///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Kanun Keseksaan News   Page 1    





Tiga pelajar sekolah ditahan curi duit tabung surau - Mgazette - 12/04 7:56 am

Semua remaja berkenaan kini direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 15 April ini bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan dengan niat melakukan jenayah, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun selain boleh dikenakan denda dan sebatan





15 ditahan bantu siasatan kes sekumpulan pelajar gaduh depan sekolah - Mgazette - 12/04 7:56 am

Sementara itu, ujar beliau, 13 kanak-kanak lelaki direman selama empat hari bermula hari ini hingga 14 April ini untuk siasatan lanjut. "Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya





Enam lelaki warga Pakistan bergaduh ditahan polis - Sinarharian - 11/04 9:04 pm

BELURAN - Enam lelaki warga Pakistan ditahan selepas disyaki terlibat dalam pergaduhan yang tular di media sosial di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Kubambang, Paitan, pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 6.49 petang."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 4 petang hari yang sama apabila sekumpulan lelaki telah berjumpa dengan mangsa yang juga warga Pakistan di kawasan kaki lima sebuah kedai runcit."Berlaku pertengkaran antara mereka disebabkan salah faham sebelum bertukar menjadi pergaduhan sehingga mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta menerima tujuh jahitan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurutnya, susulan kejadian itu serta rakaman video yang tular, polis berjaya menahan enam individu yang dikenal pasti terlibat dalam rusuhan berkenaan."Permohonan reman akan dibuat esok untuk meneruskan siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran dan boleh juga berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Asisten Superintenden Azhani Amat Khairi di talian 019-3132244 atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Jamsari Zakaria di talian 019-8330661 untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya.Sebelum itu, tular satu video berdurasi 29 saat memaparkan sekumpulan individu terlibat dalam pergaduhan, termasuk menggunakan objek kayu untuk memukul mangsa.





3 pelajar sekolah diberkas curi tabung surau - Sinarharian - 11/04 6:13 pm

ISKANDAR PUTERI Tiga remaja lelaki yang masih bersekolah ditahan polis selepas disyaki mencuri wang derma tabung surau dalam kejadian di kawasan Kangkar Pulai.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada Khamis lalu.Jelasnya, kesemua suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 11.10 malam hingga 11.41 malam pada Jumaat."Hasil tangkapan itu, polis turut merampas dua tabung surau dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan."Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," ujarnya lagi.Menurut beliau, penahanan suspek berjaya menyelesaikan tiga kes kecurian wang derma tabung surau serta satu kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di kawasan sama.





[KRONOLOGI] Kes bunuh Prebet Muhammad Amirul Raziq - Sinarharian - 11/04 5:28 pm

INSIDEN keganasan di sebuah kem tentera di Bentong yang bermula pada 30 Mac lalu berakhir dengan tragedi apabila seorang anggota disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Sabtu.Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.34 pagi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh selepas hampir dua minggu bertarung nyawa akibat kecederaan parah.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam di stor senjata Kompeni C, Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu sebelum ini mengakibatkan mangsa koma manakala enam lagi anggota cedera, dipercayai dipukul oleh seorang koperal.Ikuti kronologi berikut;30 Mac 2026 - Kejadian serangan berlaku kira-kira jam 8.30 malam di stor senjata Kompeni C, Kem Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Bentong.-Seorang anggota tentera dilaporkan koma manakala enam lagi rakan setugasnya cedera.-Insiden tersebut membabitkan seorang anggota tentera berpangkat koperal.31 Mac 2026 - Bapa kepada arwah Prebet Muhammad Amirul Raziq, Rosafindi Tambi Chik, telah membuat laporan polis.-Polis menahan seorang anggota berpangkat koperal yang berusia 37 tahun jam 2.30 petang, membantu siasatan.4 April 2026 - Perintah reman terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal dilanjutkan.6 April 2026 - Suspek, Sukry Tasu, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan.-Pertuduhan pertama di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan membabitkan kecederaan parah terhadap seorang anggota tentera.-Enam pertuduhan lain di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan melibatkan kecederaan terhadap enam anggota lain.-Tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM7,000 bagi pertuduhan pertama, manakala masing-masing RM2,000 bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh dengan satu penjamin.-Mahkamah telah menetapkan 18 Mei 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.11 April 2026 - Mangsa, Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh kira-kira jam 9.34 pagi.-Susulan itu, polis mengklasifikasikan semula siasatan daripada Seksyen 325 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Siasatan lanjut termasuk penelitian semula keterangan saksi sedang dijalankan.





Polis klasifikasikan semula kes koperal pukul rakan setugas sebagai kes bunuh - Sinarharian - 11/04 4:02 pm

KUANTAN - Polis mengklasifikasikan semula kes seorang anggota tentera berpangkat koperal memukul tujuh anggota lain, termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong, 31 Mac lepas.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh selepas seorang daripada mangsa meninggal dunia pagi tadi."Mangsa disahkan meninggal dunia pada 9.34 pagi, menyebabkan siasatan kes berkenaan kini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata, susulan perkembangan itu, kertas siasatan yang sebelum ini dibuka di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan diklasifikasikan semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, Zaiham berkata, permohonan untuk menjalankan bedah siasat terhadap mangsa juga telah dibuat bagi mengenal pasti punca kematian."Pihak polis turut akan meneliti semula keterangan yang telah diambil sebelum ini, dan jika perlu sambungan rakaman percakapan saksi akan dilakukan bagi membantu siasatan," katanya.Pada 6 April lepas, media melaporkan seorang tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bentong atas tujuh pertuduhan mencederakan anggota lain, bulan lepas





Kerajaan perlu ???all out??? perangi sindiket along, lindungi rakyat ??? .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

"Ini bukan kutip hutang, ini adalah jenayah yang serius dan perlu ditangani dengan tegas, tegasnya. Dalam masa sama, Hishamuddin menggesa pihak berkuasa supaya menilai semula pendekatan siasatan terhadap sindiket along dengan mengklasifikasikannya sebagai jenayah terancang di bawah Kanun Keseksaan khususnya Seksyen 130V(1), berbanding hanya disiasat di bawah kesalahan seperti khianat atau ugutan jenayah





Seminar ???Kuil Kebangsaan??? julung kali, Mahima tekankan pematuhan .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Seminar Kuil Kebangsaan julung kali, Mahima tekankan pematuhan undang-undang tanah BATU CAVES - Presiden Majlis Kuil-Kuil Hindu dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima), Datuk N Sivakumar menegaskan keperluan mendesak untuk meningkatkan kefahaman terhadap undang-undang tanah dan perancangan bandar bagi mengelakkan isu rumah ibadat tidak berdaftar terus berulang





Keadilan buat Muhammad Amirul Raziq akan ditegakkan sepenuhnya – .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

Muhammad Amirul Raziq parah dipercayai dipukul suspek berpangkat Koperal disyaki berpunca ketidakpuasan hati berhubung kerja pembersihan stor senjata pada 31 Mac. Sehubungan itu, anggota tentera berpangkat Koperal berkenaan yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan





Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

# Kematian Muhammad Amirul Raziq, polis klasifikasi semula siasatan bawah Seksyen 302 KK KUALA LUMPUR Polis kini akan menjalankan siasatan bersabit kes Koperal yang memukul seorang anggota tentera lain di sebuah kem di Bentong di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh





Terlepas penerbangan dan selisih faham dengan isteri, warga asing .. - Mgazette - 11/04 3:54 pm

Semasa kejadian, suspek telah bertindak secara agresif dengan menghentak cermin kaunter, mengetuk papan tanda penerbangan hingga patah, membaling botol minuman ke arah kaunter dan mencederakan anggota keselamatan yang bertugas semasa kejadian, katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, suspek juga telah didakwa dan mengaku bersalah di Mahkamah Sepang pada 7 April lalu, ketika dihadapkan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali





Prebet dipukul Koperal di kem Bentong meninggal dunia - Mgazette - 11/04 3:54 pm

Muhammad Amirul Raziq parah dipercayai dipukul suspek berpangkat Koperal disyaki berpunca ketidakpuasan hati berhubung kerja pembersihan stor senjata pada 31 Mac. Sehubungan itu, anggota tentera berpangkat Koperal berkenaan yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan





Lelaki tumbuk wanita depan pasar raya di Mersing kerana selisih faham - Mgazette - 11/04 3:54 pm

"Ekoran kejadian itu mangsa telah mengalami kecederaan lebam di bahagian dahi dan patah di bahagian atas hidung," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette Tular video memaparkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing, Mersing, malam tadi.





Lelaki tumbuk wanita di hadapan pasar raya ditahan - Sinarharian - 11/04 2:22 pm

MERSING Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menumbuk seorang wanita dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing di sini, yang rakaman videonya tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 48 tahun kira-kira jam 10 malam, Jumaat.Menurutnya, suspek berusia 47 tahun berjaya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing sekitar jam 12.15 tengah malam bagi membantu siasatan."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada selisih faham antara kedua-dua pihak."Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam di dahi serta patah pada bahagian atas hidung," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Beliau berkata, suspek direman selama empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita yang baru keluar dari sebuah pasar raya.





Warga asing tular mengamuk di KLIA sudah ditahan, didakwa - FMT - 11/04 1:44 pm

Suspek juga telah mengaku bersalah di Mahkamah Sepang pada 7 April dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.





Kes serang dengan parang, dua lelaki didakwa esok - Polis - Sinarharian - 11/04 12:09 am

BERA Polis mengesahkan dua lelaki akan dihadapkan ke mahkamah pada Isnin ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes serangan menggunakan parang di sebuah kedai di Jalan Besar Mengkuang, Triang, di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, setakat ini seramai lima lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.Menurutnya, suspek pertama ditahan pada 4 April lalu di sebuah hospital di Kuala Lumpur, manakala empat lagi suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera secara berperingkat bermula 6 April."Hasil siasatan dijalankan, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan pihak polis menerima arahan untuk menuduh dua suspek," katanya.Beliau berkata, suspek pertama akan dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata, manakala suspek kedua mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan.Menurutnya, tiga lagi individu yang ditahan akan dijadikan saksi pendakwaan, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.Dalam pada itu, beliau memaklumkan polis masih mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan lanjut kes sama."Kedua-dua individu terbabit dikenali sebagai Maran dan Logathevan," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis





Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek - Sinarharian - 11/04 12:05 am

KUANTAN - Polis menahan empat lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes tetak menggunakan senjata tajam di sebuah kedai minum di Triang, Bera pada 29 Mac lepas.Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 8 April."Setakat ini, lima tangkapan telah dibuat, dengan empat individu masih dalam tahanan polis, manakala seorang lagi dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini media melaporkan, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes itu, di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4 April lepas.Beliau berkata, seorang suspek direman bermula 7 hingga 10 April, manakala dua lagi direman bermula 8 hingga 13 April ini bagi membantu siasatan."Suspek yang ditahan pada 4 April lepas telah dilanjutkan tahanan reman selama empat hari bermula 10 hingga 13 April," katanya sambil menambah polis sedang mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.Zulkiflee berkata, pihaknya telah melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya, selain dua suspek dijangka dituduh di mahkamah pada Isnin ini mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.Sementara itu, beliau berkata, mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan telah dibenarkan pulang pada Rabu selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh





Rosakkan kaunter KLIA2, cedera anggota keselamatan kerana terlepas penerbangan - Sinarharian - 11/04 11:20 am

SEPANG - Tindakan seorang lelaki merosakkan kemudahan awam serta mencederakan anggota keselamatan seperti mana tular di media sosial baru-baru ini dipercayai berpunca daripada tekanan selepas terlepas penerbangan.Individu terbabit turut bertindak sedemikian dipercayai berselisih faham dengan isterinya berkaitan isu penjagaan anak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini.Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum bertindak menahan suspek pada 5 April lalu kira-kira jam 10.30 pagi di Kaunter Pertukaran Antarabangsa KLIA2.Menurutnya, tangkapan melibatkan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang ketika itu sedang menunggu penerbangan transit ke Hatyai, Thailand."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlepas penerbangan selain berlaku perselisihan faham dengan isterinya berkaitan isu penjagaan anak."Suspek kemudian bertindak agresif dengan menghentak cermin kaunter, mengetuk papan tanda penerbangan hingga patah serta membaling botol minuman ke arah kaunter," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, tindakan suspek turut menyebabkan seorang anggota keselamatan yang bertugas mengalami kecederaan.Tambahnya, suspek telah mengaku bersalah di Mahkamah Sepang pada 7 April lalu."Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali."Selain itu, suspek turut dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil yang membawa hukuman denda sehingga RM100," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan pihak keselamatan dan tidak bertindak di luar kawalan sehingga boleh mencetuskan kegusaran di tempat awam, khususnya di Terminal KLIA1 dan KLIA2.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga asing mengamuk serta merosakkan papan tanda di kaunter KLIA2 selain bertindak agresif terhadap anggota keselamatan.





Lelaki warga China diberkas kes cabul wanita di MRT Kuchai Lama - Sinarharian - 11/04 10:36 am

KUALA LUMPUR Seorang lelaki warga China diberkas selepas disyaki mencabul seorang wanita dalam kejadian di kaki lima kawasan Stesen MRT Kuchai Lama di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.22 malam."Mangsa merupakan seorang wanita tempatan berusia 22 tahun yang bekerja sebagai terapis kecantikan di Sunway Velocity."Dalam kejadian tersebut, mangsa mendakwa telah didatangi dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek bertindak memeluknya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah diekori suspek ketika berjalan menuju ke tandas di kawasan berkenaan."Hasil tindakan pantas, suspek berjaya ditahan pada hari sama kira-kira jam 8.10 malam," katanya.Menurutnya, suspek merupakan lelaki warga China berusia 20 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan."Suspek direman sehingga 24 April 2026 bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul serta Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah."Siasatan dijalankan oleh pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields," katanya.





Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun .. - Mgazette - 11/04 7:44 am

Beliau memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan paling tegas berhubung jenayah itu tanpa memihak kepada mana-mana pangkat atau kedudukan. Keenam-enam suspek kini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, 397 dan 170 Kanun Keseksaan





Remaja 17 tahun didakwa lakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak .. - Mgazette - 11/04 7:44 am

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lima bulan semasa kejadian di pusat jagaan kanak-kanak sebuah pertubuhan di Batu Caves pada 8.30 malam, 27 Mac 2026. Dia dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan





Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos - Mgazette - 11/04 7:44 am

# Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos KUALA LUMPUR - Orang awam diingatkan supaya tidak melindungi atau bersubahat menyembunyikan orang kena tuduh (OKT) warga Pakistan yang lolos dari Penjara Sungai Buloh semalam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan terhadap mana-mana individu yang didapati membantu OKT berkenaan





Polis tahan lelaki mabuk larikan kenderaan e-hailing, pandu lawan arus .. - Mgazette - 11/04 7:44 am

Beliau berkata individu berkenaan kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Siasatan turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan, katanya





Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos - Sinarharian - 10/04 9:52 pm

KUALA LUMPUR - Orang awam diingatkan supaya tidak melindungi atau bersubahat menyembunyikan orang kena tuduh (OKT) warga Pakistan yang lolos dari Penjara Sungai Buloh semalam.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 216 Kanun Keseksaan terhadap mana-mana individu yang didapati membantu OKT berkenaan.Beliau berkata, kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau dengan denda."Tahanan reman itu meloloskan diri semasa turun dari kenderaan polis sebaik tiba di Padang Kawad Penjara Sungai Buloh."Proses menghantar tahanan reman ke penjara itu dilakukan oleh Cawangan Pengawal Pengiring Shah Alam





Polis tahan lelaki mabuk larikan kenderaan e-hailing, pandu lawan arus - Sinarharian - 10/04 7:18 pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana memandu secara melawan arus dalam keadaan mabuk di Kilometer 0.7, Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya di sini awal pagi semalam.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata lelaki itu ditahan pada jam 2.10 pagi oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi apabila suspek memandu kenderaan secara melawan arus sebelum ditahan di lokasi berkenaan."Hasil siasatan lanjut mendapati suspek berada di bawah pengaruh alkohol dan turut melarikan sebuah kenderaan e-hailing susulan salah faham dengan pemandu kenderaan itu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, individu berkenaan kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Siasatan turut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor M





Bekas banduan dalang 'Geng Muncung' curi motosikal tumpas - Sinarharian - 10/04 6:46 pm

PARIT - Seorang bekas banduan antara 11 lelaki ditahan polis kerana menubuhkan kumpulan Geng Muncung yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di beberapa daerah di negeri ini sejak Januari lalu.Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 27 tahun itu bertindak sebagai ketua kumpulan sebaik dibebaskan dari penjara dengan modus operandi menyasarkan motosikal jenis Yamaha 125ZR dan Yamaha Y15ZR (Y-Suku)."Berdasarkan rekod polis, suspek yang dikenali sebagai 'Muncung' ini pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan kecurian motosikal."Suspek menubuhkan kumpulan berkenaan dianggotai kalangan pengawal keselamatan, mekanik dan bekerja sendiri sebelum bergerak aktif di sekitar Perak Tengah, Manjung dan Ipoh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan terhadap semua suspek berusia lingkungan 21 hingga 46 tahun itu dilakukan susulan laporan kehilangan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR di hadapan sebuah kedai makan di Seri Iskandar pada 22 Mac lalu.Katanya, hasil maklumat tersebut, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Perak Tengah dengan kerjasama Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak melancarkan operasi besar-besaran menjejaki suspek terlibat selama lima hari bermula 29 Mac lalu."Dengan tangkapan tersebut, polis turut berjaya membuat rampasan terhadap lima motosikal yang telah dileraikan, komponen enjin dan alat ganti selain penemuan satu paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 0.56 gram."Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.Mengulas lanjut, Hafezul Helmi berkata, setiap motosikal yang dicuri akan dileraikan dan dijual kepada individu sebagai alat ganti, manakala bahagian yang tidak boleh dijual seperti nombor casis dipotong dan dibuang ke dalam sungai bagi menghapuskan bukti."Polis berjaya menemui semula beberapa komponen motosikal di sungai hasil tunjuk arah suspek," katanya.Menurutnya, siasatan juga mendapati, kumpulan tersebut menggunakan khidmat pointer iaitu individu yang memberi maklumat mengenai lokasi dan masa sesuai untuk mencuri motosikal."Suspek dikesan bertindak mematahkan hendal dan memintas suis kunci sebelum melarikan motosikal."Dalam satu kes di Seri Iskandar, seorang pengawal keselamatan apartmen bertindak sebagai pointer dengan mengenal pasti motosikal yang mudah dicuri sebelum memaklumkan kepada kumpulan untuk bertindak," katanya.Beliau berkata, dengan tangkapan tersebut, polis berjaya menyelesaikan 10 kes kecurian motosikal yang dilaporkan sejak Januari tahun ini melibatkan tiga daerah.Tambahnya, pihak polis kini sedang mengesan dua lagi ahli kumpulan berkenaan dikenali Sapik dan Akim yang masih bebas bagi membantu kes di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Sebagai langkah keselamatan, polis menasihatkan pemilik motosikal supaya mengambil langkah tambahan termasuk memasang kunci ketiga bagi mengurangkan risiko kecurian," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Farah Ellyana Liki Maliki di talian 013-8927218





Pesara dipenjara 7 hari, denda RM4,000 rakam video bawah skirt peguam wanita - Sinarharian - 10/04 6:34 pm

KUALA LUMPUR - Seorang pesara dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, pada Jumaat selepas mengaku bersalah merakam video bawah skirt seorang peguam wanita di sebuah kedai makan, tiga hari lepas.Majistret Mahmoodah VM Abdul Latif menjatuhkan hukuman itu ke atas S Anandhan, 62, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 7 April lepas.Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu.Anandhan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 29 tahun dengan maksud untuk mengaibkan kehormatannya di kedai makan di Pusat Bandar Rawang, Gombak pada jam 5.49 petang pada 7 April.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hafiz Aiman Badrisham memohon hukuman berat dengan mengambil kira mangsa mengalami trauma sehingga terpaksa menjalani rawatan psikiatri, sementara peguam V Kumar yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan





Sindiket samun bersenjata tumpas, 11 warga asing ditahan - Sinarharian - 10/04 5:35 pm

GEORGE TOWN - Polis berjaya menumpaskan sindiket samun berkumpulan bersenjatakan parang selepas menahan 11 warga asing dalam beberapa serbuan di Chemor, Perak dan Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang.Kesemua suspek ditahan dalam Op Rantau Kongsi yang dijalankan selama dua hari bermula Khamis.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 22 hingga 38 tahun.Menurutnya, hasil serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinangturut menemui pelbagai barangan dipercayai milik mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM2,770."Turut dirampas beberapa senjata dipercayai digunakan dalam kejadian termasuk parang, pisau dan pengikat kabel," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, modus operandi kumpulan berkenaan adalah menyasarkan warga asing yang tinggal di tapak penginapan sekitar tanah besar."Kumpulan ini akan melakukan samun menggunakan senjata serta mengikat mangsa menggunakan pengikat kabel."Sindiket ini juga dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun yang dilaporkan berlaku pada 9 April 2025 kira-kira jam 1.30 pagi di Seberang Perai Selatan (SPS) dengan anggaran kerugian kira-kira RM35,000 melibatkan barang kemas, telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai," ujarnya.Azizee berkata, dengan penahanan kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan lima kes samun berkumpulan melibatkan satu kes di Seberang Perai Utara, dua kes di SPT dan dua kes di SPS."Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan."Semakan rekod mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod kesalahan imigresen manakala yang lain tiada rekod jenayah lampau





Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan dipercayai dalang kes samun RM4.4 juta - Sinarharian - 10/04 5:02 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pegawainya telah ditahan kerana dipercayai menjadi dalang beberapa siri jenayah samun bersenjata melibatkan nilai RM4.4 juta di sekitar Kepong, Ahad lepas.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek berpangkat Deputi Superintenden (DSP) itu pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan telah digantung tugas sejak 23 Januari lepas."Suspek dipercayai memainkan peranan utama dalam mendalangi operasi kumpulan terbabit, termasuk merancang dan menyelaras pergerakan mereka," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.Terdahulu, enam lelaki tempatan berusia antara 31 hingga 51 tahun, termasuk pegawai polis berkenaan dan dua pengawal peribadi telah ditahan berikutan tiga kejadian samun di kediaman warga asing.Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku antara jam 5.30 pagi hingga 7.30 pagi itu, kumpulan suspek dikesan menyamar sebagai anggota polis untuk memecah masuk kediaman dua mangsa warga China dan seorang wanita warga Indonesia.Malah, seorang daripada suspek turut dikesan mengacu objek menyerupai pistol bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan pelbagai barangan berharga.Sindiket terbabit melarikan tiga kenderaan mewah jenis Rolls-Royce, Bentley dan Toyota Alphard, selain sebuah peti besi, wang tunai RM24,200, mata wang asing bernilai USD1,200, pelbagai barang kemas serta dua jongkong emas.Selain penglibatan anggota berkenaan, Fadil berkata, polis turut mendapati dua pengawal peribadi yang ditahan itu telah menyalahgunakan senjata api yang dilesenkan secara sah semasa melakukan siri samun terbabit.Beliau memberi amaran bahawa polis akan mengambil tindakan paling tegas berhubung jenayah itu tanpa memihak kepada mana-mana pangkat atau kedudukan.Keenam-enam suspek kini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395, 397 dan 170 Kanun Keseksaan





Cederakan isteri kerana marah anak OKU, penganggur didenda RM3,500 - Mgazette - 10/04 3:59 pm

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 41 tahun dengan cara memukul mangsa menggunakan kerusi plastik. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang 3 April lalu di sebuah rumah beralamat di Taman Pengkalan Minyak Damai yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan





Pasangan kekasih antara 11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata - Mgazette - 10/04 3:59 pm

# Pasangan kekasih antara 11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata NIBONG TEBAL - Seramai 11 warga Indonesia termasuk pasangan kekasih direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjata di rumah kongsi dalam kawasan tapak pembinaan sekitar Pulau Pinang. Perintah reman terhadap sembilan lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad bermula hari ini hingga 16 April depan, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan





Lelaki Vietnam didakwa simpan 1,022 hempedu, 191 lidah ular sawa - Mgazette - 10/04 3:59 pm

Kesalahan itu dilakukan di Taman Johor Jaya di sini pukul 9.50 malam, 4 April lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 60(1)(b) dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 60(1) Akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574)





Jabatan Penjara, polis kerjasama buru tahanan reman warga Pakistan lolos - Mgazette - 10/04 3:59 pm

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut semalam sebelum segera menggerakkan anggota untuk memburu suspek yang juga warga Pakistan yang ditahan reman. Tahanan yang diburu itu dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, yang sedang berhadapan dengan pertuduhan serius termasuklah kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii), Seksyen 392 Kanun Keseksaan (rompakan) serta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak





Pengasuh sarat mengandung, ibu warga emas didakwa dera kanak-kanak di .. - Mgazette - 10/04 3:59 pm

Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh bapa mangsa yang juga pengadu dalam kes berkenaan selepas mengesyaki berlaku kecederaan pada anaknya. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan





34 lelaki didenda antara RM2,000 dan RM3,000 sertai rusuhan di pusat .. - Mgazette - 10/04 3:59 pm

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 7.30 petang, 5 April lalu di sebuah pusat karaoke di Cheras di sini. Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali





Tahanan warga Pakistan terbabit kes seksual kanak-kanak lolos ketika proses penghantaran ke Penjara Sungai Buloh - Sinarharian - 10/04 3:57 pm

SUNGAI BULOH Seorang Orang Kena Tuduh (OKT) warga Pakistan dilaporkan meloloskan diri ketika proses penghantaran ke Penjara Sungai Buloh selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Shah Alam pada Khamis.Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 8 malam di pekarangan Penjara Sungai Buloh."Jabatan Penjara Malaysia bekerjasama dengan polis dalam usaha mengesan dan menahan semula OKT tersebut."Operasi pencarian sedang giat dijalankan dan semua agensi keselamatan telah dimaklumkan bagi membantu usaha ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Jabatan Penjara Malaysia komited untuk terus memastikan keselamatan tahanan dan orang awam sentiasa terpelihara serta akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran prosedur.Pada Jumaat media melaporkan, polis memburu seorang tahanan reman berdepan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor dilapor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, sebelum operasi mengesan lelaki warga Pakistan itu dilancarkan.Usaha mengesan lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu dipergiatkan termasuk kawasan berhampiran selain memperluas tindakan lain bagi menjejaki suspek.Beliau berkata, lelaki itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen





Suspek dalam tahanan polis, lolos ketika proses serahan kepada penjara - Sinarharian - 10/04 3:57 pm

SHAH ALAM - Tahanan reman kes seksual kanak-kanak yang meloloskan diri daripada Penjara Sungai Buloh dipercayai melarikan diri semasa proses pendaftaran pulang orang kena tuduh (OKT).Menurut sumber, kejadian berlaku ketika suspek dan tahanan lain sedang dalam proses pengiringan oleh polis untuk untuk dihantar semula ke penjara selepas prosiding mahkamah di Mahkamah Shah Alam."Seperti kebiasaan, setiap tahanan yang dibawa pulang ke penjara akan dikumpulkan dan akan melalui beberapa tapisan keselamatan serta pendaftaran semula."Suspek masih lagi dalam kawalan polis kerana belum diserahkan kepada pihak penjara dan dia telah melarikan diri ke kawasan semak berbukit di sekitar kawasan kumbahan Penjara Sungai Buloh," katanya.Susulan kejadian jam 6 petang, Khamis itu gerakan mengesan suspek dilakukan segera di kawasan yang suspek melarikan diri.Ekoran kehilangan itu, polis mengeluarkan kenyataan media tahanan Penjara Sungai Buloh melarikan diri.Suspek dikenali Muhammad Hassan, berusia 24 tahun dan terlibat dengan lima kes jenayah termasuk kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksan dan merompak.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek turut berhadapan dengan kesalahan berkaitan imigresen.Dalam perkembangan sama, Jabatan Penjara Malaysia kini bekerjasama rapat dengan polis dalam usaha mengesan dan menahan semula OKT tersebut."Operasi pencarian sedang giat dijalankan dan semua agensi keselamatan telah dimaklumkan bagi membantu usaha ini."Jabatan Penjara Malaysia komited untuk terus memastikan keselamatan tahanan dan orang awam sentiasa terpelihara serta akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran prosedur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.





Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef penjara 5 hari, didenda RM11,500 - Sinarharian - 10/04 3:47 pm

SEREMBAN - [KEMAS KINI] Seorang cef sebuah hotel di Port Dickson dihukum penjara lima hari dan didenda RM11,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan bahan lucah.Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Saiful Ashraf Jaafar, 32, selepas dia mengaku bersalah.Beliau mengarahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh tangkapan 6 April 2026.Tertuduh turut dikhendaki menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati memiliki bahan penganiayaan kanak-kanak iaitu enam video di dalam pemacu pena (pendrive) miliknya.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.Jika disabitkankesalahan, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah didapati memiliki bahan lucah iaitu 23 gambar dan 100 video lucah di dalam serta unit pemprosesan pusat (CPU) komputer miliknya.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kesalahanitu dilakukan pada 6 April 2026 di sebuah rumah di Taman Politeknik, Port Dickson.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dan memberitahu bekerja sebagai cef selain mempunyai anak berusia enam bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang.Tambahnya, dia juga perlu menanggung isteri serta ayah termasuk adik-beradik.Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan serius.Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara tambahan tiga bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM3,500, bagi pertuduhan kedua yang jumlah keseluruhan RM11,500.





Padah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, cef didenda RM11,500 - Sinarharian - 10/04 3:47 pm

SEREMBAN - Seorang cef sebuah hotel di Port Dickson mengaku bersalah selepas didapatimemiliki dan menyimpan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.Selain itu, tertuduh juga memiliki bahan lucah yang dijumpai di dalam alat perantinya di sebuah rumah di Taman Politeknik, Port Dickson pada 6 April lalu.Mengikut dua pertuduhan yang dibacakan berasingan, Mohamad Saiful Ashraf Jaafar, 32, telah didapati memiliki bahan tersebut iaitu enam video di dalam pemacu pena (pendrive) manakala23 gambar dan 100 video lucah lagi di dalam unit pemprosesan pusat (CPU) komputer miliknya.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tertuduh merayu dikenakan hukuman ringan selain mempunyai anak berusia enam bulan yang mempunyai masalah jantung berlubang.Tambahnya, dia juga perlu menanggung isteri, ayah dan adik-beradik lain.Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan serius.Tertuduh kemudiannnya dihukum penjara lima hari dari tarikh tangkapan 6 April 2026 dan didenda RM8,000 bagi pertuduhan pertama serta RM3,500 bagi pertuduhan kedua.Sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut, lelaki itu boleh dihukum penjara tambahan tiga bulan bagi setiap pertuduhan.Pada masa sama, tertuduh turut dikehendaki menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun selepas tamat hukuman.





34 lelaki merusuh, rempuh pusat hiburan dengan lori didenda RM2,000 hingga RM3,000 - Sinarharian - 10/04 3:29 pm

KUALA LUMPUR Seramai 32 lelaki yang tular dalam insiden rusuhan selepas sebuah lori merempuh pagar sebuah pusat hiburan, didenda RM3,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana merusuh dan memiliki pelbagai senjata.Semua lelaki itu berusia 21 hingga 57 tahun dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan.Mereka ialah Tan Chee Chin, G Bathmanathan, M Kogilan, Lim Puay Fei, Kevin Yong Kai Wen, Ong Zhi Jian, Looi Khai Xuan, Voison Chor, Tan Jun Ning, Hee Tuck Choy, Ching Thong Hai, Kee Jin Xuan, Lim Teong Yow, Chan Kuang Man dan Ho Chee Seong.Wong Chee Siong, Liang Chung Weng, G Srikanth, A Ganesan, Lee Ming Choong, Wong Wai Khuen, Khor Ka Lok, Ong Zheng Yuan, Yam Hao Jie, Lim Jia Cheng, Chai Chun You, Kher Kuan Heng, Ong Aik Chim, Chong Khai Jun, Hadzrin Julasrin, Lee Tuck Wah dan Chin Chin Chung.Sementara dua lagi tertuduh muda berusia 19 tahun iaitu Alvin Yong Kai Zhe dan Chong Yu Heng didenda RM2,000 atau penjara selama tiga bulan bagi pertuduhan sama.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa hadir dan menyertai rusuhan dan memiliki senjata api, peluru, bahan letupan atau bahan lecur, kayu, batu, yang boleh mencederakan dan boleh digunakan untuk menyerang.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pusat hiburan di Cheras jam 7.30 petang pada 5 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis menerima laporan berhubung kes pergaduhan menggunakan lori dan melanggar pintu pagar.Sekumpulan lelaki bertindak melakukan khianat dengan memecahkan barang di kawasan tersebut.Siasatan polis mendapati, terdapat suspek menggunakan senjata untuk melakukan serangan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Mohamad Poad mencadangkan semua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran."Mahkamah perlu mengambil kira insiden itu melibatkan tertuduh yang ramai telah menimbulkan kegentaran awam," katanya.Bagaimanapun, peguam, Mohammad Arifin Abdul Wahab yang mewakili semua tertuduh berkata, sebahagian anak guamnya bekerja sebagai pembantu restoran, berniaga sendiri secara dalam talian dan pemandu e-hsiling.Menurutnya, mereka mengaku kesal dan memohon maaf atas perkara yang dilakukan selain berjanji akan mematuhi undang-undang pada masa depan."Mereka telah direman selama empat hari sekali gus menjadi teladan maka saya mohon mahkamah mengambil kira perkara itu untuk pengurangan hukuman," katanya.Rabu lalu, Sinar Harian melaporkan, seramai 43 lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes menceroboh masuk serta memecahkan barangan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini, minggu lalu.Polis Kuala Lumpur membuat permohonan reman terhadap 35 daripada jumlah itu.Dalam pada itu, tujuh lagi individu dilaporkan sudah dibebaskan dengan jaminan polis.Semua individu terbabit berusia antara 20-an hingga 40-an diberkas di sekitar Lembah Klang, sejak Isnin hingga awal pagi Rabu.Ahad lalu, sekumpulan individu bertopeng bertindak merempuh pagar menggunakan lori sebelum menceroboh masuk serta memecahkan barangan sebuah pusat hiburan di Cheras di sini.Kejadian dramatik itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan sebelum rakaman terbabit tular di media sosial





Remaja 17 tahun didakwa amang seksual, seks luar tabii kanak-kanak lelaki di rumah kebajikan - Sinarharian - 10/04 3:09 pm

KUALA LUMPUR - Seorang penghuni sebuah rumah kebajikan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, bukan fizikal serta persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki.Remaja lelaki berusia 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahmoodah VM Abdul Latif.Prosiding hari ini berlangsung secara tertutup memandangkan ia membabitkan tertuduh bawah umur.Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lima bulan semasa kejadian di pusat jagaan kanak-kanak sebuah pertubuhan di Batu Caves pada 8.30 malam, 27 Mac 2026.Dia dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, remaja itu didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa serupa pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.Dia turut berdepan dua lagi pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap mangsa sama pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 15 (a) (i) dan 15 (a) (ii) akta sama, yang berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagaimanapun, perintah di bawah hukuman kanak-kanak terpakai memandangkan remaja berkenaan masih di bawah umur.Mahkamah membenarkan remaja berkenaan diikat jamin RM6,500 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 24 Jun untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafiz Aiman Badrisham, manakala peguam Azman Abdullah mewakili remaja terbabit.Semalam, penjaga sebuah rumah kebajikan Retna Velu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang atas kesalahan sama, dan mahkamah menetapkan 21 Mei untuk tarikh jatuh hukum.Bagaimanapun, pemilik rumah kebajikan berkenaan, S





Padah simpan 1,022 hempedu, 191 lidah ular sawa - Sinarharian - 10/04 3:02 pm

JOHOR BAHRU Seorang lelaki warganegara Vietnam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyimpan 1,022 hempedu dan 191 lidah ular sawa, awal bulan ini.Tertuduh, Hoang Van Thai, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Madihah Zainol dalam bahasa Vietnam.Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan 1,022 biji hempedu ular sawa dan 191 bahagian lidah ular sawa yang merupakan hidupan liar dilindungi di bawah Jadual Pertama, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa lesen.Kesalahan dilakukan di Taman Johor Jaya, di sini, pada jam 9.50 malam, 4 April lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 60(1)(b) dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 60(1) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).Kes dikendalikan Pegawai Undang-Undang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Mas Izzaty Lokman, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.Mahkamah menetapkan 20 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pengesahan status Orang Kena Tuduh (OKT) daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dan keputusan untuk pemberian jaminan.Selasa lalu, media melaporkan PERHILITAN merampas pelbagai bahagian hidupan liar bernilai RM36.8 juta selepas menyerbu sebuah premis kediaman di Taman Johor Jaya di sini pada Sabtu lalu.Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dilaporkan berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemukan 602 biji hempedu ular sawa, 420 biji hempedu beruang dan 107 ketulan mampat bahagian harimau.Beliau memberitahu, ini termasuk 135 ketulan mampat bahagian primat dan 191 batang disyaki bahagian sawat ular sawa.Jelas beliau, semua bahagian hidupan liar tersebut disita dan dibawa balik ke pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya.





Tokong tertera kalimah ALLAH sudah dirobohkan pagi tadi - Sinarharian - 10/04 1:15 pm

JASIN Sebuah tokong yang tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim di Persisiran Pantai Siring di sini selesai dirobohkan pada pagi Jumaat sejurus kerja pengosongan peralatan penyembahan dilakukan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan itu dilakukan selepas mencapai kata sepakat antara pemilik tanah dan agensi terlibat."Seperti yang dijanjikan semalam, bahan-bahan suci bagi penganut agama lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kita melaksanakan proses perobohan."Hari ini kita dapat menyaksikan sendiri semua bahan berkenaan telah dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja perobohan dijalankan," katanya ketika ditemui di lokasi pada Jumaat.Kerja perobohan yang mengambil masa kira-kira 30 minit itu dijalankan sekitar jam 10 pagi menggunakan jentolak.Sementara itu, Zaidi berharap garis panduan berkaitan pencerobohan tapak ibadat tidak sah dapat diperkemaskan bagi mengelakkan isu sama berulang.Katanya, pengalaman lalu dalam mengiktiraf sebuah tapak ibadat bukan Islam yang sah boleh dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert memaklumkan, usaha mengesan seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Ucuk sedang dilakukan bagi membantu siasatan kes tersebut.Maklumat awal daripada penduduk kampung memaklumkan mereka pernah melihat individu itu yang merupakan bekas pelajar tahfiz, menconteng tembok serta tiang elektrik dengan tulisan kalimah ALLAH.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 295, Seksyen 298 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan penemuan binaan tokong batu yang tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi di lokasi berkenaan oleh pemancing yang kemudian melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada malam Rabu.Kerja perobohan sepatutnya dilaksanakan pada Khamis, namun ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pemilik tokong berkenaan melakukan pengosongan.





Pengasuh sarat hamil, ibu didakwa aniaya anak asuhan hingga cedera - Sinarharian - 10/04 12:49 am

KUALA LUMPUR Seorang pengasuh yang sarat mengandung sembilan bulan dan ibunya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan menganiaya seorang anak asuhannya sehingga mangsa mengalami kecederaan di paha dan kemaluan beberapa bulan lalu.A Saranya, 28, dan ibunya, P Seroja, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mazuliana Abdul Rashid.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun tujuh bulan, telah menganiayainya sehingga mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Pudu Impian antara Februari hingga 3 April lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ravindejit Kaur tidak mencadangkan kedua-dua tertuduh diberi ikat jamin.Bagaimanapun, beliau berkata pendakwaan mencadangkan mereka dikenakan kadar ikat jamin yang tinggi sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara untuk memberikan jaminan.Sementara itu, peguam, Mohammad Arifin Abdul Wahab merayu agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah dengan alasan Saranya akan melahirkan anak keenam dalam masa terdekat dan Seroja yang tidak bekerja pula menghidap penyakit darah tinggi.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mazuliana membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin."Kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, tidak mengganggu mangsa, keluarganya dan saksi pendakwaan."Mahkamah menetapkan sebutan semula kes dan serahan dokumen pada 18 Mei depan," katanya.





Pukul isteri dengan kerusi, penganggur didenda RM3,500 - Sinarharian - 10/04 12:16 am

MELAKA - Seorang penganggur didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya dengan menggunakan kerusi dalam kejadian minggu lalu.Tertuduh, Mohd Hairi Majid, 48, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 41 tahun dengan cara memukul mangsa menggunakan kerusi plastik.Perbuatan itu dilakukan pada Jumaat lalu kira-kira jam 2 petang di sebuah rumah beralamat Jalan PMD 1, Taman Pengkalan Minyak Damai.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Alia Safri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Dalam rayuannya, bapa kepada dua anak itu memohon agar hukuman denda dikurangkan memandangkan ia merupakan kesalahan pertamanya.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.





Lolos penjara, lelaki Pakistan direman kes seksual kanak-kanak diburu - Sinarharian - 10/04 9:05 am

SUNGAI BULOH [KEMAS KINI] Polis memburu seorang tahanan reman yang berdepan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak selepas meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum operasi mengesan lelaki warga Pakistan tersebut dilancarkan segera."Usaha mengesan lelaki dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, itu dipergiatkan termasuk di kawasan berhampiran selain memperluas tindakan lain bagi menjejaki suspek."Lelaki itu kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, lelaki itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan berkaitan imigresen."Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan banduan terbabit mempunyai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak," katanya.Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan suspek diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di talian 016-5661597."Mereka juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.





Lelaki bersenjata serang polis depan UiTM Machang - Mgazette - 10/04 8:01 am

Siasatan awalmendapati lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau yang signifikan,seriusdan berulangtermasuk dadah berbahaya, ugutan jenayah, kesalahanbahan kakisan, letupan sertasenjata berbahaya,menghalang penjawat awam menjalankan tugas dankeganasan rumah tangga, katanya. Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian, polismerampas sebilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek dankeskini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh





Bayi lelaki cukup sifat ditemui atas sofa luar rumah di Klang - Mgazette - 10/04 8:01 am

# Bayi lelaki cukup sifat ditemui atas sofa luar rumah di Klang KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang cukup sifat dalam keadaan berbalut dan masih bernyawa ditemui di atas sofa di luar sebuah rumah di kawasan Rantau Panjang, Klang, Selangor, semalam





Abang serang adik guna parang - Sinarharian - 10/04 7:49 am

KUALA PILAH Perselisihan faham dalam sebuah keluarga di Taman Air Mawang, Johol, di sini pada Khamis telah membawa kepada pergelutan antara dua beradik sehingga menyebabkan kedua-duanya cedera.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, polis menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira jam 3.49 petang."Maklumat awal diterima melalui panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah di taman perumahan terbabit."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga berkaitan urusan peribadi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, mangsa lelaki berusia 27 tahun telah pergi ke rumah keluarganya sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan.Jelas beliau, seorang lelaki yang juga abang kepada mangsa telah bertindak datang ke lokasi kejadian dengan membawa sebilah parang dan menyerang mangsa."Tindakan itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka dan kedua-duanya cedera."Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan kiri dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, manakala suspek pula mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya.Tambahnya, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan."Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Supiah Ishak di talian 019-9933978," katanya.





Dua kejadian samun di Nilai, seorang mangsa cedera - Sinarharian - 10/04 7:25 am

NILAI Dua kejadian samun bersenjata dilaporkan berlaku dalam tempoh kurang 24 jam di Bandar Baru Nilai dan kawasan Rumah Rakyat Nilai di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, kejadian yang membabitkan suspek bermotosikal dan bersenjatakan pisau serta parang itu turut mengakibatkan seorang mangsa mengalami kecederaan ringan."Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada jam 1.10 pagi di kedai serbaneka 24 jam."Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan dua lelaki menaiki motosikal tidak dikenali dan salah seorang daripadanya bersenjatakan pisau," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Menurutnya, suspek kemudian bertindak mengugut mangsa lelaki berusia 20-an, manakala seorang lagi suspek mengambil wang tunai dianggarkan RM600 serta beberapa karton rokok pelbagai jenama sebelum melarikan diri.Ujarnya, kejadian kedua berlaku di kawasan Rumah Rakyat Nilai pada jam 9.48 malam, melibatkan mangsa wanita berusia 50-an."Dalam kejadian itu, tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki dua buah motosikal dan bersenjatakan parang telah bertindak mengugut mangsa sebelum melarikan barangan berharga milik mangsa termasuk wang tunai, kad bank dan barang kemas."Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada bahagian jari tangan ketika mempertahankan begnya dan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM2,000," katanya.Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.





Tempoh sehari kosongkan tokong tertera kalimah ALLAH sebelum diroboh - Sinarharian - 9/04 5:19 pm

Namun, selepas menerima nasihat daripada rakan-rakan bukan Islam mengenai keperluan ritual, kita menangguhkan proses tersebut."Kita beri ruang kepada pemilik untuk mengambil bahan-bahan suci mereka dan memindahkannya ke tempat penyembahan lain. Selepas itu, barulah proses perobohan akan dilaksanakan," katanya ditemui di lokasi kejadian pada Khamis.Beliau berkata, selepas proses itu selesai, pihak berkuasa akan menyusun tindakan bersama agensi terlibat bagi merobohkan struktur tidak berdaftar yang dibina di atas tanah kerajaan berhampiran Pantai Siring.Mengulas isu contengan kalimah suci, Zaidi berkata, perbuatan itu bukan sahaja berlaku di rumah penyembahan berkenaan, malah turut dikesan di kawasan lain termasuk pagar dan tiang elektrik."Saya dimaklumkan pihak berkuasa telah mengenal pasti individu terlibat, yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental."Walaupun perbuatannya mungkin dianggap biasa oleh individu tersebut, namun ia jelas menyentuh sensitiviti agama," katanya.Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak bertindak melulu dalam isu melibatkan sensitiviti agama."Kita perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan serta menguruskan perkara ini dengan baik supaya keharmonian masyarakat dapat terus dipelihara khususnya di Melaka," katanya.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, binaan tokong batu tertera kalimah ALLAH dan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi di sini oleh pemancing yang bertindak melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa, pada malam Rabu.Susulan itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Lee Robert memaklumkan sedang mengesan seorang lelaki kurang siuman dikenali sebagai Ucuk bagi membantu siasatan dalam kejadianMaklumat awal daripada penduduk kampung memaklumkan mereka pernah melihat Ucuk yang merupakan bekas pelajar tahfiz, menconteng tembok serta tiang elektrik dengan tulisan kalimah ALLAH.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan selain Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan.




Reformasi     >>



Terkejut murid belajar bawah khemah, PM arah cari .. - Harapandaily
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mencari penyelesaian segera bagi menangani isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Sabah, yang terpaksa belajar di bawah khemah serta di kaki lima masjid. ..
Kroni     >>



LAPORAN KHAS: Lambakan kereta - Utusan
MUKADIMAH INDUSTRI kereta terpakai bukan sekadar perlahan tetapi menunjukkan tanda-tanda kegagalan menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran. Hakikatnya, strategi harga dan nilai yang ditawarkan oleh pengusaha kereta terpakai semakin tidak relevan apabila pengguna boleh mendapatkan kereta baharu dengan promosi ..
Tabloid     >>



Shiqin tunai umrah doa bertemu jodoh - Hmetro
DUA kali menunaikan umrah iaitu pada 2017 dan 2019, namun ketika itu tujuan pelakon Shiqin Kamal hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah selain berdoa diberikan kelancaran dalam karier seninya. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Rockstar Games has confirmed it was hit by third-party .. - Engadget
An experienced hacking group has claimed to have infiltrated Rockstar Games ' cloud servers, while the game publisher has confirmed that there was a "third-party data breach." ShinyHunters, a hacker group that's been linked to data breaches targeting Microsoft, Google, Ticketmaster and ..
World     >>



Strait of Hormuz leverage looms over US-Iran talks in .. - Aljazeera
US and Iran hold first direct talks since 1979 in Islamabad, with progress hinging on the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Nok Air bakal .. - Careta
Dalam hantaran di Facebook, beliau menyifatkan pelancaran laluan baharu itu bukan sekadar penambahan destinasi, sebaliknya langkah penting dalam memperkukuh hubungan penerbangan antara Malaysia dan Thailand, selaras dengan peningkatan permintaan perjalanan di rantau ini. "Hubungan penerbangan