| /// |
|
| Search : Hrd Corp News | Page 1 |
|
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi - Mgazette - 6/02 4:07 pm KUALA LUMPUR - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi, susulan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
|
HRD Corp suspends three top executives over audit, MACC findings - Sinardaily - 6/02 3:04 pm KUALA LUMPUR - The Human Resource Development Corporation (HRD Corp) has suspended three senior management officers following reports by the Public Accounts Committee (PAC), Auditor-General, and Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).In a statement today, HRD Corp said the action was taken based on findings and recommendations concerning the management of unused levies, the acquisition of Menara Ikhlas and the corporations equity investments."The matter also includes recent findings on the RM14 million New Core System, which has been delayed for over four years after three failed User Acceptance Tests," the statement read.Chief executive Datuk Shamir Aziz stressed that the remedial and governance measures align with the aspirations of Human Resources Minister Datuk Seri R Ramanan, who emphasises higher standards of integrity, transparency and accountability.He added that the measures aim to ensure HRD Corps management delivers a positive impact to employers and the nations workforce, in line with the spirit of MADANI Bekerja."HRD Corp will carry out a transparent internal investigation with a clear mandate, scope, and terms of reference, covering documents, financial records, approvals, meeting minutes, audit trails, as well as statements from involved officers, following principles of natural justice and maintaining confidentiality," he said.The statement added that HRD Corp secured a settlement of about 18 per cent of its outstanding structured investment portfolio, generating RM151.8 million in returns during the first week of the new chief executives tenure, demonstrating rapid recovery and better safeguarding of investments."To strengthen governance, approved training programmes can only be implemented after 21 days to three months from the date of approval |
|
HRD Corp gantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi - Sinarharian - 6/02 2:41 pm KUALA LUMPUR - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menggantung tugas tiga anggota pengurusan tertinggi susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).HRD Corp dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan tindakan itu diambil berdasarkan penemuan dan syor berkaitan pengurusan levi tidak digunakan, pemerolehan Menara Ikhlas serta pengurusan pelaburan ekuiti HRD Corp."Perkara itu juga merangkumi penemuan terkini berhubung Sistem Teras Baharu (New Core System) bernilai RM14 juta yang tertangguh lebih empat tahun selepas tiga kegagalan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT)," menurut kenyataan itu.Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shamir Aziz dalam kenyataan sama menegaskan langkah pemulihan dan pengukuhan tadbir urus itu selaras dengan aspirasi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan yang menekankan standard integriti, ketelusan dan akauntabiliti lebih tinggi dalam institusi tenaga kerja.Beliau berkata, ia juga bagi memastikan pengurusan HRD Corp menghasilkan impak positif kepada majikan serta tenaga kerja negara, sejajar dengan semangat Madani Bekerja."HRD Corp akan melaksanakan siasatan dalaman yang telus dan berintegriti dengan mandat, skop serta terma rujukan yang jelas merangkumi semakan dokumen, rekod kewangan, kelulusan, minit mesyuarat dan jejak audit berkaitan selain pengambilan keterangan serta pengesahan fakta daripada pegawai terlibat tertakluk kepada prinsip keadilan asasi dan keperluan kerahsiaan siasatan," katanya.HRD Corp memaklumkan berjaya memperoleh penyelesaian kira-kira 18 peratus daripada portfolio pelaburan berstruktur yang tertunggak bersama pulangan berjumlah RM151.8 juta dalam minggu pertama pelantikan Ketua Eksekutif baharu, sekali gus membuktikan pemulihan pantas telah dilakukan selain memastikan pelaburan yang dibuat lebih terjamin dan dilindungi."Selain itu, bagi memastikan tadbir urus dan pemantauan yang lebih kukuh, pelaksanaan program latihan yang diluluskan hanya boleh dijalankan selepas tempoh minimum 21 hari hingga tiga bulan daripada tarikh kelulusan."Tempoh ini memberi masa yang cukup kepada majikan dan penyedia latihan untuk membuat perancangan rapi termasuk tempahan lokasi, pendaftaran peserta dan penyelarasan logistik," menurut kenyataan itu.HRD Corp turut memaklumkan ketiadaan pemantauan sistematik terhadap program latihan yang diluluskan pada masa ini melemahkan kawalan dan pengawasan tadbir urus, selain terdapat kes latihan dilaksanakan sebelum kelulusan diperoleh dengan permohonan geran dikemukakan hanya selepas latihan selesai."HRD Corp akan memperkukuh rangka kerja pemantauan dan penguatkuasaan secara berperingkat dengan menempatkan pegawai di lapangan untuk menyelia pelaksanaan latihan."Penambahbaikan ini akan memperkukuh pematuhan, akauntabiliti dan tadbir urus lebih baik selari dengan aspirasi Malaysia Madani, khususnya teras Kesejahteraan, Keadilan Sosial, Keberdayaan dan Ihsan dalam memastikan manfaat pembangunan negara dapat dirasai seluruh lapisan masyarakat serta industri," menurut kenyataan itu |
|
HRD Corp gantung tiga anggota pengurusan lepas laporan audit, SPRM - Mkini - 6/02 1:56 pm Ia antaranya berkaitan dengan isu pemerolehan Menara Ikhlas, pelaburan ekuiti HRD Corp dan penemuan baru berkaitan Sistem Teras Baru (NCS) |
|
HRD Corp suspends three management members following reports - Mkini - 6/02 1:05 pm This is concerning the management of 'unutilised levy', acquisition, and equity investment. |
|
HRD Corp gantung tugas 3 anggota pengurusan tertinggi - FMT - 6/02 12:04 am HRD Corp memaklumkan tindakan itu susulan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. |
|
HRD Corp suspends 3 top officials - FMT - 6/02 11:57 am The GLC says this follows PAC, A-G and MACC reports flagging alleged mismanagement, with an internal probe to be launched |
|
Program VETRI MADANI 2026 perkasa komuniti India ??? Ramanan - Mgazette - 31/01 7:53 am Melalui program inovatif ini, kami berhasrat untuk mewujudkan peluang bermakna yang menyokong pertumbuhan inklusif dan pembangunan tenaga kerja yang mampan, ujarnya. Program Kemahiran VETRI MADANI turut mengabsahkan komitmen HRD Corp dalam memajukan pembangunan bakat secara inklusif dengan melengkapkan komuniti India Malaysia dengan kemahiran untuk persediaan di masa hadapan yang dapat meningkatkan kebolehpasaran, menggalakkan mobiliti sosial sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara |
|
HRD Corp names new CEO after six-month tenure of predecessor HRD Corp names new CEO after six-month tenure of predecessor - SUN - 24/01 8:03 am |
|
Pengecualian levi HRD Corp untuk institusi pendidikan swasta bermula 2026 - Sinarharian - 15/01 3:54 pm KUALA LUMPUR Kerajaan melaksanakan pengecualian pembayaran Levi Pembangunan Sumber Manusia bagi majikan berdaftar dalam sektor pendidikan swasta selama setahun bermula Januari hingga Disember 2026.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, pengecualian itu selaras dengan keputusan Kerajaan yang dibuat pada tahun 2025 dan melibatkan institusi pendidikan swasta termasuk prasekolah, sekolah, institusi vokasional serta penyedia pendidikan tinggi.Menurut beliau, langkah tersebut dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,500 majikan dengan anggaran pelepasan levi melebihi RM35 juta.Ramanan berkata, pengecualian ini bertujuan untuk memperkukuh ekosistem pendidikan Malaysia dengan memastikan institusi kekal berdaya tahan, terus melahirkan bakat berkemahiran dan bersedia menghadapi masa depan, serta menjamin kesinambungan dan kualiti penyampaian pendidikan."Sebagai tonggak asas kepada pertumbuhan negara, sektor pendidikan memainkan peranan kritikal dalam membangunkan bakat masa hadapan dan memperkukuh saluran modal insan jangka panjang Malaysia," katanya.Tambahnya, langkah berkenaan mencerminkan fokus Kerajaan MADANI dalam mempertingkatkan pembangunan bakat dan tenaga kerja, selain komitmen menyokong ekosistem pendidikan yang mampan dan berdaya tahan.Pelaksanaan inisiatif itu akan dikendalikan oleh Human Resource Development Corporation (HRD Corp) yang pertama kali diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa perasmian Minggu Latihan Kebangsaan pada Jun 2025.Sementara itu, Ketua Eksekutif HRD Corp, Dr Syed Alwi Mohamed Sultan berkata, pihaknya menyokong penuh keputusan tersebut dan akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)."Kami akan memudah cara pelaksanaan inisiatif ini bagi memastikan institusi pendidikan yang layak dapat menikmati manfaatnya sekali gus memperkukuh sektor pendidikan," katanya.Perincian pelaksanaan turut dikongsikan semasa lawatan kerja rasmi Ramanan ke HRD Corp baru-baru ini yang merupakan lawatan pertama beliau sejak memegang jawatan pada Disember 2025 bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.Lawatan itu menzahirkan penyelarasan erat antara KESUMA dan HRD Corp dalam menterjemahkan dasar tenaga kerja nasional kepada pelaksanaan yang berkesan.Di bawah kerangka levi sedia ada, bayaran levi bagi Januari 2026 lazimnya perlu dijelaskan pada atau sebelum 15 Februari 2026, manakala bayaran levi bagi Disember 2026 perlu dibayar pada atau sebelum 15 Januari 2027 |
|
Pengecualian bayaran levi untuk institusi pendidikan swasta Pengecualian .. - Mgazette - 15/01 8:03 am "Langkah ini mencerminkan fokus Kerajaan Madani dalam mempertingkatkan pembangunan bakat dan tenaga kerja, serta komitmen kami untuk menyokong ekosistem pendidikan yang mampan dan berdaya tahan, katanya. Sementara itu, Ketua Eksekutif HRD Corp, Dr |
|
RM2.62 bilion bantuan latihan kemahiran capai sasaran - Sinarharian - 14/01 12:11 am KUALA LUMPUR Human Resource Development Corporation (HRD Corp) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) meluluskan sebanyak RM2.62 bilion bantuan kewangan bagi aktiviti latihan dan pembangunan kemahiran sepanjang tahun 2025, meningkat 32 peratus berbanding 2024.Jumlah itu melibatkan lebih 2.8 juta tempat latihan di bawah program dan skim yang ditadbir HRD Corp, mencatat pertumbuhan tiga peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan peluasan akses latihan di peringkat nasional.Sektor pembuatan merekodkan jumlah tempat latihan tertinggi dengan lebih 795,000 tempat latihan pada 2025, selari kedudukannya sebagai sektor kedua terbesar penyumbang kepada ekonomi negara dengan sumbangan antara 23 hingga 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Setakat November 2025, sektor itu merekodkan 2.4 juta pekerja merangkumi industri elektrik dan elektronik, makanan dan minuman serta petroleum dan kimia, selain mencatat peningkatan purata gaji dan upah sebanyak 1.1 peratus tahun ke tahun.Selain sektor pembuatan, HRD Corp turut memberi tumpuan kepada sektor ekonomi digital dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyumbang 23.4 peratus kepada KDNK pada 2024 dan dijangka meningkat kepada 25 peratus pada 2025.Di bawah inisiatif Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), HRD Corp meluluskan RM130 juta bantuan kewangan, melibatkan lebih 103,000 tempat latihan merentasi semua sektor ekonomi digital dan ICT.Pendekatan itu selari keperluan meningkatkan ketahanan tenaga kerja dan daya saing perniagaan, khususnya ketika industri berdepan perubahan teknologi pesat, kekangan bakat serta keperluan pekerjaan yang semakin kompleks.Dalam usaha memastikan akses latihan yang inklusif, seramai 18,137 rakyat Malaysia menerima manfaat daripada inisiatif pembangunan kemahiran yang dibiayai melalui gabungan geran kerajaan dan dana dalaman HRD Corp.Antara inisiatif berkenaan ialah Malaysia Indian Skills Initiative (MISI) yang melibatkan 1,108 pelatih daripada komuniti India, dengan 442 pelatih tambahan dijangka dilatih sebagai kesinambungan komitmen pembangunan modal insan inklusif.HRD Corp turut melaksanakan Program Professional Advancement in Trucking & Haulage (PATH) dengan kerjasama Kesuma dan Kementerian Pengangkutan, menyasarkan 1,000 peserta di seluruh negara bagi memperkukuh tenaga kerja sektor pengangkutan dan logistik.Program itu memfokuskan latihan pekerja pelabuhan dan pembangunan pemandu komersial melalui pemilikan lesen Kelas E dan Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (GDL) serta kemahiran pemanduan defensif, dengan 156 pelatih berjaya dilatih sepanjang 2025.Jalin kerjasama dengan CENTEXSSelain itu, HRD Corp menjalin kerjasama dengan Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) bagi melaksanakan latihan berasaskan kompetensi dan pensijilan selari keperluan pasaran kerja semasa.Melalui kerjasama tersebut, 427 pelatih berjaya dilatih pada 2025 dengan sokongan majikan yang turut menyediakan peluang pekerjaan.Bagi memperkukuh kepelbagaian dan keterangkuman dalam ekosistem latihan negara, HRD Corp menerusi Inisiatif Transformasi Pasaran Latihan (TMT) melaksanakan lapan sesi Train-the-Trainer, memberi manfaat kepada 134 orang kurang upaya (OKU).HRD Corp turut memperluas impak pembangunan komuniti melalui program peningkatan kemahiran, keusahawanan dan TVET, melibatkan 9,929 peserta serta mencapai 4,210 penerima manfaat komuniti melalui aktiviti di Pusat Latihan Pembangunan Kemahiran (PLPK).PLPK turut melibatkan 39 rakan strategik, sekali gus memperluas penyampaian latihan berasaskan komuniti ke luar pusat bandar utama.Sempena Pengerusian ASEAN Malaysia 2025, HRD Corp bersama Kesuma melaksanakan ASEAN Year of Skills (AYOS 2025) yang merangkumi tujuh platform utama dengan kerjasama rapat Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).AYOS 2025 memuncak dengan penganjuran Global Skills Forum 2025 dan ASEAN Forum of Manpower Ministers for Human Capital Development, yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo.Salah satu acara utama HRD Corp, National Training Week (NTW) 2025, mencatat 3,742,300 penyertaan, meningkat ketara berbanding 375,817 pada 2024, selain dibuka kepada penyertaan antarabangsa buat pertama kali.Dari aspek tadbir urus kewangan, HRD Corp mengamalkan pendekatan pelaburan berasaskan risiko bagi melindungi dana levi serta mengimbangi pemeliharaan modal dan pertumbuhan mampan.Hasilnya, aset di bawah pengurusan meningkat tiga peratus kepada RM4.16 bilion, dengan pulangan pelaburan sebanyak RM215 juta dan kadar pulangan pelaburan (ROI) 5.35 peratus.Walaupun mencatat pencapaian ketara pada 2025, HRD Corp mengakui keperluan memperkemas dan menyusun semula fokus bagi tahun 2026, khususnya dalam meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mempercepat pembangunan tenaga kerja Malaysia berkemahiran tinggi. |
|
HRD Corp lulus bantuan kewangan RM2.62b untuk latihan dan kemahiran .. - Mgazette - 14/01 7:41 am # HRD Corp lulus bantuan kewangan RM2.62b untuk latihan dan kemahiran tahun lalu KUALA LUMPUR - HRD Corp telah meluluskan bantuan kewangan berjumlah RM2.62 bilion bagi aktiviti latihan dan pembangunan kemahiran pada tahun 2025, mencatatkan pertumbuhan 32% berbanding 2024 |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |