| /// |
|
| Search : Uitm Holdings Sdn News | Page 1 |
|
SPRM sedang siapkan siasatan kerugian UiTM Holdings sejak 2023 - Mygazette - 27/09 4:22 pm # SPRM sedang siapkan siasatan kerugian UiTM Holdings sejak 2023 KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan berkaitan beberapa isu melibatkan kerugian yang dialami oleh UiTM Holdings Sdn Bhd pada tahun 2023 |
|
SPRM siasat kes kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd - Sinarharian - 27/09 3:59 pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2023.SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan merangkumi pelbagai isu, termasuk pembangunan projek solar 50 megawatt di Gambang, Pahang, yang melibatkan pembayaran RM42 juta bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek itu dan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (BOD)."SPRM menegaskan bahawa siasatan ini masih berjalan memandangkan kompleksiti kes yang melibatkan aspek teknikal serta menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan."Selain itu, bagi melengkapkan lagi proses penyiasatan, SPRM juga akan meneliti sekiranya terdapat isu-isu lain yang relevan, termasuk kelemahan tatakelola sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam," menurut kenyataan itu.SPRM turut menyambut baik keprihatinan serta ketegasan Perdana Menteri dalam usaha menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian UiTM Holdings.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan menegaskan SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas serta adil.Semalam, Anwar berkata, Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur tadbir urus serta pengurusan UiTM Holdings berikutan kerugian yang dialami anak syarikatnya itu.Perdana Menteri berkata, sekiranya ia melibatkan kelemahan biasa, langkah penambahbaikan atau pertukaran pegawai perlu dilakukan seperti agensi lain, namun tindakan tegas mesti diambil jika terbukti wujud kecurangan demi memastikan tatakelola baik terpelihara dalam agensi Bumiputera |
|
SPRM siasat isu kerugian UiTM Holdings - Sinarharian - 27/09 2:53 pm SHAH ALAM - Siasatan berkaitan beberapa isu melibatkan kerugian yang dialami oleh UiTM Holdings Sdn Bhd pada tahun 2023 sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Siasatan tersebut merangkumi pelbagai isu termasuk pembangunan projek solar 50MW di Gambang, Pahang, di mana sejumlah RM42 juta dilaporkan telah dibayar bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek solar tersebut serta dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (BOD).Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009."SPRM akan berusaha menyiapkan siasatan dengan kadar segera secara bebas dan adil."Ditegaskan bahawa siasatan ini masih berjalan memandangkan kompleksiti kes yang melibatkan aspek teknikal serta menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, selain itu, bagi melengkapkan lagi proses penyiasatan, SPRM juga akan meneliti sekiranya terdapat isu-isu lain yang relevan termasuk kelemahan tatakelola sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.Jelasnya, SPRM menyambut baik keprihatinan serta ketegasan Perdana Menteri dalam usaha melihat dan menyelesaikan kelemahan yang menjadi faktor kerugian ke atas UiTM Holdings Sdn Bhd.Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penelitian terhadap tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd susulan kebimbangan mengenai kerugian yang dialami syarikat berkenaan.Anwar dilaporkan berkata, semakan itu perlu dilakukan dengan kerjasama Naib Canselor UiTM dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memberikan sokongan sekiranya diperlukan. |
|
Kerugian UiTM Holdings bukan bawah kepimpinan semasa, jangan politikkan .. - Mygazette - 27/09 7:59 am # Kerugian UiTM Holdings bukan bawah kepimpinan semasa, jangan politikkan - Fathul Bari KUALA LUMPUR: Kerugian UiTM Holdings Group seperti dibangkitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kerugian baharu di bawah kepimpinan semasa. Pengerusi UiTM Holdings Sdn Bhd, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, angka sekitar RM157 juta telah dilaporkan sejak 2023 dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ketika itu menjelaskan ia merupakan kerugian terkumpul sehingga kini (semenjak 2007) |
|
Belanjawan 2027: Kerajaan bakal umum langkah tegas pastikan gaji yang adil - Anwar - Sinarharian - 26/09 4:12 pm Contoh Korea Selatan terutamanya, produktiviti tinggi, upah pun ikut (meningkat)."Di Malaysia, produktiviti terus meningkat, tapi kadar upah itu meningkat sedikit sahaja. Jadi terpaksa kita gunakan kuasa kerajaan untuk menekan sedikit," kata Perdana Menteri.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu gaji yang adil, dengan kelayakan graduan semasa sesi soal jawab pada Program Himpunan Mesra Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bersama-sama Perdana Menteri di UiTM Shah Alam hari ini.Ditanya mengenai isu pengurusan dan kelemahan UiTM Holdings Sdn Bhd pada sesi soal jawab itu, Anwar berkata, perkara tersebut perlu dikaji terlebih dahulu, sebelum sebarang tindakan diambil.Beliau berkata, laporan berkaitan perkara itu akan turut diberi perhatian melalui kerjasama Naib Canselor UiTM, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri."Sila lihat tentang UiTM Holdings dan cari jalan bekerjasama dengan Naib Canselor dan Jabatan Perdana Menteri |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |