///
See Also: Shutterstock

Search : Agung As News   Page 1    



ART: Rafizi janganlah asyik nak spin – Tengku Zafrul - Mgazette - 23/02 5:52 pm

# ART: Rafizi janganlah asyik nak spin - Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyelar bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli supaya tidak terus memutar belit fakta berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) MalaysiaAmerika Syarikat (AS). Menurut beliau, dakwaan Rafizi kononnya negara kini perlu membayar tarif dua kali ganda susulan keputusan Mahkamah Agung AS bersabit ART baru-baru ini adalah tidak berasas





Empat MP gesa kerajaan gantung ratifikasi ART Malaysia-AS - Sinarharian - 23/02 3:00 pm

SHAH ALAM Empat ahli Parlimen kerajaan menggesa semua langkah serta proses ratifikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) digantung serta-merta.Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung susulan keputusan Mahkamah Agung AS pada Jumaat yang membatalkan tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump kerana didapati tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.Chen berkata, mereka menggesa kerajaan mendedahkan secara terbuka dan sepenuhnya langkah-langkah serta proses ratifikasi yang dicadangkan untuk dilaksanakan berhubung ART antara Malaysia dan AS."Selain itu, kami menggesa supaya semua langkah dan proses ratifikasi ART digantung serta-merta memandangkan keputusan Mahkamah Agung AS bahawa semua tarif tersebut pada hakikatnya adalah tidak sah."Justeru, ART juga seharusnya dianggap tidak sah secara ab initio (dari awal)," katanya dalam sidang akhbar di Parlimen pada Isnin.Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini berhubung isu tarif AS.Chen berkata, kerajaan juga diminta mengarahkan Pejabat Peguam Negara supaya segera mengeluarkan suatu pendapat undang-undang mengenai kesahihan ART susulan keputusan mahkamah itu dan membentangkan pendapat berkenaan kepada ahli-ahli Parlimen.Tambahnya, kerajaan perlu memaklumkan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai implikasi kos dan manfaat berhubung tarif global Trump sebanyak 15 peratus yang baharu diumumkan."Ia termasuk mengambil maklum bahawa tarif tersebut hanya terpakai selama 150 hari dan berkemungkinan akan tertakluk kepada satu lagi perbicaraan di Mahkamah Agung AS," ujarnya.Menurut beliau, ahli-ahli Parlimen perlu dimaklumkan mengenai semua perkembangan berkaitan potensi pemulangan semula tarif berjumlah berbilion dolar, selain memastikan mana-mana pengeksport Malaysia yang telah diminta menanggung dan membayar sebahagian daripada tarif tersebut turut menerima pemulangan."Kami ingin menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar lebih berhati-hati dan tidak membuat komitmen atau menandatangani sebarang perjanjian perdagangan atau terma lanjut yang boleh terus menjejaskan kepentingan serta kedaulatan negara."Kami juga mengulangi pendirian bahawa suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bebas mengenai ART perlu ditubuhkan secepat mungkin untuk menyiasat bagaimana ART tersebut telah dirunding dan ditandatangani," katanya.





Kerajaan digesa gantung ratifikasi ART dengan AS - Hotfm - 23/02 1:55 pm

Desakan dibuat empat wakil rakyat kerajaan susulan Mahkamah Agung AS batal tarif import Presiden Donald Trump yang disifatkan tidak berperlembagaan.





Kerajaan digesa gantung ratifikasi ART dengan AS - FMT - 23/02 1:55 pm

Desakan dibuat empat wakil rakyat kerajaan susulan Mahkamah Agung AS batal tarif import Presiden Donald Trump yang disifatkan tidak berperlembagaan.





5 Ahli Parlimen PN teliti semula persoalan Perlembagaan berhubung tarif AS - FMT - 23/02 12:44 am

Mereka berkata perkembangan besar susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan tarif Donald Trump baru-baru ini, memerlukan penilaian semula.





'Jangan asyik nak spin' - Tengku Zafrul jawab dakwaan Rafizi isu ART Malaysia-AS - Sinarharian - 23/02 11:27 am

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyelar tindakan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa terus memutar belit fakta berkenaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) MalaysiaAmerika Syarikat (AS).Menurut beliau, dakwaan Rafizi kononnya negara kini perlu membayar tarif dua kali ganda susulan keputusan Mahkamah Agung AS bersabit ART baru-baru ini adalah tidak berasas."Rafizi janganlah asyik nak spin, letihlah nak layan





Tengku Zafrul jawab Rafizi dakwaan tarif berganda - FMT - 23/02 10:01 am

Beliau berkata apabila Mahkamah Agung AS batal tarif dikenakan pentadbiran Donald Trump ia bermakna kadar 19% dikenakan ke atas Malaysia tidak lagi terpakai.





PM: Kabinet akan bincang isu tarif AS - Mkini - 22/02 10:13 pm

Anwar mengulas keputusan Mahkamah Agung AS yang batalkan sebahagian besar langkah tarif diperkenalkan Presiden Donald Trump sebelum ini.





Kabinet akan bincang isu tarif AS - PM Anwar - Sinarharian - 22/02 9:57 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet akan mengadakan perbincangan lanjut pada Jumaat ini, berhubung isu tarif Amerika Syarikat (AS)."Baru kita respons. Tunggu hari Jumaat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri dan pelancaran Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di sini hari ini.Beliau ditanya berhubung keputusan Mahkamah Agung AS pada Jumaat lepas yang membatalkan sebahagian besar daripada langkah tarif diperkenalkan Donald Trump sebelum ini, dengan memutuskan Presiden AS itu tidak mempunyai kuasa di bawah undang-undang negara berkenaan untuk mengenakan tarif menyeluruh secara unilateral.Trump kemudian dilapor berkata beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus terhadap negara di seluruh dunia di bawah kuasa baharu selepas Mahkamah Agung membatalkan kempen cukai import globalnya.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang meneliti perkara itu.Beliau berkata MITI kini menyelaras perkara berkenaan bersama pihak berkepentingan termasuk di Washington serta rakan-rakan di Asia Tenggara bagi menentukan hala tuju seterusnya





Trump akan tingkatkan tarif global kepada 15 peratus susulan keputusan Mahkamah Agung AS - Sinarharian - 22/02 9:38 am

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menaikkan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan kebanyakan langkah perdagangan yang diperkenalkannya sebelum ini.Menurut Trump menerusi akaun Truth Social pada Sabtu, kenaikan itu iaitu di bawah Seksyen 122 akan berkuat kuasa serta-merta dan sebagai tambahan kepada tarif sedia ada."Saya, selaku Presiden AS, berkuat kuasa serta-merta, akan menaikkan tarif seluruh dunia sebanyak 10 peratus ke atas negara-negara, yang kebanyakannya telah "mengambil kesempatan" terhadap AS selama beberapa dekad, tanpa AS bertindak balas terhadap situasi itu (sehingga saya memegang jawatan presiden!), kepada 15 peratus yang dibenarkan, dan sah dari segi undang-undang," katanya.Beliau berkata, pentadbiran Trump akan menentukan dan memaklumkan tarif baharu yang dibenarkan di sisi undang-undang.Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS memutuskan bahawa penggunaan kuasa darurat oleh presiden itu untuk mengenakan tarif yang digelar sebagai timbal balas terhadap hampir semua rakan dagang AS adalah tidak berperlembagaan.Sambil mengekalkan keputusan mahkamah rendah, mahkamah tertinggi itu turut memutuskan bahawa Trump melangkaui kuasa presidennya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 untuk mengenakan tarif global secara meluas, selain duti berkaitan fentanyl yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.Keputusan untuk membatalkan sebahagian besar daripada tarif yang diperkenalkan Trump itu dinyatakan dalam dokumen setebal 170 muka surat.Sehubungan itu, Trump kemudiannya berkata, beliau telah menandatangani dokumen yang mengenakan tarif 10 peratus ke atas semua import daripada setiap negara





Trump akan tingkatkan tarif global kepada 15% susulan keputusan mahkamah agung AS - Mkini - 22/02 9:31 am

GLOBAL Menurut Trump kenaikan di bawah Seksyen 122 itu akan berkuat kuasa serta-merta dan sebagai tambahan kepada tarif sedia ada.





'Usul tolak Perjanjian ART perlu dibentang segera di Dewan Rakyat' - Tun Faisal - Sinarharian - 21/02 5:48 pm

SHAH ALAM Dewan Rakyat digesa segera membentangkan usul bagi menolak Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) MalaysiaAmerika Syarikat (AS) yang ditandatangani pada Oktober tahun lalu susulan keputusan terkini Mahkamah Agung AS pada Jumaat.Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, saranan itu merupakan antara langkah yang perlu diambil Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan dalam menangani perkembangan tersebut.Ujarnya, keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan tarif timbal balas Presiden Donald Trump itu membuka realiti bahawa kerajaan Persekutuan didakwa membuat komitmen besar berasaskan dasar yang tidak sah di negara rakan perjanjian itu sendiri."Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu menulis secara rasmi kepada Washington bagi memaklumkan penamatan perjanjian."Komitmen RM1.02 trilion berikutan rundingan tarif timbal balas dibatalkan dan impak ekonomi serta perundangan perlu dikaji semula dengan teliti," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Agung AS membatalkan tarif yang digelar sebagai tarif timbal balas oleh Trump yang menyasarkan hampir semua rakan dagang utama negara itu, sekali gus memberi tamparan besar kepada dasar ekonomi utamanya dan berkemungkinan merumitkan hubungan Washington dengan seluruh dunia.Mengekalkan keputusan mahkamah rendah, mahkamah tertinggi itu memutuskan bahawa Trump melangkaui kuasa presidennya apabila menggunakan undang-undang darurat era 1970-an tahun lalu untuk mengenakan tarif global secara meluas, selain duti berkaitan fentanil yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.Menurut Tun Faisal, keputusan Mahkamah Agung AS membuktikan bahawa Kerajaan Madani melakukan tindakan secara terburu-buru dan terlalu menumpukan naratif politik tanpa penilaian risiko undang-undang serta ekonomi.Ujar beliau, tindakan tersebut mencerminkan kelemahan pentadbiran dan kegagalan strategik yang memberi kesan terhadap masa depan rakyat serta negara."Perjanjian sebegini boleh mengehadkan kebebasan Malaysia dalam melindungi industri tempatan dan menentukan dasar subsidi serta insentif."Selain itu, ia juga mengehadkan pengurusan perolehan kerajaan dan tindak balas terhadap krisis ekonomi pada masa depan," ujarnya.





Kerajaan teliti implikasi tarif baharu AS selepas keputusan Mahkamah Agung - Sinarharian - 21/02 2:34 pm

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia sedang memantau rapi perkembangan di Amerika Syarikat (AS) susulan tarif import Presiden Donald Trump dibatalkan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, meskipun Malaysia sudah menandatangani perjanjian perdagangan timbal balas dengan AS tahun lalu, Putrajaya masih belum meratifikasi perjanjian berkenaan.Beliau berkata, kerajaan sedang menilai dengan teliti perkembangan undang-undang dan dasar terkini di AS."Kerajaan sedang menilai dengan teliti perkembangan undang-undang dan dasar terkini di AS," ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Johari berkata, Washington masih mempunyai mekanisme undang-undang lain yang membolehkannya mengenakan tarif secara sepihak, selain langkah perdagangan lain.Jelasnya, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut meneliti pengumuman Trump mengenai tarif 10 peratus ke atas semua barangan import susulan keputusan Mahkamah Agung AS."Kita sedang mengkaji skop dan implikasinya





Tarif: Malaysia teliti keputusan Mahkamah Agung AS, pengumuman Trump - Mgazette - 21/02 2:33 pm

# Tarif: Malaysia teliti keputusan Mahkamah Agung AS, pengumuman Trump KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil maklum keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif global dan sedang menilai secara teliti perkembangan undang-undang serta dasar terkini itu





Bekas AG gesa M'sia tarik diri perjanjian tarif lepas keputusan Mahkamah Agung AS - Mkini - 21/02 2:05 pm

Tommy Thomas berkata keputusan Mahkamah Agung AS batalkan tarif Trump tidak mengejutkan dari perspektif undang-undang.





AS tamatkan tindakan tarif tertentu, kata Rumah Putih - Mkini - 21/02 12:26 am

GLOBAL Perintah eksekutif itu dibuat selepas Mahkamah Agung AS batalkan sebahagian besar tarif diperkenalkan Trump





Kerajaan pantau perkembangan tarif Trump dibatal Mahkamah Agung AS - FMT - 21/02 11:40 am

Johari Ghani berkata perjanjian perdagangan timbal balas dengan AS belum lagi diratifikasi namun Washington ada mekanisme undang-undang lain untuk mengenakan tarif.





'Tarif timbal balas dibatal berita baik buat Malaysia' - Liyana Marzuki - Sinarharian - 21/02 10:32 am

SHAH ALAM Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat yang membatalkan tarif digelar sebagai tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump ke atas hampir semua rakan dagang AS disifatkan sebagai berita baik untuk Malaysia.Aktivis politik dan bekas Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, Liyana Marzuki berharap keputusan itu mampu mengembalikan kestabilan ekonomi dunia."Mahkamah Agung AS batalkan tarif global Trump yang dikenakan ke seluruh dunia





Malaysia mungkin perlu nilai semula ART, perundangan selepas Mahkamah Agung halang tarif Trump - Sinarharian - 21/02 8:03 am

KUALA LUMPUR - Malaysia mungkin perlu menilai semula Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) yang ditandatangani Oktober lepas termasuk dari segi undang-undang susulan keputusan terkini Mahkamah Agung AS pada Jumaat.Mahkamah tertinggi itu menolak tarif AS yang dikenakan secara global oleh Presiden Donald Trump yang berpotensi menyebabkan banyak negara menilai semula perjanjian berkenaan.Menilai semula perjanjian itu juga mungkin termasuk mendapatkan nasihat undang-undang terutamanya mengenai cara bertindak jika keputusan berkenaan memberi kesan negatif kepada Malaysia.Sejak memeterai ART pada 26 Okt, 2025, Malaysia berulang kali menegaskan bahawa kedaulatan, dasar autonomi dan kepentingan negara Malaysia tetap dilindungi sepenuhnya di bawah ART Malaysia-AS."Kedua-dua negara menandatangani perjanjian itu selepas mencapai kata sepakat sejak rundingan bermula pada April tahun lepas, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan.Dengan pemeteraian itu, perjanjian tersebut bertujuan menstabilkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan AS, terutamanya selepas AS memperkenalkan tarif yang lebih tinggi ke atas negara-negara dengan lebihan dagangan yang besar.Selain itu, ART juga melindungi eksport dan pekerjaan Malaysia dengan memastikan akses berterusan ke pasaran AS serta mempromosikan layanan adil, memastikan kedua-dua pihak mengenakan tarif, akses pasaran dan peraturan perdagangan secara timbal balas (seimbang).Di bawah perjanjian tersebut, 1,711 barisan produk eksport Malaysia akan menikmati pengecualian tarif apabila memasuki pasaran AS, meningkatkan daya saing harga dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain penting dalam rantaian bekalan global.Terdahulu, Kyodo melaporkan Mahkamah Agung AS menyatakan bahawa penggunaan kuasa darurat oleh presiden untuk mengenakan tarif timbal balas ke hampir semua rakan dagangan Amerika adalah tidak berperlembagaan.Selain mengekalkan keputusan mahkamah rendah, mahkamah tertinggi itu juga memutuskan Trump telah melampaui kuasa presidennya apabila beliau menggunakan 1977 International Emergency Economic Powers Act untuk mengenakan tarif global secara meluas serta duti berkaitan fentanyl yang dikenakan ke atas barangan dari China, Kanada dan Mexico.Keputusan oleh mahkamah tertinggi itu disampaikan dalam satu kertas penghakiman sepanjang 170 muka surat - BernamaTAG: Mahkamah Agung AS, ART, tarif, Donald Trump, Malaysia





Mahkamah Agung AS putus tarif timbal balas Trump tak ikut Perlembagaan - FMT - 21/02 6:19 am

Donald Trump melampaui kuasa presidennya apabila menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa 1977 untuk mengenakan tarif global secara meluas.





Mahkamah Agung AS putuskan tarif 'timbal balas' Trump tidak berperlembagaan - Hmetro - 21/02 1:32 am

Washington: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) memutuskan pada Jumaat bahawa penggunaan kuasa darurat oleh Presiden Donald Trump untuk mengenakan apa yang digelar tarif timbal balas ke atas hampir semua rakan dagang AS adalah tidak berperlembagaan, lapor Kyodo News




Reformasi     >>



Hamzah faction backs new PN chief - Mkini
19 MPs, including Bersatu rebels and sacked members, say PN made right decision with Samsuri.
Kroni     >>



Trump's Board of Peace: An ego trip - Star
The charter of the 'Board of Peace'makes clear that the entire board is built around the personality of Donald Trump. Read full story
Tabloid     >>



Doktor Minta Keluarga Standby, Ya Allah Tolong – .. - Rotikaya
Pelakon Amyza Aznan memohon doa orang ramai buat anaknya, Andre Mikhail yang kini sedang dirawat di hospital. Menerusi perkongsian di Insta Story, Amyza memohon ikhtiar selain rawatan perubatan untuk membantu... Baca selanjutnya → The post Doktor Minta Keluarga Standby, Ya Allah Tolong ..
Tech     >>



Other Android Phone Makers To Adopt Own Take On .. - Lowyat
We’ve seen reports on Apple adopting its own take on the Privacy Display tech by Samsung, but for its MacBooks. This is also expected to happen by 2029. But it looks like other Android phone makers may be able to implement their own take much sooner. Or maybe this applies more specifically to ..
World     >>



Eight presidents, one failed playbook - Tehrantimes
TEHRAN In a recent interview with American media, Iran's Foreign Minister Abbas Araghchi offered President Trump some straightforward advice. He noted that previous American administrations have tried everything against Iransanctions, assassinations, and pressureand that none of it worked. If Trump wants a ..
Motor Trend     >>



Motosikal Cfmoto 1000mt-x Mendarat Di Eropah – .. - Mekanika
# CFMOTO 1000MT-X MENDARAT DI EROPAH - 113HP, 105NM **Selepas membuat debut sulung di EICMA 2025, CFMoto dengan rasminya melancarkan 1000MT-X serba baharu di Eropah.** Kerjasama dengan KTM antara penyumbang terbesar terhadap lahirnya 1000MT-X ini. Ini kerana ketika 800MT-X dikuasakan enjin ..