///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Mildef News   Page 1    



Hormati Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan negara - PM - SUN - 23/08 7:25 pm

muliakan Jalur Gemilang dan pupuk semangat perpaduan yang boleh jaga keamanan dan tumpu ke arah mengangkat martabat negara kita. Bendera itu tanda, lambang kebanggaan negara, jadi kena jaga, katanya ketika berucap merasmikan fasiliti kilang pembuatan kenderaan perisai milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan hari ini





Hormati Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan negara - PM - Sinarharian - 23/08 6:29 pm

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jalur Gemilang perlu dihormati sebagai lambang kebanggaan negara dan tidak menjadikan ia sebagai alat yang memanaskan suhu perpecahan antara kaum.Beliau berkata, jika wujud kesilapan melibatkan Jalur Gemilang, pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan sewajarnya tidak kira sama ada jabatan kerajaan atau swasta."Bulan ini bulan merdeka, mudah-mudahan kita ambil kesempatan untuk naikkan semangat muliakan Jalur Gemilang dan pupuk semangat perpaduan yang boleh jaga keamanan dan tumpu ke arah mengangkat martabat negara kita."Bendera itu tanda, lambang kebanggaan negara, jadi kena jaga," katanya ketika berucap merasmikan fasiliti kilang pembuatan kenderaan perisai milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan hari ini.Perdana Menteri juga menyeru semua pihak agar meningkatkan semangat perpaduan dan mencintai negara sempena Bulan Kebangsaan ini.Beliau turut mengingatkan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan berterusan pasukan keselamatan termasuk angkatan tentera, polis serta agensi penguatkuasaan yang harus sentiasa dihargai."Bila kita bercakap soal pelaburan tinggi, pertumbuhan negara yang baik dan negeri yang aman, kita tidak boleh lupa bahawa semua ini kerana pasukan keselamatan."Siapa jangka ada peperangan Thailand-Kemboja? Siapa jangka pergaduhan di Myanmar berlarutan?"Bila ada pergaduhan itu, ia melibatkan juga..





Anwar rasmi fasiliti kenderaan perisai Mildef bernilai RM2 bilion - Sinarharian - 23/08 6:12 pm

SEREMBAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan fasiliti baharu kilang pembuatan kenderaan perisai nasional pertama milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan, Negeri Sembilan.Fasiliti dengan anggaran pelaburan RM2 bilion itu bertujuan memperkukuh infrastruktur pertahanan negara serta meningkatkan kapasiti pengeluaran secara signifikan, dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada suku pertama 2026.Anwar berkata, syarikat tempatan seperti Mildef berupaya mengurangkan perbelanjaan perolehan ketenteraan dari luar negara, sejajar dengan hala tuju yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP)."Kerajaan perlu berbelanja besar dalam perolehan untuk memastikan tahap kesiapsiagaan pertahanan lebih mantap dan kukuh, namun kita tidak boleh hanya bergantung kepada pembelian dari luar negara."Mesti ada usaha lebih giat membina kekuatan dalaman melalui penyelidikan dan pengeluaran oleh sektor swasta, dengan dukungan penuh Kementerian Pertahanan serta universiti, supaya kita dapat membangunkan industri pertahanan tempatan," katanya dalam ucapan perasmian majlis itu.Perdana Menteri berkata walaupun syarikat tempatan tidak mampu menerokai bidang yang terlalu luas, masih terdapat beberapa segmen khusus yang boleh dibangunkan melalui kepakaran dan kemahiran tempatan, seperti yang dilakukan Mildef dalam pengeluaran kenderaan perisai.Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengarah Urusan Mildef Datuk Seri Mohd Nizam Kasa.Sementara itu, Mohd Nizam berkata, Mildef berkembang daripada sebuah syarikat kecil yang ditubuhkan 20 tahun lalu di Kajang, sehingga muncul sebagai peneraju nasional dalam penyelenggaraan dan pengeluaran kenderaan perisai seperti High Mobility Armoured Vehicle (HMAV 4x4) Tarantula serta High Mobility Light Tactical Vehicle (HMLTV) pertama negara, Ribat.Beliau berkata, syarikat itu kini menggaji 150 tenaga kerja tempatan yang majoritinya berkemahiran teknikal, dengan kemampuan menghasilkan sekurang-kurangnya 80 kenderaan perisai dan produk lain setahun."Penubuhan kilang Mildef ini adalah strategi jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan kepada produk dan teknologi luar negara atau pihak ketiga, sejajar dengan dasar kementerian (Kertas Putih Pertahanan)."Kami yakin dengan kemampuan kilang ini, kerajaan boleh beralih daripada konsep membeli produk dan teknologi pertahanan luar kepada membangunkan, mengeluarkan serta menggunakan teknologi pertahanan tempatan dengan kerjasama industri dalam negara," katanya.Beliau percaya keadaan geopolitik dunia masa kini turut membuka peluang eksport produk Mildef ke pasaran ASEAN, Eropah dan Timur Tengah, sekali gus menjana ekonomi negara





Perolehan ketenteraan perlu telus, bebas rasuah - Anwar - Sinarharian - 23/08 6:10 pm

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sistem perolehan, khususnya dalam sektor pertahanan negara perlu dilaksanakan dengan penuh ketelusan dan bebas daripada sebarang amalan rasuah atau komisen yang boleh membebankan negara.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebelum ini, perolehan aset ketenteraan sering menjadi ruang kepada syarikat dan ejen untuk mengaut keuntungan berlebihan sehingga merugikan negara dan melemahkan kekuatan pertahanan.Beliau berkata, sebagai negara yang mencatatkan pembangunan dan pertumbuhan membanggakan, sistem perolehan ketenteraan masih menunjukkan kelemahan walaupun kerajaan menyediakan perbelanjaan yang tinggi seperti dalam kes kapal tempur pesisir (LCS)."Perolehan kadang-kadang menjadi pusat ataupun ruang untuk orang memunggah kekayaan melalui rasuah atau komisen yang harus kita hentikan. Ini bukan sesuatu yang aneh, (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tahu, umpamanya dalam soal tentera laut."Saya cukup tersinggung ketika LIMA (Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi) 2023 di Langkawi, Malaysia tidak mempunyai LCS baharu yang boleh dipamerkan meskipun perbelanjaan pertahanan tinggi," kata beliau ketika berucap merasmikan fasiliti kilang pembuatan kenderaan perisai milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan pada Sabtu.Perdana Menteri berkata, ketiadaan kapal baharu dan canggih pada LIMA 2023 memaksa Malaysia mempamerkan kapal lama keluaran 1976, namun beliau tetap berbangga dengan semangat, pengorbanan dan disiplin anak kapal yang mengendalikannya.Selain itu, Anwar turut menyatakan kekecewaan terhadap kes kecurangan membabitkan agensi pertahanan berikutan penahanan pegawai Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di selatan tanah air baru-baru ini."Walaupun masih terkawal, Menteri (Mohamed Khaled) dan Panglima Angkatan Tentera (Tan Sri Mohd Nizam Jaafar) beri jaminan, saya terima baik, tetapi negara seperti Malaysia tidak boleh mudah memaafkan badan risikan tentera terlibat dalam usaha penyeludupan dan pengkhianatan."Saya tidak boleh bayangkan orang yang dilatih bekerja dengan penuh semangat, kegigihan dan pengorbanan pertahankan negara boleh melakukan kecurangan seperti ini





Belanja tinggi tapi perolehan lemah, Anwar tegur ketirisan pertahanan - Sinarharian - 23/08 4:41 pm

Bila terima tabik hormat dari semua negara dan pasukan tenteranya, laut dunia atau yang menyertai di Langkawi, saya rasa cukup tersinggung."Ini kerana sebagai negara yang mencatat pembangunan dan pertumbuhan yang membanggakan, perolehan kita sangat lemah walaupun belanja tinggi."Seperti yang kita tahu, LCS dan kapal-kapal lain tak sampai-sampai... jadi bahan jenaka bertahun-tahun," katanya pada Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd, di sini pada Sabtu.Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.Anwar memberi peringatan agar sistem perolehan negara dibersihkan daripada amalan tidak telus dan pengkhianatan yang melemahkan kekuatan pertahanan negara."Saya ucap terima kasih kepada Mohamed Khaled dalam Jemaah Menteri yang menegaskan hal sama, iaitu mesti ada sistem perolehan yang telus dan mesti ada penyelesaian penuh daripada Panglima serta kepakaran teknikal untuk meninggalkan cara-cara bobrok yang menjadi satu pengkhianatan."Kita ada pasukan tentera yang tugasnya mempertahankan negara tetapi ada lubuk di situ yang sebenarnya menghancurkan kekuatan kita demi mengaut keuntungan daripada usaha perolehan," katanya.Beliau meluahkan kebimbangan terhadap laporan berhubung penglibatan anggota badan risikan tentera dalam kegiatan penyeludupan dan salah guna kuasa baru-baru ini."Walaupun masih terkawal dan Menteri serta Panglima beri jaminan tetapi negara seperti Malaysia tidak boleh mudah memaafkan badan risikan tentera terlibat dalam usaha penyeludupan dan pengkhianatan."Saya tidak boleh bayangkan orang yang dilatih untuk mempertahankan negara boleh melakukan kecurangan seperti ini," ujarnya.Tambah beliau, institusi pertahanan sepatutnya menjadi contoh terbaik kepada rakyat dari segi semangat, disiplin dan pengorbanan.Mengulas mengenai LIMA, Anwar berkata, negara kekurangan aset canggih untuk dipamerkan kepada negara luar yang hadir seperti India, Indonesia, Brunei dan Singapura."Disebabkan tiada kapal baharu dan canggih, kita terpaksa pamer kapal lama, ada satu dari Yarrow Shipbuilders, UK yang juga terpalit skandal besar





Anwar lancar kilang Mildef, perkukuh Industri Pertahanan Negara - SUN - 23/08 4:39 pm

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan fasiliti baharu kilang pembuatan kenderaan perisai nasional pertama milik Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) di Sendayan, Negeri Sembilan





Ada yang ajak bergaduh soal bendera, henti main perkauman - PM - Sinarharian - 23/08 3:44 pm

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan supaya isu bendera tidak dijadikan bahan perbalahan sehingga menghangatkan suhu perpecahan antara kaum di negara ini.Beliau berkata, walaupun bendera adalah lambang kedaulatan negara dan wajib dihormati, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk mencetuskan ketegangan kaum."Jadi kadang-kadang bila kita aman, kita buat andaian sahaja. Ajak orang bergaduh, mahu bergaduh soal bendera, semua mahu gaduh dan ada yang menghangatkan suhu perpecahan antara kaum," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai Mildef International Technologies Sdn Bhd, di sini, pada Sabtu.Anwar berkata, Jalur Gemilang tetap penting sebagai lambang kebanggaan negara, namun tindakan perlu diambil secara wajar sekiranya terdapat salah laku."Jangan salah faham, saya tidak kata bendera itu tidak penting, bendera itu tanda lambang kebanggaan negara jadi kena jaga."Kalau dulu silap-silap boleh kita maafkan tapi sekarang kalau ada lagi yang nampak lihat begitu, sama ada di jabatan kerajaan atau swasta, harus ada tindakan tetapi saya mahu sebutkan, jangan buat andaian semua ini baik, tidak betul," ujarnya.Jelas beliau, rakyat perlu menghargai keamanan ini kerana ia bukan percuma, tetapi hasil daripada pengorbanan pasukan keselamatan negara."Negara ini aman kerana persiapan, perkhidmatan, pengorbanan, pasukan pertahanan kita selama ini, tapi ia tidak akan kekal lama."Siapa jangka ada peperangan Thailand-Kemboja, siapa sangka pergaduhan di Myanmar berlarutan, bila ada pergaduhan itu dia melimpah juga ke Thailand, Bangladesh dan juga Malaysia, sebab itu kita harus sentiasa bersedia





Malaysian Army To Receive Locally Produced Tarantula Armoured Vehicles In 2027 - Lowyat - 21/08 8:17 pm

The Malaysian Armed Forces (MAF) are set to receive their first delivery of the locally produced Tarantula High Mobility Armoured Vehicles (HMAV 44) in 2027, marking the start of a phased rollout of 136 units from MILDEF International Technologies Sdn Bhd




Reformasi     >>



'Muslims have moral, spiritual responsibility to .. - Mkini
M'sia has repeatedly emphasised that Palestine is entitled to freedom, security and sovereignty - Na'im.
Kroni     >>



Police interview three over fatal fall of boy in Kota .. - Star
KUALA LUMPUR: The police have recorded statements from three individuals in connection with the tragic death of a three-year-old boy who fell from the sixth floor of an apartment in Kota Damansara last Thursday (Aug 21). Read full story
Tabloid     >>



“Itu Hidup Dia” Linda Hashim Tak Nak .. - Murai
Pelakon Linda Hashim baru-baru ini tampil beri respon selepas tular video seorang artis lelaki menari di kelab malam, yang ramai dakwa adalah suaminya, Beego. Bila ditanya tentang isu ni, Linda tenang je dan dia tak nak ulas panjang, cuma minta semua doakan yang baik-baik kalau benar lelaki dalam ..
Tech     >>



Samsung Galaxy A17 5G is now available in the UK - Gsmarena
The Samsung Galaxy A17 5G, unveiled earlier this month, is now available for purchase in the UK through Samsung's official UK website and Amazon with three color options - black, blue, and grey. It comes in a single 4GB/128GB memory configuration, priced at 199 ($270/230/INR23,505). ..
World     >>



Turkish first lady appeals to Melania Trump over Gaza .. - BBC
In a letter, Turkey's first lady asks Mrs Trump to appeal to Israel to end the war in Gaza.
Motor Trend     >>



Nissan Teana Baru 2.0 Turbo 240 HP Tapi Di China - Careta
Rekaan Luaran Lebih Moden Bahagian hadapan menerima perubahan ketara melalui lampu utama LED berona gelap, gril lebih lebar dengan rekaan DRL baharu, serta bampar bawah dengan kemasan lebih agresif mirip bahasa rekaan sedan elektrik Nissan N6 dan N7. Bahagian sisi masih mengekalkan siluet asal,