| /// |
|
| Search : Dap Negeri Sembilan News | Page 1 |
|
KEMASKINI: Anthony letak jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Mygazette - 4/08 7:55 am # KEMASKINI: Anthony letak jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke malam ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah |
|
Anthony Loke Letak Jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Mydateline - 4/08 7:47 am Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang .. |
|
Anthony Loke letak jawatan pengerusi DAP Negeri Sembilan - SUN - 4/08 7:27 am Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan ke-16. |
|
Selepas 22 tahun jadi Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke akhirnya lepas jawatan - Harapandaily - 3/08 11:46 pm Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke malam ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas 22 tahun menyandang jawatan tersebut |
|
Anthony Loke umum lepaskan jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Sinarharian - 3/08 11:37 pm KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan ekoran kegagalannya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar tanggungjawab selain merasakan sudah tiba masanya kepimpinan negeri diserahkan kepada pemimpin lain selepas menerajui DAP Negeri Sembilan selama 22 tahun."Ini keputusan peribadi saya dan harapan peribadi saya iaitu saya harus beri jawatan ini kepada orang lain selepas 22 tahun memegang DAP Negeri Sembilan."Saya mengambil keputusan ini untuk berundur sebagai pengerusi kerana saya merasakan ada tanggungjawab untuk dipikul susulan kegagalan (DAP) mempertahankan kerusi DUN Chennah dan DUN Repah pada pilihan raya negeri baru-baru ini."Walaupun ramai menyatakan sokongan dan kita berjaya memenangi sembilan daripada 11 kerusi yang ditandingi, saya rasa ini adalah masa paling sesuai untuk seorang pengerusi negeri baharu dilantik," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di ibu pejabat parti di sini pada Isnin malam.Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, DAP memenangi sembilan daripada 11 kerusi DUN yang ditandingi dan Anthony gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah selepas tewas kepada calon MCA, Siow Kong Choon dengan majoriti 688 undi.DAP turut kehilangan kerusi DUN Repah, apabila S Veerapan tewas tipis kepada calon BN, Koh Kim Swee dengan majoriti 444 undi.Mengulas lanjut, Anthony berkata, peletakan jawatannya akan berkuat kuasa selepas mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan dalam tempoh beberapa hari lagi.Menurut Anthony, beliau akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan itu bagi membolehkan ahli jawatankuasa negeri memilih pengerusi baharu mengikut perlembagaan parti.Katanya, pemilihan semula tidak membabitkan semua ahli parti kerana jawatan pengerusi negeri akan dipilih dalam kalangan Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan sedia ada."Saya berasa bangga kerana ketika mula memimpin DAP Negeri Sembilan pada 2004, kita hanya mempunyai dua kerusi."Hari ini, selepas 22 tahun, kita mempunyai dua ahli Parlimen dan berjaya mengekalkan sembilan kerusi DUN |
|
Loke umum lepas jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Hmetro - 3/08 11:30 pm Kuala Lumpur: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan melepaskan jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan |
|
Anthony lepas jawatan Pengerusi DAP Negeri Sembilan - Kosmo - 3/08 11:02 pm PETALING JAYA Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu lalu |
|
Loke lepas jawatan ketua DAP Negeri Sembilan - FMT - 3/08 10:54 pm Setiausaha agung DAP ambil tanggungjawab penuh atas kekalahan di DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan. |
|
DAP Negeri Sembilan bersolidariti mahu Anthony kekal pimpin parti - Mygazette - 3/08 7:36 am # DAP Negeri Sembilan bersolidariti mahu Anthony kekal pimpin parti KUALA LUMPUR - DAP Negeri Sembilan berpendirian, pengerusinya, Anthony Loke tidak harus dipertanggungjawabkan atas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri semalam |
|
DAP Johor sokong Anthony Loke terus pimpin parti - Sinarharian - 2/08 8:26 pm JOHOR BAHRU DAP Johor menegaskan sokongan penuh terhadap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke untuk terus menerajui parti walaupun Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Pengerusinya, Teo Nie Ching berkata, kepimpinan Anthony sepanjang kempen membuktikan keberanian, kebertanggungjawaban dan kesediaan memikul amanah parti ketika berdepan cabaran paling getir."DAP Johor memberikan sokongan penuh kepada Anthony Loke untuk terus memimpin parti."Kami akan terus berdiri teguh bersama DAP Negeri Sembilan dan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat bagi memastikan parti kembali lebih kuat, lebih bersatu dan lebih diyakini rakyat menjelang PRU akan datang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Sebelum itu, media melaporkan Anthony mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti itu di Negeri Sembilan.Keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam PRN Negeri Sembilan.Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai, mendedahkan mahu meletakkan sebagai Pengerusi DAP Johor pada 11 Kulai lalu."Anthony Loke pujuk saya agar tidak berbuat demikian," ujarnya.Timbalan Menteri Komunikasi itu menambah DAP Johor menghormati keputusan yang dibuat rakyat Negeri Sembilan dan menganggap kekalahan itu sebagai suara rakyat yang perlu diterima dengan penuh tanggungjawab."Walaupun keputusan yang dicapai tidak memihak kepada DAP dan Pakatan Harapan, perjuangan kita tidak berakhir di sini," katanya.Pada PRN Negeri Sembilan, PH gagal mempertahankan pentadbiran negeri selepas ditewaskan gabungan BN-PN.Keputusan itu turut menyaksikan Anthony Loke tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah yang disandangnya sebelum ini. |
|
Tumbang di Chennah, Kon Yeow minta Anthony jangan undur - Mygazette - 2/08 4:27 pm # Tumbang di Chennah, Kon Yeow minta Anthony jangan undur GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berharap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bertenang sebelum membuat sebarang keputusan berhubung masa kedudukannya sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan susulan kekalahan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 |
|
Kekalahan di Chennah cetus persoalan masa depan kepimpinan DAP – .. - Mygazette - 2/08 4:27 pm Tambah beliau, sekiranya Anthony berpandangan DAP tidak lagi relevan dalam kerajaan PH, beliau perlu memanggil kongres khas parti bagi menentukan hala tuju masa depan DAP. Media semalam melaporkan, Anthony yang juga penyandang DUN Chennah selama tiga penggal sejak 2013 menyatakan akan mempertimbangkan untuk berundur sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan selepas tewas kepada calon baharu BN, Siow Kong Choon |
|
DAP N. Sembilan mahu Anthony Loke terus terajui kepimpinan parti - Utusan - 2/08 4:07 pm SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan sebulat suara mahu Anthony Loke Siew Fook kekal menerajui parti itu sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan |
|
DAP Negeri Sembilan sebulat suara mahu Anthony kekal pengerusi - Sinarharian - 2/08 3:40 pm SEREMBAN - Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan menyatakan solidariti dan sokongan penuh terhadap Anthony Loke Siew Fook untuk terus menerajui DAP Negeri Sembilan sebagai pengerusi.Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, mereka sebulat suara memohon agar Setiausaha Agung DAP terus memimpin parti itu di Negeri Sembilan.Menurutnya, kepimpinan Anthony telah terbukti dan diiktiraf sebagai antara yang terbaik dalam sejarah DAP Negeri Sembilan."Bermula dengan hanya dua kerusi pada tahun 2004, kepimpinan berwibawa beliau telah melonjakkan DAP Negeri Sembilan ke tahap yang dihormati oleh kawan dan lawan."Kekalahan di kerusi Chennah dan Repah memang mendatangkan kekecewaan kepada kami, tetapi ia bukan salah Anthony, dan beliau tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan kekalahan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Jelasnya, DAP Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan berkarisma daripada Anthony untuk menghadapi cabaran masa depan termasuk Pilihan Raya Umum ke-16.Selain itu katanya,analisis awal keputusan PRN kali ini menunjukkan calon-calon Pakatan Harapan(PH) dan DAP masih mendapat sokongan dalam kalangan penyokong tegar parti itu, meskipun menghadapi pihak lawan yang dilihat memainkan isu perkauman."Saya telah telah berbincang dengan semua Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan dan semua sebulat suara memohon agar beliau terus memimpin DAP Negeri Sembilan," katanya.Sebelum ini Anthony dilaporkan berkata akan mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti itu di Negeri Sembilan.Keputusan tersebut dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan. |
|
Kalah di Chennah, Repah pengalaman sukar buat DAP – Nga Kor... - Mygazette - 2/08 8:15 am Kor Ming berkata, Anthony Loke telah menunjukkan kepimpinan yang penuh bertanggungjawab selaku Setiausaha Agung DAP. Malah, katanya, Anthony telah menjalankan amanah dengan dedikasi penuh serta berjuang bersama seluruh jentera DAP Negeri Sembilan sehingga ke saat-saat yang terakhir |
|
N9 polls: Chennah, Repah defeats a bitter experience for DAP - Sinardaily - 2/08 7:30 am In Repah, BN-MCA's Koh Kim Swee defeated incumbent S. Veerapan.Nga thanked Negeri Sembilan voters who supported PH in the state election and expressed appreciation to all voters and election workers for fulfilling their democratic responsibilities.Although the outcome fell short of expectations, he said DAP respected the democratic process and accepted the people's mandate with humility.Meanwhile, Nga said Loke had demonstrated responsible leadership throughout the campaign despite the difficult circumstances."He carried out his duty with full dedication and fought alongside the entire DAP Negeri Sembilan machinery until the very last moment."In this challenging moment, we stand firmly with Loke |
|
PRN Negeri Sembilan: Kekalahan di Chennah, Repah pengalaman pahit buat DAP - Sinarharian - 2/08 12:26 am SHAH ALAM - Kekalahan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah dan Repah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan disifatkan sebagai satu pengalaman yang amat sukar dan pahit buat DAP.Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Malaysia, Nga Kor Ming berkata, sebaliknya gabungan itu akan melakukan muhasabah dan penilaian secara mendalam bagi mencari jalan mencapai kemenangan di Negeri Sembilan pada masa depan."Kekalahan di DUN Chennah dan Repah merupakan satu pengalaman yang amat sukar dan pahit buat kami."Namun, Pakatan Harapan tidak akan berputus asa, sebaliknya, kami akan bermuhasabah dan melakukan penilaian secara mendalam supaya mencari jalan mencapai kemenangan di Negeri Sembilan pada masa depan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini media melaporkan, DUN Chennah menyaksikan kejutan apabila Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari MCA, Siow Kong Choon, sementara di Repah, Koh Kim Swee (BN MCA) berjaya menewaskan penyandang kerusi berkenaan, S Veerapan.Kor Ming berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi Negeri Sembilan yang telah memberikan sokongan kepada PH pada PRN berkenaan.Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pengundi serta petugas pilihan raya yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.Katanya, walaupun keputusan PRN Negeri Sembilan kali ini tidak seperti yang diharapkan, DAP menghormati proses demokrasi dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dengan penuh rendah hati.Dalam pada itu, Kor Ming berkata, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke telah menunjukkan kepimpinan yang penuh bertanggungjawab sepanjang menghadapi situasi mencabar itu."Beliau telah menjalankan amanah dengan dedikasi penuh serta berjuang bersama seluruh jentera DAP Negeri Sembilan sehingga ke saat-saat yang terakhir."Dalam saat yang penuh mencabar ini, kami berdiri teguh bersama Saudara Anthony Loke, kami akan terus berpegang teguh pada perjuangan, mengharungi segala cabaran bersama serta melangkah ke hadapan dengan penuh keazaman sebagai satu pasukan," katanya.Tambah beliau, DAP bersama PH akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan penuh komitmen serta berusaha meraih semula keyakinan dan sokongan rakyat melalui prestasi kerja dan rekod perkhidmatan. |
|
'Cukuplah guna fitnah nak takutkan pengundi Melayu' - Chun Weng - Sinarharian - 27/07 2:47 pm SEREMBAN - DAP menegaskan parti itu tidak pernah campur tangan dalam Institusi Diraja Negeri Sembilan, malah menghormati dan menjunjung tinggi Undang-Undang Tubuh Kerajaan (UUTK) negeri itu.Setiausaha Publisiti DAP Negeri Sembilan, Lim Chun Weng berkata, pihaknya kesal apabila parti berkenaan sering dijadikan sasaran dengan pelbagai tuduhan setiap kali pilihan raya."Politik tidak sepatutnya dibina atas fitnah dan pembohongan |
|
???Penyatuan Ummah??? BN-PN hanya demi kuasa, bukan demi agama - Mygazette - 23/07 4:55 pm Sejak dari awal krisis Negeri Sembilan ini, semuanya kerana mahukan kuasa bukan kerana kepentingan Islam, katanya pada sidang media bersama di Pusat Media Harapan, di Klana Resort, di sini, hari ini. Sidang media bersama itu turut dihadiri Pengarah Komunikasi PH merangkap Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Fahmi Fadzil serta Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin, Selain itu, kata Khalid, usaha BN dan PN membentuk kerjasama itu dilihat bercanggah dengan semangat perpaduan sebenar, didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan negeri tanpa alasan munasabah |
|
PRN Negeri Sembilan: Manifesto PH bukan sekadar janji pilihan raya - Sinarharian - 23/07 4:29 pm SEREMBAN - Manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan memberi tumpuan kepada tiga perkara utama iaitu penyediaan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, pembinaan 20,000 rumah mampu milik dan pemerkasaan Skim Sejahtera Rakyat (SSR).Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, manifesto itu bukan sekadar janji pilihan raya, sebaliknya kesinambungan kepada pencapaian kerajaan negeri sepanjang lima tahun lalu serta hala tuju menjayakan aspirasi Negeri Sembilan Maju 2045.Menurut beliau, penyediaan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi bertujuan memastikan lebih ramai anak Negeri Sembilan memperoleh pekerjaan berkualiti tanpa perlu berhijrah ke negeri lain."Pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini mesti diterjemahkan kepada peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik untuk rakyat terutamanya dengan adanya kawasan-kawasan baru yang kami usahakan sepanjang lima tahun lepas."Keduanya 20,000 rumah mampu milik yang mana kami mahu lebih ramai keluarga muda memiliki rumah sendiri, di samping meneruskan Rumah Harapan serta mempercepatkan penyelesaian isu tanah dan hak milik,"katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH Negeri Sembilan di sini pada Khamis.Tambahnya, kerajaan akan terus menyantuni rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif yang lebih tersusun serta menyeluruh yang telah ditambah baik berbanding dilaksanakan hari ini.Ujar Kee Chin, inilah mesej utama manifesto PH yang mana kemajuan Negeri Sembilan mesti dirasai oleh rakyat biasa, anak tempatan mendapat pekerjaan bergaji tinggi, keluarga muda mampu memiliki rumah, dan setiap rakyat menerima manfaat pembangunan tanpa mengira kaum atau latar belakang."Sepanjang lima tahun mentadbir Negeri Sembilan, PH telah membuktikan bahawa kerajaan yang stabil mampu membawa pelaburan, memperkukuhkan ekonomi negeri serta memperluaskan pelbagai inisiatif kebajikan kepada rakyat |
|
'Jika BN umum Jalaluddin calon MB, baru sesuai debat dengan Tok Min'- Khalid - Sinarharian - 23/07 4:00 pm SEREMBAN Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad mempersoalkan kewajaran Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berdebat dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar gabungan itu.Menurut beliau, perkara berkenaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya Jalaluddin telah pun diumumkan secara rasmi sebagai calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional (BN) - Perikatan Nasional (PN)."Adakah Datuk Seri Jalaluddin merupakan calon Menteri Besar? Adakah apabila beliau mencabar Tok Min (Aminuddin) ini mengesahkan bahawa beliaulah calon Menteri Besar BN-PN?"Kalau beliau calon Menteri Besar, biarlah diumumkan dan diisytiharkan secara rasmi. Kalau sekadar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) biasa sahaja, saya rasa tidak sesuailah untuk beliau mencabar Tok Min berdebat," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Klana Resort di sini pada Khamis.Hadir sama, Ketua Penerangan PH yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada sesuatu yang tak kena dalam Kerajaan Perpaduan' - KJ'Kerjasama UMNO, Pas mampu bentuk Kerajaan Selangor' - Noh Omar'Selepas Johor, parti Rafizi akan dimalukan lagi di Melaka' - Penganalisis'Menggelupur sangat bila kita nak bersatu' - Akmal Saleh bidas AMKPH tawar manifesto yang bukan sekadar janji - AminuddinSPR keluar 13,263 kertas undi pos bagi PRN Negeri SembilanSebelum ini Sinar Harian melaporkan, Jalaluddin tidak mempunyai hasrat berdebat dengan mana-mana pihak, namun bersedia menerima pelawaan sekiranya dikemukakan pihak lawan.Beliau berkata demikian ditanya sama ada bersedia berdebat dengan Aminuddin yang dinamakan PH sebagai calon Menteri Besar.Pertanyaan mengenai kemungkinan debat tersebut timbul kerana Jalaluddin merupakan antara tokoh utama BN di Negeri Sembilan, selain mengetuai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) UMNO-BN yang mengumumkan hilang kepercayaan sekali gus menarik sokongan terhadap Aminuddin pada 27 April lalu.Mengulas lanjut, Khalid berkata, sekiranya Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan telah pun mengumumkan bahawa Jalaluddin adalah calon Menteri Besar mereka, baharulah soal debat itu dipertimbangkan.Sementara itu ditanya sama ada stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) kemungkinan bersedia menjadi platform penganjuran debat terbabit, Fahmi berkata, beliau masih belum meneliti perkara berkenaan."Saya belum mengikuti isu ini dengan dekat kerana agak sibuk menguruskan beberapa isu."Saya akan tengok nanti |
|
PRN Negeri Sembilan: PH sasar menang 32 kerusi untuk bentuk kerajaan lebih stabil - Anthony - Sinarharian - 20/07 12:19 am SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) menetapkan sasaran memenangi sekurang-kurangnya 23 daripada 36 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini untuk memperoleh mandat lebih besar dan membentuk kerajaan negeri yang stabil.Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, gabungan itu kini memiliki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memerlukan sekurang-kurangnya 19 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah namun menegaskan bahawa mandat lebih besar diperlukan bagi memastikan pentadbiran yang stabil."Namun dengan hanya 19 kerusi, apa sahaja boleh berlaku... jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu menyasarkan agar PH memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi.""Kita sudah buat kajian berdasarkan demografi kawasan dan pengundi, ada kerusi-kerusi yang kita mampu menang dan sasaran 23 kerusi tu adalah realistik," katanya pada majlis makan malam PH di sini.Turut hadir, Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo; Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Negeri Sembilan: Kempen patut tumpu tawaran bukan serangan peribadi - AnthonyPRN Negeri Sembilan: PH perlu terus diberi mandat laksana agenda Madani - Nie Ching'Sepatutnya Pemuda PH desak Exco Perak, Pahang letak jawatan dulu' - Mohd SyahirPRN Negeri Sembilan: Terima kasih MCA kerana nak 'bantu DAP' di tiga DUN - Anthony LokeAnthony, yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, PH turut memohon mandat baharu daripada rakyat untuk meneruskan pentadbiran Negeri Sembilan di bawah kepimpinanan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang disifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang jujur, merendah diri dan mampu mengemudi kerajaan negeri yang inklusif."Kami mahu Aminuddin Harun terus kekal sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.. |
|
PRN Negeri Sembilan: PH perlu terus diberi mandat laksana agenda Madani - Nie Ching - Sinarharian - 19/07 11:24 pm SEREMBAN -Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan perlu diberi mandat untuk terus menerajui kerajaan negeri bagi meneruskan pelaksanaan reformasi serta dasar yang diperkenalkan Kerajaan Madani, kata Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching.Berucap pada majlis makan malam PH di sini malam ini, Nie Ching berkata, kerajaan Persekutuan telah mencatat pelbagai pencapaian sepanjang tiga tahun lalu, termasuk prestasi ekonomi yang lebih kukuh, reformasi skim pencen perkhidmatan awam serta langkah memperluas peluang pendidikan.Beliau berkata, Malaysia turut merekodkan pencapaian tertinggi dalam perdagangan, pelancongan, pasaran modal dan rizab antarabangsa meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global, sekali gus membuktikan ekonomi negara kekal berada pada landasan yang positif."Walaupun masih terdapat cabaran, mesej yang ingin saya sampaikan ialah ekonomi Malaysia terus berkembang dan bergerak ke hadapan. Sebab itu kami berharap rakyat akan terus menyokong PH dan Kerajaan Perpaduan," katanya.Nie Chingmenyampaikan ucapan dalam bahasa Mandarin, manakala terjemahan bahasa Inggeris turut disediakan kepada media.Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.Timbalan Menteri Komunikasi itu turut mengetengahkan beberapa inisiatif bagi memperluas peluang pendidikan, termasuk jaminan penempatan ke program matrikulasi kepada pelajar yang memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain keutamaan kemasukan ke kursus pilihan di universiti awam kepada pelajar cemerlang.Mengakui tidak semua dasar yang diperkenalkan sepanjang tiga tahun lalu sempurna, beliau berkata, kerajaan telah membuktikan kesediaannya mendengar pandangan rakyat serta menambah baik dasar yang dilaksanakan apabila perlu."Kami berharap usaha yang dilakukan hari ini akan menjadi legasi bermakna untuk generasi akan datang," katanya.Menyentuh perkembangan politik, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, DAP tidak akan berputus asa meskipun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, sebaliknya menganggap keputusan itu sebagai peluang untuk bermuhasabah tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti.Beliau berkata, DAP akan terus memperkukuh parti dan meneruskan agenda reformasi dengan berpegang teguh pada nilai terasnya, di samping membina ekonomi yang lebih kukuh serta masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia |
|
Bendahari DAP Negeri Sembilan hadapi persaingan empat penjuru di DUN Rahang - Sinarharian - 18/07 12:54 am SEREMBAN - Bendahari DAP Negeri Sembilan, Siaw Meow Keong akan berhadapan persaingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rahang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.Meow Keong dipertaruhkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya pada PRN lepas.Beliauakan bersaing dengan Ketua Wanita MCA Bahagian Rasah, Yap Siok Moy daripada Barisan Nasional (BN), SThinagaran (Parti Sosialis Malaysia)dan Tang Jay San (Bersatu).Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Najib Mustafaselepas selesai proses penamaan calon bagi DUN Rahang di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Sabtu.Terdahulu, Meow Keong menjadi calon ketiga menyerahkan borang pencalonan pada 9.12 pagi, selepas Thinagaran (9.06 pagi) dan Jay San (9.10 pagi) sebelum disusuli oleh Siok Moy pada 9.13 pagi.Di kerusi DUN Bukit Kepayang pula, Ketua Wanita DAP Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon yang mempertahankan kerusi berkenaanberdepan saingan satu lawan satu menentang Lee Boon Shian daripada Perikatan Nasional (PN).Kerusi DUN Labu, Mambau dan Seremban Jayaturut menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRN kali ini.Di DUN Labu, calon PH, Datuk Ahmad Faez Abdul Razak dicabar oleh Mohamad Hanifah Abu Baker (Bersatu) dan Siti Nur Umaira Hasim (BN) manakala diDUN Mambau, calon PH, Lee Kai Yet berdepan cabaran N Sarawanan (Bersatu) dan Eric Michael (PN).Bagi DUN Seremban Jaya, calon PH, S Mugunthan ditentangDatuk T R Thinalan (BN) dan R Mahendran (Bersatu) dalam saingan tiga penjuru.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai sebagaitarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan manakala hari pengundian 1 Ogos |
|
DAP names Aminuddin PH's 'poster boy' for Negeri Sembilan polls - Sinardaily - 15/07 9:44 am We have only one Menteri Besar candidate and only one campaign commander Datuk Seri Aminuddin Harun."Although I am a minister at the federal level, in Negeri Sembilan my boss is Tok Min (Aminuddin). I fully support him as our candidate," he said during PH's candidate announcement ceremony here on Tuesday.He said the state government under Aminuddin's administration has demonstrated a strong track record since PH took over the state government in 2018.Loke, who is also DAP Negeri Sembilan chairman, reminded all PH leaders, members and campaign workers to be mindful of their words and to respect Negeri Sembilan's customs and royal institutions throughout the campaign to prevent any issues from being exploited."I also want to emphasise that DAP upholds the principles of the Federal Constitution, the constitutional monarchy system and the Rukun Negara."The entire DAP leadership and membership remain loyal to the constitutional monarchy system in Negeri Sembilan," he said.He also stressed that the party remains loyal to the state's Undang Yang Empat, the Tunku Besar of Tampin and Negeri Sembilan's customary system."There is no Fifth Undang in Negeri Sembilan |
|
DAP anggap Aminuddin panglima perang, pilih sebagai 'poster boy' PH - Sinarharian - 15/07 12:49 am Calon Menteri Besar hanya ada seorang, panglima perang kita hanya ada seorang iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun."Walaupun di peringkat Persekutuan saya adalah menteri, tapi di Negeri Sembilan bos saya ialah Tok Min (Aminuddin). Saya akan sokong beliau sebagai calon," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PH di sini pada Selasa.Jelas beliau, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Aminuddin menunjukkan trek rekod yang baik dan ia dibuktikan sejak PH menerajui kerajaan pada tahun 2018.Selain itu Pengerusi DAP Negeri Sembilan itu mengingatkan semua petugas dan ahli PH supaya menjaga tutur kata serta menghormati adat dan institusi diraja Negeri Sembilan sepanjang tempoh berkempen bagi mengelakkan sebarang isu dimanipulasi."Saya juga nak menegaskan DAP sentiasa menjunjung prinsip perlembagaan Persekutuan, Sistem Raja Berperlembagaan dan rukun negara."Seluruh kepimpinan dan ahli DAP taat setia kepada sistem Raja Berlembagaan di Negeri Sembilan," katanya.Beliau turut menegaskan yang parti itu sentiasa taat dan setia kepada Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin serta sistem adat yang dilaksanakan di Negeri Sembilan."Di Negeri Sembilan tiada Undang Kelima |
|
Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan calon DAP DUN Temiang - Mygazette - 14/07 8:11 am Segala urusan peruntukan kawasan saya di Parlimen Seremban selama ini diuruskan beliau dengan baik, telus dan tanpa sebarang isu, katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon DUN Temiang di sini, hari ini. Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata setiap kali pilihan raya diadakan, DAP akan melakukan penilaian menyeluruh, termasuk mengenal pasti individu berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon baharu dalam usaha meremajakan parti |
|
Setiausaha Politik Anthony Loke calon DAP DUN Temiang - Mygazette - 14/07 8:11 am Segala urusan peruntukan kawasan saya di Parlimen Seremban selama ini diuruskan beliau dengan baik, telus dan tanpa sebarang isu, katanyakepada pemberita selepas pengumuman calon DUN Temiang di sini, hari ini. Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata setiap kali pilihan raya diadakan, DAP akan melakukan penilaian menyeluruh, termasuk mengenal pasti individu berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon baharu dalam usaha meremajakan parti |
|
PRN Negeri Sembilan: DAP pertaruh 8 calon penyandang, 3 muka baru - Wrlr - 13/07 5:28 pm Harapandaily July 13, 2026 DAP Negeri Sembilan hari ini mengumumkan 11 calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sembilan pada 1 Ogos depan |
|
PRN Negeri Sembilan: DAP pertaruh 8 calon penyandang, 3 muka baru - Harapandaily - 13/07 1:47 pm DAP Negeri Sembilan hari ini mengumumkan 11 calon mereka untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sembilan pada 1 Ogos depan |
|
PRN Negeri Sembilan: DAP tampil 3 muka baharu, kekal 8 penyandang - Sinarharian - 13/07 12:50 am SEREMBAN DAP Negeri Sembilan mempertaruhkan tiga muka baharu daripada keseluruhan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.Tiga calon baharu berkenaan masing-masing, S Mugunthan(Seremban Jaya), Lee Kai Yet(Mambau) dan Ho Weng Wah(Temiang).Menurutnya, setiap kali pilihan raya diadakan, parti akan membuat penilaian menyeluruh termasuk mengenal pasti potensi untuk mengetengahkan calon baharu sebagai sebahagian daripada usaha meremajakan parti."Kalau penyandang itu masih muda, mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan diterima di kawasan, sudah tentu kita kekalkan |
|
DAP tampil calon baharu di DUN Seremban Jaya - Utusan - 10/07 3:06 pm SEREMBAN: Penolong Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan, S |
|
DAP pilih pegawai penyelidik Exco calon DUN Seremban Jaya - Sinarharian - 10/07 2:16 pm Gunasekaran yang telah mewakili kawasan itu sejak tahun 2008.Anthony berkata, beliau yakin DAP mampu terus mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi parti itu sejak tahun 2008 ketika kawasan tersebut masih dikenali sebagai DUN Senawang."DUN ini kita menangi sejak tahun 2008, ketika itu namanya DUN Senawang."Selama empat penggal berturut-turut kita terus mendapat sokongan rakyat di DUN ini. Saya berharap DAP sekali lagi diberi mandat oleh rakyat dan PH terus membentuk kerajaan negeri," katanya.Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan turut merakamkan penghargaan kepada Gunasekaran atas khidmat cemerlang yang diberikan kepada penduduk dan pengundi di DUN berkenaan sejak memenangi kerusi itu buat kali pertama.Menurutnya, meskipun PH ketika itu berdepan kekangan kewangan, ia tidak pernah dijadikan alasan oleh Gunasekaran untuk terus berbakti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat."Saya boleh katakan Gunasekaran ialah 'orang parti' kerana pada PRN kali ini beliau berbesar hati memberi laluan kepada muka baharu selepas menang empat kali bertanding dalam tujuh pilihan raya," katanya.Sementara itu, Mugunthan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan DAP atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mewakili PH di DUN Seremban Jaya."Saya menerima amanah ini dengan penuh rasa rendah diri |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |