| /// |
|
| Search : Ipk News | Page 1 |
|
UNHCR sedia perkukuh kerjasama dengan Malaysia urus isu pelarian - Sinarharian - 30/07 5:26 pm SHAH ALAM Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyatakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam menangani isu pelarian, termasuk memastikan individu yang memerlukan perlindungan antarabangsa dikenal pasti menerusi sistem suaka yang adil, berkesan dan berteraskan perlindungan.UNHCR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan serta mengalu-alukan penekanan terhadap kerjasama yang lebih erat dalam menangani isu pelarian di negara ini.Menurut kenyataan itu, sesebuah negara memikul tanggungjawab utama menyediakan perlindungan antarabangsa kepada pelarian dan pencari suaka di wilayah masing-masing, manakala UNHCR diberi mandat untuk menyokong kerajaan dalam melaksanakan peranan tersebut."UNHCR secara konsisten berurusan dengan pihak berkuasa Malaysia dan menyokong usaha mengukuhkan kapasiti serta prosedur suaka kebangsaan, termasuk proses pendaftaran dan pengeluaran dokumentasi," menurut kenyataan itu kepada Sinar Harian pada Khamis.Terdahulu, Mohamad mempersoalkan ketiadaan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas bagi mengawal bidang kuasa, tanggungjawab dan skop operasi agensi berkenaan.Beliau mendakwa Malaysia menjadi 'magnet' kepada pelarian kerana UNHCR terlalu mudah mengeluarkan kad pelarian.Mohamad turut menggesa supaya diwujudkan keseimbangan antara pertimbangan kemanusiaan dan keselamatan negara.Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan langkah yang mewajibkan pemohon pelarian menjalani saringan keselamatan serta mendapatkan kelulusan kementerian sebelum kad UNHCR dikeluarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMengulas mengenai integriti sistem, UNHCR menjelaskan bahawa proses pendaftaran dan penentuan status pelarian (RSD) dilaksanakan mengikut piawaian serta prosedur yang ditetapkan.Langkah itu merangkumi pengesahan identiti dan tindakan lain bagi mencegah risiko penipuan serta pertindihan dokumen.Pada masa sama, UNHCR menegaskan bahawa kawalan imigresen, saringan keselamatan negara dan penguatkuasaan undang-undang kekal menjadi tanggungjawab pihak berkuasa kerajaan."UNHCR sedia bekerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia bagi mengukuhkan kerjasama praktikal, menyokong pengaturan perkongsian maklumat yang bersesuaian, serta memastikan prosedur sedia ada dapat menangani kedua-dua keperluan perlindungan dan pertimbangan pengurusan sempadan."Ini bertepatan dengan sejarah panjang Malaysia yang sentiasa memberikan perlindungan serta keselamatan kepada mereka yang melarikan diri daripada konflik dan penganiayaan," katanya.Menyentuh mekanisme sedia ada, UNHCR berkata, pihaknya dan kerajaan Malaysia sentiasa mengekalkan penglibatan berterusan berkaitan isu pelarian menerusi saluran penyelarasan rasmi, termasuk Pasukan Petugas Bersama (Joint Task Force) antara agensi yang menjadi platform perbincangan.Selain itu, penglibatan bersama pihak berkuasa Persekutuan dan negeri turut dilaksanakan menerusi konsultasi dua hala, mesyuarat antara agensi, perbincangan teknikal serta penyelarasan operasi di peringkat dasar dan pelaksanaan."Saluran ini mencerminkan amalan dialog dan kerjasama yang telah lama terjalin antara UNHCR dan pihak berkuasa Malaysia."UNHCR kekal komited untuk meneruskan serta mengukuhkan mekanisme ini bagi menyokong pengurusan pelarian yang berkesan, di samping menangani isu kepentingan bersama secara konstruktif dan kolaboratif," menurut kenyataan itu. |
|
113 pelarian dipindahkan ke KL, Selangor dan Pulau Pinang - Mygazette - 29/07 3:39 pm # 113 pelarian dipindahkan ke KL, Selangor dan Pulau Pinang KUALA LUMPUR - Seramai 113 individu termasuk daripada komuniti pelarian etnik Rohingya selesai menjalani proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang |
|
All 113 refugees transferred from KL police HQ to three states - Sinardaily - 29/07 3:35 pm KUALA LUMPUR - All 113 refugees temporarily housed at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPK) yesterday were transferred in stages following a document re-identification process, Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus said.He said the refugees were bound for destinations in Kuala Lumpur, Selangor and Penang, as determined by non-governmental organisations (NGOs) and the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) based on the locations of their relatives and acquaintances."The process began with the re-identification of document holders |
|
113 Pelarian Rohingya Selesai Proses Dokumentasi, Dibenarkan Tinggal Di KL, Selangor Dan Pulau Pinang - Beautifulnara - 29/07 2:33 pm Seramai 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin lalu dibenarkan bergerak ke tiga negeri selepas selesai menjalani proses dokumentasi |
|
Pelarian Rohingya 'pindah' ke destinasi pilihan guna e-hailing - Polis - Sinarharian - 29/07 1:31 pm KUALA LUMPUR - Majoriti pelarian etnik Rohingya yang selesai proses dokumentasi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini menggunakan khidmat e-hailing untuk pergerakan ke destinasi pilihan di ibu negara, Selangor dan Pulau Pinang.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, destinasi pilihan pelarian itu adalah berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di destinasi terbabit."Pecahan penempatan pelarian ialah 66 di Kuala Lumpur, Pulau Pinang (18 orang), Selangor (29 orang) dengan jumlah keseluruhan 113 orang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Fadil berkata, pada jam 12.01 tengah malam hingga 4.30 petang, Selasa, Polis Kontinjen Kuala Lumpur telah menjalankan proses dokumentasi ke atas komuniti pelarian etnik Rohingya di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur.Katanya, tujuh orang wakil Malaysian Relief Angensy (MRA) telah hadir memberi sumbangan makanan tengah hari dan bantuan semakan kesihatan ke atas pelarian tersebut."Jumlah pelarian yang terlibat ialah seramai 113 orang."Seramai 109 orang pelarian Rohingya bersama seorang Indonesia merupakan isteri kepada Ketua Komuniti Rohingya, seorang pelarian Iraq dan seorang pelarian Somalia telah dipindahkan keluar ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTambahnya, proses telah dimulakan dengan pengecaman semula pemilik dokumen dan mereka dilepaskan secara bergilir melalui Pintu Utama IPK Kuala Lumpur.Sinar Harian melaporkan kesemua mereka telah berkumpul di hadapan Pejabat UNHCR Kuala Lumpur sejak awal pagi Isnin selepas diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang.Kesemua pelarian itu datang menaiki tiga buah bas dan bertolak dari kampung terbabit kira-kira jam 10 malam, Ahad.Kesemua warga asing itu kemudian telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.Tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR.Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap etnik rohingya di perkarangan IPK Kuala lumpur mendapati kesemua etnik terbabit mempunyai dokumen UNHCR yang sah. |
|
110 pelarian Rohingya pindah ke lokasi baharu di tiga negeri - Polis - Sinarharian - 29/07 12:07 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya sudah pindah ke destinasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang yang diuruskan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, seramai 66 orang ditempatkan di Kuala Lumpur, 18 orang di Pulau Pinang dan Selangor seramai 29 orang."Pihak NGO dan UNHCR telah menguruskan semua pelarian terbabit."Lokasi pilihan pelarian terbabit adalah Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang berdasarkan kenalan dan saudara-mara mereka di destinasi terbabit," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Media sebelum itu melaporkan seramai 113 pelarian membabitkan 110 etnik Rohingya termasuk 53 kanak-kanak, seorang lelaki warga Iraq, wanita Somalia (1 orang) dan wanita Indonesia (1 orang) merupakan isteri etnik terbabit telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) IPK Kuala Lumpur bersama wakil UNHCR.Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap etnik rohingya di perkarangan IPK Kuala lumpur mendapati kesemua etnik terbabit mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN:Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah- PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLSinar Harian melaporkan kesemua mereka telah berkumpul di hadapan Pejabat UNHCR Kuala Lumpur sejak awal pagi Isnin selepas diusir dari Kampung Kuala Muda, Penaga di Pulau Pinang.Kesemua pelarian itu datang menaiki tiga buah bas dan bertolak dari kampung terbabit kira-kira jam 10 malam, Ahad. |
|
113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan - Mygazette - 29/07 7:58 am # 113 pelarian tinggalkan IPK Kuala Lumpur, NGO sedia lokasi penempatan KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang ditempatkan sementara di di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini telah dibawa keluar ke lokasi penempatan yang disediakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) |
|
All 113 refugees relocated to Kaladan NGO designated shelter - Sinardaily - 28/07 8:03 pm KUALA LUMPUR - All 113 refugees temporarily housed at the Kuala Lumpur Contingent Police Headquarters (IPK) since yesterday have been moved to a facility designated by the Kaladan non-governmental organisation (NGO).Brickfields police chief ACP Hoo Chang Hook said all the refugees, including an Iraqi man, a Somali woman, and an Indonesian woman married to a Rohingya refugee, left the police headquarters around 4pm."All 113 refugees moved out of the Kuala Lumpur IPK to the destination set by the NGO, he said in a statement today.Kuala Lumpur police chief Datuk Fadil Marsus said the refugees were handed over to Kaladan, an NGO based in Ampang, Selangor."All the refugees are placed under the management of Kaladan from Ampang, Selangor |
|
'Wanita Rohingya menangis, meraung' - Sinarharian - 28/07 6:17 pm KUALA LUMPUR - Suasana tenang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bertukar riuh dengan tangisan dan raungan sejurus melihat kehadiran pihak media dan lensa kamera.Itu gelagat seorang wanita Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur sementara menanti tindakan lanjut daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati semua 110 pelarian Rohingya dan tiga individu masing-masing pencari suaka dari negara lain ditempatkan dalam keadaan lebih teratur berbanding di kaki lima pejabat UNHCR.Turut kelihatan petugas dari badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia Relief Agency (MRA) membuat pemeriksaan perubatan buat individu yang memerlukan.Difahamkan pelarian terbabit diberi makan dan minum yang mencukupi malah kemudahan asas seperti tandas serta susu bayi termasuk air panas disediakan.Terdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil daripada proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga Rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga Rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KL |
|
Pelarian Rohingya tinggalkan IPK Kuala Lumpur - Sinarharian - 28/07 4:59 pm KUALA LUMPUR Kesemua 113 pelarian, termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sejak Isnin, telah dibawa keluar petang tadi ke lokasi penempatan yang ditetapkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua pelarian berusia antara satu bulan hingga 60 tahun itu meninggalkan IPK Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang."Kesemua pelarian berjumlah 113 orang telah bergerak keluar dari IPK Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang telah ditetapkan oleh pihak NGO di Ampang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLPelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatanTerdahulu, media melaporkan kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen sah yang dikeluarkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Fadil dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke IPK Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNHCR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan. |
|
113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen 113 .. - Mygazette - 28/07 3:47 pm # 113 pelarian pemegang kad UNHCR tidak ditempatkan di depoh imigresen KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang berlindung di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) sejak semalam tidak akan ditempatkan di depoh tahanan imigresen |
|
113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur - Mygazette - 28/07 3:47 pm # 113 pelarian termasuk warga Rohingya ditempatkan di IPK Kuala Lumpur KUALA LUMPUR - Seramai 113 pelarian termasuk 110 warga Rohingya yang 'berkampung' di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kini ditempatkan sementara di Dataran Wira, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur |
|
Pelarian Rohingya tidak dihantar ke depoh imigresen - Sinarharian - 28/07 3:18 pm KUALA LUMPUR - Kesemua 113 pelarian termasuk 110 etnik Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur tidak akan dihantar ke depoh tahanan imigresen.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, depoh tahanan imigresen hanya digunakan untuk menempatkan warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau dokumen sah."Individu yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dibenarkan berada di Malaysia atas dasar kemanusiaan, namun kedudukan mereka tetap tertakluk kepada undang-undang tempatan yang berkuat kuasa."Kesemua 113 pelarian ini tidak boleh ditempatkan di depoh tahanan imigresen |
|
Wanita Rohingya Menangis Sebaik Lihat Media, 113 Pelarian Ditempatkan Sementara Di IPK Kuala Lumpur - Beautifulnara - 28/07 2:27 pm Suasana di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bertukar hiba apabila seorang wanita Rohingya dilihat menangis dan meraung sebaik menyedari kehadiran pihak media di lokasi |
|
Pelarian Rohingya ditempatkan sementara di IPK KL, terima bantuan saringan kesihatan - Sinarharian - 28/07 1:56 pm KUALA LUMPUR Suasana di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tenang apabila 113 pelarian termasuk wanita dan kanak-kanak ditempatkan di kawasan berbumbung sementara menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.Tinjauan Sinar Harian pada Selasa mendapati mereka duduk secara berkumpulan di atas lantai dengan barangan peribadi masing-masing termasuk beg pakaian.Sebahagian wanita dilihat bersama anak, manakala golongan lelaki ditempatkan secara berasingan bagi memastikan keadaan lebih teratur dan terkawal.Dalam pada itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir menjalankan saringan kesihatan bagi memastikan keadaan kesihatan pelarian berada dalam keadaan baik.Tinjauan turut mendapati pihak berkuasa membekalkan botol air mineral dan susu kepada golongan terbabit.Beberapa wanita menangis dan meraung apabila menyedari kehadiran pengamal media.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTerdahulu media melaporkan, kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di IPK Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin.Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya.Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan.Fadil berkata, hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di perkarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah. |
|
Malaysia wajar pertimbangkan semula keberadaan UNHCR jika tiada kerjasama saringan - Mohamad - Sinarharian - 28/07 1:38 pm SEREMBAN - Malaysia wajar mempertimbangkan semula keberadaan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini, sekiranya badan antarabangsa itu enggan bekerjasama dalam melaksanakan proses saringan ketat terhadap pemohon kad pelarian.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kewujudan pejabat UNHCR ketika ini dilihat seolah-olah menjadi 'magnet', yang menarik kemasukan lebih ramai pelarian, khususnya etnik Rohingya ke Malaysia.Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengusahakan mekanisme bagi memastikan proses saringan dilakukan secara bersama-sama oleh UNHCR dan pihak berkuasa tempatan, sebelum sebarang kad pelarian dikeluarkan kepada mana-mana individu.ARTIKEL BERKAITAN:Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah- PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMohamad berkata, perkara itu turut dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan beliau meminta supaya Perjanjian Negara Tuan Rumah disegerakan, bagi menetapkan garis panduan serta kawalan yang lebih ketat terhadap pengeluaran kad UNHCR."Kita mahu supaya ada kerjasama dan tapisan ketat dilakukan |
|
Rohingya berkampung depan pejabat UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Mkini - 28/07 11:52 am UNHCR dan NGO akan mencari penempatan yang bersesuaian bagi mereka yang mempunyai dokumen sah. |
|
Pelarian Rohingya 'diusir' dari Kuala Muda miliki dokumen UNHCR sah - Polis - Sinarharian - 28/07 11:32 am KUALA LUMPUR Kesemua pelarian Rohingya yang ditempatkan sementara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur didapati memiliki dokumen yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, polis telah memindahkan seramai 113 pelarian ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dengan kerjasama wakil pejabat UNCHR pada jam 8.50 malam, Isnin."Jumlah itu terdiri daripada seorang lelaki warga Iraq, seorang wanita warga Somalia dan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada pelarian Rohingya."Selain itu, seramai 110 pelarian Rohingya turut dipindahkan, melibatkan 36 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, 31 kanak-kanak lelaki dan 22 kanak-kanak perempuan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Fadil berkata, tindakan dokumentasi ke atas pelarian telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala lumpur (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur (JSJN), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur (JKA) serta wakil bersama pejabat UNHCR."Hasil dari proses dokumentasi yang dijalankan terhadap warga rohingya di pekarangan Dataran Wira IPK Kuala lumpur mendapati kesemua warga rohingya mempunyai dokumen UNHCR yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLTerdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Kumpulan pelarian itu tiba di ibu negara dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Kampung Kuala Muda, Penaga, Pulau Pinang.Beliau berkata, kesemua etnik Rohingya ditempatkan sementara di Dataran Wira IPK Kuala Lumpur."Setakat ini, pihak UNHCR sedang berusaha mengambil tindakan lanjut ke atas komuniti pelarian yang ada pada hari ini," ujarnya. |
|
Over 2,400 military and police personnel cast early votes in Negeri Sembilan - Sinardaily - 28/07 9:40 am PORT DICKSON - A total of 1,481 military personnel and their spouses will cast their ballots today at the Army Basic Training Centre (Pusasda) in the early voting process for the 16th Negeri Sembilan State Election.According to the Election Commission (EC), the voting process, involving 11 polling streams, is being held from 8am to 5pm.The eligible military personnel are voting in the Bagan Pinang constituency.Bagan Pinang is witnessing a three-cornered contest involving incumbent Abdul Fatah Zakaria of Perikatan Nasional (PN), Sheikh Junaidy Jamaludin of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) and Nasir Raman of Pakatan Harapan (PH).Meanwhile, checks by Bernama found that military personnel, officers and their spouses began queuing as early as 7am to fulfil their responsibilities as early voters.Early voting is taking place under overcast skies.Army Chief Gen Tan Sri Azhan Md Othman is expected to observe the early voting process at PUSASDA at 11am.Meanwhile, at the Negeri Sembilan Police Contingent Headquarters (IPK), 979 police personnel and their spouses will cast their ballots for the Temiang seat.ASP Harminder Singh Pritam Singh was the first early voter to cast his ballot at Stream 1 at the Negeri Sembilan IPK in Seremban this morning.Also among those who have voted is Crime Prevention Board member at the Home Ministry in Putrajaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, who previously served as Bukit Aman Management Department deputy director (Administration) and former Negeri Sembilan police chief.The Temiang constituency is seeing a three-cornered contest involving Ho Weng Wah (PH), Leaw Kok Chan of Barisan Nasional (BN) and Fazly Hamid of Bersatu.Meanwhile, Negeri Sembilan police chief Datuk Alzafny Ahmad visited the Negeri Sembilan police headquarters to observe the early voting process |
|
1,481 anggota tentera, pasangan undi awal di PUSASDA, 979 anggota polis di IPK Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/07 9:36 am PORT DICKSON - Sebanyak 1,481 anggota tentera serta pasangan akan mengundi awal di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di sini, pada Selasa.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses pengundian berkenaan yang membabitkan 11 saluran itu berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang.Kesemua anggota keselamatan negara itu akan mengundi wakil rakyat baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.DUN Bagan Pinang menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Abdul Fatah Zakaria daripada Perikatan Nasional (PN), Sheikh Junaidy Jamaludin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Nasir Raman daripada Pakatan Harapan (PH).Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati anggota dan pegawai tentera serta pasangan telah mula menunggu seawal 7 pagi bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal.Suasana pengundian awal berlangsung dalam suasana cuaca redup.Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman turut dijangka meninjau proses pengundian awal di PUSASDA pada jam 11 pagi.Sementara itu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, sebanyak 979 anggota dan pegawai polis akan menunaikan tanggungjawab mengundi bagi DUN Temiang.Asisten Superintenden Harminder Singh Pritam Singh menjadi pengundi awal pertama di Saluran 1 yang menunaikan tanggungjawab di IPK Negeri Sembilan di Seremban, pagi ini.Turut selesai mengundi ialah Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof yang sebelum ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan bekas Ketua Polis Negeri Sembilan.DUN Temiang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ho Weng Wah (PH), Leaw Kok Chan daripada Barisan Nasional (BN) dan Fazly Hamid (Bersatu).Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad turun meninjau proses undi awal di IPK Negeri Sembilan sebelum mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, jam 11 pagi ini.Proses pengundian awal yang berlangsung di 38 pusat pengundian di seluruh negeri akan ditutup secara berperingkat mengikut lokasi dengan 18 pusat pengundian awal akan ditutup pada jam 12 tengah hari, dua pusat mengundi pada jam 2 petang, manakala baki 18 lagi ditutup pada jam 5 petang.Sebanyak 16,884 anggota tentera dan pasangan serta 5,455 anggota polis dan pasangan layak mengundi pada PRN kali ini.Hari pengundian biasa bagi PRN berkenaan ditetapkan pada Sabtu ini.Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari - Bernama |
|
1,481 anggota tentera, pasangan undi awal di Pusasda, 979 anggota polis di IPK - Mkini - 28/07 9:18 am Proses pengundian yang membabitkan 11 saluran itu berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang. |
|
110 pelarian Rohingya berhimpun di hadapan pejabat UNHCR diperiksa JIM - Sinarharian - 28/07 9:16 am KUALA LUMPUR Seramai 110 pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Pesuruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini telah diperiksa Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL).JIM WPKL dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur."Individu yang diperiksa terdiri daripada 35 lelaki, 29 kanak-kanak lelaki, 22 wanita dan 23 kanak-kanak perempuan warga Myanmar serta seorang wanita warga Indonesia."Kesemua mereka kemudiannya dipindahkan ke lokasi yang bersesuaian bagi membolehkan proses saringan, pemeriksaan dan pengesahan status dilaksanakan secara teratur," katanya.Terdahulu, media melaporkan operasi pemindahan bermula pada 8.20 malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian itu turut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan, kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.JIM WPKL berkata, tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah."Bagi individu yang mendakwa memiliki dokumen UNHCR, pengesahan status akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak UNHCR."Status sebagai pelarian bukan alasan untuk mengganggu ketenteraman awam, mencetuskan keresahan atau melanggar undang-undang negara," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari Kampung Kuala Muda, etnik Rohingya 'serbu' pejabat UNHCRRatusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - PolisRohingya dihalau, adakah empati rakyat Malaysia sudah habis?Persaingan ekonomi, tapak penempatan penuh punca 121 warga Rohingya berpindah - PolisPelarian Rohingya miliki dokumen UNHCR sah - Ketua Polis KLMenurut JIM WPKL, pihaknya bersama IPK Kuala Lumpur akan terus memperkukuh kerjasama bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara."Semua warga asing yang berada di Malaysia tanpa mengira status atau latar belakang adalah tertakluk kepada undang-undang negara," katanya.Semalam dilaporkan ratusan pelarian Rohingya 'berkampung' di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling susulan diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang. |
|
Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL Ratusan .. - Mygazette - 28/07 8:07 am # Ratusan Rohingya berhimpun depan UNHCR dipindahkan ke IPK KL KUALA LUMPUR - Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini hari ini, dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti |
|
Polis pindah 126 Rohingya diri khemah di hadapan UNHCR - FMT - 27/07 11:58 pm Polis dan imigresen memindahkan mereka ke IPK KL bagi menjalankan proses saringan dan dokumentasi. |
|
4 trak polis bawa ratusan Rohingya ke IPK Kuala Lumpur - Kosmo - 27/07 11:19 pm PETALING JAYA – Ratusan etnik Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling di sini hari ini dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur malam ini |
|
Ratusan Pelarian Rohingya Berhimpun Di Hadapan UNHCR Dipindahkan Ke IPK KL - Polis - Siakapkeli - 27/07 11:07 pm Ratusan Pelarian Rohingya Berhimpun Di Hadapan UNHCR Dipindahkan Ke IPK KL - Polis KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Ratusan pelarian Rohingya yang |
|
Ratusan pelarian Rohingya berhimpun di hadapan UNHCR dipindahkan ke IPK KL - Polis - Sinarharian - 27/07 10:46 pm KUALA LUMPUR - Ratusan pelarian Rohingya yang berkampung di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petalingdi sini pada Isnin dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi proses dokumentasi dan pengesahan identiti.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi Bernamamengesahkan pemindahan kesemua warga asing terbabit dilakukan pada Isnin malam.ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan tidak kompromi pelarian langgar undang-undang, ganggu ketenteraman awam - AnwarTinjauan Bernamadi lokasi mendapati operasi pemindahan bermula8.20malam dengan menggunakan empat trak polis, selepas dua trak yang disediakan pada awalnya tidak mencukupi berikutan kebanyakan pelarian tersebutturut membawa bagasi dan barangan peribadi.Difahamkan,kesemua warga asing itu akan menjalani pemeriksaan identiti sebelum tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.Sementara itu, sumber memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangkaterlibat dalam penyelarasan kes berkenaanesok bagi mengenal pasti pelarian yang mempunyai dokumen sah UNHCR serta menentukan penempatan yang bersesuaian.Menurut sumber, individu yang tidak mempunyai kad UNHCR atau gagal membuktikan status pelarian yang sahakan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk dihantar ke depoh tahanan sebelum melalui proses penghantaran pulang ke negara asal.Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akanberkompromi terhadap mana-mana kumpulan pelarian yang bertindak mengganggu ketenteraman awam atau cuba menguasai mana-mana kawasan di negara ini.Anwar berkata, agensi penguat kuasatermasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM serta pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.Media sebelum ini melaporkankumpulan pelarian itu tiba di ibu negara pada awal pagi tadi dengan menaiki tiga bas selepas diusir keluar oleh penduduk tempatan dari penempatan mereka di Pulau Pinang |
|
Tiga anggota polis antara enam ditahan terlibat kes samun warga asing - Mygazette - 15/07 7:51 am Kesemua suspek masuk ke dalam rumah dan mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbit. Mereka juga mengambil wang tunai berjumlah RM1,750 sebelum beredar dari rumah berkenaan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini |
|
Siasatan terhadap Puad Zarkashi masih diteruskan – KP Johor - Mygazette - 7/07 3:32 pm Saya pun tidak boleh ulas sebab banyak perkara-perkara yang masih lagi kita teliti untuk kita melengkapkan kertas siasatan. "Siasatan masih dibawah IPK Johor," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini |
|
PRN Johor: Calon santuni pengundi awal, proses berjalan lancar dan teratur - Sinarharian - 7/07 1:36 pm JOHOR BAHRU - Di sebalik bahang kempen yang semakin memuncak menjelang hari pengundian Sabtu ini, barisan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor meluangkan masa menyantuni anggota pasukan keselamatan yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal, hari ini.Antara yang hadir ialah ketiga-tiga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, iaitu Guna Balakrishnan (Pakatan Harapan-PH), Chua Jian Boon (Barisan Nasional-BN) dan Abd Mutalip Abd Rahim (Perikatan Nasional-PN) di Kem Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam.Semangat yang sama diterjemahkan oleh kesemua calon DUN Tenggaroh melibatkan Muhamad Amerul Muhamad (PN), Mohd Youzaimi Yusof (BN) dan Md Yusof Dawam (PH) di pusat mengundi Kem Iskandar, Mersing.Calon tertua PRN Johor, Lim Chin Eng (PN) pula hadir menyaksikan proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, calon PH DUN Kempas Muhammad Faezuddin Mohd Puad di Balai Polis Kempas, manakala calon BN bagi DUN Bukit Permai Datuk Jafni Md Shukor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.Selain calon, kehadiran pemimpin tertinggi pertahanan dan keselamatan negara turut meninjau pusat mengundi antaranya Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman bersama-sama Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK) Mejar Jeneral Datuk Ahmad Shuhaimi Mat Wajab di Kem Iskandar.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad pula menunaikan tanggungjawab mengundi di Dewan Dato Onn, IPK Johor.Sementara itu, Guna menzahirkan penghargaan kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertungkus lumus memastikan kelancaran proses pengundian awal dan bekerja keras bagi memastikan setiap pengundi menikmati proses pengundian yang lancar.Tinjauan Bernama mendapati warga pasukan keselamatan yang layak mengundi hadir menunaikan tanggungjawab mereka dalam suasana teratur dengan pematuhan prosedur ditetapkan oleh petugas SPR seawal 8 pagi.Meskipun hujan turun seketika di beberapa lokasi, keadaan itu tidak menghalang anggota keselamatan untuk hadir mengundi secara berperingkat.Pengundian awal hari ini melibatkan 20,607 pengundi yang terdiri daripada 8,544 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 12,063 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasangan masing-masing.PRN Johor ke-16 menyaksikan 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN dengan pengundian bagi 2.7 juta pemilih ditetapkan pada Sabtu ini |
|
PRN Johor: Undi awal bermula, proses lancar di IPK Johor - Utusan - 7/07 8:03 am JOHOR BAHRU: Proses mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini berjalan lancar selepas proses pengundian itu bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |