| /// |
|
| Search : Bisa News | Page 1 |
|
BISA 2026 mahu rai lebih ramai usahawan, agensi - Sinarharian - 7/05 2:25 pm PETALING JAYA - Penganjuran Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 disifatkan sebagai gilang-gemilang selepas acara membabitkan lebih 30 usahawan daripada pelbagai sektor itu melabuhkan tirainya pada Rabu.Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, pihaknya berpuas hati dan amat gembira kerana penganjuran kali kedua itu berjalan lancar sepertimana dirancang sejak tahun lalu, ditambah pula kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong memeriahkan lagi malam berprestij tersebut.Menurut beliau, kelainan dibawa tahun ini cukup mengejutkan penerima anugerah iaitu pengumuman kategori Anugerah Pilihan Juri buat lima usahawan berjaya dan pihaknya menjanjikan sesuatu yang lebih istimewa pada penganjuran BISA seterusnya kelak."Berbeza dengan BISA 2023, kami adakan Anugerah Pilihan Juri dalam BISA 2026 sebagai kejutan buat penerima kerana semuanya tidak tahu pada mulanya."Saya semeja dengan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin dan beliau amat terkejut dan teruja apabila diumumkan salah seorang penerima Anugerah Pilihan Juri."Alhamdulillah, Sinar Harian sangat gembira, berterima kasih dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat penerima BISA 2026 |
|
BISA 2026: Gondol Anugerah Juri BISA 2026, PKNS tekad perkukuh program keusahawanan - Sinarharian - 7/05 2:10 pm PETALING JAYA Pengiktirafan diterima Bahagian Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (BPU PKNS) menerusi Anugerah Pilihan Juri pada Malam Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 menjadi pemangkin semangat kepada agensi itu untuk terus memperkukuhkan program pembangunan usahawan.Pengurus BPU PKNS, Yuzawati Yusof berkata, anugerah tersebut memberi motivasi kepada pihaknya untuk menyediakan program-program keusahawanan yang lebih berkualiti demi manfaat usahawan di luar sana."Ini adalah anugerah pertama seumpama ini yang kami terima, sebab itu kami sangat berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Sinar Harian ini."Sebagai agensi membimbing, anugerah bukanlah sasaran utama sebab apa yang kami mahu adalah kejayaan usahawan-usahawan yang kami bimbing itu tetapi bila diiktiraf, ia memberikan satu bonus ataupun menjadi satu lagi pemangkin semangat kepada kami," katanya pada Malam BISA 2026 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara di sini pada Rabu.Secara keseluruhannya seramai 32 usahawan dan organisasi merangkul 37 anugerah dalam BISA 2026 anjuran Sinar Harian di bawah Karangkraf untuk mengangkat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Lebih bermakna, BPU PKNS turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pemangkin Ekosistem Usahawan.Yuzawati menegaskan, kejayaan yang dicapai usahawan bimbingan BPU PKNS turut mendorong pasukannya untuk terus komited membantu golongan berkenaan terus melebarkan sayap dalam dunia perniagaan."Apabila melihat usahawan-usahawan yang kami bimbing berjaya, ia juga memberi kami motivasi |
|
Andalusia Travel & Tours bags Lifetime Achievement Award at BISA 2026 - Sinardaily - 7/05 1:21 am PETALING JAYA - Andalusia Travel & Tours Sdn Berhad was named the recipient of the Lifetime Achievement Award at the Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026.The award was presented by Entrepreneur Development and Cooperatives Minister, Steven Sim Chee Keong held at Royale Chulan Damansara here on Wednesday.Andalusia Travel & Tours Sdn Berhad director and legal adviser, Ida Riswana Idris, said the recognition was deeply meaningful for the entire Andalusia family.She said true strength does not stem solely from success, but from patience in enduring trials and the courage to rise again.This does not belong to me alone, first and foremost, it belongs to my mother, a woman who taught me the meaning of resilience.It is also the result of the guidance of my husband, Haji Ibrahim, who has been a spouse, a comrade-in-arms, a daily sparring partner, as well as the entire Andalusia team who have built this journey together.May all our small efforts benefit the ummah and future generations, she said in her speech at the BISA 2026 event.BISA 2026 serves as a national business recognition platform celebrating micro, small and medium enterprises (MSMEs), which form the backbone of the countrys economy.With over 20 years of experience in the local media industry, Sinar Harian continues to play its role as a trusted journalism platform, consistently highlighting the stories of the people, including the struggles and contributions of MSME entrepreneurs.The organisation of BISA 2026 also reflects a commitment to recognising industry players and entrepreneurs who have not only built sustainable businesses but also contributed added value to the economy and society as a whole.More than 30 award recipients from various sectors and industries were honoured, including five recipients of the Jurys Choice Award.Recipients in the Jurys Choice Award category were Mydin Mohamad Holdings Bhd (Mydin), Casalwa Holdings, PKNS Bizz Point, Bank Rakyat, and Andorra Women and Children Hospital, all regarded as leaders in their respective fields |
|
Andalusia terima Anugerah Sepanjang Hayat BISA 2026 - Sinarharian - 7/05 12:17 am PETALING JAYA - Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) diangkat sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026.Anugerah disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong sempena Malam BISA 2026, di Royale Chulan Damansara, di sini, pada Rabu.Pengarah & Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ida Riswana Idris berkata, penghormatan atas pengiktirafan tersebut amat bermakna buat seluruh keluarga Andalusia.Beliau percaya, kekuatan sebenar tidak datang daripada kejayaan semata-mata tetapi kesabaran menghadapi dan ujian dan keberanian untuk terus bangkit."Ini bukan milik saya seorang tetapi pertamanya milik bonda saya, seorang wanita yang mendidik saya tentang erti ketabahan"Ini juga hasil bimbingan suami saya Haji Ibrahim yang sebenarnya menjadi seorang suami, sahabat perjuangan, rakan bergaduh setiap hari serta seluruh warga Andalusia yang bersama-sama membina perjalanan Andalusia ini."Semoga segala usaha kecil kami menjadi manfaat pada ummah dan generasi akan datang," katanya ketika berucap pada malam BISA 2026.BISA 2026 merupakan platform pengiktirafan perniagaan nasional bagi meraikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Penganjuran BISA 2026 turut mencerminkan komitmen dalam meraikan pemain industri dan usahawan yang bukan sahaja berjaya membina perniagaan mampan, malah memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan.Lebih 30 penerima anugerah terdiri daripada pelbagai sektor dan industri diraikan termasuk lima penerima Anugerah Pilihan Juri.Penerima bagi kategori tersebut ialah Mydin Mohamad Holdings Bhd (Mydin), Casalwa Holdings, PKNS Bizz Point, Bank Rakyat serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak ANDORRA yang disifatkan sebagai peneraju dalam bidang masing-masing. |
|
KRU, Ella recognised for creative and entrepreneurial impact at BISA 2026 - Sinardaily - 6/05 11:01 pm It is truly meaningful for me and for KRU, he said when met.Meanwhile, Ella, whose real name is Nor Zila Aminuddin, was selected for the Celebrity Entrepreneur Inspiration award in recognition of her active involvement in business and agropreneurship, as well as her role as an inspiration to many women entrepreneurs.Ella, a co-founder of Ben Jawi Plantation, has been involved in chilli fertigation farming since 2017. She later ventured into fashion through her brand Rockqueen.The awards were presented by Sinar Harian Group Editor-in-Chief Zambri Rambli and Sinar Karangkraf chief executive officer Farah Hussamuddin.The prestigious ceremony was officiated by Entrepreneur Development and Cooperatives Minister Steven Sim Chee Keong at Royale Chulan Damansara here on Wednesday.BISA 2026 is a national business recognition platform celebrating micro, small and medium enterprises (MSMEs), which form the backbone of the national economy.With over 20 years of experience in the local media industry, Sinar Harian continues to serve as a trusted journalism platform, consistently highlighting the stories of the people, including the struggles and contributions of MSME entrepreneurs.The organisation of BISA 2026 also reflects a commitment to recognising industry players and entrepreneurs who not only build sustainable businesses but also contribute added value to the economy and society as a whole. |
|
KRU, Ella terima pengiktirafan BISA 2026 - Sinarharian - 6/05 10:46 pm PETALING JAYA - Kumpulan rap legenda KRU dianugerahkan sebagai Peneraju Industri Kreatif, manakala Ratu Rock, Ella menerima Anugerah Inspirasi Usahawan Selebriti sempena Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026, anjuran Sinar Harian di bawah Karangkraf.BISA 2026 disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, di Royale Chulan Damansara di sini pada Rabu.Pengiktirafan tersebut diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan serta pengaruh mereka dalam dunia keusahawanan dan industri kreatif tanah air.KRU menjadi antara nama besar dalam industri kreatif tempatan menerusi kejayaan mereka membina jenama serta memperluas pengaruh dalam pelbagai cabang perniagaan kreatif dan hiburan.Anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim menzahirkan penghargaan atas pengiktirafan yang diterima."Walaupun pernah menang anugerah dalam kategori-kategori lain yang mengajuran pihak ketiga dan lain-lain, tapi ini adalah yang kali pertama pihak media memberikan anugerah kepada kami sebagai usahawan."Jadi ini satu pengalaman yang besar kerana mengiktiraf kejayaan kumpulan syarikat KRU dan sumbangan saya, Yusri dan Edri kepada industri, ini satu penghargaan yang begitu bermakna bagi saya dan bagi KRU," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Sementara itu, pemilihan Ella atau nama sebenar Nor Zila Aminuddin, sebagai penerima Anugerah Inspirasi Usahawan Selebriti sejajar dengan penglibatan aktif beliau dalam bidang perniagaan dan agropreneur selain menjadi inspirasi kepada ramai usahawan wanita.Ella yang merupakan pengasas bersama Ben Jawi Plantation mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak 2017.Kemudiannya, beliau menceburi bidang fesyen menerusi jenama Rockqueen.Anugerah disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zambri Rambli dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin.BISA 2026 merupakan platform pengiktirafan perniagaan nasional bagi meraikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Penganjuran BISA 2026 turut mencerminkan komitmen dalam meraikan pemain industri dan usahawan yang bukan sahaja berjaya membina perniagaan mampan, malah memberi nilai tambah kepada ekonomi serta masyarakat secara keseluruhan. |
|
BISA 2026: MSMEs hailed as pillars of national growth - Sinardaily - 6/05 10:16 pm PETALING JAYA - Micro, small and medium enterprises (MSMEs) which form the backbone of the national economy were celebrated at the Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026, a national business recognition platform organised by Sinar Harian under Karangkraf.With over 20 years of experience in the local media industry, Sinar Harian continues to serve as a trusted journalism platform, consistently highlighting the stories of the people, including the struggles and contributions of MSME entrepreneurs.Held in the presence of ministers and industry players, BISA 2026 is not merely an awards ceremony but a national initiative to recognise the resilience, integrity and significant contributions of local entrepreneurs to the economy, job creation and community development.MSMEs contribute more than 35 per cent to Malaysias Gross Domestic Product (GDP) and provide employment to millions, yet their stories of perseverance are often underrepresented.Karangkraf chairman Firdaus Hussamuddin said BISA was created to bridge this gap by placing real entrepreneurial stories at the centre of national discourse.She said this approach aligns with Sinar Harians long-standing role in ensuring that the voices and economic realities of the people are given due space in mainstream coverage.BISA reflects the role of media as a catalyst for national development, not merely a channel of information |
|
BISA 2026 angkat PMKS tonggak pertumbuhan negara - Sinarharian - 6/05 9:13 pm PETALING JAYA - Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara diraikan di Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026, platform pengiktirafan perniagaan nasional anjuran Sinar Harian di bawah Karangkraf.Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri media tempatan, Sinar Harian terus berperanan sebagai platform kewartawanan yang dipercayai, konsisten mengangkat kisah rakyat termasuk perjuangan dan sumbangan usahawan PMKS.Berlangsung dengan kehadiran pemimpin negara dan pemain industri, BISA 2026 bukan sekadar majlis penyampaian anugerah, sebaliknya satu inisiatif berkepentingan nasional untuk mengiktiraf ketahanan, integriti serta sumbangan signifikan usahawan tempatan kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan komuniti.PMKS menyumbang lebih 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta menyediakan peluang pekerjaan kepada jutaan rakyat, namun kisah perjuangan dan kecekalan mereka jarang diketengahkan.Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, BISA diwujudkan untuk merapatkan jurang tersebut dengan meletakkan kisah sebenar keusahawanan di tengah wacana nasional.Menurutnya, pendekatan itu selari dengan peranan Sinar Harian yang sejak sekian lama memastikan suara dan realiti ekonomi rakyat diberi ruang yang sewajarnya dalam liputan arus perdana."BISA mencerminkan peranan media sebagai pemangkin pembangunan negara, bukan sekadar penyampai maklumat |
|
BISA Awards returns with stronger focus on empowering entrepreneurs, building business community - Sinardaily - 29/04 4:57 pm SHAH ALAM Behind every successful business is a story of risk, resilience and relentless hustle and Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 is bringing those stories to the forefront.More than just an awards night, BISA returns with a bigger vision to spotlight real entrepreneurial journeys, celebrate impact and build a community where Malaysias business players can grow, connect and inspire the next wave of changemakers.The awards ceremony will take place on May 6 at Royale Chulan Damansara, bringing together industry players, entrepreneurs and business leaders to celebrate achievements that have contributed to the nations economic growth and sustainability.Sinar Karangkraf chief executive officer Farah Hussamuddin said the initiative reflects the groups long journey and deep understanding of the challenges faced by entrepreneurs.For more than 48 years, Karangkraf Group has gone through many ups and downs. However, we have continued to grow and transform alongside changes in technology and the needs of Malaysians.This is why we truly understand the struggles of entrepreneurs and business owners, as we also started from the ground up, she said.She said BISA is designed to go beyond recognition, offering a platform that nurtures collaboration within the business community.Unlike other business awards in the country, BISA is not just about recognising achievements.We also aim to build a business community that supports, connects and uplifts one another, she said.Farah added that winners would have their stories shared across Karangkrafs media platforms, allowing their journeys to inspire others.These entrepreneurs, she said will become a source of inspiration, especially for new business owners and the younger generation who are increasingly interested in entrepreneurship.What matters most is that every journey begins with a first step through platforms like BISA, she said.Meanwhile, Sinar Harian group editor-in-chief Zamri Rambli said the awards serve as a key platform to recognise the role of micro, small and medium enterprises (MSMEs) in the national economy.This programme was created to acknowledge the significant contribution of MSMEs, which account for more than 35 per cent of Malaysias Gross Domestic Product and provide employment to millions of people, he said.He said BISA extends beyond an awards night by incorporating networking opportunities and promotional initiatives.BISA is not just an awards ceremony, but also includes various business networking activities such as engagement sessions with founders and entrepreneurs, as well as the creation of promotional content, he added.Zamri said since its introduction in 2023, the initiative has played a role in connecting entrepreneurs and opening doors for collaboration.It also serves as a platform for entrepreneurs to share their experiences and introduce their businesses to Malaysians, he added.At the same time, it is expected to motivate new entrepreneurs and the younger generation, especially as interest in business among Gen Z continues to grow, he said.For its 2026 edition, BISA introduces several enhancements, including the addition of around 10 to 11 main categories such as education, property, insurance and fashion.Each category will feature six to seven awards, increasing the total number of recognitions from about 26 previously to nearly 60 this year.In total, almost 40 awards, including jury-selected honours will be presented, with 31 companies expected to receive recognition, alongside the continuation of a special entrepreneur icon award.The event is supported by strategic partners Royale Chulan, Boustead Holdings and Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), with additional support from PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Lexis Hotel Group, Jasmine Food and Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).The black-tie gala night will also feature performances by Malaysian singer Ella, accompanied by Monocort Band and comedian Mad Sabah.BISA 2026 continues to position itself as more than just an awards platform, but as a meaningful initiative to celebrate, connect and elevate Malaysias entrepreneurial landscape. |
|
“Aku Cakap Bisa Sendiri Tapi Dalam Diam Aku Harapkan…” – Hantaran Terbaru Marissa Dania Raih Perhatian - Ohmedia - 21/04 11:35 am Hantaran Marissa Dania raih perhatian, dikaitkan dengan isu rumah tangga bersama Aslam |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |