![]() |
/// |
|
Search : Gisb News | Page 1 |
GISBH CEO and three ex-accountants face 264 money laundering charges - SUN - 10/09 9:08 pm SHAH ALAM : The Chief Executive Officer of GISB Holdings Sdn Bhd and three former company accountants have pleaded not guilty to 264 counts of money laundering totalling RM40.01 million |
Kes GISBH: 5 jam baca lebih 200 pertuduhan pengubahan wang haram RM40 juta - Sinarharian - 10/09 4:24 pm SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan tiga bekas akauntan syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas 264 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM40 juta bermula 2020 hingga tahun lalu.Nasiruddin, 66, Hamimah Yakub, 73, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45 dan suami Asmat iaitu Mohd Khushairi Osman, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca secara berasingan, selama lebih lima jam di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Berdasarkan pecahan, Nasiruddin didakwa atas 109 pertuduhan membabitkan nilai keseluruhan RM14 juta manakala Hamimah (60 kes), Asmanira (41 kes- RM5 juta) dan Mohd Khushairi (54 kes- RM20.3 juta)Mengikut semua pertuduhan, mereka didakwa menerima dan memindahkan hasil aktiviti haram melibatkan 10 akaun milik akaun milik tertuduh, GISB Mart Sdn Bhd, GISB Travel and Tour Sdn Bhd dan sebuah pusat penjagaan kanak- kanak di Bandar Baru Bangi, Rawang dan Subang Perdana antara 2020 hingga 2024.Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama.Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.Semasa prosiding, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Affendi, Mohd Izham Mohd Marzuki dan P Sangari memberitahu pertuduhan termasuk dalam kes yang tidak boleh dijamin.Bagaimanapun, sekiranya mahkamah mahu mengguna pakai budi bicara untuk menawarkan jaminan, mereka mencadangkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.Termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman sekali setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Sementara itu, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili semua tertuduh merayu anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah dengan alasan tidak berkemampuan.Beliau berkata, majoriti ahli yang dikaitkan dengan GISBH termasuk keempat-empat tertuduh telah melalui rehabiltasi dan skim di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) |
Former GISBH accountant claims trial to nine money laundering charges - Malaymail - 10/09 12:40 am SHAH ALAM, Sept 10 A former accountant of GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) pleaded not guilty in the Sessions Court... |
Jabatan Pendakwaan Syariah akan fail rayuan terhadap pembebasan mudir, pengerusi madrasah GISBH - Sinarharian - 10/09 11:18 am SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan akan memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini berhubung keputusan pelepasan dan pembebasan terhadap mudir dan pengerusi sebuah madrasah berkaitan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) daripada pertuduhan menyebarkan ajaran salah, tahun lalu.Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Raja Mazelan Raja Deraman berkata, pihak pendakwaan secara dasarnya menghormati keputusan yang telah dibuat, namun mengharapkan keputusan yang lebih wajar daripada beberapa sudut khususnya terhadap kesalahan yang dilakukan."Jabatan ini akan memfailkan notis rayuan bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan terhadap kedua-dua tertuduh bagi kesalahan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992."Jabatan ini percaya rayuan yang akan dibuat nanti bakal mempertimbangkan keputusan yang lebih wajar daripada beberapa sudut khususnya terhadap kesalahan yang dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, mahkamah telah membuat keputusan tersebut di peringkat akhir kes pendakwaan pada Isnin lalu bagi tertuduh Zahanizam Rohan,52 dan Lutfi Mohamad Hamin, 59,Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, mereka didapati telah menyebarkan amalan Aurad Muhammadiah (zikir agung) yangberlawanan dengan hukum syarak kepada pelajar-pelajar di sebuah madrasah.Kesalahan itu dilakukan di sebuah madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah antara bulan Disember 2021 hingga September.Untuk rekod, Zahanizam turut didakwa mengajar agama tanpa tauliah di madrasah terbabit.Dia bagaimanapun mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah atas kesalahan itu dan telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Hakim, Sabarudin Bidin.Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mengajar agama Islam berkenaan dengan Tauhid kepada pelajar-pelajar di madrasah di Kampung Ulu Beting, Kuala Pilah tanpa tauliah daripada Jawatankuasa Tauliah yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan 2003.Kesalahan itu dilakukan antara bulan Disember 2021 hingga September 2024.Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2009 iaitu mengajar agama tanpa tauliah.Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya.Lutfi pula didenda RM1,700 oleh Mahkamah Tinggi Syariah atas pertuduhan menguruskan sekolah tanpa perakuan pendaftaran selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan.Mengikut pertuduhan Lutfi Mohamad didapati menguruskan sekolah Islam di Negeri Sembilan tanpa mendapatkan perakuan pendaftaran daripada Pendaftaran Sekolah Islam di bawah Seksyen 13 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996.Mereka masing-masing menguruskan madrasah di Kampung Senama Hilir, Rembau antara Februari 2023 hingga September 2024 dan Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah antara Disember 2021 hingga September 2024.Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 22 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 iaitu Menguruskan Sekolah Islam Tanpa Perakuan Pendaftaran.Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. |
Bekas akauntan GISB didakwa sembilan pertuduhan pengubahan wang haram RM3.89 juta - Astroawani - 9/09 11:32 pm Hamimah Yakub, 73, membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud. |
Bekas akauntan GISBH dituduh kes pengubahan wang haram RM3.89 juta - Sinarharian - 9/09 5:23 pm SHAH ALAM - Bekas akauntan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM3.89 juta.Hamimah Yakub, 73, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud.Mengikut lima pertuduhan, wanita ini dituduh menerima hasil aktiviti wang haram berjumlah RM3,618,527.86 antaranya dari akaun bank peribadi dan milik masing-masing satu pasar raya dan syarikat.Sementara empat lagi, dia didakwa memindahkan sebanyak RM271,863.62 hasil aktiviti haram membabitkan empat transaksi antaranya ke akaun milik GISB Mart Sdn Bhd, akaun peribadi dan akaun bank milik GISBH.Semua perbuatan didakwa dilakukan di cawangan bank di Kulim, Kedah dan Bandar Baru Bangi antara 5 Januari 2020 hingga 29 Januari 2021.Pendakwaan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum bawah Subseksyen (4)1 akta sama.Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izham Mohd Marzuki, mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM1 juta bagi semua pertuduhan."Kami mencadangkan tertuduh dikenakan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman sekali setiap bulan," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Affendi dan P Sangari.Bagaimanapun, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili tertuduh, merayu mahkamah mengguna pakai jaminan sebanyak RM40,000 yang dikenakan kepada anak guamnya bagi kes atas pertuduhan bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan."Anak guam saya merupakan pesara dan pernah berkhidmat sebagai pegawai kewangan GISBH dan semasa siasatan polis, dia tidak lagi bekerja dengan syarikat itu," katanya.Hakim, Awang Kerisnada kemudiannya membenarkan jaminan sementara RM5,000 bagi pertuduhan ini sahaja bagi mengelakkan tertuduh ditahan.Pada 23 Oktober 2024, Hamimah dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.Selain Hamimah, lapan tertuduh wanita lain ialah isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Azura Md Yusof; 58, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.Sementara itu, 13 tertuduh lelaki lain ialah CEO GISBH, Nasiruddin Mohd Ali, 66, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33, Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan |
Keputusan representasi CEO GISB, isteri dan 20 individu lain diketahui 30 Oktober - Astroawani - 9/09 3:10 pm Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Okt depan untuk keputusan representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali. |
Nasib CEO GISBH, pemimpin tertinggi akan ditetapkan 30 Oktober ini - Sinarharian - 9/09 2:17 pm KAJANG Keputusan representasi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali dan 21 pemimpin tertinggi perniagaan itu untuk mengkaji kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ditetapkan pada 30 Oktober depan.Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar yang bersidang di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Norinna Bahadun memberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) memerlukan masa untuk meneliti representasi berkenaan.Selepas prosiding, peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili 21 tertuduh berkata, pihaknya mengemukakan representasi supaya AGC dapat mengkaji semula pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.Menurutnya, permohonan berkenaan termasuk menukar kepada seksyen dan hukuman yang lebih rendah."Kami hantar representasi pada Mei lalu dan ketika pengurusan kes hari ini, mahkamah menetapkan keputusannya pada bulan depan."Jika tiada sebarang perkembangan dimaklumkan, mahkamah akan meneruskan prosiding dengan perbicaraan bermula 17 hingga 21 November depan," katanya.Dalam prosiding ini, peguam, Kamal Hisham Jaafar hadir bagi mewakili seorang daripada tertuduh, akauntan GISBH, Hamimah Yakub, 73.Pihak pendakwaan juga dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakhrurrazi Ahmad Salim dan Shafiq Hashim.Pada 23 Oktober 2024, Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md Yusof; 58, anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari, 33 dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.Mereka ialah lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29; dan Nur Jannah Omar, 33.Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Mereka selaku pemohon merayu kepada mahkamah supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan, namun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen Selayang membenarkan kes yang dihadapi Hamimah bersama 21 tertuduh itu dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. |
CEO, tiga pemimpin GISBH didakwa kes AMLA - Sinarharian - 9/09 12:21 am KAJANG Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.Peguam, Datuk Rosli Kamaruddin yang mewakili Nasiruddin, 66, berkata, tiga pemimpin tertinggi perniagaan berkenaan juga akan didakwa bagi kes sama.Menurutnya, maklumat lain berhubung kes berkenaan belum diperoleh dan hanya akan diketahui selepas pertuduhan dibuat."Ya, empat pemimpin tertinggi syarikat berkenaan akan didakwa hari ini dan mereka akan dibawa ke mahkamah," katanya selepas prosiding pengurusan kes di Mahkamah Kompleks Penjara Kajang.Ia berhubung kes menjadi ahli kumpulan jenayah terancang membabitkan Nasiruddin; isterinya, Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi Asaari dan 19 pemimpin tertinggi perniagaan itu.Pada 23 Oktober 2024, mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, masing-masing atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020.Mereka ialah lapan tertuduh wanita iaitu Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45; Mahani Kasim, 55; Siti Salmiah Ismail, 58; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; Nurul Jannah Idris, 29, dan Nur Jannah Omar, 33.Sementara itu, 11 tertuduh lelaki lain ialah Hasnan Abd Hamid, 54; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Mokhtar Tajuddin, 61; Shuhaimi Mohamed, 57; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.Mereka selaku pemohon merayu kepada mahkamah supaya dilepaskan dengan jaminan sehingga kes itu didengar dan diputuskan, namun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.Pada 13 Januari lalu, Hamimah yang juga akauntan GISBH menjadi tertuduh pertama yang dilepaskan dengan jaminan.Pada 23 Disember tahun lalu, Mahkamah Sesyen Selayang membenarkan kes yang dihadapi Hamimah bersama 21 tertuduh itu dipindahkan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. |
Refined GISBH investigation papers now with prosecution, says Selangor exco - Malaymail - 18/08 3:36 pm SHAH ALAM, Aug 18 The investigation papers on the GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) case have been refined and resub... |
Kertas siasatan GISB di Selangor diperkemas, tunggu pendakwaan - Exco - Astroawani - 18/08 3:20 pm Kertas siasatan berhubung kes melibatkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diperkemas dan dihantar semula kepada pihak pendakwaan. |
Kertas siasatan GISBH di Selangor diperkemas, tunggu pendakwaan - SUN - 18/08 2:16 pm SHAH ALAM : Kertas siasatan berhubung kes melibatkan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) telah diperkemas dan dihantar semula kepada pihak pendakwaan |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |