///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kanun Kes News   Page 1    





Jururawat cedera parah ditikam enam kali, suami direman tujuh hari - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Azmir Damiri berkata suspek berumur 47 tahun itu direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 Okt. "Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama, hari ini





Dipukul hingga mati – LFL mahu kematian tahanan IPD Cheras .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Dipukul hingga mati - LFL mahu kematian tahanan IPD Cheras diklasifikasikan kes bunuh PETALING JAYA Lawyers for Liberty (LFL) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera mengklasifikasikan kematian seorang tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Peguam dakwa Ketua Pengarah AKPS kasari dua anggota PDRM ketika bertugas... - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Sehubungan itu, mereka berpandangan, sebarang kenyataan awam berkaitan perkara yang masih dalam siasatan perlu dibuat secara bertanggungjawab dan tidak menjejaskan proses siasatan pihak berkuasa. Daripada sudut undang-undang, firma tersebut berkata, berdasarkan fakta dan keterangan yang sedang dikemukakan kepada pihak berkuasa, kejadian itu berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang berkaitan termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan





Ibu Zara Qairina nafi anak pernah tulis mahu cederakan diri, tamatkan riwayat - Sinarharian - 7/10 4:55 pm

Jadi apa pun tulisan, apa pun maki cakap di tulisan itu, bagi saya Zara tetap seorang anak yang baik dan ceria," katanya.Menurutnya, setiap kali ditegur, Zara Qairina hanya akan berdiam diri dan merajuk seketika sebelum kembali bercakap dengannya seperti biasa."Saya mengenali Zara ini, kalau saya tegur dia, dia cuma akan diam dan merajuk sambil menulis, itu pun tidak lama selepas lebih kurang 30 minit dia akan datang semula kepada saya 'mak, oh mak', dia bercakap semula dengan saya."Jadi apa pun penulisan di dalam buku ini bagi sayalah, sebab bila saya lihat selepas saya marahi dia masih lagi manja dengan saya, dia masih lagi baik dengan saya, masih lagi tunjuk-tunjuk TikTok dengan saya. Jadi bagi saya dia cuma melepaskan perasaannya ketika yang saya marahi tu," katanya.Ketika ditanya sama ada Zara Qairina pernah memberitahunya bahawa dia mahu mati, Noraidah menjawab tidak pernah.Noraidah turut menafikan Zara Qairina pernah memberitahunya mahu membunuh diri atau mencederakan diri, selain berkata dia tidak pernah melihat anaknya cuba mencederakan dirinya sendiri."Tidak pernah," katanya bagi kedua-dua soalan tersebut.Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada cover up, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit AmanIbu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ





2 remaja didakwa esok berkait kematian pelajar di Kuala Pilah - FMT - 7/10 3:45 pm

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad berkata tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.





Dua ahli perniagaan didakwa tipu kontraktor, nombor pendaftaran kenderaan DFQ1 - Sinarharian - 7/10 3:36 pm

KUALA LUMPUR - Dua ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu seorang kontraktor membabitkan RM153,000 berkaitan tawaran nombor pendaftaran kenderaan DFQ1.Ee Tuck Lian, 38, dan Wong Yoon Yee, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menipu Andrew Lim Jian Wei, 32, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa mereka menawarkan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.Perbuatan itu didakwa mendorong Lim memindahkan wang berjumlah RM153,000 menerusi tiga transaksi ke beberapa akaun bank berbeza di sebuah bank di Jalan Telawi 3, di sini antara 26 Mei hingga 17 Jun lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak menawarkan jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Kedua-dua tertuduh, bagaimanapun merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan masing-masing mempunyai tanggungan keluarga serta memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November ini untuk sebutan kes





Kes Shuhaily: Dua anggota polis yang dikasari bukan 'ulat atau terlibat counter setting Peguam - Sinarharian - 7/10 2:13 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Peguam menafikan dua anggota polis yang tular dalam kes dakwaan dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, bertindak sebagai ulat atau terlibat dalam counter setting di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1), pada 28 September lalu.Peguam, Kamal Hisham Jaafar yang mewakili Lans Koperal Muhammad Ekmal Sofwan Driman dan Lans Koperal Mohammad Faiz Muhamad berkata, khabar angin itu tidak seharusnya digunakan untuk mengalihkan perhatian daripada isu utama, iaitu dakwaan bahawa Shuhaily telah mengasari dua anggota berkenaan.Menerusi kenyataan media, beliau berkata, terdapat kenyataan dibuat selepas kejadian, yang mana ia memberikan gambaran berbeza daripada keadaan sebenar yang berlaku."Kami berpandangan, sebarang kenyataan awam berhubung perkara yang masih dalam siasatan hendaklah dibuat dengan penuh tanggungjawab."Ia tidak seharusnya menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya.Sehubungan itu, beliau memohon supaya siasatan terhadap kejadian berkenaan dijalankan dengan segera secara telus dan bebas.Beliau berharap, sebarang tindakan undang-undang yang sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan dan bukti.Beliau menegaskan, hak, keselamatan dan maruah anak guamnya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa menjalankan tugas rasmi, wajar dilindungi.Beliau berkata, dakwaan dikasari secara fizikal ketika menjalankan tugas itu menyebabkan kedua-dua anggota berkenaan mengalami kecederaan selain menjejaskan maruah mereka sebagai penjawat awam."Kami telah mengemukakan fakta dan keterangan kepada pihak berkuasa, maka tindakan yang didakwa berlaku itu berpotensi melibatkan peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu kes menghalang penjawat awam."Ia turut melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh serta menentukan kesalahan yang didakwa dilakukan.Katanya, sebarang tindakan kekerasan terhadap penjawat awam yang sedang menjalankan tugas perlu dipandang serius tanpa mengira pangkat atau kedudukan mana-mana pihak.Menurutnya, kegagalan menangani dakwaan sedemikian secara sewajarnya berpotensi memberikan persepsi yang salah kepada masyarakat bahawa penggunaan kekerasan terhadap penjawat awam boleh diterima atau dibiarkan.Beliau turut menegaskan bahawa AKPS bukan sebahagian daripada PDRM dan kedua-dua agensi mempunyai fungsi serta bidang kuasa berbeza.Pada 28 September lalu, tular video memaparkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Mohd Shuhaily memarahi seorang individu di KLIA.Susulan itu, pada 1 Oktober lalu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa-apa sahaja keputusan atau tindakan.Semasa sidang akhbar, beliau berkata, tidak mahu KLIA menjadi seperti Selayang dan bebas daripada kegiatan ulat warga asing.





Pelajar lelaki didakwa rogol rakan sekolah di rumah terbiar - Sinarharian - 7/10 1:07 pm

PARIT - Seorang pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Rabu atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan di sebuah rumah terbiar, di sini bulan lalu.Tertuduh berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah terbiar berhampiran sekolah dekat Bota dalam daerah Perak Tengah kira-kira jam 4 petang, awal September lalu.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurafiqah Abd Aziz.Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM500 dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.Tarikh 10 November depan ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen serta urusan pelantikan peguam.





Kerajaan tolak pertindihan, perkasa undang-undang sedia ada tangani 3R - Sinarharian - 7/10 1:00 pm

PUTRAJAYA Kerajaan berpandangan cabaran utama dalam menangani isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) serta ucapan kebencian bukan disebabkan ketiadaan peruntukan undang-undang, sebaliknya keberkesanan penguatkuasaan yang perlu diperkasa secara lebih tegas dan konsisten.Kementerian Perpaduan Negara berkata, negara sememangnya telah mempunyai pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan 3R, ucapan kebencian dan keharmonian sosial.Antaranya termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta peruntukan berkaitan dalam Kanun Keseksaan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi.Menurut kementerian, larangan terhadap diskriminasi secara asasnya turut termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara."Oleh itu, penubuhan satu lagi institusi atau perundangan baharu perlu dilihat secara menyeluruh agar tidak berlaku pertindihan fungsi, bidang kuasa dan mekanisme penguatkuasaan."Pada pandangan kementerian, cabaran utama pada ketika ini bukanlah ketiadaan peruntukan undang-undang berkaitan 3R, tetapi sejauh mana peruntukan sedia ada dapat dikuatkuasakan secara tegas dan konsisten," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sehubungan itu, kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara akan menilai secara menyeluruh keberkesanan peruntukan dan mekanisme penguatkuasaan undang-undang berkaitan 3R dan ucapan kebencian.Jawatankuasa berkenaan turut melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi serta Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).Antara perkara yang akan diteliti termasuk takrifan 3R dan ucapan kebencian, bidang kuasa, pertindihan peruntukan serta keberkesanan tindakan penguatkuasaan di bawah undang-undang sedia ada.Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan Negara akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi melihat peranan dan penyelarasan yang lebih berkesan dalam menangani isu keharmonian sosial.Kementerian turut mencadangkan kepada SUHAKAM supaya seorang Pesuruhjaya Keharmonian dilantik bagi memberi fokus khusus terhadap aspek pemantauan dan advokasi keharmonian sosial daripada perspektif hak asasi manusia.Selain pendekatan perundangan, kementerian berkata, usaha memperkukuh ekosistem intervensi awal dan mediasi komuniti akan terus dilaksanakan sebagai mekanisme penyelesaian konflik di peringkat akar umbi.Sehingga kini, seramai 617 Mediator Komuniti telah ditauliahkan terdiri daripada pegawai perpaduan, wakil pertubuhan bukan kerajaan, wakil penganut agama serta anggota Kawasan Rukun Tetangga.Bagi tempoh 2023 hingga 2026, sebanyak 521 kes berkaitan komuniti dan kejiranan berjaya diselesaikan melalui mediasi tanpa melibatkan proses mahkamah."Pendekatan ini penting bagi memastikan konflik yang boleh diselesaikan melalui rundingan dan mediasi tidak terus berkembang menjadi pertikaian yang lebih besar," katanya.Sementara itu, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) akan menyediakan Pelan Tindakan Memperkasa Ekosistem Keharmonian Sosial Negara.Pelan berkenaan akan menggabungkan aspek pencegahan, intervensi awal, mediasi, penguatkuasaan dan pemantauan secara lebih tersusun serta bersepadu.





Cemburu disyaki punca penuntut wanita maut - FMT - 7/10 10:32 am

Polis berkata tiga individu dipanggil untuk membantu melengkapkan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Jururawat parah ditikam suami enam kali - Sinarharian - 7/10 10:17 am

KOTA BHARU - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan selepas dipercayai menikam isterinya sebanyak enam kali sehingga menyebabkan wanita itu parah dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, Kadok di sini pada Selasa.Jururawat berusia 44 tahun itu dipercayai di tikam pada bahagian badan serta leher dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 malam sebelum polis menerima laporan berhubung kejadian pada malam sama.Menurut beliau, suspek berusia 47 tahun itu ditahan selepas menyerah diri kepada polis."Suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan."Polis masih belum mengenal pasti motif kejadian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Ujar beliau, pihaknya turut merampas sebilah pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.





Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburu - Sinarharian - 7/10 10:15 am

KUANTAN - Polis mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kes seorang penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Air Putih, di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah memanggil rakan serumah mangsa untuk membantu melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Mangsa dan suspek sudah kenal antara satu sama lain lebih kurang setahun dengan kejadian dipercayai akibat cemburu, namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Sebelum ini, polis dilaporkan menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu daripada teman lelaki mangsa pada 4.32 pagi sebelum penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) yang berusia 19 tahun itu ditemukan terbaring di katil di dalam sebuah bilik sewa di tingkat bawah rumah tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut dibunuh: Polis siasat motif cemburuPelajar maut dibunuh: 'Kali terakhir saya nampak dia keluar dengan teman lelaki' - JiranPelajar maut dibunuh: JPPKK serah siasatan kepada polisSusulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 19 tahun di lokasi kejadian dan suspek kini direman hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut





Tendang penunggang motosikal, polis buru indvidu dalam video tular - Sinarharian - 7/10 8:45 am

TUMPAT - Polis sedang mengesan individu yang bertindak menendang seorang penunggang motosikal di kawasan Pantai Sri Tujuh di sini yang dirakam dan tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan polis pada Selasa berhubung video berkenaan yang tular menerusi Facebook Info Tumpat Loni.Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu-individu yang terlibat dalam rakaman tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Setakat kenyataan ini dikeluarkan, penunggang motosikal berkenaan masih belum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Ujar beliau, mangsa serta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman asal termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) diminta tampil membantu siasatan."Orang ramai boleh menghubungi talian 011-11486922 atau hadir ke balai polis berhampiran."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan," katanya.Mohd Khairi memberitahu, siasatan akan dijalankan secara telus dan adil bagi mengenal pasti keadaan sebenar kejadian.





Kes pecah rumah di Klang, dua lelaki diburu polis - Mygazette - 7/10 7:58 am

"Dalam kejadian itu, dua suspek lelaki telah memecah masuk rumah dengan mengumpil mangga pintu dan pintu depan rumah serta mengambil barang milik mangsa. "Susulan itu satu kertas siastaan dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini





Remaja disamun lelaki bersenjata kapak di kedai runcit Remaja disamun .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

"Suspek kemudian melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda dengan nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan malam, tadi. Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan





Masih terlalu awal untuk putuskan pendakwaan terhadap Shuhaily – .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

Khalid Ismail dilaporkan berkata, polis telah mengambil keterangan 25 saksi termasuk anggota polis dan kakitangan AKPS, polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), pengendali bagasi, pegawai perubatan serta orang awam. Menurutnya, kes itu menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan





Kali terakhir nampak suspek dan mangsa gembira jalan kaki ke kedai – .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

Katanya, suspek yang juga berusia 19 tahun sendiri menghubungi pihak polis dan memberitahu berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya itu sebelum kejadian tersebut. Berikutan itu, katanya lelaki terbabit ditahan reman sehingga 12 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Aksi pecah masuk rumah dirakam CCTV, polis buru dua lelaki - Sinarharian - 7/10 12:49 am

KLANG - Tindakan dua individu memecah masuk sebuah rumah di Taman Teluk Gedong Indah, di sini pada Isnin mengundang padah apabila mereka kini diburu polis selepas aksi itu tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai lelaki memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil mangga dan pintu depan sebelum mengambil barangan milik mangsa."Siasatan awal mendapati jumlah kerugian yang dialami mangsa dianggarkan RM1,500."Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan kegiatan jenayah dilakukan dua individu yang memecah masuk sebuah rumah di sini.Tindakan kedua-dua suspek itu dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ia tular di media sosial.Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta tampil membantu siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Mohamad Helmi Mat Yusof di talian 019-423 8387, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.





Lelaki bersenjatakan kapak samun kedai runcit - Sinarharian - 6/10 11:40 pm

KLANG - Seorang individu bersenjatakan kapak bertindak menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Rantau Panjang di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa berusia 19 tahun didatangi suspek.Menurutnya, suspek yang memakai topi keledar masuk ke dalam premis sebelum melarikan sejumlah wang tunai."Suspek dipercayai seorang lelaki dan melarikan diri menggunakan motosikal jenis Yamaha Lagenda."Nombor pendaftaran motosikal berkenaan tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang pekerja di sebuah kedai runcit didatangi individu memakai topi keledar serta bersenjatakan kapak.Individu itu kemudiannya dilihat mengambil beberapa barangan dipercayai wang tunai sebelum bertindak melarikan diri.Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan."Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau video yang tular boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Inspektor Norabsah di talian 014-715 3307.





Penceramah motivasi dilepaskan dengan jaminan polis - Sinarharian - 6/10 9:34 pm

KANGAR - Seorang penceramah motivasi yang ditahan reman dua hari berakhir hari ini dilepaskan dengan jaminan polis kira-kira jam 5.30 petang tadi.Ketua Polis Perlis, Deputi Superintenden Hamzah Hashim dalam kenyataan ringkas kepada Bernama berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.Semalam, media melaporkan lelaki berusia 33 tahun itu direman dua hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan polis terhadapnya di daerah ini yang diterima pada 3 Oktober lepas.Sebelum itu, Ahad lepas media melaporkan polis menerima satu lagi laporan terhadap lelaki itu berkaitan dakwaan gangguan seksual.Hamzah dipetik sebagai berkata laporan polis itu melibatkan seorang pengadu wanita berusia 19 tahun dan kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.Penceramah motivasi itu direman dua hari bermula Sabtu lepas berkaitan laporan polis di Padang Besar sebelum dilepaskan dengan jaminan polis dan ditangkap semula oleh polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan selanjutnya.- Bernama





Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah cuba membunuh - Mygazette - 6/10 5:10 pm

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba membunuh Noorulamin Soriani, 44, dengan cara melanggarnya menggunakan kenderaan Mitsubishi Triton hitam pukul 8 pagi, pada 30 September lalu. Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda





Tukang kasut dituduh pukul warga emas, berbogel diarah jalani ujian mental - Mygazette - 6/10 5:10 pm

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Ayer Molek kira-kira jam 7.30 malam 29 September 2026. Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta dikenakan denda atau sebatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan





Teman lelaki telefon polis selepas bergaduh, pelajar wanita 19 tahun maut - Mygazette - 6/10 5:10 pm

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa. Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya





Libas parang cederakan warga emas, lelaki dijel 12 bulan - Sinarharian - 6/10 3:51 pm

KUALA KRAI - Seorang penoreh getah dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan dan menakutkan seorang warga emas dengan melibas parang, Jumaat lepas.Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rezuan Muhamad @ Yusuf, 35, selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan.Mohd Rezuan didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Abdulhadee Chedah, 65, dengan cara melibas parang di sebuah pondok bersebelahan tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Kuala Krai, Pahi, di sini, kira-kira 12 tengah hari, 2 OktoberPertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Lelaki itu juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa yang sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Farazalila Fauzi yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM150 seminggu.Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan.Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan pertama dan enam bulan bagi pertuduhan kedua, dengan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai hari ini.Mengikut fakta kes, kira-kira 12 tengah hari Jumaat lepas Mohd Rezuan bertanyakan mangsa mengenai anaknya namun tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan.Dia kemudian mengacukan dan melibas sebilah parang beberapa kali sebelum menyepak mangsa pada bahagian bibir, menyebabkan kecederaan.- Bernama





'Skodeng isteri jiran tengah mandi, lelaki didenda RM5,000 - Sinarharian - 6/10 3:36 pm

KUALA KRAI Tindakan seorang penjual ikan menghendap isteri jiran mandi mengundang padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Tertuduh, Tuan Ahmad Farid Tuan Mat, 36, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengintai wanita berusia 26 tahun itu melalui celahan lantai kayu di bahagian bawah sebuah rumah di Jalan Halimah Guchil, Kuala Krai pada jam 11.30 pagi, 28 September lalu.Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 507A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.Berdasarkan fakta kes, mangsa yang bersiap untuk mandi ternampak kelibat tertuduh berada di bawah lantai bahagian dapur rumahnya sambil mengintai dari arah tersebut.Mangsa mengenali tertuduh kerana mereka tinggal bersebelahan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada suaminya.Kejadian sama turut berlaku pada 24 September lalu apabila mangsa yang sedang mandi di dalam tandas ternampak tertuduh mengintai melalui celahan ruang udara di dalam bilik air.Suami mangsa kemudian turut ternampak tertuduh berada di bawah rumah ketika pulang ke kediaman mereka sebelum tertuduh melarikan diri selepas menyedari kehadirannya.Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Noor memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam supaya hukuman dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama.Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi bagaimanapun merayu supaya mahkamah mengenakan denda minimum."Tertuduh pendapatan kira-kira RM50 sehari, hanya berpendidikan sehingga Tingkatan Lima dan masih bujang serta menanggung ibunya berusia 66 tahun yang menghidap kanser," katanya.Mahkamah kemudian mengenakan denda itu atau sembilan bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.Tertuduh kemudian menjelaskan denda berkenaan.





Pengarah syarikat tidak mengaku salah cuba langgar orang awam - Sinarharian - 6/10 3:06 pm

JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan cuba membunuh dengan melanggar seorang lelaki menggunakan kenderaan pacuan empat roda.Tertuduh, Chai Min Quan, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Noorulamin Soriani dengan niat menyebabkan kematian mangsa di Jalan Bayu 7, Bandar Seri Alam, di sini pada jam 8 pagi, 30 September lalu.Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, manakala tertuduh diwakili peguam, Yap Chi Kei.Nur Fatihah kemudian menawarkan jaminan RM20,000, namun Chi Kei memohon jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya tidak berisiko tinggi untuk melarikan diri ke luar negara.N Kanageswari kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM10,000 berserta tiga syarat tambahan, iaitu perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi serta mangsa.Mahkamah menetapkan 18 November untuk sebutan semula kes.





Lelaki didakwa berbogel, cederakan kanak-kanak dan warga emas - Sinarharian - 6/10 2:37 pm

MELAKA - Seorang tukang kasut berdepan empat pertuduhan di dua mahkamah di Ayer Keroh termasuk menyebabkan seorang warga emas cedera parah menggunakan botol kaca serta melakukan kelucahan melampau dengan berbogel di tempat awam.Tertuduh Muhammad Firdaus Jamal, 37, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Selasa.Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap lelaki berusia 63 tahun pada 29 September lalu, sekitar jam 7.30 malam di sebuah premis di Kampung Ayer Molek di sini.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan botol kaca sebagai alat untuk memukul sehingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan pada awalnya mencadangkan jaminan RM16,000 berserta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di balai polis berhampiran.Bagaimanapun pihak pendakwaan kemudian memohon supaya tertuduh dirujuk ke Hospital Permai untuk pemeriksaan kesihatan mental dan memohon tempoh sebulan bagi tujuan berkenaan.Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 5 November depan untuk sebutan bagi mendapatkan laporan kesihatan mental tertuduh, serahan dokumen dan lantikan peguam.Sementara itu di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa pada 29 September lalu, sekitar jam 8 malam, cuba mencuri sebuah kenderaan Toyota Alphard berwarna putih di sebuah rumah di Jalan Molek 1, Taman Ayer Molek.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama





JKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga Irene Sofiya - Sinarharian - 6/10 2:35 pm

NIBONG TEBAL - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang disyaki dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, jabatan itu mempunyai kaunselor yang bersedia memberikan perkhidmatan tersebut jika diperlukan keluarga mangsa."Tetapi pada masa ini, biarlah kita memberi ruang kepada keluarga untuk bertenang. Apabila mereka bersedia mendapatkan pertolongan daripada kami, insya-ALLAH kami bersedia pada bila-bila masa," katanya.PELAJAR MAUT DI SEKOLAHARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekIrene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenanganChe Murad Sayang berkata demikian selepas Majlis Penutup Kampung Angkat Madani JKM 2026 di Kampung Sungai Setar Besar, Sungai Acheh di sini hari ini.Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan itu.Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah itu pada kira-kira 5.50 petang Sabtu lepas.Susulan itu, polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan dengan seorang daripada mereka direman hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





'Saya tak suka orang sepak orang tua macam ni' - Majistret - Sinarharian - 6/10 2:18 pm

KUALA KRAI - Padah menyepak mulut datuk kepada bekas isterinya dan melibas parang ke arah mangsa, seorang penoreh getah dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Mohd Rezuan Muhamad @ Yusuf, 35, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Rais Imran Hamid selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dikemukakan."Saya tak suka benda-benda macam ni, buat pada orang tua, lagi-lagi keluarga sendiri."Kamu libas parang sampai dia jadi takut pada kamu, kalau orang buat pada anak atau isteri kamu macam ni, pasti kamu marah," kata Rais Imran.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap warga emas, Abdulhadee Chedah, 65, dengan cara mengacukan dan melibas sebilah parang ke arah mangsa di sebuah pondok bersebelahan tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Kuala Krai, Pahi di sini pada jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada masa, tarikh dan lokasi sama.Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 12 bulan manakala pertuduhan kedua, penjara enam bulan dengan kedua-dua berjalan serentak bermula tarikh hukuman.Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke pondok tempat mangsa tinggal dan bertanyakan mengenai keberadaan anaknya yang bernama Arisa.Tertuduh kemudian dikatakan tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan sebelum mengacukan dan melibas parang beberapa kali ke arah mangsa sehingga menyebabkan lelaki itu ketakutan.Tertuduh kemudiannya menyepak mulut mangsa sekali menggunakan kaki kanannya sehingga menyebabkan bibir lelaki berkenaan cedera terkoyak hingga satu sentimeter sebelum beredar dari tempat kejadian.Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.Tertuduh ditangkap pada Sabtu lalu dan polis turut merampas sebilah parang panjang yang dipercayai berkaitan dengan kes.Pada prosiding itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memaklumkan anak guamnya hanya berpendidikan sehingga Tingkatan Lima selain berpendapatan kira-kira RM150 seminggu.Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama serta lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya selepas ini.Dalam keterangan impak mangsa, lelaki itu memaklumkan perbuatan tertuduh menyebabkan dirinya ketakutan sehingga berasa seolah-olah berada di ambang kematian.Mangsa turut mendakwa tertuduh merupakan penagih dadah dan pernah menendang muka bapa mentuanya sebelum ini.





Kakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiri - Sinarharian - 6/10 1:37 pm

Memang bapa yang buat Facebook kami untuk kami ada media sosial."Sebab bapa dulu selalu bawa kami berjalan, pergi bercuti. Jadi setiap kali bercuti, ada gambar dan bapa akan posting di Facebook kami untuk simpan," katanya.Malianah berkata, akaun Facebook miliknya kemudian ditutup oleh bapanya selepas dia kerap bertengkar dengan Noraidah menerusi platform berkenaan.Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada cover up, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit AmanIbu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJPegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJPeguam Negara arah inkues kes kematian Zara QairinaPasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara QairinaPeguam sahkan wujud kecederaan pada jasad Zara QairinaShahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara QairinaJasad Zara Qairina masih utuh, dalam keadaan baik - Imam masjidJenazah Zara Qairina selamat dikebumikan, orang ramai iringi zikir 'LailahaillallahKes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harumPeguam Negara arah kubur Zara Qairina digali semulaCerita Zara Qairina dimasukkan ke mesin basuh hanya spekulasi - PeguamTelefon bimbit mengandungi audio perbualan Zara Qairina diserah kepada polis'Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni' - Ibu dedah Zara Qairina diugut 'Kak M'Kematian Zara Qairina: Polis tidak tolak kemungkinan wujud unsur buliKes Zara Qairina: 60 individu termasuk 'Kak Wana, Kak Dedeng dan tomboi' dipanggil polisKes Zara Qairina: Istana Seri Kinabalu nafi penglibatan keluarga TYT Sabah'Saya sudah bersara, tiada kaitan kes kematian Zara Qairina' - Bekas pengetua sekolahGelombang #JusticeForZara tular di media sosial, desak siasatan dedah kebenaran'Hilang satu-satunya anak, ibu harap keadilan buat Zara''Saya takkan maafkan' Luahan ibu pelajar maut didakwa akibat dibuli





Pelajar maut dipercayai dicekik teman lelaki - FMT - 6/10 1:21 pm

Suspek berusia 19 tahun direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.





Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh di bilik sewa - Sinarharian - 6/10 1:18 pm

KUANTAN - Seorang pelajar wanita berusia 19 tahun ditemui maut disyaki dibunuh di sebuah bilik sewa, di sini selepas dipercayai berlaku perselisihan faham dengan teman lelakinya pada awal pagi Selasa.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.32 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dia dan teman wanitanya."Suspek yang juga berusia 19 tahun sendiri menghubungi pihak polis dan melaporkan berlaku pergaduhan antara dia dengan teman wanitanya itu."Setiba di lokasi, pihak polis menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dalam sebuah bilik sewa di aras bawah rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Ashari berkata, pemeriksaan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mendapati terdapat kesan tekanan pada bahagian leher mangsa dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dan mangsa.Beliau menambah susulan itu, lelaki terbabit ditahan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan perintah reman selama tujuh hari diperoleh bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanyaBeliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HTAA untuk proses bedah siasat."Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian kerana dikhuatiri boleh menjejaskan siasatan," katanya.





'Saya tidak seronok, tidak gembira tinggal bersama ibu Zara Qairina' - Sinarharian - 6/10 11:12 am

Pada masa itu, saya masih budak sekolah rendah namun saya telah dilayan seperti itu. Saya tidak tahan dan meminta bapa saya menghantar saya balik ke rumah ibu kandung," katanya.Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada cover up, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit AmanIbu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJPegawai penyiasat kes Zara Qairina tidak ikut SOP, tindakan tegas akan diambil - Pengarah JSJPeguam Negara arah inkues kes kematian Zara QairinaPasukan khas JSJ Bukit Aman ke Sabah ambil alih siasatan kes Zara Qairina





Irene Sofiya: PDRM jalankan siasatan secara telus, tiada ‘cover .. - Mygazette - 6/10 8:06 am

Kumar berkata, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor. Tambahnya, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun





Kertas siasatan video tular Ketua Pengarah AKPS dirujuk ke AGC esok - Sinarharian - 5/10 9:03 pm

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung video tular membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Selasa.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, kertas itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan."Siasatan berhubung insiden tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Khalid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada dua anggota polis berhubung dakwaan bahawa mereka telah dikasari secara fizikal oleh Ketua Pengarah AKPS."Setakat ini, seramai 25 orang saksi telah dirakam percakapan, terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohd Shuhaily menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di KLIA Terminal 1.Mohd Shuhaily dilaporkan berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta KDN dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu.Mengulas lanjut Mohd Khalid memaklumkan polis memberi jaminan bahawa siasatan dilaksanakan secara telus, profesional dan tanpa memihak, berasaskan keterangan saksi serta bukti yang diperoleh bagi memastikan setiap aspek kejadian diteliti secara menyeluruh."Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau kesimpulan yang boleh menjejaskan proses siasatan dan perundangan yang sedang berjalan," katanya.Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, proses siasatan termasuk mengambil keterangan dan mengumpul bukti sedang dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan.Saifuddin Nasution berkata, proses sewajarnya akan dilaksanakan dan keputusan berkaitan kes itu hanya akan dimaklumkan kepada khalayak selepas proses berkenaan selesai.Dalam pada itu, beliau berkata, AKPS mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan pintu masuk negara tidak tercemar dengan isu integriti.





Peniaga sambilan didakwa bunuh amah warga India - Sinarharian - 5/10 4:40 pm

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isninatas satu pertuduhan membunuh pembantu rumahnya yang juga warga negara India, dua minggu lalu.Stevent Anthony, 31, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairunissak Hassni.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh seorang wanita, Tamilarasi Kumar (tidak dinyatakan usia) di suatu bangunan kediaman di Titiwangsa pada jam 4 hingga 10.55 pagi 24 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainna Maryam Nor Azman sementara tertuduh diwakili peguam, Carenjit Kaur dan Khairunissa Azzahrah Ghazalie dari Kelvin Sidhu Partners.Tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Disember depan untuk laporan bedah siasat dan laporan kimia.





KPM beri jaminan tiada kes di sekolah dihentikan atau didiamkan –... - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Mangsa ditemui neneknya yang datang ke sekolah berkenaan selepas menyedari cucunya tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan, kira-kira 5.30 petang, kelmarin. Susulan itu, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan reman enam hari di Mahkamah Majistret Batu Pahat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Ibu tunggal tuntut keadilan, dakwa 2 anak lelaki jadi mangsa buli,... - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan





Hukuman rotan di sekolah tak pernah dimansuhkan – Fadhlina - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Mangsa disyaki dibunuh selepas terdapat beberapa kecederaan ditemukan pada pada badannya. Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Fadhlina sebak; `Seperti ibu lain, anak dilepaskan ke sekolah dengan .. - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Mangsa disyaki dibunuh selepas terdapat beberapa kecederaan ditemukan pada pada badannya. Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Irene Sofiya: Sekolah ada CCTV namun tak dipasang di lokasi kejadian - Mygazette - 5/10 4:33 pm

Mangsa disyaki dibunuh selepas terdapat beberapa kecederaan ditemukan pada pada badannya. Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Pelajar dibunuh: Punca kematian Irene Sofiya akibat trauma tumpul pada kepala - Polis - Sinarharian - 5/10 4:32 pm

KUALA LUMPUR - Bedah siasat terhadap mayat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, pelajar sekolah menengah yang dipercayai dibunuh pada Sabtu lepas mendapati punca kematian akibat trauma tumpul di kepala (blunt trauma to the head).Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, bedah siasat terhadap mangsa dijalankan semalam oleh pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat."Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun telah ditangkap pada Sabtu lepas dan permohonan reman dibenarkan selama enam hari sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam siasatan kes itu.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek"Polis turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional tanpa sebarang elemen cover-up atau melindungi mana-mana pihak," katanya.Menurutnya, motif dan punca kejadian masih dalam siasatan."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau mengulas insiden ini sama ada secara lisan atau melalui media sosial yang berpotensi mengganggu proses siasatan."Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu atau mana-mana pihak yang sengaja memanipulasi fakta atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan bagi maksud menyebabkan ketakutan, kegentaran dan kegusaran kepada awam," tegasnya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang juga rakan sekelas mangsa direman enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes kematian Irene Sofiya yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng.Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata suspek ditahan kira-kira 7 malam tadi di sekitar Yong Peng, kira-kira sejam selepas polis menerima maklumat tentang kejadian berkenaan daripada orang awam pada kira-kira 5.50 petang.





Reman pencermah motivasi disambung lagi - Sinarharian - 5/10 4:24 pm

KANGAR - Seorang penceramah motivasi direman lagi selamadua hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan polis terhadapnya di daerah ini yang diterimapada 3 Oktober lalu.Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.ARTIKEL BERKAITAN:Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasiPada Ahad, media melaporkan polis menerima satu lagi laporan terhadap lelakiberusia 33 tahun itu berkaitan dakwaan gangguan seksual.Hamzah berkata, laporan itu melibatkan seorang pengadu perempuanberusia 19 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.Terdahulu, penceramah motivasi itu direman dua hari bermulaSabtu lepas berkaitan laporan polis di Padang Besar sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.Bagaimanapun, lelaki ituditangkapsemula oleh polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan selanjutnya





Reman penceramah motivasi disambung lagi - Sinarharian - 5/10 4:24 pm

KANGAR - Seorang penceramah motivasi direman lagi selamadua hari bermula Isnin bagi membantu siasatan kes berkaitan laporan polis terhadapnya di daerah ini yang diterimapada 3 Oktober lalu.Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.ARTIKEL BERKAITAN:Polis terima laporan baharu terhadap penceramah motivasiPada Ahad, media melaporkan polis menerima satu lagi laporan terhadap lelakiberusia 33 tahun itu berkaitan dakwaan gangguan seksual.Hamzah berkata, laporan itu melibatkan seorang pengadu perempuanberusia 19 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.Terdahulu, penceramah motivasi itu direman dua hari bermulaSabtu lepas berkaitan laporan polis di Padang Besar sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.Bagaimanapun, lelaki ituditangkapsemula oleh polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan selanjutnya





Pelajar maut di asrama: Reman suspek kedua disambung hingga 9 Oktober - Sinarharian - 5/10 3:13 pm

SEREMBAN - Tempoh reman suspek kedua yang berusia 16 tahun dalam siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 September disambung hingga 9 Oktober.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, reman terhadap suspek pertama yang juga berusia 16 tahun pula hingga Khamis ini."Setakat ini siasatan masih diteruskan. Tiada penemuan baharu dan kita masih menunggu laporan keputusan makmal," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.Pada 25 September, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia.Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan





Raja Permaisuri Agong ziarah keluarga Irene Sofiya - Sinarharian - 5/10 2:36 pm

BATU PAHAT - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menziarahi keluarga arwah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal di Kampung Selamat, Yong Peng di sini pada Isnin.Baginda diiringi Che Puan Mahkota Khaleeda Johor.Pertemuan selama sejam itu dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil yang dipimpin Kadi Daerah Batu Pahat, Mohd Fauzi Bachok.Dalam kunjungan itu, baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan peribadi bagi membantu meringankan beban keluarga arwah.Baginda turut menyampaikan kata-kata semangat kepada bapa arwah, Mohd Khairool Faisal Khyar, neneknya, Jameyah Rabani serta ahli keluarga yang lain.Pada Sabtu, Irene Sofiya ditemui dalam keadaan parah di dewan sebuah sekolah di Yong Peng sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa disyaki dibunuh selepas terdapat beberapa kecederaan ditemukan pada pada badannya.Sebelum itu, nenek dan ibu saudara mangsa bergegas mencarinya selepas dua rakan arwah datang ke rumah bertanya Irene Sofiya berikutan hanya motosikal ditemukan di dalam kawasan sekolah.Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman enam hari pada Ahad, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Dua beradik dakwa dibuli rakan, ditampar guru - Sinarharian - 5/10 2:02 pm

Akibatnya rahang dia sakit dan tidak boleh menjawab soalan peperiksaan."Apabila dia menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu rahangnya beralih," katanya.Noor Azwani berkata, anak keduanya, 17, pula didakwa dipukul seorang pelajar lelaki di asrama kira-kira jam 11 malam pada 5 Ogos lalu.Menurutnya, kejadian bermula apabila berlaku perselisihan faham selepas seorang pelajar lain hendak menggunting rambut anaknya tanpa persetujuan.Katanya, telah berlaku pertengkaran di antara anaknya dengan pelajar itu sebelum anaknya mengambil silinder pemadam api untuk mempertahankan diri sebelum ditumbuk pada bahagian leher dan muka.Noor Azwani berkata, akibat pergelutan itu, anaknya mengalami kecederaan pada muka dan mulut selepas terkena silinder pemadam api.Jelasnya, selepas kejadian itu, satu pertemuan diadakan antara pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit, namun tiada tindakan sewajarnya diambil pihak berkaitan.Menurutnya, situasi berkenaan menyebabkan kedua-dua anaknya mengalami tekanan dan trauma serta bimbang untuk kembali ke sekolah kerana perlu berhadapan dengan individu yang didakwa terbabit."Saya cuma mahu keselamatan dan kebajikan anak-anak saya dijaga. Saya berharap siasatan dapat dijalankan secara adil terhadap semua pihak yang terbabit."Tindakan perundangan juga sedang dipertimbangkan terhadap pihak-pihak yang berkaitan," katanya.Sementara itu, firma Tetuan Syukran Nordin yang mewakili keluarga berkenaan memaklumkan kepada Sinar Harian bahawa pihaknya akan memfailkan saman sivil terhadap beberapa pihak.Menurutnya, saman sivil itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh dalam masa terdekat untuk mendapatkan pampasan gantirugi kecederaan dan kerugian akibat kejadian serius yang menimpa kedua-dua anak wanita berkenaan.Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah, mengesahkan laporan polis berhubung kejadian berkenaan telah dibuat.Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.





Geng curi EX5 didakwa, seorang dipenjara dua tahun - Sinarharian - 5/10 1:47 pm

BACHOK - Empat lelaki dari geng curi motosikal iaitu dua beradik dan dua remaja berusia 16 dan 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas dua pertuduhan curi kenderaan itu.Mereka ialah, Muhammad Bismi Aiman Zakaria,22; adiknya, Muhammad Ridwan, 20, dan dua remaja lagi lelaki berkenaan didakwa di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.Muhammad Bismi Aiman pada prosiding itu mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama setahun enam bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua yang diarah berkuat kuasa serentak dari tarikh dia ditangkap pada 24 September lalu.Sementara itu, Muhammad Ridwan dan remaja berusia 16 tahun tersebut turut mengaku salah namun kes ditetapkan sebutan semula pada 25 November ini untuk laporan akhlak dan sosial kerana pesalah muda serta bawah umur.Bagi remaja 18 tahun pula, dia mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu dan ditetapkan sebutan pada tarikh sama.Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama mencuri sebuah motosikal jenis EX5 bernilai RM3,000 milik seorang wanita di hadapan sebuah rumah Perumahan Orang Kurang Upaya di Kampung Aur Telong di sini pada jam 3 pagi, 8 September lalu.Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama mencuri motosikal jenis sama milik seorang pemuda di Kampung Kubang Perupok di sini pada jam 1 pagi, 15 September lalu.Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala kesemua tertuduh diwakili dua peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) antaranya Norizaidah Abdul Salam."Tertuduh Muhammad Bismi dan adiknya bekerja menjual ayam, menjaga bapa sakit kronik dan ibu bekerja sebagai tukang cuci selain perlu menyara adik di Tingkatan Satu."Remaja 18 tahun ini pula baru lepas tamat persekolahan manakala remaja 16 tahun tersebut masih bersekolah di Bachok





Kes bunuh Irene Sofiya: JPN Johor pantau emosi guru, pelajar - Sinarharian - 5/10 11:55 am

BATU PAHAT - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan memantau keadaan emosi guru dan pelajar yang terkesan susulan kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada Sabtu.Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, khidmat kaunseling serta bantuan psikologi turut disediakan kepada keluarga mangsa, guru dan rakan sekolah bagi membantu mereka menghadapi kesan emosi akibat tragedi berkenaan.Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebajikan serta kestabilan emosi semua pihak yang terkesan terus diberi perhatian, lebih-lebih lagi masih ada yang mengalami trauma.Katanya, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengetua sekolah terbabit sudah mengadakan pertemuan dengan guru serta pelajar bagi memberikan sokongan dan menjalankan sesi kaunseling."Kita akan memantau keadaan mereka pada hari pertama, ketiga dan ketujuh serta melihat perkembangan seterusnya."PPD akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga Allahyarham di Kampung Parit Selamat, Yong Peng pada Ahad.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengenal pasti langkah lebih menyeluruh untuk memperketatkan aspek keselamatan di sekolah.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekKatanya, antara tindakan awal yang diberi perhatian ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), bermula di daerah berkenaan bagi membantu pemantauan serta mengesan sebarang kejadian tidak diingini."CCTV penting bagi memudahkan kita melihat sekiranya berlaku sesuatu tragedi."Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat dan semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk melihat perkara ini secara menyeluruh serta tidak menuding jari antara satu sama lain."Kita mahu memastikan mekanisme dan langkah keselamatan diwujudkan sentiasa berfungsi dengan berkesan serta terus ditambah baik," katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri turut bekerjasama dengan polis, pihak sekolah dan ibu bapa dalam memperkukuh usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat untuk anak-anak.Irene Sofiya ditemui dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa disyaki dibunuh selepas terdapat beberapa kecederaan ditemukan pada pada badannya.Sebelum itu, nenek dan ibu saudara mangsa bergegas mencarinya selepas dua rakan arwah datang ke rumah bertanya Irene Sofiya berikutan hanya motosikal ditemukan di dalam kawasan sekolah.Susulan itu, rakan sekelas Irene Sofiya iaitu pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan dan dieman enam hari semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Pelajar maut di sekolah: Amaran serius kepada negara - PSIMA - Sinarharian - 5/10 10:27 am

PUTRAJAYA - Beberapa kejadian kehilangan nyawa pelajar di sekolah sejak kebelakangan ini bukan sekadar tertumpu kepada isu disiplin semata- mata, sebaliknya kes berkenaan perlu dilihat sebagai amaran serius kepada negara.Tegas Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali, kejadian tragis melibatkan keganasan dan kehilangan nyawa dalam persekitaran sekolah kebelakangan ini perlu mendorong penilaian lebih kritikal terhadap ekosistem psikologi yang membentuk pemikiran, emosi dan tingkah laku anak-anak.Menurut beliau, ekosistem berkenaan bukan hanya melibatkan sekolah, sebaliknya bermula daripada keluarga, rakan sebaya, persekitaran digital sehingga masyarakat."Kita tidak boleh melihatnya sebagai isu disiplin sekolah semata-mata," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.Beliau berkata, data juga telah memberikan amaran apabila Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun meningkat daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus pada 2023.Katanya, peningkatan itu adalah lebih dua kali ganda, iaitu kira-kira seorang daripada enam kanak-kanak.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - Exco"Walaupun kedua-dua data melibatkan populasi berbeza, mesejnya jelas iaitu kesejahteraan psikologi perlu menjadi agenda serius merentas generasi," jelas beliau.Pada 25 September lalu, pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebuah sekolah di daerah ini sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) dan disahkan meninggal dunia.Polis kemudian menahan seorang pelajar Tingkatan Empat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala keterangan 21 individu termasuk pelajar, guru dan ibu bapa telah direkodkan





Polis kejar kenderaan disyaki kereta klon, tahan dua lelaki positif dadah - Sinarharian - 4/10 8:34 pm

AMPANG - Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditahan selepas polis mengejar sebuah kereta jenis Subaru dari Bukit Antarabangsa hingga ke kawasan Batu Caves, Gombak pada Ahad.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.36 pagi."Polis mengejar kenderaan berkenaan dari Jalan Wangsa, Bukit Antarabangsa ke arah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang."Beberapa buah Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Ampang Jaya telah dikerahkan bagi membantu operasi mengejar kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Khairul Anuar berkata, operasi mengejar kenderaan itu berlanjutan hingga ke kawasan Batu Caves Gombak."Dua lelaki yang berada di dalam kenderaan tersebut berjaya ditahan."Siasatan lanjut mendapati kenderaan berkenaan disyaki kereta klon, manakala kedua-dua suspek didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing," katanya.Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek dikehendaki berkaitan kes dadah."Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.




Reformasi     >>



Empat Undang tarik diri kes nak jatuhkan Tuanku .. - Harapandaily
Empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai Undang bagi empat luak di Negeri Sembilan termasuk yang dipertikai menarik balik permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan kebenaran memaksa Menteri Besar menandatangani pengisytiharan bagi menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ..
Kroni     >>



176 Batu Pahat schools shut as haze hits very .. - NST
JOHOR BARU: A total of 176 schools in Batu Pahat were ordered to close today after the districts Air Pollutant Index (API) hit 203, a very unhealthy level, last night.
Tabloid     >>



“Kedua-duanya tingkatan 4 ketika kejadian” .. - Lobakmerah
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bagi seorang ibu yang pernah kehilangan anak dalam tragedi yang masih belum terungkai, berita kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ini seakan-akan membuka kembali luka lama yang masih dirasai selepas 13 tahun buat ibu kepada Allahyarham ..
Tech     >>



Ryt Bank Adds Apple Pay Support For Its Visa Debit Card - Lowyat
Earlier this year, Ryt Bank rolled out support for Google Pay, allowing users to add their Ryt Bank Visa Debit Card to their Android smartphones. Just yesterday, the digital bank announced that it is expanding its payment options to include Apple Pay. The update allows users to make payments ..
World     >>



Houthis, Saudi-led forces claim victories as Yemen .. - Aljazeera
Saudi Arabias Jazan and Najran airports were attacked as Saudi-led govt forces launched air strikes on the Houthis.
Motor Trend     >>



Bekas Presiden Boon Siew Honda dilantik Presiden dan .. - Careta
Yasuda kini merupakan Executive Vice President dan Representative Director HRC, jawatan yang disandangnya sejak April 2026. Pernah mengetuai Boon Siew Honda di Malaysia Menurut kenyataan rasmi Honda Racing bertarikh 5 Oktober 2026, Yasuda menyertai Honda pada 1990 melalui bahagian sumber