///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Asisten Komisioner News   Page 1    



Kejayaan polis perkukuh keyakinan terhadap pembangunan JS-SEZ - Mygazette - 21/10 3:56 pm

Dalam usaha menjadikan Johor sebagai antara destinasi pelaburan utama di rantau ini, faktor keselamatan perlu sentiasa diberikan perhatian kerana ia menjadi asas kepada keyakinan pelabur untuk menjalankan perniagaan dan mengembangkan operasi mereka, katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke IPD Iskandar Puteri dan menghadiri sesi meja bulat bersama-sama Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha





Tular isu sembelihan ayam, polis sahkan terima laporan daripada syarikat - Sinarharian - 21/10 3:29 pm

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan dibuat sebuah syarikat yang mengaitkan dengan dakwaan aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal seperti yang tular di media sosial pada Selasa.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 9 malam."Kes dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Sebelum itu, syarikat terbabit memaklumkan bahawa aktiviti penyembelihan yang ditunjukkan dalam video berkenaan tidak melibatkan syarikat mereka mahu pun mana-mana cawangannya.Pihak pengurusan syarikat itu menjelaskan, kenyataan itu bertujuan mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan orang awam, pelanggan serta pihak berkaitan.Baru-baru ini, tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.Susulan itu, Jakim mengesahkan sedang melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap sebuah syarikat susulan isu tular sembelihan ayam.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).





Remaja melecur 80 peratus akibat renjatan elektrik meninggal dunia - Sinarharian - 21/10 10:42 am

ALOR SETAR Remaja lelaki berusia 16 tahun yang melecur kira-kira 80 peratus pada seluruh badan akibat insiden renjatan elektrik ketika menyertai perarakan keagamaan di Mergong di sini, meninggal dunia pada awal pagi Rabu.Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.52 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian mangsa.Sebelum ini, mangsa dilaporkan masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam pada Selasa lalu.Dalam kejadian itu, tiga peserta perarakan keagamaan dilaporkan cedera akibat renjatan elektrik ketika menyertai perarakan di jalan utama di Mergong.Dua lagi mangsa masing-masing berusia 17 tahun mengalami kecederaan melecur kira-kira 40 peratus dan 20 peratus pada badan.Seorang daripada mereka mengalami kecederaan melecur pada bahagian muka dan tangan, manakala seorang lagi yang juga pelajar sekolah melecur pada bahagian tangan.Kedua-dua mangsa sebelum ini dilaporkan telah sedarkan diri namun masih dalam pemantauan pihak hospital.





Polis buru dua lelaki curi kabel TM di kawasan perumahan Polis buru dua .. - Mygazette - 21/10 8:06 am

# Polis buru dua lelaki curi kabel TM di kawasan perumahan MUAR - Polis sedang memburu dua lelaki terlibat kes curi kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan perumahan Lorong Paip 1, Parit Beting, Jalan Salleh di sini pada 11 Oktober lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan mendapati kes tersebut berlaku pada awal pagi





Murid tahun satu maut dipercayai tercekik makanan di sekolah - Mygazette - 21/10 8:06 am

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada seluruh keluarga, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman mengesahkan menerima laporan kejadian seorang murid perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di SK Dengkil sebelum disahkan meninggal dunia, semalam Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 7.30 petang semalam, daripada seorang wanita yang memaklumkan kematian murid berkenaan





Serbuan polis bongkar remaja 16 tahun jadi mangsa eksploitasi seks, dua lelaki ditahan - Sinarharian - 20/10 10:39 pm

KANGAR - Polis menyelamatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dipercayai mangsa eksploitasiseks dalam serbuan di sebuah premis di Arau, semalam.Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim berkata, dalam serbuan Ops Noda pada 11.15 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 15 dan 19 tahun disyakimenjalankan promosi aktiviti pelacuran melalui aplikasi MiChat dan melakukan eksploitasi seks terhadap kanak-kanak."Kes sedangdisiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusiFacebook Polis Perlis malam Selasa.Sehubungan dengan itu, Hamzah menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah kepada polis bagi membolehkan tindakan diambil.- Bernama





Remaja disyaki mangsa eksploitasi seks diselamatkan - Kosmo - 20/10 10:09 pm

ARAU – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya diselamatkan selepas polis menyerbu sebuah premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran, di sini semalam





JPN Selangor diminta beri perhatian kebajikan keluarga Damiya - Fadhlina - Sinarharian - 20/10 7:22 pm

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor diminta memastikan kebajikan keluarga murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil, Derma Damiya' Nur Mikayla Mior Shahrizal, 7, yang meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di sekolah diberikan perhatian sewajarnya.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, hatinya cukup tersentuh apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa adik Damiya.Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, adik Damiya mengalami kesukaran bernafas dan dipercayai tercekik makanan ketika berada di sekolah."Saya amat berdukacita menerima perkhabaran pemergian adik Damiya dan turut meminta JPN Selangor memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan kejadian ini."Tidak dapat membayangkan betapa beratnya kehilangan ini buat kedua-dua ibu bapa dan seluruh keluarga."Tiada kata yang mampu mengubat kesedihan apabila anakanda yang disayangi pergi buat selama-lamanya," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.Sebelum ini, seorang murid perempuan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam, Isnin.Beliau berkata, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan.Tambah Fadhlina, para guru telah berusaha memberikan bantuan awal sebelum adik Damiya dibawa ke Hospital Putrajaya, namun akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan."Ingatan dan doa saya bersama keluarga adik Damiya





'Sebaik saya tiba di sekolah, Damiya tidak sedarkan diri dan terbaring di koridor' - Bapa - Sinarharian - 20/10 5:49 pm

SEPANG Seorang bapa bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anak perempuannya mengalami masalah pernafasan sebelum menemui anaknya, Derma Damiya' Nur Mikayla, 7, terbaring tidak sedarkan diri di koridor tingkat dua, Isnin.Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, sebaik tiba di sekolah, anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.Menurutnya, beliau cuba memberikan bantuan termasuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tindak balas."Lebih kurang 15 minit kemudian, ambulans tiba. Ketika itu, keadaan anak saya sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas," katanya pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Murid perempuan meninggal dunia selepas sesak nafasMurid maut sesak nafas di sekolah: 'Doktor beritahu saluran pernafasan anak saya tersumbat akibat makanan' - BapaBeliau berkata, doktor memaklumkan saluran pernafasan anaknya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam, namun punca sebenar belum dapat dipastikan.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam, Isnin.Beliau berkata, mangsa diberikan bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan.Mior Shahrizal berkata, beliau berhenti kerja pada awal Januari lalu bagi memberi tumpuan kepada urusan persekolahan anaknya, termasuk menghantar dan mengambilnya setiap hari.Katanya, anaknya bersekolah agama pada sesi pagi sebelum menghadiri sesi persekolahan kebangsaan pada sebelah petang.Menurutnya, anak perempuannya yang disifatkan sangat aktif turut menunjukkan tingkah laku berbeza pada hari sebelum kejadian."Biasanya, apabila balik sekolah agama, dia agak liat apabila disuruh mandi namun semalam apabila saya suruh mandi, dia terus bangun dan melakukannya sendiri."Dia juga memakai pakaian sekolah dan tudung sendiri tanpa meminta bantuan saya seperti kebiasaannya," katanya.Tambahnya, anak perempuan itu sangat rapat dengannya dan sering berkongsi cerita serta mengadu kepadanya apabila berdepan sebarang masalah.Mior Shahrizal berkata, beliau menerima ketentuan itu dengan hati yang reda meskipun kehilangan anak yang amat disayanginya.





Dakwaan edar dadah: Pengerusi kuil buat laporan penafian, polis panggil bekas wartawan - Sinarharian - 20/10 5:32 pm

KUALA LUMPUR - Keterangan bekas wartawan diambil bagi membantu siasatan susulan laporan penafian daripada pengerusi sebuah kuil berhubung isu dakwaan kes pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pengadu seorang lelaki tempatan memaklumkan semasa berada di rumah telah menerima pautan audio siar (podcast) daripada rakannya kira-kira jam 3.30 petang, Ahad lalu.Menurutnya, pengadu telah hadir membuat laporan polis berkaitan penafian tersebut."Pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Selepas mendapat perintah untuk penyiasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya, bagi tujuan melengkapkan siasatan pihak polis telah memanggil beberapa orang saksi termasuk Azrul Affandi Sobry (bekas wartawan) ke IPD Sentul utk dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Tambahnya, Azrul Affandi akan hadir ke IPD Sentul kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Azrul Affandi yang berkata, kehadiran dirinya di IPD Sentul untuk direkod keterangan merupakan prosedur biasa pihak polis dalam melaksanakan siasatan.Justeru, Azrul Affandi menegaskan agar masyarakat tidak membuat kenyataan berkaitan perkara ini yang berbaur penghinaan kepada pihak berkuasa.Video audio siar berdurasi dua minit 30 saat berhubung isu tersebut sebelum ini tular menerusi akaun TikTok.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, hasil semakan mendapati, kejadian yang dibangkitkan dalam 'podcast' berkenaan berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis berkaitan kejadian diterima ketika itu.





Murid maut sesak nafas di sekolah: 'Doktor beritahu saluran pernafasan anak saya tersumbat akibat makanan' - Bapa - Sinarharian - 20/10 4:51 pm

SEPANG - [DIKEMAS KINI] "Doktor memaklumkan saluran pernafasan anak saya dipercayai tersumbat akibat makanan, sama ada pisang atau ayam, namun punca sebenar belum dapat dipastikan."Itu reaksi bapa kepada Derma Damiya' Nur Mikayla, 7, murid perempuan yang meninggal dunia selepas dipercayai mengalami sesak nafas di sebuah sekolah di sini, pada Isnin.Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, berkata, beliau bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anaknya mengalami masalah pernafasan.Menurutnya, sebaik tiba di sekolah, anaknya ditemui terbaring di koridor tingkat dua dalam keadaan tidak sedarkan diri.Katanya, beliau cuba memberikan bantuan termasuk melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR), namun anaknya tidak menunjukkan sebarang tindak balas."Lebih kurang 15 minit kemudian, ambulans tiba. Ketika itu, keadaan anak saya sudah tidak menunjukkan sebarang tindak balas," katanya pada Selasa.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang murid perempuan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam, Isnin.Beliau berkata, mangsa yang berusia tujuh tahun itu bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.Jelas beliau, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan,Mior Shahrizal berkata, beliau berhenti kerja pada awal Januari lalu bagi memberi tumpuan kepada urusan persekolahan anaknya, termasuk menghantar dan mengambilnya setiap hari.Katanya, anaknya bersekolah agama pada sesi pagi sebelum menghadiri sesi persekolahan kebangsaan pada sebelah petang.Menurutnya, anak perempuannya yang disifatkan sangat aktif turut menunjukkan tingkah laku berbeza pada hari sebelum kejadian."Biasanya, apabila balik sekolah agama, dia agak liat apabila disuruh mandi namun semalam apabila saya suruh mandi, dia terus bangun dan melakukannya sendiri."Dia juga memakai pakaian sekolah dan tudung sendiri tanpa meminta bantuan saya seperti kebiasaannya," katanya.Tambahnya, anak perempuan itu sangat rapat dengannya dan sering berkongsi cerita serta mengadu kepadanya apabila berdepan sebarang masalah.Mior Shahrizal berkata, beliau menerima ketentuan itu dengan hati yang reda meskipun kehilangan anak yang amat disayanginya.





Pengasuh direman 7 hari kes bayi 10 bulan meninggal dunia - Mygazette - 20/10 3:53 pm

Mayat bayi berkenaan dibawa ke hospital bagi proses bedah siasat dan punca kematian masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman mengesahkan kes dan tangkapan suspek





Murid perempuan meninggal dunia selepas sesak nafas - Sinarharian - 20/10 1:17 pm

SEPANG - Seorang murid perempuan dilaporkan mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di sebuah sekolah, di sini sebelum disahkan meninggal dunia di hospital pada Isnin.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.30 malam, Isnin."Mangsa yang berusia tujuh tahun itu bantuan awal pernafasan di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.Katanya, bedah siasat dijalankan di Hospital Putrajaya pada jam 8 pagi, Selasa."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung kejadian berkenaan."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor T Vishno Kumar di talian 011-11021528," katanya.





Lima termasuk majikan direman kes wanita Indonesia dipercayai didera - Sinarharian - 20/10 10:50 am

KUALA LANGAT - Lima individu termasuk tiga wanita direman empat hari bermula Selasa untuk membantu siasatan berkaitan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia.Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di sini.Sebelum itu kesemua mereka termasuk majikan mangsa masing-masing hadir dengan diiringi anggota polis menaiki dua kenderaan Perodua Aruz dan Honda City.Penahanan individu itu susulan serbuan yang digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth di Pulau Pinang pada Isnin.Serbuan yang turut mendapat bantuan pasukan forensik JSJ IPK Pulau Pinang bertindak menahan enam individu termasuk majikan mangsa.Sinar Harian melaporkan, operasi dijalankan susulan laporan polis di Tanjong Sepat berhubung kes seorang wanita warga Indonesia dikenali Siti Rohaya yang dipercayai didera majikannya.Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah lokasi di Kampung Tumbok, Tanjong Sepat, Selangor pada 16 Oktober lalu.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman dilaporkan berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan melecur di seluruh badan akibat kejadian berkenaan.Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.





Suri rumah hilang RM472,000, terpedaya 'pegawai KKMM', 'pendakwa raya' - Sinarharian - 20/10 10:00 am

KUALA TERENGGANU Seorang suri rumah kerugian RM472,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian (phone scam) yang mendakwa dirinya terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan berdepan waran tangkap.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 46 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada Isnin.Menurutnya, pada 5 Ogos lalu, mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)."Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penyebaran saham pelaburan, bantuan kerajaan dan peluang pekerjaan sebelum talian disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai Sarjan Andi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang."Suspek kemudian memaklumkan nombor kad pengenalan mangsa dikaitkan dengan kegiatan pengubahan wang haram dan satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya," katanya.Beliau berkata, mangsa yang panik kemudiannya disambungkan pula kepada seorang wanita yang menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya bernama Zaleha.Menurutnya, suspek mengarahkan mangsa membuat pembayaran kononnya bagi menyelesaikan kes berkenaan dan memberi jaminan wang tersebut akan dipulangkan selepas siasatan selesai."Akibat ketakutan ditangkap, mangsa telah membuat 21 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza milik sindiket antara 18 Ogos hingga 19 September lalu."Mangsa menggunakan wang simpanan peribadi dan keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah RM472,000," katanya.Azli berkata, helah sindiket terbongkar apabila mangsa sekali lagi diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM80,000 selepas semua transaksi terdahulu selesai dilakukan."Permintaan itu menyebabkan mangsa mula curiga sebelum tampil membuat laporan polis."Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu serta rangkaian sindiket terbabit," katanya.





Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Sebelum Tiba Di Klinik, Pengasuh Ditahan Bantu Siasatan - Siraplimau - 20/10 8:14 am

Seorang pengasuh wanita berusia 25 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001





Polis tahan lelaki khayal melarikan diri selepas langgar teksi - Mygazette - 20/10 7:48 am

# Polis tahan lelaki khayal melarikan diri selepas langgar teksi JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang memandu kereta Proton Persona dalam keadaan khayal sebelum melanggar sebuah teksi dan cuba melarikan diri di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek iaitu lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pukul 11 pagi selepas video kejadian berkenaan yang berdurasi dua minit dua saat tular dalam media sosial





Lori terbalik kes kemalangan ketiga di Persiaran Mokhtar Dahari bulan ini - Sinarharian - 20/10 12:21 am

SHAH ALAM - Kemalangan sebuah lori yang terbabas dan terbalik di susur Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari di sini pada Isnin menjadi kes ketiga yang tular di kawasan tersebut dalam bulan ini.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kes itu berlaku sekitar jam 3.24 petang.Menurutnya, lori muatan batu kerikil dipandu lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam perjalanan dari Puchong ke Puncak Alam.ARTIKEL BERKAITAN:Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat"Kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang hilang kawalan lalu terbabas ke susur kiri sehingga menyebabkan kenderaan tersebut mengiring terbalik ke kanan."Insiden ini mengakibatkan pemandu tersepit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Tambahnya, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Sementara itu, kes pertama dilaporkan kira-kira jam 4.20 petang pada 9 Oktober lalu melibatkan 12 kenderaan di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari.Kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang positif dadah mendakwa mengalami masalah brek telah hilang kawalan semasa menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan langsung melanggar 11 kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.Kejadian kedua pula berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 16 Oktober di Kilometer 9.2 Persiaran Mokhtar Dahari.Kes itu dipercayai berpunca daripada pemandu pacuan empat roda yang bergerak menuju ke Puncak Alam terlanggar belakang sebuah lori yang bergerak di arah sama lalu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah lori serta kereta.





Polis tumpas empat kumpulan terlibat samun, curi kabel ECRL, TM - Sinarharian - 19/10 11:52 pm

KUANTAN - Polis berjaya menumpaskan empat kumpulan disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan mencuri kabel milik syarikat Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Telekom Malaysia (TM) menerusi beberapa operasi yang dijalankan dari 12 Oktober hingga hari ini di sekitar Temerloh dan Mentakab.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, sepanjang September hingga Oktober tahun ini, sebanyak dua kes samun stor simpanan kabel ECRL dan lima kes kecurian kabel TM dilaporkan berlaku di sekitar Temerloh, Mentakab dan Lanchang.Beliau berkata, sebanyak 17 lelaki tempatan berusia 20 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi berkenaan, dengan jumlah kerugian yang dialami pihak ECRL dan TM bagi semua kes itu dianggarkan RM75,000."Kumpulan pertama yang dikenali sebagai Geng Ravi ditumpaskan menerusi operasi dari 12 hingga 15 Oktober





Wanita Indonesia melecur seluruh badan dipercayai didera, majikan antara enam ditahan - Sinarharian - 19/10 9:57 pm

BUTTERWORTH Enam lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah kedai tayar di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren di sini pada Isnin bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia di Selangor.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, operasi itu dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.Menurutnya, serbuan berkenaan turut mendapat bantuan pasukan forensik JSJ IPK Pulau Pinang."Operasi itu dijalankan susulan laporan polis di Tanjong Sepat berhubung kes seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya."Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah lokasi di Jalan Besar, Kampung Tumbok, Tanjong Sepat, Selangor pada 16 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, mangsa yang dikenali sebagai Siti Rohaya dilaporkan mengalami kecederaan melecur di seluruh badan akibat kejadian berkenaan.Katanya, enam lelaki ditahan dalam operasi itu termasuk majikan mangsa, namun identiti kesemua suspek masih belum dikenal pasti.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).





Video tular kejar Persona: Pemandu ditahan positif dadah - Sinarharian - 19/10 8:49 pm

JOHOR BAHRU Pemandu Proton Persona yang dipercayai melanggar sebuah teksi sebelum cuba melarikan diri di Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi ditahan polis pada Isnin.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi, manakala saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.Menurutnya, kejadian membabitkan sebuah Proton Persona dan teksi jenis Perodua Bezza itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang, Ahad, sebelum rakaman insiden berkenaan tular di media sosial."Siasatan awal mendapati teksi berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh Proton Persona sebelum pemandunya dipercayai cuba melarikan diri."Pemandu teksi kemudian bertindak mengejar kenderaan itu dan diekori sebuah Perodua Myvi yang membantu sehingga kenderaan itu berhenti di susur jalan masuk ke Taman Molek," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Mohd Sohaimi berkata, pemandu teksi berkenaan turut ditahan pada hari sama, kira-kira jam 3.10 petang, di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.Bagaimanapun katanya, saringan awal air kencing terhadap pemandu teksi itu didapati negatif dadah.Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa bagi permohonan reman.Katanya, kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu turut disita bagi membantu siasatan."Kes pemanduan secara melulu dan berbahaya itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Kes berasingan turut dijalankan terhadap pemandu Proton Persona mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan saringan awal air kencingnya," katanya.Terdahulu, video kejadian yang tular di media sosial memaparkan sebuah Perodua Myvi membantu mengejar Proton Persona yang didakwa cuba melarikan diri selepas melanggar bahagian belakang teksi berkenaan.Kejadian itu menarik perhatian orang ramai apabila Proton Persona terbabit dilihat dipandu secara berbahaya sebelum berjaya dihentikan di tepi jalan.





Bayi 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan, pengasuh ditahan - Sinarharian - 19/10 8:49 pm

TASEK GELUGOR -Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kesbayi lelaki berusia 10 bulanmeninggal dunia ketika dalam jagaan wanita itu di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam ini.Ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya awal pagi tadi sebelum pengasuh berusia 25 tahun itu mendapati mangsa lemah dan tidak bermaya pada 9.50 pagi sebelum membawanya ke klinik kesihatan berdekatan.Bayi itu dipercayai meninggal dunia sebelum tiba di klinik dan pemeriksaan fizikal awal tidak menemukan kesan lebam pada tubuh mangsa





Rela leraikan pergaduhan di tokong, 13 lelaki termasuk remaja ditahan - Sinarharian - 19/10 2:22 pm

AMPANG - Seramai 13 lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.01 tengah malam itu, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di tokong itu bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan."Anggota Rela turut merampas dua objek dipercayai digunakan dalam kejadian itu, iaitu sebatang cota besi dan kayu besbol," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Khairul Anuar berkata, pihak pengurusan tokong kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan."Kesemua mereka berusia 15 hingga 20 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Orang ramai khususnya golongan remaja dinasihatkan supaya mengelakkan pergaduhan dan provokasi serta tidak menggunakan senjata atau objek berbahaya."Pada masa sama, ibu bapa diminta memantau pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah," katanya.





Bapa jemput anak pulang kerja, 'perjalanan terakhir' dua beranak dihempap kontena - Sinarharian - 19/10 12:38 am

KOTA KINABALU - Siapa sangka perjalanan biasa yang dilalui seorang bapa setiap hari untuk menjemput anak perempuannya pulang dari tempat kerja menjadi perjalanan terakhir apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki dua beranak itu dihempap kontena.Difahamkan, Norfaieza Mohd Jadi, 24, yang bekerja di sebuah kedai perabot, dijemput bapanya, Mohd Jadi Pelbi, 53, sebelum kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Baru, Sepanggar.Selain bekerja di kedai perabot, Norfaieza juga difahamkan meluangkan masa mengajar mengaji selepas selesai bekerja.Namun, perjalanan mereka bertukar tragedi apabila sebuah treler yang sedang menjalankan kerja mengangkat kontena di tepi Jalan Pelabuhan Sepanggar Bay dipercayai hilang keseimbangan lalu terbalik bersama muatannya.Kontena berkenaan kemudian menghempap MPV yang dinaiki dua beranak itu sehingga menyebabkan kedua-duanya tersepit di dalam kenderaan.Usaha menyelamat dilakukan pasukan bomba, namun keadaan kontena yang menghempap kenderaan berkenaan memerlukan bantuan kren bagi membolehkan kedua-dua mangsa dikeluarkan.Selepas kira-kira tiga jam terperangkap, dua kren tiba di lokasi kira-kira jam 9.21 malam sebelum kerja mengangkat kontena dilakukan bagi membolehkan pasukan bomba mengeluarkan mangsa.Paling meruntun hati, orang ramai yang berada di lokasi turut berganding bahu cuba membantu menarik keluar kenderaan yang remuk dan terhimpit sebaik sahaja kontena berjaya diangkat.Bagaimanapun, usaha menyelamat itu berakhir dengan khabar duka apabila kedua-dua beranak berkenaan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan pemandu lori terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Pemandu lori berusia 49 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.





Warga emas rugi hampir RM88,000 terpedaya pelaburan saham dalam talian - Sinarharian - 19/10 12:36 am

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang wanita warga emas untuk meraih keuntungan mudah melalui pelaburan saham tidak wujud berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM87,975.04.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian bermula pada 3 Oktober lalu ketika mangsa yang juga suri rumah berusia 63 tahun berada di rumahnya di Wakaf Tembesu, di sini melayari aplikasi Facebook dan tertarik dengan iklan pelaburan saham.Menurut beliau, mangsa kemudian menekan pautan disediakan dan mula berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan dua individu."Suspek telah memberikan penerangan serta arahan mengenai pelaburan dan menjanjikan pulangan lumayan, di mana dengan modal sebanyak RM450.00, mangsa dijanjikan pulangan mencecah RM25,000.00 dalam tempoh hanya empat jam," katanya di sini pada Isnin.Beliau memberitahu, sepanjang urusan tersebut, mangsa telah membuat sembilan transaksi bayaran ke beberapa akaun bank berbeza antara 3 Oktober hingga 12 Oktober lalu.Bayaran dari peringkat awal hingga transaksi kesembilan itu turut merangkumi pelbagai alasan bayaran tambahan seperti kos wang proses, kos guaman, kos kesilapan nombor TAC sebanyak enam kali, serta kos bayaran tandatangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).Tambah Azli, mangsa akhirnya membuat laporan polis jam 7.58 malam pada 18 Oktober lalu setelah sedar ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan."Hasil siasatan mendapati sumber kewangan yang digunakan mangsa untuk pelaburan itu adalah daripada wang simpanan peribadinya sebanyak RM20,000.00 serta hasil gadaian barang kemas di bank sebanyak RM67,975.04."Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.





Dua beranak maut dihempap kontena, pemandu lori ditahan - Astroawani - 19/10 12:10 am

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata susulan kejadian itu pihaknya menahan pemandu lori terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.





Tiga lelaki ditahan, curi motosikal - Sinarharian - 19/10 11:29 am

KUALA LUMPUR Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di Jalan Bukit Bintang di sini pada 26 September lalu.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 berwarna hitam kira-kira jam 2.11 pagi pada hari sama."Bertindak atas maklumat, tiga suspek berusia antara 23 hingga 32 tahun ditahan semalam (Ahad) kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan."Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Azwan berkata, polis turut merampas dua motosikal, sehelai seluar jeans dan sepasang selipar bagi membantu siasatan."Kita berjaya menyelesaikan tiga kes lain di sekitar kawasan Dang Wangi hasil penahanan ketiga-tiga suspek itu."Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan





Dua beranak maut dihempap kontena: Pemandu lori ditahan bantu siasatan - Sinarharian - 19/10 11:04 am

KOTA KINABALU - Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kemalangan yang meragut nyawa dua beranak selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka dihempap kontena di Jalan Sepanggar di sini pada petang Ahad.Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan pemandu lori terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Pemandu lori berusia 49 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan





30 motosikal kena angkut, tiada lesen paling ramai kantoi - Sinarharian - 19/10 8:15 am

BUTTERWORTH - Sebanyak 30 motosikal disita manakala 179 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini, bermula Ahad hingga awal pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, operasi yang dijalankan daripada jam 5 petang hingga 2 pagi itu dilaksanakan bagi mengesan penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk pengubahsuaian kenderaan serta ketidakpatuhan terhadap peraturan jalan raya.Menurutnya, berdasarkan laporan operasi, sebanyak 30 motosikal disita atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Sebanyak 179 saman dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi borang PDRM (K)257, dengan 158 kesalahan membabitkan motosikal direkodkan dalam pecahan kesalahan yang dilaporkan."Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada lesen memandu, iaitu sebanyak 25 kes, diikuti nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (24), tidak mempamerkan pelekat lesen kenderaan (17) dan pengubahsuaian struktur peralatan motosikal (16)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Tambah beliau, selain itu, sebanyak 16 kes membabitkan aksesori tidak sempurna turut direkodkan, diikuti pengubahsuaian ekzos (15), tiada nombor pendaftaran (13) serta tiada cermin sisi (12)."Kesalahan lain termasuk tiada perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, masing-masing enam kes selain lesen tamat tempoh (lima) serta brek tidak berfungsi dengan baik (tiga)."Dalam operasi sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 21 notis yang merangkumi lima notis teknikal, 14 notis saman dan dua notis sitaan bagi motosikal yang dikategorikan ekstrem," ujarnya.Anuar berkata lagi, operasi bersepadu itu turut melibatkan pemeriksaan terhadap 145 individu dan 133 motosikal bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan jalan raya."Bagaimanapun, tiada tangkapan direkodkan sepanjang operasi berkenaan," katanya.





111 motosikal disita, 945 saman dalam Op Samseng Jalanan di Jalan... - Mygazette - 19/10 7:55 am

# 111 motosikal disita, 945 saman dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Ampang KUALA LUMPUR Sebanyak 111 motosikal disita manakala 945 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu membanteras kegiatan samseng jalanan di Jalan Ampang, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 1,635 motosikal diperiksa dari jam 3 hingga 7 pagi





Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori - Sinarharian - 18/10 10:26 pm

KAJANG Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 293 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah Kuala Lumpur pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa yang berusia 41 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Siasatan awal mendapati lori berkenaan bergerak perlahan di lorong kecemasan bagi menjalankan kerja pembaikan lampu jalan di kawasan lebuh raya itu."Ketika lori berkenaan memperlahankan kenderaan untuk berhenti, sebuah motosikal yang datang dari arah belakang melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal warga tempatan berkenaan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria menerusi talian 012-326 8496."Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan had laju ditetapkan serta mengamalkan sikap bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memandu," katanya.





Seorang lelaki berusia 38 tahun direman selama empat hari bagi membantu .. - Wrlr - 18/10 10:13 pm

Perintah reman sehingga 20 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 17 Oktober. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, suspek ditahan di Kota Bharu pada petang 16 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan





Pegawai AKPS maut: Suasana pilu, tangisan dua anak iringi kepulangan jenazah Norhazwani - Sinarharian - 18/10 8:59 am

Nasaruddin M. Nasir, dan Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd





Terbabas langgar tiang monorel, pemandu Perodua Ativa maut - Careta - 18/10 8:26 am

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Ativa pada jam 4.49 pagi





Tiga jam cari bom namun tak jumpa - Kosmo - 17/10 11:56 pm

KLANG – Tiada bahan letupan ditemukan di sebuah rangkaian pasar raya di Jalan Kapar di sini selepas pemeriksaan hampir tiga jam susulan e-mel ugutan bom, petang tadi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengurus stor lelaki kira-kira pukul 4.04 petang tadi selepas menerima e-mel berkenaan





Ancaman bom di pasar raya disahkan palsu - Sinarharian - 17/10 11:48 pm

KLANG - Suasana di sebuah pasar raya di sini gempar susulan ancaman bom menerusi e-mel yang mendakwa bahan letupan diletakkan di premis berkenaan pada Sabtu.Bagaimanapun, keadaan terkawal selepas pemeriksaan polis selama hampir tiga jam tidak menemukan sebarang bahan letupan atau peranti mencurigakan di lokasi berkenaan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.04 petang."Laporan dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai pengurus stor selepas menerima e-mel berhubung dakwaan ancaman bom berkenaan."Susulan laporan itu, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh bagi mengesan bahan letupan di lokasi berkenaan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Klang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun KeseksaanSehubungan itu, Ramsay menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan e-mel atau sebarang bentuk komunikasi untuk menyebarkan maklumat yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menimbulkan ketakutan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di talian 03-3291 9614 atau balai polis berhampiran."Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Fazlan Rezza Mazlan menerusi talian 011-1056 1017," katanya.





Kanak-kanak lelaki tiga tahun maut - Sinarharian - 17/10 9:03 pm

SEPANG Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.54 pagi pada Sabtu."Mangsa berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001."Proses bedah siasat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, telah selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu.Jelasnya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Farizi Ramlee, menerusi talian 014-314 5347.





Budak lapan tahun maut dirempuh lori ketika ambil bola - Sinarharian - 17/10 8:22 pm

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah lori di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud dekat sini petang Sabtu.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 4.10 petang, yang memaklumkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori dan pejalan kaki."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3.40 petang semasa pemandu lori, yang datang dari arah Kampung Surau Haji Daud, telah terlanggar mangsa yang keluar secara tiba-tiba untuk mengambil bola yang tercampak di atas jalan raya."Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan," menurutnya dalam kenyataan Sabtu.Beliau berkata, mayat pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987





Lelaki maut kereta dipandu terbabas langgar tiang monorel - Sinarharian - 17/10 11:30 am

KUALA LUMPUR Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang monorel di Jalan Hang Tuah, di sini, pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian itu, mangsa berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut yang membabitkan sebuah Perodua Ativa pada jam 4.49 pagi.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Pudu menghala ke Jalan Dewan Bahasa."Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar tiang monorel di lokasi kejadian."Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Hang Tuah.Mohd Zamzuri berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S





Mayat lelaki terbakar ditemui di tepi landasan keretapi - Sinarharian - 17/10 9:31 am

PASIR GUDANG - Satu mayat lelaki ditemui orang awam dalam keadaan terbakar di tepi landasan keretapi laluan Kempas-Pasir Gudang, di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat tersebut di kilometer 22.50 dan kilometer 22.75 berdekatan landasan tersebut pada jam 4.20 petang."Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama-sama pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut."Hasil siasatan mendapati mayat yang ditemui merupakan seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dalam keadaan terbakar hampir 70 peratus," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk proses bedah siasat."Hasil pemeriksaan bedah siasat pada hari ini mendapati punca kematian adalah akibat melecur atau terbakar yang serius





Pecah rumah di Cyberjaya, polis tahan 14 individu bantu siasatan - Mygazette - 16/10 2:43 pm

# Pecah rumah di Cyberjaya, polis tahan 14 individu bantu siasatan KUALA LUMPUR - Seramai 14 individu ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati, Cyberjaya. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pihaknya berhubung kejadian tersebut





14 individu ditahan bantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya - Sinarharian - 16/10 12:55 am

CYBERJAYA Seramai 14 individu ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan."Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh, suspek dipercayai seorang lelaki yang identiti serta kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti."Suspek dipercayai memakai pakaian yang menutupi sebahagian muka serta bertopi ketika kejadian berlaku," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Norhizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan 14 individu yang ditahan dalam kes berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fizal, menerusi talian 012-3456333 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.





Kelindan maut, pemandu cedera lori langgar treler?? - Mygazette - 16/10 7:17 am

# Kelindan maut, pemandu cedera lori langgar treler MUAR - Seorang kelindan maut manakala pemandu lori cedera dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Muar Furniture Park, Jalan Perindustrian Bakri Batu 7, Bakri, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 9 pagi melibatkan lori jenis Hino dan treler Volvo





Axia keluar tiba-tiba punca Myvi terbalik di Jalan Kuching - Kosmo - 15/10 8:50 pm

KUALA LUMPUR Sebuah Perodua Axia yang dipercayai keluar secara tiba-tiba dari susur jalan sebelah kiri menjadi punca sebuah Perodua Myvi terbalik dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala ke Selayang, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd





Penuntut wanita ditemukan maut di blok asrama universiti - Sinarharian - 15/10 5:08 pm

GEORGE TOWN - Seorang penuntut perempuan sebuah universiti mautdi blok asrama institut pengajian tinggi itu di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon daripada pihak universiti pada 8.40 pagi, memaklumkan penemuan mayat penuntut universiti berumur 21 tahun yang menetap di asrama tersebut."Mayat penuntut perempuan itu pada 7.25 oleh petugas kebersihan universiti tersebut dalam keadaan terlentang di bawah blok asramadan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian."Siasatan di tempat kejadian mendapati, tiada terkesan sebarang unsur jenayah dan pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan luaran,"katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) dibuka untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.- Bernama





Lelaki panik, lari tinggalkan motosikal selepas gagal menyamun - Mygazette - 15/10 4:11 pm

# Lelaki panik, lari tinggalkan motosikal selepas gagal menyamun KUANTAN - Seorang lelaki panik selepas cubaan menyamun di sebuah rumah di Taman LKNP, Bukit Setongkol, di sini disedari penghuni rumah, lalu lari meninggalkan motosikal dinaikinya di hadapan rumah tersebut. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian disedari pemilik rumah terbabit sekitar jam 11.55 malam tadi





Penuntut wanita USM ditemukan maut bawah blok asrama - Mygazette - 15/10 4:11 pm

Mangsa berusia 21 tahun yang juga warga tempatan ditemukan petugas kebersihan USM pada jam 7.25 pagi dalam keadaan terlentang di atas simen, disyaki terjatuh dari bangunan berkenaan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pihak universiti berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.40 pagi





Pasangan kekasih tular dikejar MPV polis ada 19 rekod lampau, positif syabu - Mygazette - 15/10 4:11 pm

# Pasangan kekasih tular dikejar MPV polis ada 19 rekod lampau, positif syabu MELAKA Pasangan kekasih yang tular dikejar kereta peronda polis (MPV) sejauh kira-kira 20 kilometer hampir sejam petang semalam mempunyai keseluruhan 19 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah selain turut positif syabu. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, dalam kejadian 6.20 petang itu, suspek lelaki berusia 39 tahun mempunyai lapan rekod lampau, manakala suspek wanita berusia 32 tahun mempunyai 11 rekod lampau





Penuntut wanita USM dijumpai maut di bawah blok asrama - Utusan - 15/10 4:10 pm

GEORGE TOWN : Seorang penuntut wanita berusia 21 tahun dijumpai meninggal dunia di bawah blok asrama Universiti Sains Malaysia (USM) di Jalan Bukit Gambir, Gelugor di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa ditemukan oleh petugas kebersihan USM kira-kira pukul 7.25 pagi dalam keadaan terlentang di atas ..





Penuntut USM maut jatuh hostel - Kosmo - 15/10 3:19 pm

GEORGE TOWN – Seorang penuntut wanita Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari bangunan hostel pelajar berkenaan di Gelugor di sini, pagi tadi





Sejam dikejar polis, pasangan kekasih Proton Saga merah tular positif dadah, ada rekod lampau - Sinarharian - 15/10 1:46 pm

MELAKA Adegan beberapa kereta peronda (MPV) polis mengejar sebuah Proton Saga merah yang tular pada petang Rabu membawa kepada penahanan pasangan kekasih yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan selepas dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis.Menurutnya, kejadian bermula jam 6.20 petang apabila anggota Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah mengesan kereta itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah pangsapuri di Tengkera."Pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan sebelum dikejar melalui beberapa laluan utama di sekitar Melaka."Suspek dipercayai memandu secara berbahaya, termasuk melakukan pergerakan zigzag serta melawan arus bagi mengelakkan diri daripada ditahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Rabu, tular di aplikasi Threads beberapa rakaman video yang memaparkan aksi sekurang-kurangnya lapan kenderaan polis mengejar Proton Saga merah itu di beberapa lokasi, termasuk Jalan Istana dan Batu Berendam.Katanya, aksi mengejar sejauh 30 kilometer yang mengambil masa sekitar satu jam berakhir di jalan mati berhampiran Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Kampung Sungai Putat, apabila kedua-dua suspek meninggalkan kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan anggota polis.Beliau berkata, seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas berlaku pergelutan dengan suspek lelaki ketika proses tangkapan.Tambahnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing."Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai lapan rekod, iaitu tujuh berkaitan narkotik dan satu berkaitan jenayah."Suspek wanita pula mempunyai 11 rekod lampau, dengan 10 daripadanya berkaitan narkotik dan satu berkaitan jenayah," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula 15 hingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Halim menegaskan bahawa tindakan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan memandu secara berbahaya boleh mengancam nyawa serta keselamatan pengguna jalan raya lain.Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian itu.





Lelaki lari tinggalkan motosikal selepas cubaan mencuri gagal - Sinarharian - 15/10 12:00 am

KUANTAN Cubaan seorang lelaki untuk melarikan barangan dari sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini tidak kesampaian apabila tindakannya disedari pemilik kediaman terbabit, memaksa suspek melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut sehingga meninggalkan motosikal yang digunakan di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian awal pagi Khamis itu, suspek dipercayai gagal membawa lari sebarang barangan dan melarikan diri dengan tangan kosong.Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar sebelum cuba melarikan beberapa barangan termasuk tangga aluminium dan wayar kabel."Bagaimanapun, kejadian itu disedari pemilik rumah menyebabkan suspek segera melarikan diri tanpa sempat membawa barangan yang cuba dicuri."Suspek juga meninggalkan motosikal yang digunakan di hadapan rumah terbabit," katanya.Terdahulu, kejadian yang didakwa berlaku di Taman LKNP, Bukit Setongkol di sini, tular di media sosial.Berdasarkan hantaran yang dikongsikan, kejadian itu dikatakan berlaku antara pukul 12 tengah malam hingga 12.45 pagi dan melibatkan lima buah rumah yang diceroboh.Sementara itu, Ashari berkata, kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan usaha mengesan serta menahan suspek sedang giat dijalankan."Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan," katanya.




Reformasi     >>



Akmal cari simpati? Dari no fear, no surrender kepada .. - Harapandaily
Dahulu lantang mencabar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk bertemu di mahkamah dengan semangat ‘No Fear, No Surrender’, kini Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berdepan hakikat terpaksa menjual motosikal kesayangan dan ikan tilapia ternakannya bagi menjelaskan ..
Kroni     >>



Victory fuels long jumper Latif's quest for a world .. - NST
KUALA LUMPUR: Abdul Latif Romly added another chapter to his Asian Para Games dominance on Tuesday, but the long jump star was left frustrated after illness and a last-minute shoe change derailed his bid to break the world record.
Tabloid     >>



Jerebu: Bekas Menteri Indonesia Kritik Gesaan Syed .. - Siakapkeli
Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi, kritik kenyataan Syed Saddiq yang menggesa ASEAN memulaukan Indonesia susulan isu jerebu akibat kebaka...
Tech     >>



Google Rolls Out Gemini Personal Intelligence For .. - Lowyat
Google has announced that it will roll out Personal Intelligence for Gemini on Android Auto and Android Automotive (Google built-in). Similar to how the AI assistant works on users’ phones, the feature can draw on information from their emails, calendars, Google Maps, Search and other ..
World     >>



Elon Musk ordered Starlink slowdown for Ukraine: Report - Cnbc
Musk and President Donald Trump have both recently criticized Ukrainian President Volodymyr Zelenskyy, who has also flagged disruptions in U.S. intel sharing.
Motor Trend     >>



Motosikal Rcb Sah Sertai Eicma Buat Kali Keempat .. - Mekanika
# RCB SAH SERTAI EICMA BUAT KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT **Pengeluar komponen berprestasi tinggi motosikal, RCB sekali lagi mengesahkan penyertaan di EICMA yang akan berlangsung November ini di Fiera Milano, Itali.** Jenama antarabangsa dari Malaysia itu akan terlibat dengan EICMA buat kali keempat ..