| /// |
|
| Search : Lkan News | Page 1 |
|
Audit: Lebih RM28 juta dibelanjakan tanpa kelulusan dalam Projek MyDID - Mgazette - 23/02 5:52 pm # Audit: Lebih RM28 juta dibelanjakan tanpa kelulusan dalam Projek MyDID KUALA LUMPUR - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mendedahkan sejumlah RM28.13 juta telah dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa ditetapkan dalam Projek Pembangunan MyDigital ID (Projek MyDID) di bawah pengurusan MIMOS Berhad |
|
Laporan Audit Mendapati Projek MyDigital ID Belanja RM 28.13 juta Tanpa Kelulusan - Amanz - 23/02 5:39 pm Laporan audit mendapati Projek MyDigital ID membelanjakan RM28.13 juta tanpa kelulusan tanpa kelulusan jawatankuasa yang ditetapkan oleh MIMOS Berhad. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mendedahkan secara keseluruhan terdapat beberapa kelemahan dalam aspek perbelanjaan dan kawalan dalaman semasa pelaksanaan awal projek |
|
Bayaran kad kredit UKMShape dibuat enam individu tidak layak - Utusan - 23/02 5:26 pm KUALA LUMPUR: Bayaran kad kredit korporat UKMShape berjumlah RM107,907 didapati dibuat kepada enam individu yang tidak layak. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, audit mendapati individu terbabit tidak layak kerana tiada maklumat seperti nombor pekerja atau tiada rekod dalam sistem maklumat kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
|
LKAN: Kutipan yuran pelajar, perbelanjaan UKM tidak teratur - Sinarharian - 23/02 4:36 pm SHAH ALAM Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 melaporkan berlaku ketidakaturan serius dalam pengurusan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan melibatkan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.LKAN bagi Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2024 menyatakan kutipan hasil yuran pelajar bagi program Sarjana Pendidikan (SPEND) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) berjumlah RM60.77 juta sepatutnya diakaunkan berdasarkan surat tawaran yang dikeluarkan kepada 17,193 pelajar, melibatkan 787 pelajar SPEND dan 16,406 pelajar DPLI."Bagaimanapun, hanya RM28.41 juta diiktiraf sebagai hasil universiti, manakala RM32.36 juta yang diterima dan diagihkan kepada Koperasi B-5-1788 tidak diperakaunkan sebagai hasil UKM, sekali gus menyebabkan hasil tahun 2024 terkurang nyata dalam penyata kewangan universiti."Sejumlah RM50.74 juta yuran pelajar (pula) telah dikutip oleh Koperasi B-5-1788 tanpa perwakilan kuasa bertulis daripada Lembaga Pengarah Universiti (LPU) sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan UKM," kata LKAN.Selain itu, menurutnya, perjanjian kerjasama antara UKM dan koperasi berkenaan yang ditandatangani pada 15 Jun 2023 didapati tidak mendapat kelulusan LPU dan Menteri Kewangan, menjadikan perjanjian tersebut tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan UKM.Semakan audit juga mendapati agihan yuran berjumlah RM21.02 juta diserahkan lewat kepada UKM antara 31 hingga 291 hari selepas tarikh akhir pendaftaran pelajar."Sehingga 31 Disember 2024, sebanyak RM5.32 juta yuran pelajar masih belum diserahkan kepada UKM, dengan sebahagiannya tertunggak melebihi tiga tahun," tambahnya.Dalam perkembangan berkaitan, LKAN memaklumkan, wujud konflik kepentingan apabila lima pegawai UKM memegang jawatan penting dalam pengurusan Koperasi B-5-1788, termasuk sebagai Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ahli Lembaga Koperasi.Keadaan tersebut didapati bercanggah dengan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) serta peraturan tatakelakuan pegawai awam."Dari aspek perbelanjaan pula, audit mendapati pembayaran berjumlah RM6.69 juta dibuat secara tidak teratur, antaranya melibatkan bayaran komisen RM5.94 juta kepada 41 ejen pengambilan pelajar yang tidak layak sama ada kerana tiada dalam senarai kelulusan Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) atau tiada surat pelantikan dikeluarkan."Turut dikenal pasti ialah bayaran perbelanjaan ke luar negara kepada individu bukan kakitangan UKM berjumlah RM107,907, elaun pelajar sangkutan industri RM35,000 kepada pelajar tidak layak, pendahuluan RM200,000 tanpa punca kuasa serta perolehan pakej penginapan dan promosi RM403,500 yang tidak melalui Jawatankuasa Sebut Harga," ujar LKAN.LKAN menjelaskan, dalam maklum balas bertarikh 22 Januari 2026, pihak UKM memaklumkan bahawa UKMShape telah mengambil alih sepenuhnya proses pengambilan dan kutipan yuran pelajar DPLI bermula Kohort 7 Semester 1 Sesi 2025/2026 dan merancang pelaksanaan sama bagi SPEND.UKM juga memaklumkan pelarasan perakaunan telah dibuat bagi mengiktiraf hasil yang sepatutnya serta tindakan tuntutan terhadap baki hutang koperasi sedang dilaksanakan mengikut Polisi Pengurusan Hutang Universiti.Sehubungan itu, LKAN mengesyorkan supaya dikaji semula perjanjian kerjasama sedia ada dan apa-apa perjanjian akan datang berhubung dengan yuran pelajar supaya selaras dengan Perlembagaan UKM.Tegasnya, UKM juga perlu mengutip baki yuran pelajar yang belum diserahkan oleh koperasi kepada pihak universiti. |
|
Projek MyDID: RM28.13 juta dibelanjakan tanpa kelulusan - LKAN - Mkini - 23/02 4:34 pm Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mendedahkan kelemahan dalam perbelanjaan dan kawalan dalaman. |
|
RM183 juta baki geran tak dipulangkan, KPT paling parah - LKAN - Mkini - 23/02 4:11 pm LAPORAN AUDIT l Selain KPT, juga gagal berbuat demikian ialah MITI, MOSTI dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). |
|
LKAN namakan 15 agensi persekutuan kerana salah nyata kewangan - FMT - 23/02 3:14 pm Agensi itu termasuk Suhakam, MyIPO, Bernama dan UKM. |
|
LKAN: Naik taraf bangunan berkulat lewat siap, projek penyelidikan RM41.06 juta UKM terjejas - Sinarharian - 23/02 2:07 pm SHAH ALAM Kelewatan penyiapan projek naik taraf bangunan dan fasiliti berkulat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberi kesan kepada 251 projek penyelidikan universiti itu yang bernilai RM41.06 juta.Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan melaporkan kelewatan itu menyebabkan UKM terpaksa menanggung kos tambahan berjumlah RM1.81 juta untuk sewaan makmal luar, naik taraf ruang dewan, kos penyimpanan sampel, serta penggantian aset dan perabot bagi memastikan 251 projek penyelidikan berjumlah RM41.06 juta dapat diteruskan.Menurut LKAN, berikutan penutupan fasiliti utama akibat isu kulat, sebanyak 27 projek berjumlah RM3.09 juta juga telah diberikan kelulusan lanjutan masa antara enam hingga 21 bulan bagi memastikan kelangsungan projek."Selain itu, sebanyak 63 aset penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM0.72 juta perlu dipindahkan atau ditempatkan di lokasi lain bagi meneruskan aktiviti penyelidikan."Penangguhan selama 15 bulan dalam penyiapan projek ini oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) turut menyebabkan fasiliti tersebut masih tidak dapat digunakan serta berpotensi meningkatkan kos tambahan kepada pihak UKM bagi menampung dan meneruskan aktiviti penyelidikan sepanjang tempoh tersebut," katanya.LKAN menjelaskan, Projek Menaik Taraf Bangunan dan Fasiliti Berkulat serta Berisiko Kesihatan di Kampus UKM Bangi yang berjumlah RM43.28 juta telah ditawarkan kepada sebuah syarikat dan Pengarah JKR Negeri Selangor selaku Pegawai Penguasa Projek.Menurut LKAN, naik taraf itu dijalankan ke atas dua blok Bangunan Sains Biologi dan Sains Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), UKM Kampus Bangi berkeluasan 39,284 meter persegi yang telah dibina pada 1980 kerana mengalami masalah serangan kulat sejak tahun 2010.LKAN memaklumkan, bangunan berkenaan berada dalam keadaan sangat kritikal dan tidak selamat diduduki akibat penyebaran kulat yang serius sehingga menyebabkan ia ditutup dan tidak digunakan sejak 2020 sebelum diserahkan kepada JKR untuk dilaksanakan skop kerja seperti naik taraf, rawatan bangunan dan kelengkapan peralatan makmal pada 2023."Isu pengudaraan, pengubahsuaian fungsi bilik dan binaan kemudahan atau struktur yang mengandungi asbestos telah menyebabkan pembiakan serta penyebaran kulat di dinding dan siling bangunan."Berdasarkan Klausa 2.0 Dokumen Kontrak yang ditandatangani antara JKR Malaysia dan Syarikat 181682-M pada 30 Mac 2023, tempoh kontrak bermula pada 12 April 2023 dan tamat pada 7 Oktober 2025."Projek itu telah diluluskan dua pelanjutan masa (EOT) selama 15 bulan dan dijangka siap pada 6 Januari 2027 |
|
LKAN: MIMOS belanja RM28.13 juta projek MyDigital ID tanpa kelulusan - Sinarharian - 23/02 12:47 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 mendedahkan sejumlah RM28.13 juta perbelanjaan Projek MyDigital ID (MyDID) di bawah pengurusan MIMOS Bhd (MIMOS) dibuat tanpa kelulusan jawatankuasa ditetapkan.LKAN 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin itu mendapati secara keseluruhan, terdapat kelemahan dalam perbelanjaan dan kawalan dalaman semasa pelaksanaan awal Projek MyDID di bawah pengurusan MIMOS.Menurutnya, struktur tadbir urus projek didapati tidak berfungsi sebagaimana ditetapkan termasuk ketiadaan pembentangan rasmi berkaitan kelulusan perbelanjaan dan status pelaksanaan projek dalam mesyuarat yang sepatutnya menjadi platform pemantauan."Dari aspek kewangan, mendapati sejumlah RM28.13 juta dibelanjakan tanpa kelulusan jawatankuasa ditetapkan |
|
LKAN dedah 273 isu baharu peringkat persekutuan, negeri - FMT - 23/02 11:50 am Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata fokus utama audit kali ini berkaitan isu ketakteraturan serius dalam kutipan hasil yuran dan perbelanjaan di UKM. |
|
Laporan Ketua Audit Negara dedah 273 isu baharu peringkat Persekutuan, negeri - Sinarharian - 23/02 11:37 am SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin mendedahkan berlaku sebanyak 273 isu baharu membabitkan pengurusan kewangan serta tadbir urus di peringkat Persekutuan dan negeri.Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, laporan itu yang dibentang selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada 15 naskhah Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2024 dan aktiviti kementerian, jabatan dan badan berkanun Persekutuan serta pengurusan syarikat kerajaan Persekutuan.Menurutnya, ia turut melibatkan aktiviti kementerian, jabatan dan agensi negeri serta pengurusan syarikat kerajaan negeri.Kata beliau, semua isu boleh diakses melalui Papan Pemuka dalam Talian Ketua Audit Negara (AGD) bagi memastikan pemantauan dan susulan audit dilaksanakan secara berterusan oleh kementerian, jabatan, agensi serta syarikat di peringkat Persekutuan dan negeri."Bagi tempoh 2024 hingga Disember 2025, pelaksanaan sistem (AGD) ini telah menyumbang kepada pemulihan hasil dan bayaran balik kerajaan berjumlah RM316.68 juta."Daripada jumlah itu, sebanyak RM221.52 juta merupakan kutipan daripada agensi Persekutuan merangkumi tuntutan penalti, tunggakan sewa, pajakan tanah serta kutipan duti dan cukai," katanya dalam satu kenyataan.Wan Suraya menjelaskan, AGD memainkan peranan penting dan memberikan impak yang besar dalam memperkukuh pengurusan wang awam serta meningkatkan keberkesanan tindakan susulan audit.Menyentuh mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2024, beliau memaklumkan, setakat 9 Januari lalu, sebanyak 143 daripada 145 penyata kewangan telah dikemukakan untuk pengesahan dan selesai pensijilan.Tambahnya, sebanyak 128 daripada jumlah itu menerima Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran manakala 15 lagi menerima Pendapat Diubah Suai."Fokus Utama Audit bagi LKAN kali ini ialah berkaitan isu ketakteraturan serius dalam kutipan hasil yuran dan perbelanjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlaku apabila perjanjian kerjasama dibuat tanpa kelulusan Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan perlembagaan universiti itu, selain wujud perbelanjaan yang tidak mematuhi prosedur kewangan ditetapkan."Isu ketakteraturan serius itu telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius Bil 1 Tahun 2026 pada 6 Februari lepas selaras dengan peluasan kuasa Ketua Audit Negara di bawah subseksyen 9(4) Akta Audit 1957 bagi membolehkan syor dikemukakan untuk menangani ketakteraturan dalam pengakaunan atau penjagaan wang awam," ujarnya.Sementara itu, Wan Suraya berkata, pindaan Akta Audit 1957 turut memperluas kuasa Jabatan Audit Negara untuk mengaudit badan lain termasuk syarikat yang menerima kepentingan awam, dengan 1,856 badan telah diwartakan bagi tujuan pengauditan melalui pendekatan Follow The Public Money Audit.Beliau menegaskan, hasil audit melalui Sistem e-SelfAudit mendedahkan terdapat syarikat yang menjalankan aktiviti tidak selaras dengan objektif penubuhan, syarikat yang tidak membayar dividen walaupun mencatat keuntungan dan syarikat yang berdepan isu usaha berterusan walaupun menerima sokongan kewangan kerajaan."LKAN 1/2026 turut melaporkan hasil pengauditan prestasi pelaksanaan program berimpak tinggi termasuk Program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi serta perbelanjaan Projek Pembangunan MyDigital ID selain pengauditan aktiviti kementerian, jabatan dan agensi negeri," katanya.Orang awam boleh mengakses LKAN 1/2026 peringkat Persekutuan melalui laman sesawang Jabatan Audit Negara di https://lkan.audit.gov.my bermula 10 pagi hari ini. |
|
LKAN dapati ketakteraturan serius dalam kutipan yuran, belanja UKM - FMT - 23/02 10:48 am Laporan itu menyebut kutipan yuran pelajar oleh Koperasi B-5-1788 berjumlah RM50.74 juta dikutip tanpa kuasa. |
|
LKAN dapati ketakteraturan serius dalam kutipan yuran, belanja UKM - Hotfm - 23/02 10:48 am Laporan itu menyebut kutipan yuran pelajar oleh Koperasi B-5-1788 berjumlah RM50.74 juta dikutip tanpa kuasa. |
|
In first report of the year, Auditor-General flags serious revenue and expenditure irregularities at UKM - Malaymail - 23/02 10:37 am KUALA LUMPUR, Feb 23 The 1/2026 Auditor-Generals Report (LKAN), tabled in the Dewan Rakyat today, identif... |
|
Kesiapsiagaan hospital kerajaan, penyakit talasemia antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 23/02 8:12 am KUALA LUMPUR - Kesiapsiagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit serta isu berkaitan penyakit talasemia antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.Menurut aturan urusan mesyuarat Parlimen, Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta Menteri Kesihatan menyatakan tahap kesiapsiagaan hospital kerajaan menghadapi peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan penyakit jantung serta peruntukan khusus untuk pencegahan awal, pada sesi soal jawab.Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah terkini pesakit talasemia di negara ini dan kos yang diperlukan bagi merawat seorang pesakit dari usia kanak-kanak hingga 40 tahun, selain ingin tahu sama ada kerajaan akan membangunkan kaedah rawatan Gene Therapy untuk pesakit.Pada sesi sama, Syahredzan Johan (PH-Bangi) bertanya kepada Menteri Pengangkutan mengenai sama ada waktu puncak perkhidmatan Rapid Rail akan diubah bersempena dengan Ramadan yang melihat perubahan pola pergerakan dan waktu puncak baharu yang akan ditetapkan.Selain itu, Datuk Dr Richard Rapu (GPS-Betong) minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan bagaimana rangka kerja Malaysia Care Economy dan pelan tindakan 2026-2030 menangani jurang akses, kualiti dan tenaga kerja penjagaan bagi warga emas, kanak-kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU), selain ingin tahu mengenai sasaran, peruntukan dan indikator prestasi khusus bagi tempoh berkenaan.Selesai sesi soal jawab, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dijadualkan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.1) serta RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026, manakala Menteri Kewangan akan membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2026, masing-masing bagi bacaan kali pertama.Turut tersenarai, RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 oleh Menteri Kewangan bagi bacaan kali kedua sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) membentangkan usul mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |