| /// |
|
| Search : Nik Faisal News | Page 1 |
|
Pembelaan Najib dakwa keterangan saksi berdasarkan dengar cakap - Mkini - 4/03 9:32 pm Shafee berulang kali menyoal Shahrol Azral berhubung kebergantungan saksi itu terhadap kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nik Faisal. |
|
Pembelaan Najib dakwa keterangan saksi berdasarkan dengar cakap - Sinarharian - 4/03 8:01 pm KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa teras utama keterangan bekas Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay.Semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berulang kali menyoal Shahrol Azral berhubung kebergantungan saksi itu terhadap kenyataan yang didakwa dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Operasi SRC, Nik Faisal Ariff Kamil, yang kini berada di luar negara dan tidak memberi keterangan dalam perbicaraan kes ini.Muhammad Shafee berkata, keterangan beliau tidak dapat dibuktikan atau disahkan oleh mahkamah kerana sebahagian besar daripadanya dipetik daripada individu lain yang telah melarikan diri."Anda memetik kenyataan Nik Faisal Ariff Kamil, iaitu mengenai perkara tertentu yang dikatakan telah disampaikan kepadanya oleh Datuk Seri Najib ia bukan lagi sekadar dengar cakap tetapi lebih menjurus kepada dengar cakap berganda."Apa yang anda nyatakan dalam pernyataan saksi ialah perkara yang didakwa telah dimaklumkan oleh Nik Faisal kepada anda dan Lembaga Pengarah SRC namun kenyataan itu tidak dapat disahkan oleh mahkamah," katanya semasa pemeriksaan balas pada perbicaraan saman sivil RM42 juta yang difailkan terhadap bekas Perdana Menteri itu oleh SRC dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.Muhammad Shafee juga berhujah bahawa dengan ketiadaan Nik Faisal dalam negara atau di hadapan mahkamah, saksi itu tidak dapat membuktikan secara konklusif kebenaran kenyataan yang didakwa telah dibuat.Menjawab perkara itu, Shahrol Azral berkata "Saya tiada komen mengenai perkara ini bagaimana saya hendak membuktikan sesuatu yang telah saya dengar dan ingat?"Ditanya sama ada Nik Faisal adalah elemen penting dalam keterangannya, Shahrol Azral bersetuju dan mengakui bahawa beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk mengesan atau memastikan kehadiran individu itu di mahkamah meskipun Nik Faisal dapat menyokong kenyataannya.Pernyataan saksi Shahrol Azral mengaitkan beberapa keterangan kepada Nik Faisal, dengan mendakwa individu itu telah memaklumkan maklumat tertentu kepada beliau dan Lembaga Pengarah SRC, yang mempengaruhi pemahamannya mengenai operaso syarikat selain membimbing cara beliau mengendalikan dokumen, borang dan tugasan berkaitan cek.Shahrol Azral berkata beliau tiada sebab untuk meragui Nik Faisal, selaku penandatangan yang diberi kuasa bagi akaun bank Najib serta wakil korporat SRC, dan beliau bertindak mengikut arahan yang diberikan, mengambil kira peranan Najib ketika itu sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pemegang saham tunggal SRC menerusi Menteri Kewangan Diperbadankan.Difailkan pada 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari, saman itu memohon deklarasi bahawa Najib bertanggungjawab terhadap dana berjumlah RM42 juta dan menuntut ganti rugi atas dakwaan penerimaan secara sedar, bantuan tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta salah guna kuasa.Perbicaraan bersambung esok |
|
Najib ran SRC International through proxy Nik Faisal, ex-director tells court - Malaymail - 4/03 8:54 am KUALA LUMPUR, March 4 The High Court here was told yesterday that Datuk Seri Najib Tun Razak actively controlled... |
|
Najib aktif kawal operasi SRC melalui CEO - Mkini - 3/03 8:29 pm Shahrol Azral berkata Nik Faisal, yang dilantik sebagai pengarah dan CEO syarikat berkenaan, bertindak sebagai proksi Najib. |
|
Najib aktif kawal operasi SRC melalui CEO - Sinarharian - 3/03 8:25 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasadiberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak secara aktif mengawal dan mentadbirSRC International Sdn Bhd, sama adasecara langsung atau melalui bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu, Nik Faisal Ariff Kamil.Bekas Pengarah SRC, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 56, berkata, Nik Faisal yang dilantik sebagai pengarah dan CEO syarikat berkenaan, bertindak sebagai proksi Najib dan penghubung antara perdana menteri ketika itu dengan lembaga pengarah SRC.Beliau berkata, Nik Faisal akan membentangkan kertas kerja dan cadangan kepada lembaga pengarah untuk kelulusan, mengambil tindakan susulan terhadap projek selain melaporkan perbincangan sertakeputusan berkaitan syarikat secara terus kepada Najib."Semua pengarah diwajibkan mematuhi, melaksanakan keputusan dan arahan Datuk Seri Najib sebagaimana diwakili oleh Nik Faisal atau melalui surat serta dokumen yang ditandatangani beliau."Apa-apa sahaja pandangan atau komen, Nik Faisal akan memberitahu kami bahawa projek atau perkara itu telah diluluskan dan disahkan oleh Datuk Seri Najib atau kerajaan," kata Shahrol Azral dalam pernyataan saksinya dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan oleh SRC dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri itu.Shahrol Azralyang dinamakan sebagai antara pihak ketiga dalam saman itu, memberikan keterangan bahawa beliau terpaksa mematuhi arahan Nik Faisal kerana individu berkenaan bertindak sebagai proksi dan penghubung antara Najib dengan pengarah-pengarah SRC pada masa material."Nik Faisaldilantik oleh Datuk Seri Najib sebagai pengarah, CEO dan wakil korporat SRC serta ditugaskan mengetuai pengurusan syarikat itu |
|
Najib actively controlled SRC operations through CEO, court told - Mkini - 3/03 7:39 pm Nik Faisal acted as ex-PM's proxy, served as link between the latter and SRC's board of directors - witness. |
|
Najib actively controlled SRC operations through CEO, court told - Sinardaily - 3/03 6:49 pm KUALA LUMPUR - The High Court here was told today that Datuk Seri Najib Razak actively controlled and administered SRC International Sdn Bhd, whether directly or through its former chief executive officer, Nik Faisal Ariff Kamil.Former SRC director Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 56, testified that Nik Faisal, appointed as both director and CEO of the company, acted as Najib's proxy and served as the link between the then prime minister and SRC's board of directors.He added that Nik Faisal would table papers and proposals to the board for approval and undertake follow-up action on projects, while keeping Najib directly informed of all company discussions and decisions."All the directors were compelled to comply with and implement the decisions and instructions of Datuk Seri Najib as represented by Nik Faisal or through letters and documents signed by him."Whatever our opinions or comments were, Nik Faisal would tell us that the projects or matters had already been approved and endorsed by Datuk Seri Najib or the government," said Shahrol Azral, who is named as one of the third parties in the suit.He was giving his witness statement in the RM42 million civil suit filed against the former prime minister by SRC and its subsidiary, Gandingan Mentari Sdn Bhd."Nik Faisal was appointed by Datuk Seri Najib as a director, CEO and corporate representative of SRC |
|
Bekas pengarah nafi jadi punca SRC rugi RM42 juta - Sinarharian - 2/03 8:13 pm KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau menolak dakwaan bahawa sebarang tindakan atau kegagalan di pihaknya telah mengakibatkan kerugian kepada syarikat berkenaan.Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, 71, berkata, beliau tidak mengetahui mengenai pengeluaran RM42 juta itu dan tidak pernah membenarkan apa-apa urus niaga atau akses kepada akaun bank SRC pada masa yang material.Beliau berkata demikian semasa disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya Gandingan Mentari Sdn Bhd, terhadap bekas perdana menteri itu.Menjawab dakwaan Najib bahawa bekas pengarah SRC, termasuk dirinya, telah melanggar tanggungjawab undang-undang dan fidusiari, Mohammed Azhar berkata pengeluaran dana serta urus niaga berkaitan yang dipertikaikan itu bukan dalam pengetahuannya, dan beliau tidak pernah terlibat atau memainkan sebarang peranan dalam tempoh berkenaan."Walaupun transaksi dan pengeluaran dana berlaku semasa saya menjawat jawatan sebagai pengarah, pada setiap masa perkara tersebut bukan berada dalam pengetahuan saya, dan saya tidak pernah mengambil bahagian atau terlibat dengannya. Oleh itu, saya tidak boleh dikatakan melanggar tanggungjawab undang-undang dan fidusiari bagi perkara yang bukan dalam pengetahuan saya," katanya.Mohammed Azhar, yang dinamakan sebagai seorang daripada pihak ketiga dalam saman itu, berkata apabila menyertai SRC, tanggungjawabnya ialah untuk melaksanakan dan mengoperasikan Projek Saluran Paip Gas Sabah dan Projek Saluran Paip Semenanjung, dua daripada tiga projek yang telah dikenal pasti sebelum ini, dalam kapasiti beliau sebagai ketua pegawai eksekutif."Apabila saya diminta menyertai SRC pada 2014, selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Perdana Menteri bahawa kedua-dua projek itu akan diteruskan, saya menyedari bahawa Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC) memainkan peranan sangat aktif dalam penubuhan SRC itu sendiri."Pada masa saya menyertai SRC, pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah masuk ke akaun SRC dan kemudian dikeluarkan, dan pada ketika itu secara umum diketahui bahawa Nik Faisal memainkan peranan penting bagi menjayakan perkara itu," katanya.Beliau turut mengimbau bahawa sepanjang tempoh beliau menjadi pengarah, perkara berkaitan kewangan sentiasa dibentangkan kepada Lembaga Pengarah SRC (BOD) oleh Nik Faisal, selaras dengan peranan beliau sepertimana ditetapkan BOD selepas mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif.Saman sivil yang difailkan pada 2021 oleh SRC dan Gandingan Mentari, menuntut satu pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab terhadap RM42 juta serta menuntut ganti rugi atas penerimaan dengan pengetahuan, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta penyalahgunaan kuasa.Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan bersambung esok |
|
Jho Low took steps to prevent bounced cheques from Najib's accounts, court told - Sinardaily - 9/02 7:20 pm KUALA LUMPUR - The High Court today was told that fugitive businessman Low Taek Jho or Jho Low, took steps to prevent cheques issued from Datuk Seri Najib Tun Razaks private AmBank accounts from bouncing.Former AmBank relationship manager Joanna Yu Ging Ping, 54, said that based on her interactions with Jho Low, the latter had told her to make sure that the cheques issued from Najib's accounts would not bounce."He (Jho Low) mentioned to me not to let cheques bounce or return cheques if the account was overdrawn. There were instances where Jho Lows associates would bring cash to the bank to be deposited into the account when it was overdrawn."I don't think he was concerned about what cheques were being issued...he was concerned about the cheques not being honoured by the bank as a result of insufficient funds," she said, adding there were a few instances where Jho Low would message her asking about the balance in Najib's account.Yu said this during examination-in-chief by Najib's counsel Muhammad Farhan Muhammad Shafee in the RM42 million civil suit filed by SRC International Sdn Bhd and its subsidiary, Gandingan Mentari Sdn Bhd, against Najib.Yu said that, as the matter had occurred numerous times, she had on several occasions queried Jho Low and the mandate holder for Najib's account, former SRC International chief executive officer Nik Faisal Ariff Kamil, on why sufficient funds were not ensured before the cheques were issued.When asked by Muhammad Farhan whether this is s a normal behaviour of an account holder to issue cheques knowing that an account is empty, Yu, who is the fourth defendant witness, said these were not just some regular accounts."These accounts belonged to the Prime Minister |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |