| /// |
|
| Search : Wan Ahmad Aslam News | Page 1 |
|
Missing hikers aware of SAR operation only after hearing sound of helicopter - Sinardaily - 8/09 6:28 pm GERIK - Six hikers who were found safe after being reported missing while taking part in the Trans Gerah expedition at Gunung Gerah in the Lojing Permanent Forest Reserve in Gua Musang, Kelantan, only became aware of the search and rescue (SAR) operation when they heard the sound of a helicopter while at Kem Kulim.Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, said his wife and two children were in good condition throughout their time in the forest, but he felt any delay in their return would prompt family members to file a police report."Our suspicions were confirmed when we heard the sound of a helicopter while at Kem Kulim heading towards the jungle entrance, and we also encountered a guide from Kelantan |
|
'Kami tidak sesat, kami tahu di mana kami berada' - Pendaki Trans GBB - Hmetro - 8/09 5:30 pm Gerik: Kami tidak sesat, tetapi beberapa halangan dihadapi menyebabkan perjalanan mengambil masa lebih lama, kata pendaki ekspedisi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh (Trans GBB), Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39 |
|
'Sampai satu tahap kami rasa nak patah balik atau cari punca air' - Sinarharian - 8/09 5:03 pm GERIK - Peserta pendakian Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, mengakui aktiviti pendakian sudah menjadi hobi utama keluarganya sejak dua tahun lalu.Menurutnya, isteri dan dua anaknya masing-masing berusia 9 dan 13 tahun juga sudah terbiasa mengikuti setiap pendakian hingga sering menyertai pelbagai ekspedisi bersama keluarga."Anak-anak memang dah biasa ikut hiking, termasuk yang kecil sekali |
|
Rotan, buluh halang laluan, pendaki hanya sedar SAR selepas dengar helikopter - Sinarharian - 8/09 3:59 pm Itu lebih penting dan selamat," katanya.Dalam pada itu, Shafiee berkata, sepanjang melalui kawasan berkenaan, mereka turut menemui pelbagai kesan tapak haiwan liar di sekitar puncak.Katanya, antara kesan yang ditemui termasuk tapak gajah, rusa, tapir dan seladang, namun tiada sebarang pertembungan berlaku.Beliau berkata, dalam keadaan itu juga, mereka sebenarnya tidak menyedari bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan bagi mengesan kumpulan berkenaan.Menurutnya, hanya selepas terdengar bunyi helikopter di kawasan Gua Musang, barulah mereka menyedari kemungkinan operasi sedang dijalankan.Tambahnya, ketika itu kumpulan berkenaan sudah melepasi beberapa lokasi, termasuk Gunung Agit dan Gunung Bongok, serta yakin mampu keluar melalui laluan sedia ada."Saya minta rakan nyalakan api bila dengar bunyi helikopter. Masa itu baru terfikir mungkin ada operasi mencari."Sebelum itu memang kami tidak tahu langsung dan hanya fokus untuk keluar dari laluan tersebut," katanya.Terdahulu, operasi SAR mengesan kesemua mangsa digerakkan selepas mereka gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.Keenam-enam individu itu dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung, iaitu Gerah, Bilah dan Bieh (Trans GBB), pada 29 Ogos lalu.Empat sekeluarga berkenaan ialah Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9. |
|
Polis rakam keterangan enam pendaki - Sinarharian - 8/09 12:38 am BAGAN SERAI - [DIKEMAS KINI] Polis akan merakam keterangan enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan yang ditemukan selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua mangsa akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi proses dokumentasi selepas dibawa keluar dari Pos Kemar."Kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke tempat masing-masing selepas proses dokumentasi berkenaan."Mereka juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini pada Selasa.Ditanya sama ada menjadi satu kesalahan pasangan suami itu membawa dua orang anak mereka melakukan aktiviti pendakian tersebut, Mohd Alwi berkata ,keempat-empat individu itu mempunyai permit yang sah."Sebenarnya, perkara itu (membawa anak mendaki) tidak menjadi satu isu sebab dalam permit itu memang dimasukkan butir-butir berkaitan dengan keluarga mereka," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemuiEnam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangTerdahulu, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, telah dikesan selamat malam tadi sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pos Kemar.Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama kesemua mangsa telah keluar dari Pos Kemar 8.30 pagi tadi dan tiba di Jeti Trojan, Tasik Banding pada 10.20 pagi sebelum dibawa ke IPD Gerik.Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos |
|
Missing Trans Gerah hikers rescued, receiving treatment - Sinardaily - 8/09 6:46 am GERIK - Six hikers who went missing during the Trans Gerah expedition at Gunung Gerah were safely brought out by the search and rescue (SAR) team on Monday night.Gerik district police chief Supt Abdul Samad Othman said the rescue team brought all the hikers out of Kem Kulim and arrived at Kampung Lelar at around 8.45pm."All the victims are currently receiving treatment at the Pos Kemar Klinik Kesihatan and are in good condition without any injuries," he said in a statement.The group had earlier gathered at Kem Kulim with the rescue team before continuing their journey to Pos Kemar.The operation was assisted by mountain guides from Perak and Kelantan, involving ten members.The six were named as Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, his wife Siti Zulaiha Norizan, 39, their children Diya Raisha, 13, and Ahmad Raef, nine and mountain guides Shafiee Sidek, 49, and Hazman Mamat, 43.They entered the forest through Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang, Kelantan on Aug 29 and were scheduled to exit through Pos Kemar, Perak on Sept 3.When they failed to do so, family members lodged a police report, prompting the SAR operation.The group made contact on Sept 7, telling relatives they were safe, though rescuers had yet to reach them at that point.Samad said the method of extraction would depend on their condition and location once the SAR team met them.Perak Fire and Rescue Department (JBPM) director Datuk Sayani Saidon said smoke signals spotted during an aerial survey helped the SAR team estimate the hikers' location in the forested area of Pos Kemar.A JBPM Mi-17 helicopter from Subang Air Base brought in 11 SAR personnel, comprising five JBPM personnel, four Royal Malaysia Police personnel, one Forestry Department officer and one mountain guide, while 14 Malaysian Mountain Guides (MGM) entered on foot, bringing total SAR strength to 25.Based on the hikers' last SMS on Sept 1, the group was believed to have taken the route via Gunung Bieh, Gunung Sepat, Gunung Belatoh, Kampung Agek and Gunung Bongok before reaching Pos Kemar.Malaysian Mountain Guides Association (PMGM) president Muzafar Mohamad said guides were carrying extra food supplies, as the group had been in the forest about ten days by the time they were found, well beyond the six days they had originally planned for.He said the trail towards Belatoh and Sepat was less explored and covered by dense bamboo, raising the risk of hikers straying off course, while a scarcity of water sources along the route was also a concern given the group's prolonged exposure to high-altitude conditions. |
|
6 pendaki ditemui, tidak alami kecederaan - Sinarharian - 7/09 11:25 pm GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) tidak mengalami kecederaan.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kesemua mangsa telah dijumpai di Kem Kulim oleh pasukan Malim Gunung Perhutanan (MGP) daripada Perak dan Kelantan.Menurutnya, kesemua mangsa kemudian telah dibawa ke Kampung Lelar, Pos Kemar sini pada jam 8.45 malam oleh pasukan penyelamat."Enam individu menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pos Kemar."Kesemua mangsa dalam keadaan baik dan tiada kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu Abdul Samad memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memberitahu kesemua mereka berada dalam keadaan selamatOperasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9. |
|
'Salah seorang pendaki alami kecederaan punca lewat keluar hutan' - Sinarharian - 7/09 9:26 pm ERIK - Kecederaan dialami salah seorang daripada enam pendaki dipercayai menjadi punca kumpulan berkenaan mengambil masa untuk keluar dari lokasi selepas mereka ditemukan selamat pada petang Isnin.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya memperoleh maklumat mengenai keberadaan kesemua mangsa selepas berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang."Mereka boleh bergerak tetapi perlahan. Pasukan penyelamat akan menyusul trek pendakian di mana kumpulan itu berada untuk membawa mereka keluar."Pasukan penyelamat akan naik hari ini juga," katanya kepada media pada Isnin.Difahamkan, tahap kecederaan yang dialami mangsa masih belum diketahui.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangAbdul Samad berkata, operasi menyelamat turut dirancang menggunakan helikopter bagi membawa pasukan penyelamat ke salah satu kem sebelum mereka meneruskan perjalanan ke lokasi keenam-enam mangsa.Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9. |
|
Enam pendaki dijangka dibawa keluar esok - Sinarharian - 7/09 7:38 pm GERIK - Enam pendaki yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang ketika mengikuti ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) dijangka dibawa keluar dari kawasan berkenaan esok.Ketua Polis Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada salah seorang mangsa menerusi panggilan telefon pada jam 5 petang yang memaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat dan kini berada di Gunung Bongok.Menurutnya, kesemua mangsa sedang bergerak menuju ke Pos Kemar dengan jarak antara Gunung Bongok dan Pos Kemar dianggarkan sejauh 14.3 kilometer yang mengambil masa pendakian antara enam hingga lapan jam."Susulan maklumat diterima, strategi pencarian disusun semula dengan satu pasukan terdiri daripada 11 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perhutanan Perak dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dihantar ke Kem Kulim menggunakan helikopter JBPM."Jarak Kem Kulim ke Gunung Bongok kira-kira 4.3 kilometer atau dua jam perjalanan. Pasukan penyelamat akan bergerak naik ke Gunung Bongok, manakala mangsa dijangka turun dari Gunung Bongok menuju ke Kem Kulim," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Abdul Samad berkata, pasukan penyelamat dijangka bertemu dengan keenam-enam mangsa di antara Kem Kulim dan Gunung Bongok.Katanya, sekiranya mangsa berjaya ditemui malam ini, mereka akan bermalam di lokasi berkenaan dan dibawa keluar pada pagi esok atas faktor keselamatan.Sementara itu, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, pesawat Mi-17 JBPM dari Pangkalan Udara Subang tiba di Pos Kemar pada jam 4.30 petang bagi membantu operasi SAR.Beliau berkata, hasil tinjauan udara mendapati mangsa dipercayai telah membuat isyarat asap dengan anggaran lokasi kira-kira sejam perjalanan dari Kem Kulim."Pesawat membawa 11 anggota SAR terdiri daripada lima anggota JBPM, empat PDRM, seorang Perhutanan dan seorang malim gunung ke Kem Kulim."Kesemua 11 anggota SAR diturunkan menggunakan teknik 'winching' berikutan tiada lokasi pendaratan yang paling hampir dengan kedudukan mangsa," katanya.Menurut Sayani, pasukan SAR turut dibantu 14 MGP yang bergerak melalui laluan pendakian, menjadikan keseluruhan pasukan berhampiran dengan mangsa seramai 25 orang.Terdahulu, operasi SAR digerakkan selepas keenam-enam individu terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu.Mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung itu pada 29 Ogos lalu.Peserta ekspedisi itu terdiri daripada dua malim gunung iaitu Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, manakala empat beranak terdiri daripada Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9. |
|
Enam pendaki hilang ditemui selamat - Sinarharian - 7/09 6:28 pm GERIK - [DIKEMAS KINI] Enam pendaki termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) ditemukan selamat pada petang Isnin.Difahamkan perjalanan mereka mengambil masa kerana seorang daripada kumpulan berkenaan mengalami kecederaan yang belum diketahui tahapnya.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, maklumat keberadaan kesemua mangsa diperoleh selepas pihaknya berjaya menghubungi salah seorang malim gunung terbabit kira-kira jam 5.30 petang.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilang"Mereka boleh bergerak tetapi perlahan |
|
Enam pendaki hilang: Bapa ke Gerik dapatkan perkembangan SAR - Sinarharian - 7/09 6:05 pm SHAH ALAM - Bapa kepada ketua keluarga yang hilang bersama lima individu lain ketika menyertai ekspedisi pendakian laluan Gunung Trans Gerah (Trans GBB), Wan Zairudin Wan Ismail, 66, bertolak dari Shah Alam ke Gerik bersama isteri dan dua anak lelakinya pada Isnin.Wan Zairudin berkata, beliau bersama isterinya, Rusnani Embong, 65, serta dua anak, Ahmad Aiman, 24, dan Ahmad Ridwan, 38, dijangka tiba di Gerik malam ini bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain memberikan sokongan moral kepada pasukan yang terbabit."Saya dan isteri serta dua anak bertolak dari Saujana Alam Suria, Shah Alam ke Gerik dan dijangka tiba malam ini bagi mendapatkan berita terkini serta memberi semangat kepada semua anggota yang terlibat dalam operasi SAR ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.Enam individu yang masih hilang itu ialah anaknya, Wan Ahmad Aslam, 39; menantu, Siti Zulaiha Norizan, 39; dua cucu, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9; serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43.Kumpulan berkenaan memulakan ekspedisi dari Gua Musang, Kelantan menuju Kem Kemor, Perak pada 29 Ogos lalu dan sepatutnya keluar dari kawasan hutan pada Khamis lalu.Bagaimanapun, mereka kini sudah melepasi tempoh 10 hari berada di dalam hutan, sedangkan bekalan makanan yang dibawa hanya mencukupi untuk tempoh enam hingga tujuh hari.Hubungan terakhir dengan keluarga diterima pada 1 September lalu apabila Siti Zulaiha memaklumkan mereka sekeluarga berada dalam keadaan sihat sebelum komunikasi terputus.Operasi SAR kini dipergiatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan bantuan helikopter dan Unit Anjing Pengesan (K9), selain pasukan Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM) yang bersedia digerakkan jika diperlukan.Seramai 12 Malim Gunung Perhutanan (MGP) turut digerakkan dari Sungai Siput ke Pos Kemar menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi membantu operasi pencarian melalui laluan darat.Wan Zairudin berkata, keluarganya kini bimbang kemungkinan ada antara enam individu berkenaan mengalami kecederaan atau tidak mampu bergerak keluar dari kawasan hutan berikutan bentuk muka bumi laluan Trans GBB yang mencabar."Saya bimbang ada yang cedera, mungkin itu punca anak, menantu dan dua cucu gagal keluar dari hutan pada jam 3 petang Khamis lalu."Mereka juga sudah kehabisan makanan sebab bekalan dibawa hanya cukup untuk enam atau tujuh hari pendakian, tetapi kini sudah melepasi 10 hari," katanya.Menurutnya, lebih cepat operasi SAR dilakukan dapat membantu menyelamatkan mereka terutama bekalan makanan yang kini dipercayai sudah kehabisan.Beliau berkata, keluarga anaknya itu sepatutnya keluar hutan pada Khamis lalu dan kemudian pulang ke Yong Peng, kelmarin kerana dua cucu perlu bersekolah selepas cuti persekolahan berakhir semalam."Malangnya, sehingga kinitiada berita mengenai mereka dengan kali terakhir menantu menghantar mesej pendek kepada isteri saya pada 1 September memaklumkan mereka sekeluarga sihat dalam pendakian itu dan akan keluar di Kem Kemor di Perak dua hari selepas itu," katanya. |
|
Enam pendaki hilang di Trans GBB, operasi SAR guna aset darat, air, udara .. - Mygazette - 7/09 3:06 pm Kesemua mereka termasuk dua malim gunung sepatutnya tiba di Pos Kemar pada Khamis lalu namun sehingga kini gagal dihubungi. Dua malim gunung yang dikenal pasti adalah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, sementara identiti empat beranak itu adalah Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaikha Norizan, 39, serta dua anak mereka iaitu Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raief, 9 |
|
6 pendaki hilang termasuk kanak-kanak: Operasi pencarian tumpu laluan Perak, trek pendakian mencabar - Sinarharian - 7/09 2:04 pm GERIK Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam peserta ekspedisi pendakian merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa iaitu Gerah, Bilah, dan Bieh (Trans GBB) yang dilaporkan hilang kini ditumpukan di kawasan laluan sebelah Perak.Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, operasi berkenaan dilancarkan susulan laporan polis dibuat ahli keluarga selepas mereka gagal menerima sebarang khabar berita daripada kumpulan terbabit sehingga 6 September lalu.Beliau yang juga Komander Operasi SAR tersebut memaklumkan pencarian dibuat dengan penglibatan pelbagai agensi berkaitan."Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta untuk menjejaki kumpulan terbabit di kawasan laluan sebelah Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Operasi ini melibatkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak serta Malim Gunung Perhutanan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Abdul Samad berkata, kumpulan pendaki itu terdiri daripada empat lelaki berusia antara 39 hingga 49 tahun dan dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun.Katanya, mereka dilaporkan memulakan pendakian pada 29 Ogos dari kawasan Pos Dakoh, Gua Musang, Kelantan dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak pada 3 September lalu."Komunikasi terakhir kumpulan berkenaan dengan ahli keluarga adalah pada 1 September kira-kira jam 7.47 pagi dengan memaklumkan mereka berada dalam keadaan baik dan sedang bergerak menghala ke arah Perak."Bagaimanapun sehingga 6 September, ahli keluarga masih tidak menerima sebarang berita sebelum membuat laporan polis kerana bimbang terhadap keselamatan mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan keberadaan kumpulan terbabit supaya segera menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha pencarian.Katanya, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menjejaskan kelancaran operasi SAR.INFO Laluan Trans GBB yang merangkumi Gunung Gerah, Bilah dan Bieh di Banjaran Titiwangsa dianggap antara trek pendakian mencabar kerana melalui kawasan hutan tebal, hutan lumut serta laluan permatang yang curam.Ekspedisi itu merentasi sempadan Perak dan Kelantan dengan pendaki biasanya memulakan perjalanan sama ada melalui Pos Kemar, Perak atau Pos Dakoh, Kelantan.Melalui Pos Kemar, tempoh pendakian lazimnya mengambil masa antara empat hingga lima hari, manakala laluan dari Pos Dakoh pula sekitar tiga hingga empat hari dengan jarak trek kira-kira 44 kilometer.Trans GBB dikategorikan sebagai laluan pendakian bertaraf sangat sukar atau 'hardcore' dan tidak sesuai untuk pendaki baharu berikutan cabaran fizikal serta bentuk muka bumi yang mencabar.Pendaki juga berdepan perubahan ketinggian melebihi 2,600 meter dengan perjalanan antara lapan hingga 12 jam sehari melalui laluan turun naik yang curam.Selain itu, laluan tersebut bukan trek komersial dan jarang dilalui menyebabkan jejak pendakian tidak sentiasa jelas, sekali gus meningkatkan risiko tersesat atau laluan terhalang akibat pokok tumbang.Cabaran turut bermula sebelum memasuki hutan apabila pendaki perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk melalui jalan balak menuju ke pintu rimba.Sepanjang berada di kawasan hutan pula, pendaki berdepan ketiadaan liputan telefon, sekali gus menyukarkan komunikasi dengan pihak luar. |
|
'Keadaan kami baik' - Keluarga enam pendaki hilang terima mesej terakhir 1 September lalu - Sinarharian - 7/09 1:16 pm GUA MUSANG - "Keadaan kami baik dan cuaca sepanjang tiga hari ini tidak hujan."Itu mesej terakhir diterima ahli keluarga daripada enam individu termasuk sepasang suami isteri, dua anak mereka dan dua malim gunung sebelum komunikasi terputus ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini.Mesej berkenaan diterima pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu sebelum keenam-enam mereka gagal dihubungi sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di LojingKeluarga dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Dua malim gunung yang turut bersama kumpulan berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, masing-masing berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, selepas mesej terakhir berkenaan diterima, ahli keluarga tidak lagi menerima sebarang komunikasi daripada kumpulan tersebut."Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Menurutnya, siasatan awal mendapati kumpulan itu memulakan pendakian pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Katanya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung dari Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo berkata, pihaknya turut menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan pada Ahad bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak. |
|
Hilang ketika mendaki: Wan Ahmad Aslam, isteri dua anak masih belum ditemui - Sinarharian - 7/09 12:39 am GUA MUSANG - Sepasang suami isteri dan dua anak termasuk dua malim gunung masih belum ditemui selepas terputus komunikasi ketika melakukan pendakian Gunung Trans Gerah, Hutan Simpan Kekal Lojing di sini pada Isnin.Keluarga yang berasal dari Yong Peng, Johor itu dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri, Siti Zulaiha Norizan, 39, serta dua anak mereka, Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9.Serta dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 44, berasal dari Kuala Krai.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, laporan telah dibuat ahli keluarga di Balai Polis Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.57 pagi pada Ahad selepas mereka gagal menghubungi keenam-enam mangsa.ARTIKEL BERKAITAN:Enam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutanEnam individu hilang: Bomba sedang kumpul maklumat sebelum selaras tindakanTerputus hubungan, budak 9 tahun antara enam pendaki dikhuatiri hilangBomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing"Komunikasi terakhir diterima ahli keluarga daripada kumpulan berkenaan pada jam 7.47 pagi, 1 September lalu menerusi mesej yang memaklumkan keadaan mereka baik serta cuaca sepanjang tiga hari ketika itu tidak hujan."Bagaimanapun, selepas mesej tersebut, tiada lagi komunikasi diterima sehingga laporan polis dibuat," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ujar beliau, siasatan awal mendapati kumpulan itu mula mendaki pada 29 Ogos lalu dari Pos Dakoh dan dijangka keluar melalui Pos Kemar, Perak, pada 3 September.Jelasnya, pada 30 Ogos, seorang malim gunung Kelantan turut bertemu kumpulan berkenaan di Kem Lata Air sebelum mereka meneruskan perjalanan."Pada 31 Ogos, ahli keluarga turut menerima mesej memaklumkan kumpulan berkenaan berada dalam keadaan baik, namun perjalanan mereka sedikit lewat."Mereka turut memaklumkan sekiranya tidak sempat keluar pada Khamis, mereka mungkin perlu mencari bas lain dan dijangka sampai pada Jumaat," katanya.Choon Foo memberitahu, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai Perhutanan Kelantan semalam bahawa kumpulan berkenaan dipercayai sedang bergerak menuju ke arah Perak. |
|
Kelantan Fire Dept on standby to help in search for six hikers missing in Lojing - Sinardaily - 7/09 12:14 am KOTA BHARU - The Kelantan Fire and Rescue Department (JBPM) is on standby to assist in the search and rescue (SAR) operation for six hikers, including two children aged nine and 13, who remain missing after entering the Gunung Trans Gerah area in Lojing, Gua Musang.Its director Farhan Sufyan Borhan said four members of the departments Special Tactical Operations and Rescue Team (Storm), four firefighters from Gua Musang and six mountain guides from the district had been placed on standby."For now, we are on standby at the Gua Musang Fire and Rescue Station and will only be deployed if the Perak Fire and Rescue Department, which is leading the SAR operation, requires assistance, he told Bernama today.The six hikers are Shafiee Sidek, 49; Hazman Mamat, 43; Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39; Siti Zulaiha Norizan, 39; Diya Raisha Wan Ahmad Aslam, 13; and Ahmad Raef Wan Ahmad Aslam, nine.However, another individual listed on the hiking permit did not join the hike.Farhan Sufyan said the search operation is currently focused on the Perak side, as the group is believed to have entered the state and was reportedly seen by another group on Sept 1.He said if the group turns back and re-enters the trail from the Kelantan side, the team on standby will be deployed to assist in the SAR operation."Based on information from hikers, it normally takes about three days to cross all three mountains |
|
Bomba Kelantan siap siaga bantu SAR enam pendaki hilang di Lojing - Sinarharian - 7/09 10:58 am KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berada dalam mod siap siaga bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam pendaki termasuk dua kanak-kanak berusia sembilan dan 13 tahun yang masih belum keluar dari kawasan Gunung Trans Gerah, Lojing, Gua Musang.Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, empat anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM), empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang serta enam malim gunung kini dalam keadaan siap siaga."Mereka hanya akan digerakkan sekiranya terdapat keperluan daripada pihak Bomba Perak yang mengetuai operasi SAR," katanya kepada Bernama hari ini.Enam pendaki berkenaan ialah Shafiee Sidek, 49, Hazman Mamat, 43, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, Siti Zulaiha Norizan, 39, Diya Raisha Wan Ahmad Aslam, 13, dan Ahmad Raef Wan Ahmad Aslam, sembilan.Bagaimanapun, seorang lagi individu yang namanya terdapat dalam permit pendakian dilaporkan tidak hadir menyertai aktiviti berkenaan.Farhan Sufyan berkata, operasi ketika ini masih difokuskan di kawasan Perak selepas kumpulan berkenaan dipercayai telah memasuki negeri itu dan dilaporkan pernah berselisih dengan pasukan lain pada 1 September lepas.Beliau berkata sekiranya kumpulan berkenaan berpatah balik dan memasuki semula laluan dari Kelantan, pasukan yang disiagakan akan digerakkan bagi membantu operasi SAR."Berdasarkan maklumat daripada pendaki, kebiasaannya untuk merentasi ketiga-tiga gunung itu akan mengambil masa kira-kira tiga hari |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |