///
See Also: Shopee Pay Promo Referral Code 225M4ULL7

Search : Aadk News   Page 1    



AADK backs mandatory drug screening for all Malaysia Airlines pilots, cabin crew - Malaymail - 8/08 4:51 pm

JERTIH, Aug 8 The National Anti-Drug Agency (AADK) supports the move by Malaysia Aviation Group (MAG)...





Drug abuse cases involving children on the rise in Terengganu - FMT - 8/08 4:51 pm

AADK director-general Ruslin Jusoh says seven children aged 10 to 14 were involved in drug-related cases in the first quarter of 2026.





Pasangan warga emas penagih dadah lebih 30 tahun ditahan - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# Pasangan warga emas penagih dadah lebih 30 tahun ditahan KUANTAN - Pasangan suami isteri warga emas merupakan antara 191 individu didapati positif dadah ketika serbuan Ops Cegah Khas yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serentak di seluruh negara selama tiga hari bermula 4 Ogos lepas





AADK seru pengguna dadah tampil sukarela dapatkan rawatan dan pemulihan - Mygazette - 7/08 3:30 pm

# AADK seru pengguna dadah tampil sukarela dapatkan rawatan dan pemulihan KUANTAN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyeru mana-mana pihak terjebak dengan gejala penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan bahan agar tampil secara sukarela bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan





30 tahun ketagihan dadah, suami isteri warga emas ditahan AADK - Sinarharian - 7/08 1:19 pm

KUANTAN Tindakan sepasang suami isteri warga emas menyembunyikan ketagihan dadah kira-kira 30 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediaman mereka di Jalan Gambang.Pasangan yang berusia 67 dan 59 tahun antara 1,209 individu didapati positif dadah ditahan di dalam operasi yang diadakan serentak di seluruh negara sepanjang tempoh tiga hari yang berakhir pada Khamis.Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, pasangan warga emas itu tidak bekerja dan perbelanjaan harian mereka ditanggung lima anak berusia antara 24 hingga 31 tahun.Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pasangan itu dikategorikan sebagai penagih baharu kerana mereka pertama kali dikesan pihak AADK ."Apabila kita selidik mereka sebenarnya telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan bahan selama kira-kira 30 tahun."Alhamdulillah, kali ini kita dapat tahan dan insya-ALLAH, AADK akan membantu mereka melalui program rawatan serta pemulihan supaya dapat kembali berfungsi dalam komuniti," katanya pada sidang akhbar di pejabat AADK Pahang di Indera Mahkota di sini pada Jumaat.Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Hamizan Haidzir dan Pengarah AADK Pahang, Aman Mustapha.Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 1,606 individu ditahan dengan 1,209 orang didapati positif dadah atau bahan membabitkan 1,153 lelaki dan 56 wanita.Jelasnya, di Pahang, seramai 254 individu ditahan dengan 191 orang didapati positif dadah atau bahan."Seramai 131 orang daripadanya merupakan penagih baharu yang dikesan."Daripada jumlah positif itu, seramai 183 ialah lelaki manakala lapan lagi wanita," jelasnya.Menurut Mahadzir, metamphetamine atau syabu kekal menjadi dadah paling dominan digunakan di Pahang apabila 145 individu didapati positif, diikuti opiat seramai 36 orang.Ujarnya, di Kuantan merekodkan jumlah tangkapan tertinggi di negeri itu iaitu 67 orang, diikuti Rompin dengan 28 tangkapan.Mahadzir memberitahu, AADK turut memberi tumpuan terhadap kawasan Felda apabila seramai 66 individu didapati positif dadah di enam daerah sepanjang operasi berkenaan.Selain itu, katanya, pihaknya turut menerima aduan berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan dalam komuniti Orang Asli apabila operasi di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Runchang berjaya menahan 12 individu."RPS Runchang sebelum ini telah dimasuki sebanyak dua kali dan dalam operasi pertama kita menahan 30 individu."Gejala penagihan dalam kalangan Orang Asli agak membimbangkan dan selepas ini kita akan memberi tumpuan kepada pendidikan pencegahan secara berkomuniti bagi membantu mereka," katanya.Sehubungan itu, beliau menyeru individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau bahan supaya tampil secara sukarela mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan sebelum dikenakan tindakan perundangan."Sebenarnya perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela ini lebih selamat dari segi masa depan serta pekerjaan mereka."Kita memang menyeru rakan-rakan kita yang masih berada di luar dan terjebak dengan masalah ini supaya tampil mendapatkan bantuan sebelum ditangkap secara perundangan."Dengan cara itu, mereka boleh menerima rawatan yang lebih baik untuk kembali berfungsi dalam masyarakat," katanya.





Kakitangan AADK dipenjara 10 tahun sebabkan kematian tanpa niat - Sinarharian - 6/08 2:52 pm

SUNGAI PETANI - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap seorang lelaki, lima tahun lalu.Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S Narkunavathy membuat keputusan itu ke atas tertuduh, Md Ilyas Syahmi Ibnu, 39, yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Selepas pembelaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes tanpa sebarang keraguan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Bagaimanapun, hakim mensabitkan tertuduh mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.Dalam kes ini, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun kepada tertuduh bermula tarikh ditangkap, 20 September 2021.Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.Dalam pada itu, Naran Singh berkata, pihaknya telah menerima arahan daripada anak guamnya untuk mengemukakan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan mahkamah.Bagaimanapun, hukuman penjara terhadap tertuduh diteruskan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.Sebelum ini, tertuduh didakwa menyebabkan kematian ke atas Zahari Ayub, 24, di hadapan Bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Sungai Petani.Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 10.40 malam 18 Julai 2021 hingga jam 1.34 pagi 20 Julai 2021.Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara selama 30 hingga 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika tidak dihukum mati.





Authorities dismiss Bangi escape rumour after four drug rehabilitation inmates rearrested in Perak - Malaymail - 30/07 11:55 am

KUALA LUMPUR, July 30 The National Anti-Drugs Agency (AADK) has confirmed that four inmates from the Perlop Narc...





4 penghuni PUSPEN lari sudah ditahan, dakwaan berada di Bangi tidak benar - Sinarharian - 30/07 9:01 am

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menafikan dakwaan tular yang mendakwa empat penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Perlop, Perak yang melarikan diri berada di sekitar Bandar Baru Bangi serta membahayakan orang ramai.Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, keempat-empat penghuni terbabit sebenarnya telah berjaya ditangkap semula di sekitar daerah Sungai Siput, Perak hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.Menurut beliau, insiden kelarian itu berlaku pada Jumaat lalu melibatkan penghuni PUSPEN Perlop."Susulan kejadian itu, tersebar mesej yang mendakwa penghuni terbabit berada di sekitar Bandar Baru Bangi dan dianggap berbahaya kepada orang ramai sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk."Bagaimanapun, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana kesemua penghuni berkenaan hanya berada di sekitar daerah Sungai Siput sebelum berjaya ditangkap semula," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ruslin berkata, AADK kini menjalankan siasatan dalaman secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan, termasuk kemungkinan berlaku kecuaian atau ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).Katanya, tindakan tatatertib dan undang-undang akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian dalam kalangan kakitangan yang terlibat.Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia boleh mencetuskan keresahan awam."Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta peruntukan undang-undang lain yang berkuat kuasa," katanya.





120 kes kemalangan maut sejak 2023 kerana pemandu mabuk, dadah - Sinarharian - 29/07 7:15 pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 120 kes kemalangan maut yang direkodkan sejak tahun 2023 hingga Jun lalu berpunca daripada pemandu mabuk dan penyalahgunaan dadah.Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, berdasarkan rekod pihaknya, 94 kes adalah membabitkan penyalahgunaan dadah manakala baki 26 kes lagi adalah olah pemandu mabuk.Menurutnya, sebanyak 1,634 Op Mabuk telah dilaksanakan sepanjang enam bulan pertama tahun ini dengan 949 tangkapan berbanding 692 operasi yang dilakukan dalam tempoh sama tahun lalu membabitkan 930 tangkapan sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 942 operasi."Lima kontinjen yang mencatatkan tangkapan tertinggi dalam Op Mabuk tahun ini ialah Kuala Lumpur dengan 268 individu, Johor (223 individu), Selangor (182 individu), Sabah (95 individu) dan Sarawak (62 individu)."Polis serius terhadap langkah penguatkuasaan secara berterusan dalam mengesan pengguna-pengguna jalan raya yang didapati mabuk dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Rabu.Beliau berkata, pihak JSPT akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) dan juga Peguam Negara, untuk menyemak dan meneliti semula hukuman sedia ada kepada yang lebih berat.Jelasnya, JSPT tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah kerana perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang malah berpotensi mengakibatkan kemalangan maut serta kehilangan harta benda pada pengguna jalan raya yang tidak bersalah."Tiap-tiap minggu saya keluarkan arahan kepada semua pegawai dan anggota JSPT untuk sentiasa laksanakan Op Mabuk, tiada kontinjen yang terkecuali."Berdasarkan statistik, kami dapati kemalangan akibat pemandu mabuk banyak terjadi, jadi kami tingkatkan lagi operasi penguatkuasaan termasuk sekatan jalan raya (SJR) dan akhirnya kami dapati ramai pengguna jalan raya yang masih tidak sedar bahawa bahayanya memandu dalam keadaan mabuk dan dipengaruhi dadah," ujarnya.Dalam perkembangan berkaitan, JSPT pada masa ini sedang bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJK), dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), berhubung penggunaan kit ujian air liur bagi mengesan pemandu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Pada 26 Jun lalu, media melaporkan Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata bahawa pihak polis akan menggunakan kit ujian air liur di lokasi SJR, untuk mengesan pemandu dan pengguna cecair dadah sintetik jenis 'Piu-Piu' serta Magic Mushroom.Langkah itu diambil berikutan kes kemalangan yang banyak membabitkan pengguna jalan raya yang khayal akibat menggunakan dadah sintetik berkenaan yang dicampurkan dalam rokok peranti elektronik atau vape.Kata Muhammed Hasbullah, JSPT akan terus memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan dan perundangan terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol selaras dengan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."Dalam tempoh enam bulan ini (sehingga Jun), JSPT membuka 1,040 kertas siasatan trafik bagi Seksyen 45A APJ 1987 dengan 589 kes dituduh di mahkamah dan 414 kes telah dijatuhkan hukuman," ujarnya.Tegasnya, orang ramai diingatkan tidak memandu selepas mengambil minuman beralkohol serta gunakan perkhidmatan e-hailing, teksi atau pengangkutan awam sekiranya telah mengambil alkohol."Ahli keluarga dan rakan-rakan digalakkan menghalang individu yang mabuk daripada memandu," ujarnya.



Kes buli: Sekolah perlu kekal tempat paling selamat untuk pelajar - Saifuddin - Sinarharian - 22/07 8:38 pm

KULIM Sekolah perlu terus kekal sebagai tempat paling selamat untuk anak-anak menimba ilmu, dengan setiap insiden yang mengancam keselamatan termasuk kes buli diberi perhatian serius dan ditangani sewajarnya.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagi memastikan hasrat itu tercapai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memainkan peranan memantau aspek keselamatan di sekolah."Cuma kalau ianya melibatkan isu keselamatan, ya, kita memang ikhtiar polis, kita ada pegawai perhubungan sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai polis, di KDN juga kita hantar pegawai pada AADK."Bagi sekolah-sekolah ini, mereka diberikan tanggungjawab untuk mengawasinya dalam semua aspek termasuk insiden buli, jadi bukan saja soal keselamatan bab buli juga," katanya ketika melawat lokasi kebakaran membabitkan asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, di sini, pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden buli membabitkan pelajar termasuk kejadian di Cheras baru-baru ini.Dalam kejadian itu, empat pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas disyaki terlibat memukul seorang remaja sehingga menyebabkan mangsa parah.Menurut Saifuddin, pemantauan di sekolah tidak hanya tertumpu kepada kes buli, sebaliknya merangkumi semua insiden yang melibatkan keselamatan pelajar."Jadi, bukan sahaja soal keselamatan berkaitan buli, malah termasuk juga satu dua insiden lain yang berlaku misalnya pelajar terjatuh di sekolah seperti insiden di Kuala Nerang baru-baru ini yang masih lagi dalam siasatan pihak polis."Sama ada insiden pelajar terjatuh ataupun kes buli, semuanya termasuk dalam tanggungjawab berkaitan keselamatan sekolah dan ini memang menjadi tanggungjawab pasukan polis," katanya.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, bantuan tunai segera RM500 kepada 116 pelajar yang terjejas dalam kebakaran asrama itu diharap dapat meringankan beban mereka memandangkan ada dalam kalangan pelajar tidak sempat menyelamatkan harta benda dan tinggal sehelai sepinggang."Pada masa sama, dengan persetujuan Perdana Menteri yang saya laporkan insiden ini kepada beliau tadi, saya memohon supaya peruntukan segera sebanyak RM200,000 dapat diberikan bagi tujuan membina bangunan sementara."Pada masa yang sama juga, pejabat saya sendiri memberikan bantuan tunai segera kepada PIBG sekolah sebanyak RM10,000," katanya.Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut menggerakkan perkhidmatan van bergerak ke sekolah berkenaan bagi membantu pelajar yang kehilangan dokumen pengenalan diri menguruskan penggantian dokumen tanpa perlu hadir ke pejabat JPN.



Ramai penagih di Selangor 'pilih' syabu - Sinarharian - 20/07 5:56 pm

KAJANG - Methamphetamine atau syabu merupakan dadah paling banyak digunakan penagih di Selangor.Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, Nazir Mohamad berkata, statistik pihaknya tahun ini bagi tempoh enam bulan bermula Januari mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 464 operasi dengan 2,158 tangkapan berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu 301 operasi dengan 1,413 tangkapan.Menurutnya, berdasarkan perbandingan kedua-dua tahun bagi tempoh sama itu, dadah methamphetamine kekal sebagai dadah utama."Ini diikuti heroin, ganja dan selebihnya lain-lain seperti benzo, MDMA serta ketamin."Bagi taburan tangkapan pula, daerah Hulu Langat paling tinggi direkodkan pada tahun 2025 iaitu 295 orang, manakala tahun ini Klang tertinggi dengan 429 orang."Bagi tahun ini, kategori umur 17 hingga 30 tahun paling tinggi tangkapan dicatatkan dengan 34 peratus atau 700 orang, manakala tahun lepas usia 31 hingga 40 paling banyak dicatatkan iaitu 522 orang (37 peratus)," katanya semasa berucap di Majlis Penghargaan Media dan Jalinan Strategik AADK Selangor di sini pada Isnin.Beliau berkata, trend penagihan dadah semakin kompleks, jenis dadah baharu dan mencabar memerlukan modul rawatan pemulihan selain pendekatan yang holistik serta kontemporari.Jelasnya, tahun ini setakat Jun, jumlah klien Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) Selangor merekodkan 5,093 orang iaitu 4,760 lelaki, 332 wanita serta seorang transgender."Pemeriksaan ke atas klien terbabit mendapati 30 orang merupakan pesakit mental, muallaf (24 orang), HIV (19 orang), terlantar (5 orang) dan orang kurang upaya (10 orang)," ujarnya.Beliau berkata, AADK melaksanakan penguatkuasaan undang-undang kepada penagih dadah yang enggan mendapatkan rawatan secara sukarela.Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Zainudin Abdullah berkata, tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi melindungi masyarakat dan memastikan individu yang terlibat dibawa masuk ke dalam sistem rawatan."Namun matlamat akhirnya bukan semata-mata untuk menangkap atau menghukum, tetapi untuk membuka jalan kepada rawatan, pemulihan dan perubahan kehidupan."Selain daripada usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah, AADK juga turut menguatkuasakan undang-undang melalui penguatkuasaan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)," ujarnya.Kata Zainudin, pihaknya turut mengalukan mereka yang mempunyai masalah penagihan untuk hadir ke AADK bagi mendapatkan rawatan secara sukarela yang tidak melibatkan perintah mahkamah."Saya ingin mengulangi bahawa kejayaan kita dalam membanteras dadah tidak boleh dipikul oleh AADK semata-mata."Kita memerlukan kerjasama semua, pihak media, rakan pintar jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO), Pusat Pemulihan Persendirian, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah dan seluruh komuniti," ujarnya.



Op Samseng Jalanan: Tujuh motosikal disita, satu kes rempit dibuka - Mygazette - 20/07 8:01 am

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, operasi tersebut bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan, mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas serta meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya demi keselamatan pengguna. Katanya, operasi berkenaan turut mendapat kerjasama strategik daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)



'Port' samseng jalanan di Klang digempur lagi - Sinarharian - 19/07 5:07 pm

KLANG - Lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan panas aktiviti samseng jalanan dengan aksi berbahaya di Lebuh Turi, Persiaran Raja Muda Musa, di sini digempur dalam Op Samseng Jalanan pada Ahad.Operasi itu digerakkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bermula pada jam 12.01 tengah malam.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, sebanyak 13 motosikal bersama penunggangnya telah diperiksa, manakala 16 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.Menurutnya, tujuh motosikal telah disita untuk tindakan lanjut, selain satu kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya."Saringan air kencing turut dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ke atas 12 individu, namun didapati negatif dadah."Kesemua sitaan dan tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan bagi pemeriksaan lanjut, manakala operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pelaksanaan operasi itu bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan serta mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas.Tambahnya, pihak polis akan terus memperhebat operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi membendung aktiviti samseng jalanan.Katanya, polis menyeru orang ramai supaya mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan budaya pemanduan berhemah demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.Operasi itu turut mendapat kerjasama AADK dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Mahu kekal bertenaga, alasan pemandu positif dadah – Zulkifly - Mygazette - 17/07 3:48 pm

Operasi ini memfokuskan lokasi terpilih termasuk plaza tol, stesen penguatkuasaan dan terminal bas bagi membolehkan saringan dilakukan secara menyeluruh terhadap pemandu berisiko tinggi, katanya kepada pemberita di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan malam tadi. Operasi bersepadu itu turut membabitkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)



Vape jadi medium ganja sintetik - Sinarharian - 11/07 7:20 am

SHAH ALAM Campuran ganja sintetik dalam cecair rokok elektronik (vape) mengakibatkan kerosakan neuropsikologi dan halusinasi ekstrem.Synthetic cannabinoid atau kanabis buatan ini dikesan digunakan melalui pengambilan cecair vape.Ia bukanlah magic mushroom seperti yang didakwa, sebaliknya ialah ganja sintetik berdasarkan hasil kajian Jabatan Kimia terhadap sampel yang diserahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Bagaimanapun, kanabis buatan boleh menjejaskan kesihatan mental serta meningkatkan risiko kecederaan fizikal akibat kehilangan daya pertimbangan




Reformasi     >>



Tabung Haji: JPM junjung tinggi titah Agong demi .. - Mkini
Kata Zulkifli, JPM bertekad pastikan TH kekal jadi institusi pengurusan haji yang kukuh, berintegriti, dan dipercayai rakyat
Kroni     >>



‘Jangan biarkan sahabat kita turun seorang .. - Harakahdaily
SANDAKAN: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) perlu menggerakkan dua bentuk amal utama, iaitu amal jamaei dan amal ijtimai secara seimbang bagi memperkukuh organisasi serta memperluas dakwah kepada masyarakat. Perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tawau, Mohd Rashidi Hamade berkata, amal jamaei ..
Tabloid     >>



Ketirisan sumber perikanan RM823.88 juta - Hmetro
Kuala Lumpur: Pencerobohan berterusan vesel penangkapan ikan asing ke perairan negara bukan sahaja mengancam kedaulatan maritim Malaysia, malah mengakibatkan negara menanggung ketirisan sumber perikanan yang dianggarkan mencecah RM823.88 juta. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Google Pixel 11 series and Watch 5: what to expect - Gsmarena
Google has a major event planned for August 12 (Wednesday) it will unveil the next generation of Pixel phones, as well as a new watch and perhaps its first smart tag too. Here is what we know so far, both officially and unofficially. Google is already posting teaser videos like the ones below. They ..
World     >>



Iran war live: Tehran sets Hormuz terms, Houthis claim .. - Aljazeera
IRGC sets conditions to reopen Strait of Hormuz as US seeks commitments to end attacks on ships in the waterway.
Motor Trend     >>



Buletin Autodeutsch Petronas Auto Expert Kuala Lumpur .. - Mekanika
# AUTODEUTSCH PETRONAS AUTO EXPERT KUALA LUMPUR RASMI DENGAN 11 SERVIS BAY Sebuah pusat servis baharu di bawah rangkaian PETRONAS AutoExpert kini mula beroperasi dengan menawarkan kemudahan yang lengkap untuk pemilik kenderaan, termasuk 11 service bay yang direka untuk menampung pelbagai ..