| /// |
|
| Search : Bbp News | Page 1 |
|
Hutan seluas dua hektar di Pelabuhan Klang terbakar Hutan seluas dua .. - Mygazette - 15/08 9:26 pm Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 1.24 tengah hari. Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang tiba di lokasi lima minit kemudian |
|
Helikopter terbakar ketika ujian enjin di Subang, empat selamat - Mygazette - 15/08 9:26 pm Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat individu yang berada dalam helikopter berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan selamat. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian |
|
Tiga beranak etnik Rohingya maut dalam kebakaran rumah - Mygazette - 15/08 9:26 pm Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran rumah itu pada jam 5.17 pagi. Katanya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, BBP Kuala Kurau serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Serai diatur gerak ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran |
|
Bomba padam kebakaran hutan lebih dari dua hektar di Pelabuhan Klang - SUN - 15/08 9:00 pm Bomba Pelabuhan Klang bertindak pantas memadamkan kebakaran hutan seluas 2.02 hektar di Kawasan 13, dibantu jentera dan anggota BBP Sri Andalas. |
|
Kakitangan JPS maut tudung terbelit 'roll gate' kunci air - Sinarharian - 15/08 6:55 pm SABAK BERNAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerjaJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudung dipakainya terbelit pada 'roll gate' dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, mangsa wanita berusia 56 tahun ditemukan terbaring di atas 'gate' kunci air berkenaan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.35 petang.Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam tiba di lokasi tiga minit kemudian."Komander operasi melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun yang merupakan pekerja kunci air JPS ditemukan terbaring di atas gate kunci air."Siasatan awal mendapati tudung kepala mangsa telah terbelit pada 'roll gate'," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mayat mangsa kemudiannya menunggu tindakan dan siasatan lanjut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.Menurutnya, seramai lima anggota BBP Sabak Bernam bersama sebuah jentera LFRT terlibat dalam operasi berkenaan. |
|
Tak sempat lari, tiga beranak rentung rumah terbakar - Sinarharian - 15/08 11:24 am BAGAN SERAI - Tiga beranak ditemukan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Serai Maju di sini pada Sabtu.Dalam kejadian dilaporkan jam 5.17 pagi itu, mangsa, Mohd Yunus Nor Ali, 27 bersama dua anak lelakinya, Muhammad Woheed, 6, dan Mohamad Aheed, 3, ditemukan dalam sebuah bilik yang sedang terbakar.Isteri mangsa, Saniya Jahan Juma Abul Kasim, 24, pula ditemukan di luar rumah dalam keadaan melecur pada tangan dan kaki.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menerusi talian MERS 999.Menurutnya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, BBP Kuala Kurau serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bagan Serai dikejarkan ke lokasi."Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.30 pagi dan mendapati sebuah rumah jenis Kelas A sedang marak terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 70 peratus."Rumah berkenaan mempunyai dua bilik dan dihuni tujuh warga asing," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sayani berkata, maklumat awal mendapati, terdapat tiga mangsa masih terperangkap di dalam rumah sebelum anggota bomba segera menjalankan operasi menyelamat.Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan operasi mencari mangsa di dalam rumah menggunakan konsep RECEO (Rescue, Exposure, Confinement, Extinguishment, Overhaul)."Ketiga-tiga mangsa ditemui dalam sebuah bilik pertama yang sedang terbakar dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mereka telah meninggal dunia," katanya.Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan satu aliran hos 100 kaki dengan satu pancutan serta satu aliran salur bantu mula (hose reel), manakala sumber air diperoleh daripada tangki jentera bomba dan parit berhampiran."Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.20 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.35 pagi sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Sayani berkata, pasukan Forensik Kebakaran JBPM Perak membabitkan enam pegawai turut berada di lokasi bagi menjalankan siasatan."Hasil penemuan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di bilik pertama, iaitu bilik tempat ketiga-tiga mangsa ditemukan."Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.Operasi berkenaan membabitkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 24 anggota bomba, enam anggota PBS, tujuh anggota polis serta tiga petugas KKM. |
|
Warga emas maut terkena renjatan elektrik - Sinarharian - 15/08 10:11 am TAWAU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Kinabutan Ria di sini, pada petang Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 60-an ditemukan dalam keadaan tertiarap di tanah dan tidak sedarkan diri.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.09 pagi.Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 10 kilometer dari BBP Tawau."Menurut laporan, terdapat seorang mangsa tertiarap di atas tanah dan dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pasukan bomba meminta bantuan pihak Sabah Electricity memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan seterusnya pasukan bomba mengambil mangsa |
|
Tragedi awal pagi, tiga sekeluarga maut - Sinarharian - 15/08 9:20 am KUANTAN - Pasangan suami isteri bersama seorang anak lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran dua rumah di Desa Mawar 2, Muadzam Shah pada awal pagi Sabtu.Dua lagi anak pasangan itu dan enam sekeluarga dari sebuah lagi rumah terbakar dilaporkan selamat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 4.11 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah ke lokasi yang berada tiga kilometer dari balai untuk operasi pemadaman.Menurutnya, operasi dibantu anggota balai bantuan, BBP Chini."Komander operasi melaporkan, kebakaran melibatkan dua rumah bersebelahan."Salah sebuah rumah terlibat musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah musnah 70 peratus dan melibatkan mangsa," katanya.Mohd Salahuddin berkata, rumah yang musnah terbakar dihuni lima sekeluarga termasuk tiga yang terkorban manakala rumah berikutnya dihuni enam sekeluarga yang semuanya selamat."Anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula air dari pam jentera dan dua aliran hos dari air pili bomba."Pasukan bantuan dari BBP Chini bertindak membuat overhaul dan mencari mangsa yang terperangkap," katanya. |
|
Stor kabel elektrik musnah terbakar - Sinarharian - 14/08 8:01 am SHAH ALAM - Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik di Jalan Kunci Air, Padang Jawa di sini musnah terbakar pada Khamis.Penolong Kanan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.11 malam."Seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang Selatan serta Bukit Jelutong bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ashrul Riezal berkata, pihaknya tiba di lokasi sembilan minit kemudian, mendapati kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan kabel elektrik bangunan kelas C."Anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan bangunan."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan," katanya. |
|
Lelaki melecur kebakaran dapur kantin sekolah - Mygazette - 13/08 3:45 pm Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 11.28 pagi. Susulan itu, katanya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya turut dibantu BBP Petaling Jaya bersama tiga jentera untuk tindakan lanjut |
|
Kilang baja, penyimpanan minyak musnah dalam kebakaran di Shah Alam - Mygazette - 13/08 3:45 pm Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) SelangorAshrul Riezal Asbar berkata premisberkeluasan 40100 kaki persegi itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan, dengan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada 10.49 malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi 10 minit kemudian |
|
Warga emas, anak saudara maut dalam kebakaran rumah kedai di Klang - Mygazette - 13/08 7:55 am Ashrul Riezal berkata mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10.15 malam untuk tindakan lanjut. Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam dengan penglibatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Andalas |
|
Warga emas, anak saudara maut dalam kebakaran rumah kedai di Klang - Sinarharian - 12/08 11:45 pm SHAH ALAM - Seorang warga emas dan anak saudara lelakinya berusia lapan tahun maut, manakala dua lagi mangsa mengalami sesak nafas dalam kebakaran sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana, Klang, dekat sini, petang tadi.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kedua-dua mangsa lelaki berusia 66 tahun dan kanak-kanak berusia lapan tahun itu ditemukan dalam dua tandas berasingan di tingkat dua bangunan berkenaan selepas operasi pemadaman selesai pada 6.33 petang.Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.51 petang."Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.Ashrul Riezal berkata, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 10.15 malam untuk tindakan lanjut.Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.05 malam dengan penglibatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Andalas |
|
Tragedi Sungai Kelantan: Luth Naiman ditemukan lemas, rakan masih hilang - Sinarharian - 12/08 10:17 am KUALA KRAI - Salah seorang daripada dua pelajar Tingkatan Dua yang dikhuatiri hilang di Sungai Kelantan, berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa ditemukan lemas pada Rabu.Mangsa, Luth Naiman Mohd Noor Aziron, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1 ditemukan kira-kira jam 9.10 pagi pada jarak 50 meter dari lokasi dia hilang.Sementara itu rakannya, Mohd Rayyan Hakimi masih belum ditemukan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Kanan, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, mangsa ditemukan pada kedalaman tiga meter."Mayat mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga serta pihak polis untuk tindakan lanjut."Jenazah akan dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.Terdahulu Sinar Harian melaporkan dua pelajar Tingkatan Dua dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi bersama tiga lagi rakan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Batu Mengkebang, Jalan Batu Lada, Aur Duri di sini pada Selasa.Dua remaja berkenaan dikenali sebagai Mohd Rayyan Hakimi dan Luth Naiman Mohd Noor Aziron masing-masing berusia 14 tahun.Menurut Nik Ahmad Asham, seramai 12 anggota dari Unit Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor serta Kuala Krai telah ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat. |
|
Two 14-year-old boys feared drowned while swimming in river - Sinardaily - 12/08 9:22 am KOTA BHARU Two 14-year-old boys were feared drowned while swimming in a river at Kampung Batu Lada Aur Duri, Kuala Krai, yesterday.A spokesperson for the Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) Operations Centre said the department received a distress call at 6.39pm and firefighters from the Kuala Krai Fire and Rescue Station (BBP) were dispatched to the scene.The team arrived at 6.46pm and found that both victims were feared to have drowned while swimming in the river."The operation, involving seven personnel from the Kuala Krai BBP, was hampered by heavy rain when firefighters arrived at the scene."The two victims have been identified as Rayyan Hakimi and Luth Naim |
|
Dua remaja 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kuala Krai - Mygazette - 12/08 8:16 am # Dua remaja 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kuala Krai KOTA BHARU - Dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Batu Lada Aur Duri, Kuala Krai petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.39 petang sebelum mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi |
|
Pemandu maut dalam nahas empat lori - Mygazette - 12/08 8:15 am Tambah beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan I Ramli Said berkata, seramai 11 anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian |
|
Mayat kanak-kanak Indonesia lemas di Subang Jaya ditemui hari ini - Mygazette - 11/08 3:17 pm # Mayat kanak-kanak Indonesia lemas di Subang Jaya ditemui hari ini KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun yang dikhuatiri lemas akhirnya ditemui hari ini pada jarak kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, Subang Jaya semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.59 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan anggota BBP Subang Jaya |
|
Hanyut tiga kilometer, kanak-kanak tujuh tahun ditemukan meninggal dunia - Sinarharian - 11/08 2:04 pm SUBANG JAYA - Kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah di sini pada Isnin, ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadianhari ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada jam 10.59 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan anggota BBP Subang Jaya.Menurutnya, mayat itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Bomba pada jam 12 tengah hari untuk proses pengecaman oleh ibu bapa mangsa dan disahkan adalah anak mereka."Mayat kanak-kanak terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dibawa ke Hospital Serdang."Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.20 tengah hari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung hari ini dengan kawasan pencarian diperluaskan melebihi lapan kilometer menghala ke Sri Muda dan Sungai Kandis.Katanya, operasi itu menggunakan tiga bot JBPM dengan kaedah pencarian di permukaan air bagi mengesan mangsa membabitkan sembilan anggota, selain aset termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua bot dan sebuah pikap.Menurutnya, antara cabaran dihadapi pasukan SAR ialah keadaan arus sungai yang deras dan kemungkinan hujan di kawasan hulu, yang boleh menyebabkan arus bertambah laju.Selain itu, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai jeram semula jadi, menyebabkan bot tidak dapat melalui laluan berkenaan dan terpaksa dipindahkan menggunakan treler.Semalam, media melaporkan JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.06 malam sebelum operasi SAR diaktifkan bagi mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian.Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 6.30 petang ketika bermain bersama rakan-rakannya.. |
|
Arus deras, jeram semula jadi cabaran operasi cari kanak-kanak disyaki lemas - Bomba - Sinarharian - 11/08 11:25 am SUBANG JAYA Keadaan arus sungai yang deras serta kewujudan beberapa jeram semula jadi menjadi cabaran pasukan bomba dalam usaha mengesan kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tujuh tahun yang dikhuatiri lemas di sini pada Isnin.Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam sungai ketika bermain bersama rakan-rakannya berhampiran sebuah pasar raya di Persiaran Subang Indah kira-kira jam 6.30 petang Isnin.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pencarian diperluaskan mengikut laluan arus sungai sehingga melebihi lapan kilometer menghala ke Sri Muda dan Sungai Kandis berikutan keadaan arus yang laju."Pencarian dibahagikan kepada tiga sektor dan menggunakan tiga bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi kaedah pencarian di permukaan air."Tiga bot diturunkan di lokasi mengikut sektor bagi meneruskan usaha mengesan mangsa pada jam 3 pagi tadi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Ashrul Riezal berkata, pada jam 9.25 pagi Selasa, anggota menjalankan pencarian di pusat pemeriksaan kedua iaitu laluan menghala ke Puchong menggunakan bot menerusi kaedah pencarian di permukaan air."Antara cabaran dihadapi pasukan penyelamat ialah kebimbangan hujan di kawasan hulu yang boleh menyebabkan keadaan arus menjadi semakin deras," katanya.Menurutnya, selain itu, terdapat beberapa kawasan yang mempunyai jeram semula jadi menyebabkan bot tidak dapat melalui laluan berkenaan."Keadaan itu memaksa pasukan penyelamat memindahkan bot menggunakan treler bagi meneruskan pencarian."Operasi membabitkan sembilan anggota dengan aset sebuah jentera, dua bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda," katanya.Pada Isnin media melaporkan, JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.06 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi.Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang. |
|
Budak lelaki dikhuatiri lemas jatuh sungai - Sinarharian - 10/08 10:54 pm KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Persiaran Subang Indah, bersebelahan sebuah pasar raya, di Subang Jaya, malam ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8.06 malam.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 10 minit kemudian."Berdasarkan laporan awal Komander Operasi, mangsa yang merupakan warga Indonesia dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira jam 6.30 petang ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya," katanya dalam kenyataan.Ashrul Riezal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi kaedah pencarian di permukaan air kini giat dijalankan di sekitar lokasi kejadian.Bagaimanapun, beliau memaklumkan pasukan penyelamat berdepan cabaran dalam operasi itu berikutan keadaan arus sungai yang agak deras."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam turut dipanggil bagi membantu operasi pencarian berkenaan," katanya |
|
Dua budak 11 tahun ditemui lemas dalam kawasan empangan - Mygazette - 10/08 5:23 pm Mangsa, Mohammad Haikal Ramzi, 12, rakannya, Muhammad Adam Faris Arman, 11, ditemui pihak bomba lemas awal pagi tadi selepas dilaporkan hilang sejak petang semalam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata, 19 anggota dan enam jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang tiba pukul 11.49 malam sejauh lapan kilometer |
|
Pekerja ditemui maut dalam tangki penyimpanan air - Sinarharian - 10/08 8:24 am KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja penyelenggaraan ditemui lemas dalam tangki kolam menara penyejuk di Loji Janakuasa Kuala Langat di sini pada Isnin.Mangsa, Farhan Syazwan, 34 tahun,ditemukan pada jam 4 pagi selepas hampir sembilan jam operasi pencarian.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 7.26 petang, Ahad.Menurutnya, mangsa dikatakan telah terjatuh ke dalam tangki penyimpanan air."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP KLIA dan BBP Pelabuhan Klang turut digerakkan ke lokasi kejadian."Dalam kejadian itu, mangsa bersama rakannya sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan menggantikan kayu di menara penyejuk sebelum rakannya keluar mengambil kayu."Rakan mangsa kemudiannya kembali ke lokasi selang 15 minit dan mendapati mangsa hilang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pada awalnya rakan mangsa mempercayai mangsa ke bilik air sebelum mengesyaki mangsa berkemungkinan terjatuh.Katanya, rakan mangsa telah memaklumkan kepada penyelia sebelum menghubungi bomba untuk tindakan selanjutnya.Susulan itu, pengosongan tangki kolam pertama dilakukan namun mangsa gagal dijumpai sebelum operasi diteruskan dengan menyedut keluar air bagi pengosongan tangki kolam kedua sedalam 10 meter dan berjaya menemukan mangsa."Mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya. |
|
Pekerja penyelenggara ditemui lemas dalam tangki - Sinarharian - 10/08 8:24 am KUALA LANGAT - Seorang pekerja penyelenggaraan ditemui lemas dalam tangki kolam menara penyejuk di Loji Janakuasa Kuala Langat di sini pada Isnin.Mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 34 tahun ditemukan pada jam 4 pagi selepas hampir sembilan jam operasi pencarian.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 7.26 petang, Ahad.Menurutnya, mangsa dikatakan telah terjatuh ke dalam tangki penyimpanan air."Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP KLIA dan BBP Pelabuhan Klang turut digerakkan ke lokasi kejadian."Dalam kejadian itu, mangsa bersama rakannya sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan menggantikan kayu di menara penyejuk sebelum rakannya keluar mengambil kayu."Rakan mangsa kemudiannya kembali ke lokasi selang 15 minit dan mendapati mangsa hilang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pada awalnya rakan mangsa mempercayai mangsa ke bilik air sebelum mengesyaki mangsa berkemungkinan terjatuh.Katanya, rakan mangsa telah memaklumkan kepada penyelia sebelum menghubungi bomba untuk tindakan selanjutnya.Susulan itu, pengosongan tangki kolam pertama dilakukan namun mangsa gagal dijumpai sebelum operasi diteruskan dengan menyedut keluar air bagi pengosongan tangki kolam kedua sedalam 10 meter dan berjaya menemukan mangsa."Mangsa disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," ujarnya. |
|
2 remaja perempuan 15 tahun hilang ketika berkelah: Seorang ditemukan lemas - Sinarharian - 8/08 7:16 pm TUARAN - Seorang remaja perempuan ditemukan lemas, manakala rakannya terselamat selepas kedua-duanya dipercayai dihanyutkan ombak ketika mandi di Pantai Tanjung Badak di sinipada petang Sabtu.Kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan selepas mereka dilaporkan hilang di lautdengan seorang ditemukan dalam keadaan terkapai-kapai manakala seorang lagi terapung.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Kurong Ak Beki berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.59 petang.Katanya, seramai 11 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 23 kilometer dari BBP Tuaran."Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan memaklumkan terdapat dua remaja perempuan dikhuatiri hilang semasa berkelah dan mandi di pantai tersebut."Menurut maklumat awal, seorang mangsa telah berjaya ditemui dalam keadaan terkapai-kapai."Sementara seorang lagi mangsa ditemukan anggota bomba dalam keadaan terapung selepas operasi SAR dilakukan di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, mangsa yang terselamat diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut."Sementara itu, mangsa kedua dibawa ke kawasan selamat untuk diberikan rawatan awal melalui kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR), bagaimanapunmangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Kurong berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.07 petang selepas memastikan keadaan lokasi selamat. |
|
Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik - Sinarharian - 6/08 7:01 pm BEAUFORT - [DIKEMAS KINI] Tiga anggota polis dilaporkan maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, di sini, pada petang Khamis.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.Katanya, sepasukan anggotanya kini dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer dari BBP Beaufort."Setakat ini, maklumat diterima melibatkan anggota polis namun, maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrikBEAUFORT - Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini pada petang Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kesemua anggota polis bertugas di Balai Polis Weston dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer."Menurut maklumat awal terdapat tiga mangsa merupakan anggota polis terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian."Menurut saksi, mangsa menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dan terkena kabel elektrik."Orang awam yang berada di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, pasukan bomba kemudian bertindak memasang sawar-sawar dan mengambil maklumat di lokasi kejadian."Pasukan Sabah Electricity berjaya memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan pasukan bomba serta polis segera mengangkat mangsa."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Mohd Pisar berkata, operasi ditamatkan selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi tersebut. |
|
Capai atau baling, jangan terjun, LiSA kurangkan risiko lemas - Mygazette - 4/08 4:16 pm Menurut beliau, pendekatan tersebut selaras dengan prinsip keselamatan antarabangsa_ Reach or Throw, Don't Go_ iaitu Capai atau Baling, Jangan Terjun," katanya ketika melancarkan LiSA di Pusat Rekreasi Sungai Rengat, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang baru-baru ini. Program yang diselaraskan oleh Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam, Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Pahang dan BBP Jerantut itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya lemas serta kepentingan tindakan awal yang betul ketika berdepan kecemasan di kawasan rekreasi air |
|
Saya redah api tiga kali' - Ibu terkilan gagal selamatkan anak OKU - Sinarharian - 4/08 11:57 am Kami terdengar pintu rumah diketuk kuat oleh orang awam dan apabila dibuka mereka memberitahu rumah terbakar serta segera menarik kami berdua keluar."Ketika itu saya teringat anak saya sedang tidur di tingkat atas dan saya meminta orang ramai untuk selamatkan dia tetapi mereka tidak berani kerana api sedang marak. Jadi makcik sendiri masuk sebanyak tiga kali dan memanggilnya untuk keluar tetapi gagal kerana ada api di tingkat atas dan bawah rumah," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian malam tadi.Sharipah berkata, dia juga berasa sedih kerana semua barang dapur yang dibeli melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kegunaan mereka tiga beranak turut musnah dijilat api.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Timbalan Penguasa Bomba II, Thoyyibah Taib berkata, pihaknya tiba di lokasi pada jam 10.57 malam dan berjaya mengawal kebakaran 15 minit kemudian dengan kekuatan 22 anggota daripada BBP Kuala Terengganu, BBP Kota Raja dan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Losong.Beliau berkata, ketika anggota bomba tiba, kira-kira 80 peratus rumah tersebut telah terbakar dan operasi segera ditumpukan kepada usaha mengawal api serta mencari mangsa yang dipercayai masih berada di dalam rumah separa kekal itu."Mangsa kemudiannya ditemukan dalam keadaan rentung di bahagian bawah rumah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas apabila lantai rumah terbakar dan runtuh," katanya.Thoyyibah berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan |
|
Empat maut, seorang kanak-kanak cedera kenderaan dinaiki dihempap pokok - Sinarharian - 3/08 4:12 pm KUANTAN -Empat individu termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Bentong Lama menghala ke pintu gerbang Janda Baik, Bentong pada Isnin.Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang maut terdiri daripada pemandu kenderaan jenis Ford Raptor berusia 35 tahun, wanita berusia 36 tahun bersama kanak-kanak lelaki 5 tahun yang dipangku.Menurutnya, seorang lelaki berusia 40 tahun yang berada di bahagian penumpang belakang turut maut."Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun (dipercayai pasangan kembar kanak-kanak yang maut) cedera dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut."Semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk proses bedah siasat," katanya.Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi yang berada 48 kilometer dari balai untuk bantuan menyelamat."Kerja-kerja operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit peringkat awal dilakukan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Janda Baik sebelum pasukan operasi BBP Bentong tiba," katanya.Mohd Salahuddin berkata, anggota yang tiba di lokasi mendapati sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dihempap pokok dengan lima mangsa terdiri daripada dua lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak terlibat."Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas."Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
|
'Hanya tinggal selipar dan motosikal, abang ditemukan lemas' - Sinarharian - 3/08 9:39 am PAPAR - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjala ikan di Sungai Benoni, pada Ahad.Mangsa berusia 61 tahun ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran lokasi dia dilaporkan hilang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rony Sikawan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7.09 malam.Menurutnya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari BBP Papar."Menurut saksi, abangnya keluar menjala ikan pada jam 6 pagi dan kebiasaannya mangsa akan pulang sekitar jam 1 tengah hari, namun pada hari kejadian sehingga lewat petang mangsa masih belum pulang."Adiknya bersama penduduk kampung kemudian pergi ke kawasan sungai untuk melakukan pencarian sebelum menemui motosikal dan selipar milik mangsa di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pihaknya kemudian menerima maklumat bahawa mangsa telah ditemukan oleh penduduk pada jam 9.59 malam."Mangsa ditemukan berhampiran lokasi motosikalnya dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan."Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.Tambah beliau, operasi ditamatkan pada jam 10.13 malam selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi selamat. |
|
Kawasan hutan berhampiran IPD Sepang terbakar - Sinarharian - 3/08 8:24 am SEPANG Kawasan hutan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang terbakar dalam kejadian awal pagi Isnin.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.48 pagi."Seramai 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA serta bantuan BBP Sepang bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 8.5 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ashrul Riezal berkata, komander operasi memaklumkan kebakaran melibatkan kawasan hutan berbukit berhampiran IPD Sepang."Kebakaran dianggarkan melibatkan kawasan seluas kira-kira 2.8 hektar |
|
Kilang kumpul bahan kitar semula di Beranang terbakar - Mygazette - 2/08 4:27 pm # Kilang kumpul bahan kitar semula di Beranang terbakar KUALA LUMPUR - Sebuah kilang pengumpulan bahan kitar semula sisa plastik dan sisa industri di Kawasan Mahkota Beranang dekat ini terbakar hari ini. Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.18 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi lima minit kemudian |
|
Kilang kitar semula musnah terbakar - Sinarharian - 2/08 11:52 am KAJANG - Sebuah kilang kitar semula musnah dalam kebakaran di Kawasan Mahkota Beranang, awal pagi Ahad.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.18 pagi.Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi lima minit kemudian dengan bantuan anggota dari BBP Bangi, BBP Kajang dan BBP Nilai."Kebakaran melibatkan sebuah kilang pengumpulan bahan sisa plastik dan industri |
|
Kereta mengundur masuk sungai, tiga sekeluarga diselamatkan orang awam - Sinarharian - 2/08 8:11 am BEAUFORT - Tiga termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaikiterjunam ke Sungai Padas dalam kejadian berhampiran sebuah premis di Pekan Beaufortdi sini,malam Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun, wanita berusia 39 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.42 malam.Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Beaufort."Menurut laporan, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terjunam ke dalam sungai ketika mengundur."Terdapat tiga mangsa yang saling mempunyai hubungan keluarga terlibat dalam kejadian tersebut dan kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.Ishak berkata, pihak bomba kemudian melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan mangsa sebelum mereka diserahkan kepada pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital."Operasi ditamatkan pada jam 9.45 malam selepas keadaan di lokasi disahkan selamat," katanya. |
|
Pemandu tersepit lori kontena terbabas - Sinarharian - 1/08 6:45 pm SUNGAI BULOH Seorang pemandu lori kontena cedera akibat tersepit selepas kenderaan dipandunya terbabas di bahu jalan di susur masuk Plaza Tol Sungai Buloh menghala ke Kem Sungai Buloh di sini pada Sabtu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.01 petang."Seramai 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh serta bantuan BBP Damansara bersama jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh 18 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Ashrul Riezal berkata, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi 15 minit kemudian, mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori kontena jenis Volvo yang terbabas."Terdapat seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an tersepit di bahagian tempat duduk pemandu."Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas," katanya.Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan selepas operasi menyelamat dijalankan dan disahkan mengalami kecederaan separa kritikal."Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan ambulans sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. |
|
Pemandu lori kurier maut tersepit - Sinarharian - 30/07 9:49 pm ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori kurier maut selepas tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dalam kemalangan jalan raya berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Simpang Ampat di sini pada Khamis.Kejadian sekitar jam 4 petang itu turut menyebabkan kesesakan trafik sejauh kira-kira tiga kilometer di laluan berkenaan.Mangsa, seorang lelaki Melayu berusia 40 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama BBP Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi."Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu tiga ta n."Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun yang tersepit dalam kenderaan berkenaan," katanya dalamkenyataan pada Khamis.Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Katanya, operasi yang turut dibantu polis dan KKM itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.55 petang. |
|
Pemandu tersepit, kereta terbabas langgar pembahagi jalan - Sinarharian - 30/07 10:14 am NIBONG TEBAL Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Bukit Tambun, Taman Tambun Indah, Simpang Ampat, di sini pada malam Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 7.53 malam itu, mangsa berusia 26 tahun mengalami kecederaan pada bahagian leher dan lengan selepas tersepit di ruang pemandu kereta jenis Honda yang dipandunya.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan."Jentera bomba tiba di lokasi kira-kira jam 8.04 malam dan mendapati sebuah Honda Civic terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan pemandunya tersepit."Komander operasi kemudian menjalankan penilaian awal situasi sebelum mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap menjalankan kerja-kerja menyelamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan daripada kenderaan sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi."Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Bakap dengan ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut."Anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.57 malam," katanya.Operasi menyelamat membabitkan enam anggota BBP Sungai Bakap bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM. |
|
Hutan bukit seluas 0.8 hektar terbakar di Bandar Puncak Alam - Sinarharian - 27/07 2:29 pm SHAH ALAM - Kawasan hutan bukit dianggarkan berkeluasan kira-kira 0.8 hektar di Bandar Puncak Alam dekat Kuala Selangor terbakar pagi tadi, dengan operasi memadam kebakaran sedang giat dijalankan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada 10.06 pagi sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya digerakkan ke lokasi."Jentera bomba yang tiba di lokasi pada 10.34 pagi mendapati kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit dengan anggaran keluasan kira-kira dua ekar (0.8 hektar)."Anggota bomba sedang melaksanakan kerja-kerja membuat firebreak dan menjalankan operasi pemadaman dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana," katanya dalam kenyataan hari ini.Ashrul Riezal berkata operasi membabitkan empat anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Bestari Jaya, manakala PBS Saujana menggerakkan empat anggotanya bagi membantu usaha mengawal kebakaran.Beliau berkata setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi pemadaman masih diteruskan |
|
Siasatan punca kebakaran Pasar Borong Selangor dimulakan Isnin - JBPM - Sinarharian - 25/07 3:24 pm SERDANG - Siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran Pasar Borong Selangor di sini akan dimulakan pada Isnin.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, penilaian awal oleh pegawai siasatan dan unit anjing pengesan (K9) JBPM telah dimulakan pada petang Jumaat."Premis terjejas telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan JBPM Selangor dan akan memulakan siasatan bermula Isnin ini."Disebabkan keadaan dalam kawasan yang masih berbahang dan panas, K9 tidak boleh memasuki kawasan hotspot," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Berhubung elemen khianat atau kecuaian hingga berlaku insiden kebakaran itu, beliau menjelaskan perkara itu masih dalam siasatan.Pusat Gerakan Operasi JBPM menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 malam, Khamis lalu memaklumkan kejadian itu sebelum kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.20 pagi.Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.Kebakaran memusnahkan kira-kira 90 peratus Blok B4 pasar borong itu menempatkan tiga premis iaitu sebuah kedai menjual perkakasan katering dan barangan dapur, sebuah kedai menjual telur serta sebuah kedai perkakasan.Operasi pemadaman membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dengan bantuan BBP Bukit Jalil, BBP Presint 7, BBP Bandar Tun Hussein Onn, BBP Petaling Jaya, BBP Bangi, BBP KLIA, BBP Keramat, BBP Hang Tuah, BBP Hartamas, BBP Cyberjaya, BBP Bukit Jelutong, BBP Subang Jaya dan BBP Damansara.Operasi itu dibantu pasukan bomba sukarela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta pasukan keselamatan Pasar Borong Selangor. |
|
Enam maut kemalangan ngeri membabitkan kereta, lori satu tan - Sinarharian - 25/07 10:07 am BENTONG Enam lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori satu tan berhampiran Klinik Desa Jambu Rias di Jalan Karak Lama di sini menghala Temerloh, awal pagi Sabtu.Mangsa yang maut tersepit berusia antara 15 tahun hingga 25 tahun.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak dikejarkan ke lokasi."Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan sebuah Toyota Vios dan sebuah lori satu tan."Enam mangsa menaiki Toyota Vios didapati tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pemandu lori satu tan berusia 31 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menaiki untuk mendapatkan rawatan manakala kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis.Mohd Salahuddin memberitahu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja mengeluarkan semua mangsa yang tersepit menggunakan Rescue Tool dan Combi Tool.Ujarnya, operasi membabitkan tujuh anggota BBP Karak bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan dibantu sembilan anggota BBP Mentakab dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT)."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.40 pagi," katanya. |
|
Unit pangsapuri tingkat 9 di Setia Alam terbakar - Mygazette - 25/07 7:42 am Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1 petang. Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dibantu BBP Klang Utara bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 1.15 petang |
|
Dua pekerja kilang melecur, empat lagi cedera dalam kebakaran - Mygazette - 24/07 8:01 am # Dua pekerja kilang melecur, empat lagi cedera dalam kebakaran KULAI - Dua pekerja lelaki warga asing melecur manakala empat lagi termasuk dua wanita cedera dalam kebakaran di sebuah kilang dalam Kawasan Perindustrian Sawit Baru, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di kilang memproses anodizing itu pukul 1.59 petang |
|
Gempa Sumatera: Bangunan MPKJ, INTI College turut rasai gegaran - Sinarharian - 22/07 2:51 pm SHAH ALAM Gegaran dilaporkan berlaku di bangunan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan INTI International College Subang, dekat sini, dipercayai susulan gempa bumi sederhana di Utara Sumatera pada Rabu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang telah dikejarkan ke bangunan MPKJ selepas menerima panggilan pada jam 12.31 tengah hari.Menurutnya, BBP Subang Jaya pula dikejarkan ke INTI International College susulan panggilan yang diterima pada jam 12.40 tengah hari."Komander operasi di kedua-dua lokasi melaporkan maklumat diterima daripada orang awam dan kakitangan terbabit mengenai berlakunya gegaran bangunan."Anggota membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap bangunan bagi memastikan tiada rekahan dan bangunan berada dalam keadaan selamat untuk diduduki," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua bangunan tidak mengalami keretakan dan selamat untuk diduduki buat masa ini.Sebelum itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu memaklumkan gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 berlaku di Utara Sumatera pada jam 12.18 tengah hari dengan lokasi 55 kilometer (km) barat daya dari Langsa, Indonesia."Gegaran dirasai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia."Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dimohon mengisi borang soal selidik menerusi pautan berikut ujarnya. |
|
Tiga maut lori muatan ayam rempuh treler di Tanah Merah –... - Mygazette - 21/07 3:54 pm Mangsa yang maut ialah pemandu lori Norazeman Abdul Aziz, 42 serta dua kelindan Mohd Haikal Hanifah, 29, dan Mohammad Zakwan Mohd Nor, 16. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada 4.26 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dan BBP Tanah Merah ke lokasi kejadian |
|
Asrama SMATD terbakar - Sinarharian - 21/07 9:46 am KULIM - Seramai 101 pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah (SMATD) di sini terselamat dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi Selasa.Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Abdul Mois Ahmad Mansur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 2.47 pagi memaklumkan kejadian.Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, BBP Kulim Hi- Tech serta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) melaksanakan operasi memadam kebakaran."Setiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan asrama lelaki dua tingkat, sehingga memusnahkan lebih kurang 65 peratus daripada keseluruhan struktur tingkat atas bangunan."Bagaimanapun, kesemua 101 pelajar berjaya keluar dan berkumpul di tempat selamat sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi," katanya.Operasi pemadaman berjaya dikawal pada 3.09 pagi menggunakan empat aliran dengan empat pancutan, manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.25 pagi selepas kerja-kerja overhaul selesai dijalankan.Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.Difahamkan, asrama yang terbakar membabitkan penghuni Tingkatan Dua, Tingkatan Tiga (asrama belakang), Tingkatan Empat dan Tingkatan Enam.Sehubungan itu, kesemua pelajar dibenarkan pulang bersama waris masing-masing bermula jam 7 pagi bagi memberi ruang kepada pihak sekolah menguruskan situasi serta tindakan susulan. |
|
Three die after lorry carrying chicken crashes into parked trailer in Tanah Merah - Sinardaily - 21/07 9:13 am KOTA BHARU - Three men died after a five-tonne lorry carrying chicken crashed into a trailer parked on the side of the road on the East-West Highway, Tanah Merah, early this morning.The deceased were the lorry driver, Norazeman Abdul Aziz, 42, and two passengers, Mohammad Zakwan Mohd Nor, 16, and Mohd Haikal Hanifah, 29 years old.A spokesman for the Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) when contacted said they received an emergency call via the NG999 line at 4.26 am before mobilising personnel from the Kemahang Fire and Rescue Station (BBP) and Tanah Merah BBP to the scene of the incident."The fire brigade arrived at the location at 4.41am and found an accident involving a five-tonne lorry carrying chicken crashing into a trailer parked on the side of the road."The three victims were found trapped in the lorry |
|
Dua budak lemas mandi di kolam terbiar - Sinarharian - 20/07 9:09 pm SANDAKAN Dua kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dalam kejadian di Jalan Sungai Manila, di sini pada Isnin.Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak dikenali sebagai Mohd Ikmal, 9, dan seorang lagi yang identitinya masih belum dikenal pasti, 11, ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.01 petang.Menurutnya, seramai lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 19 kilometer dari BBP Sandakan."Berdasarkan laporan awal, terdapat dua mangsa dipercayai lemas ketika mandi di sebuah kolam terbiar dan sebaik pasukan bomba tiba, kedua-dua mangsa telah berjaya ditemui serta dibawa keluar oleh orang awam."Pemeriksaan oleh pasukan perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, pasukan bomba kemudian membantu mengangkat kedua-dua mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis."Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.08 malam selepas memastikan keadaan selamat," katanya. |
|
Kilang papan plywood terbakar Kilang papan plywood terbakar - Mygazette - 20/07 8:01 am Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.01 tengah hari. Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi pada pukul 12.10 tengah hari, kira-kira tujuh kilometer dari balai |
|
Kedai alat ganti motosikal musnah 80 peratus dalam kebakaran - Mygazette - 20/07 8:01 am # Kedai alat ganti motosikal musnah 80 peratus dalam kebakaran KUALA LUMPUR - Sebuah kedai alat ganti motosikal dua tingkat di Kampung Kerdas, Batu 6, Jalan Gombak, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran petang tadi. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.02 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang tiba di lokasi pada pukul 6.17 petang |
|
Petaling Jaya banjir akibat hujan lebat - Mygazette - 19/07 8:05 am Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata bomba menerima panggilan berhubung kejadian banjir di Medan Selera 223 pada 4.35 petang. Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian dan mendapati banjir sedalam kira-kira dua meter |
|
Lelaki maut dibaham buaya ketika cuci bot - Sinarharian - 18/07 10:25 am KINABATANGAN - Seorang lelaki ditemukan maut akibat dibaham buaya ketika sedang mencuci bot di sungai Kampung Batu Putih di sini pada Sabtu.Mayat Rusli Mardin, 57, ditemukan dengan kesan gigitan haiwan tersebut pada bahagian perut dan leher sebelah kanan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Suriyadi Darwis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 petang Jumaat.Menurutnya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 42 kilometer dari BBP Kinabatangan."Menurut saksi yang merupakan anak kepada mangsa, kejadian berlaku ketika mereka sedang mencuci bot di kawasan tersebut |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |