| /// |
|
| Search : Kimma News | Page 1 |
|
MIC masih parti komponen BN – Zahid - Mygazette - 18/04 3:49 pm Mereka (MIC) tidak pun menyatakan untuk keluar daripada BN secara rasmi walaupun ada surat yang telah dihantar kepada PN tetapi sebaliknya, mereka menafikan bahawa mereka pernah memohon menyertai parti berkenaan walaupun ada surat memperlihatkan begitu, katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung KIMMA 2026 Ke-46 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini |
|
Ahmad Zahid Rasmi Perhimpunan Agung KIMMA ke-46 - Mygazette - 18/04 3:49 pm Save my name, email, and website in this browser for the next time I comment. |
|
BN perlu dapatkan persetujuan parti komponen sebelum izin KIMMA masuk - Mygazette - 18/04 3:49 pm # BN perlu dapatkan persetujuan parti komponen sebelum izin KIMMA masuk KUALA LUMPUR - Penyertaan Parti Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendapat persetujuan sepenuhnya daripada parti lain dan perlu secara rasmi dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu terlebih dahulu |
|
BN kekalkan formula agihan kerusi untuk hadapi PRN, PRU - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/04 3:20 pm KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan formula pembahagian kerusi sedia ada bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan ditugaskan untuk meneliti keperluan bagi membuat pelarasan atau penambahan jumlah kerusi untuk rakan gabungan, termasuk 'Friends of BN'."Kita mahu membuktikan bahawa kebersamaan kita selama ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pembahagian kerusi yang bersesuaian buat mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 tahun 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.Turut hadir Zambry, Presiden KIMMA Datuk Seri Syed Ibrahim Kader, pemimpin-pemimpin kanan parti komponen, Friends of BN serta 938 perwakilan membabitkan 95 bahagian dari seluruh negara.Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera BN perlu mula bergerak aktif menarik sokongan pengundi luar memandangkan sokongan daripada ahli parti komponen sahaja tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan calon."Kita sedar bahawa sokongan daripada ahli parti komponen sahaja tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya |
|
Penyertaan KIMMA jadi parti komponen BN perlu persetujuan sebulat suara - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/04 3:06 pm KUALA LUMPUR - Penyertaan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendapat persetujuan sebulat suara daripada parti teras sedia ada dan dinyatakan secara rasmi dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau secara peribadi menyokong hasrat itu dan bersedia membawa permohonan KIMMA untuk penelitian lanjut, ia tetap tertakluk kepada Perlembagaan BN yang menuntut sokongan 100 peratus daripada parti komponen."Perlembagaan BN itu sendiri yang menetapkan bahawa mana-mana permohonan untuk menyertai BN sebagai parti teras mesti mendapat persetujuan sebulat suara atau 100 peratus daripada parti-parti teras yang ada |
|
MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 18/04 1:44 pm KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan MIC masih kekal sebagai parti komponen dalam gabungan itu dan tidak pernah mengemukakan sebarang kenyataan rasmi untuk keluar daripada BN.Menurutnya, meskipun timbul isu berkaitan surat yang didakwa dihantar kepada Perikatan Nasional (PN), perkara itu dinafikan kepimpinan parti berkenaan."Setakat ini, mereka masih merupakan anggota dalam Barisan Nasional dan tidak pernah menyatakan secara rasmi untuk keluar daripada gabungan ini."Walaupun ada surat yang didakwa telah dihantar kepada Perikatan Nasional, namun mereka sendiri menafikan pernah membuat permohonan sedemikian, walaupun terdapat dokumen yang memperlihatkan seolah-olah perkara itu berlaku," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) ke-46 bagi tahun 2025 di sini pada Sabtu.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu mengulas kedudukan MIC dalam BN susulan spekulasi mengenai hubungan parti itu dengan gabungan lain.Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu, pihaknya akan menyerahkan surat rasmi kepada MIC bagi memaklumkan penerimaan parti itu sebagai parti anggota dalam gabungan berkenaan.Jelasnya, setakat ini PN mempunyai empat parti anggota iaitu Bersatu, Pas, Gerakan dan Parti India Malaysia (MIPP) dan sekiranya MIC menyertai gabungan itu, jumlah parti anggota akan meningkat kepada lima.Malah kata beliau, PN menawarkan peranan dan kedudukan yang lebih baik kepada MIC sekiranya parti itu menyertai gabungan berkenaan sebagai parti anggota.Berhubung perkara itu, Naib Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan menafikan parti itu secara rasmi telah menyertai PN.Menurut beliau, MIC tidak pernah membuat permohonan rasmi untuk menyertai PN, selain tidak pernah memuktamadkan sama ada mahu meninggalkan atau setia bersama BN |
|
Zahid backs Kimma entry into BN, but says other components must agree 100pc first - Malaymail - 18/04 12:56 am KUALA LUMPUR, April 18 Barisan Nasional (BN) chairman Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today said he is open to acc... |
|
Kimma renews push for BN inclusion, raises worker shortage woes at AGM - Malaymail - 18/04 12:38 am KUALA LUMPUR, April 18 Malaysian Indian Muslim Congress (Kimma) president Datuk Seri Syed Ibrahim Kader today re... |
|
PBT disaran had masa penjualan arak di kedai 24 jam - Kimma - Sinarharian - 2/04 3:13 pm SEREMBAN Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran mempertimbangkan larangan atau had masa penjualan minuman keras di kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.Ahli Majlis Tertinggi Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Syed Alwi Syed Jaafar berkata, penjualan arak tanpa had masa di premis beroperasi sepanjang hari telah membuka ruang kepada orang ramai mendapatkannya dengan lebih mudah."Kerajaan harus menghadkan penjualan arak di premis ini atau mengehadkan tempoh masa penjualannya."Ini kerana apabila ia mudah didapati, pelbagai kes akan timbul termasuk menyumbang kepada kes kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pengambilan alkohol," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Khamis.Menurutnya, kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk juga sudah kerap kali berlaku dan menimbulkan kemarahan banyak pihak.Justeru katanya, perlu ada satu tindakan diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak terus berlaku."Kerajaan perlu melihat isu pemandu mabuk ini secara menyeluruh dengan menangani punca utama, iaitu akses yang terlalu mudah terhadap minuman keras."Jadi had masa penjualan wajar dipertimbangkan di seluruh negara |
|
'Selagi Melayu berpecah, kita lemah' Akmal senada dengan Tun M - Sinarharian - 2/04 2:28 pm Siapa silap, yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang terakhir bagi orang Melayu," katanya dalam hantaran di Facebook.Menurut Dr Mahathir, pada satu masa dahulu Melayu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO.Katanya, yang penting pada masa lalu bukan UMNO tetapi perpaduan melalui UMNO.Selain UMNO, parti yang turut membawa perjuangan Melayu termasuk Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS).Parti kecil lain yang turut membawa perjuangan itu ialah Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Berjasa Malaysia (Berjasa), Parti Ikatan Bangsa (Ikatan) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan hasrat UMNO untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali 'grand collaboration' atau 'kolaborasi agung', tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan.Beliau menyatakan hasrat itu ketika membangkitkan satu usul yang dikemukakannya sendiri ketika sesi penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang kemudian dipersetujui perwakilan.Kolaborasi berkenaan untuk menghimpunkan seluruh parti politik Melayu dan Islam di bawah satu landasan sama terutama dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan kaum dan agama.Pada Februari lalu, parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera pertama kali duduk semeja berbincang serta mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum.Pertemuan sempena Musyawarah Isu-Isu Islam dan Bumiputera itu berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) turut dihadiri Pas, PKR, Amanah, PGRS, Berjasa, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Ikatan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |