///

Search : Heitech Padu News   Page 1    





Sedia semak saham Farhash, terbukti Anwar PM telus - Wrlr - 28/03 6:49 pm

Oleh: Noraini Nordin ULASAN BERITA: Kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menyemak dengan Perbendaharaan berhubung pemilikan saham bekas Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam syarikat HeiTech Padu Bhd dan kaitannya dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, adalah suatu sikap yang terpuji

baru-baru ini dilaporkan membeli kepentingan 15.9% dalam HeiTech Padu yang mana syarikat itu dikatakan dalam senarai pendek untuk kontrak dengan Jabatan Imigresen bernilai RM1 bilion, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan menyemak perkara itu dengan Perbendaharaan terlebih dahulu. Tegasnya, beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas memperolehi maklumat lanjut mengenai perkara itu. "Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya. Semak butiran dengan Perbendaharaan Pertama, apabila Anwar ingin menyemak dengan Perbendaharaan, ia bererti pembelian saham oleh Farhash dalam Heitech Padu itu adalah di luar pengetahuan beliau, jauh sekali merupakan pertolongan daripadanya. Hal itu dengan jelas menunjukkan urusniaga pembelian saham adalah atas daya usaha Farhash sendiri yang memang sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan. Kontrak kerajaan Kedua, berhubung dakwaan pembelian saham HeiTech Padu itu dikatakan ada kaitan dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, Anwar secara jelas menunjukkan ketelusannya dengan ingin menyemak terlebih dahulu perkara tersebut. Bermakna, Anwar ingin mengetahui fakta terlebih dahulu tentang dakwaan yang dibuat terhadap bekas pegawainya itu. Yang ketiga, janji Anwar akan mengeluarkan kenyataan media setelah memperolehi segala fakta berkaitan, tidak lain merupakan suatu bukti ketelusan dan tidak ingin menyembunyikan sebarang rahsia daripada pengetahuan rakyat. Segala kenyataan yang bakal dikeluarkan PM nanti semata-mata berdasarkan fakta yang dibekalkan oleh Perbendaharaan kepadanya. Hakikatnya, selain menunjukkan ketelusan, Anwar juga membuktikan dirinya berpegang sistem tatakelola yang baik dalam menguruskan pentadbiran kerajaan dan tiada perkara perlu disembunyikan, terutama berkaitan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat yang dipertikaikan. ... Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.



Usah busukkan nama kerajaan Madani - Msomelayu - 21/03 7:15 am

Isham dipercayai membuat andaian itu berdasarkan selepas Farhash memperolehi kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyediaan khidmat teknologi untuk Jabatan Imigeresen. Khamis lepas, Bursa Malaysia telah mengumumkan HeiTech Padu Bhd mendapat lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta untuk perkhidmatan menyelenggara sistem imigresen MyIMMS

media sosial. Orang kuat Najib Razak itu juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataannya itu dianggap fitnah oleh Farhash? Menjelaskan dalam satu kenyataan, Farhash meminta agar Isham menarik balik kenyataan yang dibuat menerusi Tiktok itu. Sehubungan itu surat tuntutan telah dihantar kepada Isham petang semalam, demikian laporan dipetik. Isham dipercayai membuat andaian itu berdasarkan selepas Farhash memperolehi kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) dalam penyediaan khidmat teknologi untuk Jabatan Imigeresen. Khamis lepas, Bursa Malaysia telah mengumumkan HeiTech Padu Bhd mendapat lanjutan kontrak bernilai RM13.1 juta untuk perkhidmatan menyelenggara sistem imigresen MyIMMS. Ekoran sudah kecur mengenai hal itu Farhash Wafa telah membuat penjelasan pegangan saham yang dimiliknya dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd yang dimilik besama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V . Bagaimana pun menurut Isham dalam pemfailan di Bursa Malaysia tiada kedapatan nama Sultan Kelantan. "Untuk rekod Rostta Partners Sdn Bdh adalah milikan penuh syarikat Mfivesouthses Sdn Bhd yang mana ia dimilik secara bersama oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammads V dan saya, bukannya milik saya sendiri seperti didakwa segelintir ahli-ahli Parlimen pembangkang," demikian jelas Farhash Wafa ketika merespon persoalan pemilikan saham itu olehnya dari kalangan ahli parlimen. Apa yang hendak dijelaskan oleh Farhash Wafa disini, bahawa pemilikan saham berkenaan adalah bukan bersendirian melainkan bersama dengan seorang Sultan. Mungkin beliau tidak mampu untuk membelinya secara solo sehingga perlu berpakat dengan sultan. Tetapi apa dipertikaikan di sini termasuk oleh Isham Jalil ialah kenapa ia dianugerahkan kepada Farhash? Farhash dilihat istimewa di sini. Pembabitan nama Sultan Kelantan itu tidak akan menghentikan tundingan orang terhadap pemilikan saham itu oleh Farhash Wafa ianya tiada kaitan dengan perdana menteri. Selaku bekas setiausaha politik, beliau tidak boleh senang-senang untuk mengatakan beliau sudah "senjang" daripada Anwar. Sekiranya Isham Jalil dan mana-mana pihak mengaitkan pemilikan saham itu ada kena mengena atau atas restui perdana menteri ia tidak pelik dan aneh. Itu adalah bukan luar biasa apabila kita membuka kitab-kitab pentadbiran negara demokrasi termasuk negara ini. Dalam hal ini suka atau tidak, pemilikan saham oleh Farhash itu sama ada ia direstui atau tidak oleh Perdana Menteri, namun ia tetap akan dikaitan dengan perdana menteri kerana beliau pernah menjadi orang penting kepada Anwar sebelum ahli Parlimen Tambun itu menjadi perdana menteri. Sudah pasti kalau pun Farhash tidak mengetahui jalan untuk ke Puterajaya untuk "merukah" (panjat) pejabat Anwar Ibrahim, tetapi dia pasti masih ingat dengan baik, liku-liku dan jalan untuk ke pejabat Anwar semasa di Bukit Gasing, Petaling Jaya dahulu. Pemilikan saham oleh Farhash itu walaupun bersama Sultan Kelantan sedikit sebanyak ia tetap memberi bau tidak baik kepada kerajaan Madani pimpinan Anwar hari ini. Anwar sendiri memerlukan penjelasan tuntas untuk menolak tanggapan itu yang tentunya akan dikembangkan oleh pembangkang. Yang sangat-sangat diwaspadai jangan kerajaan Madani ini juga akan disamakan dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini. Jika sebelum ini dunia politik memberi persepsi buruk kepada bekas-bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib Razak atau Mahiaddin Yassin masing-masing ada "buah", maka Anwar juga dengan apa diperolehi bekas Setiausaha Politiknya itu juga memiliki "buah" tersendiri. Persepsi bahawa Anwar mewarisi permainan dan amalan bekas-bekas PM sebelum ini tidak boleh dihindari. Apa cara perlu dihentikan persepsi ini untuk menjaga nama baik dan wangi kerajaan Madani dan mengekalkan tatakelola yang baik. Kalau sebelum ini perlantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kewangan dipertikaikan hangit sehingga lantikan itu dibatalkan, nah, tindakan sama juga perlu diambil terhadap Farhash oleh Anwar. Mungkin Anwar tidak perlu membuat arahan kerana pemilikan saham itu tidak merupakan dosa atau melanggari peraturan Bursa Malaysia, tetapi jika Farhash ingin melihat kerajaan Madni ini murni beliau perlu melepaskan pemilikan saham yang diragui ada kena mengena dengan kroni itu. [wm.kl.6:48 am 21/03/2024]




News Buzz     >>



BMI: Malaysia???s fiscal deficit to narrow to 4.3pc in .. - Malaymail
BMI: Malaysia???s fiscal deficit to narrow to 4.3pc in 2024 ?? Malay Mail