangan warga emas, Chia Tee Nang, 73, dan isterinya, Lim Mai Shak, 68, yang juga ibu bapa teman wanitanya, serta dua cucu pasangan itu, Chia Yuan Bin dan Ryan Chia Zeng Xi masing-masing tiga dan sembilan tahun.Lebih memilukan, seorang cucu pasangan itu yang terselamat selepas dikelar, Andrew Chia Zeng Haol ketika kejadian berusia 11 tahun, turut menyaksikan kediaman keluarganya terbakar dan mendengar rintihan mangsa yang tidak berupaya menyelamatkan diri.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, pembunuhan yang dilakukan Chang Heng selaku perayu dibuat dengan kejam.Menurutnya, keterangan di mahkamah menunjukkan perayu menyerang Mai Shak ketika mangsa berada di kerusi kayu."Perayu mengejar dan terus menyerang mangsa walaupun Mai Shak telah terjatuh."Dia kemudian menyerang Andrew dengan mengelar lehernya sebanyak dua kali sebelum membakar rumah tersebut dengan sengaja," katanya.Hakim Noorin berkata, akibat serangan ganas itu, Andrew pengsan sebelum kembali sedar dan mendapati rumah berkenaan sudah terbakar.Pada pandangan panel hakim, beliau berkata, keadaan ini menjadikan kes ini jauh lebih serius berbanding kes-kes pembunuhan biasa.Mengulas status perayu sebagai individu pekak dan bisu, Noorin berkata, keadaan tersebut merupakan faktor relevan dalam menilai keadaan peribadi serta pembelaannya.Bagaimanapun, panel mendapati kekurangan berkenaan tidak menghalang lelaki itu daripada berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa isyarat.Mahkamah turut menolak alasan pembelaan bahawa perayu berada di rumah berkenaan selepas mendapat maklumat kediaman tersebut telah dibakar.Noorin berkata, perayu sebelum itu mendakwa meminjam wang daripada seorang ahlong dengan menjadikan alamat rumah mangsa sebagai cagaran."Jika benar perayu berada di situ dengan tujuan menyelamatkan mangsa, dia boleh mendapatkan bantuan daripada orang ramai."Mahkamah tidak menganggap keadaan pekak dan bisu itu sebagai faktor yang memberatkan, tetapi keadaan itu juga tidak cukup meringankan kesalahan sehingga mengatasi tahap keseriusan luar biasa kes ini," katanya.Noorin berkata, perayu sendiri mengakui tidak memberitahu teman wanitanya yang juga saksi pendakwaan ke-22, Christina Chia Hui Ling bahawa dia berada di rumah keluarga teman wanita berkenaan, pada pagi kejadian.Selain itu, perayu juga mengaku tidak membuat laporan polis berkaitan mesej yang didakwa diterima daripada ahlong serta kejadian kebakaran tersebut."Kami mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen penting bagi kesemua pertuduhan melampaui keraguan munasabah, maka kami mengekalkan hukuman mati yang dikenakan terhadap perayu," katanya.Prosiding di sini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, How May Ling sementara Chang Heng diwakili peguam, Jasmine Cheong.Pada 13 Disember 2017, pihak polis percaya empat sekeluarga yang ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di lokasi kejadian merupakan mangsa bunuh.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati wujud kesan tetakan pada tubuh tiga mangsa terbabit.Susulan itu, Chang Heng ditahan dua hari kemudian, bagi membantu siasatan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Tee Nang, Mai Shak, Yuan Bin dan Ryan di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat antara jam 4 hingga 5 pagi pada 13 Disember 2017.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika hukuman mati tidak dikenakan.Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap Chang Heng kerana sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Andrew mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.Sebelum ini, pada 19 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Chang Heng daripada empat pertuduhan (membunuh) dan satu pertuduhan (mencederakan) tanpa memerintahkannya membela diri.Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.Mahkamah Rayuan pada 2 September 2024 membatalkan keputusan pembebasan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dan mengarahkan Chang Heng membela diri di Mahkamah Tinggi.Pada 25 November 2025, Mahkamah Tinggi mendapati Chang Heng bersalah dan dihukum mati atas pertuduhan membunuh dan penjara berkenaan kerana mencederakan Andrew.





Pesara kanan tentera bergelar Datuk didakwa cabul gadis kedi - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di padang golf Tiara Melaka Golf & Country Club, Jalan Gapam, Bukit Katil di sini, pada 25 Ogos lalu. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan





8 dituduh bunuh lelaki dalam pergaduhan di Taman Alam Megah - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bersama lapan individu lain yang masih bebas didakwa menjadi ahli perhimpunan menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap Ganesan, 23, pada kira-kira jam 1.59 petang, 25 Ogos lalu. Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Penghantar barang didakwa tipu pembelian tunjuk QR transaksi tidak wujud - Mygazette - 4/09 3:19 pm

Mohammad Ruzain didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 Januari, 20 Januari, 22 Januari, 23 Januari dan 3 Februari tahun ini. Bagi kesemua kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tak lebih 10 tahun serta sebatan dan denda





Pegawai IT rugi RM20,000 terpedaya penipuan 'cash out' BNPL - Sinarharian - 4/09 3:04 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai teknologi maklumat (IT) kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan tawaran perkhidmatan pengeluaran tunai (cashout) kemudahan beli dulu, bayar kemudian menerusi iklan di media sosial.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki tempatan berusia 28 tahun itu berminat dengan perkhidmatan berkenaan selepas melihat iklan di aplikasi tersebut pada Selasa."Mangsa kemudian menghubungi seorang individu yang didakwa sebagai ejen melalui nombor telefon yang tertera pada iklan berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Chang Hook berkata, mangsa diarahkan membuat pindahan wang menggunakan kod QR yang diberikan ejen terbabit ke tiga akaun bank berbeza."Mangsa membuat sembilan transaksi berjumlah keseluruhan RM20,000," katanya.Beliau berkata, selepas semua transaksi dibuat, ejen berkenaan meminta mangsa membuat bayaran tambahan dengan alasan ia diperlukan bagi membolehkan wang dipulangkan ke akaun bank peribadinya."Bagaimanapun, mangsa yang mula berasa curiga tidak membuat bayaran tambahan itu sebelum hadir ke balai polis untuk membuat laporan pada Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.





Penghantar barang mengaku tidak bersalah tipu guna transaksi QR palsu - Sinarharian - 4/09 1:41 pm

KUANTAN - Seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran barang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas enam tuduhan menipu dengan menunjukkan transaksi pembayaran QR palsu dan tidak sepadan transaksi jualan harian di sebuah stesen minyak di sini antara Januari dan Februari lalu.Tertuduh, Mohammad Ruzaini Ruzi, 26 didakwa menipu pekerja kedai stesen minyak berkenaan dengan mengemukakan transaksi pembayaran kod QR palsu melibatkan kerugian lebih RM356.Lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan di hadapan Majistret Ellyana Othman.Berdasarkan tiga pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, B Deevagaran Naidu, tertuduh didakwa menipu dua pekerja kedai stesen minyak di Jalan Bukit Ubi di sini dengan mengemukakan transaksi pembayaran kod QR palsu bagi pembelian rokok, aiskrim dan minuman berjumlah RM161.30.Kesalahan itu dilakukan di premis kedai berkenaan antara 19 hingga 20 Januari lalu dengan setiap transaksi antara RM36.40 hingga RM62.40.Sementara itu, bagi tiga lagi pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Wafi Mohd, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di premis berkenaan antara 22 hingga 3 Februari lalu berjumlah RM195. 20 bagi ketiga-tiga transaksi dilakukan.Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi semua pertuduhan tersebut.Jika sabit kesalahan, Mohammad Ruzaini berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 20 tahun, sebatan dan denda bagi setiap pertuduhan.Sementara itu, tertuduh yang diwakili Peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar ditawarkan jaminan RM15,000 bagi tiga pertuduhan pertama dan RM12,000 bagi tiga pertuduhan berikutnya.Bagaimanapun Syed Azimal bagi pihak anak guamnya itu merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan.Menurutnya, anak guamnya yang sudah berkahwin hanya berpendapatan 1,700 sebulan tidak mampu membayar jumlah jaminan yang tinggi.Mengambil kira rayuan itu, Ellyana membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM12,000 bagi semua pertuduhan sebelum menetapkan 25 September depan untuk tarikh sebutan semula kes itu.





Pesara tentera bergelar Datuk mengaku tidak bersalah cabul kedi - Sinarharian - 4/09 1:14 pm

MELAKA - Seorang pesara tentera bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang kedi golf dengan niat mencabul kehormatannya, bulan lalu.Tertuduh, Yahya Hashim, 68, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang mangsa berusia 20 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 25 Ogos 2026 di sebuah padang golf di Jalan Gapam Bukit Katil di sini.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa yang bertugas sebagai kedi golf ditugaskan memberikan perkhidmatan kepada tertuduh bersama seorang lagi individu yang tidak dikenali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin yang mencadangkan jaminan RM5,000 berserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa.Peguam, Melvin Tay mewakili tertuduh yang mempunyai masalah kesihatan prostat memohon kadar itu dikurangkan dan memberi jaminan anak guamnya tidak akan melarikan diri memandangkan menetap di Melaka.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.





Lelaki ditembak dua individu bermotosikal - Sinarharian - 4/09 10:17 am

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki tempatan cedera di tapak tangan selepas dipercayai ditembak dua lelaki di sebuah bengkel kenderaan terpakai berhampiran kawasan perkuburan Cina, Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, pada Khamis.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.05 petang apabila mangsa berusia 43 tahun didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.Menurutnya, salah seorang daripada suspek kemudian dipercayai melepaskan tembakan ke arah mangsa."Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya melarikan diri ke kawasan perkuburan Cina bagi menyelamatkan diri manakala kedua-dua suspek turut melarikan diri dari lokasi kejadian."Mangsa mengalami luka pada tapak tangan kanan selain patah tulang tapak tangan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Nik Aminuddin berkata, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Katanya, polis turut menemui beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian hasil pemeriksaan di tempat kejadian."Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Muazzam Shaaban di talian 017-4825017."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian ini," katanya.





Lelaki cetus provokasi, berebut tempat duduk di Dataran Putrajaya positif dadah - Sinarharian - 4/09 9:33 am

PUTRAJAYA Berebut tempat duduk dipercayai menjadi punca seorang lelaki mencetuskan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kertas siasatan berhubung kejadian itu telah dilengkapkan dan kini berada di pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut."Sebanyak tujuh keterangan saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan kes berkenaan."Punca kejadian nak rebut tempat duduk," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Pada Khamis, media melaporkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh reman sehari tamat.Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 30 tahun yang bekerja sebagai tukang masak ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kira-kira jam 12.15 tengah malam pada 2 September.Lelaki terbabit direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.Ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya turut mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).Terdahulu, beberapa rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berbaju coklat dipercayai mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang sedang bertugas.Aidi Sham dilaporkan berkata, lelaki terbabit dipercayai merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar masuk ke kawasan tempat duduk awam.Tindakan itu menyebabkan berlaku tolak-menolak sehingga beberapa individu terjatuh.Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika orang ramai berkumpul bagi menunggu pintu masuk ke kawasan tempat duduk awam dibuka.Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.





Ditembak ketika di bengkel, mekanik panjat pagar selamatkan diri Ditembak .. - Mygazette - 4/09 8:01 am

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kejadian. Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, katanya





Lelaki ditahan serang pengawal keselamatan - Sinarharian - 3/09 6:47 pm

GOMBAK Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menyerang pengawal keselamatan sebuah pasar raya borong susulan kejadian kecurian barangan di premis berkenaan, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.58 petang."Polis dengan bantuan orang awam berjaya menahan lelaki berusia 39 tahun itu di lokasi kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Abang Kaderi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.




Reformasi     >>



‘Tiada nas, tak ada dalam Quran – Guru .. - Harapandaily
Kenyataan kontroversi pemimpin Pas yang mengaitkan sokongan kepada parti itu boleh masuk ke syurga terus mengundang kritikan ramai pihak, termasuk golongan agamawan dan ulama pondok. Terbaharu, Guru Pondok Ma’ahad Ibn Sunni Ittifaqul Masya’iq, Tuan Guru Abdul Rahim Abdul Rahman ..
Kroni     >>



Indonesia names Toba Pulp Lestari suspect in alleged .. - NST
JAKARTA: Indonesias Attorney Generals Office (AGO) named listed pulp producer Toba Pulp Lestari as a suspect in a case involving alleged tax fraud which resulted in a state loss of around 2 trillion rupiah (US$113 million).
Tabloid     >>



Malaysia tidak terancam - Hmetro
Kuala Lumpur: Abu vulkanik daripada beberapa gunung berapi yang meletus di Indonesia pada Isnin lalu termasuk Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia ketika ini lebih banyak dibawa angin ke arah Jawa dan tidak memberi sebarang risiko secara langsung kepada Malaysia setakat ini. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Xiaomi 18 Fold is here with the Xring O3 SoC, a wide .. - Gsmarena
Xiaomi today announced its own very first wide-style foldable smartphone, one-upping Apple by exactly two days. Not only does the Xiaomi 18 Fold have the same form factor as the much-anticipated iPhone Ultra, but it's also available in a cherry red colorway, similar to what was rumored for ..
World     >>



The domestic armed threat facing Iran - Aljazeera
External support for ethnic armed groups poses an escalating security threat to Iran, experts and state officials warn.
Motor Trend     >>



Motosikal Etiqa Perkenal Myrider Plus Perlindungan .. - Mekanika
# ETIQA PERKENAL MYRIDER PLUS PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK RIDER DI MALAYSIA **Etiqa dengan rasminya memperkenalkan MyRider Plus yang merupakan perlindungan tambahan bagi polisi dan insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle sedia ada.** Untuk rekod, insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle ..