| /// |
|
| Search : Piala Dunia News | Page 1 |
|
7,000 banjiri Bangi Square saksikan final Piala Dunia 2026 - FMT - 20/07 2:35 pm Pengunjung menyaksikan Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 sebelum program diteruskan dengan solat subuh berjemaah. |
|
Selepas Piala Dunia 2026, RTM bakal siar beberapa lagi acara sukan berprestij - FMT - 20/07 9:37 am Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata RTM akan mengumumkan beberapa lagi hak penyiaran acara berkenaan. |
|
Kasut Emas Piala Dunia 2026 sah milik Mbappe - Sinarharian - 20/07 7:29 am PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas Lionel Messi gagal menambah jaringan pada aksi final di New Jersey, awal pagi Isnin.Kapten Perancis itu meledak 10 gol sepanjang kejohanan untuk muncul penjaring terbanyak, mengatasi legenda Argentina, Messi yang menamatkan kempen dengan lapan gol.Pemain tengah England, Jude Bellingham dan penyerang Norway, Erling Haaland masing-masing berada di belakang dengan tujuh gol.Mbappe, 27, yang beraksi bersama Real Madrid, turut memenangi anugerah sama pada Piala Dunia 2022 di Qatar ketika Perancis muncul naib juara selepas tewas kepada Argentina dalam final.Pemain Perancis itu yang membuat penampilan pertama di Piala Dunia pada 2018, menjaringkan dua gol dalam aksi penentuan tempat ketiga menentang England yang menyaksikan The Three Lions menang 6-4.Mbappe kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Piala Dunia dengan 22 gol dalam tiga edisi mengatasi Messi dengan kelebihan satu gol. |
|
Sepanyol juara Piala Dunia 2026 - FMT - 20/07 7:21 am Jaringan tunggal Ferran Torres pada masa tambahan memastikan skuad La Roja meraih gelaran dunia buat kali kedua dalam sejarah bola sepak negara itu. |
|
Paredes diusir selepas wisel penamat - Sinarharian - 20/07 6:45 am DRAMA final Piala Dunia 2026 berlarutan selepas tamat perlawanan apabila pemain tengah Argentina, Leandro Paredes dilayangkan kad merah susulan insiden selepas wisel penamat ketika tewas 0-1 kepada Sepanyol.Kejadian itu mencetuskan kekecohan di padang selepas tamat aksi, sekali gus menyaksikan Argentina menamatkan perlawanan dengan dua pemain dibuang padang selepas Enzo Fernndez terlebih dahulu menerima kad merah pada minit ke-90+3.Situasi itu mengingatkan kembali kejadian pada Piala Dunia 1990 apabila Argentina turut gagal mempertahankan kejuaraan selepas berdepan masalah disiplin dalam aksi final.Paredes dilaporkan beberapa kali terlepas daripada hukuman lebih berat sepanjang perlawanan susulan beberapa insiden keras sebelum akhirnya dikenakan tindakan selepas tamat permainan.Ketegangan turut tercetus apabila seorang pemain Argentina didakwa melakukan kekasaran terhadap pemain gantian Sepanyol selepas wisel penamat, sekali gus membuka kemungkinan tindakan susulan daripada badan disiplin.Insiden selepas perlawanan itu mencetuskan persoalan sama ada pemain masih boleh dikenakan hukuman retrospektif berdasarkan laporan pengadil dan bukti rakaman video.Kekalahan kepada Sepanyol menyaksikan Argentina gagal mempertahankan trofi Piala Dunia, manakala La Roja dinobatkan juara dunia buat kali kedua selepas kejayaan pada 2010. |
|
Cuaca baik, peminat bola sepak mula banjiri Riuh BOLA SINAR x RedONE x RTM di Restoran Hakim - Sinarharian - 19/07 10:01 pm SHAH ALAM Keadaan cuaca yang baik menjadi pelengkap kemeriahan acara Riuh BOLA SINAR x RedONE x RTM apabila peminat bola sepak mula memenuhi pekarangan Restoran Hakim bagi menyaksikan tayangan skrin gergasi perlawanan akhir Piala Dunia 2026.Seawal petang lagi, orang ramai mula hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi mendapatkan lokasi terbaik untuk menikmati debaran aksi kemuncak kejohanan bola sepak paling berprestij dunia itu.Suasana sekitar lokasi bertambah meriah dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung termasuk cabutan bertuah, permainan gelecek bola sepak, reruai interaktif serta pelbagai pengisian menarik sebelum sepak mula perlawanan.Meskipun hujan melanda Shah Alam pada sebelah petang, keadaan cuaca kembali reda dan bertambah baik menjelang malam.Sehingga jam 10 malam, suasana di sekitar Restoran Hakim kekal selesa, sekali gus membolehkan pengunjung terus menikmati kemeriahan acara tanpa gangguan cuaca.Riuh BOLA SINAR x RedONE x RTM menjadi medan himpunan peminat bola sepak tanah air untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah final Piala Dunia 2026 yang menemukan dua gergasi dunia, Sepanyol dan Argentina.Kemeriahan demam bola terus dirasai apabila peminat hadir memenuhi lokasi bagi menyokong pasukan pilihan masing-masing, selain menikmati suasana penuh semangat dan kebersamaan menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala Dunia 2026.Ikuti kemeriahan Riuh Bola SINAR x RedONE x RTM malam ini di Restoran Hakim, Shah Alam. |
|
Siapa bakal julang trofi Piala Dunia 2026? Saksikan penentuannya di Riuh BOLA SINAR x redONE Mobile x RTM - Sinarharian - 19/07 8:36 pm SHAH ALAM Debaran final Piala Dunia FIFA 2026 semakin memuncak apabila juara Eropah, Sepanyol bakal berdepan juara bertahan dunia, Argentina dalam aksi penentuan yang berlangsung di Stadium New York New Jersey, East Rutherford, Amerika Syarikat pada Isnin, jam 3 pagi waktu Malaysia.Pertembungan dua gergasi bola sepak dunia itu bukan sahaja menjadi tumpuan jutaan peminat di seluruh dunia, malah menyaksikan perebutan hadiah kemenangan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.Menurut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$50 juta (kira-kira RM204.8 juta) daripada keseluruhan agihan kewangan rekod AS$727 juta (kira-kira RM2.98 bilion) bagi edisi 2026.Sepanyol memburu gelaran dunia kedua selepas kejayaan pada 2010, manakala Argentina mengintai kejuaraan keempat selepas muncul juara pada 1978, 1986 dan 2022.Bagi peminat bola sepak tempatan yang mahu merasai kemeriahan malam final bersama-sama penyokong lain, Riuh Bola SINAR HARIAN x redONE x RTM di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam menawarkan tayangan secara langsung menerusi skrin gergasi.Suasana kemeriahan bermula lebih awal menerusi pelbagai aktiviti menarik menjelang sepak mula termasuk cabutan bertuah, permainan bola di reruai, kuiz interaktif serta pelbagai aktiviti sampingan yang disediakan buat pengunjung.Program itu setakat ini telah menghimpunkan ratusan peminat bola sepak yang hadir bukan sahaja untuk menyaksikan aksi kemuncak Piala Dunia 2026, malah berkongsi debaran dan kemeriahan bersama keluarga serta rakan-rakan dalam suasana penuh semangat kesukanan.Kini, hanya satu persoalan yang tinggal |
|
N'golo Kante kempunan sampai habis Piala Dunia - Sinarharian - 19/07 8:43 am NGOLO Kante mungkin antara pemain paling disegani dalam generasi bola sepak Perancis, namun Piala Dunia 2026 meninggalkan satu persoalan besar apabila beliau menamatkan kempen tanpa walau seminit beraksi.Sepanjang kejohanan, pemain tengah berusia 35 tahun itu tidak pernah diturunkan Didier Deschamps, malah tidak menerima peluang sebagai pemain gantian dalam mana-mana perlawanan termasuk aksi penentuan tempat ketiga menentang England.Situasi itu cukup mengejutkan kerana Kante sebelum ini menjadi nadi penting Les Bleus ketika membantu Perancis menjulang Piala Dunia 2018, selain dikenali sebagai pemain yang sentiasa bekerja keras, merendah diri dan tidak pernah mencetuskan kontroversi.Keputusan Deschamps mengekalkan Kante di bangku simpanan sepanjang kejohanan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, terutama apabila Perancis berdepan masalah konsistensi di bahagian tengah.Lebih mencuri perhatian, muncul spekulasi mengenai kemungkinan hubungan kurang baik antara Kante dan kapten Perancis, Kylian Mbappe, namun sejauh mana kebenarannya hanya diketahui oleh kem Les Bleus sendiri.Tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak yang mengesahkan dakwaan berkenaan, sekali gus menyebabkan persoalan terus bermain di fikiran penyokong yang melihat Kante sebagai antara pemain paling profesional dalam skuad Perancis.Apa pun alasannya, Piala Dunia 2026 akan dikenang sebagai kejohanan yang berbeza buat Kante bukan kerana aksi di atas padang, tetapi kerana beliau hanya mampu menjadi pemerhati dari tepi padang ketika rakan sepasukannya berjuang membawa nama Perancis. |
|
Olise lebur rekod 56 tahun Pele - Sinarharian - 19/07 8:19 am MICHAEL Olise mencipta sejarah baharu Piala Dunia apabila memecahkan rekod bantuan gol yang pernah dipegang legenda Brazil, Pele selama 56 tahun.Pemain tengah serangan Perancis itu menghasilkan dua bantuan gol ketika membantu Kylian Mbappe meledak jaringan dalam aksi penentuan tempat ketiga menentang England di Miami, sekali gus mengumpul tujuh bantuan gol sepanjang Piala Dunia 2026.Jumlah itu menyaksikan Olise mengatasi rekod Pele yang mencatat enam bantuan gol ketika membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 1970 di Mexico, sekali gus muncul pemain dengan bantuan gol terbanyak dalam satu edisi kejohanan dunia.Kejayaan itu mengangkat nama Olise sebaris pemain yang mencipta sejarah di Piala Dunia, walaupun Perancis akhirnya gagal membawa pulang pingat gangsa selepas tewas 4-6 kepada England.Prestasi pemain Bayern Munich itu menjadi antara cerita menarik kempen Perancis apabila beliau bukan sahaja menjadi pencipta peluang utama, malah membentuk gandingan berbahaya bersama Mbappe sepanjang kejohanan.Olise kini hanya ketinggalan lima bantuan gol di belakang Lionel Messi yang memegang rekod bantuan gol terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia.Dengan usia yang masih muda, pemain berusia 24 tahun itu berpeluang mencabar rekod Messi sekiranya terus diberi peluang beraksi pada Piala Dunia akan datang. |
|
Deschamps tutup era gemilang dengan kekecewaan di Miami - Sinarharian - 19/07 8:07 am TIADA hadiah perpisahan indah buat Didier Deschamps apabila era 14 tahunnya bersama Perancis berakhir dengan kekecewaan selepas Les Bleus tewas 4-6 kepada England dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2026.Mengharapkan pingat gangsa sebagai penutup perjalanan terakhirnya, Deschamps sebaliknya menyaksikan pasukannya berakhir di tempat keempat selepas aksi penuh dramatik di Miami yang menyaksikan England meraih kemenangan.Kekalahan itu menutup tirai tugas Deschamps yang membawa Perancis kembali menjadi kuasa besar bola sepak dunia sejak mengambil alih pasukan pada 2012.Sepanjang tempoh 14 tahun, bekas kapten Les Bleus itu mencipta sejarah apabila membawa Perancis menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia, selain muncul naib juara pada edisi 2022 di Qatar.Deschamps turut meninggalkan rekod luar biasa apabila mengendalikan 187 perlawanan bersama skuad kebangsaan Perancis serta muncul jurulatih paling banyak mengendalikan aksi Piala Dunia dengan 26 perlawanan.Beliau juga menjadi antara tiga individu dalam sejarah yang memenangi Piala Dunia sebagai pemain dan jurulatih, selepas Franz Beckenbauer (Jerman) dan Mrio Zagallo (Brazil).Walaupun berdepan beberapa detik pahit termasuk kekalahan final Euro 2016 dan penentuan penalti menentang Argentina pada final Piala Dunia 2022, konsistensi Deschamps kekal sukar ditandingi.Kini, tugas membina era baharu Les Bleus bakal bermula dengan perhatian terarah kepada calon penggantinya, Zinedine Zidane yang disebut sebagai pilihan utama untuk mengambil alih pasukan.Namun, selepas lebih sedekad mencipta sejarah, Deschamps tetap meninggalkan legasi besar, cuma tanpa noktah sempurna yang diharapkannya di perlawanan terakhir bersama Les Bleus. |
|
Mbappe pintas jumlah gol Messi - Sinarharian - 19/07 7:46 am merampas kedudukan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia selepas meledak dua gol ketika Perancis tewas 6-4 kepada England dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2026, awal pagi Ahad.Dua jaringan penyerang Real Madrid itu menyaksikannya mengumpul 22 gol di Piala Dunia, sekali gus memintas Lionel Messi yang kini memiliki 21 gol untuk Anugerah Kasut Emas.Bagaimanapun, kedudukan Mbappe di puncak masih belum muktamad kerana Messi berpeluang merampas semula rekod itu apabila mengetuai Argentina menentang Sepanyol pada aksi final awal pagi Isnin (3 pagi waktu Malaysia).Pada masa sama, Mbappe turut mencipta satu lagi sejarah apabila muncul pemain pertama sejak legenda Jerman, Gerd Mller pada 1970 yang berjaya mencatat dua digit jaringan dalam satu edisi Piala Dunia.Walaupun mencipta rekod peribadi membanggakan, Mbappe gagal membantu Perancis membawa pulang trofi Piala Dunia apabila Les Bleus menamatkan kempen di tangga keempat selepas tewas kepada England. |
|
Hatrik Saka bantu kemenangan England - Sinarharian - 19/07 7:38 am BUKAYO Saka muncul wira England apabila meledak hatrik bagi membantu The Three Lions menewaskan Perancis 6-4, sekali gus meraih tempat ketiga Piala Dunia 2026.Kemenangan itu mencipta sejarah apabila England buat kali pertama memenangi perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia.Pemain sayap Arsenal itu menjaringkan gol ketiga, keempat dan keenam England, sekali gus melengkapkan hatrik pertamanya di pentas Piala Dunia.England mendahului 4-0 pada babak pertama menerusi Declan Rice, Ezri Konsa serta dua jaringan Saka sebelum Perancis bangkit menerusi dua gol Kylian Mbappe dan satu daripada Bradley Barcola.Namun, sepakan penalti yang disempurnakan Saka melengkapkan hatriknya sebelum Jude Bellingham mengesahkan kemenangan England untuk menghadiahkan penamat terbaik mereka di Piala Dunia sejak bergelar juara pada 1966. |
|
Lebih 6 juta sokong petisyen gesa FIFA singkir Argentina daripada Piala Dunia - Sinarharian - 15/07 11:46 am SEBUAH petisyen dalam talian yang menggesa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menyingkirkan Argentina daripada saingan Piala Dunia 2026 dilaporkan telah meraih lebih enam juta tandatangan ketika kontroversi terus membayangi perjalanan skuad juara bertahan itu.Petisyen tersebut diterbitkan menerusi laman sesawang argentinaout.com, namun laman berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan FIFA mahupun mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan.Menerusi kandungan petisyen itu, Argentina didakwa memperoleh layanan yang memihak daripada FIFA serta pengadil sepanjang kejohanan |
|
Rehat separuh masa final Piala Dunia dilanjutkan 25 minit - Sinarharian - 15/07 7:19 am PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berdepan kritikan selepas tempoh rehat separuh masa final Piala Dunia 2026 dijangka dipanjangkan sehingga 25 minit, sekali gus mencetuskan persoalan sama ada badan bola sepak dunia itu mula mengorbankan tradisi demi hiburan dan nilai komersial.Perubahan itu berlaku apabila FIFA merancang mengadakan persembahan hiburan ala Super Bowl selama 11 minit pada waktu rehat aksi final di Stadium New York New Jersey.Mengikut undang-undang permainan yang ditetapkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), pemain hanya berhak menikmati rehat separuh masa tidak melebihi 15 minit.Namun, tempoh rehat final kali ini dijangka menjadi lebih panjang apabila persembahan melibatkan barisan bintang dunia seperti Madonna, Shakira dan BTS diselitkan antara dua babak perlawanan.Situasi itu mengundang perbandingan dengan Super Bowl di Amerika Syarikat yang sememangnya terkenal dengan persembahan besar-besaran ketika rehat, sekali gus menimbulkan kebimbangan bola sepak semakin dipengaruhi elemen hiburan.Final Piala Dunia Kelab tahun lalu yang turut dianjurkan FIFA dan berlangsung di New Jersey juga menyaksikan tempoh rehat mencecah 24 minit susulan persembahan hiburan membabitkan Coldplay dan beberapa artis antarabangsa.Walaupun FIFA melihat langkah itu sebagai usaha meningkatkan pengalaman penonton dan menjadikan final Piala Dunia sebagai acara global, ada pihak berpendapat perubahan berkenaan boleh menjejaskan ritma permainan serta menukar identiti tradisional bola sepak.Final Piala Dunia 2026 akan berlangsung Ahad ini dengan Sepanyol menanti pemenang pertemuan separuh akhir antara England dan Argentina. |
|
Netanyahu dedah sebab utama sokong Argentina - Sinarharian - 10/07 8:34 am PERDANA Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan sokongannya terhadap Argentina pada Piala Dunia 2026 bukan kerana kehebatan Lionel Messi, sebaliknya mempunyai kaitan dengan Presiden Argentina, Javier Milei.Juara bertahan itu kini meneruskan kempen di Piala Dunia 2026 dengan mara ke suku akhir, namun sokongan Netanyahu terhadap skuad Albiceleste hadir atas faktor di luar padang.Menurut laporan Clash Report yang memetik pelabur syarikat permulaan, Mario Nawfal, Netanyahu memberitahu seorang wartawan bahawa Argentina adalah pasukan pilihannya sepanjang kejohanan."Messi?" Tanya wartawan itu ketika menyangka bintang Inter Miami tersebut menjadi sebab utama sokongan berkenaan."Bukan |
|
Mbappe hampiri rekod 13 gol Just Fontaine - Sinarharian - 10/07 7:27 am GOL ke atas Maghribi menyaksikan Kylian Mbappe kini mengumpul lapan jaringan dalam kempen Piala Dunia 2026, menyamai jumlah gol Lionel Messi dalam perebutan Kasut Emas kejohanan.Penyerang berusia 27 tahun itu kini hanya dipisahkan lima gol daripada rekod jaringan terbanyak dalam satu edisi Piala Dunia yang dipegang legenda Perancis, Just Fontaine dengan 13 gol pada 1958.Lebih menarik, Mbappe mencapai jumlah itu selepas melalui detik sukar apabila sepakan penaltinya pada babak pertama diselamatkan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.Namun, kegagalan itu tidak menjejaskan keyakinan kapten Les Bleus berkenaan apabila bangkit menghasilkan jaringan sensasi pada babak kedua perlawanan.Menerima hantaran di sebelah kiri kotak penalti, Mbappe memperdayakan pertahanan Maghribi sebelum melepaskan rembatan lencong menggunakan kaki kanan yang menerjah penjuru atas gawang tanpa mampu diselamatkan Bounou.Dengan Perancis telah mara ke separuh akhir, Mbappe berpeluang menambah koleksi jaringan dan mencabar salah satu rekod paling lama bertahan dalam sejarah Piala Dunia. |
|
Messi terajui perebutan Kasut Emas - Sinarharian - 8/07 8:28 am PERSAINGAN merebut Kasut Emas Piala Dunia 2026 semakin hangat apabila empat penyerang terus bersaing untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan.Bintang Argentina, Lionel Messi kini berada di kedudukan teratas dengan lapan gol, namun kelebihan itu masih belum selamat apabila Kylian Mbappe (Perancis) dan Erling Haaland (Norway) hanya ketinggalan satu jaringan dengan tujuh gol.Kapten England, Harry Kane turut berada dalam kelompok pencabar selepas mengumpul enam gol setakat ini.Selain gelaran penjaring terbanyak, persaingan kali ini turut membuka peluang untuk beberapa rekod Piala Dunia dipecahkan.Messi dan Mbappe sudah mengatasi rekod 16 gol milik legenda Jerman, Miroslav Klose sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia.Haaland pula mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak Norway dalam kejohanan itu selepas hanya dua perlawanan, manakala Kane mengatasi Gary Lineker sebagai penjaring terbanyak England di pentas Piala Dunia.Kini, sasaran utama empat calon Kasut Emas itu ialah rekod Just Fontaine yang meledak 13 gol dalam satu edisi Piala Dunia pada 1958.Hanya tiga pemain dalam sejarah berjaya mencatat lebih 10 gol dalam satu kejohanan iaitu Fontaine, Gerd Muller (Jerman, 1970) dan Sandor Kocsis (Hungary, 1954). |
|
Piala Dunia: England ke suku akhir, impian Mexico musnah di laman... - Mygazette - 6/07 3:01 pm # Piala Dunia: England ke suku akhir, impian Mexico musnah di laman sendiri MEXICO CITY England menyingkirkan tuan rumah, Mexico 3-2 dalam aksi penuh dramatik untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2026 di Stadium Mexico City |
|
34 ditahan, pusat hiburan jadi lokasi pertaruhan Piala Dunia diserbu - FMT - 6/07 1:43 pm Polis berkata premis itu digunakan untuk mengurus, menganjur dan mempromosi perjudian dalam talian membabitkan pertaruhan Piala Dunia, selain menjalankan kegiatan pusat hiburan tanpa lesen. |
|
Salah ambil risiko pilih Panenka - Sinarharian - 4/07 7:31 am MOHAMED Salah mendedahkan beliau sengaja mengambil risiko melakukan sepakan gaya Panenka dalam penentuan penalti menentang Australia kerana mahu meninggalkan kenangan istimewa jika Piala Dunia 2026 menjadi penampilan terakhirnya.Kapten Mesir itu muncul antara wira utama apabila The Pharaohs mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.Penyerang berusia 34 tahun itu berkata, keputusan melakukan Panenka dibuat sendiri kerana mahu menjadikan detik itu lebih bermakna dalam kariernya di Piala Dunia."Saya tanya diri saya, jika ini Piala Dunia terakhir saya, saya mahu menjadi pemain yang menjaringkan gol dengan Panenka," katanya.Salah turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan selepas membantu Mesir melakar sejarah mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah negara itu.Mesir menyempurnakan kesemua empat sepakan penalti menerusi Mahmoud Saber, Ramy Rabia, Salah dan Hossam Abdelmaguid, manakala Australia gagal memanfaatkan dua peluang untuk menukar tekanan kepada kemenangan.Kemenangan itu menyaksikan Mesir kini menanti pemenang antara Argentina dan Cape Verde bagi aksi pusingan 16 terbaik. |
|
Iran dengan Piala Dunia 2026 - FMT - 29/06 7:00 am Pencapaian Iran memang membanggakan selepas mengambil kira apa yang telah Iran lalui dan segala macam halangan. |
|
Korea Selatan tersingkir dari Piala Dunia - Sinarharian - 28/06 9:55 am HARAPAN Korea Selatan untuk mara ke pusingan 32 Piala Dunia 2026 akhirnya lenyap selepas Republic Demokratik Congo menewaskan Uzbekistan 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan K di Stadium Atlanta pada Ahad.Kemenangan itu menyaksikan Congo menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dengan satu kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan, mengumpul empat mata sekali gus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati sebagai antara lapan pasukan tempat ketiga terbaik.Situasi tersebut secara automatik menutup peluang Korea Selatan untuk berada dalam kelompok lapan pasukan tempat ketiga terbaik daripada 12 kumpulan, walaupun masih terdapat baki perlawanan Kumpulan J membabitkan Austria menentang Algeria yang berlangsung pada hari sama.Ia sekali gus menyaksikan kempen Piala Dunia 2026 menjadi detik pahit buat Korea Selatan dalam edisi pertama format 48 pasukan dengan pusingan 32, apabila mereka gagal melangkah ke peringkat kalah mati.Dalam aksi sebelum ini, Korea Selatan tewas kepada Afrika Selatan di Stadium Monterrey, Guadalupe berhampiran Monterrey, Mexico dengan ketua jurulatih Hong Myung-bo dilihat kecewa di tepi padang sambil memegang kepalanya ketika pasukan bergelut mencari rentak.Kegagalan itu menamatkan kempen Taegeuk Warriors lebih awal daripada sasaran, sekali gus mencetuskan kekecewaan dalam kalangan penyokong yang mengharapkan penampilan lebih meyakinkan di pentas dunia kali ini. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |