| /// |
|
| Search : Achi News | Page 1 |
|
NGO kemuka lima tuntutan terhadap LTAT, pencarum berhak tahu asas pemilihan Achi Jaya - Sinarharian - 18/11 2:03 pm SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Negarawati Tanahair menuntut lima perkara daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berhubung isu pemilihan Achi Jaya Plantations untuk mengambil alih kepentingan Boustead Plantations (BPlant).Pengerusinya, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, tuntutan dimaksudkan adalah asas pemilihan Achi Jaya Plantations termasuk kriteria dan kelebihan tawarannya.Selain itu katanya, kewajaran nilai transaksi dan pelaksanaan penilaian bebas selain keupayaan kewangan pembeli dari sudut sumber pembiayaan, jadual pembayaran serta jaminan yang melindungi LTAT jika gagal memenuhi obligasi.Menurut Bibi Sunita, pihaknya turut mendesak LTAT mendedahkan pemilik benefisial muktamad pembeli bagi memastikan wujud aspek ketelusan pemilikan dan proses kelulusan serta meminta lembaga itu menjelaskan kesan jangka panjang pengambilalihan kepada pencarum."Kami tidak menuduh mana-mana pihak melakukan salah laku tetapi, transaksi sebesar ini tidak boleh dimuktamadkan secara senyap atau hanya jawapan umum."Pencarum LTAT termasuk anggota tentera, pesara dan keluarga masing-masing berhak tahu dan mendapat keyakinan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan LTAT memilih Achi Jaya Plantations untuk mengambil alih kepentingan BPlant bernilai sekitar RM4.3 bilion.Pemilihan itu menarik perhatian ramai kerana Achi Jaya Plantations mengatasi dua lagi entiti besar yang turut bersaing dalam proses berkenaan iaitu SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd.Mengulas lanjut, Bibi Sunita menegaskan bahawa pihaknya akan membantah jika transaksi tersebut dimuktamadkan tanpa penjelasan mencukupi tentang proses pemilihan, kewajaran harga dan perlindungan kepentingan pencarum.Baginya, persoalan yang mesti dijawab ketika ini adalah sama ada pemilihan dibuat melalui proses penilaian adil, teliti dan boleh dipertanggungjawabkan atau tidak.Tambah beliau, kepentingan pencarum mesti menjadi ukuran utama dalam pembuatan keputusan itu."Anggota tentera dan keluarga bukan sekadar angka dalam kertas kerja |
|
Pas terus tuntut LTAT dedah pemilik benifisial sebenar Achi Jaya - Sinarharian - 18/11 12:31 am SHAH ALAM - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sekali lagi digesa menjelaskan sebab-sebab pemilihan Achi Jaya Plantations dalam urusan pengambilalihan kepentingan Boustead Plantations Bhd (BPlant) bernilai sekitar RM4.3 bilion.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, 73.78 peratus saham Achi Jaya Plantations sepertimana dilaporkan media, dipegang oleh dua syarikat berpangkalan di Hong Kong iaitu Herolite Investment Ltd dan Grand Shine Trading Ltd.Dalam masa sama, Ahmad Fadhli menggesa LTAT supaya mendedahkan pemilik benifisial sebenar di sebalik kedua-dua syarikat berkenaan."Persoalan paling penting adalah mengapa LTAT memilih Achi Jaya Plantations bagi mengambil alih BPlant dalam transaksi RM4.3 bilion sedangkan menurut laporan media, 73.78 peratus sahamnya dipegang oleh dua syarikat berpangkalan di Hong Kong."Siapakah pemilik benefisial sebenar di sebalik kedua-dua syarikat tersebut?"LTAT perlu menjelaskan asas atau sebab kepada pemilihan, pemilik sebenar dan kedudukan kewangan berhubung isu ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulangi gesaannya kepada LTAT kerana Achi Jaya Plantations hanya syarikat operasi perladangan berskala kecil, namun mampu mengatasi dua lagi entiti besar yang turut bersaing dalam proses berkenaan iaitu SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd.Sebelum ini, media melaporkan LTAT memilih Achi Jaya Plantations untuk mengambil alih BPlant.Pemilihan itu turut menarik perhatian kerana SD Guthrie merupakan antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia.Setiausaha Kehormat Persatuan Veteran Kaum Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA), Tony Ho Weng Kong berpandangan bahawa keputusan yang dibuat LTAT perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah kepada pemegang saham pada masa depan.Sebagai makluman tambahan memetik laporan Dagang News, Achi Jaya Plantations yang diperbadankan pada 10 Februari 2001 dengan nombor pendaftaran 200101003116 (538814-H) menjalankan kegiatan perladangan dan pengilangan kelapa sawit, selain mempunyai kepentingan dalam perniagaan pengurusan serta pengoperasian hotel.Dari segi prestasi kewangan, Achi Jaya Plantations dilapor mencatatkan hasil sebanyak RM173.43 juta bagi tahun kewangan 2020, dengan keuntungan bersih RM41.35 juta, menurut laporan The Edge yang merujuk rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Dalam sektor perladangan, dokumen pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada November 2025 merekodkan kawasan tanaman sawit seluas 11,702 hektar (28,916 ekar) dalam skop audit Achi Jaya Plantations, merangkumi Sungei Gerchang Estate, Johore Labis Estate dan Claire Estate di kawasan Chaah, Johor. |
|
'Mengapa pilih Achi Jaya?' MACVA desak LTAT beri penjelasan - Sinarharian - 17/11 6:31 pm SHAH ALAM - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung pemilihan Achi Jaya Plantations Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan Boustead Plantations Bhd (BPlant), khususnya apabila terdapat syarikat lain yang mempunyai operasi perladangan lebih besar.Setiausaha Kehormat Persatuan Veteran Kaum Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA), Tony Ho Weng Kong berkata, keputusan itu perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah kepada pemegang saham pada masa depan.Beliau kurang bersetuju dengan pemilihan syarikat berkenaan selagi tiada penjelasan jelas mengenai asas pertimbangan LTAT memilih Achi Jaya berbanding syarikat lain."Kalau boleh, perkara ini perlu diberikan penjelasan |
|
Jangan ulang kesilapan lalu, LTAT perlu perjelas pemilihan Achi Jaya ??? .. - Mygazette - 17/11 6:23 pm # Jangan ulang kesilapan lalu, LTAT perlu perjelas pemilihan Achi Jaya Fadhli Shaari KUALA LUMPUR - Laporan mengenai pemilihan Achi Jaya Plantations Sdn Bhd (Achi Jaya) bagi mengambil alih kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) dengan anggaran transaksi hampir RM4 bilion menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan segera daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) |
|
Fadhli persoal pemilihan Achi Jaya ambil alih BPlant, desak LTAT beri penjelasan - Sinarharian - 17/11 4:32 pm SHAH ALAM Pemilihan syarikat yang mempunyai operasi perladangan berskala lebih kecil bagi mengambil alih kepentingan Boustead Plantations Bhd (BPlant) menerusi transaksi bernilai hampir RM4 bilion menimbulkan persoalan mengenai asas penilaian dan kemampuan kewangannya.Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung pemilihan Achi Jaya Plantations Sdn Bhd, khususnya apabila dua syarikat lain iaitu SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd turut bersaing dalam proses berkenaan.Menurut beliau, Achi Jaya dilaporkan mempunyai operasi perladangan yang jauh lebih kecil berbanding dua pesaing tersebut."Apakah asas penilaian yang menyebabkan syarikat ini dilaporkan diberikan keutamaan?" katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan LTAT memilih Achi Jaya Plantations Sdn Bhd untuk mengambil alih BPlant pada nilai anggaran hampir RM4 bilion.Sumber yang mengetahui urus niaga tersebut berkata, Achi Jaya berjaya mengatasi persaingan daripada SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd, dua syarikat yang memiliki operasi perladangan berskala lebih besar.Pemilihan itu turut menarik perhatian kerana SD Guthrie merupakan antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia.Mengulas lanjut, Fadhli berkata, berdasarkan laporan media yang memetik penyata kewangan 2024, Achi Jaya merekodkan hasil sebanyak RM379 juta, keuntungan selepas cukai RM109 juta dan aset semasa RM93 juta.Beliau turut berpandangan bahawa struktur pemilikan benefisial terkini Achi Jaya wajar didedahkan kepada umum bagi memastikan proses berkenaan dilaksanakan secara telus serta mengelakkan sebarang kemungkinan konflik kepentingan."Justeru, struktur pembiayaan transaksi bernilai berbilion ringgit ini, termasuk sumber dana dan jaminan pembayaran, perlu diperjelaskan," katanya.Ketua Penerangan Pas itu berkata, Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2022 sebelum ini mendedahkan penjejasan nilai pelaburan sebanyak RM812 juta yang tidak direkodkan membabitkan Boustead Holdings Bhd dan Pharmaniaga Bhd.Menurutnya, laporan yang sama turut mendedahkan LTAT mencatatkan rizab negatif RM338 juta, kerugian tidak nyata RM662 juta dalam 41 portfolio saham lama serta menggunakan keuntungan bukan tunai sebanyak RM189 juta sebagai asas pembayaran dividen bagi tahun 2022."Sebarang pelupusan aset strategik bernilai berbilion ringgit mesti dilaksanakan secara telus, berhemah dan berpaksikan kepentingan pencarum," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |