///
See Also: Shutterstock

Search : Jengka News   Page 1    



Dinie Hanis pegang baju nikah sambil menangis, detik terakhir bersama saya .. - Mygazette - 21/06 7:56 am

Busana putih yang sepatutnya dipakai untuk melangkah ke alam perkahwinan kini tinggal kenangan kerana tiada lagi senyuman di pelamin dan tiada lafaz akad yang dinanti. Semalam, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, meninggal dunia bersama adiknya, Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19, ketika dalam perjalanan dari rumah mereka di Sungai Gau ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka untuk berniaga mochi dan minuman Vietnam Gold di Dataran Jam





'Kami bercinta sejak zaman sekolah' - Tunang imamkan jenazah Dinie Hanis - Sinarharian - 20/06 8:15 pm

TEMERLOH Seorang anggota tentera yang bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan terpaksa mengimamkan solat jenazah tunangnya, Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, selepas wanita itu maut dalam kemalangan jalan raya bersama adiknya di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka berhampiran Felda Jengka 19 pada Jumaat.Lebih menyayat hati, pasangan itu hanya tinggal beberapa hari sebelum disatukan sebagai suami isteri selepas tujuh tahun mengenali antara satu sama lain.Tunang mangsa, Mohamad Alif Iskandar Azhar, 24, berkata, mereka sedang menghitung hari menanti detik bahagia itu selepas segala persiapan perkahwinan disiapkan sepenuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik perempuan maut dalam nahasJenazah dua beradik maut nahas dikebumi satu liang lahad"Kami sudah membuat bayaran untuk tempahan lokasi majlis di sebuah hotel di Temerloh, katering dan persalinan





Terbayang lambaian, ucapan selamat tinggal terakhir 2 anak sebelum maut kemalangan - Sinarharian - 20/06 3:46 pm

TEMERLOH "Mereka sempat melambai tangan dan mengucapkan selamat tinggal berulang kali sebelum menaiki kenderaan untuk ke tempat berniaga petang semalam."Lambaian mereka agak berbeza semalam walaupun memang begitu setiap kali hendak ke mana-mana. Rupanya itu lambaian terakhir mereka."Demikian luah Nurul Alhana Othman, 48, ibu kepada Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, yang maut bersama adiknya, Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19, dalam nahas dua kenderaan di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat.Ibu kepada enam anak itu kini berdepan trauma mendalam selepas kehilangan dua anak perempuan serentak dalam nahas tersebut.Nurul Alhana, yang kematian suami kira-kira dua tahun lalu, berkata dua anaknya itu merupakan insan yang berbakti dan banyak berkorban membantu keluarga selepas ayah mereka meninggal dunia.Katanya, anak kedua dan keempat itu membantunya berniaga makanan di pasar malam dan tapak perniagaan lain termasuk jualan car boot sale di Bandar Jengka."Saya sudah lama tidak keluar berniaga, jadi Dinie Hanis dan adiknya yang membantu berniaga mencari rezeki buat keluarga."Saya dah hampir empat atau lima tahun duduk di rumah





Dua beradik perempuan maut selepas gagal memotong motosikal - Mygazette - 20/06 3:41 pm

# Dua beradik perempuan maut selepas gagal memotong motosikal MARAN Gara-gara tidak lepas memotong sebuah motosikal, dua adik perempuan dalam kemalangan ngeri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 24, Jalan TemerlohBandar Jengka di sini malam tadi





'Kami sepatutnya nikah Jumaat depan' - Tunang Dinie Hanis - Sinarharian - 20/06 2:48 pm

TEMERLOH - Hasrat Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, mendirikan rumah tangga bersama seorang anggota tentera Jumaat minggu depan tidak kesampaian apabila dia dan adiknya, Dinie Nasuha, 19, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat.Tunang mangsa, Mohamad Alif Iskandar Azhar, 24, berkata, mereka berdua menghitung detik menunggu saat bahagia itu selepas semua persiapan siap sepenuhnya."Kami sudah buat bayaran untuk tempahan tempat majlis di sebuah hotel di Temerloh, katering dan persalinan namun segala yang diimpikan selama tujuh tahun perkenalan berakhir begini."Walaupun masih terkejut dengan kematiannya, saya tetap reda dengan takdir yang sudah ditentukan ALLAH," katanya.Mohamad Alif Iskandar ditemui selepas selesai majlis pengebumian jenazah tunang dan bakal adik iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gau Baru di sini pada Sabtu.Anggota tentera yang bertugas di Kuala Lumpur itu berkata, mereka sudah merancang tema pakaian pengantin berwarna putih untuk majlis perlahwinan nanti.ARTIKEL BERKAITAN:Dua beradik perempuan maut dalam nahasJenazah dua beradik maut nahas dikebumi satu liang lahad"Pilihan warna putih dipilih kerana sesuai dengan pakaian istiadat tentera yang bakal saya pakai pada hari bahagia itu."Segala yang kami rancang dan siapkan itu kini tidak tinggal kenangan," katanya dengan nada sayu.Berkongsi saat terakhir bersama arwah tunangnya itu, Mohamad Alif Iskandar berkata, dia sudah mengambil cuti sempena majlis tersebut."Semalam (Jumaat) dia ada hubungi melalui telefon sebelum keluar ke tempat berniaga di Bandar Jengka."Dia berpesan supaya berhati-hari memandu sebelum menamatkan panggilan





Jenazah dua beradik maut nahas dikebumi satu liang lahad - Sinarharian - 20/06 1:50 pm

TEMERLOH - Jenazah dua beradik yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Bandar Jengka dekat Felda Jengka 19 pada Jumaat selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gau Baru di sini pada Sabtu.Proses pengebumian jenazah Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan adiknya Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19, selesai sepenuhnya kira-kira jam 12 tengah hari.Sebelum itu, jenazah anak kedua dan keempat dari enam beradik itu dibawa dari Hospital Jengka kira-kira jam 10 pagi ke Masjid Nurul Iman Kampung Gau Baru untuk disembahyangkan.Suasana pilu menyelubungi proses pengebumian yang dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai serta penduduk setempat untuk memberikan penghormatan terakhir.Dinie Hanis dan adiknya Dinie Nasuha maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Ulser dinaiki dalam perjalanan ke tempat berniaga bertembung dengan kereta di lokasi kejadian.Siasatan awal polis mendapati kemalangan kira-kira jam 7.25 malam itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala Bandar Jengka bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia dari arah bertentangan.Kemalangan itu menyebabkan dua beradik terbabit maut di tempat kejadian dan pemandu kereta dilaporkan parah.Mayat kedua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat manakala pemandu kereta pula dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut.





2 beradik maut kemalangan: 'Saya bercinta dengan Dinie Hanis sejak bangku .. - Hmetro - 20/06 12:56 am

Temerloh: Tidak sampai seminggu lagi untuk dinikahkan, cinta hati kepada Mohamad Alif Iskandar Azhar pergi buat selama-lamanya selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 24, Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Jengka 19, semalam





Dua beradik perempuan maut dalam nahas - Sinarharian - 19/06 10:29 pm

KUANTAN - Dua wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Besar Jengka 19, berhampiran sebuah kolam pancing di Jengka pada Jumaat.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa yang maut dipercayai dua beradik berusia 19 dan 23 tahun.Menurutnya, pihak bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.47 petang."Bertindak atas panggilan yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai."Ketika anggota tiba, didapati kedua-dua mangsa tersepit di dalam MPV jenis Toyota Unser yang terbalik dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, mangsa yang berada di dalam kereta jenis Perodua Axia tidak dapat dikenal pasti kerana telah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan bomba."Anggota bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan yang terbalik dengan menggunakan peralatan khas menyelamat."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.





Pegawai media TPM antara tujuh cedera kemalangan di LPT - Sinarharian - 19/06 5:58 pm

KUANTAN Tujuh individu termasuk seorang pemandu dan tiga pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, awal pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dan dua lori masing-masing jenis Foton dan Hicom.Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati Toyota Fortuner berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur..Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Foton secara tiba-tiba mengubah haluan ke kanan jalan."Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Fortuner tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan."Dalam masa sama, sebuah lagi lori jenis Hicom yang berada di lokasi cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas serta melanggar besi penghadang jalan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, akibat kemalangan itu kesemua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk rawatan lanjut.Menurut Kim Wai, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan lori Foton yang mengubah haluan secara mengejut sehingga menyebabkan perlanggaran.Katanya, kes disiasat di bawah Rule 6 (1) LN 166/59.Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Maran, Sarjan Mohd Junaidi Jamat di talian 019-4544864 atau hadir ke balai polis berhampiran.Terdahulu, Ahmad Zahid dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pegawai medianya terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.Bagaimanapun, Ahmad Zahid memaklumkan semua yang terlibat dalam insiden tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.



Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut - Mypress - 31/05 2:22 pm

KUANTAN – Kira-kira 500 ahli UMNO Bahagian Jerantut menyertai pelancaran program Gerakan Setia UMNO yang berlangsung di padang awam FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, lewat petang semalam



Tradisi tahunan Aidiladha, FELDA Jengka 24 korban 40 lembu, kerbau - Mypress - 27/05 4:49 pm

KUANTAN – Warga peneroka FELDA Jengka 24, dekat Jerantut meneruskan tradisi tahunan dengan melaksanakan ibadat korban mega di kawasan tanah rancangan itu




Reformasi     >>



Tun Faisal dedah dilema PN: Bincang dalam mesyuarat, .. - Harapandaily
Menjelang mesyuarat tergempar Perikatan Nasional (PN) malam ini, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan sama ada gabungan itu benar-benar membuat keputusan secara kolektif atau sekadar menunggu lampu hijau daripada Pas. Beliau ..
Kroni     >>



Brazil hilang Raphinha, Neymar dijangka kembali beraksi - Utusan
BASKING RIDGE: Brazil perlu segera mencari penyelesaian selepas kehilangan tonggak serangan, Raphinha yang mengalami kecederaan paha kanan ketika aksi Kumpulan C Piala Dunia, Sabtu lalu. Pemain tengah Brazil, Lucas Paqueta berkata, ketiadaan pemain sayap Barcelona itu amat dirasai namun ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Sepanyol Garang Belasah Arab Saudi, .. - Vocket
Selepas dikejutkan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan, Sepanyol kembali menunjukkan status mereka sebagai antara pilihan utama Piala Dunia 2026... The post Piala Dunia 2026: Sepanyol Garang Belasah Arab Saudi, Lamine Yamal Buka Akaun Gol appeared ..
Tech     >>



Sunday Reboot: The right marketing, the wrong changes - Appleinsider
In this week's "Sunday Reboot," Beats subverts the World Cup, and GymKit and Malcolm's gym are updated in opposite ways. Jamal Musiala with some taped Beats - Image Credit: Instagram/Beats/Jamal Musiala Sunday Reboot is a weekly column covering some of the lighter stories within the Apple ..
World     >>



Whats next in the Strait of Hormuz crisis? - Aljazeera
Iranian armed forces say they've closed the vital waterway after Israeli attacks on Lebanon.
Motor Trend     >>



Motosikal Zxmoto 820rr Lancar Di Malaysia September .. - Mekanika
# ZXMOTO 820RR LANCAR DI MALAYSIA SEPTEMBER INI - HARGA BAWAH RM40K **Ketua Pegawai Operasi MForce Bike Holdings, Asri Ahmad mengumumkan bahawa pelancaran motosikal jenama ZXMoto akan diadakan pada 13 September ini.** Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis perasmian MForce Smart Shop pertama ..