///

Search : Karangkraf News   Page 1    



MK Land bantu golongan sasar berbuka puasa secara percuma - Sinarharian - 30/03 9:15 am

SHAH ALAM - MK Land Holding Berhad (MK Land) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyerahkan sumbangan kepada Kumpulan Karangkraf bagi membantu golongan sasar menerusi program Iftar Ala Madinah@Karangkraf

membantu lebih ramai pihak yang kini terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Tambah beliau, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dari segi perbelanjaan berbuka puasa. ???Saya amat tertarik dengan program yang dianjurkan Kumpulan Karangkraf dan dengan sumbangan yang kami berikan ini dapat dikongsi bersama masyarakat. ???Kolaborasi antara badan korporat dan syarikat penerbitan sesuatu yang baik, malah dengan lebih banyak sumbangan, kita boleh membantu lebih kepada orang ramai di luar sana,??? katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, keprihatinan organisasi korporat dalam membantu masyarakat adalah matlamat utama penganjuran program tersebut. Menurutnya, dengan kerjasama tersebut dapat menarik lebih ramai syarikat untuk bersama-sama memberikan sumbangan bagi membantu golongan B40. ???Hari ini (Khamis) kita menerima kunjungan daripada pihak MK Land yang sudi berbuka puasa bersama kita dan menyerahkan sumbangan. ???Kami berharap MK Land akan terus bekerjasama dengan Kumpulan Karangkraf dalam membantu lebih ramai lagi masyarakat di luar sana,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Hasrat berbuka puasa ala Madinah tercapai - Sinarharian - 30/03 7:45 am

SHAH ALAM - Sebuah keluarga sanggup meredah perjalanan jauh melebihi 300 kilometer (km) dari Kuala Nerus,Terengganu ke Shah Alam, Selangor bagi merasai suasana berbuka puasa ala Madinah. Mohd Razmi Abd Latif, bersama isteri, Zaini Salleh, serta empat anak mereka telah menyimpan hasrat untuk berbuka pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf sejak tahun lepas namun tidak dapat direalisasikan

dan keluarga hanya dapat melihat dari jauh tetapi tahun ini kami dapat merasai sendiri pengalaman berbuka puasa bersama orang ramai di Dataran Karangkraf,??? katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Menurut Mohd Razmi, mereka yang menginap seketika di rumah anak saudara di Cheras, Kuala Lumpur keluar seawal jam 4 petang bagi mengelak kesesakan lalu lintas sebelum tiba di destinasi. ???Saya mengetahui tentang program iftar ini daripada anak yang melihat tentang iklan di Facebook Sinar Harian. ???Jadi anak saya mengambil inisiatif untuk daftarkan kehadiran kami semua,??? ujarnya. Sementara itu, Mohd Edi Azrul, yang datang dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur berkata, program Iftar Ala Madinah yang berlangsung pada Khamis merupakan kehadiran kali keempatnya. ???Selalunya kita lihat ramai yang berbuka puasa di hotel misalnya, jadi kali ini saya nampak program anjuran Karangkraf ini ada kelainan, satu konsep yang sangat menarik iaitu iftar beramai-ramai secara terbuka,??? katanya. Tambahnya, program tersebut turut diisi dengan tazkirah Ramadan dan beberapa aktiviti turut menarik perhatian. Wajib daftar dulu Sementara itu, orang ramai yang berhasrat untuk sama-sama memeriahkan Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 diwajibkan untuk mendaftarkan diri selewat-lewatnya dua hari sebelum hadir. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 yang bermula 13 Mac hingga 5 April kini terbuka kepada 2,000 pengunjung sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Antara aktiviti yang disediakan kepada pengunjung ialah sesi tazkirah, ceramah, kuiz, jualan produk dan pelbagai lagi aktiviti bermanfaat bagi mengambil keberkatan Ramadan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





100 peserta pertama mendaftar boleh tebus hadiah - Sinarharian - 29/03 8:20 am

SHAH ALAM - Sebagai tanda penghargaan, seramai 100 peserta pertama mendaftar bagi mengikuti Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 dan memuat turun aplikasi Sinar Harian di telefon bimbit masing-masing berpeluang menebus hadiah percuma

penghargaan terhadap sokongan diberikan hingga mendapat sambutan luar biasa tahun ini. Setiap hari hampir 2,000 peserta mengambil bahagian dalam program ini. ???Jadi, Sinar Harian berbesar hati memberi hadiah percuma kepada pengunjung. Acara ini juga sebagai tambahan kepada aktiviti menarik lain disediakan setiap hari. ???Pengunjung hanya perlu menunjukkan bukti pendaftaran dan muat turun aplikasi Sinar Harian di Google Play dan Apps Store,??? katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambah Nik Justin, orang ramai berminat untuk menyertai majlis berbuka puasa secara beramai-ramai dinasihatkan supaya membuat pendaftaran lebih awal bagi memastikan makanan disediakan mencukupi. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Iftar Ala Madinah@Karangkraf: 100 peserta pertama daftar boleh tebus hadiah percuma - Sinarharian - 28/03 2:24 pm

SHAH ALAM - Sebagai tanda penghargaan, 100 peserta pertama yang mendaftar Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 dan memuat turun aplikasi Sinar Harian di telefon bimbit masing-masing berpeluang menebus hadiah percuma

tanda penghargaan dan sokongan yang diberikan kepada program hingga mendapat sambutan sambutan luar biasa pada tahun ini. Setiap hari hampir 2,000 peserta mengambil bahagian dalam acara ini. "Sinar Harian berbesar hati untuk memberikan hadiah percuma kepada pengunjung. Acara ini juga sebagai tambahan kepada aktiviti menarik lain yang disediakan setiap hari. "Pengunjung hanya perlu menunjukkan bukti pendaftaran dan muat turun aplikasi Sinar Harian di Google Play dan Apps Store," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambah Nik Justin, orang ramai yang berminat untuk menyertai majlis berbuka puasa beramai-ramai itu dinasihatkan supaya membuat pendaftaran lebih awal bagi memastikan makanan disediakan mencukupi. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program itu bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





Wardah Youth Ambassador dan Emina Girl Gang Ambassador platform sebarkan penjagaan kecantikan - Sinarharian - 28/03 12:50 am

SHAH ALAM - Paragon Technology and Innovation (Paragon) menerusi jenama Wardah, Kahf dan Emina memperkenalkan Wardah Youth Ambassador dan Emina Girl Gang Ambassador sebagai platform menyebarkan ilmu penjagaan kecantikan kulit wajah dalam kalangan wanita. Ketua Perdagangannya, Pravita Suwarno berkata, platform tersebut membolehkan jenama mereka dikenali lebih ramai khususnya buat pengunjung program Iftar Ala Madinah@Karangkraf

Malaysia bagi memberikan pendidikan kulit wajah melalui produk kami kepada pengunjung dan membentuk komuniti setempat. ???Selain itu, pengunjung turut berpeluang mengenali dengan lebih dekat kedua-dua produk iaitu Emina yang dirumus khas buat remaja antara 10 hingga 15 tahun manakala Wardah pula menekankan kecantikan bagi golongan dewasa. ???Kami sangat bangga kerana berpeluang untuk berkolaborasi dengan Karangkraf selain dapat mengembangkan lagi jenama Wardah dengan memberikan sampel produk kepada 300 pengunjung terawal selama lima hari ini,??? katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Dalam pada itu, Pravita berkata, program berbuka puasa itu telah memberi peluang kepada beliau untuk menyantuni komuniti dan pengunjung dalam memperkenalkan produk berkenaan. ???Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Karangkraf kerana berjaya membuat acara begini dan sambutannya sangat meriah dan luar biasa sejak dahulu lagi. ???Selain berpeluang memperkenalkan produk kepada orang ramai, kami juga membuka reruai yang membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai jenis minuman secara percuma dan memudahkan mereka berbuka puasa. ???Program ini memberi kesempatan kepada kami untuk memberi impak positif kepada masyarakat bersesuaian dengan kempen yang dilancarkan Wardah iaitu Teruskan Langkah Baikmu manakala Kahf pula #DetikDetikBerkat,??? ujarnya.





Teruja suasana lebih meriah - Sinarharian - 28/03 7:50 am

SHAH ALAM - Rindu dan teruja dengan suasana berbuka yang lebih meriah dan menunaikan solat tarawih secara berjemaah merupakan antara sebab pengunjung kerap datang ke Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada Khamis

penganjuran program itu amat bermakna bagi mereka yang berkeluarga kerana suasananya yang meriah dan lebih terbuka berbanding di rumah. ???Saya sudah lama menghadiri Iftar Ala Madinah@Karangkraf ini, sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi. ???Sehingga hari ini, saya datang ke sini kerana saya terkenang 2014, 2015 suasana yang (meriah) begini, lama kita tidak berjumpa ditambah lagi dengan PKP. ???Alhamdulillah, terima kasih kepada pengurusan Kumpulan Karangkraf kerana memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk menyertai acara sebegini,??? katanya ketika kepada Sinar Harian pada Selasa. Kerani swasta, Mohd Ishsam Ismail, 49, pula berkata, acara itu merupakan kesempatan terbaik untuk beriadah sambil berbuka, selain merapatkan hubungan silaturahim. ???Apa yang saya nampak dari segi keunikan itu, salah satunya kita dapat berbuka puasa beramai-ramai dan kita juga boleh menunaikan solat berjemaah bersama-sama. ???Jadi di situ ada keselesaan sedikit sebab kalau di rumah kita sudah terbiasa dengan aktiviti rumah, berbeza dengan program ini, kita dapat jumpa pelbagai jenis orang. Pendek kata, ini seperti beriadah,??? ujarnya. Peniaga, Muhammad Nadzarudin Mohd Rafdzi, 36, memberitahu, dia dan ahli keluarganya tidak jemu untuk hadir ke Iftar Ala Madinah@Karangkraf, meskipun sudah dua minggu berkunjung ke program itu. ???Senang untuk kami sekeluarga makan di sini dan makanan semuanya sedap-sedap. Anak-anak pun suka. ???Program ini memang sangat menjimatkan kos dan masa kerana kadang-kala kita tidak sempat masak,??? ujarnya. Sementara itu, mahasiswi institut pengajian awam (IPTA), Izzah Basirah Khan Ramzani Khan, 21 berkata, meskipun baru pertama kali mengunjungi Iftar Ala Madinah@ Karangkraf, namun program tersebut memberikan pengalaman baharu kepada generasi muda untuk merasai kemeriahan berbuka bersama pelbagai lapisan masyarakat. ???Memang suasana di sini lebih meriah, saya juga rasa macam teruja kerana tak pernah lihat kunjungan seramai ini. ???Sini memang sangat menjimatkan kerana kalau pergi membeli di bazar Ramadan, sudah tentu akan habis RM20 atau lebih dalam sehari,??? menurutnya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!





44 topik al-Quran mudahkan pemahaman pembaca - Sinarharian - 27/03 5:24 pm

Jadi, setiap fakta atau maklumat yang ada dalam buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat membacanya, bukan sahaja mereka yang berada dalam bidang tersebut,??? jelasnya lagi. Buku yang bertajuk 44 Fakta Penting tentang al-Quran itu sudah mula dipasarkan di Karangkraf Mall yang berharga RM19 sahaja.

bahan rujukan dalam bahasa Melayu, kebanyakan dalam bahasa Arab. ???Timbul cadangan atau idea untuk meringkaskan dan saring topik-topik yang nak ditulis dalam bahasa Melayu sebagai bahan bacaan kepada semua lapisan masyarakat,??? katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Tambah Abd Razak lagi, buku yang disiapkan dalam tempoh satu bulan itu ditulis dengan huraian yang tidak panjang supaya pembaca boleh memahami maklumat penting sahaja. Ujarnya, fakta dimasukkan dalam buku berkenaan disertakan dengan sumber dan rujukan asal yang digunakan sebagai panduan untuk memilih topik. ???Sebagai contoh, di dalam bab satu bertajuk apakah nama-nama lain bagi al-Quran, kita akan terus dapat jawapan dengan mudah walaupun penulisannya ringkas. ???Ia juga disertakan sekali dengan dalil, hadis dan ayat suci al-Quran. Jadi, setiap fakta atau maklumat yang ada dalam buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat membacanya, bukan sahaja mereka yang berada dalam bidang tersebut,??? jelasnya lagi. Buku yang bertajuk 44 Fakta Penting tentang al-Quran itu sudah mula dipasarkan di Karangkraf Mall yang berharga RM19 sahaja.





SAJI lancar filem pendek ???Minyak Maaf??? sempena Aidilfitri 2024 - Sinarharian - 27/03 4:55 pm

FGV Holdings Bhd (FGV) melalui jenama SAJI melancarkan fi lem pendek bertajuk 'Minyak Maaf' yang membawa mesej tersembunyi di sebalik adegan komedi geram yang dilakonkan oleh beberapa artis terkenal tanah air.Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, konsep, watak, dan jalan cerita yang dibawa menerusi video berdurasi tujuh minit itu pastinya menghiburkan."Dengar tajuknya sahaja sudah unik hingga membuatkan orang ramai tertanya-tanya makna di sebalik fi lem pendek ini.???Barisan pelakon yang kita bawakan dalam fi lem pendek berkenaan ialah Joey Daud dan Balkisyh Semundur Khan bersama Nasir Bilal Khan serta Delimawati Ismail.???Watak Joey sebagai ???Abdul??? yang menghidupkan jalan cerita. Apa yang Abdul buat sehinggakan orang-orang kampung lari daripada dia? Jom tonton fi lem ini di semua media sosial SAJI Malaysia atau layari https://www.sajikankemesraan.com bermula hari ini,??? katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Pendek Raya SAJI di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.Hadir sama Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna Kumpulan FGV, Shammim Azad Kamruzaman; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan ahli lembaga FGV Holdings.Tambah Rastam, menerusi Facebook rasmi SAJI Malaysia ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat antaranya resipi menggunakan produk SAJI dan SERI PELANGI serta penampilan istimewa program digital 'SAJI Santapan Rohani: 30 Hari Bersama PU Amin'.

yang kita bawakan dalam fi lem pendek berkenaan ialah Joey Daud dan Balkisyh Semundur Khan bersama Nasir Bilal Khan serta Delimawati Ismail.???Watak Joey sebagai ???Abdul??? yang menghidupkan jalan cerita. Apa yang Abdul buat sehinggakan orang-orang kampung lari daripada dia? Jom tonton fi lem ini di semua media sosial SAJI Malaysia atau layari https://www.sajikankemesraan.com bermula hari ini,??? katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Pendek Raya SAJI di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.Hadir sama Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna Kumpulan FGV, Shammim Azad Kamruzaman; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan ahli lembaga FGV Holdings.Tambah Rastam, menerusi Facebook rasmi SAJI Malaysia ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat antaranya resipi menggunakan produk SAJI dan SERI PELANGI serta penampilan istimewa program digital 'SAJI Santapan Rohani: 30 Hari Bersama PU Amin'.





Tune Protect santuni anak muda Shah Alam - Sinarharian - 27/03 11:10 am

SHAH ALAM - Kumpulan Tune Protect Berhad (Tune Protect) akan bekerjasama dengan Sinar Harian mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Roll Out Iftar: Distribution of Iftar via Misi Rakyat Food Riders bagi menyantuni anggota pasukan beruniform dan para penghantar makanan (Riders).Program yang membabitkan penyediaan serta agihan 2,000 pek makanan itu akan diadakan pada awal April ini membabitkan kawasan sekitar Shah Alam yang mana ia akan bermula di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini

di sini. Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Tune Protect, Mohd Yusof Hafiz Mohamad berkata, menerusi program itu, Tune Protect akan menyediakan 1,000 pek martabak daging dan ayam serta 1,000 pek kuih boko ubi yang dimasak sendiri untuk diberikan kepada pasukan beruniform melalui penghantar makanan. Menurutnya, program itu diadakan bagi menyantuni anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan dan pasukan beruniform seperti polis, bomba, angkatan tentera udara dan petugas hospital di sekitar Shah Alam. ???Kami berharap program ini akan menyemarakkan bulan Ramadan dengan keberkatan berinfaq selain berkongsi rezeki bersama masyarakat. Ia juga memberi peluang kepada penghantar makanan untuk mendapatkan pendapatan tambahan dengan menyertai dan menyokong aktiviti CSR ini,??? kata Mohd Yusof dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian. Tambah Mohd Yusof, buat pertama kalinya, Tune Protect melaksanakan program CSR menggunakan perkhidmatan penghantar makanan Misi Rakyat Food Riders. ???Kami memilih Misi Rakyat Food Riders dan petugas barisan hadapan sebagai kolaborasi dan kumpulan sasar kerana menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. ???Penghantar makanan ini sanggup meredah hujan lebat, terik matahari serta berhadapan dengan keadaan berisiko untuk membantu masyarakat di Malaysia,??? jelasnya. Sementara itu, beliau berkata, Tune Protect memilih Sinar Harian untuk menjayakan program tersebut kerana ia adalah salah satu platform media yang popular dan dapat menjangkau orang ramai. ???Kerjasama dengan Sinar Harian mungkin juga memberi akses kepada sumber daya yang diperlukan untuk menyebarkan maklumat mengenai program CSR kami ini dengan lebih efektif,??? ujarnya.





MBSA sumbang RM10,000 kepada Tabung Infak Iftar Ala Madinah - Sinarharian - 27/03 9:10 am

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerahkan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Tabung Infak Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Isnin

melihat program ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban masyarakat malah ia merupakan satu inisiatif yang begitu baik dalam mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti. ???Dengan adanya program sedemikian, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan lebih mempelajari nilai-nilai sebenar yang perlu dipraktikkan dalam bulan Ramadan itu berkongsi rezeki,??? katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Madiyan bersama Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif kepada Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin. Tambah Madiyan, penyertaan MBSA dalam program berkenaan untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan syarikat swasta. ???Kita (MBSA) sebagai salah satu agensi paling dekat dengan masyarakat terutama penduduk yang menerima perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), mahu bersama-sama dengan mana-mana syarikat yang mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini. ???Ia bukan sahaja memberi manfaat untuk orang ramai malah memberi kelebihan kepada MBSA membina hubungan baik dengan syarikat swasta,??? ujarnya. Sementara itu, Mohd Azhar berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana agensi atau syarikat untuk melakukan program bersifat kemasyarakatan kerana mahu membina hubungan baik dalam komuniti. ???Sepanjang bulan Ramadan, MBSA ada melakukan program lain tetapi Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 agak istimewa kerana ia dilaksanakan secara besar-besaran sepanjang bulan mulia ini. ???Kalau MBSA, kami mungkin lakukannya dalam masa yang terhad. Jadi dengan adanya program ini, ia benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Syarikat dibantu Wan Saiful peroleh penarafan empat bintang, mahkamah diberitahu - SUN - 26/03 7:29 pm

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd

selepas syarikat berkenaan membuat permohonan Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE). Sistem CIMS akan mengeluarkan nombor rujukan permohonan bagi proses permohonan SCORE. Hasil semakan semula terhadap dokumen yang telah dimuat naik syarikat Nepturis mendapati syarikat berkenaan telah memperolehi penarafan empat bintang. Saya sahkan pernah melihat surat SCORE CIDB atas nama Nepturis Sdn Bhd bertarikh 26 Okt 2021, kata saksi pendakwaan kelima itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali. Nepturis adalah sebuah syarikat yang didakwa dibantu oleh Wan Saiful bagi mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta. Disoal Siti Amirah apakah keperluan untuk sesuatu syarikat mendapatkan penarafan bintang daripada pihak CIDB, Siti Nooraishah berkata ia untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan kemampuan seterusnya membantu pihak pelanggan bagi memilih kontraktor berkaliber. Mengulas lanjut, saksi berkata dalam SCORE, pihak CIDB akan membuat penilaian berdasarkan dokumen yang dimuat naik oleh kontraktor atau syarikat antaranya prestasi perniagaan, keupayaan kewangan, keupayaan teknikal, pengurusan perniagaan, pengurusan projek, amalan terbaik dan keupayaan pengurusan. Kepada soalan peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful sama ada skor diberikan CIDB adalah satu syarat untuk sesuatu syarikat kontraktor membida projek daripada kerajaan Malaysia, saksi menjawab ia terpulang kepada pelanggan untuk meletakkan skor adalah syarat wajib atau tidak. Menurut Siti Nooraishah, selain menilai kemampuan dan keupayaan sesuatu syarikat, CIDB juga akan menyemak status sesuatu syarikat kontraktor itu sama ada ia bertaraf bumiputera atau tidak. Bagaimanapun, saksi itu berkata status syarikat Nepturis tidak dinyatakan dalam Certificate of Achievement syarikat berkenaan tetapi mungkin ia dinyatakan dalam sistem CIMS. Namun, saya tidak pasti status syarikat Nepturis (bumiputera atau tidak) kerana ia bukan dalam skop kerja saya. Saya bekerja di Unit Akreditasi, katanya. Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta. Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 29 April ini. - Bernama





Syarikat dibantu Wan Saiful peroleh penarafan empat bintang - Saksi - Sinarharian - 26/03 5:45 pm

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd

selepas syarikat berkenaan membuat permohonan Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE). "Sistem CIMS akan mengeluarkan nombor rujukan permohonan bagi proses permohonan SCORE. Hasil semakan semula terhadap dokumen yang telah dimuat naik syarikat Nepturis mendapati syarikat berkenaan telah memperolehi penarafan empat bintang. "Saya sahkan pernah melihat surat SCORE CIDB atas nama Nepturis Sdn Bhd bertarikh 26 Oktober 2021," kata saksi pendakwaan kelima itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali. Nepturis adalah sebuah syarikat yang didakwa dibantu oleh Wan Saiful bagi mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta. Disoal Siti Amirah apakah keperluan untuk sesuatu syarikat mendapatkan penarafan bintang daripada pihak CIDB, Siti Nooraishah berkata, ia untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan kemampuan seterusnya membantu pihak pelanggan bagi memilih kontraktor berkaliber. Mengulas lanjut, saksi berkata, dalam SCORE, pihak CIDB akan membuat penilaian berdasarkan dokumen yang dimuat naik oleh kontraktor atau syarikat antaranya prestasi perniagaan, keupayaan kewangan, keupayaan teknikal, pengurusan perniagaan, pengurusan projek, amalan terbaik dan keupayaan pengurusan. Kepada soalan peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful sama ada skor diberikan CIDB adalah satu syarat untuk sesuatu syarikat kontraktor membida projek daripada kerajaan Malaysia, saksi menjawab ia terpulang kepada pelanggan untuk meletakkan skor adalah syarat wajib atau tidak. Menurut Siti Nooraishah, selain menilai kemampuan dan keupayaan sesuatu syarikat, CIDB juga akan menyemak status sesuatu syarikat kontraktor itu sama ada ia bertaraf bumiputera atau tidak. Bagaimanapun, saksi itu berkata, status syarikat Nepturis tidak dinyatakan dalam Certificate of Achievement syarikat berkenaan tetapi mungkin ia dinyatakan dalam sistem CIMS. "Namun, saya tidak pasti status syarikat Nepturis (bumiputera atau tidak) kerana ia bukan dalam skop kerja saya. Saya bekerja di Unit Akreditasi," katanya. Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta. Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut. Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 November 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung 29 April ini. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Makanan sedap, banyak pilihan - Sinarharian - 26/03 8:50 am

SHAH ALAM - Pelbagai juadah makanan yang disediakan serta menepati citarasa menjadi tarikan kepada pengunjung mengimarahkan program Iftar Ala Madinah@Karangkraf

mengecewakan. "Anak-anak saya suka datang berbuka puasa di sini sebab makanan pun sedap dan banyak pilihan antaranya nasi ayam, nasi kerabu, nasi minyak dan macam-macam lagi. Memang sangat berpuas hati. "Lagipun saya tidak perlu tergesa-gesa untuk pulang ke rumah untuk memasak. Jimat masa dan wang," katanya. Dalam masa sama, dia turut menyarankan orang ramai yang ingin berbuka puasa di sini untuk datang awal bagi memudahkan mencari parkir dan tempat duduk. "Saya datang empat orang bersama suami dan anak-anak. Kami datang awal sebab tidak mahu parkir jauh, nanti anak-anak penat berjalan," jelasnya. Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Azuan Mohammad, 41, berkata, suasana berbuka itu mengimbau kembali kenangan ketika berada di Madinah. "Ini kali keempat saya datang ke sini bersama isteri, suasananya nampak meriah dan ini mengingatkan saya sewaktu berada di Madinah bagi mengerjakan umrah. "Saya tidak pernah berpuasa di sana tetapi makan beramai-ramai sama seperti berada di Madinah, bezanya kena cepat sikit ketika berada di sana, sangat seronok," ujarnya. Seorang kakitangan swasta, Siti Syakirah Sheikh Hussien, 29, pula berkata, program itu memberi manfaat kepada semua umat Islam yang berpuasa terutamanya golongan bekerja kerana menjimatkan masa dan wang ringgit. "Tempat pun strategik, kawasan pejabat, bila balik dari kerja boleh singgah untuk berbuka puasa. Jadi tidak perlu bersusah payah hadap jalan raya sesak. "Lagipun saya suka konsep berbuka di luar, dapat udara segar, makanan pun sedap dan bukan biasa-biasa," katanya. Menurut Nasul Miskon, 37, dia hadir ke program Iftar Ala Madinah@Karangkraf untuk merasai sendiri suasana berbuka puasa beramai-ramai. "Kita boleh lihat suasananya sangat meriah, miskin atau kaya semua dapat merasa," ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Wardah Beauty, Kahf, Emina Cosmetics lancar kempen ???Teruskan Langkah Baikmu??? - Sinarharian - 25/03 11:32 pm

Wakil Wardah Beauty yang hanya ingin dikenali dengan nama KC berkata, kempen sempena bulan Ramadan itu dilaksanakan bagi memperkenalkan lagi rangkaian produk di bawah jenama berkenaan kepada masyarakat di pelbagai peringkat umur seperti remaja, dewasa dan golongan pertengahan usia. ???Kempen ???Teruskan Langkah Baikmu??? kali ini berada di Iftar Ala Madinah @Karangkraf

remaja, dewasa dan golongan pertengahan usia. ???Kempen ???Teruskan Langkah Baikmu??? kali ini berada di Iftar Ala Madinah @Karangkraf. Setiap kali Ramadan kami anjurkan kempen berbeza sebagai salah satu projek tanggungjawab sosial korporat (CSR). ???Seramai 300 pengunjung terawal berpeluang membawa pulang cenderahati iaitu beberapa produk daripada Wardah Beauty, Kahf dan Emina bernilai hampir RM45 setiap seorang. ???Kami juga sediakan aktiviti menarik untuk orang ramai sambil menunggu untuk berbuka puasa,??? katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Dalam pada itu, jurucakap terbabit memaklumkan, pihaknya menaja 1,000 bungkusan makanan sehari sepanjang lima hari penglibatannya di Iftar Ala Madinah. Tambahnya lagi, orang ramai diminta untuk hadir membawa seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menikmati juadah yang disediakan serta mengikuti perkembangan terkini mengenai tiga jenama berkenaan di media sosial. ???Untuk tidak melepaskan peluang keemasan dengan mendapatkan produk-produk ini secara percuma, kami mengajak anda semua datang beramai-ramai terutamanya warga Shah Alam. ???Program yang dianjurkan ini berlangsung daripada 25 hingga 29 Mac ini, jadi boleh beramah mesra bersama kami menjelang waktu berbuka puasa.??? ujarnya lagi. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Kahf, Emina Cosmetics penyeri Iftar Ala Madinah - Sinarharian - 25/03 11:21 pm

SHAH ALAM - Penglibatan jenama penjagaan kecantikan, Kahf dan Emina Cosmetics menjadi penyeri program Iftar Ala Madinah @Karangkraf sehingga Jumaat ini apabila turut mengedarkan 300 bungkusan cenderamata kepada pengunjung bertuah

antara usaha pihaknya untuk memperkenalkan rangkaian produk Kahf, Emina Cosmetics dan Wardah Beauty dengan lebih meluas menerusi kempen ???Teruskan Langkah Baikmu??? sepanjang bulan Ramadan. ???Hari ini kami berkongsi cenderamata untuk orang ramai terutamanya pengguna produk, tetapi ia terhad kepada 300 pengunjung terawal sahaja. ???Selain pemberian tersebut, kami juga akan adakan sesi perkongsian bermanfaat daripada beberapa pempengaruh dan ustaz ternama. ???Antaranya ialah Dayah Bakar dan PU Amin yang bakal berkongsi ilmu serta kisah tauladan,??? katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Isnin. Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bermula sejak 13 Mac lalu dan kini dibuka kepada 2,000 penyertaan mampu memberikan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program berkenaan turut menampilkan penceramah bebas iaitu PU Hafiz yang berkongsi kisah Ramadan dan input-input penting kepada pengunjung sambil menunggu waktu berbuka puasa. Ditanya mengenai sambutan yang diterima, Muhammad Harraz mengakui ia agak memberangsangkan apabila hebahan yang telah dibuat sejak awal Ramadan lalu menuai reaksi positif daripada masyarakat. ???Kami ambil maklum memang ramai yang dijangka hadir berbuka puasa di sini, jadi saya harap semoga semuanya berjalan lancar. ???Walaupun hujan lebat tetapi pengunjung tetap ramai untuk berbuka puasa bersama-sama. ???Jadi, saya ambil kesempatan ini meminta orang ramai khususnya warga Shah Alam untuk datang memeriahkan Iftar Ala Madinah dan hadir ke reruai Wardah Beauty, Kahf serta Emina Cosmetics yang dibuka sehingga Jumaat ini,??? ujar pemuda itu. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Saksi: Saya diarah buka aduan kes rasuah terhadap Wan Saiful berkaitan projek Jana Wibawa - SUN - 25/03 8:48 pm

Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd

mendapati pada tahun 2022, Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan Bersatu telah meminta dan menerima rasuah daripada Syarikat Nepturis Sdn Bhd berjumlah RM6.9 juta sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM232 juta. Berdasarkan maklumat tersebut, saya telah membuka borang aduan SPRM pada hari sama jam 10.18 pagi. Saya telah berbincang dengan Ketua Cawangan Siasatan B, Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat SPRM iaitu Penolong Pesuruhjaya Mazery Mod Zain untuk membuka aduan, kata saksi pertama pendakwaan itu. Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Ketua Penerangan Bersatu itu di Mahkamah Sesyen di sini. Khusyaini Adhillah berkata setelah aduan dibuat, beliau menyerahkan salinannya kepada Unit Rekod Sektor Awam agar suatu siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dapat dijalankan. Kepada soalan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Wan Saiful, saksi itu yang kini bertugas di Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, berkata beliau tidak mengetahui siapa memberi arahan untuk membuat aduan tersebut dan maklumat mengenainya. Amer Hamzah: Kamu tidak tahu siapa bagi arahan dan segala maklumat kamu tidak tahu, jadi saya cadangkan aduan tersebut adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat. Khusyaini Adhillah: Tidak setuju. Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Amer Hamzah bahawa ayat dalam aduan tersebut dirangka oleh beliau sendiri kerana ia adalah perbincangan bersama Mazery. Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa, Khusyaini Adhillah berkata beliau tidak bersetuju aduan itu adalah palsu dan berniat jahat kerana mana-mana pegawai SPRM yang mengesyaki terdapat maklumat mengenai kesalahan di bawah akta SPRM, ia boleh didaftar dalam borang aduan. Sementara itu, Penolong Pegawai Siasatan SPRM Muhamad Syakir Zakaria, 35, berkata beliau telah diarah oleh Mazery untuk menangkap Wan Saiful pada 8 malam 20 Feb 2023 di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi menjalankan siasatan atas kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. Muhamad Syakir, yang juga saksi pendakwaan kedua, berkata setelah menerangkan sebab-sebab beliau ditangkap, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu memahaminya dengan jelas dan menurunkan tandatangan pada notis Seksyen 53 (3) Akta SPRM. Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang bernilai RM232 juta. Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut. Beliau didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 Sept 2022. Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini antara 12 Ogos dan 13 Nov 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok. - Bernama





#GrandReset kembalikan semula peranan ulama, umara???, ummah - Sinarharian - 25/03 4:21 pm

Maknanya kena kembali melahirkan orang-orang politik yang bagus dan betul-betul berpegang pada ajaran betul,??? katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Taklimat Sinergi Media World #QuranHour 1445H/2024 di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin

kerana kita gagal memainkan peranan, sama ada ulama, umara??? dan ummah, mereka melangkaui batasan masing-masing. ???Bagi kita, peranan ulama sepatutnya membuatkan orang-orang Islam lebih faham Islam dan memindahkan nilai-nilai yang ada dalam agama tersebut tetapi apabila ulama sudah masuk ke bidang politik, masuk ke kategori umara??? (pemimpin) manakala ummah pula cuba jadi ulama??? dengan mengeluarkan fatwa bukan-bukan melalui media sosial, itu menjadi parah. ???Itu sebab saya rasakan tahun ini kita perlu lakukan #GrandReset, semua kena balik kepada peranan masing-masing. Maknanya kena kembali melahirkan orang-orang politik yang bagus dan betul-betul berpegang pada ajaran betul,??? katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Taklimat Sinergi Media World #QuranHour 1445H/2024 di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Isnin. Ummah #GrandReset yang dilancarkan oleh WUIF sempena kempen World #QuranHour itu menyasarkan ???reset??? kesatuan dan melakukan transformasi sosial bagi umat Islam. Surah Al-Jumu'ah adalah salah satu daripada tujuh surah Musabbihat dengan menjadikan hari Jumaat, hari perkumpulan umat Islam setiap minggu sebagai momentum penting bagi transformasi minda ummah seluruh dunia. World #QuranHour 1445H/2024 akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, pada 4 April ini bersamaan 24 Ramadan 1445H. Sementara itu, ujar Hussamuddin yang juga Penasihat Kumpulan Karangkraf itu, kempen tersebut diharap dapat memberi kesedaran terutamanya kepada umat Islam untuk kembali kepada al-Quran. ???Harapan kita adalah jika kita dapat membuat kempen secara besar-besaran di seluruh dunia dan gelombangkan kempen ini diikuti dengan tindakan rumah mengaji, kelas dan inisiatif dalam keluarga. ???Ia supaya setiap individu dalam keluarga itu boleh baca, memahami dan boleh menjadikan al-Quran itu sebagai panduan dan sistem operasinya,??? jelasnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Menteri Agama arah agensi di bawah JPM tangani isu 3R - Sinarharian - 25/03 4:07 pm

???Agama Islam melarang umatnya melakukan sebarang bentuk penghinaan atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan penganut agama dan bangsa lain. ???Jadi, toleransi dan hormati-menghormati sangat dianjurkan dalam Islam sebab kita nak bina penyatuan masyarakat agar negara aman serta damai,??? katanya ketika hadir ke Ziarah Ramadan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Isnin

masyarakat berpecah belah, maka rosaklah negara. Dalam konteks inilah rakyat perlu pastikan sentimen 3R tidak dimainkan, dijauhkan dan dihindarkan kerana ia sangat sensitif. ???Agama Islam melarang umatnya melakukan sebarang bentuk penghinaan atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan penganut agama dan bangsa lain. ???Jadi, toleransi dan hormati-menghormati sangat dianjurkan dalam Islam sebab kita nak bina penyatuan masyarakat agar negara aman serta damai,??? katanya ketika hadir ke Ziarah Ramadan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Isnin. Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Pengurus Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli. Mohd Na'im turut menjelaskan, golongan agamawan di negara ini perlu menggerakkan segala usaha untuk menasihati orang ramai menggunakan platform yang sedia ada. ???Saya dah maklumkan mereka supaya menggerakkan usaha dan jangan duduk diam untuk ajak masyarakat bersatu padu serta memahami antara satu sama lain. ???Harapan saya agar masyarakat saling hormat-menghormati dan sentiasa pelihara kepelbagaian kaum di negara ini serta elakkan isu-isu kontroversi khususnya yang melibatkan kepentingan agama,??? ujar beliau. Dalam pada itu, menerusi kunjungan tersebut, Mohd Na'im tidak melepaskan peluang mengimamkan solat Zuhur dan menyampaikan sumbangan kurma serta buah-buahan kering kepada seluruh warga kerja Karangkraf. Menurut beliau, sumbangan berkenaan adalah tanda penghargaan buat rakan media Sinar Harian yang sentiasa membuat liputan berita mengenai JPM dan dirinya secara peribadi. ???Kita perlu bekerjasama dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat adalah benar. ???Jadi, saya mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga kita diberikan kekuatan ukhuwah untuk bekerja demi agama dan ALLAH SWT,??? ulasnya lagi. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Tiga tahun siapkan novel 'Telapak Iblis' - Sinarharian - 25/03 10:34 am

Anak bongsu daripada dua beradik itu bersyukur kerana pihak Buku Prima sudi untuk menerbitkan karya pertamanya yang kini sudah berada di pasaran. ???Terima kasih kepada Buku Prima, Kumpulan Karangkraf kerana memberi peluang untuk mengenengahkan bakat saya

serta minatnya dalam dunia seram dan thriller. Kisah bermula dengan penemuan kesan telapak kaki yang tertanam di dalam sebuah vila mewah menjadi pencetus insiden ganjil yang berlaku hingga kisah sebenar terbongkar. Meskipun baru berusia 23 tahun, Izzatin berkata, pengalaman dalam menghasilkan novel pertamanya itu digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan karya lain selepas ini. ???Ketika di sekolah menengah, saya aktif menulis sidang redaksi sekolah selain pernah memenangi anugerah program Nilam. ???Saya memang meminati dunia seram, selalu beli buku seram terbitan dalam dan luar negara. ???Malah kalau ada filem seram baharu ditayangkan di pawagam, saya pasti akan pergi menonton dan dari situ timbul idea dan minat saya untuk menulis sesuatu yang luar biasa,??? katanya yang meminati Siri Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis. Anak bongsu daripada dua beradik itu bersyukur kerana pihak Buku Prima sudi untuk menerbitkan karya pertamanya yang kini sudah berada di pasaran. ???Terima kasih kepada Buku Prima, Kumpulan Karangkraf kerana memberi peluang untuk mengenengahkan bakat saya. ???Saya juga berharap peminat novel seram di negara ini dapat menyokong dan membeli novel saya yang turut dijual secara dalam talian menerusi platform e-dagang Shopee dan juga karangkrafmall.com,??? katanya kepada Sinar Harian Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Martabat al-Quran, hidupkan sunnah - Sinarharian - 25/03 7:30 am

???Orang ramai turut dijemput untuk bersama-sama mengikuti majlis ini secara langsung yang dibawakan oleh Sinar Harian sebagai usaha memartabatkan al-Quran, sekali gus menghidupkan sunnah,??? ujar beliau. Majlis Khatam al-Quran 3.0 Sinar Islam Plus bertemakan ???Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum??? diadakan di Studio Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, bermula jam 5 petang pada 28 Mac ini.

penglihatan dan 15 kanak-kanak, namun kali ini kita menampilkan golongan mualaf untuk diraikan. ???Mereka merupakan saudara Islam yang mendapat hidayah ALLAH dan berusaha sendiri untuk mempelajari Islam dan al-Quran. Sudah tentu banyak cabaran yang dihadapi mereka,??? katanya pada Ahad. Beliau berkata, semua peserta akan dibimbing oleh Pensyarah Jabatan Syariah, Universiti Islam Selangor (UIS), Mohd Rasyidi Ali untuk bacaan al-Quran, manakala Syafiq Raffiqin Liow dijemput sebagai penceramah. Menurutnya, Majlis Khatam al-Quran 3.0 Sinar Islam Plus akan disiarkan secara langsung menerusi semua platform media sosial rasmi Sinar Harian dan Facebook Sinar Islam Plus, Sinarplus, Sinar Bestari, Sinar Daily, My #Qurantime serta #Quranhour. ???Besarlah harapan kami agar majlis ini dapat memberi manfaat dan keyakinan khususnya kepada semua peserta untuk berhadapan dengan masyarakat. ???Orang ramai turut dijemput untuk bersama-sama mengikuti majlis ini secara langsung yang dibawakan oleh Sinar Harian sebagai usaha memartabatkan al-Quran, sekali gus menghidupkan sunnah,??? ujar beliau. Majlis Khatam al-Quran 3.0 Sinar Islam Plus bertemakan ???Tinta Emas Mencipta Generasi Taqaddum??? diadakan di Studio Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, bermula jam 5 petang pada 28 Mac ini.



Sultan Nazrin breaks fast with representatives from media, NGOs, corporations, youth organisations - SUN - 23/03 10:32 pm

KUALA KANGSAR : Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah and Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim graced a breaking fast event attended by representatitves from the media, non-governmental organisations (NGOs), government-linked companies, youth organisations and the private sector at Istana Iskandariah here today. Perak Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad and his wife, Aezer Zubin, Communications Minister Fahmi Fadzil, Perak Islamic Religious Council and Malay Customs (MAIPk) chief executive officer (CEO) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Malaysian National News Agency CEO Nu-rul Afida Kamaludin, New Straits Times Press (NSTP) group managing editor Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman and Karangkraf Group founder Datuk Hussamuddin Yaacub were also at the event

executive officer (CEO) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, Malaysian National News Agency CEO Nu-rul Afida Kamaludin, New Straits Times Press (NSTP) group managing editor Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman and Karangkraf Group founder Datuk Hussamuddin Yaacub were also at the event. Sultan Nazrin also received business zakat contributions from various entities, Lembaga Tabung Haji, PINS Network Solutions Sdn Bhd, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Empayar Indera Sdn Bhd, as well as several cooperatives. The Sultan then performed Maghrib, Isyak dan Tarawih prayers with fellow guests.





'Bantu ringan beban ibu bapa' - Sinarharian - 23/03 8:20 am

SHAH ALAM - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama rakan media Sinar Harian dan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) menganjurkan program Ziarah Ramadan di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis untuk menyumbangkan RM36,000 kepada 36 keluarga anak istimewa di bawah naungan Persatuan Bikeisable

membantu meringankan beban keluarga dalam menampung perbelanjaan harian golongan istimewa terbabit khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurutnya, perkara paling menyentuh hati adalah melihat pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak penghidap Cerebral Palsy dengan penuh sabar dan ia merupakan nikmat kurniaan ALLAH SWT yang tidak ternilai serta ???tiket??? mudah untuk ke syurga kelak. ???Alhamdulillah ada 36 penerima dan kita beri juga tambahan RM10,000 buat MyCP menjadikan keseluruhan sumbangan kewangan RM46,000 untuk menjalankan aktiviti melibatkan anak-anak ini. ???Walaupun amaunnya tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa, diharapkan pemberian ini bermakna untuk mereka menjalani ibadah puasa dan raya. ???Bagi saya, kita sebagai masyarakat kena menyokong kerana sekurang-kurangnya ia mampu meringankan beban ibu bapa dari segi fizikal serta emosi sepanjang menjaga anak-anak,??? katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis. Program Ziarah Ramadan diceriakan dengan alunan surah ar-Rahman daripada anak istimewa, Tuan Zuhayr al-Mundzir Tuan Mohd Azreen Azhar, 13, dan turut menampilkan selebriti jemputan iaitu Faizal Tahir, Presiden Bikeisable, Wira Sudepja Rabu serta Ustaz Faizul Shaifee bagi berkongsi pengalaman menjaga golongan kelainan upaya menerusi sesi bual bicara bertajuk ???Anak Syurga Luar Biasa???. Hadir sama, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia PPZ-MAIWP, Azrin Datuk Abdul Manan; Pengerusi MyCP, Dr Nurulhuda Abdul Rahman; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin dan ibu bapa penerima sumbangan daripada Bikeisable. Tambah beliau, orang ramai yang masih belum menunaikan zakat fitrah diminta untuk berbuat demikian dengan kadar segera kerana dikhuatiri peristiwa sambutan hari raya pada 2022 lalu berulang kembali menyebabkan sistem pelayan dalam talian PPZ-MAIWP menghadapi masalah. Bagi bayaran zakat fitrah boleh dilakukan di mana-mana Kaunter PPZ-MAIWP atau secara dalam talian di fitrah.zakat.com.my. Orang ramai juga digalakkan menunaikan zakat harta di bulan Ramadan melalui saluran bayaran yang disediakan seperti Kaunter PPZ-MAIWP, Aplikasi MyZakat, portal zakat www.zakat.com.my, Skim Potongan Zakat Bulanan, Kaunter Zakat Bergerak, Kaunter Zakat Digital atau melalui ejen-ejen kutipan zakat yang dilantik. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





PPZ-MAIWP sumbang RM36,000 buat keluarga anak istimewa - Sinarharian - 22/03 12:05 am

SHAH ALAM - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama rakan media Sinar Harian dan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) menganjurkan program Ziarah Ramadan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada Khamis, untuk menyumbangkan RM36,000 kepada 36 keluarga anak istimewa di bawah naungan Persatuan Bikeisable.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan berkata, program itu dibuat bagi menyantuni ???anak-anak syurga??? dan membantu meringankan beban keluarga dalam menampung perbelanjaan harian golongan istimewa terbabit khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri

???anak-anak syurga??? dan membantu meringankan beban keluarga dalam menampung perbelanjaan harian golongan istimewa terbabit khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurutnya, perkara paling menyentuh hati adalah melihat pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak penghidap ???Cerebral Palsy??? dengan penuh sabar dan ia merupakan nikmat kurniaan ALLAH SWT yang tidak ternilai serta ???tiket??? mudah untuk ke syurga kelak. ???Alhamdulillah ada 36 penerima dan kita beri juga tambahan RM10,000 buat MyCP menjadikan keseluruhan sumbangan kewangan RM46,000 untuk menjalankan aktiviti melibatkan anak-anak ini.???Walaupun amaunnya tidak seberapa jika dibandingkan dengan pengorbanan ibu bapa, diharapkan pemberian ini bermakna untuk mereka menjalani ibadah puasa dan raya. ???Bagi saya, kita sebagai masyarakat kena menyokong kerana sekurang-kurangnya ia mampu meringankan beban ibu bapa dari segi fizikal serta emosi sepanjang menjaga anak-anak,??? katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini pada Khamis. Program Ziarah Ramadan diceriakan dengan alunan surah ar-Rahman daripada anak istimewa Tuan Zuhayr al-Mundzir Tuan Mohd Azreen Azhar, 13, dan turut menampilkan selebriti jemputan iaitu Faizal Tahir, Presiden Bikeisable, Wira Sudepja Rabu serta Ustaz Faizul Shaifee bagi berkongsi pengalaman menjaga golongan kelainan upaya menerusi sesi bual bicara bertajuk ???Anak Syurga Luar Biasa???. Hadir sama, Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia PPZ-MAIWP, Azrin Dato Abdul Manan; Pengerusi MyCP, Dr Nurulhuda Abdul Rahman; Penasihat Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin dan ibu bapa penerima sumbangan daripada Bikeisable. Tambah beliau, orang ramai yang masih belum menunaikan zakat fitrah diminta untuk berbuat demikian dengan kadar segera kerana dikhuatiri peristiwa sambutan hari raya pada 2022 lalu berulang kembali menyebabkan sistem pelayan dalam talian PPZ-MAIWP menghadapi masalah. Bagi bayaran zakat fitrah boleh dilakukan di mana-mana Kaunter PPZ-MAIWP atau secara dalam talian di fitrah.zakat.com.my. Orang ramai juga digalakkan menunaikan zakat harta di bulan Ramadan melalui saluran bayaran yang disediakan seperti Kaunter PPZ-MAIWP, Aplikasi MyZakat, portal zakat www.zakat.com.my, Skim Potongan Zakat Bulanan, Kaunter Zakat Bergerak, Kaunter Zakat Digital atau melalui ejen-ejen kutipan zakat yang dilantik.





Faizal Tahir dedah doktor pernah nasihat isteri gugurkan kandungan anak bongsu - Sinarharian - 22/03 10:00 am

???Saya ingatkan tersalah dengar, saya tak percaya dengan apa yang saya dengar itu kerana macam mana dia boleh ada pemikiran sebegini? ???Sewaktu itulah terdetik di fikiran, Alhamdulillah ALLAH SWT kurniakan agama kepada saya dan tidak ada perkara sebegitu dalam Islam,??? katanya. Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman dalam sesi bual bicara bertajuk ???Anak Syurga Luar Biasa??? program Ziarah Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama rakan media Sinar Harian dan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis

apa yang saya dengar itu kerana macam mana dia boleh ada pemikiran sebegini? ???Sewaktu itulah terdetik di fikiran, Alhamdulillah ALLAH SWT kurniakan agama kepada saya dan tidak ada perkara sebegitu dalam Islam,??? katanya. Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman dalam sesi bual bicara bertajuk ???Anak Syurga Luar Biasa??? program Ziarah Ramadan anjuran Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama rakan media Sinar Harian dan Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Mohammed Hassan; Pengerusi MyCP, Dr Nurulhuda Abdul Rahman; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin serta ibu bapa penerima sumbangan daripada Bikeisable. Bagaimanapun, bapa kepada tujuh cahaya mata terbabit meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana berfikir bahawa umat Islam diajar untuk berbuat demikian dalam apa jua keadaan dan sentiasa ingat hanya ALLAH SWT yang mengetahui hikmah di sebalik berlakunya sesuatu perkara. ???Saya juga pernah lalui cabaran dari segi emosi atau jiwa kacau yang mana saya terfikir tak sanggup kalau saya mati dulu, anak (sindrom Down) membesar tanpa penjagaan seorang ayah. ???Tetapi, saya pula taknak kalau anak mati dulu, bapa mana yang sanggup kebumikan anak? ???Jadi, ubatnya al-Quran, berserah sahaja kepada ALLAH SWT dan percaya kepada-Nya kerana Dia perancang terbaik,??? ujar pelantun lagu Sejati tersebut. Dalam pada itu, beliau turut berharap agar ibu bapa, masyarakat dan media arus perdana terus memainkan peranan dalam usaha menyantuni komuniti orang kurang upaya (OKU) menerusi perkongsian pengalaman serta ilmu di media sosial. ???Golongan sebegini bukanlah OKU tetapi ???orang luar biasa upaya??? kerana kita sendiri sebagai orang biasa tak mampu menjadi seperti mereka,??? jelasnya lagi. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





'Setiap hari berbuka puasa di sini' - Sinarharian - 22/03 8:30 am

SHAH ALAM - Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih selesa

terletak jauh dari tempat kerja. ???Setiap hari saya datang dari tahun lepas lagi dan salah satu sebab ialah rumah jauh dari tempat kerja dan anak pula sekolah sesi petang. Nak balik ke Sungai Buloh memakan masa yang lama untuk sampai ditambah dengan keadaan trafik yang sesak. ???Jadi saya dan isteri mengambil keputusan untuk berbuka di sini kerana selesa dan lebih mudah. ???Kemudahan disediakan sangat lengkap seperti parkir kenderaan selain pelbagai jenis makanan serta minuman. Paling penting, konsep ala Madinah dapat dirasai sebab suasana meriah dengan kehadiran ramai orang,??? katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program tersebut akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Nurul Fatthin Abdul Khalim, 31, yang bekerja sendiri berkata, sepanjang tiga kali berkunjung ke program iftar berkenaan, dia sangat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh penganjur. Ujarnya, kemudahan seperti ruang solat, tempat makan dan suasana yang sangat berbeza dari tempat lain memberi pengalaman baharu ketika berbuka puasa. Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Wan Alia Najiha Wan Mahmud, 25, dia berasa teruja pertama kali berbuka puasa ala Madinah dan berharap program tersebut diteruskan lagi pada masa akan datang. ???Saya dapat tahu daripada adik mengenai program berbuka ala Madinah ini, kami terus daftar dan hadirkan diri kerana berada jauh daripada keluarga. Jadi, dengan adanya program seperti ini ia dapat mengubat sedikit kerinduan terhadap keluarga di kampung. ???Saya sangat teruja dan harap akan ada lagi program berbuka seperti ini, seronok dapat berjumpa dengan ramai orang serta memberi pengalaman manis kepada anak perantauan macam kami,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





800 peserta meriahkan Iftar Ala Madinah di Mydin Seremban 2 - Sinarharian - 21/03 10:38 am

Siti Nur Adzleen Adzhar, 38, pula berharap program itu diteruskan lagi pada tahun berikutnya kerana ramai yang boleh merasai suasana berbuka ala Madinah. Beliau memberitahu pernah menyertai program sedemikian di Karangkraf di Shah Alam sebelum ini dan sebaik mengetahui Iftar Ala Madinah diadakan di Seremban, beliau tidak mahu melepaskan peluang

untuk menjayakan program itu adalah bagi menzahirkan keprihatinan terhadap masyarakat khususnya pelanggan Mydin. "Program Jelajah Iftar Ala Madinah ini memberi peluang untuk orang ramai berkumpul dan bersosial antara satu sama lain. "Pihak kami menerima sambutan yang cukup memberangsangkan pada majlis yang berlangsung di USJ pada Jumaat lepas, begitu juga di Seremban 2 ini. "Terima kasih kepada rakan-rakan penaja program ini," katanya. Tambahnya, penganjuran program seumpama itu juga adalah komitmen Mydin menghargai pelanggan di samping berkongsi rezeki kepada semua golongan. Sementara itu, Yeo's yang merupakan penaja utama program berkenaan telah menyumbang sebanyak 15,000 kotak minuman dan Yeo's kari ayam. Pengarah Pemasaran Yeo's Malaysia, Renda Low berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mydin bagi menganjurkan jelajah terbabit dalam usaha mengeratkan silaturahim bersama masyarakat. "Yeo's merupakan jenama yang dekat dengan rakyat Malaysia dan menjadi pilihan seisi keluarga setiap hari termasuk pada bulan Ramadan. "Bersesuaian dengan kempen kami tahun ini iaitu 'Segarkan Ramadan, Raikan Kemenangan', kami berharap Yeo's dapat memberi kesegaran sepanjang masa di bulan mulia ini," katanya. Malah ujarnya, produk Yeo's juga sangat serba boleh yang bukan saja untuk diminum, tetapi juga boleh dijadikan manisan dan kuih-muih. Penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang merupakan selebriti jemputan turut menyambut baik usaha penganjuran iftar berkenaan yang disifatkan unik dan menarik. "Bila kita dengar tajuk pun Iftar Ala Madinah, kita dah terbayang mungkin macam inilah orang berbuka puasa di Madinah. "Biasanya majlis buka puasa anjuran syarikat-syarikat swasta atau pihak tertentu ini dibuat di hotel tapi ini dibuat secara santai dengan duduk bersila beramai-ramai," katanya. Apa yang baiknya kata Mawi, program itu diadakan secara percuma sekali gus dapat membantu orang ramai terutama yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa. Dalam pada itu, peserta program yang juga warga emas, Rosliah Samsudin, 72, meluahkan perasaan teruja apabila dapat berbuka puasa beramai-ramai selain dapat merapatkan ukhuwah. "Yang datang ini mungkin daripada pelbagai latar belakang, tetapi dapat duduk bersama untuk berbuka puasa. "Kami bukan saja dapat berbuka puasa percuma tapi turut diberi cenderahati untuk dibawa pulang," katanya. Siti Nur Adzleen Adzhar, 38, pula berharap program itu diteruskan lagi pada tahun berikutnya kerana ramai yang boleh merasai suasana berbuka ala Madinah. Beliau memberitahu pernah menyertai program sedemikian di Karangkraf di Shah Alam sebelum ini dan sebaik mengetahui Iftar Ala Madinah diadakan di Seremban, beliau tidak mahu melepaskan peluang. Jelajah Iftar Ala Madinah akan turut berlangsung mengikut tarikh ditetapkan di lima lagi cawangan lain iaitu Mydin MiTC (Melaka), Mydin Meru Raya (Perak), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Mydin Gong Badak (Terengganu) dan Mydin Tunjong (Kelantan). Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Kenangan berharga untuk diingati - Sinarharian - 21/03 8:40 am

SHAH ALAM ??? Menyertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf bagi sesetengah pengunjung mempunyai nilai sentimentalnya tersendiri kerana memberikan kenangan cukup berharga untuk diingati

Iftar Ala Madinah@Karangkraf. ???Saya akan hadir bersama keluarga dan jiran tetangga. Bagi saya ini adalah salah satu cara untuk kami meraikan persahabatan yang sudah menginjak usia belasan tahun,??? katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Menurutnya, bukan mudah untuk mencipta persahabatan, justeru kesempatan itu digunakan dengan sebaiknya untuk mereka lebih mengenali antara satu sama lain. Sementara itu, Nurul Huda Rahimi, 27, berkata, dia pertama kali menyertai iftar berkenaan selepas terbaca hebahan mengenainya di media sosial. ???Konsepnya amat menarik, saya datang dengan dua adik-beradik. Kami dah rancang sejak sebelum puasa lagi untuk berbuka puasa bersama jadi iftar Ala Madinah@Karangkraf ini, jadi pilihan kerana lebih santai dan kami dapat berborak panjang sambil berbuka puasa,??? katanya. Pekerja swasta Mohd Amin Na'im, 25, pula berkata, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berbuka puasa bersama rakan sepejabat. ???Jadi kami datang dari Subang Jaya dengan dua kereta seramai enam orang untuk berbuka puasa di Karangkraf kerana ada yang cakap menu berbukanya amat luar biasa,??? katanya. Bagi anggota polis, Mohd Azizi Mohd Nor, 38, kesibukan kerja bukan halangan buatnya untuk berbuka puasa bersama keluarga. ???Saya pun kerja tidak jauh dari Kumpulan Karangkraf, jadi bila ada kesempatan saya akan bawa keluarga untuk keluar berbuka puasa dan pastinya iftar ala Madinah ini menjadi pilihan kerana berdekatan dengan rumah dan tempat kerja,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf wajib daftar sebelum hadir - Sinarharian - 20/03 10:16 pm

SHAH ALAM - Orang ramai yang berhasrat untuk berbuka puasa di Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 diwajibkan untuk mendaftarkan diri selewat-lewatnya dua hari sebelum hadir

tempat duduk yang selesa. "Kita memang tidak menggalakkan 'walk in' kerana bimbang makanan tidak cukup. "Saya mengalu-alukan orang ramai untuk hadir tapi pastikan anda daftar terlebih dahulu menerusi QR Code yang disediakan di semua platform media sosial Sinar Harian," katanya ketika ditemui pada Rabu. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





15 tahun himpun kisah Israk dan Mikraj - Sinarharian - 20/03 6:40 pm

"Kami juga mengambil kesempatan untuk menyemak hadis yang terkait dengan Israk dan Mikraj ini," katanya lagi. Buku yang mempunyai 339 halaman dan berharga RM70 kini boleh didapati di Karangkraf mall serta boleh dibeli secara dalam talian

dan dijelaskan mengikut yang mana sahih dan yang mana lemah. "Buku ini juga merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti karya al-Hafiz Ibn Hajar, Imam al-Suyuti dan ramai lagi tokoh-tokoh termasuk yang mutakhir seperti Syeikhul Azhar, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi dan lain-lain lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu, rujukan berkenaan dibuat agar buku tersebut benar-benar mempunyai merit dan kekuatan yang tersendiri bagi menoktahkan mana-mana pendapat dan kenyataan. "Kami juga mengambil kesempatan untuk menyemak hadis yang terkait dengan Israk dan Mikraj ini," katanya lagi. Buku yang mempunyai 339 halaman dan berharga RM70 kini boleh didapati di Karangkraf mall serta boleh dibeli secara dalam talian. Penghasilannya turut melibatkan beberapa penyelidik iaitu Tengku Ibrahim Tengku Mohammad, Abdul Rahman Abd Kodir, Muhammad Dawud al-Hawariy Hamizan dan Siti Nabilah Yusoff. Tambahnya, buku tersebut amat istimewa kerana ia turut menerangkan tentang hikmah di sebalik peristiwa dialami nabi dalam peristiwa penting berkenaan. "Selain itu antara yang dibahaskan adalah dialog Nabi Muhammad S.A.W dengan Nabi Ibrahim, kisah nabi melihat wajah asal malaikat Jibril yang mempunyai 600 sayap dan lain-lain lagi," katanya lagi. Dalam pada itu katanya, iktibar yang boleh diambil dalam buku ini adalah mengenai kekuasaan ALLAH yang memperlihatkan diri-NYA yang boleh melakukan apa sahaja. "ALLAH hendak menunjukkan kepada nabi berhubung peristiwa-peristiwa pelik yang tidak dapat dilihat pada waktu lain. "Buku ini juga menggambarkan maha suci ALLAH, DIA yang berkuasa pada seluruh alam ini," katanya lagi. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Program Kasih Asnaf FGV Holdings santuni 100 asnaf - Sinarharian - 20/03 1:30 pm

SHAH ALAM - FGV Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) memberi sumbangan berjumlah RM15,000 kepada 100 asnaf sekitar Lembah Klang menerusi program Kasih Asnaf ketika Majlis Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 pada Isnin

sosial korporat (CSR) kumpulan iaitu menyumbang kepada kebajikan dan kesejahteraan masyarakat menerusi kolaborasi bersama Muslim Care Malaysia. ???Sebanyak RM1.2 juta sumbangan disasar diberikan kepada golongan asnaf. ???Kami bersama badan berkaitan bersama-sama turun padang menghulurkan bantuan dan melihat sendiri kelangsungan hidup golongan asnaf. ???Semoga berkat usaha ini, kita dapat bersama-sama berkongsi kemanisan Ramadan dan Aidilfitri dengan seluruh rakyat Malaysia,??? katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Pendek Raya Saji di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB, Shammim Azad; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan ahli lembaga FGV Holdings. Ujar Rastam, filem pendek berjudul Minyak Maaf itu membawa mesej tersembunyi di sebalik aksi komedi lakonan Joey Daud dan Balkisyh Semundur Khan bersama barisan pelakon tersohor seperti Nasir Bilal Khan serta Delimawati Ismail. ???Filem pendek ini pasti menghiburkan dan membuatkan anda tidak kering gusi ketika menontonnya. ???Dengar tajuknya sahaja sudah unik hingga membuatkan orang ramai tertanya???tanya makna di sebalik tajuk ini. ???Watak Abdul (Joey) itu sendiri menghidupkan jalan cerita. Apa yang Abdul buat sehinggakan orang-orang kampung lari daripada dia? Jom tonton filem ini di semua media sosial Saji Malaysia atau layari www.sajikankemesraan.com bermula hari ini,??? katanya. Menurutnya, Facebook rasmi Saji Malaysia turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat antaranya resipi menggunakan produk Saji dan Seri Pelangi serta penampilan istimewa program digital 'SAJI Santapan Rohani: 30 Hari Bersama PU Amin'. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan pihaknya juga memperkenalkan produk baharu iaitu Ketupat Mini Saji dan Sup Bunjut Saji bagi melengkapkan lagi hidangan harian yang berada di pasaran bermula Mac serta peraduan 'Raikan Kemeriahan' yang menawarkan hadiah lumayan kepada pelanggan setia. Jelas beliau, tawaran hadiah wang tunai RM50,000 menanti pembeli bermula 10 Mac hingga 10 Mei depan dengan pembelian barangan Saji dan Seri Pelangi serendah RM20 sahaja. ???Pengguna hanya perlu mengimbas kod QR disediakan dan menghantar resit sebagai bukti. Pembeli berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pin tambah nilai Touch N??? Go dan wang tunai. ???Untuk makluman, penyertaan kami dalam program Iftar Ala Madinah ini adalah kerjasama sulung antara Saji dan Seri Pelangi bersama Sinar Harian. Ia merupakan aktiviti bermanfaat untuk merapatkan silaturahim serta berkongsi juadah. ???Kami juga berbesar hati apabila diberi peluang menyertai program sebegini,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





'Ibarat berbuka puasa bersama keluarga besar' - Sinarharian - 19/03 8:10 am

SHAH ALAM - Berkumpul beramai-ramai di Dataran Karangkraf di sini sempena Program Iftar ala Madinah @Karangkraf, bukan hanya mengeratkan hubungan sesama masyarakat malah mereka dapat berbuka puasa bersama ibarat sebuah keluarga besar

itu, apabila mengetahui Karangkraf menganjurkan Program Iftar Ala Madinah saya sangat teruja. ???Suasana sangat meriah, ramai yang datang untuk berbuka puasa di sini. Ia mengingatkan saya ketika bersama keluarga, semua orang menunggu azan sebelum menjamah juadah bersama-sama,??? ujarnya. Mohd Azwan Ibrahim Abdullah, 21, pula memberitahu, dia memilih untuk berbuka puasa beramai-ramai di Karangkraf kerana mahu merasai kelainan berbanding berbuka puasa di rumah, masjid, surau atau di kedai makan. ???Saya pernah datang tahun lepas dan sukakan suasananya. Jadi apabila tahun ini kawan beritahu Karangkraf sekali lagi mengadakan program sama, saya tak nak lepaskan peluang turut serta. ???Saya datang awal takut jalan sesak, namun Alhamdulillah kemudahan yang disediakan oleh Karangkraf memudahkan pengunjung. ???Pastinya saya akan datang lagi pada masa akan datang kerana program seperti ini memang bagus untuk kita terapkan semangat hidup bermasyarakat,??? katanya. Tambah ilmu agama Sementara itu, Aznita Muhamad, 45, berkata, peluang berbuka puasa di ruang terbuka amat menyeronokkan kerana masyarakat setiap lapisan usia dapat berhimpun bersama, selain dia dapat berjimat. ???Saya ambil anak dari asrama, nak balik masak tak sempat jadi kami ambil keputusan untuk berbuka puasa di sini. Lagipun makanan disediakan percuma. ???Kalau makan di kedai sekarang semua barang mahal, macam saya tujuh orang dapatlah berjimat cermat,??? jelasnya. Bagi pelajar tahfiz, Muhamad Khairil Najmi mazli, 13, suasana meriah cukup dirasai apabila duduk bersila di atas tikar sambil menunggu waktu berbuka puasa bersama rakan-rakan. ???Alhamdulillah suasana nampak ceria dan santai sebab kawasan terbuka. Sementara menunggu waktu berbuka, kami dapat dengar tazkirah, sekali gus menambah ilmu agama. ???Selain itu selepas berbuka, kami terus menunaikan solat Maghrib kerana kemudahan tempat solat turut disediakan oleh penganjur,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





PHB bersyukur pertama kali sertai Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 - Sinarharian - 16/03 10:30 am

SHAH ALAM - Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) menyumbangkan 500 bungkusan makanan pelbagai hidangan buat pengunjung Iftar Ala Madinah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat

buat pihaknya untuk memperkenal dan mengetengahkan lagi produk unit amanah saham syarikat berkenaan iaitu Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). ???Kami turut membuka reruai yang mana pengunjung boleh hadir dan ketahui lebih lanjut mengenai AHB. ???Setiap pengunjung berpeluang membawa pulang pelbagai cenderahati menarik menerusi aktiviti yang disediakan selain berpeluang memenangi hadiah misteri. ???AHB adalah unit amanah patuh syariah berlandaskan hartanah yang pertama di Malaysia di mana pemegang unit menikmati pendapatan stabil dan konsisten melalui pelaburan ini. ???Dalam tempoh lima tahun lepas AHB memberikan pengagihan pendapatan sebanyak lima peratus kepada pemegang unit dan yang amat penting modal pelaburan ini dilindungi sepenuhnya di mana harga seunit kekal sebanyak RM1.00,??? katanya kepada Sinar Harian. Sementara itu, Muhammad Zikri turut teruja melihat sambutan memberangsangkan daripada pengunjung yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang mencecah lebih 2,000 orang. Program Iftar Ala Madinah yang bermula dari 13 Mac hingga 4 April itu terbuka kepada1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Hadir sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset PHB, Zulkifli Ishak; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ketua Projek Iftar Ala Madinah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin; barisan kakitangan PHB serta pelajar Maahad an-Nabawi Seksyen 8. Dalam pada itu, Muhammad Zikri selaku wakil PHB berterima kasih kepada warga kerja Karangkraf kerana menyediakan program berkenaan yang kini memasuki tahun keempat dan sentiasa komited dalam menyantuni masyarakat terutamanya golongan kurang berkemampuan dengan memberikan juadah berbuka puasa percuma. Tambah beliau, dalam masa sama, ia menjadi platform terbaik bagi menggalakkan lebih banyak syarikat korporat untuk terlibat sama memberikan sumbangan kepada komuniti setempat. ???Di bulan Ramadan ini, PHB juga bakal menyantuni warga emas terpinggir dan terabai yang mana kami memasak serta menyediakan juadah iftar. ???Selain itu, kami hadiahkan baju raya baharu untuk meraikan persiapan mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang,??? ujarnya lagi.





Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 zahirkan kebahagiaan buat golongan kurang berkemampuan, kehilangan ahli keluarga - Sinarharian - 16/03 9:55 am

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri meminta orang ramai untuk bersama-sama memanfaatkan program berbuka puasa seperti Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 kerana ia mampu menzahirkan kebahagiaan khususnya buat golongan kurang berkemampuan atau kehilangan ahli keluarga.Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata, inisiatif daripada warga kerja Karangkraf dan Sinar Harian memberikan keterujaan buat dirinya kerana berpeluang untuk bertemu mesra dengan komuniti setempat.???Kami sangat teruja apabila melihat kira-kira 2,000 pengunjung hadir hari ini yang mana difahamkan penganjurannya sudah memasuki tahun keempat.???Saya dan YKN merasa amat bertuah kerana diberi peluang menyertai program berbuka puasa sebegini yang mana anak-anak daripada institusi kami dan pelajar tahfiz sekitar sini pun turut hadir sama.???Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat Karangkraf dan Sinar Harian,??? katanya.Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian selepas menghulurkan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dan beberapa pengunjung bertuah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.Program Iftar Ala Madinah yang bermula dari 13 Mac hingga 4 April itu terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.Hadir sama, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ketua Projek Iftar Ala Madinah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin; barisan kakitangan YKN serta pelajar Maahad Tahfizan-Nabawi Seksyen 8.Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam YKN, Fathir Isha memaklumkan, pihaknya terpanggil untuk menyertai program tersebut tahun ini dengan membuka reruai bagi menyantuni kumpulan sasar seperti gelandangan, kaum wanita, seisi keluarga dan masyarakat setempat.Tambah beliau, ia memberikan ruang dan peluang kepada pihaknya untuk menguar-uarkan produk perkhidmatan yang disediakan oleh YKN seperti Pusat Pembangunan Sosial Setempat iaitu program psikososial, bimbingan serta kaunseling daripada kaunselor bertauliah.???Ia sudah bermula sejak fasa Covid-19 apabila ketika itu masyarakat tidak boleh keluar dari rumah sehingga terjadinya tekanan mental, jadi inilah salah satu cara untuk kurangkan kemurungan yang dihadapi orang awam.???Justeru, dengan sambutan positif daripada lebih 2,000 pengunjung di program berbuka puasa ini, mereka juga akan lebih mengenali dan memahami peranan YKN.???Kami turut terbuka menerima sumbangan dan menawarkan pengecualian cukai kepada orang ramai di samping berusaha untuk membantu golongan sasar di negara ini,??? ulasnya lagi.

dirinya kerana berpeluang untuk bertemu mesra dengan komuniti setempat.???Kami sangat teruja apabila melihat kira-kira 2,000 pengunjung hadir hari ini yang mana difahamkan penganjurannya sudah memasuki tahun keempat.???Saya dan YKN merasa amat bertuah kerana diberi peluang menyertai program berbuka puasa sebegini yang mana anak-anak daripada institusi kami dan pelajar tahfiz sekitar sini pun turut hadir sama.???Jadi, saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat Karangkraf dan Sinar Harian,??? katanya.Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian selepas menghulurkan sumbangan duit raya kepada pelajar tahfiz dan beberapa pengunjung bertuah di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.Program Iftar Ala Madinah yang bermula dari 13 Mac hingga 4 April itu terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.Hadir sama, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Ketua Projek Iftar Ala Madinah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd, Farah Hussamuddin; barisan kakitangan YKN serta pelajar Maahad Tahfizan-Nabawi Seksyen 8.Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam YKN, Fathir Isha memaklumkan, pihaknya terpanggil untuk menyertai program tersebut tahun ini dengan membuka reruai bagi menyantuni kumpulan sasar seperti gelandangan, kaum wanita, seisi keluarga dan masyarakat setempat.Tambah beliau, ia memberikan ruang dan peluang kepada pihaknya untuk menguar-uarkan produk perkhidmatan yang disediakan oleh YKN seperti Pusat Pembangunan Sosial Setempat iaitu program psikososial, bimbingan serta kaunseling daripada kaunselor bertauliah.???Ia sudah bermula sejak fasa Covid-19 apabila ketika itu masyarakat tidak boleh keluar dari rumah sehingga terjadinya tekanan mental, jadi inilah salah satu cara untuk kurangkan kemurungan yang dihadapi orang awam.???Justeru, dengan sambutan positif daripada lebih 2,000 pengunjung di program berbuka puasa ini, mereka juga akan lebih mengenali dan memahami peranan YKN.???Kami turut terbuka menerima sumbangan dan menawarkan pengecualian cukai kepada orang ramai di samping berusaha untuk membantu golongan sasar di negara ini,??? ulasnya lagi.





Iftar Ala Madinah@Karangkraf jimatkan belanja berbuka - Sinarharian - 16/03 8:40 am

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang menawarkan juadah berbuka puasa secara percuma memberikan kelegaan kepada orang ramai terutama kumpulan kurang berkemampuan

sekurang-kurangnya RM50 sehari untuk membeli juadah berbuka puasa. "Semalam (Rabu) saya pergi bazar berbelanja dalam RM20, itu tidak termasuk anak remaja saya yang meminta wang untuk membeli juadahnya sendiri. Bayangkan kalau setiap hari pergi, tentunya guna banyak duit. "Saya nampak hebahan berbuka puasa ini (menerusi media), jadi saya dan isteri ambil keputusan untuk berbuka puasa di sini. Bukan sahaja menjimatkan, ia juga mengajar kita erti bersederhana. "Jadi, tidak perlu untuk keluarkan duit setiap hari kerana makanan yang disediakan di sini meskipun makanan asas ia mengenyangkan," katanya kepada Sinar Harian. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program tersebut bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Pembantu tadbir, Dahliatinova Imran, 43, berkata, program tersebut sangat memberi manfaat kepada golongan berkeluarga selain pelajar dan individu bujang. Jelasnya, dengan harga makanan yang semakin melambung tinggi, Iftar Ala Madinah itu merupakan satu platform terbaik bagi orang ramai menjimatkan perbelanjaan harian. "Sangat menjimatkan, semua orang tahu harga makanan di bazar sekarang sangat mahal. Kalau dahulu murtabak sekitar RM5 hingga RM7, sekarang ada yang mencecah RM12. Air pun ada sehingga RM7, mana mampu nak membelinya. "Jadi apa yang saya nampak, program ini sangat membantu golongan yang memerlukan. Ini termasuk bagi pekerja yang jauh nak pulang ke rumah yang mengambil masa sehingga satu atau dua jam," ujarnya. Tambahnya yang hadir bersama adik, Fatimah Idayu Imran, 41, dan abang, Mohd Shahrul Imran, 45, ke Kompleks Kumpulan Karangkraf itu bukan sahaja mahu menikmati juadah yang disediakan, namun meluangkan masa mencipta memori baharu berbuka puasa beramai-ramai ala Madinah. Juruteknik, Suhairul Nizam Zainal, 40, yang hadir bersama seorang bayi dan dua anak lelaki berkata, program berkenaan bukan sahaja menjimatkan wang namun ia turut merapatkan hubungan bersama para pengunjung lain yang hadir. "Ini kali pertama kami datang. Apa yang saya nampak program iftar ini dapat merapatkan hubungan silaturahim. Kalau nak kata dapat jimat, ia memang sangat-sangat membantu. "Meskipun kami sekeluarga tidak selalu membeli juadah di bazar Ramadan disebabkan selalu masak sendiri di rumah, namun kos memasak mencecah sehingga RM40 sehari. Jadi, agak banyak kos yang dikeluarkan. "Disebabkan program Iftar ala Madinah ini menyeronokkan, sudah pasti saya akan datang lagi dan menghebahkan kepada orang lain juga," ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





KDEBWM jamu 1,500 orang ramai pada program Iftar Ala Madinah di Karangkraf - Sinarharian - 15/03 10:25 am

SHAH ALAM- KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbang sumbangan berbentuk pakej makanan bagi meraikan lebih 1,500 orang ramai yang berbuka puasa semasa program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Khamis

anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE). "Bulan Ramadan merupakan bulan yang cukup istimewa, seperti yang dituntut dalam agama, bulan ini perlu diisi dengan banyak perkara, jadi kita mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Karangkraf kerana sudi berkolabarasi bersempena program Iftar Ala Madinah. "Kerana saya rasa ada hadis menyatakan sekiranya kita menganjurkan berbuka puasa 'baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut' jadi saya ambil inisiatif turun ke bawah dengan orang awam untuk kita menjamu semua orang, agar mereka boleh berbuka puasa dengan tenang," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Yang turut hadir pada program berkenaan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohamad Fahmi Ngah; Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Projek, Iftar Ala Madinah@Karangkraf Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin; Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat KDEBWM, Ahmad Rizal Mohd Daud dan Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM Mahfuzah Muhamad Tarmidi. Dalam pada masa yang sama, pihaknya turut memberikan lapan unit sumbangan tong sampah baharu 2-wheel bin-120L kepada Sinar Harian. "Pemberian ini bagi memberi manfaat yang mana sisa-sisa makanan dan sampah dapat dibuang di tong sampah yang telah disediakan demi menjaga kebersihan dan kelestarian persekitaran di kawasan Kompleks Karangkraf," katanya. Tambahnya, di bulan Ramadan ini semua orang mesti mendidik diri supaya sentiasa berdisiplin dalam membuang sisa-sisa makanan selepas berbuka puasa dan mengurus sampah tersebut dengan sistematik. "Sekiranya ini dapat kita lakukan dengan disiplin yang tinggi, insya-ALLAH akan dapat mengurangkan lambakan sampah domestik. "Tahun ini saya jangkakan ada peningkatan lagi ke atas penjanaan sisa dari bazar Ramadan, yang mana pada tahun lalu 73.67 matrik tan sampah dikutip setiap hari dari sampah bazar Ramadan," katanya. Jelasnya lagi, pada tahun ini KDEBWM menguruskan sejumlah 10,817 petak bazar Ramadan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Majlis Perbandaran Sepang (MPSP), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Sementara itu pada majlis yang sama, Ramli turut mengajak orang ramai yang hadir supaya untuk terus kekal bersederhana di dalam berbuka puasa. "Orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat pembaziran makanan yang boleh memudaratkan diri dan alam sekitar. "Seharusnya kita patuh perintah ALLAH yang mengingatkan kita tentang pembaziran," katanya lagi. REAKSI "Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf sangat baik untuk memupuk semangat mahabbah, pihak korporat berkongsi rezeki kepada komuniti. Saya pun teruja mendengar nama programnya dan berharap ia dapat dikekalkan pada tahun akan datang," Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah. "Kita nampak anak-anak yang datang hari ini sangat teruja, kalau di sini mereka akan bertemu dengan ramai orang, dan mereka dapat bergaul dengan anak-anak yatim dari pusat jagaan lain, jadi di kesempatan ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada KDEBWM yang sentiasa membantu kami, bukan sahaja pada bulan Ramadan malah pada hari-hari yang lain," Presiden Pertubuhan Rahoma Darul Fakir, Faridah Omar Shah. "Dari pihak YIDE kita menyusun beberapa program, untuk hari ini kita bersama KDEBWM, kita bawakan anak-anak yatim untuk bersama-sama berbuka puasa di Karangkraf, " Eksekutif Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Mohammad Haizan Mohd Rozi.





Babson College pelajari rahsia perniagaan Kumpulan Karangkraf - Sinarharian - 15/03 10:10 am

SHAH ALAM - Babson College Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mengadakan kunjungan ke Kumpulan Karangkraf untuk mempelajari cara organisasi itu mampu bertahan hampir lima dekad dalam industri media

pasti ada rahsia di sebalik kejayaan yang mereka miliki. ???Sudah pasti, mereka ini (barisan lembaga pengarah syarikat) menerapkan nilai etika tinggi memandangkan salah satu anak syarikat di bawahnya adalah antara agensi media terbesar di Malaysia,??? katanya ketika ditemui pada Rabu. Mengulas mengenai sesi perkongsian bersama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, James mengakui ia satu peluang terbaik bagi setiap penuntut mempelajari cara membangunkan perniagaan melalui pembabitan ahli keluarga. Menurut James, beliau begitu teruja melihat penuntut Babson College kerap mengajukan pelbagai soalan kepada Hussamuddin berkenaan legasi syarikat keluarganya. Dalam pada itu, lawatan berkenaan turut diselitkan dengan penyampaian Piagam Keluarga oleh Binapavo kepada tiga individu yang menjadi peneraju Kumpulan Karangkraf. Presiden Binapavo, Dr Mohar Yusof berkata, pihaknya dilantik untuk mengatur pelan strategik keluarga. ???Family charter (piagam keluarga) merupakan salah satu perkara penting yang menjadi garis panduan dan digunakan untuk membuat keputusan berkaitan keluarga, perniagaan serta pemilikan perniagaan. ???Bagi Kumpulan Karangkraf, ia unik kerana dibangunkan ahli keluarga,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...





Sukarelawan 'istimewa' pelajar dari Amerika Syarikat - Sinarharian - 15/03 8:50 am

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bukan sahaja dihadiri umat Islam malah turut dimeriahkan oleh sekumpulan pelajar dari Babson College, Amerika Syarikat (AS) yang bersama-sama merasai keindahan majlis berbuka puasa secara beramai-ramai

saya tidak pernah membayangkan ada majlis berbuka puasa seperti ini (Iftar Ala Madinah) kerana di Amerika Syarikat tidak semeriah ini. ???Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika ini apabila melihat orang ramai yang hadir kelihatan begitu gembira walaupun seharian suntuk mereka berpuasa. Saya dapat merasakan mereka begitu teruja. ???Ini merupakan pengalaman paling bermakna sepanjang lawatan Babson College ke Malaysia kerana saya dapat merasai pengalaman baharu dan budaya rakyat Malaysia,??? katanya ketika ditemui di pekarangan Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Dalam pada itu, Sarah memberitahu, dia teruja apabila pihak Kumpulan Karangkraf membenarkan para pelajar dari AS itu untuk menjadi sukarelawan Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024. Menurutnya, dia tidak berpeluang untuk menjadi sukarelawan untuk mana-mana majlis acara berbuka puasa di AS kerana ia diadakan dalam keadaan sederhana, tertutup dan tidak semeriah ini. ???Apabila dimaklumkan oleh pihak pengurusan bahawa kami akan ke Karangkraf untuk mengadakan lawatan sambil belajar dan bersama-sama mengikuti acara majlis berbuka puasa, jadi saya ambil peluang ini untuk berpakaian sopan dan bertudung. ???Ini merupakan kali pertama saya mengenakan hijab. Syukur saya ada rakan beragama Islam yang membantu saya untuk memakai tudung untuk menghormati majlis,??? ujarnya. Sementara itu, seorang lagi pelajar Babson College, Faija Choudhury, 22, berkata, kemeriahan berbuka puasa di Iftar Ala Madinah sememangnya berbeza jika mahu dibandingkan di AS. Menurutnya, di AS turut ada komuniti yang menganut agama Islam, namun suasana dan penyertaan orang ramai tidak seramai seperti di acara berkenaan. ???Alhamdulillah, saya begitu gembira kerana berpeluang untuk berbuka bersama saudara Muslim di Malaysia. Ini merupakan satu pengamalan baharu buat saya. ???Walaupun ini bukan kali pertama saya berbuka beramai-ramai tetapi saya dapat merasakan satu keseronokan yang berbeza di samping mengenali budaya rakyat Malaysia,??? ujarnya. Mengulas mengenai inisiatif Karangkraf dalam memberikan makanan percuma, Faija berkata, ia satu usaha yang begitu menarik dalam membantu masyarakat. ???Saya dimaklumkan juadah berbuka puasa hari ini (Rabu) ada 10 jenis menu makanan dan kesemua itu bukan sajian biasa. Jadi tak mustahil ramai orang hadir ke acara ini,??? katanya yang teruja mencuba masakan Malaysia. Program Iftar Ala Madinah @ Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu setiap hari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Iftar Ala Madinah @Karangkraf beri pengalaman baharu - Sinarharian - 13/03 8:15 pm

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf membuka tirainya pada Rabu dengan kehadiran pengunjung yang teruja merasai pengalaman baharu untuk berbuka puasa beramai-ramai ala Madinah

di tempat umum seperti ini kerana sebelum ini hanya bersama keluarga dan rakan-rakan sahaja jadi saya ajak isteri untuk cuba sesuatu baharu. ???Apabila dapat tahu sahaja program ini daripada kawan-kawan, saya terus daftar dan Alhamdulillah dapat juga peluang untuk sertai kerana saya difahamkan tempat adalah terhad. ???Saya nak ucapkan terima kasih kepada penganjur kerana membuat program ini dan secara tidak langsung ia juga dapat membantu rakyat untuk menjimatkan perbelanjaan berbuka puasa terutamanya bagi golongan B40,??? katanya kepada Sinar Harian. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Sementara itu, menurut pegawai khidmat pelanggan, Nur Azliana Azmir, 40, program itu memberi peluang kepadanya untuk beramah mesra dengan pengunjung dan bertukar-tukar juadah. ???Tahun lepas saya pernah sertai program ini dan seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai jadi kali ini saya datang lagi bersama suami dan dua orang anak. ???Selain dapat menikmati juadah percuma yang sedap, saya juga dapat kenal dengan orang baharu dan berkongsi juadah yang dibawa. ???Malah, kami juga tinggal di Sungai Buloh tetapi bekerja di sini (Shah Alam), selalunya tidak sempat untuk berbuka puasa bersama dengan keluarga, jadi saya bawa bersama keluarga,??? ujarnya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Iftar Ala Madinah sedia kemudahan untuk OKU, warga emas - Sinarharian - 12/03 3:01 pm

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 menawarkan kemudahan tempat duduk khas kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang hadir pada 13 Mac hingga 5 April ini

dengan beberapa kemudahan lain. ???Setiap hari kita sediakan 1,000 pek makanan, tetapi pengunjung digalakkan untuk mengimbas QR Code yang disediakan bagi mengelakkan daripada berlaku pembaziran atau kekurangan stok,??? katanya ketika dihubungi pada Selasa. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan. Dalam pada itu, Firdaus memaklumkan, program kali ini membawa kelainan dengan menggunakan konsep ???single every point??? iaitu tempat duduk dikhaskan kepada mereka yang berdaftar sahaja. ???Saya berharap pengunjung hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di kawasan parkir dan mendapat tempat duduk yang selesa untuk berbuka dan mereka juga boleh membawa makanan dari luar. ???Kita turut sediakan tempat untuk solat tarawih dan kemudahan lain seperti tempat berwuduk serta tandas yang selesa untuk pengunjung,??? tambah beliau. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Sisa makanan diproses jadi baja kompos di Iftar Ala Madinah - Sinarharian - 12/03 8:10 am

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 yang berlangsung bermula Rabu (13 Mac) hingga 5 April depan akan membawa kelainan dengan menyediakan mesin untuk memproses sisa makanan menjadi baja kompos

makanan dalam jumlah yang banyak dan sisa makanan akan dibuang begitu sahaja. ???Jadi dengan sasaran 1,500 pengunjung setiap hari, kita harap dapat memberi kesedaran kepada umum mengenai kepentingan untuk memelihara kelestarian alam menerusi penyediaan mesin kitar semula berkenaan,??? katanya kepada Sinar Harian pada Isnin. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan. Dalam pada itu, Nik Justin memaklumkan, konsep kitar semula sisa makanan tersebut merupakan inisiatif korporat oleh Kumpulan Karangkraf di bawah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Tambah beliau, pengunjung yang hadir boleh melihat sendiri bagaimana proses itu dilakukan dan berpeluang untuk membawa pulang baja kompos percuma pada hari terpilih. ???Kita ada mesin khas yang disediakan di Dataran Karangkraf, jadi pengunjung berkesempatan untuk lihat cara yang dilakukan untuk menukar sisa makanan menjadi baja. ???Baja kompos ini juga akan digunakan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan pemberian sumbangan untuk komuniti setempat dan menjual kepada petani atau pengusaha penanaman baharu dengan harga rahmah dalam masa terdekat,??? jelasnya. Sementara itu, Penolong Projek Mentari Alam Eko (M) Sdn Bhd, Fairuzzatulaini Alias berkata, mesin kitar semula tersebut dicipta untuk menyelesaikan masalah lambakan sisa makanan di tempat pelupusan sampah. Menurutnya, ia akan memproses sisa makanan yang dimasukkan ke dalam mesin berkenaan dan akan bertukar menjadi baja kompos dalam masa 24 jam. ???Ini adalah kali pertama ia diletakkan di tempat umum kerana kebiasaannya ia diletakkan di pasar awam," katanya Diharapkan dengan inisiatif tersebut akan membuka minda lebih ramai orang bahawa sisa makanan boleh ditukar menjadi kompos sama ada menggunakan mesin atau secara manual di rumah masing-masing. ???Dalam masa sama, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) turut menyediakan sebanyak empat sehingga lima unit mesin berkenaan untuk kegunaan orang awam di pasar awam sekitar Shah Alam,??? katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Sinar Harian pilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia - Sinarharian - 10/03 8:00 am

SHAH ALAM - Kumpulan Sinar Harian memilih 10 Wanita Inspirasi Malaysia yang disiarkan dalam sisipan khas bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, pemilihan 10 figura wanita itu mewakili kaum Hawa dari pelbagai bidang bagi meraikan kekuatan, ketabahan dan pencapaian wanita Malaysia

semangat golongan wanita terutamanya anak-anak muda yang mahu mengikut jejak tokoh-tokoh ini. "Pemerkasaan wanita merangkumi pelbagai dimensi, bermula daripada peluang ekonomi dan pendidikan kepada kemasukan sosial dan politik. "Apabila wanita berpendidikan, mereka lebih bersedia untuk mengharungi cabaran hidup, mengejar peluang kerjaya dan memperjuangkan hak mereka. "Inilah mesej yang kami di Sinar Harian ingin tekankan dalam pelaporan kami mengenai pemerkasaan wanita seiring dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini 'Wanita Dijulang Negara Gemilang'," kata Farah. Tambah beliau, apabila wanita diperkasakan ia menjadi pemangkin kepada perubahan positif, memacu inovasi, memupuk perpaduan sosial dan membina komuniti yang lebih makmur untuk generasi akan datang. SEMANGAT HARI WANITA Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, pemilihan 10 ikon ini mula disenarai pendek oleh Sinar Harian bersama pasukan Sinar Plus, Sinar Daily, Sinar Bestari dan Sinar Islam Plus sejak Februari lalu. Katanya, 10 wanita yang dipilih itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri daripada bidang Politik dan Kepimpinan; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikala Devi Subramaniam (Pasukan Beruniform) dan Pro-Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP, Prof Datuk Dr Asma (Pendidikan, Sains dan Teknologi). Selain itu, turut tersenarai ialah pengasas Christy Ng Shoes, Christy Ng (Usahawan); bekas Senator dan Presiden OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi (Aktivis dan Pertubuhan Bukan Kerajaan) serta Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-62, Sofizah Mousin (Agama). Tidak ketinggalan atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi (Sukan), Ketua Pegawai Eksekutif Islamik Bank Digital, Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz (Perbankan); Pakar Obstetrik Hospital Pakar KPJ, Dr Imelda Balchin (Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan) dan Pengarah Respected Citizen, Nur Hawa Zainal Abidin (Pelakon dan Usahawan). "Kami di Sinar Harian menghargai kerjasama setiap ikon dalam melapangkan masa untuk sesi temubual dan fotografi. "Semoga sisipan khas 10 Wanita Inspirasi Malaysia ini membawa semangat hari wanita dan untuk kita bersama-sama berusaha mencipta dunia yang lebih inklusif dan saksama untuk semua. "Tidak ketinggalan, kesempatan ini saya ambil untuk mengucapkan terima kasih kepada semua editor dan karyawan Sinar Harian dari pelbagai unit baik grafik, foto dan sosial media yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan edisi khas ini," katanya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



MySinar teruskan misi hantar bantuan - Sinarharian - 9/03 7:08 pm

Presiden MySinar, Mohd Fadzil Fairus Guriaman berkata, pertubuhan itu turut bersetuju untuk mengadakan program lain antaranya kebudayaan, kemasyarakatan dan sukan bagi memenuhi kalender aktiviti 2024. "Untuk bulan Ramadan pula, kami akan turut serta dalam program Iftar Ala Madinah di Kompleks Karangkraf pada setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad

setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad. Tabung MySinar juga akan disediakan bagi memudahkan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan kepada pertubuhan ini. "Saya berharap orang ramai dapat menyumbang kepada MySinar kerana sekiranya dana terkumpul mencukupi, mudah untuk kami menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Terdahulu Mesyuarat Agung Pertubuhan MySinar kali ke-3 diadakan pada Sabtu bagi membentangkan laporan aktiviti serta pengesahan kewangan bagi tahun 2023. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Penasihat MySinar, Datuk Muhammad Nasir Hamzah. Dalam pada itu, Mohd Fadzil Fairus berkata, MySinar yang diwujudkan pada 2020 itu kini sedang dalam usaha untuk menambah ahli pertubuhan itu. "Ketika ini kami mempunyai hampir 50 ahli yang bersama-sama turun padang menyalurkan bantuan dan kini sedang dalam proses menambah bilangan ahli. "Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini, kami amat alua-alukan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia," ujarnya. Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertubuhan ini boleh menghubungi MySinar menerusi e-mel: admin@mysinar.org atau Facebook: https://ww.facebook.com/MySinarPrihatinMalaysia. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: ...



Iftar Ala Madinah saji aktiviti menarik - Sinarharian - 7/03 7:00 am

SHAH ALAM - Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang bakal kembali tidak lama lagi akan disajikan dengan pelbagai aktiviti sebelum berbuka puasa bagi memeriahkan sambutannya tahun ini

Management (KDEBWM) dan banyak lagi. Jadi setiap klien akan ada aktiviti berbeza. ???Tahun ini kita juga menggunakan ???single entrance??? yang mana orang ramai boleh masuk menerusi satu laluan sahaja, namun wajib mendaftar dahulu sebelum pihak pengurusan mengimbas kod QR pendaftaran. ???Justeru, pengunjung diminta daftar dua hari sebelum walaupun pendaftaran dibuka seminggu lebih awal dari tarikh iftar dan kami tak galakkan ???walk-in??? kerana bimbang makanan tidak mencukupi,??? katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 4 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat. Firdaus yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf memaklumkan, sambutan tahun lalu cukup meriah bahkan mencecah 1,500 pengunjung setiap hari. Tambahnya, orang ramai digalakkan mengambil peluang sebaik-baiknya termasuk mengajak seisi keluarga hadir ke program berkenaan. ???Mesej saya adalah supaya orang ramai mendaftar menerusi kod QR yang disiarkan setiap hari di akhbar dan platform digital Sinar Harian,??? ujarnya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Semarakkan Ramadan anda dengan Think Quran - Sinarharian - 6/03 10:55 am

Kempen #fahamkhatamalquran Bersama Think Quran, aktiviti belajar bahasa al-Quran bukan lagi satu rutin, tetapi satu pengalaman yang bermakna. Justeru, sempena kempen #fahamkhatamalquran, anjuran bersama syarikat yang membangunkan aplikasi Think Quran, Think Osem Sdn Bhd dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta Kumpulan Media Karangkraf, semua umat Islam dijemput bergabung usaha menyemarakkan lagi amalan membaca dan memahami al-Quran sempena Ramadan ini

tersebut, adalah penting bagi umat Islam bahkan mana-mana manusia itu sendiri mengambil iktibar mengenai keberkatan Ramadan sebagai bulan ibadah, introspeksi (penilaian diri) dengan menyucikan diri daripada melakukan perkara yang tidak sebarang manfaat. Justeru, dalam bulan Ramadan ini, salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh umat Islam ialah dengan membaca, menghayati dan memahami nilai-nilai serta khatam kitab suci al-Quran sebagai amalan harian. Aplikasi Think Quran Dalam semangat menghargai nilai-nilai Ramadan, Think Quran hadir sebagai rakan setia dalam perjalanan pembelajaran al-Quran anda. Dengan pendekatan yang mudah dan sistematik, Think Quran yang juga merupakan kaedah mudah belajar Bahasa Arab al-Quran secara digital, mampu membawa pengalaman pembelajaran kitab suci itu pada tahap baharu. Secara spesifiknya, Think Quran yang boleh diakses dalam talian (online) di thinkquran.com itu menawarkan kaedah yang amat memudahkan para pengguna di semua peringkat umur untuk belajar seterusnya menguasai bahasa Arab al-Quran dalam 15 minit sehari walaupun tanpa tiada asas Bahasa Arab. Pada masa sama, dengan memfokuskan pengulangan perkataan dalam al-Quran, Think Quran mampu mengukuhkan pemahaman dan penguasaan bahasa Arab al-Quran para pengguna. Malah, aplikasi Think Quran juga turut memberikan pengalaman interaktif di samping menggalakkan para pengguna melakukan latih tubi dengan mengingati perkataan yang kerap berulang seterusnya mempercepatkan proses ingatan. Mudah dan Senang Dikuasai. - Metode pembelajaran yang disesuaikan untuk semua peringkat umur. Fokus Terhadap Perkataan Berulang. - Mengutamakan perkataan yang kerap berulang dalam al-Quran untuk memperkukuh pemahaman. Latihan Berulang. - Mempercepat proses ingatan melalui latihan yang berulang. Kempen #fahamkhatamalquran Bersama Think Quran, aktiviti belajar bahasa al-Quran bukan lagi satu rutin, tetapi satu pengalaman yang bermakna. Justeru, sempena kempen #fahamkhatamalquran, anjuran bersama syarikat yang membangunkan aplikasi Think Quran, Think Osem Sdn Bhd dengan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) serta Kumpulan Media Karangkraf, semua umat Islam dijemput bergabung usaha menyemarakkan lagi amalan membaca dan memahami al-Quran sempena Ramadan ini. Dengan melanggan Think Quran, umat Islam boleh mendapatkan al-Quran Amazing secara percuma. Jadi, dengan semangat Ramadan, mari kita tingkatkan amalan membaca dan memahami al-Quran. Dengan khatam dan fahami al-Quran, kita mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT. Semoga Ramadan kali ini menjadi titik tolak bagi perubahan positif dalam amalan kita. Mari bersama-sama khatam dan fahami al-Quran, kumpulkan pahala berlipat ganda.




News Buzz     >>



Political Islam: Hijab rules and segregated pools - .. - CNA
Political Islam: Hijab rules and segregated pools - religion reshapes social norms in Malaysia, Indonesia ?? CNA
News Maker     >>



Malaysia must have clear and responsible investment .. - Malaymail
Malaysia must have clear and responsible investment policies to attract foreign investors, says PM Anwar ?? Malay Mail
World     >>



Pahang sultan condemns petrol bombing of KK Mart - .. - FMT
Pahang sultan condemns petrol bombing of KK Mart ?? Free Malaysia Today Malaysia's heated 'Allah' socks issue exposes feeble govt reaction in tamping down major controversy ?? The Straits Times COMMENT Will the loose cannon of Umno Youth be arrested? ?? Malaysiakini Molotov cocktail hurled at ..
Business     >>



Texas appeals court blocks state from investigating .. - CNN
Texas appeals court blocks state from investigating families seeking gender-affirming care for trans youth ?? CNN Texas appeals court upholds 2 injunctions, blocks state from investigation on trans youth and their families ?? KXAN.com Texas appeals court blocks state from investigating parents ..
Tech     >>



New Quest apps will be unable to support Oculus Quest .. - Rockpapershotgun
New Quest apps will be unable to support Oculus Quest 1 headsets from May ?? Rock Paper Shotgun Meta Issues Warning That Impacts Many Quest Headset Users ?? Forbes New Store Apps Won't Be Allowed To Support Oculus Quest 1 ?? UploadVR Meta is Discontinuing Quest 1 Support for New Apps Starting ..
Tech Hack     >>



Hackers using AI-powered attacks: listening to your .. - Tweaktown
Hackers using AI-powered attacks: listening to your keyboard, learns your passwords by typing ?? TweakTown
Wireless Mobile     >>



The US Lawsuit Against Apple Raises Questions About .. - Cnet
The US Lawsuit Against Apple Raises Questions About iPhone and Android's Future ?? CNET
News Security     >>



AT&T data breach: Millions of customers caught up in .. - BBC
AT&T data breach: Millions of customers caught up in major dark web leak ?? BBC
Google Future     >>



Fisker loses customers??? money, Robinhood launches a .. - Techcrunch
Fisker loses customers??? money, Robinhood launches a credit card, and Google generates travel itineraries ?? TechCrunch
Automotive Future     >>



AI is the Future: Autonomous Cars Revolution - Cobb .. - Cobbcountycourier
AI is the Future: Autonomous Cars Revolution ?? Cobb County Courier