///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Ajk News   Page 1    



Ahli Parlimen PKR Dalang Keluar Parti Di Shah Alam -Najwan *... - Mygazette - 26/05 7:32 am

# Ahli Parlimen PKR Dalang Keluar Parti Di Shah Alam -Najwan * 41 Scammer China Lesap #MGFlash (LIVE) Ahli Parlimen PKR Dalang Keluar Parti Di Shah Alam -Najwan * 41 Scammer China Lesap Hanya 3 AJK Keluar Parti, Najwan Dakwa Didalangi Ahli Parlimen PKR Tragedi Pelantar Minyak: PM Ucap Takziah, Mahu Keselamatan Diperkukuh Lebih 31,000 Jemaah Malaysia Mula Bergerak Ke Arafah SUHAKAM Dapati Wujud Pelanggaran Serius Kematian Tahanan Penjara Taiping 41 Scammer China Lesap, Mahkamah Keluar Waran Tangkap Provokasi Kaum: Polis Jerantut Buka Kertas Siasatan Bangunan Runtuh Di Filipina, Seorang Warga Malaysia Disahkan Maut #malaysiagazette #mgflash #mgnews #mgskop #mgprihatin #mgtv #podcastmg #owh!mg #borakmg Lelaki tersebut dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 Pindaan 2021.





Hanya tiga AJK PKR Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan - Sinarharian - 25/05 8:43 pm

SHAH ALAM - Hanya tiga ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang mengesahkan telah keluar parti secara sukarela berbanding 21 yang didakwa sebelum ini.Ketuanya, Mohd Najwan Halimi berkata, tindakan tersebut dipercayai didalangi oleh seorang Ahli Parlimen PKR yang kecewa susulan kekalahan dalam pemilihan parti merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN:'Tindakan keluar parti tidak melemahkan PKR, hanya proses pembersihan dalaman'Tiada cawangan terbubar, hanya satu kes di Tanjung Malim - Pengerusi PKR Perak"Siasatan dan semakan terperinci dijalankan terhadap senarai nama dalam kenyataan media yang didakwa berlaku tindakan keluar parti secara besar-besaran."PKR Cabang Shah Alam kekal utuh dan tidak akan tunduk dengan 'rencana makar' oleh pemimpin yang bersifat gunting dalam lipatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini media melaporkan, seramai 21 AJK PKR cabang itu bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.AJK tersebut dalam satu kenyataan pada Isnin mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya.Menurut kenyataan itu, AJK berkenaan yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.Malah, dakwanya, beberapa keputusan dibuat tanpa perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat kepimpinan diperuntukkan dalam perlembagaan parti.





Hanya 3 AJK Cabang PKR Shah Alam keluar parti, kata ketuanya - Mkini - 25/05 3:45 pm

Najwan berkata pihaknya percaya tindakan itu didalangi salah seorang MP PKR yang tewas pada pemilihan parti itu tahun lalu.





21 AJK PKR Cabang Shah Alam letak jawatan, keluar parti serta-merta - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# 21 AJK PKR Cabang Shah Alam letak jawatan, keluar parti serta-merta KUALA LUMPUR Seramai 21 Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam bersama pimpinan sayap Wanitanya mengumumkan peletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta





Hanya 3 AJK Cabang Shah Alam keluar parti – Najwan Hanya 3 AJK .. - Mygazette - 25/05 3:38 pm

# Hanya 3 AJK Cabang Shah Alam keluar parti - Najwan KUALA LUMPUR - Hanya tiga hli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam yang mengesahkan telah keluar parti secara sukarela





Bukan 21 tetapi tiga sahaja AJK cabang Shah Alam keluar PKR - Kosmo - 25/05 3:33 pm

SHAH ALAM – Hanya tiga ahli jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam mengesahkan telah keluar parti secara sukarela setakat ini





Hanya 3 bukan 21 AJK PKR Shah Alam keluar parti, kata Najwan - FMT - 25/05 3:15 pm

Ketuanya Najwan Halimi nafi dakwan berlaku tindakan keluar parti secara besar-besaran melibatkan pimpinan cabang itu.





Hanya 3 bukan 21 AJK PKR Shah Alam keluar parti, kata Najwan - Hotfm - 25/05 3:15 pm

Ketuanya Najwan Halimi nafi dakwan berlaku tindakan keluar parti secara besar-besaran melibatkan pimpinan cabang itu.





21 AJK, pimpinan wanita PKR Cabang Shah Alam umum keluar parti - Sinarharian - 25/05 11:47 am

SHAH ALAM - Seramai 21 ahli jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.AJK PKR Cabang Shah Alam dalam satu kenyataan mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya, Najwan Halimi."Kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti khususnya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan janji-janji reformasi dilihat tidak lagi diterjemahkan dalam amalan sebenar serta kegagalan mempertahankan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan demokrasi dalaman yang pernah menjadi tunjang perjuangan parti."Di peringkat cabang pula, kami turut kecewa dengan kepimpinan Najwan yang dilihat gagal mengamalkan prinsip konsultasi dan kebersamaan dalam membuat keputusan," katanya pada Isnin.AJK PKR Cabang Shah Alam menambah, pihaknya yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.Malah, dakwanya, beberapa keputusan dibuat tanpa perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat kepimpinan diperuntukkan dalam perlembagaan parti."Kami percaya sesebuah parti politik mesti mengamalkan nilai reformasi dan demokrasi yang dilaungkan kepada rakyat."Malangnya, kami tidak lagi melihat prinsip-prinsip tersebut diamalkan secara konsisten dalam PKR pada hari ini," ujarnya.Bagaimanapun, kumpulan itu menegaskan bahawa perjuangan demi rakyat dan negara tetap diteruskan meskipun tidak lagi bersama PKR.Turut disertakan bersama kenyataan tersebut adalah senarai 21 nama AJK dan kepimpinan wanita PKR cabang berkenaan yang membuat keputusan meninggalkan parti.





19 AJK letak jawatan - AMK Cabang Pandan didakwa terbubar - Mkini - 21/05 12:27 am

Timbalan Ketua AMK Cabang Pandan Muhammad Haqimi Mohd Zamri mengumumkan peletakan jawatannya sekali gus keluar daripada PKR.





AJK PAS dakwa masih ramai harap semangat Muafakat Nasional - Hotfm - 13/05 10:26 am

Shahidan Kassim yang juga bekas pemimpin Umno mendakwa ramai berharap ia dapat diteruskan tanpa dihalang kepentingan politik tertentu.





AJK PAS dakwa masih ramai harap semangat Muafakat Nasional - FMT - 13/05 10:26 am

Shahidan Kassim yang juga bekas pemimpin Umno mendakwa ramai berharap ia dapat diteruskan tanpa dihalang kepentingan politik tertentu.



Tidak puas hati kesesakan ketika solat Jumaat punca suspek cetus isu Surau Taman Seraya - Sinarharian - 28/04 10:50 am

SHAH ALAM Ketidakpuasan hati terhadap kesesakan lalu lintas ketika pelaksanaan solat Jumaat dipercayai menjadi punca seorang individu bertindak mencetuskan kontroversi berkaitan Surau Taman Seraya, Ampang.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati tindakan suspek adalah bersifat individu dan tidak melibatkan sebarang pengaruh luar.Menurutnya, lelaki tempatan berusia 46 tahun yang tidak bekerja itu telah ditahan pada Ahad dan kini direman bagi membantu siasatan lanjut."Berkaitan isu Surau Taman Seraya di Ampang, tangkapan telah dijalankan dan suspek kini sedang ditahan reman."Siasatan awal mendapati tindakan suspek lebih tertumpu kepada ketidakpuasan hati ekoran kesesakan lalu lintas yang berlaku, contohnya semasa solat Jumaat dilaksanakan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Selasa.Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis bagaimanapun masih meneruskan siasatan dari pelbagai sudut bagi mengenal pasti sekiranya terdapat elemen lain yang terlibat."Setakat ini, tindakan suspek dilihat bersifat individu dan tidak melibatkan mana-mana pihak luar."Namun, siasatan masih berjalan dan kita meneliti pelbagai aspek termasuk kemungkinan wujud faktor lain," ujarnya.Sementara itu, Shazeli berkata, kes berkenaan masih berada di bawah tahanan reman dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwa raya sebaik sahaja siasatan lengkap."Insya-Allah, selepas siasatan selesai, kita akan rujuk kepada pejabat pendakwa raya untuk mendapatkan nasihat serta arahan lanjut," katanya.Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki mencetuskan kontroversi berkaitan isu agama di Surau Taman Seraya sebelum ditahan polis di Pandan Indah kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu.Kes disiasat susulan dakwaan ingkar perintah Sultan Selangor berhubung pelaksanaan solat Jumaat di surau berkenaan.Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan AJK Surau Taman Seraya membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman, dilaporkan berkata laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah terhadap surau berkenaan.Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang ketika ini mengganggu individu terbabit, selain dia meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan.



Lelaki cetus isu Surau Taman Seraya ditahan polis - Sinarharian - 26/04 7:17 pm

SHAH ALAM - Lelaki yang mencetuskan kontroversi isu agama di Surau Taman Seraya, Ampang ditahan polis pada Ahad.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan di Pandan Indah kira-kira jam 3 petang bagi membantu siasatan berkaitan kes ingkar perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan Solat Jumaat di surau terbabit.Menurutnya, polis telah merampas satu komputer riba, telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan bagi siasatan lanjut."Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing negatif dadah."Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, siasatan dijalankan secara profesional dan telus mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa tanpa kompromi.Tegasnya, masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu proses siasatan serta menggugat ketenteraman awam."Pihak polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan yang cuba mencetuskan provokasi melampau sehingga menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini," ujarnya.Sebelum itu, pada program Larian Diraja Selangor Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di Elmina Lake Side Mall di sini pada Ahad, Shazeli memaklumkan suspek telah dikenakan Senarai Pekeliling Khas bagi memastikan individu itu tidak keluar dari negara."Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menerima laporan yang dibuat oleh beberapa individu terutamanya daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya berkaitan dengan satu petisyen yang berlegar di kawasan tersebut."Rakaman percakapan juga telah diambil melibatkan AJK-AJK surau dan juga penduduk-penduduk komuniti di kawasan tersebut selain satu laporan daripada pejabat ahli majlis," ujarnya.Jelas Shazeli, Senarai Pekeliling Khas bermaksud apabila ia didaftarkan, individu itu akan menghadapi kesukaran untuk ke luar negara kerana nama didaftarkan di lapangan-lapangan terbang dan sekiranya dikesan, penama itu akan ditangkap.Jumaat lalu, Sinar Harian melaporkan AJK Surau Taman Seraya membuat 10 laporan polis berkaitan dakwaan gangguan melibatkan seorang penduduk di kawasan tersebut.Pengerusi Surau Taman Seraya, Abdullah Sulaiman dilaporkan berkata, laporan itu dibuat bukan bertujuan mencetuskan sebarang konflik, sebaliknya bagi menangkis dakwaan fitnah surau berkenaan.Antara perkara yang dibangkitkan ialah dakwaan bahawa laungan azan yang berkumandang ketika ini mengganggu individu terbabit selain, dia meminta agar solat Jumaat yang telah dilaksanakan sejak 15 November 2019 dihentikan kerana mengganggu laluan trafik.



Isu surau Taman Seraya: Lelaki cetus kontroversi dikenakan Senarai Pekeliling Khas, elak keluar negara - Sinarharian - 26/04 11:44 am

SHAH ALAM - Seorang lelaki tempatan yang disiasat berkenaan isu agama di Taman Seraya, Ampang dikenakan Senarai Pekeliling Khas bagi memastikan individu itu tidak keluar dari negara.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menerima laporan yang dibuat oleh beberapa individu terutamanya daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Taman Seraya berkaitan dengan satu petisyen yang berlegar di kawasan tersebut.Menurutnya, ekoran itu, pihak polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."Rakaman percakapan juga telah diambil melibatkan AJK surau dan penduduk komuniti di kawasan tersebut selain satu laporan daripada pejabat ahli majlis."Setakat ini suspek masih belum ditangkap, tetapi telah dibuat Senarai Pekeliling Khas untuk memastikan beliau tidak terlepas keluar dari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas program Larian Diraja Selangor Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat di Elmina Lake Side Mall di sini pada Ahad.Tambahnya, Senarai Pekeliling Khas itu bermaksud apabila ia didaftarkan, individu itu akan menghadapi kesukaran untuk ke luar negara sebab nama telah didaftarkan di lapangan terbang dan sekiranya dikesan, penama itu akan ditangkap.Shazeli berkata, usaha telah dijalankan untuk mengesan dan membuat tangkapan ke atas individu terbabit.Katanya, siasatan awal mendapati individu tersebut adalah antara penghuni di taman tersebut."Siasatan masih belum lengkap




Reformasi     >>



Air bocor RM200 juta setahun, rakyat Terengganu kini .. - Harapandaily
Isu bekalan air di Terengganu kembali menjadi perhatian selepas pendedahan mengenai kerugian besar yang ditanggung negeri akibat masalah air tidak berhasil (NRW) yang semakin meruncing. Menerusi satu kenyataan yang tular di media sosial, kumpulan Greater Terengganu Development mendakwa negeri ..
Kroni     >>



Rakyat jelata teruja jejak kaki ke Istana Arau - Utusan
ARAU: Tepat pukul 9.30 malam sebaik sahaja pintu pagar dibuka menyaksikan puluhan ribu pengunjung memasuki istana bagi menyaksikan keindahan gemerlapan lampu hiasan bersempena Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau berlangsung selama dua hari berakhir semalam. MKC dianjur bersempena Sambutan Ulang ..
Tabloid     >>



[VIDEO] Dua penjenayah maut berbalas tembakan dengan .. - Kosmo
KAJANG Dua penjenayah tegar maut selepas terlibat dalam insiden berbalas tembakan dengan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi di sini malam tadi. Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, kejadian ..
Tech     >>



Apple vs US antitrust case sees government attempting .. - Appleinsider
The DOJ spent years threatening to bring antitrust charges against Apple, and now that it finally has, the US government seems incapable of participating in its own case. Apple wants the DOJ to play ball in its own court The United States Department of Justice brought antitrust claims against ..
World     >>



Mexico agrees to host Iran at World Cup instead of US - BBC
Mexico's President Claudia Sheinbaum agrees to allow Iran to stay in the country during the World Cup, with the United States unwilling to host them.
Motor Trend     >>



JPJ sita Vellfire bekas bintang bola sepak, Brabus AMG .. - Careta
Pakar motivasi terbabit pula ditahan di sekitar Lembah Klang selepas memandu kereta mewah Mercedes Benz Brabus AMG dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans. Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, berkata kenderaan