///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Bomba News   Page 1    



Kanak-kanak sauk ikan temukan mayat lelaki dalam parit - Mygazette - 6/06 4:04 pm

Bagaimanapun, kami masih menunggu siasatan penuh pihak polis, katanya. Terdahulu, polis mendapatkan bantuan pihak bomba bagi mengangkat mayat mangsa sebelum pasukan forensik dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan siasatan di lokasi kejadian





Hilang hampir seminggu dalam hutan, lelaki ditemui meninggal dunia - Sinarharian - 6/06 3:58 pm

IPOH - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad lepas ditemukan maut di kawasan kebun berhampiran pusat rekreasi dan inap desa di Batu Kurau hari ini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan mayat Zakaria Shamsudin, 42, pada 12.19 tengah hari tadi."Polis mengesahkan mayat itu ialah individu yang dilaporkan hilang hampir seminggu lepas."Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Pada 1 Jun, Zakaria,orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Simpang 4, Anak Kurau kira-kira 4 petang Ahad lepas bersama-sama anak tirinya.Mangsa dipercayai menuju ke kawasan belukar kira-kira 300 meter dari rumah dan dilaporkan hilang daripada pandangan ketika anak tirinya berhenti untuk mengikat tali kasut.Sejurus menerima laporan, PDRM telah membuka operasi Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) seterusnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung bagi melaksanakan operasi pencarian secara bersepadu melibatkan kawasan hutan dan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat.Bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa pada 2 Jun lalu setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemui





15 hari hilang: Tiada petunjuk baharu, penemuan barang di lokasi bukan milik Jaslinda - Sinarharian - 6/06 1:50 pm

IPOH - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49, menemukan beberapa barangan di lokasi berbeza sepanjang pencarian dijalankan, namun kesemuanya disahkan bukan milik mangsa.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penemuan dalam operasi sejak Khamis itu melibatkan kawasan sungai, lereng bukit serta laluan yang dilalui pasukan penyelamat."Hasil pemeriksaan telah dipastikan semua barangan tersebut bukan milik orang hilang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, setakat ini operasi pencarian masih belum menemukan sebarang petunjuk baharu.Bagaimanapun katanya, seramai lima anggota terdiri daripada Jabatan Perhutanan dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) masih berada di sektor pencarian bagi meneruskan usaha mencari mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuTambahnya, dalam masa sama, kumpulan komuniti Orang Asli yang turut membantu pencarian sejak 3 Jun lalu masih berada di sektor operasi, namun belum menemui sebarang petunjuk berkaitan mangsa."Lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama dua MGP yang terlibat dalam operasi di sektor pencarian sejak Khamis telah keluar dari lokasi dengan selamat pada jam 11.30 pagi hari ini," katanya.Sabarodzi berkata, dalam operasi yang diteruskan dalam skala kecil ini, pihaknya telah menerima banyak permohonan daripada sukarelawan yang ingin menyertai SAR.Bagaimanapun jelasnya, hanya permohonan yang memenuhi syarat ditetapkan dibenarkan menyertai operasi selepas melalui proses tapisan dan penyelarasan bersama Jabatan Perhutanan."Terdapat permohonan yang ditolak disebabkan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), tempoh masa yang tidak sesuai, selain kekurangan dari segi peralatan dan kelengkapan."Ada juga kumpulan yang dibenarkan menyertai operasi setelah memenuhi semua kriteria ditetapkan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.





'Gunung Liang gunung terakhir kami mendaki bersama' - Kakak Jaslinda - Sinarharian - 6/06 11:19 am

Kadang-kadang kebaikan dia itu terpaksa saya masuk campur kerana ada yang suka mengambil kesempatan."Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ahli keluarga merindui celoteh wanita itu.Jasima berkata, Jaslinda mempunyai pengalaman mendaki lebih 10 tahun dan pernah menawan beberapa gunung termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok serta Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain."Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara," katanya.Mengulas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala lebih kecil, beliau berkata keluarganya tidak pernah berputus asa dan terus berharap agar Jaslinda ditemukan secepat mungkin."Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya perkembangan kes kerana setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga," katanya.Dalam pada itu, Jasima meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap adiknya di media sosial kerana tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku."Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda. Kita tidak tahu perkara yang berlaku ketika itu, hanya mereka yang bersama dengan Jaslinda yang tahu," katanya.Beliau turut memohon maaf sekiranya Jaslinda pernah menyakiti mana-mana pihak dan berharap orang ramai memberi tumpuan kepada usaha pencarian adiknya, bukannya mencari kesalahan mana-mana pihak."Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya," katanya.Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata operasi SAR terhadap Jaslinda diteruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) pada pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Beliau dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki





Proton X70 terbabas di LPT 2, seorang wanita putus kaki kiri - Careta - 6/06 7:36 am

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat "Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan





SAR Jaslinda: Faktor keselamatan halang penglibatan orang awam – .. - Mygazette - 6/06 7:32 am

Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman Facebook MGP Perak itu, Muzafar berkata SAR pendaki wanita,Jaslinda Saludin, 49,membabitkan orang awam yang dijadualkan esok telah dibatalkan berikutan isu keselamatan. Muzafar berkata kebimbangan itu turut dikongsi pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perhutanan negeri yang bersetuju supaya penyertaan dalam operasi dikawal bagi mengelakkan risiko kemalangan





Wanita cedera parah kereta dinaiki terbabas di LPT2 - Mygazette - 6/06 7:32 am

# Wanita cedera parah kereta dinaiki terbabas di LPT2 DUNGUN - Seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, dekat sini petang tadi. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nor Hazamullah Abdullah berkata wanita berusia 57 tahun itu mengalami putus kaki kiri apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaikinya terbabas





Wanita putus kaki kiri SUV terbabas di LPT2 - Sinarharian - 5/06 11:51 pm

DUNGUN - Seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 341.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka, dekat sini petang tadi.Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Nor Hazamullah Abdullah berkata, wanita berusia 57 tahun itu mengalami putus kaki kiri apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaikinya terbabas.Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang sebelum tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, manakala bahagian kaki yang terputus turut ditemukan di dalam kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi malam ini.Beliau berkata, nahas berlaku ketika kenderaan yang dinaiki seorang lelaki dan empat wanita itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang."Wanita terlibat dan empat lagi mangsa yang turut cedera dalam kemalangan itu dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan," katanya.- Bernama





Two injured as car crashes, overturns on Jln Bau-Lundu - BorneoPost - 5/06 8:49 pm

KUCHING (June 5): A driver and his passenger sustained injuries after their vehicle crashed and overturned near Kampung Stungkor along Jalan Bau-Lundu here. The Sarawak Fire and Rescue Department (Bomba) deployed rescuers from the Lundu fire station following a distress call received at 2.23pm





SAR Jaslinda: Faktor keselamatan halang penglibatan orang awam - PMGM - Sinarharian - 5/06 3:49 pm

IPOH -Penglibatan orang awam serta individu bukan anggota Malim Gunung Perhutanan (MGP) tidak dibenarkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih diTapah, disebabkan faktor keselamatan.Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, keputusan itu dibuatmemandangkan laluan Trans Beratih yang menjadi fokus pencarian merupakan trek baharu yang tidak diketahui ramai, termasuk dalam kalangan sebahagian anggota MGP sendiri."Ramai yang tidak menyedari bahawa bukan semua anggota MGP mengetahui laluan tersebut kerana trek itu baru dibuka, ia bukan laluan biasa pendaki. Jadi risiko keselamatan diutamakan."Jika orang awam yang tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran memasuki kawasan itu secara beramai-ramai, kita bimbang lebih banyak insiden atau tragedi berlaku berbanding petunjuk baharu yang diperoleh," katanya ketika dihubungi Bernama mengulas pengumuman tersebut yang dimuat naik menerusi Facebook MGP Perak.Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman Facebook MGP Perak itu, Muzafar berkata, SAR pendaki wanita,Jaslinda Saludin, 49,membabitkan orang awam yang dijadualkan esok telah dibatalkan berikutan isu keselamatan.Muzafar berkata, kebimbangan itu turut dikongsi pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perhutanan negeri yang bersetuju supaya penyertaan dalam operasi dikawal bagi mengelakkan risiko kemalangan."Perjalanan ke lokasi terakhir mangsa dipercayai beradamelalui laluan sebelah Perak yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari setengah untuk berjalan kaki, sekali gus menjadikan operasi pencarian amat mencabar.ARTIKEL BERKAITAN :Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam operasi sebelum ini, pasukan SAR turutmenggunakan pengangkutan helikopter untuk menghantar anggota ke lokasi pencarian kerana jarak yang terlalu jauh dan sukar diakses," katanya.Mengulas mengenai pendekatan baharu operasi, Muzafar berkata, MGP Perak sedang menyelaraskan usaha dengan rakan-rakan daripada MGP Pahang yang merancang memasuki kawasan pencarian melalui laluan Pos Titom di Pahang yang disifatkan lebih dekat ke puncak Gunung Batu Putih."Bagaimanapun, usaha itu masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan termasuk pegawai daerah dan Jabatan Perhutanan di negeri berkenaan."Sebelum ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Team Pelindung di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama komuniti Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom telah beberapa kali menjalankan pencarian di sebelah Pahang, termasuk memasang kamera perangkap serta menelusuri laluan berkemungkinan digunakan mangsa," katanya.Selain itu, beliau juga mencadangkan orang ramai yang ingin membantu supaya menyalurkan sumbangan secara terus kepada komuniti Orang Asli di kawasan sekitar Pos Titom dan Pos Lenjang di Pahang yang terlibat membantu usaha pencarian, memandangkan dana operasi dikendalikan di Perak ketika ini mencukupi."Penglibatan masyarakat setempat khususnya masyarakat Orang Asli amat penting kerana mereka mempunyai pengetahuan mengenai kawasan hutan dan telah banyak membantu usaha pencarian sejak awal operasi dijalankan," katanya.Operasi SAR Jaslinda kini diteruskan secara bersasar dalam skala kecil yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menumpukan kawasan yang dikenal pasti mempunyai potensi petunjuk baharu berhubung kehilangan mangsa





Cubaan padam api gagal, 8 sekeluarga selamatkan diri dari rumah terbakar - Mygazette - 5/06 3:24 pm

"Cuba guna air dan guna alat pemadam api pun tak padam juga. Jadi, saya arahkan anak-anak untuk keluar rumah selamatkan diri dan menghubungi bomba





Pendaki hilang: Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka .. - Mygazette - 5/06 3:24 pm

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya," katanya yang membuat keputusan memberikan kenyataan kepada media selepas adiknya menerima banyak kecaman di media sosial. Pada Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata operasi SAR Jaslindaditeruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)





Kakak dedah sisi sebenar Jaslinda - Sinarharian - 5/06 1:03 pm

Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ahli keluarga merindukan celoteh wanita itu.Jaslinda juga, katanya, merupakan seorang yang aktif sejak muda dengan melakukan aktiviti termasuk menyelam dan berkayuh basikal gunung (MTB) kerana sifatnya yang suka akan alam semula jadi dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan di kota, sekali gus dapat menghilangkan tekanan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatJasima berkata, mereka turut berkongsi minat yang sama, namun kesihatannya tidak mengizinkan untuk terus melakukan aktiviti pendakian."Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia. Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama," katanya.Beliau berkata, Jaslinda telah melakukan banyak pendakian sebelum ini dan antara gunung yang berjaya ditawan ialah Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok dan Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain."Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.Berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala kecil, Jasima berkata beliau sekeluarga tidak pernah putus harapan dan tetap berdoa supaya Jaslinda ditemukan secepat mungkin."Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya (pihak berkuasa) perkembangan kes sebab setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayahOperasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak JaslindaOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hariJaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, Jasima menepis kritikan yang menular dalam media sosial berkaitan pendakian adiknya di Gunung Batu Putih itu, sambil memohon orang ramai menghentikan kecaman tanpa mengetahui keadaan sebenar yang terjadi."Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda yang nilai dia semuanya tidak mengenali dirinya kita tidak tahu perkara yang berlaku ketika itu, hanya mereka yang bersama dengan Jaslinda yang tahu," katanya.Beliau juga memohon maaf sekiranya Jaslinda ada menyakiti mana-mana pihak dan yang penting sekarang ialah berdoa agar adiknya dijumpai dengan segera, bukannya mencari kesalahan atau kebenaran mana-mana pihak."Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya," katanya yang membuat keputusan memberikan kenyataan kepada media selepas adiknya menerima banyak kecaman di media sosial.Pada Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata, operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei





Kilang perkakasan krom musnah terbakar - Sinarharian - 5/06 10:46 am

SHAH ALAM Sebuah kilang perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang menjalankan aktiviti pembuatan perkakasan krom di Kota Kemuning di sini terbakar pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.21 pagi."Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 6.33 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat perkakasan krom."Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar 90 peratus, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi dan kerja-kerja pemadaman smasih dijalankan





Keluarga tepis kecaman, sifatkan Jaslinda baik hati, suka membantu - Sinarharian - 5/06 10:43 am

Bukan saya nak puji, tetapi memang itulah Jaslinda," katanya kepada Bernama sambil memaklumkan ahli keluarga merindukan celoteh wanita itu.Jaslinda juga, katanya, merupakan seorang yang aktif sejak muda dengan melakukan aktiviti termasuk menyelam dan berkayuh basikal gunung (MTB) kerana sifatnya yang suka akan alam semula jadi dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan di kota, sekali gus dapat menghilangkan tekanan.Jasima berkata, mereka turut berkongsi minat yang sama, namun kesihatannya tidak mengizinkan untuk terus melakukan aktiviti pendakian."Gunung Liang ialah gunung terakhir kami mendaki bersama pada 2022 selepas pulang daripada melakukan aktiviti sama di Gunung Rinjani, Indonesia. Kenangan yang paling saya tidak lupakan ialah rancangan kami untuk 'khatam' G7 (Gunung Yong Yap pada 2019) bersama-sama," katanya.Beliau berkata, Jaslinda telah melakukan banyak pendakian sebelum ini dan antara gunung yang berjaya ditawan ialah Gunung Kinabalu, Gunung Semangkok dan Gunung Stong, selain mendaki bukit-bukit lain."Ya, sudah tentu dia telah mendaki lebih 10 tahun, tetapi pengalaman mendaki itu sendiri bukanlah bermaksud untuk bermegah, hebat atau mahir dengan semua perkara," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.Berkenaan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang kini diteruskan dalam skala kecil, Jasima berkata beliau sekeluarga tidak pernah putus harapan dan tetap berdoa supaya Jaslinda ditemukan secepat mungkin."Memang kami sentiasa menunggu atau bertanya (pihak berkuasa) perkembangan kes sebab setiap maklumat itu sangat bermakna untuk kami sekeluarga," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayahOperasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak JaslindaOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hariJaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, Jasima menepis kritikan yang menular dalam media sosial berkaitan pendakian adiknya di Gunung Batu Putih itu, sambil memohon orang ramai menghentikan kecaman tanpa mengetahui keadaan sebenar yang terjadi."Bagaimanapun, dalam banyak kecaman, saya tahu masih ada yang mendoakan Jaslinda yang nilai dia semuanya tidak mengenali dirinya kita tidak tahu perkara yang berlaku ketika itu, hanya mereka yang bersama dengan Jaslinda yang tahu," katanya.Beliau juga memohon maaf sekiranya Jaslinda ada menyakiti mana-mana pihak dan yang penting sekarang ialah berdoa agar adiknya dijumpai dengan segera, bukannya mencari kesalahan atau kebenaran mana-mana pihak."Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pencarian adik saya," katanya yang membuat keputusan memberikan kenyataan kepada media selepas adiknya menerima banyak kecaman di media sosial.Pada Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Abdul Malik Hasim dilaporkan berkata, operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala lebih kecil yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).Sebelum ini, pendaki wanita itu dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei





Dua beradik sempat hubungi Ibu sebelum maut dalam kebakaran - Mygazette - 5/06 7:50 am

Isnin lalu, media melaporkan dua mangsa kebakaran ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di Taman Ehsan Jaya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.06 malam





Lapan cedera Vellfire terbabas di LPT - Sinarharian - 4/06 10:15 pm

MARAN Lapan individu cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 169 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Bukit Tajau menghala ke Chenor pada Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.39 tengah hari.Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi."Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 12.50 tengah hari dan mendapati sebuah Toyota Vellfire terbabas."Terdapat lapan mangsa terlibat terdiri daripada tiga lelaki, dua perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, bagaimanapun semua mangsa tidak tersepit dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan."Semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.





Buletin Cuai Bakar Serat Pokok, 20 Kereta Elektrik Musnah Sekelip Mata .. - Mekanika - 4/06 3:59 pm

# CUAI BAKAR SERAT POKOK, 20 KERETA ELEKTRIK MUSNAH SEKELIP MATA **Sebanyak 20 kenderaan tenaga baharu (NEV) dipercayai model sedan baharu Geely Galaxy A7 musnah dalam satu kebakaran di Dalian, China, selepas seorang warga emas didakwa membakar timbunan bulu poplar yang terkumpul berhampiran kawasan parkir.** Insiden yang berlaku pada 30 Mei lalu di Daerah Ganjingzi itu mencetuskan perhatian ramai apabila rakaman video menunjukkan beberapa kenderaan dilanda api marak dengan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara kawasan berkenaan. Pasukan bomba dan polis yang tiba di lokasi berjaya mengawal kebakaran sebelum ia merebak lebih jauh





Laluan pendakian Gunung Batu Putih ditutup kepada orang awam, beri laluan SAR Jaslinda - Sinarharian - 4/06 2:42 pm

TAPAH - Laluan pendakian di kawasan Gunung Batu Putih ditutup sementara kepada orang awam bagi memberi laluan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang masih diteruskan dalam skala kecil.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penutupan itu dimaklumkan oleh Jabatan Perhutanan Perak bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan"Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perhutanan Perak, kawasan pendakian ini ditutup buat sementara untuk pendakian bagi tujuan rekreasi kepada orang awam."Pihak bomba akan menyelaras sebarang maklumat terkini berkaitan pencarian kes orang hilang ini dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Beliau berkata, selepas Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) ditutup pada Rabu, operasi SAR diteruskan secara lebih tertumpu dengan penglibatan terhad membabitkan JBPM, malim gunung serta komuniti Orang Asli.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraKatanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah akan bertindak sebagai pusat penyelarasan bagi mengumpul maklumat individu atau kumpulan yang ingin terlibat dalam misi pencarian skala kecil."Setiap penyertaan perlu dilaporkan kepada BBP Tapah bagi tujuan mendapatkan kelulusan memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal daripada Jabatan Perhutanan," katanya.Dalam pada itu, Sabarodzi memaklumkan, setakat 4 Mei, seramai lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) JBPM Perak bersama dua malim gunung masih berada di lapangan bagi menjalankan pencarian di sektor ditetapkan."Kesemua anggota ini dijangka keluar dari sektor pencarian pada petang ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisKemalangan maut Simpang Renggam: Jenazah empat sekeluarga dikebumi satu liang lahadJaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.





“Azan Dilaungkan” – SAR Gunung Batu Putih Masuk Hari Ke-12, Bomba Perak Kongsi Perkembangan Terkini - Ohmedia - 4/06 2:10 pm

Operasi SAR Gunung Batu Putih diteruskan dalam skala kecil. The post Azan Dilaungkan SAR Gunung Batu Putih Masuk Hari Ke-12, Bomba Perak Kongsi Perkembangan Terkini appeared first on Oh! Media .





“Tiada unsur jenayah” – Polis Tepis Dakwaan Jaslinda Ada Kaitan Dengan Along - Lobakmerah - 4/06 1:15 pm

Ia disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah Hari ini. Artikel berkaitan:Ramai Tertanya, Bomba Perak Perjelas Sebab Khidmat Anjing K9 […] Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah .





Penunggang motosikal nekad iringi ambulans demi tebus kekesalan - Sinarharian - 4/06 9:30 am

Disebabkan pesakit masih tidak stabil dan bernafas laju, kami perlu membawanya ke hospital dengan kadar segera."Adik ini (Tuan) bantu iringi ambulans dari sebelum Jaya Gading sampai betul-betul lalu pintu masuk HTAA. Kalau bukan asbab beliau, kami tersangkut lama dalam kesesakan dan memberi kesan kepada bayi yang tidak stabil ini," katanya kepada Sinar Harian.Mengulas lanjut, Tuan menjelaskan, sifat kemanusiaan yang tinggi dalam dirinya adalah hasil didikan luar biasa daripada kedua-dua ibu bapa yang juga merupakan penjawat awam barisan hadapan.Ibunya yang merupakan seorang jururawat, Rozita Mohd Gazali, 49, manakala ayahnya pula seorang bomba, Tuan Nor Azham Shah Tuan Yusoff, 56, sering menceritakan kes kemalangan yang terjadi di hadapan mereka."Ibu selalu nasihat, walau macam mana sibuk pun kita, jangan lupa tolong orang sekeliling terutamanya yang berada dalam kecemasan sebab balasan baik itu ada





Dewan PUTIK milik Pas terbakar - Sinarharian - 4/06 7:37 am

KOTA BHARU - Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini yang merupakan milik Pas mengalami kebakaran pada malam Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dewan berkeluasan 37.16 meter persegi berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 10 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II, Fadhely Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.Menurut beliau, jentera tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah dewan di kompleks berkenaan."Sebaik tiba, anggota mendapati berlaku kebakaran pada sebuah dewan dan terus menjalankan operasi pemadaman."Api berjaya dikawal pada jam 10.39 malam dan kebakaran hanya memusnahkan kira-kira 10 peratus struktur dewan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ujar beliau, seramai 20 anggota daripada BBP Pengkalan Chepa terlibat dalam operasi itu bersama empat jentera dan sebuah lori tangki air.Sementara itu Penyelia PUTIK, Raja Roslan Raja Yaacob memberitahu, beliau mengetahui mengenai kebakaran terbabit selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan sekitar jam 9.30 malam."Ia hanya melibatkan kemusnahan kecil sahaja dan kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas," katanya.





SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil ??? Polis - Mygazette - 4/06 7:30 am

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan SAR dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, yang berlangsung pada Rabu. Katanya, SAR yang diteruskan dalam skala kecil berkuat kuasa pada Khamis hanya akan melibatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) SAR Orang Hilang





Warga emas hilang ketika cari sarang burung ditemukan selamat – Bomba - Mygazette - 4/06 7:30 am

# Warga emas hilang ketika cari sarang burung ditemukan selamat - Bomba LAHAD DATU - Seorang warga emas Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung minggu lepas, ditemukan selamat oleh pekerja ladang di kawasan berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di sini





Pelatih pusat latihan kemahiran lemas di Air Terjun Chemerong - Mygazette - 4/06 7:30 am

# Pelatih pusat latihan kemahiran lemas di Air Terjun Chemerong DUNGUN - Seorang pelatih di sebuah pusat latihan kemahiran di Kuala Terengganu ditemukan lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Air Terjun Chemerong, Hulu Dungun di sini hari ini. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Pegawai Bomba Kanan II Osman Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.49 tengah hari





Polis sahkan tiada unsur jenayah kehilangan Jaslinda - Mygazette - 4/06 7:30 am

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media Operasi SAR Mangsa Hilang Gunung Batu Putih di IPD Tapah, di sini pada Rabu. Hadir sama Pegawai Pemerintah Batalion Tiga Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhar Hashim serta Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad





Warga emas hilang di Jempol ditemukan selamat selepas empat hari operasi .. - Mygazette - 4/06 7:30 am

# Warga emas hilang di Jempol ditemukan selamat selepas empat hari operasi SAR JEMPOL - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas memasuki kebun sawit di Felda Palong 3 sejak Ahad lepas ditemukan selamat hari ini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari keempat. Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Jefri Jamal berkata mangsa Abdullah Alias, 78, ditemukan pada 12.10 tengah hari tadi di kawasan ladang sawit Palong 4 oleh seorang pekerja ladang, kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang





Wajibkan tempoh minimum daki gunung - Utusan - 4/06 6:55 am

Langkah itu penting bagi mengawal trend pendaki yang mengejar compress hike atau pendakian singkat yang lazimnya mengabaikan aspek keselamatan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, beberapa negeri ..





Operasi SAR Jaslinda: Fokus maklumat, petunjuk baharu - Sinarharian - 3/06 6:32 pm

TAPAH Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini memberi tumpuan kepada pencarian berasaskan maklumat dan petunjuk baharu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan bomba yang kini mengetuai operasi akan mengumpul serta menilai setiap input terkini bagi memastikan gerakan lebih tersusun dan berfokus."Dalam skala operasi yang lebih kecil ini, kita akan bertindak berdasarkan maklumat baharu termasuk sebarang penemuan atau input daripada komuniti setempat, Orang Asli dan malim gunung yang masih aktif membantu pencarian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Penyelarasan SAR yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Rabu.Mesyuarat berkenaan memutuskan operasi SAR diteruskan dalam skala kecil dengan penglibatan agensi serta anggota yang terhad.Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, susulan pengecilan operasi, semua pergerakan masuk ke kawasan hutan simpan kekal terbabit perlu mendapat kebenaran dan diselaraskan bersama Jabatan Perhutanan.Katanya, sukarelawan atau mana-mana individu yang ingin membantu perlu melaporkan diri di Pusat Kawalan Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Tapah sebelum memasuki kawasan pencarian."Sebelum ini, operasi dijalankan secara bersama melibatkan semua agensi, namun apabila skala dikecilkan, penyelarasan dengan Jabatan Perhutanan perlu dilakukan bagi menentukan kaedah kemasukan pasukan kecil ke lokasi pencarian," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayahOperasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak JaslindaOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hariJaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, beliau berkata, ketika ini seramai 10 anggota terdiri daripada lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan dua malim gunung masih berada di kawasan pencarian bagi meneruskan operasi di sektor yang dikenal pasti berhampiran puncak Gunung Batu Putih.Katanya, penggunaan aset udara pula tidak lagi dilaksanakan secara tetap, sebaliknya bergantung kepada keperluan semasa."Penggunaan pesawat adalah berdasarkan permintaan





Ramai Tertanya, Bomba Perak Perjelas Sebab Khidmat Anjing K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda - Lobakmerah - 3/06 4:08 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





“Doa Kami Sihat Pun Dah Lebih Daripada Cukup, Selagi Tak Demam..” – Pasukan SAR Jaslinda - Beautifulnara - 3/06 3:33 pm

Tak komen apa pun tak pa, doa kami sihat pun dah lebih daripada cukup. Demikian luahan seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi akaun TikTok @Kopihangit yang kini terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49





Operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil - Sinarharian - 3/06 3:32 pm

TAPAH - [DIKEMAS KINI] Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, diteruskan dalam skala kecil bermula Khamis.Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Penyelarasan SAR yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Rabu.Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, operasi pencarian akan disusun semula dengan penglibatan anggota dan agensi yang lebih terhad, diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)."Operasi ini tidak diberhentikan





Lelaki dilarang mandi di Empangan Batang Ai ditemukan lemas - Mygazette - 3/06 3:20 pm

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Inspektor Harper Kenol serta anggota lain kemudian telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR). Pasukan SAR turut melibatkan pelbagai agensi terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia





Lelaki cuba seberang Sungai Pahang ditemukan lemas - Mygazette - 3/06 3:20 pm

Mayat mangsa, Shamsul Azmi Ishury, 41 ditemukan dalam keadaan terapung di sungai itu kira-kira jam 9.35 pagi pada jarak 2.2 kilometer dari Kampung Loyang, Temerloh. Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut





Enam kedai musnah dalam kebakaran di Tanjong Karang - Mygazette - 3/06 3:20 pm

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.27 malam





Mayat bilal masjid ditemukan lemas 2.2km dari lokasi hilang - Sinarharian - 3/06 3:18 pm

TEMERLOH - Mayat seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap ditemukan lemas pada pagi Rabu.Mayat mangsa, Samsul Azmi Ishury, 41, ditemukan pada jam 9.35 pagi di Sungai Pahang berhampiran Kampung Loyang, kira-kira 2.2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas operasi disambung semula pada jam 7.43 pagi."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Pengesan K9 menjalankan pencarian di sekitar lokasi kejadian sebelum mangsa ditemukan pada jam 9.35 pagi."Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, operasi SAR membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, lima anggota PPDA BBP Bukit Angin serta empat anggota Unit K9 bersama seekor anjing pengesan.Turut membantu ialah lapan anggota polis, 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 37 penduduk kampung dengan menggunakan 17 bot.Terdahulu, mangsa yang juga bilal sebuah masjid di Kampung Lipat Kajang dilaporkan hilang selepas dipercayai berenang menyeberangi Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus.Kehilangan mangsa disedari selepas motosikal dan barangan peribadinya ditemukan di tebing sungai, manakala saksi memaklumkan melihat mangsa berenang di kawasan berkenaan sebelum kejadian.





Mayat bilal masjid ditemukan lemas 2.2 kilometer dari lokasi hilang - Sinarharian - 3/06 3:18 pm

TEMERLOH - Mayat seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap ditemukan lemas pada pagi Rabu.Mayat mangsa, Samsul Azmi Ishury, 41, ditemukan pada jam 9.35 pagi di Sungai Pahang berhampiran Kampung Loyang, kira-kira 2.2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas operasi disambung semula pada jam 7.43 pagi."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama Unit Pengesan K9 menjalankan pencarian di sekitar lokasi kejadian sebelum mangsa ditemukan pada jam 9.35 pagi."Mayat mangsa kemudian dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, operasi SAR membabitkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, lima anggota PPDA BBP Bukit Angin serta empat anggota Unit K9 bersama seekor anjing pengesan.Turut membantu ialah lapan anggota polis, 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 37 penduduk kampung dengan menggunakan 17 bot.Terdahulu, mangsa yang juga bilal sebuah masjid di Kampung Lipat Kajang dilaporkan hilang selepas dipercayai berenang menyeberangi Sungai Pahang sebelum dihanyutkan arus.Kehilangan mangsa disedari selepas motosikal dan barangan peribadinya ditemukan di tebing sungai, manakala saksi memaklumkan melihat mangsa berenang di kawasan berkenaan sebelum kejadian.





Tong gas memasak meletup, lelaki melecur separuh badan - Kosmo - 3/06 2:55 pm

ALOR GAJAH – Seorang lelaki melecur hampir 50 peratus pada bahagian anggota badan selepas gas petroleum cecair (LPG) di kediamannya meletup secara tiba-tiba di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, pagi tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd





Lelaki maut tercampak, tersangkut pada dahan kelapa sawit - Kosmo - 3/06 2:49 pm

Kejadian kira-kira pukul 10.58 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah lori. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad ..





Tong gas meletup di rumah, lelaki melecur dikejarkan ke hospital - Sinarharian - 3/06 1:35 pm

ALOR GAJAH - Seorang lelaki melecur kira-kira 50 peratus pada anggota badan selepas terkena letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini hari ini.Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.26 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah digerakkan ke lokasi."Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah berkenaan mengalami kecederaan selepas berlaku letupan secara tiba-tiba di bahagian dapur rumah itu."Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.Zulkhairani berkata, sebelum kejadian, mangsa yang difahamkan baru pulang dari kampungnya di Pahang, mendengar bunyi dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di dalam rumah dan membuat pemeriksaan terhadap tong gas memasak.Beliau berkata, ketika mangsa melakukan pemeriksaan, berlaku satu letupan secara tiba-tiba yang menyebabkannya mengalami kecederaan melecur dan kerosakan serius pada rumah berkenaan."Letupan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah selain menjejaskan struktur bangunan, termasuk pintu, tingkap, siling dan pendawaian elektrik."Operasi pemantauan dan pemeriksaan keselamatan turut dijalankan bagi memastikan tiada risiko kebocoran gas susulan selain membantu siasatan berhubung kejadian itu," katanya.Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian disyaki berpunca daripada kebocoran gas LPG yang terkumpul di dalam rumah sebelum berlaku letupan dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi menentukan punca sebenar kejadian





Lima sekeluarga termasuk bayi perempuan maut kemalangan - Sinarharian - 3/06 1:17 pm

KUCHING - Lima sekeluarga termasuk seorang bayi perempuan maut dalam kemalangan di Jalan Baki Lama-Ensengei, Serian, pagi ini.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.41 pagi.Menurut kenyataan itu, kenderaan dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebatang paip air."Mangsa maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dan seorang bayi perempuan."Pasukan bomba telah mengeluarkan empat mangsa dewasa dari kenderaan, manakala bayi perempuan ditemukan oleh orang awam berhampiran lokasi kejadian, dan dipercayai tercampak dari kenderaan semasa kemalangan," menurut JBPM Sarawak.Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut





Lelaki maut tercampak keluar kereta, tersangkut di dahan kelapa sawit - Sinarharian - 3/06 1:16 pm

GUA MUSANG Seorang lelaki maut selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya sebelum ditemukan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit di Kampung Panggong Jaya di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 10.58 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhamad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut pada jam 11 pagi sebelum sebuah jentera bersama pasukan penyelamat dikejarkan ke lokasi.Menurut beliau, anggota bomba tiba di tempat kejadian pada jam 11.11 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Axia serta lori."Sebaik tiba, kami mendapati seorang mangsa lelaki tercampak keluar dari kereta dan tersangkut di dahan pokok kelapa sawit berhampiran lokasi kemalangan."Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Ujar beliau, operasi itu turut melibatkan sembilan anggota BBP Gua Musang dengan bantuan Polis.Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.50 pagi selepas keadaan disahkan selamat.





Kenapa Unit K9 Tidak Digunakan Dalam SAR Jaslinda? Bomba Kongsi Sebabnya - Vocket - 3/06 11:57 am

Dalam pada orang ramai... The post Kenapa Unit K9 Tidak Digunakan Dalam SAR Jaslinda? Bomba Kongsi Sebabnya appeared first on VOCKET .





Kenapa Unit K9 Tidak Digunakan Dalam SAR Jaslinda? Bomba Kongsi Sebabnya - Hotfm - 3/06 11:57 am

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Gunung Batu Putih yang sedang giat dijalankan terus mendapat perhatian penuh daripada seluruh rakyat Malaysia.





Two-year-old girl among five killed in singlevehicle crash in Serian - BorneoPost - 3/06 11:18 am

KUCHING (June 3): Five people, including a two-year-old girl, were killed in a single-vehicle crash along Jalan Baki Lama-Ensengei in Serian this morning. According to the Sarawak Fire and Rescue Department (Bomba), firefighters from the Serian fire station were dispatched to the scene after receiving an emergency call at 8.41am





'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih - Sinarharian - 3/06 11:09 am

Kita juga perlu merentasi beberapa sungai walaupun paras airnya tidak terlalu dalam."Kalau orang yang tidak biasa menggunakan laluan ini, perjalanan akan menjadi lebih lambat, namun bagi kami yang pernah melaluinya, kami tahu arah dan cara untuk bergerak," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.Beliau berkata, laluan yang digunakan akan melalui kawasan perkampungan Orang Asli seperti Kampung Lubuk Petai dan Kuala Telum yang menjadi antara akses ke puncak Gunung Batu Putih.Menurutnya, laluan tersebut merupakan trek biasa digunakan penduduk Orang Asli untuk mencari hasil hutan, namun tidak sesuai untuk pendaki tanpa pengetahuan mendalam."Kami tahu laluan ini kerana sering digunakan untuk mencari hasil hutan. Dua bulan lalu, saya bersama anak lelaki saya keluar masuk kawasan ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuTerdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon memaklumkan, lebih 22 penduduk Kampung Orang Asli Ampang Woh menyertai misi SAR di Gunung Batu Putih dengan memfokuskan kawasan di luar trek utama antara Kem Sukaneka dan Gunung Rayu.Seorang lagi penduduk, Rizuan Suhaimi, 25, berkata, pengalaman keluar masuk hutan sejak kecil menjadi kelebihan buat dirinya untuk menelusuri kawasan berkenaan dalam membantu operasi SAR.Katanya, persiapan rapi dilakukan termasuk menyediakan bekalan makanan dan ubat-ubatan."Kami bawa bekalan secukupnya kerana tidak tahu berapa lama akan berada di dalam hutan," katanya.Menurut Rizuan, faktor masa dan keletihan perlu diambil kira kerana perjalanan yang panjang dan mencabar boleh memberi kesan kepada fizikal pasukan."Kita bukan berjalan di laluan biasa, banyak bukit perlu didaki





Bomba Jelas Sebab Khidmat Anjing Pengesan K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda - Siakapkeli - 3/06 10:46 am

Bomba Jelas Sebab Khidmat Anjing Pengesan K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda Kehilangan Jaslinda Saludin di kawasan Gunung Batu Putih





Lelaki maut, percutian bersama keluarga bertukar tragedi - Sinarharian - 3/06 9:41 am

KUCHING - Aktiviti beriadah bersama keluarga sempena cuti sekolah bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemukan lemas di kawasan Empangan Batang Ai, Lubok Antu, semalam.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa Rudie Lan, 31, ditemukan pada 9.41 malam tadi oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di kedalaman kira-kira lima meter dan dalam radius satu meter dari lokasi terakhirnya."Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis pada 9.55 malam untuk tindakan lanjut sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya pada 10.08 malam," katanya dalam kenyataan malam tadi.Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi.Berdasarkan maklumat pengadu, ketika kejadian mangsa sedang beriadah bersama keluarganya dan dipercayai terjun ke dalam air untuk mandi, sebelum gagal dikesan





Sistem `sprinkler’ selamatkan premis di pusat beli-belah daripada .. - Mygazette - 3/06 8:20 am

# Sistem `sprinkler' selamatkan premis di pusat beli-belah daripada kebakaran KUALA LUMPUR Sistem _sprinkler_ yang berfungsi dengan baik berjaya mengawal dan memadam kebakaran melibatkan panel lampu LED di pusat beli-belah My Town di ibu negara sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat, petang tadi





Orang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hari - Sinarharian - 2/06 8:19 pm

TAPAH - Sekumpulan Orang Asli dari Pos Titom, Hulu Jelai, Pahang tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih secara sukarela sejak empat hari lalu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 13 individu daripada kumpulan berkenaan dikesan berada di sekitar Gunung Rayu bagi membantu usaha pencarian mangsa.Menurutnya, kumpulan tersebut dipercayai sebahagian daripada Pasukan Pelindung di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang aktif menjalankan aktiviti di kawasan hutan.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat"Mereka ini telah memulakan usaha pencarian secara sukarela sejak empat hari lalu di kawasan Gunung Rayu."Pasukan SAR yang beroperasi di kawasan itu telah bertemu dengan kumpulan berkenaan ketika menjalankan operasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu dilaporkan berhubung penemuan mangsa, dengan operasi pencarian masih diteruskan seperti hari sebelumnya.Menurutnya, pasukan SAR yang diturunkan menggunakan pesawat MI-17 semalam masih berada di lokasi bagi meneruskan usaha pencarian dan dijangka keluar pada tengah hari Rabu."Tiada penambahan pasukan baharu sama ada melalui udara atau darat pada hari ini," katanya.Mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Tangguh atau teruskan operasi SAR Jaslinda diputuskan esok - Sinarharian - 2/06 7:02 pm

TAPAH Keputusan sama ada meneruskan atau menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49, akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas melibatkan pelbagai agensi pada Rabu.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, keputusan dibuat berdasarkan hasil perbincangan bersama agensi terlibat dengan mengambil kira perkembangan terkini operasi di lapangan.Menurutnya, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta agensi berkaitan lain."Kita akan berbincang bersama semua agensi terlibat dan melihat kepada penemuan-penemuan sepanjang operasi dijalankan."Daripada situ, kita akan tentukan sama ada operasi pencarian ini diteruskan untuk beberapa hari lagi atau ditangguhkan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Beliau berkata, sehingga kini, operasi SAR di lokasi masih diteruskan dengan kekuatan anggota pelbagai agensi termasuk Malim Gunung Perhutanan."Seramai 24 anggota SAR yang dihantar sejak semalam masih berada di lokasi."Komuniti Orang Asli turut membantu operasi dengan anggaran sekitar 22 orang, namun jumlah sebenar masih belum dapat disahkan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.





Penunggang motosikal maut terbabas masuk gaung di Gerik - Sinarharian - 2/06 3:05 pm

GERIK Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter dalam kejadian di Puncak Gerik, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini pada Selasa.Mangsa, Amir Afiq Adnan, 26, beralamat dari Bachok, Kelantan yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 10.09 pagi.Menurutnya, berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum jatuh ke dalam gaung berkenaan."Ketua operasi melakukan penilaian awal di lokasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat."Mangsa dibawa naik ke atas jalan menggunakan pengusung melalui laluan longkang bertingkat di lebuh raya berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.Operasi yang melibatkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik itu tamat sepenuhnya pada jam 11.58 pagi.





Lelaki dihanyut arus ketika menyeberang Sungai Pahang - Mygazette - 2/06 3:02 pm

Mangsa dikenali sebagai Samsul Azmi Ishury, 41, dipercayai sedang berenang merentasi sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus dan hilang daripada pandangan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh digerakkan ke lokasi





Dua maut, seorang cedera dalam nahas di Baling - Mygazette - 2/06 3:02 pm

BALING - Dua pemandu maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas di Kampung Batu Tujuh, Binjul, Kuala Ketil di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.22 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi





Kilang pengeluar peralatan transformer di Semenyih terbakar - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Kilang pengeluar peralatan transformer di Semenyih terbakar **SEMENYIH** Sebuah kilang yang menghasilkan bahan dan peralatan transformer untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kawasan Perindustrian Sungai Purun, Jalan Bangi Lama di sini, mengalami kebakaran awal pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.29 pagi





Pendaki hilang: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm

# Pendaki hilang: Awan berkelompok, angin kuat antara cabaran hantar, ambil pasukan penyelamat TAPAH - Keadaan awan berkelompok, tiupan angin kuat dan ruang yang sempit dikelilingi pokok tebal antara cabaran operasi udara dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih di sini. Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata operasi yang digerakkan menggunakan pesawat buatan Rusia, MI-17 dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu semalam melibatkan proses 'winching'





Dua beradik berlumba akibatkan lima maut dalam nahas lima kenderaan Dua .. - Mygazette - 2/06 3:02 pm

Dua suspek berkenaan katanya, yang merupakan adik beradik akan mohon untuk ditahan reman di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pukul 10.30 pagi ini. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, kemalangan itu berlaku di hadapan penjara Simpang Renggam




Reformasi     >>



PDRM jelaskan apa sebenarnya berlaku di Balai Kediaman .. - Harapandaily
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota polis di kawasan pintu masuk Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin semalam bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan keselamatan awam dan pematuhan kepada undang-undang. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk ..
Kroni     >>



Haziq tegas penting nilai ‘esprit de .. - Harakahdaily
KANGAR: Pentadbiran kerajaan yang mempunyai hala tuju merupakan asas kepada keyakinan rakyat untuk melihat ketelusan, jujur, berintegriti, cekap dan berkesan dalam menyampaikan perkhidmatan. Haziq Asyraf Dun (PN-Beseri) berkata, nilai ‘esprit de corps’ atau semangat setia kawan dalam pasukan ..
Tabloid     >>



Pelanggan biadab tinggalkan nota pada resit .. - Mydateline
Satu resit pesanan tular selepas seorang pelanggan memesan makanan menerusi platform ShopeeFood dan meninggalkan nota pesanan yang berbunyi sangat biadab. Dalam resit tersebut, pelanggan meminta ... Baca Artikel Penuh
Tech     >>



The new AI Siri will require a waitlist to try, new .. - Gsmarena
On Monday, June 8, Apple will unveil iOS 27, which is widely rumored to contain the revamped AI-infused Siri powered by Google's Gemini models. This has been a very long time coming, with the company first announcing an AI Siri back in June of 2024. That has seen delay after delay, but it's now ..
World     >>



Iran war live: Iranian missiles target Kuwait, Bahrain .. - Aljazeera
The United Nations reports that 1.4 million people are in need of aid in Lebanon amid Israel's attacks on the country.
Motor Trend     >>



Buletin Suzuki Fronx Sport Kini Ditawarkan Pada Harga .. - Mekanika
# SUZUKI FRONX SPORT KINI DITAWARKAN PADA HARGA BERMULA RM130K **Naza Eastern Motors mengumumkan harga baharu untuk Suzuki Fronx di Malaysia, sekali gus menjadikan SUV kompak itu jauh lebih kompetitif dalam segmennya. ** Sebelum ini dilancarkan pada harga sekitar RM148,888, Suzuki Fronx Sport ..