| /// |
|
| Search : Jbpm News | Page 1 |
|
Polis jangka siasatan kemalangan roller coaster siap 3 hingga 4 bulan - Mygazette - 8/09 7:58 am Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih berjalan dan pihaknya perlu mendapatkan kerjasama beberapa agensi berkaitan bagi memastikan punca sebenar kejadian dikenal pasti. Menurut beliau, antara agensi yang terlibat termasuk Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pasukan forensik |
|
Missing Trans Gerah hikers rescued, receiving treatment - Sinardaily - 8/09 6:46 am GERIK - Six hikers who went missing during the Trans Gerah expedition at Gunung Gerah were safely brought out by the search and rescue (SAR) team on Monday night.Gerik district police chief Supt Abdul Samad Othman said the rescue team brought all the hikers out of Kem Kulim and arrived at Kampung Lelar at around 8.45pm."All the victims are currently receiving treatment at the Pos Kemar Klinik Kesihatan and are in good condition without any injuries," he said in a statement.The group had earlier gathered at Kem Kulim with the rescue team before continuing their journey to Pos Kemar.The operation was assisted by mountain guides from Perak and Kelantan, involving ten members.The six were named as Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, his wife Siti Zulaiha Norizan, 39, their children Diya Raisha, 13, and Ahmad Raef, nine and mountain guides Shafiee Sidek, 49, and Hazman Mamat, 43.They entered the forest through Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang, Kelantan on Aug 29 and were scheduled to exit through Pos Kemar, Perak on Sept 3.When they failed to do so, family members lodged a police report, prompting the SAR operation.The group made contact on Sept 7, telling relatives they were safe, though rescuers had yet to reach them at that point.Samad said the method of extraction would depend on their condition and location once the SAR team met them.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said smoke signals spotted during an aerial survey helped the SAR team estimate the hikers' location in the forested area of Pos Kemar.A JBPM Mi-17 helicopter from Subang Air Base brought in 11 SAR personnel, comprising five JBPM personnel, four Royal Malaysia Police personnel, one Forestry Department officer and one mountain guide, while 14 Malaysian Mountain Guides (MGM) entered on foot, bringing total SAR strength to 25.Based on the hikers' last SMS on Sept 1, the group was believed to have taken the route via Gunung Bieh, Gunung Sepat, Gunung Belatoh, Kampung Agek and Gunung Bongok before reaching Pos Kemar.Malaysian Mountain Guides Association (PMGM) president Muzafar Mohamad said guides were carrying extra food supplies, as the group had been in the forest about ten days by the time they were found, well beyond the six days they had originally planned for.He said the trail towards Belatoh and Sepat was less explored and covered by dense bamboo, raising the risk of hikers straying off course, while a scarcity of water sources along the route was also a concern given the group's prolonged exposure to high-altitude conditions. |
|
Isyarat asap bantu penemuan 6 individu hilang di Gunung Gerah - Kosmo - 7/09 10:40 pm GERIK – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini berada berhampiran lokasi enam individu yang dilaporkan hilang selepas berjaya mengesan isyarat asap dipercayai dibuat kumpulan berkenaan hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, berdasarkan tinjauan udara, signal asap itu dikesan kira-kira sejam perjalanan dari Kem Kulim |
|
Enam pendaki dijangka dibawa keluar esok - Sinarharian - 7/09 7:38 pm GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) dijangka dibawa keluar dari kawasan berkenaan esok.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Gunung Bongok.Menurutnya, kesemua mangsa sedang bergerak menuju ke Pos Kemar dengan jarak antara Gunung Bongok dan Pos Kemar dianggarkan sejauh 14.3 kilometer yang mengambil masa pendakian antara enam hingga lapan jam."Susulan maklumat diterima, strategi pencarian disusun semula dengan satu pasukan terdiri daripada 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perhutanan Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dihantar ke Kem Kulim menggunakan helikopter JBPM."Jarak Kem Kulim ke Gunung Bongok kira-kira 4.3 kilometer atau dua jam perjalanan |
|
Pahang rekod 1,003 kes kebakaran terbuka dari 1 Jan hingga 31 Ogos - JBPM - Astroawani - 7/09 7:15 pm Sebanyak 1,003 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini melibatkan kawasan seluas kira-kira 2,721.88 hektar. |
|
Enam pendaki hilang: Bapa ke Gerik dapatkan perkembangan SAR - Sinarharian - 7/09 6:05 pm SHAH ALAM - Bapa kepada ketua keluarga yang hilang bersama lima individu lain ketika menyertai ekspedisi pendakian laluan Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Wan Zairudin Wan Ismail, 66, bertolak dari Shah Alam ke Gerik bersama isteri dan dua anak lelakinya pada Isnin.Wan Zairudin berkata, beliau bersama isterinya, Rusnani Embong, 65, serta dua anak, Ahmad Aiman, 24, dan Ahmad Ridwan, 38, dijangka tiba di Gerik malam ini bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain memberikan sokongan moral kepada pasukan yang terbabit."Saya dan isteri serta dua anak bertolak dari Saujana Alam Suria, Shah Alam ke Gerik dan dijangka tiba malam ini bagi mendapatkan berita terkini serta memberi semangat kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi SAR ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Enam individu yang masih hilang itu ialah anaknya, Wan Ahmad Aslam, 39; menantu, Siti Zulaiha Norizan, 39; dua cucu, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9; serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43.Kumpulan berkenaan memulakan ekspedisi dari Gua Musang, Kelantan menuju Kem Kemor, Perak pada 29 Ogos lalu dan sepatutnya keluar dari kawasan hutan pada Khamis lalu.Bagaimanapun, mereka kini sudah melepasi tempoh 10 hari berada di dalam hutan, sedangkan bekalan makanan yang dibawa hanya mencukupi untuk tempoh enam hingga tujuh hari.Hubungan terakhir dengan keluarga diterima pada 1 September lalu apabila Siti Zulaiha memaklumkan mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat sebelum komunikasi terputus.Operasi SAR kini dipergiatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan helikopter dan Unit Anjing Pengesan (K9), selain pasukan Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) yang bersedia digerakkan jika diperlukan.Seramai 12 Malim Gunung Perhutanan (MGP) turut digerakkan dari Sungai Siput ke Pos Kemar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membantu operasi pencarian melalui laluan darat.Wan Zairudin berkata, keluarganya kini bimbang kemungkinan ada antara enam individu berkenaan mengalami kecederaan atau tidak mampu bergerak keluar dari kawasan hutan berikutan bentuk muka bumi laluan Trans GBB yang mencabar."Saya bimbang ada yang cedera, mungkin itu punca anak, menantu dan dua cucu gagal keluar dari hutan pada jam 3 petang Khamis lalu."Mereka juga sudah kehabisan makanan sebab bekalan dibawa hanya cukup untuk enam atau tujuh hari pendakian, tetapi kini sudah melepasi 10 hari," katanya.Menurutnya, lebih cepat operasi SAR dilakukan dapat membantu menyelamatkan mereka terutama bekalan makanan yang kini dipercayai sudah kehabisan.Beliau berkata, keluarga anaknya itu sepatutnya keluar hutan pada Khamis lalu dan kemudian pulang ke Yong Peng, kelmarin kerana dua cucu perlu bersekolah selepas cuti persekolahan berakhir semalam."Malangnya, sehingga kinitiada berita mengenai mereka dengan kali terakhir menantu menghantar mesej pendek kepada isteri saya pada 1 September memaklumkan mereka sekeluarga sihat dalam pendakian itu dan akan keluar di Kem Kemor di Perak dua hari selepas itu," katanya. |
|
Siasatan kemalangan roller coaster Sunway Lagoon dijangka ambil masa tiga hingga empat bulan - Sinarharian - 7/09 3:55 pm SHAH ALAM - Polis menjangkakan siasatan kemalangan permainan roller coaster di Taman Tema Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 22 Ogos lalu mengambil masa antara tiga hingga empat bulan untuk dilengkapkan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih dijalankan dan belum selesai, termasuk aspek teknikal di lokasi kejadian.Menurutnya,tempoh berkenaan diperlukan berikutan siasatan membabitkan kerjasama beberapa agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor serta pasukan forensik."Kami menjangkakan paling cepat untuk melengkapkan siasatan mengambil masa antara tiga hingga empat bulan kerana ia melibatkan kerjasama JBPM, JKKP Selangor, forensik dan beberapa agensi lain."Banyak keterangan telah diambil melibatkan petugas taman tema, petugas roller coaster, mangsa yang cedera dan tidak cedera serta pegawai perubatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Isnin.Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi individu akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan, khususnya membabitkan aspek teknikal.Pada 27 Ogos lalu, polis memaklumkan sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur kecuaian dan sabotaj berhubung kemalangan roller coaster berkenaan.Sunway Lagoon Sdn Bhd sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan selain memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan.Permainan roller coaster terbabit juga kekal ditutup sementara siasatan dijalankan.Dalam kes berasingan, Shazeli berkata, siasatan berhubung cubaan samun sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 20 Ogos lalu masih dijalankan.Katanya, polis sudah memperoleh maklumat positif dan tindakan susulan sedang dilakukan."Siasatan masih berjalan |
|
Dua rumah, kereta Honda Civic musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Klang - Mygazette - 7/09 3:06 pm # Dua rumah, kereta Honda Civic musnah dalam kebakaran di Pelabuhan Klang KUALA LUMPUR Dua rumah berkembar musnah manakala sebuah kereta Honda Civic turut rosak teruk dalam kebakaran di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang dekat sini awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.01 pagi |
|
Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm # Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara IPOH Usaha mengesan enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang dijalankan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula hari ini membabitkan pelbagai agensi keselamatan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, operasi SAR ini menggabungkan penggunaan aset darat, bot serta tinjauan udara bagi menjejaki kedudukan keenam-enam individu berkenaan |
|
Penghuni sempat keluar sebelum rumah dijilat api Penghuni sempat keluar .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm Dalam kejadian kira-kira 1.57 pagi itu, rumah jenis kekal berkeluasan kira-kira 1,500 kaki persegi terbakar dengan anggaran 55 peratus kemusnahan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.57 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi enam minit kemudian |
|
Rescue teams mobilised by land, water, air for six missing hikers - Sinardaily - 7/09 2:18 pm GERIK - Rescue teams are being mobilised by water, land and air in preparation for a search and rescue (SAR) operation for six individuals feared missing while hiking at Gunung Trans Gerah in Lojing, Kelantan.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said the department received information about the missing two mountain guides and four family members yesterday afternoon, prompting discussions with the JBPM headquarters operations division on the search plan.He said three boats from the Trojan Jetty in Gerik would transport eight members of the Special Tactical Operation and Rescue Team (Storm) and five fire and rescue mountain guides by water to Pos Kemar."A total of 12 Forestry Mountain Guides are also travelling from Sungai Siput in four-wheel-drive vehicles to Pos Kemar, with the journey expected to take about four hours."All teams will gather at Pos Kemar, which will serve as the Forward Control Post (PKH), he said when contacted today.Sayani said the JBPM air unit from the Northern Region JBPM Bertam Air Base was scheduled to depart Bertam at 2 pm today for an aerial survey, beginning at the last location where the six were seen on Sept 1 before proceeding towards Pos Kemar."The aerial survey is important to give us an initial overview of the search area, including identifying routes that can be used by the ground teams, he said.He said the JBPM canine unit (K9), which arrived this morning, was on standby but had yet to be deployed pending finalisation of the operation plan."A multi-agency coordination meeting is still being held at the Gerik District Police Headquarters (IPD) to determine the SAR plan and deployment on the ground, he said.The operation involves the Royal Malaysia Police (PDRM), Forestry Department, Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan), General Operations Force (PGA), JBPM and Forestry Mountain Guides.The six began their hike on Aug 29 and were due to emerge from the forest on Sept 3.A report was lodged by their family members yesterday after they failed to return as scheduled |
|
6 pendaki hilang termasuk kanak-kanak: Operasi pencarian tumpu laluan Perak, trek pendakian mencabar - Sinarharian - 7/09 2:04 pm GERIK Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) yang dilaporkan hilang kini ditumpukan di kawasan laluan sebelah Perak.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, operasi berkenaan dilancarkan susulan laporan polis dibuat ahli keluarga selepas mereka gagal menerima sebarang khabar berita daripada kumpulan terbabit sehingga 6 September lalu.Beliau yang juga Komander Operasi SAR tersebut memaklumkan pencarian dibuat dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan."Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki kumpulan terbabit di kawasan laluan sebelah Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Operasi ini melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak serta Malim Gunung Perhutanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Abdul Samad berkata, kumpulan pendaki itu terdiri daripada empat lelaki berusia antara 39 hingga 49 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun.Katanya, mereka dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos dari kawasan Pos Dakoh, Gua Musang, Kelantan dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak pada 3 September lalu."Komunikasi terakhir kumpulan berkenaan dengan ahli keluarga adalah pada 1 September kira-kira jam 7.47 pagi dengan memaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan sedang bergerak menghala ke arah Perak."Bagaimanapun sehingga 6 September, ahli keluarga masih tidak menerima sebarang berita sebelum membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kumpulan terbabit supaya segera menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha pencarian.Katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menjejaskan kelancaran operasi SAR.INFO Laluan Trans GBB yang merangkumi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh di Banjaran Titiwangsa dianggap antara trek pendakian mencabar kerana melalui kawasan hutan tebal, hutan lumut serta laluan permatang yang curam.Ekspedisi itu merentasi sempadan Perak dan Kelantan dengan pendaki biasanya memulakan perjalanan sama ada melalui Pos Kemar, Perak atau Pos Dakoh, Kelantan.Melalui Pos Kemar, tempoh pendakian lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima hari, manakala laluan dari Pos Dakoh pula sekitar tiga hingga empat hari dengan jarak trek kira-kira 44 kilometer.Trans GBB dikategorikan sebagai laluan pendakian bertaraf sangat sukar atau 'hardcore' dan tidak sesuai untuk pendaki baharu berikutan cabaran fizikal serta bentuk muka bumi yang mencabar.Pendaki juga berdepan perubahan ketinggian melebihi 2,600 meter dengan perjalanan antara lapan hingga 12 jam sehari melalui laluan turun naik yang curam.Selain itu, laluan tersebut bukan trek komersial dan jarang dilalui menyebabkan jejak pendakian tidak sentiasa jelas, sekali gus meningkatkan risiko tersesat atau laluan terhalang akibat pokok tumbang.Cabaran turut bermula sebelum memasuki hutan apabila pendaki perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melalui jalan balak menuju ke pintu rimba.Sepanjang berada di kawasan hutan pula, pendaki berdepan ketiadaan liputan telefon, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan pihak luar. |
|
Enam individu hilang: Operasi SAR guna laluan darat, udara - Bomba - Sinarharian - 7/09 12:19 am IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans GBB digerakkan pada Isnin menggunakan laluan darat, air dan udara.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan enam individu itu pada petang Ahad sebelum keputusan dibuat untuk memulakan operasi pencarian pada pagi Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingMenurutnya, lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama lima malim bomba menggunakan tiga bot dari Jeti Trojan Tasik Temengor menuju ke Pos Kemar, Gerik."Pasukan bomba akan menggunakan laluan air dengan bot manakala 12 anggota MGP dari Sungai Siput bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda menuju ke Pos Kemar dan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam untuk tiba."Kedua-dua pasukan akan berkumpul di Pos Kemar sebelum gerak kerja pencarian dilaksanakan berdasarkan perancangan yang diputuskan bersama agensi terlibat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Sayani berkata, mesyuarat penyelarasan antara agensi masih berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi menentukan gerak kerja pasukan penyelamat dalam usaha mengesan keenam-enam individu berkenaan.Menurutnya, Pos Kawalan Hadapan (PKH) akan ditubuhkan di Pos Kemar, manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) atau Pos Kawalan Operasi (PKOP) dijangka ditempatkan di IPD Gerik atau Balai Bomba Gerik."Pasukan K9 (Unit Anjing Pengesan) JBPM juga sudah tiba pagi ini dan berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan |
|
Kelantan Fire Dept on standby to help in search for six hikers missing in Lojing - Sinardaily - 7/09 12:14 am KOTA BHARU - The Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) is on standby to assist in the search and rescue (SAR) operation for six hikers, including two children aged nine and 13, who remain missing after entering the Gunung Trans Gerah area in Lojing, Gua Musang.Its director Farhan Sufyan Borhan said four members of the departments Special Tactical Operations and Rescue Team (Storm), four firefighters from Gua Musang and six mountain guides from the district had been placed on standby."For now, we are on standby at the Gua Musang Fire and Rescue Station and will only be deployed if the Perak Fire and Rescue Department, which is leading the SAR operation, requires assistance, he told Bernama today.The six hikers are Shafiee Sidek, 49; Hazman Mamat, 43; Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39; Siti Zulaiha Norizan, 39; Diya Raisha Wan Ahmad Aslam, 13; and Ahmad Raef Wan Ahmad Aslam, nine.However, another individual listed on the hiking permit did not join the hike.Farhan Sufyan said the search operation is currently focused on the Perak side, as the group is believed to have entered the state and was reportedly seen by another group on Sept 1.He said if the group turns back and re-enters the trail from the Kelantan side, the team on standby will be deployed to assist in the SAR operation."Based on information from hikers, it normally takes about three days to cross all three mountains |
|
Enam hilang ketika mendaki: 14 malim gunung terlibat operasi SAR - Sinarharian - 7/09 12:02 am IPOH Seramai 14 Malim Gunung Perhutanan (MGP) digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, di sini pada 29 Ogos lalu.Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, kekuatan itu membabitkan MGP dari Perak dan Kelantan.Menurutnya, pasukan MGP terbabit digerakkan menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda (4X4) bagi menyertai operasi SAR berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Memang pagi ini (Isnin) kita sudah masuk dengan tiga buah 4X4 dengan kekuatan 14 MGP."Enam MGP adalah dari Perak, manakala lapan lagi dari Kelantan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Muzafar berkata, penglibatan MGP dari kedua-dua negeri itu penting berikutan laluan masuk dan keluar bagi operasi berkenaan melibatkan kawasan Kelantan dan Perak.Katanya, berdasarkan prasyarat ditetapkan, MGP dari negeri berkenaan perlu terlibat sekiranya laluan pendakian memasuki kawasan Kelantan sebelum keluar ke Perak."Memang MGP terlibat secara langsung dalam operasi kali ini. Buat masa ini belum ada perkembangan baharu berhubung penemuan enam individu terbabit."Setakat ini, pergerakan pasukan MGP adalah bagi membantu usaha pencarian dan mereka sudah masuk ke kawasan operasi," katanya.Semalam media melaporkan pasukan menyelamat sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.31 petang Ahad.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan.Ahli keluarga mangsa yang berada di Selangor memaklumkan kehilangan itu selepas empat individu terbabit gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan pada 3 September.Choon Foo berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak. |
|
Bomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing - Astroawani - 7/09 11:05 am JBPM Kelantan bersiap siaga membantu SAR enam pendaki, termasuk dua kanak-kanak, yang dilaporkan hilang di Gunung Trans Gerah, Gua Musang sejak 29 Ogos. |
|
Bomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing - Sinarharian - 7/09 10:58 am KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berada dalam mod siap siaga bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pendaki termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan 13 tahun yang masih belum keluar dari kawasan Gunung Trans Gerah, Lojing, Gua Musang.Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, empat anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM), empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang serta enam malim gunung kini dalam keadaan siap siaga."Mereka hanya akan digerakkan sekiranya terdapat keperluan daripada pihak Bomba Perak yang mengetuai operasi SAR," katanya kepada Bernama hari ini.Enam pendaki berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, Hazman Mamat, 43, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, Siti Zulaiha Norizan, 39, Diya Raisha Wan Ahmad Aslam, 13, dan Ahmad Raef Wan Ahmad Aslam, sembilan.Bagaimanapun, seorang lagi individu yang namanya terdapat dalam permit pendakian dilaporkan tidak hadir menyertai aktiviti berkenaan.Farhan Sufyan berkata, operasi ketika ini masih difokuskan di kawasan Perak selepas kumpulan berkenaan dipercayai telah memasuki negeri itu dan dilaporkan pernah berselisih dengan pasukan lain pada 1 September lepas.Beliau berkata sekiranya kumpulan berkenaan berpatah balik dan memasuki semula laluan dari Kelantan, pasukan yang disiagakan akan digerakkan bagi membantu operasi SAR."Berdasarkan maklumat daripada pendaki, kebiasaannya untuk merentasi ketiga-tiga gunung itu akan mengambil masa kira-kira tiga hari |
|
Kanak-kanak 9 tahun antara 6 hilang dalam pendakian Trans GBB - Hmetro - 7/09 9:06 am Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun antara enam individu yang dilaporkan dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah di Gua Musang |
|
Seorang maut, seorang cedera kereta langgar pembahagi jalan di PLUS - Mygazette - 7/09 7:46 am # Seorang maut, seorang cedera kereta langgar pembahagi jalan di PLUS BAGAN SERAI Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer (KM) 196.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), di sini petang Ahad. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar jam 3.50 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dibantu BBP Kamunting digerakkan serta tiba di lokasi 22 minit kemudian |
|
Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakan - Sinarharian - 6/09 9:25 pm IPOH - Pasukan bomba sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian enam individu dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lepas.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.31 petang Ahad."Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak sedang mengumpul maklumat lengkap berkaitan kejadian itu sebelum penyelarasan dibuat bersama agensi kerajaan lain bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu,Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan hari ini.Ahli keluarga mangsa yang berada di Selangor memaklumkan kehilangan itu selepas empat individu terbabitgagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkanpada 3 September.Sik berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak |
|
After eight days in Nepal, wife continues hoping for clues as to missing husband - Sinardaily - 5/09 4:46 pm But Nuwakot is also a disaster-prone area, just located further down."I will distribute aid to the victims here. Let's see, who knows, we might find some clues," she said when contacted by Bernama.Hani said that some of the aid items were collected earlier in Kathmandu, while the rest were donated by local NGOs.Meanwhile, through a social media post, Hani shared that yesterday she managed to distribute aid to disaster victims around Kathmandu, including those who were recently rescued in Timure, and also met the wife of her husband's team vehicle driver.She said the contributions from Malaysians were channelled on behalf of her husband, Senior Fire Officer II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, and eight other members of his expedition team, including Fire and Rescue Department (JBPM ) deputy director of the Fire and Rescue Operations Division Mohd Sani Harul."As long as I have known them, they are all good people |
|
Lima premis perniagaan di Jeti Chew terbakar, peniaga rugi RM1 juta - Sinarharian - 5/09 8:03 am GEORGE TOWN - Lima premis perniagaan di kawasan ikon warisan Pulau Pinang, Jeti Chew di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi,namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.Pegawai Operasi Zon 1, Daerah Timur Laut, Penolong Penguasa Bomba Rusli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.08 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian."Kebakaran melibatkan lima kedai termasuk bengkel kereta, kedai kimpalan, kedai barang lusuh dan kilang kayu. Operasi pemadaman masih dijalankan setakat 3 pagi, namun kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini,"katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.Beliau berkata, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah stesen minyak berhampiran selain mengelakkan api daripada merebak ke kawasan perumahan di sekitar lokasi kejadian.Operasi pemadaman melibatkan kira-kira 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Jalan Perak dan Lebuh Pantai, selain dibantu kira-kira 17 anggota bomba sukarela, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis.Ruslimemaklumkan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.Sementara itu, seorang mangsa, Toh Aik Aun, 50, berkata, premis percetakan kemeja-T yang diusahakannya sejak kira-kira 30 tahun lepasmusnah dalam kejadian itu."Sebenarnya terdapat ratusan helai pakaian pelanggan yang masih menunggu untuk disiapkan dan dihantar |
|
Maklumat kenderaan pacuan empat roda dinaiki Loe diserah kepada polis Nepal - Isteri - Sinarharian - 4/09 5:22 pm KUALA LUMPUR - Isteri kepada pegawai Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) yang dilaporkan hilang di Nepal, telah menyerahkan segala maklumat dan petunjuk yang beliau ada bagi menjejaki suaminya kepada pihak berkuasa Nepal dalam usaha membantu operasi pencarian yang sedang berjalan.Hani Othman yang kini berada di Nepal mengesahkan bahawa sebarang maklumat berkaitan, termasuk penampakan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) berwarna putih yang dipercayai dinaiki suami bersama-sama kumpulannya sebelum kejadian tragis itu, telah disalurkan terus kepada pihak Polis Nepal.Suami Hani, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 40-an, atau lebih mesra dipanggil Loe, dilaporkan hilang ketika menyertai misi pendakian di negara berkenaan.Turut dilaporkan hilang Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Mohd Sani Harul, yang dalam misi pendakian sama.Hani berkata, pihak berkuasa tempatan kini sedang giat menjalankan siasatan dan operasi pencarian, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak."Semua maklumat berkenaan perlu diserahkan kepada pihak polis Nepal dan mereka sedang membantu dalam siasatan |
|
Mayat remaja lemas dekat Pantai Klebang ditemukan Mayat remaja lemas dekat .. - Mygazette - 4/09 8:01 am # Mayat remaja lemas dekat Pantai Klebang ditemukan MELAKA Mayat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mencari ketam di kawasan tambak laut berhampiran pantai Prima Klebang, di sini, semalam, ditemukan nelayan berdekatan Pulau Upeh, kira-kira dua batu nautika dari daratan, malam ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, mangsa, Muhammad Arif Daniel Nizamuddin, 16, ditemukan kira-kira jam 7.20 malam |
|
Mayat Arif Daniel ditemukan nelayan selepas 24 jam lemas - Sinarharian - 3/09 10:23 pm MELAKA - Mayat remaja lelaki, Muhammad Arif Daniel Nizamuddin, 16, yang lemas ketika mencari ketam di Pantai Klebang berhampiran Pangsapuri PRIMA Klebang, di sini pada Rabu lalu ditemukan selepas lebih 24 jam hilang.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Shahrom Laji berkata, mangsa ditemukan kira-kira jam 7.20 malam, dianggarkan sejauh dua batu nautika dari daratan."Mangsa yang dikhuatiri lemas dipercayai telah ditemukan oleh nelayan berhampiran Pulau Upeh kira-kira jam 7.20 malam tadi |
|
Hilang sejak Rabu, Arif Daniel belum ditemui - Sinarharian - 3/09 4:23 pm MELAKA - [DIKEMAS KINI] Remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas di kawasan tambak berhampiran Pantai Klebang di sini Rabu lalu dipercayai ke lokasi berkenaan untuk mencari ketam.Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu mangsa, Muhammad Arif Daniel Nizamuddin, 16, merupakan pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang datang ke lokasi berkenaan bersama seorang rakan.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama rakannya berada di kawasan berkenaan untuk mencari ketam sebelum mangsa dipercayai berenang lebih ke tengah dan ditarik ombak."Rakan mangsa memaklumkan bahawa mangsa cuba pergi lebih ke tengah. Pada asalnya, mereka mencari ketam sebelum mangsa pergi ke arah laut dengan berenang."Kita percaya mangsa mungkin ditarik ombak atau terjerlus ke kawasan lebih dalam sebelum terus hilang."Pada masa yang sama juga, rakannya telah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan lanjut," katanya ditemui di lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Klebang di sini, pada Khamis.Turut hadir, ADUN Klebang, Datuk Lim Ban Hong.Operasi SAR membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Perbadanan Sungai-Sungai Melaka.Katanya, operasi pencarian mangsa telah bermula Rabu lalu membabitkan pasukan penyelam JBPM di dua sektor dengan keluasan kira-kira 900 meter persegi sehingga jam 7 malam, namun mangsa masih belum ditemui."Operasi dihentikan sementara pada waktu malam sebelum disambung semula pada jam 7 pagi tadi dan masih diteruskan sehingga kini."Pada masa ini, kita turut bergantung kepada APMM untuk melakukan pencarian di permukaan perairan dan kita berharap mangsa dapat ditemui secepat mungkin," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan laut, terutama di lokasi berisiko.Katanya, kawasan berkenaan merupakan tambak persendirian dan kejadian itu merupakan insiden pertama berlaku di lokasi terbabit.Pada masa sama beliau memaklumkan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkaitan supaya kawasan ini dapat ditutup kepada orang ramai bagi mengelakkan kejadian sama berulang. |
|
Operasi mengesan tiga remaja dikhuatiri lemas diperluas dua batu nautika - Mygazette - 3/09 3:34 pm Mengulas lanjut, Mohd Najib berkata, operasi SAR bagi mengesan tiga lagi mangsa bermula pukul 7 pagi melibatkan 41 pegawai dan anggota pelbagai agensi. Katanya, dua buah dron daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan |
|
Remaja 16 tahun cari ketam dikhuatiri lemas Remaja 16 tahun cari ketam .. - Mygazette - 3/09 3:34 pm Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong. Halim berkata, operasi SAR digerakkan petang semalam membabitkan pasukan polish, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) |
|
Identiti mayat lelaki disyaki mangsa bunuh masih dikenal pasti - Sinarharian - 3/09 2:23 pm SUNGAI BULOH - Polis masih mengenal pasti identiti mayat lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dan ditemukandalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh di sini, Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya masih menunggu laporan Jabatan Kimia bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa."Kes masih dalam siasatan, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan perlu menunggu laporan daripada Jabatan Kimia," katanya pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh di sini, Sabtu lalu.Mohd Hafiz berkata, penemuan mayat itu dimaklumkan orang awam sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan operasi mengeluarkannya dari parit.Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan. |
|
'Abang patut balik hari ini, janji bawa hadiah ulang tahun' Luah isteri Loe Solo - Sinarharian - 3/09 11:01 am Bulan Mei abang kena bawa sayang pergi Rinjani. Bulan Ogos kita nak pergi Kilimanjaro pula," tulisnya.Menurut Hani, mereka juga pernah merancang untuk berlatih bersama sebelum merealisasikan impian Loe Solo menawan puncak Everest."Sayang dah cakap kat abang kan kita akan berlatih bersama-sama dan sayang akan teman abang kali ni sampai ke Puncak Everest."Impian abang hendak ke puncak Everest tak selesai lagi ni tau," katanya.Namun, di sebalik segala perancangan itu, Hani kini hanya mampu menunggu khabar daripada suaminya."Tolong la abang, di mana awak," luahnya.Hantaran itu turut mendapat perhatian orang ramai yang menitipkan doa dan harapan agar Loe Solo serta rakyat Malaysia lain yang masih belum dapat dikesan dalam tragedi berkenaan ditemukan dalam keadaan selamat.Perkembangan mengenai kumpulan rakyat Malaysia yang terjejas dalam tragedi di Nepal itu terus menjadi perhatian, dengan usaha mendapatkan maklumat dan mengesan mereka masih dijalankan pihak berkuasa.Hani sebelum ini berlepas ke Kathmandu atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi mencari suaminya dan anggota kumpulan berkenaan yang masih gagal dihubungi selepas bencana melanda Nepal.Keputusan itu dibuat kerana mahu berada lebih dekat dengan operasi pencarian dan tidak hanya menunggu perkembangan dari Malaysia.Mohd Fakhrul bersama kumpulan rakyat Malaysia sedang dalam perjalanan menggunakan pacuan empat roda ke Everest Base Camp melalui laluan Tibet ketika bencana berlaku.Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Mohd Sani Harul antara yang turut dilaporkan hilang dalam ekspedisi sama. |
|
Tiada pili bomba, kebakaran kilang proses kayu sukar dikawal - Sinarharian - 3/09 8:43 am KLANG Sebuah kilang memproses kayu di Jalan Besar Kapar di sini terbakar dalam kejadian awal pagi Khamis.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.04 pagi."Seramai 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar serta bantuan BBP Klang Utara, BBP Klang Selatan, BBP Subang Jaya, BBP Pelabuhan Klang, BBP Bukit Jelutong, BBP Petaling Jaya bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh lapan kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi sembilan minit kemudian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses kayu jenis kelas A berkeluasan kira-kira 1.619 hektar dengan anggaran 80 peratus kawasan terjejas."Kebakaran masih belum berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi disebabkan tiada pili bomba di lokasi."Pemadaman dilakukan menggunakan lapan aliran pam tangki jentera dengan bantuan lori tangki air," katanya. |
|
Dua gudang proses sisa plastik terbakar - Sinarharian - 3/09 8:26 am SHAH ALAM Dua gudang memproses sisa buangan plastik musnah dalam kebakaran di Seksyen 32 di sini pada malam Rabu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.59 malam."Seramai 26 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Andalas, BBP Bukit Jelutong, BBP Klang Utara bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira jam 11.10 malam mendapati kebakaran membabitkan dua gudang, selain tiga forklift, sebuah lori dan dua mesin pemampat yang turut terbakar."Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.20 tengah malam dan operasi pemadaman mencapai kira-kira 80 peratus pada jam 1.15 pagi."Pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai sistem keselamatan kebakaran," katanya. |
|
Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi pantai dekat Klebang, Melaka - Mygazette - 3/09 8:05 am # Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi pantai dekat Klebang, Melaka MELAKA Seorang lelaki berusia 18 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakannya di pantai berhampiran Prima Klebang, di sini, petang ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.03 petang |
|
???Dia pernah cakap tak boleh berenang??? ??? Rakan - Mygazette - 3/09 8:05 am "Kejadian berlaku begitu pantas dan saya cuba menyelamatkannya selepas menyedarinya mula mengalami kesukaran dalam air, namun tidak berjaya sebelum segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan," katanya. Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.03 petang |
|
Two friends' swim at Pantai Klebang turns to panic after one feared drowned - Sinardaily - 2/09 8:52 pm MELAKA - What began as a joyful swim for two friends at Pantai Klebang here turned to panic after one of them was feared to have drowned in an incident on Wednesday afternoon.Melaka Fire and Rescue Department (JBPM) public relations officer Deputy Fire Superintendent II Mohd Hafidzatullah Rashid said the department received a report on the incident at 3.03pm.He said a fire and rescue team arrived at the scene about five minutes later and found an 18-year-old man feared to have drowned while swimming at the beach with his friend."A search operation for the victim is under way with a team of 14 firefighters, assisted by the Malaysian Maritime Enforcement Agency (Maritime Malaysia)."The location is about five kilometres from the station," he said.Meanwhile, the victim's friend, Hakeem Putra Mahadi, 18, said the pair, who have been friends since Form One, had gone to the beach to spend time together.He said the situation turned to panic after he saw his friend appeared to be in distress in the water."I tried to help save him but was unsuccessful before immediately calling the emergency line for help."At the time, only myself, him and an angler were at the location," he said. |
|
'Saya cuba selamatkan dia' - Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Klebang - Sinarharian - 2/09 7:28 pm MELAKA - [DIKEMAS KINI] Kegembiraan dua sahabat mandi di Pantai Klebang di sini bertukar cemas selepas seorang daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian pada petang Rabu.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.03 petang.Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian dan mendapati seorang lelaki dikenali Muhamad Arif Daniel Nizamuddin,18, dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai berkenaan berhampiran pangsapuri PRIMA Klebang bersama rakannya."Operasi pencarian mangsa sedang dijalankan dengan kekuatan 14 anggota bomba dan turut dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)."Jarak lokasi kejadian kira-kira lima kilometer dari balai," katanya.Sementara itu, rakan mangsa, Hakeem Putra Mahadi, 18, berkata, mereka yang sudah berkawan sejak Tingkatan Satu datang ke pantai itu untuk meluangkan masa bersama.Katanya, keadaan bertukar cemas selepas melihat rakannya seperti berada dalam kesusahan ketika berada di dalam air."Saya cuba bantu selamatkan dia tetapi tidak berjaya sebelum segera menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan."Ketika itu yang berada di lokasi hanya saya, dia dan seorang pemancing |
|
Macam Ni Pun Takut, Panik Biawak Masuk Rumah, Bomba Datang Pegang Sebelah Tangan Je - Siakapkeli - 2/09 3:16 pm Perkongsian TikTok @mumpsie4 tular selepas enam anggota JBPM hadir membantu menangkap seekor biawak kecil yang bersembunyi di belakang almari di kediamannya. |
|
Lelaki maut, dua cedera dalam nahas babitkan empat kenderaan - Mygazette - 2/09 8:05 am Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 petang itu, mangsa, Lim Chai Wat, 50, yang menunggang motosikal Honda Silverwing GT disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM). Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 1.04 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas tiba di lokasi 10 minit kemudian |
|
21 injured after ship and ferry collide in Penang waters - Sinardaily - 2/09 7:23 am No victims remain at PSAH. Ferry operations are running as usual and have not been affected by the incident," he said in a statement last night.Penang Fire and Rescue Department (JBPM) operations and fire division assistant director John Sagun Francis said the department received an emergency call about the incident at 9.58pm.A team from the Butterworth Fire and Rescue Station was then dispatched to the scene."Upon arrival, officers found that the accident involved the passenger ferry Teluk Bahang and a ship |
|
Enam penumpang parah, feri langgar kapal kargo - Kosmo - 1/09 11:40 pm SEBERANG PERAI – Seramai enam penumpang dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kejadian perlanggaran melibatkan sebuah feri dan kapal kargo berdekatan Terminal Feri Penang Sentral, Butterworth di sini, malam ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada .. |
|
Feri Pulau Pinang bertembung kapal, beberapa penumpang cedera - Sinarharian - 1/09 11:25 pm GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Sebuah feri Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari bahagian pulau ke tanah besar dilaporkan bertembung dengan sebuah kapal lain pada Selasa malam.Memetik daripada The Star, kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 malam ketika feri berkenaan dalam perjalanan menuju Butterworth.Menurut seorang penumpang yang enggan dikenali, feri tersebut berlepas dari bahagian pulau kira-kira jam 8.30 malam sebelum berlaku pelanggaran beberapa minit kemudian."Berlaku hentaman agak kuat menyebabkan beberapa motosikal yang berada di atas feri tumbang."Beberapa penumpang turut mengalami kecederaan ringan namun feri meneruskan perjalanan ke tanah besar," katanya kepada The Star.Dia menambah, sebaik tiba di Butterworth, feri berkenaan berpatah balik dan menggunakan laluan belakang bagi membolehkan penumpang keluar.Katanya, pasukan polis dan ambulans turut berada di lokasi selepas feri tiba di tanah besar.Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kejadian melibatkan Feri Teluk Bahang yang bertembung dengan sebuah kapal di perairan berhampiran Terminal Feri Penang Sentral, Butterworth.Menurutnya, dalam kejadian itu, seramai 92 penumpang terlibat dengan enam daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan."Enam mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans Penang Port serta ambulans agensi luar."Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth menerima panggilan kecemasan pada jam 9.58 malam sebelum tiba di lokasi pada jam 10.07 malam," katanya.Sementara itu, keadaan di terminal dilaporkan tenang dan terkawal selepas kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital manakala penumpang lain telah bersurai. |
|
Motorcyclist killed, another severely injured in four-vehicle crash - Sinardaily - 1/09 8:22 pm KEPALA BATAS A man has died while two other motorcyclists were injured following an accident involving two motorcycles and two cars at Kilometre 127.4 of the North-South Expressway here on Tuesday.In the incident at about 1.04pm, the 50-year-old victim, who was riding a Honda Silverwing GT motorcycle, was pronounced dead at the scene by the Health Ministry (MOH) medical team.Meanwhile, the pillion rider, a 50-year-old woman, sustained minor injuries and received further treatment from the MOH ambulance crew.The deceased was subsequently handed over to the police for further action.Penang Malaysian Fire and Rescue Department (JBPM) assistant operations director John Sagun Francis said that they received an emergency call at 1.04pm before the fire engine arrived at the scene 10 minutes later.He said the crash involved a Honda Silverwing GT motorcycle, a Yamaha MT-09 motorcycle and two Perodua Myvi cars.The operational team, wearing full personal protective equipment (PPE), carried out rescue operations upon arriving at the location.The rider of the Yamaha MT-09, a 50-year-old man who was thrown onto the embankment, was brought up to safety with the assistance of the Sungai Puyu Volunteer Fire Brigade, he said in a statement on Tuesday.He added that another victim suffered severe injuries and was also rushed to the hospital for treatment.The drivers of the two Perodua Myvis, aged 47 and 44, escaped unhurt."The operation involved six personnel, including a supervisor, alongside a Light Fire Rescue Tender (LFRT) vehicle from the Kepala Batas Fire and Rescue Station |
|
Penunggang motosikal maut, seorang parah nahas empat kenderaan - Sinarharian - 1/09 4:27 pm KEPALA BATAS Seorang lelaki maut manakala dua lagi penunggang motosikal cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan dua kereta di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara-Selatan, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 1.04 petang itu, mangsa yang berusia 50 tahun yang menunggang motosikal Honda Silverwing GT disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).Sementara pembonceng motosikal iaitu wanita berusia 50 tahun pula mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan lanjut oleh pasukan ambulans KKM.Mangsa yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.04 petang sebelum jentera tiba di lokasi pada jam 10 minit kemudian.Menurutnya, kemalangan berkenaan melibatkan motosikal Honda Silverwing GT, motosikal Yamaha MT-09 serta dua kereta Perodua Myvi."Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap menjalankan kerja-kerja menyelamat selepas tiba di lokasi."Penunggang Yamaha MT-09 iaitu lelaki berusia 50 tahun yang tercampak ke tebing dibawa naik ke tempat selamat dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan turut dibawa ke hospital bagi menerima rawatan."Dua pemandu Perodua Myvi berusia 47 dan 44 tahun pula dilaporkan selamat."Operasi membabitkan enam anggota termasuk penyelia serta sebuah jentera LFRT dari BBP Kepala Batas |
|
4 maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT - Mygazette - 1/09 3:58 pm KUANTAN - Empat individu dilaporkan maut manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang menghala Kuantan, di sini malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam |
|
Lori tangki simen hilang kawalan punca nahas ragut 4 nyawa di LPT Lori .. - Mygazette - 1/09 3:58 pm "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya lagi. Awal pagi tadi, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam |
|
Nahas 4 maut: Lori tangki hilang kawalan rempuh 10 kenderaan - Sinarharian - 1/09 12:22 am KUANTAN - Hilang kawalan dipercayai menjadi punca sebuah lori tangki membawa muatan simen merempuh 10 kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah timur, dekat Lanchang di sini pada malam Isnin.Kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu meragut empat nyawa, termasuk pasangan suami isteri bersama anak lelaki mereka berusia empat tahun yang menaiki sebuah Proton S70.Mangsa ialah Muhammad Nazatul Nazmi, 32, selaku pemandu, isterinya, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta anak lelaki mereka berusia empat tahun.Turut maut ialah penumpang kereta Honda CR-V, Seow Beng Wain, 55.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, siasatan awal mendapati semua kenderaan terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke arah timur ketika kejadian."Lori tangki simen yang dipandu lelaki berusia 52 tahun, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan lain yang bergerak perlahan."Pemandu Honda CR-V berusia 18 tahun dan pemandu lori tangki mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Menurutnya, kemalangan berkenaan turut membabitkan sebuah bas ekspres, Toyota Hilux, MPV Alphard dan lima kereta lain.Katanya, pemandu serta penumpang lapan kenderaan terbabit tidak mengalami kecederaan serius."Kesemua mangsa telah dibawa ke HoSHAS bagi mendapatkan rawatan dan bedah siasat akan dijalankan pagi ini."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tindakan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.44 malam.Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama lapan anggota dan dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam selepas menempuh perjalanan kira-kira 35 kilometer.Beliau menambah, pihak bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua lelaki yang tersepit, masing-masing dari Honda CR-V dan lori tangki, sebelum mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Operasi turut dibantu PKO BBP Temerloh bersama tujuh anggota yang tiba pada jam 12 tengah malam bagi mengeluarkan seorang lagi mangsa yang masih tersepit di dalam Honda CR-V."Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Remaja maut tersepit bawah SUV - Sinarharian - 1/09 10:45 am IPOH - Seorang remaja yang menunggang motosikal maut tersepit di bawah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 285.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, malam tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 10.50 malam, sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng ke lokasi.Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah SUV jenis Honda BRV dan sebuah motosikal jenis SYM."Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 18 tahun tersepit di bawah kereta yang juga penunggang motosikal terbabit," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, ketua operasi menjalankan size-up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi yang melibatkan lima anggota bomba tamat jam 11.59 malam |
|
Nahas 4 maut: 'Jangan biarkan cuti bertukar duka' - Aiman Athirah - Sinarharian - 1/09 9:30 am SHAH ALAM - Nahas maut membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) dekat Temerloh, Pahang pada Isnin, menjadi peringatan serius terhadap tahap keselamatan jalan raya negara.Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, statistik kemalangan harian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya negara masih berada pada angka membimbangkan.Menurut beliau, sebanyak 1,787 kes kemalangan direkodkan dengan 11 kematian dilaporkan pada 27 Ogos lalu."Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi melibatkan nyawa manusia, keluarga yang kehilangan insan tersayang dan anak-anak yang menanti kepulangan ibu bapa mereka."Lebih-lebih lagi ketika musim cuti, apabila jumlah kenderaan meningkat dan ramai rakyat bergerak untuk pulang ke kampung, bercuti atau bertemu keluarga," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Terdahulu, nahas kira-kira jam 10 malam itu meragut nyawa empat individu termasuk tiga sekeluarga manakala empat lagi cedera.Kemalangan itu membabitkan sebuah lori tangki, sebuah bas, kereta (empat), kenderaan utiliti sukan (tiga), sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah pikap.Aiman Athirah berkata, insiden itu turut menjadi peringatan bahawa setiap perjalanan membawa amanah nyawa dan memerlukan disiplin, kesabaran serta tanggungjawab bersama."Jalan raya bukan sekadar laluan untuk sampai ke destinasi, tetapi ruang yang memerlukan disiplin, kesabaran dan tanggungjawab bersama."Saya meminta semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi had laju, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta tidak memandu ketika letih atau mengantuk," katanya lagi.Pada masa sama, beliau merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa, khususnya waris empat individu yang disahkan meninggal dunia dalam kemalangan berkenaan."Buat ahli keluarga yang sedang berduka, semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang."Saya turut mendoakan agar mangsa yang cedera diberikan kesembuhan segera serta semua yang terlibat dipermudahkan segala urusan," ujarnya.Ahli Parlimen Sepang itu turut menghargai tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PDRM serta semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat. |
|
Mayat ditemui dalam parit dipercayai mangsa bunuh - Sinarharian - 1/09 8:11 am SUNGAI BULOH - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam parit di Kampung Baru Sungai Buloh di sini pada Sabtu, disyaki dibunuh.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan."Bertindak atas maklumat tersebut, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum mayat dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh |
|
Sembilan Lot Kilang Terbakar Di Bercham, Seorang Lelaki Melecur - Siakapkeli - 1/09 7:55 am Seorang lelaki melecur satu peratus selepas kebakaran melibatkan sembilan lot kilang di Persiaran Industri Bercham 10, Ipoh, dengan operasi pemadaman disertai JBPM dan Pasukan Bomba Sukarela. |
|
Tragedi Sambutan Merdeka - Budak 3 Tahun Digilis Tayar Tunda Bot Bomba Ketika Perarakan - Careta - 1/09 7:35 am Ibu mangsa, Puteri Anis Athirah Wan Rosli, 36, dari Chendering berkata, dia hadir ke lokasi sambutan bersama tiga anaknya kerana kanak-kanak berkenaan teruja dari rumah lagi untuk melihat aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) |
|
Bas Persiaran Kemalangan Di Lebuh Raya Pan Borneo, 23 Penumpang Cedera - Careta - 1/09 7:35 am Bas berkenaan membawa 43 penumpang ketika kejadian dengan mangsa yang cedera terdiri daripada 19 wanita dan empat lelaki. Menurut laporan Utusan Sarawak, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.25 |
|
Empat maut nahas ngeri di LPT 1 - Kosmo - 1/09 7:31 am TEMERLOH – Empat individu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan dekat sini pada Isnin. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada .. |
|
Sembilan lot kilang terbakar di Bercham, seorang lelaki melecur - Mygazette - 1/09 7:30 am # Sembilan lot kilang terbakar di Bercham, seorang lelaki melecur IPOH - Seorang lelaki melecur pada badan selepas terbabit dalam kebakaran melibatkan sembilan lot kilang di Persiaran Industri Bercham 10, Bercham di sini petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.36 petang sebelum mengerahkan tujuh jentera bersama 40 anggota ke lokasi berkenaan |
|
5 hari tanpa khabar berita, isteri anggota bomba di Nepal titip... - Mygazette - 1/09 7:30 am # 5 hari tanpa khabar berita, isteri anggota bomba di Nepal titip doa KUALA LUMPUR Isteri kepadaTimbalan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Muhammad Sani Harul yang masih gagal dihubungi dalam kejadian banjir kilat di Nepal menitipkan doa bagi keselamatan suaminya itu |
|
Empat maut, empat cedera dalam nahas libatkan 11 kenderaan di LPT1 - Sinarharian - 1/09 6:20 am TEMERLOH - Empat individu maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer (KM) 110.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), arah Lanchang menghala Kuantan dekat sini pada Isnin.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 malam.Menurutnya, kemalangan tersebut membabitkan dua Proton Saga, dua Perodua Myvi, Toyota Alphard, sebuah bas ekspres, Proton S70, lori tanker, Honda CRV, Toyota Hilux dan Perodua Aruz."Tiga mangsa maut dalam Proton S70 ialah pemandu, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, penumpang, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, serta seorang kanak-kanak."Seorang lagi mangsa ialah lelaki dewasa berbangsa Cina yang berada dalam Honda CRV," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Salahuddin berkata, empat lagi mangsa mengalami kecederaan, termasuk dua lelaki tersepit dalam lori tangki dan Honda CRV, selain seorang wanita menaiki Toyota Hilux serta seorang lelaki cedera ringan dalam Proton Saga."Seramai 30 penumpang bas ekspres dilaporkan selamat, selain mangsa dalam Toyota Alphard, Perodua Aruz, dua Perodua Myvi dan sebuah Proton Saga."Sebahagian mangsa dalam Toyota Hilux turut dilaporkan selamat," katanya.Beliau berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bersama dua jentera tiba di lokasi pada jam 11.24 malam, kira-kira 40 minit selepas menerima panggilan kecemasan."Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan dua lelaki tersepit dalam Honda CRV dan lori tanker sebelum mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."BBP Temerloh kemudian tiba dengan tujuh anggota bagi membantu mengeluarkan seorang lagi mangsa tersepit dalam Honda CRV."Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis," katanya.Menurutnya, enam anggota BBP Karak turut membantu mengeluarkan tiga mangsa tersepit dalam Proton S70 menggunakan peralatan khas."Ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Mohd Salahuddin berkata, operasi dikawal pada jam 2.48 pagi sebelum anggota bomba menjalankan kerja pembersihan dan pemantauan bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan."Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 pagi dan semua jentera bersama anggota meninggalkan lokasi untuk kembali ke balai," katanya. |
|
Empat kawasan di Sabah catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 31/08 7:52 pm KOTA KINABALU - Empat kawasan di Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 petang ini, dengan Kota Kinabalu merekodkan bacaan tertinggi iaitu 154.Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah Nor Rashidah Mohd Ghazali berkata Kimanis turut mencatatkan bacaan IPU 152, diikuti Keningau 103 dan Tawau 102, manakala Sandakan kekal pada tahap sederhana dengan bacaan 81Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah serta hasil rondaan pencegahan pembakaran terbuka hari ini, tiada kejadian kebakaran besar dikesan atau dilaporkan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau.Katanya, berikutan keadaan cuaca panas dan kering, JAS mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan dan rondaan harian di kawasan berpotensi berlaku pembakaran terbuka, selain terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.Nor Rashidah berkata sebanyak 474 rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) telah dilaksanakan setakat ini, dengan rondaan hari ini meliputi Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau, khususnya di kawasan sensitif serta lokasi berhampiran stesen pengawasan kualiti udara.JAS Sabah turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta sentiasa memantau bacaan IPU terkini menerusi laman sesawang JAS atau aplikasi rasmi MyJAS EQMS.Di bawah Seksyen 29(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara hingga lima tahun atau kedua-duanya.Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU mencecah 200 |
|
Bas persiaran bawa 43 penumpang terlibat kemalangan - Sinarharian - 31/08 4:04 pm SIBU Bas persiaran yang membawa 43 penumpang terlibat dalam kemalangan di Bulatan Kanowit, Sibu Jaya, awal pagi Isnin.Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya dikejarkan ke lokasi.Jurucakap PGO Bomba Sarawak berkata, seramai 23 penumpang yang cedera terdiri daripada 19 wanita dan empat lelaki."Setibanya di lokasi, pasukan bomba bertindak menyelamatkan seorang penumpang wanita yang masih berada di dalam kenderaan, manakala 42 penumpang lain telah dibantu keluar oleh orang awam lebih awal."Petugas perubatan memberi rawatan awal di lokasi sebelum kesemua mangsa yang tercedera dipindahkan ke Hospital Sibu dan Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya," katanya.Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan berkenaan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |