| /// |
|
| Search : Ipu News | Page 1 |
|
IPU Johan Setia tidak sihat, PBT digesa perketat tindakan pembakaran .. - Mygazette - 11/08 8:13 am # IPU Johan Setia tidak sihat, PBT digesa perketat tindakan pembakaran terbuka SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) tidak sihat yang mencecah 153 di Johan Setia, Selangor dipercayai berpunca daripada jerebu rentas sempadan merupakan amaran serius bahawa keadaan jerebu kini semakin menghampiri negara |
|
11 kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat - FMT - 11/08 8:00 am Satu-satunya kawasan di Semenanjung yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU 153 ialah Johan Setia di Selangor. |
|
Sukma 2026: Selangor sedia tindakan susulan jika IPU tak sihat - FMT - 10/08 7:37 pm Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pihaknya akan ambil langkah yang dinasihatkan MetMalaysia dan Jabatan Kesihatan negeri. |
|
Ini Sebab Kenapa Sekolah Dan Taska Akan Ditutup Serta-Merta Bila IPU Cecah 200 - Vocket - 10/08 1:29 pm Apabila... The post Ini Sebab Kenapa Sekolah Dan Taska Akan Ditutup Serta-Merta Bila IPU Cecah 200 appeared first on VOCKET . |
|
10 kawasan di Sarawak, Selangor catat IPU tidak sihat - FMT - 10/08 8:17 am Johan Setia di Selangor ialah satu-satunya kawasan di Semenanjung yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat, dengan bacaan IPU 154. |
|
Jerebu Semakin Membimbangkan, Sekolah Tadika & Taska Ditutup Serta-Merta Jika IPU Lebih 200 - Siraplimau - 10/08 7:57 am Sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200 susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan |
|
Jerebu: Lapan kawasan di Sarawak, Johan Setia di Selangor catat IPU tidak sihat - Sinarharian - 9/08 8:44 pm KUALA LUMPUR - Lapan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 petang ini, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).Di Sarawak, tiga kawasan baharu iaitu Miri dengan bacaan IPU 119, Sarikei (152) dan Sri Aman (154) merekodkan tahap tidak sihat susulan jerebu rentas sempadan petang ini, menjadikan keseluruhan lapan kawasan berbanding lima pada sebelah pagi.Lima kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat sebelum ini ialah Kuching dengan bacaan IPU 156, Samarahan (157), Serian (169), Bintulu (154) dan Samalaju (152).Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 153.Sementara itu, 57 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana manakala Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis masing-masing merekodkan bacaan pada tahap baik.Menurut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 amat tidak sihat manakala bacaan melebihi 301 sebagai tahap bahaya.Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam notis ramalan cuaca signifikan memaklumkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 14 Ogos.MetMalaysia memaklumkan pengaruh angin dari arah selatan serta jumlah titik panas yang dijangka kekal tinggi di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan terutama di selatan Sarawak.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan sahih.- Bernama |
|
Jerebu makin teruk, lima kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat –... - Mygazette - 9/08 4:53 pm # Jerebu makin teruk, lima kawasan Sarawak catat IPU tidak sihat - JAS KUALA LUMPUR - Kualiti udara di negara ini semakin merosot apabila lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi hari ini |
|
5 kawasan kekal IPU tak sihat di Sarawak - FMT - 9/08 8:54 am Kuching merekodkan 153, diikuti Samarahan (156), Serian (170), Bintulu (156), dan Samalaju (151). |
|
Lima kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat - JAS - Sinarharian - 8/08 11:17 am PUTRAJAYA - Kualiti udara dalam negara merosot dengan lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, lima kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah IPD Serian (171), Kuching (154), Samarahan (154), Sri Aman (139) dan Bintulu (124)."Tiga kawasan mencatatkan status kualiti udara baik manakala 60 kawasan berada pada tahap sederhana."Kualiti udara dalam negara pada hari ini didapati merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, terutama di Sarawak yang disebabkan oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah," katanya dalam kenyataan hari ini.Azuri Azizah berkata, peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) semalam menunjukkan keadaan cuaca kering berterusan di kebanyakan kawasan rantau ASEAN selatan hari ini, kecuali hujan terpencil di bahagian utara Sumatera dan Semenanjung, yang dikesan menerusi imej satelit Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan 20.Beliau berkata, laporan ASMC yang berpusat di Singapura menunjukkan terdapat 643 titik panas dikesan di Kalimantan, 17di Sumatera dan 25 di dalam negara, iaitu 22 di Sarawak, dua di Selangor dan satu di Terengganu."Titik panas dikesan secara meluas di Kalimantan Barat manakala titik panas terpencil hingga berselerak dikesan di kawasan lain di Kalimantan."Beberapa titik panas turut dikesan, terutama di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, bahagian selatan dan tengah Sumatera serta bahagian timur Pulau Jawa," katanya.Beliau berkata, kepulan asap sederhana hingga tebal diperhatikan di Kalimantan Barat dan bergerak ke arah utara memasuki bahagian barat Sarawak.Selain itu, kepulan asap sederhana hingga tebal turut diperhatikan di kawasan lain di Kalimantan dan bahagian tengah Sarawak manakala kepulan asap ringan hingga sederhana diperhatikan di bahagian selatan dan tengah Sumatera serta bahagian timur Pulau Jawa.Azuri Azizah berkata, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian di kawasan yang berpotensi berlaku pembakaran terbuka, selain memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.Beliau berkata, Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara."JAS melalui Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan sentiasa memantau kualiti udara dari semasa ke semasa dan tindakan yang akan diambil adalah selaras dengan pelan tindakan itu yang melibatkan kesemua agensi berkaitan," katanya.Azuri Azizah berkata, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri atau pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam."Di bawah pelan tindakan itu, semua aktiviti di luar bilik darjah perlu dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100 manakala sekolah, tadika dan taska perlu ditutup serta-merta apabila bacaan melebihi 200."Operasi Pembenihan Awan pula akan dilaksanakan tertakluk kepada kehadiran awan dan keadaan cuaca yang sesuai apabila bacaan IPU melebihi 150 selama lebih 24 jam," katanya.Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan bacaan IPU terkini setiap jam menerusi laman sesawang JAS di atau aplikasi rasmi MyJAS EQMS di Google Play dan App Store.Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka atau membenarkan tanah dan premis mereka diceroboh sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau secara tidak sengaja."Mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda minimum RM25,000 hingga maksimum RM1 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya manakala kompaun sehingga 50 peratus daripada denda maksimum boleh dikenakan bagi setiap kesalahan."Orang ramai diminta bekerjasama memadam kebakaran kecil serta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727," katanya |
|
Jerebu: 5 daerah di Sarawak catat IPU tak sihat - FMT - 8/08 10:45 am Serian catat Indeks Pencemar Udara tertinggi iaitu 171, diikuti Kuching (154), Samarahan (154), Sri Aman (139), dan Bintulu (124). |
|
Kuching, Kota Samarahan catat IPU tak sihat - FMT - 7/08 8:55 am Tiga daerah mencatatkan IPU sihat, iaitu Kangar, Bandaraya Melaka dan Port Dickson. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |