///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Enam News   Page 1    



9,000 umat Islam Bertam tidak perlu lagi jalan 10 km untuk... - Mygazette - 8/09 7:58 am

# 9,000 umat Islam Bertam tidak perlu lagi jalan 10 km untuk solat Jumaat MELAKA Seramai 9,000 umat Islam di enam taman perumahan di Bertam di sini tidak lagi perlu bergerak sejauh sehingga 10 kilometer untuk menunaikan solat Jumaat selepas ini apabila sebuah masjid baharu dijadual siap sepenuhnya pada 2028





Undang Luak: Isu terkait pemerintah adat merupakan bidang kuasa Mahkamah .. - Mygazette - 8/09 7:58 am

# Undang Luak: Isu terkait pemerintah adat merupakan bidang kuasa Mahkamah Khas - Peguam PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, Mahkamah Tinggi tiada bidang kuasa untuk memulakan prosiding komital terhadap enam individu termasuk bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak atas dakwaan menghina mahkamah





Kebakaran hutan Bukit Pelali: Asap meliputi jalan bahayakan kenderaan awam .. - Mygazette - 8/09 7:58 am

Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II Abd Rahim Abdul Rani berkata, operasi tersebut yang melibatkan 18 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove dan (BBP) Punggai berdepan berdepan pelbagai cabaran dan halangan. Jelasnya, kerja-kerja pemadaman kebakaran itu melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua utiliti selain dibantu pihak luar dengan enam lori tangki dan sebuah _excavator._ Beliau memberitahu, operasi tersebut berdepan masalah cuaca panas, suhu tinggi dan kering serta angin kencang





Enam pendaki berjaya dibawa keluar, dirawat di Klinik Kesihatan Pos Kemar - Astroawani - 8/09 5:30 am

Mangsa dibawa keluar dari Kem Kulim dan tiba di Kampung Lelar kira-kira 8.45 malam.





Waspada, Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Enam Negeri Hingga Awal Pagi Ini - Siakapkeli - 8/09 12:18 am

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga jam 1 pagi ini.





Enam Pendaki Berjaya Dibawa Keluar, Dirawat Di Klinik Kesihatan Pos Kemar - Siakapkeli - 7/09 11:38 pm

Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang sebelum ini dilaporkan hilang selamat dibawa keluar dari Kem Kulim dan kini menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar.





Enam pendaki hilang selamat, dibawa turun ke Kampung Lelar - Kosmo - 7/09 11:27 pm

GERIK – Kesemua enam individu yang dilaporkan hilang ketika aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GGB) di Hutan Simpan Lojing, Kelantan, selamat dibawa turun dari Kem Kulim ke Kampung Lelar pada pukul 8.45 malam





6 pendaki ditemui, tidak alami kecederaan - Sinarharian - 7/09 11:25 pm

GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) tidak mengalami kecederaan.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kesemua mangsa telah dijumpai di Kem Kulim oleh pasukan Malim Gunung Perhutanan (MGP) daripada Perak dan Kelantan.Menurutnya, kesemua mangsa kemudian telah dibawa ke Kampung Lelar, Pos Kemar sini pada jam 8.45 malam oleh pasukan penyelamat."Enam individu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar."Kesemua mangsa dalam keadaan baik dan tiada kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu Abdul Samad memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memberitahu kesemua mereka berada dalam keadaan selamatOperasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.





Isyarat asap bantu penemuan 6 individu hilang di Gunung Gerah - Kosmo - 7/09 10:40 pm

GERIK – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini berada berhampiran lokasi enam individu yang dilaporkan hilang selepas berjaya mengesan isyarat asap dipercayai dibuat kumpulan berkenaan hari ini





Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri - Sinarharian - 7/09 9:47 pm

KUALA LUMPUR -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri hingga 1 pagi esok.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak meliputi Kuala Kangsar, Hulu Perak, Larut Matang dan Selama.Amaran sama dikeluarkan bagi Kuala Krai, Kelantan dan Besut, Terengganu manakala di Sarawak melibatkan Sri Aman (Lingga, Sri Aman dan Lubok Antu), Betong, Mukah (Daro dan Matu) serta Kapit (Song dan Bukit Mabong).Di Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Sandakan (Telupid, Paitan, Kinabatangan, Labuk dan Sugut serta Tongod), Tawau (Lahad Datu), Pantai Barat (Ranau) dan Pedalaman (Pensiangan)





'Salah seorang pendaki alami kecederaan punca lewat keluar hutan' - Sinarharian - 7/09 9:26 pm

ERIK - Kecederaan dialami salah seorang daripada enam pendaki dipercayai menjadi punca kumpulan berkenaan mengambil masa untuk keluar dari lokasi selepas mereka ditemukan selamat pada petang Isnin.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya memperoleh maklumat mengenai keberadaan kesemua mangsa selepas berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang."Mereka boleh bergerak tetapi perlahan





Isyarat asap bantu kesan lokasi enam pendaki, mesej maklum berada di .. - Hmetro - 7/09 8:41 pm

Gerik: Isyarat asap yang dihasilkan berjaya menemukan enam individu yang dilaporkan hilang dalam ekspedisi Trans Gerah selepas dikesan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menerusi tinjauan udara





Enam Pendaki Hilang Berjaya Dihubungi, Berada Dalam Keadaan Selamat - Siakapkeli - 7/09 8:08 pm

Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang di laluan Gunung Trans Gerah berjaya dihubungi dan memaklumkan mereka selamat, namun pasukan SAR masih bergerak untuk membawa mereka keluar.





Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat - Mypress - 7/09 8:02 pm

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin





PAS Perlis sedia berubat sendiri selepas teguran Sanusi - FMT - 7/09 7:59 pm

Solahudin Azmi berkata lebih enam bulan di bawah Jawatankuasa Tadbir Sementara mematangkan kepimpinan negeri untuk menguruskan hal ehwal parti sendiri.





Enam pendaki dijangka dibawa keluar esok - Sinarharian - 7/09 7:38 pm

GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) dijangka dibawa keluar dari kawasan berkenaan esok.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Gunung Bongok.Menurutnya, kesemua mangsa sedang bergerak menuju ke Pos Kemar dengan jarak antara Gunung Bongok dan Pos Kemar dianggarkan sejauh 14.3 kilometer yang mengambil masa pendakian antara enam hingga lapan jam."Susulan maklumat diterima, strategi pencarian disusun semula dengan satu pasukan terdiri daripada 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perhutanan Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dihantar ke Kem Kulim menggunakan helikopter JBPM."Jarak Kem Kulim ke Gunung Bongok kira-kira 4.3 kilometer atau dua jam perjalanan





Enam pendaki Trans GBB hilang disahkan selamat - Astroawani - 7/09 7:00 pm

Enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) disahkan selamat.





Enam pendaki hilang ditemui selamat - Sinarharian - 7/09 6:28 pm

GERIK - [DIKEMAS KINI] Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) ditemukan selamat pada petang Isnin.Difahamkan perjalanan mereka mengambil masa kerana seorang daripada kumpulan berkenaan mengalami kecederaan yang belum diketahui tahapnya.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat keberadaan kesemua mangsa diperoleh selepas pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilang"Mereka boleh bergerak tetapi perlahan





Enam pendaki hilang: Bapa ke Gerik dapatkan perkembangan SAR - Sinarharian - 7/09 6:05 pm

SHAH ALAM - Bapa kepada ketua keluarga yang hilang bersama lima individu lain ketika menyertai ekspedisi pendakian laluan Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Wan Zairudin Wan Ismail, 66, bertolak dari Shah Alam ke Gerik bersama isteri dan dua anak lelakinya pada Isnin.Wan Zairudin berkata, beliau bersama isterinya, Rusnani Embong, 65, serta dua anak, Ahmad Aiman, 24, dan Ahmad Ridwan, 38, dijangka tiba di Gerik malam ini bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain memberikan sokongan moral kepada pasukan yang terbabit."Saya dan isteri serta dua anak bertolak dari Saujana Alam Suria, Shah Alam ke Gerik dan dijangka tiba malam ini bagi mendapatkan berita terkini serta memberi semangat kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi SAR ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Enam individu yang masih hilang itu ialah anaknya, Wan Ahmad Aslam, 39; menantu, Siti Zulaiha Norizan, 39; dua cucu, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9; serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43.Kumpulan berkenaan memulakan ekspedisi dari Gua Musang, Kelantan menuju Kem Kemor, Perak pada 29 Ogos lalu dan sepatutnya keluar dari kawasan hutan pada Khamis lalu.Bagaimanapun, mereka kini sudah melepasi tempoh 10 hari berada di dalam hutan, sedangkan bekalan makanan yang dibawa hanya mencukupi untuk tempoh enam hingga tujuh hari.Hubungan terakhir dengan keluarga diterima pada 1 September lalu apabila Siti Zulaiha memaklumkan mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat sebelum komunikasi terputus.Operasi SAR kini dipergiatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan helikopter dan Unit Anjing Pengesan (K9), selain pasukan Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) yang bersedia digerakkan jika diperlukan.Seramai 12 Malim Gunung Perhutanan (MGP) turut digerakkan dari Sungai Siput ke Pos Kemar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membantu operasi pencarian melalui laluan darat.Wan Zairudin berkata, keluarganya kini bimbang kemungkinan ada antara enam individu berkenaan mengalami kecederaan atau tidak mampu bergerak keluar dari kawasan hutan berikutan bentuk muka bumi laluan Trans GBB yang mencabar."Saya bimbang ada yang cedera, mungkin itu punca anak, menantu dan dua cucu gagal keluar dari hutan pada jam 3 petang Khamis lalu."Mereka juga sudah kehabisan makanan sebab bekalan dibawa hanya cukup untuk enam atau tujuh hari pendakian, tetapi kini sudah melepasi 10 hari," katanya.Menurutnya, lebih cepat operasi SAR dilakukan dapat membantu menyelamatkan mereka terutama bekalan makanan yang kini dipercayai sudah kehabisan.Beliau berkata, keluarga anaknya itu sepatutnya keluar hutan pada Khamis lalu dan kemudian pulang ke Yong Peng, kelmarin kerana dua cucu perlu bersekolah selepas cuti persekolahan berakhir semalam."Malangnya, sehingga kinitiada berita mengenai mereka dengan kali terakhir menantu menghantar mesej pendek kepada isteri saya pada 1 September memaklumkan mereka sekeluarga sihat dalam pendakian itu dan akan keluar di Kem Kemor di Perak dua hari selepas itu," katanya.





Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat - Hmetro - 7/09 6:02 pm

Gerik: Enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, disahkan selamat





“Mungkin ada yang cedera, makanan dah habis” – 4 Beranak Hilang Daki Gunung Trans GBB, Bapa Luah Bimbang - Lobakmerah - 7/09 5:32 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Keluarga empat daripada enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika melakukan ekspedisi di laluan Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Gua Musang, Kelantan, meluahkan kebimbangan apabila sehingga kini mereka masih belum ditemui





Kes gaduh bersenjata: 10 lelaki dalam radar polis - Sinarharian - 7/09 4:52 pm

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan 10 individu bagi membantu siasatan dua kes berasingan yang dipercayai mempunyai elemen kongsi gelap di sini.Kes pertama melibatkan kematian seorang lelaki berusia 23 tahun yang mempunyai enam rekod lampau dadah dalam pergaduhan kumpulan di Alam Megah pada 25 Ogos lalu.Satu lagi kes melibatkan seorang lelaki yang diserang dua individu bersenjatakan parang dan objek menyerupai senjata api di Sri Muda pada 13 Ogos.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kedua-dua kes itu berjaya diselesaikan pihaknya.Menurutnya, kes masing-masing disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Kedua-dua kes ini tidak berkaitan antara satu sama lain, tapi kita tidak menolak kemungkinan melibatkan elemen kongsi gelap."Kes pertama membabitkan isu perebutan kawasan, manakala kes kedua berkaitan salah faham," katanya dalam sidang mediadi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Isnin.Sebelum ini, polis mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap dipercayai berebut kawasan perniagaan sebagai motif pergaduhan dan kejadian tetak yang mengakibatkan seorang lelaki maut di Jalan Mandolin 33/5, Taman Alam Megah di sini.Shazeli berkata, menerusi operasi khas yang dijalankan IPK Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 14 hingga 28 Ogos lalu, seramai 21 lelaki tempatan berusia antara 23 hingga 46 tahun ditahan.Katanya, tangkapan dibuat menerusi beberapa siri serbuan di Taman Sri Muda dan Seksyen 19, Shah Alam, selain Klang; Lenga, Muar dan Iskandar Puteri, Johor."Polis turut merampas pelbagai senjata dan ekshibit penting antaranya tujuh bilah parang, sebatang tukul besi dan dua pemotong kabel selain sembilan kereta serta tiga motosikal," katanya.Beliau berkata, setakat ini lapan suspek sudah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala empat lagi didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 10 lelaki yang masih bebas bagi kedua-dua kes ini diminta tampil membantu siasatan."Polis Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak bagi mengekang kumpulan gengsterisme serta memastikan kesemua yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan demi memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," ujarnya.





Ramai yang merempat…” Penerbangan Batal Akibat Abu Gunung Berapi, Wanita Luah Detik Cemas Terkandas Di Jakarta - Lobakmerah - 7/09 4:49 pm

Letusan berterusan Gunung Anak Krakatau yang melepaskan abu gunung berapi sejak Jumaat lalu telah menyebabkan gangguan besar terhadap sektor penerbangan di Indonesia. Penyebaran abu vulkanik berkenaan memaksa sekurang-kurangnya enam lapangan terbang menggantung operasi, sekali gus menjejaskan ribuan penumpang termasuk laluan antarabangsa yang menghubungkan Jakarta ke Kuala Lumpur





Prosiding libatkan Undang Luak perlu di Mahkamah Khas - Peguam - Sinarharian - 7/09 3:19 pm

PUTRAJAYA Peguam yang mewakili tiga Undang Luak, seorang bekas Undang Luak dan dua pembesarnya memberitahu Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin bahawa, prosiding melibatkan seorang Raja, perlu dibicarakan di Mahkamah Khas dan bukannya Mahkamah Tinggi.Peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili enam pihak itu selaku perayu berkata demikian semasa hujahan permohonan rayuan penggantungan prosiding komital (hina mahkamah).Ia membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan membenarkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, memulakan prosiding komital terhadap enam individu terbabit, yang didakwa melanggar perintah injunksi ad interim pada 5 Jun lalu.Mereka ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Thahak; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Rembau, Datuk Abdul Rahim Yasin; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.Perintah injunksi 'ad interim' itu dikeluarkan dalam kes saman yang difailkan berhubung pelantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.Semasa hujahan, Awang Armadajaya berkata, bagi Negeri Sembilan, gelaran Raja yang dirujuk ialah Yang di-Pertuan Besar atau lebih dikenali sebagai Yamtuan Besar dan pemerintah Raja Wilayah Adat (Undang Luak).Katanya, ia sekali gus menunjukkan, sebarang prosiding melibatkan Undang Luak perlu dibuat di Mahkamah Khas."Apabila Mahkamah Tinggi membenarkan injuksi bagi kebenaran komital diteruskan, timbul persoalan sama ada Mahkamah Tinggi telah mengambil alih bidang kuasa Mahkamah Khas."Jika bidang kuasa terletak di Mahkamah Khas, ini akan menjadikan semua prosiding di Mahkamah Tinggi tidak sah."Kegagalan menangguhkan prosiding komital di Mahkamah Tinggi menyebabkan rayuan ini menjadi sia-sia dan tidak lagi praktikal," katanya yang hadir bersama peguam, Datuk Mohammed Rhiza Ghazi dan Asmawi Ismail.Sehubungan itu, Awang Armadajaya memohon, isu bidang kuasa diputuskan oleh panel Mahkamah Rayuan terlebih dahulu untuk menentukan sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan prosiding komital terhadap semua perayu.Sementara itu, peguam, Steven Thiru yang mewakili DKU dan Raja Norazli selaku responden berkata, prosiding komital di Mahkamah Tinggi perlu diteruskan tanpa berlengah.Katanya, ia selaras dengan prinsip yang telah ditetapkan bahawa sebaik sahaja komital dimulakan, ia perlu diberi keutamaan berbanding semua prosiding lain.Selain Steven, responden turut diwakili peguam, David Dinesh Mathew, Shafrin Halim, Gregory Das dan Gurjeevan Singh Sachdev.Pertikaian undang-undang itu bermula pada 5 Mei, apabila Mubarak dan lima lagi memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan salinan minit mesyuarat khas DKU yang diadakan pada 17 April.Antara kandungan minit mesyuarat itu ialah keputusan untuk melucutkan Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong.Pada 5 Jun, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah injunksi ad interim bagi mengekalkan status quo, khususnya komposisi DKU dan kedudukan Raja Norazli sebagai Setiausahanya.Perintah itu berkuat kuasa sementara menunggu keputusan mahkamah mengenai isu bidang kuasa serta sama ada pertikaian itu boleh diadili, dan sehingga perintah selanjutnya dikeluarkan.Bagaimanapun, Raja Norazli mendakwa laporan media pada hari yang sama menunjukkan enam pihak itu khususnya Maarof, terlibat dalam proses pelantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Negeri Sembilan 1959 walaupun perintah injunksi itu masih berkuat kuasa.Beliau mendakwa tindakan itu dibuat dengan mengetepikan perintah mahkamah.Susulan dakwaan pelanggaran itu, Raja Norazli dan DKU memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital terhadap keenam-enam individu berkenaan atas dakwaan menghina mahkamah.Pada 8 Julai, mahkamah itu membenarkan permohonan Setiausaha DKU untuk memulakan prosiding komital kerana mendakwa keenam-enam individu tersebut melanggar perintah injunksi 5 Jun.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab yang bersidang bersama Datuk Dr Shahnaz Sulaiman dan Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh menetapkan pengurusan kes secara dalam talian pada 14 September bagi menentukan tarikh keputusan rayuan permohonan berkenaan.





Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara IPOH Usaha mengesan enam peserta ekspedisi pendakian Trans GBB (Gunung Gerah, Bilah dan Bieh) yang dilaporkan hilang dijalankan menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula hari ini membabitkan pelbagai agensi keselamatan





Penghuni sempat keluar sebelum rumah dijilat api Penghuni sempat keluar .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm

Dalam kejadian kira-kira 1.57 pagi itu, rumah jenis kekal berkeluasan kira-kira 1,500 kaki persegi terbakar dengan anggaran 55 peratus kemusnahan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.57 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi enam minit kemudian





11 individu terselamat kebakaran enam buah kedai di Kuala Rompin - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# 11 individu terselamat kebakaran enam buah kedai di Kuala Rompin KUANTAN - Seramai 11 individu berjaya menyelamatkan diri setelah deretan enam buah kedai separa kekal di Jalan Besar Bandar Lama, Kuala Rompin terbakar malam tadi





Tanah enam ekar dilelong bantu siapkan projek Ayer Itam – LCE - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# Tanah enam ekar dilelong bantu siapkan projek Ayer Itam - LCE GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan melelong sebidang tanah strategik seluas enam ekar bagi membantu mendapatkan aliran tunai untuk memastikan projek Jalan Pintasan Ayer Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Ayer Itam-LCE) dapat disiapkan sepenuhnya menjelang April 2027





SPRM dapatkan perintah tahanan reman bekas Pengarah Besar Felda - Mygazette - 7/09 3:06 pm

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman sebelum ini berkata, operasi khas berskala besar dikenali sebagai Ops Fella itu memberi tumpuan terhadap transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan Felda dan FIC sepanjang tempoh 10 tahun antara 2010 hingga 2020. Daripada tujuh kertas siasatan itu, enam dibuka pada 24 Ogos lalu manakala satu lagi merupakan kertas siasatan lama yang masih aktif dan kini dalam proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA)





Dua kakitangan taska direman kes kekasaran kanak-kanak di Temerloh, .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm

# Dua kakitangan taska direman kes kekasaran kanak-kanak di Temerloh, Kuantan KUANTAN - Dua wanita direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes mengkasari kanak-kanak dalam dua kes berbeza di pusat asuhan Taska di daerah Temerloh dan Kuantan





Bekas Pengarah Besar Felda bergelar Datuk direman lima hari - Mygazette - 7/09 3:06 pm

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman sebelum ini berkata, operasi khas berskala besar dikenali sebagai Ops Fella itu memberi tumpuan terhadap transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan Felda dan FIC sepanjang tempoh 10 tahun antara 2010 hingga 2020. Daripada tujuh kertas siasatan itu, enam dibuka pada 24 Ogos lalu manakala satu lagi merupakan kertas siasatan lama yang masih aktif dan kini dalam proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA)





Pas Perlis sahut seruan berubat sendiri, sedia urus tadbir sendiri parti - Utusan - 7/09 3:04 pm

ARAU: Pas Perlis sedia menguruskan kemelut dalaman parti itu sendiri selepas lebih enam bulan berada di bawah pantauan Jawatankuasa Tadbir Sementara (JTS) diterajui oleh Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad





Sindiket dadah RM27.5 juta tumpas, dalang ditembak mati - Sinarharian - 7/09 2:57 pm

SEREMBAN - Lelaki yang ditembak mati dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Garden Homes di Seremban 2, di sini pada Ahad mempunyai enam rekod jenayah selain dikehendaki polis berhubung kes penculikan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussien Omar Khan berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditembak polis kerana bertindak agresif dengan terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa."Pada jam lebih kurang 1.30 petang semalam, berdasarkan maklumat risikan, JSJN Bukit Aman telah melaksanakan dan menyerbu lokasi di sebuah rumah teres di Taman Garden Homes, di sini yang disyaki menjalankan aktiviti memproses dadah."Semasa serbuan dibuat, suspek telah bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah pasukan serbuan dan bagi mempertahankan diri, tembakan terhadap suspek telah dilepaskan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, di sini pada Isnin.Menurutnya, suspek kemudian didapati tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi.Ujarnya, pemeriksaan lanjut mendapati, rumah tersebut telah disewa sejak setahun lalu dan dijadikan makmal mini untuk memproses dadah jenis MDMA."Suspek yang ditembak mati ini merupakan ketua sindiket yang sangat aktif dan berbahaya kerana memiliki senjata api."Dia juga memiliki kepakaran dalam bidang kimia yang boleh memproses dadah jenis MDMA, malah terlibat dengan bahan terlarang itu sejak tahun 90-an serta pernah ditangkap tiga kali di bawah Seksyen 39B ADB," katanya.Tambah Hussien, dalam serbuan di rumah terbabit, sebanyak 182.39 kilogram(kg) dadah MDMA telah dirampas serta pelbagai peralatan memproses dadah termasuk tiga kereta."Sepucuk senjata api jenis revolver telah dijumpai di tempat kejadian telah dirampas," katanya.Susulan itu katanya, polis telah melakukan dua lagi serbuan iaitu di sebuah rumah di Seremban 2 dan Residensi di Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan telah berjaya menahan dua warga tempatan termasuk seorang wanita berusia 32 dan 35 tahun.Jelasnya, hasil semakan mendapati, suspek wanita terbabit mempunyai 12 rekod jenayah manakala suspek lelaki, 10 rekod jenayah"Mereka dipercayai merupakan ahli sindiket dan tiada sebarang hubungan kekeluargaan





'Saya bimbang ada yang cedera, jika tiada bantuan sukar untuk mereka .. - Hmetro - 7/09 2:54 pm

Kuala Lumpur: Saya bimbang ada yang cedera, mungkin itu punca anak, menantu dan dua cucu gagal keluar dari hutan pada jam 3 petang Khamis lalu. Mereka juga sudah kehabisan makanan sebab bekalan dibawa hanya cukup untuk enam atau tujuh hari pendakian saja, tetapi kini sudah melepasi 10 hari, kata Wan Zairudin Wan Ismail, dari Shah Alam, Selangor





6 pendaki hilang: Rakaman ‘camera trap’ jadi petunjuk pasukan SAR - Kosmo - 7/09 2:53 pm

GERIK – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mendapatkan rakaman kamera perangkap (camera trap) di sepanjang jalur pendakian bagi mengesan enam individu yang dilaporkan hilang selepas menyertai aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB) di Lojing, Gua Musang





Enam pendaki Trans GBB hilang: 59 anggota digerak, SAR dilancar - Astroawani - 7/09 2:50 pm

Seramai 59 anggota digerakkan pada Isnin bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB).





Bekas Pengarah Besar Felda tiba di mahkamah bagi prosiding reman - Wrlr - 7/09 2:45 pm

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata penyiasatan khas berskala besar yang dinamakan sebagai Ops FELLA menumpukan kepada transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan FELDA dan FIC dalam tempoh 10 tahun, iaitu antara 2010 hingga 2020. Daripada jumlah itu, enam kertas siasatan baharu dibuka pada 24 Ogos lepas manakala satu lagi adalah kertas siasatan lama yang masih aktif dan sedang menjalani proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA)





6 beranak cedera: Dua penumpang Camry dipercayai larikan diri - Kosmo - 7/09 2:40 pm

RAWANG Enam beranak cedera selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Camry di Kilometer 440.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Ulu Bernam ke Kuala Lumpur, awal pagi semalam





Rakaman ‘camera trap’ jadi petunjuk untuk pasukan SAR - Utusan - 7/09 2:36 pm

GERIK: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mendapatkan rakaman kamera perangkap (camera trap) di sepanjang jalur pendakian bagi mengesan enam individu yang dilaporkan hilang selepas menyertai aktiviti pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB) di Lojing, Gua Musang





Tiga rakan tidak mengaku curi susu tepung, 18 barang lain di pasar raya - Sinarharian - 7/09 2:27 pm

MELAKA - Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Isnin atas pertuduhan mencuri susu tepung kanak-kanak serta 18 barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu.Tertuduh, Hamzah Duraman, 37; Muhammad Heirwan Firdaus Huhsaini, 35, dan Muhammad Zulkarnaen Zahari, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri barangan kepunyaan AEON Ayer Keroh di pasar raya berkenaan kira-kira jam 5.50 petang, 3 September lalu.Antara barangan yang didakwa dicuri termasuk 10 paket Dutch Lady Gum, Cadbury 3 in 1, Scot Protect, Nescafe, Oreo, Milo Krunch, Hershey's Kisses, Be-Kind Caramel, Nestle Fitness, Dill Milk, Kit Kat, Nestum, Wonda Coffee serta beberapa bekas makanan.Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Thiviya yang mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan Muhammad Heirwan perlu menanggung isteri dan tiga anak selain memperoleh pendapatan harian RM50 sebagai buruh.Katanya, Hamzah juga bekerja sebagai buruh, manakala Muhammad Zulkarnaen merupakan penjual burger dengan pendapatan RM80 sehari.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,500 dan menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan semula kes.Dalam prosiding berasingan, Muhammad Heirwan dan Muhammad Zulkarnaen turut didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana menggunakan dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine.Selain itu, Muhammad Zulkarnaen turut didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah berbahaya jenis methamphetamine dengan berat bersih 1.48 gram, pada 3 September lalu.Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.Muhammad Heirwan dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda serta pengawasan polis selama dua tahun.Sementara itu, Muhammad Zulkarnaen dijatuhi hukuman penjara lapan bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 3 September lalu.





6 pendaki hilang termasuk kanak-kanak: Operasi pencarian tumpu laluan Perak, trek pendakian mencabar - Sinarharian - 7/09 2:04 pm

GERIK Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) yang dilaporkan hilang kini ditumpukan di kawasan laluan sebelah Perak.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, operasi berkenaan dilancarkan susulan laporan polis dibuat ahli keluarga selepas mereka gagal menerima sebarang khabar berita daripada kumpulan terbabit sehingga 6 September lalu.Beliau yang juga Komander Operasi SAR tersebut memaklumkan pencarian dibuat dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan."Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki kumpulan terbabit di kawasan laluan sebelah Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Operasi ini melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak serta Malim Gunung Perhutanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Abdul Samad berkata, kumpulan pendaki itu terdiri daripada empat lelaki berusia antara 39 hingga 49 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun.Katanya, mereka dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos dari kawasan Pos Dakoh, Gua Musang, Kelantan dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak pada 3 September lalu."Komunikasi terakhir kumpulan berkenaan dengan ahli keluarga adalah pada 1 September kira-kira jam 7.47 pagi dengan memaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan sedang bergerak menghala ke arah Perak."Bagaimanapun sehingga 6 September, ahli keluarga masih tidak menerima sebarang berita sebelum membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kumpulan terbabit supaya segera menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha pencarian.Katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menjejaskan kelancaran operasi SAR.INFO Laluan Trans GBB yang merangkumi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh di Banjaran Titiwangsa dianggap antara trek pendakian mencabar kerana melalui kawasan hutan tebal, hutan lumut serta laluan permatang yang curam.Ekspedisi itu merentasi sempadan Perak dan Kelantan dengan pendaki biasanya memulakan perjalanan sama ada melalui Pos Kemar, Perak atau Pos Dakoh, Kelantan.Melalui Pos Kemar, tempoh pendakian lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima hari, manakala laluan dari Pos Dakoh pula sekitar tiga hingga empat hari dengan jarak trek kira-kira 44 kilometer.Trans GBB dikategorikan sebagai laluan pendakian bertaraf sangat sukar atau 'hardcore' dan tidak sesuai untuk pendaki baharu berikutan cabaran fizikal serta bentuk muka bumi yang mencabar.Pendaki juga berdepan perubahan ketinggian melebihi 2,600 meter dengan perjalanan antara lapan hingga 12 jam sehari melalui laluan turun naik yang curam.Selain itu, laluan tersebut bukan trek komersial dan jarang dilalui menyebabkan jejak pendakian tidak sentiasa jelas, sekali gus meningkatkan risiko tersesat atau laluan terhalang akibat pokok tumbang.Cabaran turut bermula sebelum memasuki hutan apabila pendaki perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melalui jalan balak menuju ke pintu rimba.Sepanjang berada di kawasan hutan pula, pendaki berdepan ketiadaan liputan telefon, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan pihak luar.





'Keadaan kami baik' - Keluarga enam pendaki hilang terima mesej terakhir 1 September lalu - Sinarharian - 7/09 1:16 pm

GUA MUSANG - "Keadaan kami baik dan cuaca sepanjang tiga hari ini tidak hujan."Itu mesej terakhir diterima ahli keluarga daripada enam individu termasuk sepasang suami isteri, dua anak mereka dan dua malim gunung sebelum komunikasi terputus ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini.Mesej berkenaan diterima pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu sebelum keenam-enam mereka gagal dihubungi sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingKeluarga dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Dua malim gunung yang turut bersama kumpulan berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, masing-masing berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, selepas mesej terakhir berkenaan diterima, ahli keluarga tidak lagi menerima sebarang komunikasi daripada kumpulan tersebut."Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Katanya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung dari Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo berkata, pihaknya turut menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan pada Ahad bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak.





Dua wanita direman enam hari bantu siasatan kes kanak-kanak dikasari di taska - Astroawani - 7/09 1:05 pm

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata perintah reman terhadap dua wanita masing-masing berumur 31 dan 26 tahun danjuga kakitangan taska itu, masing-masingdikeluarkan Mahkamah Majistret Kuantan dan Temerlohbermula hari ini hingga 12 Sept.





Ops FELLA: Bekas pengurus besar Felda direman lima hari - Sinarharian - 7/09 1:04 pm

PUTRAJAYA Seorang bekas pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan pelantikan sebuah syarikat pemaju bagi projek di Kuala Lumpur serta penjualan tanah milik badan berkanun itu.Perintah reman bermula Isnin sehingga 11 September itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.Suspek yang berusia lewat 60-an merupakan antara dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an yang dipanggil SPRM bagi membantu siasatan.Kedua-duanya disyaki terbabit dalam penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemaju tanpa pengetahuan lembaga pengarah serta anak syarikatnya.Media sebelum ini melaporkan SPRM menahan dua individu termasuk bekas pengurus besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk kira-kira jam 4 petang Ahad selepas mereka hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakam keterangan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.Minggu lalu, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).Siasatan khas berskala besar yang dikenali sebagai Ops FELLA itu memberi tumpuan terhadap transaksi pelaburan dan pemerolehan aset oleh pengurusan Felda serta FIC antara 2010 hingga 2020.Enam daripada tujuh kertas siasatan berkenaan dibuka pada 24 Ogos lalu, manakala satu lagi merupakan kes lama yang masih aktif dan sedang melalui proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA).Antara yang disiasat ialah pelaburan dalam Syarikat Tataran Aras Sdn Bhd yang berpangkalan di Limbang, Sarawak; pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd di Sabah dan pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London.Siasatan turut meliputi penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd; pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House serta dakwaan penyelewengan dalam pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).Kes lama membabitkan hartanah Park City Grand Plaza yang masih aktif dan melalui proses MLA turut diteliti secara selari.Sementara itu, sumber memaklumkan permohonan reman terhadap seorang lagi individu yang kini menerima rawatan dipercayai akibat masalah kesihatan akan dibuat di sebuah hospital pada Isnin





Dua wanita direman 6 hari bantu siasatan kes kekasaran kanak-kanak - Sinarharian - 7/09 12:44 am

KUANTAN - Dua wanita yang bekerja di dua taska berasingan di Mentakab dan Kuantan direman selama enam hari bermula hari ini hingga 12 September bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengasari kanak-kanak di bawah jagaan mereka.Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kedua-dua suspek masing-masing direman di Mahkamah Majistret Temerloh dan di Mahkamah Majistret Kuantan selepas ditahan susulan laporan polis serta penularan rakaman video kejadian di media sosial."Bagi kes di Mentakab, seorang pembantu taska berusia 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan kekasaran terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun."Di Kuantan pula, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan dakwaan mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan," katanya pada Isnin.Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengasari kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan di sebuah taska di Bukit Setongkol, Kuantan.Kejadian dipercayai berlaku pada 11 Ogos lalu, manakala rakaman yang tular menunjukkan mangsa dimarahi, ditarik rambut serta digoncang kepalanya.Mangsa turut dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut.Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang pengasuh melakukan kekasaran terhadap kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di sebuah taska di Mentakab.Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu mangsa membuat laporan dan polis mengesan rakaman kejadian yang tular di media sosial.





Gunung berapi meletus: Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jakarta hari ini - Sinarharian - 7/09 12:44 am

KUALA LUMPUR - Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Jakarta terus dibatalkan hari ini disebabkan letusan Gunung Anak Krakatau yang berterusan di Selat Sunda Indonesia, antara Jawa dan Sumatera, menurut Batik Air.Syarikat penerbangan itu memaklumkan keputusan berkenaan hasil daripada susulan penilaian operasi terkini dan penyelarasan berterusan dengan pihak berkuasa penerbangan serta pengendali lapangan terbang yang berkaitan."Penumpang yang terjejas boleh memohon untuk menjadualkan semula perjalanan mereka kepada penerbangan Batik Air yang seterusnya, tertakluk kepada ketersediaan atau memohon bayaran balik," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.Batik Air telah membatalkan lapan penerbangan berjadual antara Malaysia dan Jakarta hari ini, iaitu OD398, OD399, OD346, OD347, OD388, OD389, OD390 dan OD391.Sebanyak enam daripada perkhidmatan yang dibatalkan beroperasi antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Jakarta, manakala dua lagi beroperasi antara Subang dan Jakarta





Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui - Sinarharian - 7/09 12:39 am

GUA MUSANG - Sepasang suami isteri dan dua anak termasuk dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus komunikasi ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini pada Isnin.Keluarga yang berasal dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laporan telah dibuat ahli keluarga di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi pada Ahad selepas mereka gagal menghubungi keenam-enam mangsa.ARTIKEL BERKAITAN:Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ujar beliau, siasatan awal mendapati kumpulan itu mula mendaki pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Jelasnya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo memberitahu, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan semalam bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak.





Enam individu hilang: Operasi SAR guna laluan darat, udara - Bomba - Sinarharian - 7/09 12:19 am

IPOH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans GBB digerakkan pada Isnin menggunakan laluan darat, air dan udara.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan enam individu itu pada petang Ahad sebelum keputusan dibuat untuk memulakan operasi pencarian pada pagi Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingMenurutnya, lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama lima malim bomba menggunakan tiga bot dari Jeti Trojan Tasik Temengor menuju ke Pos Kemar, Gerik."Pasukan bomba akan menggunakan laluan air dengan bot manakala 12 anggota MGP dari Sungai Siput bergerak menggunakan kenderaan pacuan empat roda menuju ke Pos Kemar dan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam untuk tiba."Kedua-dua pasukan akan berkumpul di Pos Kemar sebelum gerak kerja pencarian dilaksanakan berdasarkan perancangan yang diputuskan bersama agensi terlibat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Sayani berkata, mesyuarat penyelarasan antara agensi masih berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi menentukan gerak kerja pasukan penyelamat dalam usaha mengesan keenam-enam individu berkenaan.Menurutnya, Pos Kawalan Hadapan (PKH) akan ditubuhkan di Pos Kemar, manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) atau Pos Kawalan Operasi (PKOP) dijangka ditempatkan di IPD Gerik atau Balai Bomba Gerik."Pasukan K9 (Unit Anjing Pengesan) JBPM juga sudah tiba pagi ini dan berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan





Enam hilang ketika mendaki: 14 malim gunung terlibat operasi SAR - Astroawani - 7/09 12:05 am

Seramai 14 Malim Gunung Perhutanan dari Perak dan Kelantan digerakkan membantu operasi SAR enam individu hilang di kawasan hutan Pos Dakoh, Lojing sejak 29 Ogos.





Enam hilang ketika mendaki: 14 malim gunung terlibat operasi SAR - Sinarharian - 7/09 12:02 am

IPOH Seramai 14 Malim Gunung Perhutanan (MGP) digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, di sini pada 29 Ogos lalu.Presiden Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, kekuatan itu membabitkan MGP dari Perak dan Kelantan.Menurutnya, pasukan MGP terbabit digerakkan menggunakan tiga kenderaan pacuan empat roda (4X4) bagi menyertai operasi SAR berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Memang pagi ini (Isnin) kita sudah masuk dengan tiga buah 4X4 dengan kekuatan 14 MGP."Enam MGP adalah dari Perak, manakala lapan lagi dari Kelantan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Muzafar berkata, penglibatan MGP dari kedua-dua negeri itu penting berikutan laluan masuk dan keluar bagi operasi berkenaan melibatkan kawasan Kelantan dan Perak.Katanya, berdasarkan prasyarat ditetapkan, MGP dari negeri berkenaan perlu terlibat sekiranya laluan pendakian memasuki kawasan Kelantan sebelum keluar ke Perak."Memang MGP terlibat secara langsung dalam operasi kali ini





Institusi Tempatan Teruskan Belian Selama Enam Minggu Dengan Aliran Masuk RM120.3 Juta - Mydateline - 7/09 12:00 am

Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM120.3 juta pada minggu lepas, menurut MBSB ..





Kian serasi, Pang Ron-Pei Jing intai peluang ke Olimpik - Sinarharian - 7/09 11:29 am

Itu matlamat utama kami."Kami akan bergerak selangkah demi selangkah dan tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada diri sendiri. Apa yang penting, kami mahu menikmati permainan," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).Keyakinan itu hadir selepas Pang Ron-Pei Jing menghasilkan keputusan terbaik sejak bergandingan apabila muncul naib juara Masters China di Shenzhen, sekali gus menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam tempoh singkat.Biarpun tewas kepada gandingan nombor satu dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 19-21, 16-21 dalam tempoh 50 minit pada aksi final, pasangan ranking ke-85 dunia itu tetap mencuri perhatian menerusi aksi kompetitif menentang lawan yang pertama kali mereka temui.Bagi Pei Jing, enam kejohanan yang dilalui bersama Pang Ron memberi ruang untuk mereka memahami corak permainan masing-masing dan membentuk kombinasi yang semakin kukuh."Setiap pasangan mempunyai kekuatan yang berbeza





Bomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing - Astroawani - 7/09 11:05 am

JBPM Kelantan bersiap siaga membantu SAR enam pendaki, termasuk dua kanak-kanak, yang dilaporkan hilang di Gunung Trans Gerah, Gua Musang sejak 29 Ogos.





Bomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing - Sinarharian - 7/09 10:58 am

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berada dalam mod siap siaga bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pendaki termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan 13 tahun yang masih belum keluar dari kawasan Gunung Trans Gerah, Lojing, Gua Musang.Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, empat anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM), empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang serta enam malim gunung kini dalam keadaan siap siaga."Mereka hanya akan digerakkan sekiranya terdapat keperluan daripada pihak Bomba Perak yang mengetuai operasi SAR," katanya kepada Bernama hari ini.Enam pendaki berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, Hazman Mamat, 43, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, Siti Zulaiha Norizan, 39, Diya Raisha Wan Ahmad Aslam, 13, dan Ahmad Raef Wan Ahmad Aslam, sembilan.Bagaimanapun, seorang lagi individu yang namanya terdapat dalam permit pendakian dilaporkan tidak hadir menyertai aktiviti berkenaan.Farhan Sufyan berkata, operasi ketika ini masih difokuskan di kawasan Perak selepas kumpulan berkenaan dipercayai telah memasuki negeri itu dan dilaporkan pernah berselisih dengan pasukan lain pada 1 September lepas.Beliau berkata sekiranya kumpulan berkenaan berpatah balik dan memasuki semula laluan dari Kelantan, pasukan yang disiagakan akan digerakkan bagi membantu operasi SAR."Berdasarkan maklumat daripada pendaki, kebiasaannya untuk merentasi ketiga-tiga gunung itu akan mengambil masa kira-kira tiga hari





Siasatan Felda: Bekas pengarah besar tiba di mahkamah bagi prosiding reman - Sinarharian - 7/09 10:34 am

PUTRAJAYA - Bekas pengarah besar Felda tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan kes salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara, selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.Individu berusia lewat 60-an itu tiba pada 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berbaju kolar berwarna hijau.Beliau ditahan pada 4 petang semalam bersama lelaki berusia lingkungan 50-an ketika diminta hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.Minggu lepas, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan Felda serta anak syarikatnya, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan berkata, penyiasatan khas berskala besar yang dinamakan sebagai Ops Fella menumpukan kepada transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan Felda dan FIC dalam tempoh 10 tahun, iaitu antara 2010 hingga 2020.Daripada jumlah itu, enam kertas siasatan baharu dibuka pada 24 Ogos lepas manakala satu lagi adalah kertas siasatan lama yang masih aktif dan sedang menjalani proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA).Kertas siasatan berkenaan merangkumi isu pelaburan Syarikat Tataran Aras Sdn Bhd yang berpusat di Limbang, Sarawak, pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd di Sabah serta pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London.Siasatan turut difokuskan kepada penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd, pengambilalihan Felda House dan Grand Felda House serta dugaan penyelewengan dalam pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).Satu kertas siasatan lama yang masih belum ditutup dan kini dalam proses MLA membabitkan hartanah Park City Grand Plaza turut diteliti semula secara selari, menjadikan keseluruhan kes yang dikaji beroperasi di bawah tujuh kertas siasatan





Samarahan catat IPU sangat tidak sihat - Sinarharian - 7/09 9:28 am

KUALA LUMPUR - Tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya akibat jerebu setakat 8 pagi ini, namun Samarahan di Sarawak menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat, iaitu 226.Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat manakala 24 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan dua kawasan pada tahap baik.Sarawak kekal menjadi negeri paling terjejas dengan 11 kawasan merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Sarikei (194), IPD Serian (193), Kuching (192), Sibu (183), Sri Aman (183), Mukah (182), Samalaju (179), Bintulu (172), ILP Miri (169), Miri (166) dan Limbang (149).Sementara itu, enam kawasan di Selangor, iaitu Johan Setia (184), Shah Alam (166), Petaling Jaya (158), Klang (158), Kuala Selangor (157) dan Banting (158), selain Batu Muda (163) dan Cheras (160) di Kuala Lumpur, Putrajaya (163) serta Labuan (157) turut mencatatkan IPU tidak sihat.Negeri lain yang turut berada pada kategori sama adalah Pahang melibatkan Temerloh (153) dan Jerantut (140), selain Nilai (166), Seremban (164) dan Port Dickson (125) di Negeri Sembilan serta Kota Kinabalu (153) dan Kimanis (153) di Sabah.Di selatan tanah air, kualiti udara tidak sihat turut direkodkan di Segamat (157), Tangkak (154), Batu Pahat (157) dan Kluang (151) di Johor manakala di Melaka melibatkan kawasan Alor Gajah (154), Bukit Rambai (154) dan Bandaraya Melaka (111).Perak pula merekodkan lima kawasan IPU tidak sihat, iaitu di Tanjung Malim (160), Seri Manjung (159), Tasek Ipoh (156), Pegoh Ipoh (152) dan Taiping (132)





Kanak-kanak 9 tahun antara 6 hilang dalam pendakian Trans GBB - Hmetro - 7/09 9:06 am

Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun antara enam individu yang dilaporkan dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Trans Gerah di Gua Musang





Jegat ketuai barisan mantap TotalEnergies ke LTdL2026 - Sinarharian - 7/09 7:50 am

TEAM TotalEnergies Pro Cycling hadir dengan barisan terkuat, sekali gus memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mendominasi edisi ke-30 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) yang akan membuka tirai 27 September ini.Dalam penampilan pertama tahun lalu, Joris Delbove mengungguli jersi individu keseluruhan tetapi menyedari bentuk laluan pendakian yang lebih getir kali ini, pasukan ProTeam dari Perancis itu menyenaraikan enam pelumba yang boleh mendaki dengan baik, diketuai Jordan Jegat yang menduduki tangga ke-10 keseluruhan dalam Tour de France (TdF), Julai lalu.Selain Jegat, 27, pasukan yang akan disertai pengurus Thibaut Mace itu turut menamakan Geoffrey Bouchard, 34; Alan Jausseume, 28; Mathis La Berre, 25; Nicola Macerou, 23; dan Valentin Retailleau, 26.Jegat yang direkrut pasukan itu pada 2024 tetapi bakal diikat pasukan WorldTeam Lidl-Trek tahun depan, membuka mata ramai apabila menduduki tangga ke-28 pada TdF 2024; 10 keseluruhan pada TdF 2025, sebelum pelumba kelahiran Bignan, Perancis itu sekali lagi mengulangi pencapaiannya pada TdF tahun ini.Selain prestasi hebat di jelajah terunggul dunia itu, Jegat turut merekod kemenangan profesional pertamanya di Classic Grand Besancon Doubs tahun ini, tangga ketiga keseluruhan di Tour du Jura dan keempat keseluruhan di Presidential Tour of Turkiye.TotalEnergies juga boleh mengharapkan kepada Bouchard, bekas pelumba WorldTeam AG2R yang berpengalaman berkayuh lapan kali dalam Grand Tour dan 3 perlumbaan Klasik sehari, dengan pencapaian tertinggi bergelar Raja Bukit di Vuelta a Espana 2019 dan Giro dItalia 2021.Pelumba kelahiran Dijon itu yang mengumumkan persaraan pada tahun lalu ekoran kecederaan patah tulang selangka di Tour of Luxembourg tetapi kembali dengan kontrak setahun bersama TotalEnergies, sebelum mengumumkan akan bersara pada penghujung tahun ini.Selain Jegat dan Bouchard, tugas mengejar kedudukan klasifikasi keseluruhan (GC) juga boleh disandarkan kepada La Berre, bekas pelumba WorldTeam Arkea-Samsic yang berpengalaman dalam empat Grand Tour dan enam Klasik sehari.La Berre juga mempunyai jadual padat musim 2026 ini dengan pencapaian tempat ketujuh La Roue Torangelle; kelapan Tour du Limousin; ke-61 Paris-Nice, dan ke-76 TdF; selain menyertai perlumbaan klasik Liege-Bastogne-Liege; La Fleche Wallone; dan Amstel Gold.Jousseaume, Macerou dan Retailleau pula adalah pelumba all-rounder yang mungkin akan dapat disaksikan ketika membantu rentak kayuhan Jegat, Bouchard dan La Berre di peringkat awal pendakian; atau mengemudi peloton untuk mengejar mana-mana cubaan breakaway yang boleh menggugat pelumba terbaik mereka.Jousseaume (tangga ke-16 LTdL25) dan Macerou (64) pernah membantu Delbove tahun lalu, dan maklumat mengenai bentuk laluan, cuaca dan persaingan di pentas Asia pasti memberi kelebihan kepada pasukan berpangkalan di Vendee, Perancis itu.Ketua Pegawai Operasi (COO) Sekretariat LTdL26, Emir Abdul Jalal berkata, kehadiran TotalEnergies bukanlah sesuatu yang baru dalam senario saingan LTdL kerana pasukan itu telah beberapa kali tampil dengan nama penaja lain sebelum ini seperti Bonjour; Brioches La Boulangere; Bouygues Telecom dan Europcar."Sekalipun tanpa juara bertahan Delbove, senarai enam pelumba TotalEnergies kali ini seolah-olah melaungkan hasrat sebenar mereka untuk mempertahankan kejuaraan Delbove tahun lalu, selain gelaran Raja Bukit dan Berpasukan Keseluruhan."Kelibat dan percaturan strategi mereka pasti amat dinantikan peminat apabila membabitkan tiga pendakian sukar di Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands nanti," katanya dalam satu kenyataan.LTdL26 yang berstatus 2.ProSeries akan bermula dengan Peringkat 1 Shah Alam-Kampar pada 27 September ini dan berakhir dengan Peringkat 8 Muar-Putrajaya pada 4 Oktober, membabitkan jarak keseluruhan sejauh 1,258.5km.LTdL26 dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).





Enam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakan - Sinarharian - 6/09 9:25 pm

IPOH - Pasukan bomba sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian enam individu dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lepas.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada 6.31 petang Ahad."Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak sedang mengumpul maklumat lengkap berkaitan kejadian itu sebelum penyelarasan dibuat bersama agensi kerajaan lain bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu,Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan enam individu termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung itu daripada ahli keluarga kumpulan berkenaan hari ini.Ahli keluarga mangsa yang berada di Selangor memaklumkan kehilangan itu selepas empat individu terbabitgagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkanpada 3 September.Sik berkata, hasil semakan dengan Jabatan Perhutanan mendapati hubungan terakhir dengan kumpulan itu menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak sebelum hubungan terputus.Beliau berkata, kumpulan itu memasuki hutan melalui Pos Dakoh dan dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak




Reformasi     >>



‘Tiada nas, tak ada dalam Quran – Guru .. - Harapandaily
Kenyataan kontroversi pemimpin Pas yang mengaitkan sokongan kepada parti itu boleh masuk ke syurga terus mengundang kritikan ramai pihak, termasuk golongan agamawan dan ulama pondok. Terbaharu, Guru Pondok Ma’ahad Ibn Sunni Ittifaqul Masya’iq, Tuan Guru Abdul Rahim Abdul Rahman ..
Kroni     >>



Indonesia names Toba Pulp Lestari suspect in alleged .. - NST
JAKARTA: Indonesias Attorney Generals Office (AGO) named listed pulp producer Toba Pulp Lestari as a suspect in a case involving alleged tax fraud which resulted in a state loss of around 2 trillion rupiah (US$113 million).
Tabloid     >>



Malaysia tidak terancam - Hmetro
Kuala Lumpur: Abu vulkanik daripada beberapa gunung berapi yang meletus di Indonesia pada Isnin lalu termasuk Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia ketika ini lebih banyak dibawa angin ke arah Jawa dan tidak memberi sebarang risiko secara langsung kepada Malaysia setakat ini. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Xiaomi 18 Fold is here with the Xring O3 SoC, a wide .. - Gsmarena
Xiaomi today announced its own very first wide-style foldable smartphone, one-upping Apple by exactly two days. Not only does the Xiaomi 18 Fold have the same form factor as the much-anticipated iPhone Ultra, but it's also available in a cherry red colorway, similar to what was rumored for ..
World     >>



The domestic armed threat facing Iran - Aljazeera
External support for ethnic armed groups poses an escalating security threat to Iran, experts and state officials warn.
Motor Trend     >>



Motosikal Etiqa Perkenal Myrider Plus Perlindungan .. - Mekanika
# ETIQA PERKENAL MYRIDER PLUS PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK RIDER DI MALAYSIA **Etiqa dengan rasminya memperkenalkan MyRider Plus yang merupakan perlindungan tambahan bagi polisi dan insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle sedia ada.** Untuk rekod, insurans Etiqa Comprehensive Motorcycle ..