///
See Also: Shutterstock

Search : Air Selangor News   Page 1    





Mi Le Garden nafi bil air RM36, dakwa ada isu teknikal - Sinarharian - 7/11 5:34 pm

SHAH ALAM - Mi Le Garden menafikan dakwaan bahawa bil air bulanan pusat penginapan mereka di Sekinchan pernah sebanyak RM36 sebulan.Mi Le Garden memaklumkan, mereka sentiasa menjelaskan bayaran bil air dengan jumlah sebenar mencecah ribuan ringgit."Untuk makluman, syarikat kami sentiasa menjelaskan bayaran bil air tepat pada masanya setiap bulan dengan jumlah bayaran sebenar mencecah ribuan ringgit."Isu yang dibangkitkan berpunca daripada masalah teknikal dan bukan disebabkan sebarang kecuaian atau tindakan disengajakan oleh pihak kami," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Sinar Harian pada Khamis melaporkan sebuah resort mewah di Sekinchan didapati terlibat dalam aktiviti curi air dipercayai sejak premis itu memulakan operasi setahun lalu.Dalam operasi yang dilakuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Air Selangor mendapati terdapat penyambungan paip haram sepanjang lebih kurang 600 meter dari paip utama yang disalur masuk ke dalam resort berkenaan.Pengarah Komunikasi Strategik SPAN, TS Mohd Fazil Ismail berkata, pemilik premis akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) pindaan 2025 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Premis itu juga katanya, didapati melakukan kesalahan memasang pam air selepas meter bagi menarik tekanan air untuk mengisi tangki simpanan, yang jelas melanggar Kaedah 45, Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014.Sepatutnya beliau berkata, pam air tersebut perlu dipasang selepas tangki simpanan dan pemilik premis memaklumkan tidak mengetahui kesalahan berkenaan.





Luxury resort exposed for illegal water connection that slashed monthly bill to RM36 - Sinardaily - 6/11 10:19 am

KUALA SELANGOR A resort in Sekinchan appears serene amid green paddy fields, yet investigations reveal it had been benefiting from illicit water supply for a year.Authorities found the premises were linked to an illegal connection that drastically cut its water charges, with bills dropping to as low as RM36 a month.The same water theft activity was also detected at two other locations, namely a fishing pond in Desa Kemuning, Shah Alam and a logistics depot in Klang that used stolen water to wash lorries and excavators.The owners carried out this modus operandi to gain huge profits by stealing water through illegal underground connections from the main pipeline.But eventually, every cunning act was exposed.Operational checks by the Energy Transition and Water Transformation Ministry (Petra), through its agency, the National Water Services Commission (Span), together with Air Selangor, uncovered activities that caused millions of ringgit in losses to the state water operator each year.Sinar, which also followed the simultaneous raids at the three locations, reported that the operation was conducted after several weeks of technical monitoring following unusual drops in water pressure in the affected areas.According to Span Strategic Communications Director Ts Mohd Fazil Ismail, the operation was coordinated after receiving reports from Air Selangor.Surveillance began from complaints by users and operators about a sharp drop in water pressure.Investigations showed suspicious connections at the three premises, he told Sinar, recently.He said Air Selangors technical team used a digital system to detect inconsistent water flow patterns.He explained that unusually low meter readings compared to actual usage indicated that something was wrong.After confirmation, a Span enforcement team obtained warrants and conducted raids with Air Selangor officers to identify the real source of water loss in the area.600 metres of illegal pipelinesInspection at the Sekinchan resort revealed fraudulent water usage, with an illegal pipe connection installed outside the perimeter fence.The resorts water bill had once dropped to RM36 a month, an illogical amount for a premises with more than 40 rooms priced between RM120 and RM500, complete with an event hall and cafe.Based on average usage, the resort should have been paying around RM3,000 a month, considering it often reached 100 per cent occupancy during peak seasons.Air Selangors earlier investigation found three pipes channelled into the premises, although one of them had been disconnected on the day of the raid.The owner claimed to be unaware of the illegal connection, saying he had only started the business after taking over the building from a previous swiftlet-nesting operator.Span and Air Selangor took nearly six hours to trace the actual illegal connection from the main pipeline located about 600 metres away.Fazil said the owner would face action under Section 123 of the Water Services Industry Act 2006, which carries a penalty of up to RM1 million or imprisonment for up to 10 years, or both, if found guilty.The premises was also found to have installed a water pump after the meter to draw water into the storage tank, a clear violation of Rule 45 of the Water Services Industry Rules (Water Reticulation and Pipe Installation) 2014.The pump should have been installed after the storage tank and the owner claimed to be unaware of the offence.The operator (Air Selangor) previously received complaints about meter damagefive times





Curi air: Pengusaha komersial penyumbang utama kerugian Air Selangor - Sinarharian - 6/11 9:10 am

SHAH ALAM Sebanyak 1,622 kes kecurian air dikesan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sejak 2020, menjadikan kawasan ini antara yang paling tinggi mencatatkan aktiviti sambungan tidak sah bekalan air terawat.Menurut Ketua Hal Ehwal Korporat Air Selangor, Muhamad Anwar Zamree, menerusi 57,724 laporan diterima sejak lima tahun lalu, sebahagian besar melibatkan pengguna komersial dan pengusaha yang mengambil kesempatan terhadap bekalan awam.Beliau berkata, perbuatan itu menyebabkan Air Selangor menanggung kerugian bernilai RM2.45 juta bermula Januari hingga September tahun ini."Daripada jumlah itu, kami telah mengeluarkan 165 surat tuntutan dan berjaya memulihkan semula RM1.12 juta hasil tindakan undang-undang serta rundingan bayaran balik," katanya ketika ditemui pada operasi bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Desa Kemuning di sini.Beliau berkata, operasi itu sebahagian daripada usaha berterusan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi membanteras kegiatan kecurian air di Selangor.Katanya, tindakan kali ini memfokuskan resort, kolam pancing dan depoh logistik yang dipercayai menggunakan air curi bagi operasi harian masing-masing."Sebagai contoh hanya satu meter berdaftar digunakan di kolam pancing tersebut, namun akaun itu sudah lama tidak aktif





Resort mewah curi air, bil pernah RM36 sebulan! - Sinarharian - 6/11 8:00 am

KUALA SELANGOR Sebuah resort di tengah-tengah kawasan sawah padi di Sekinchan ini tampak tenang dan memukau dengan pemandangan sekeliling menghijau yang menjadi tumpuan pengunjung setiap hujung minggu.Namun di sebalik keindahan itu, tersembunyi kegiatan licik di mana terdapat sambungan paip air haram yang membolehkan premis tersebut menikmati caj penggunaan air yang sangat rendah sejak bermulanya operasi mereka, setahun lalu.Kegiatan curi air yang sama turut dikesan di dua buah lokasi iaitu sebuah kolam memancing di Desa Kemuning, Shah Alam serta depoh logistik di Klang yang menggunakan air curi untuk mencuci lori dan jengkaut.Modus operandi berkenaan dilakukan pemiliknya untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan cara mencuri air melalui penyambungan haram dalam tanah dari saluran paip utama.Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Hasil risikan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui agensinya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Air Selangor, akhirnya membongkar kegiatan yang merugikan jutaan ringgit setahun kepada operator air negeri.Sinar Harian yang turut mengikuti serbuan serentak di tiga lokasi itu dijalankan selepas beberapa minggu pemantauan teknikal berikutan penurunan tekanan air luar biasa di kawasan terbabit.Menurut Pengarah Komunikasi Strategik SPAN, Ts Mohd Fazil Ismail, operasi tersebut diselaraskan selepas laporan diterima daripada Air Selangor."Risikan bermula daripada aduan pengguna dan operator tentang tekanan air yang menurun mendadak




Reformasi     >>



Bekas hakim: Sekatan Fifa pada FAM, pemain kesilapan .. - Mkini
Fifa tidak mempunyai kuasa menentukan dokumen kerajaan yang sahih - walaupun terdapat percanggahan - telah dipalsukan, kata Hamid Sultan Abu Backer.
Kroni     >>



Rombakan Kabinet: Anwar berseloroh minta kemuka senarai - Utusan
PUTRAJAYA: Di sebalik spekulasi rombakan Kabinet berlaku dalam tempoh terdekat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sikap mengunci mulut. Ketika ditanya pemberita selepas merasmikan ucapan penutup Festival Idea Putrajaya (FOI) 2025, Anwar secara berseloroh meminta pihak media ..
Tabloid     >>



Ada Masalah Lari Rumah, Rupanya Nak Duduk Dengan Bibik .. - Rotikaya
Adik kepada Dr Afifah Hidayah dikenali sebagai Zaim Tawfek mempertahankan kakaknya susulan kemelut rumah tangga dengan penyanyi Nubhan. Menerusi komen ditinggalkan di Threads, Zaim meminta kakaknya untuk tidak meratapi lelaki... Baca selanjutnya → The post Ada Masalah Lari Rumah, ..