///

Search : Hannah Yeoh News   Page 1    





Fitnah: Hannah Teruskan Saman Terhadap Pesuruhjaya Pas Perak - Wrlr - 28/01 5:04 pm

Hannah Yeoh telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman fitnah terhadap Razman kerana memfitnahnya sebagai anak YTL

maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini, dengan satu minit petikan dakwaan tersebut menjadi tular. Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya Pas Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit. Hantaran di X Hannah Yeoh yang akan meneruskan saman terhadap Razman kerana memfitnahnya sebagai anak YTL. Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama, kata ahli parlimen Segambut itu. Semalam, Pesuruhjaya Pas Perak itu mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai anak YTL. Razman yang juga Adun Semanggol, Perak turut memohon maaf kepada Yeoh dan kumpulan YTL atas kesilapannya itu. Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja. Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut, katanya melalui satu kenyataan. Razman dalam ceramah malam kelmarin mendakwa pemimpin DAP itu sebagai anak YTL. Kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay. Anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif. Yeoh bagaimanapun menjawab bukan semua Yeoh ada pertalian keluarga. Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana mengerat video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita. Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama, katanya. Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Pada 11 Disember lalu, Razman mengeluarkan memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan pada 24 Okt. Kenyataan kontroversi terbaru daripada Razman dibuat tidak lama selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, juga daripada Pas, membayar lebih RM830,000 kepada peguam tiga pemimpin DAP setelah kalah saman dalam kes yang hampir serupa.



Tunggu surat saman fitnah saya - Hannah beritahu Razman - Wrlr - 28/01 2:58 pm

Hannah Yeoh akan menyerahkan notis tuntutan kepada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, yang mendakwa pemimpin DAP itu mempunyai kaitan dengan keluarga Yeoh konglomerat YTL Corporation Bhd





Anak orang kaya YTL: Ini reaksi Hannah Yeoh, ramai harap Razman kena saman - Wrlr - 27/01 8:43 pm

MUKA DIGELAPKAN KERANA KAKI FITNAH INI BERDOSA BESAR DAN FASIK DALAM ISLAM.TAPI BODO DIMATA MASYARAKAT. Harapandaily January 27, 2025 Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil mengulas dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria kononnya beliau ahli keluarga pengasas konglomerat YTL Corporation Bhd

Parlimen Segambut itu mengenakan tindakan saman terhadap Razman. Tuduhan serkap jarang Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol itu turut mengingatkan banyak pihak dengan kes membabitkan Siti Mastura Muhammad. Ahli Parlimen Kepala Batas itu mengaitkan veteran DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng. Ekoran fitnah itu, pemimpin Pas berkenaan diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada ketiga-tiga pemimpin DAP terbabit sebanyak RM750,000. Mengulas dakwaan Razman, warganet secara sinis mengaitkan mereka yang mempunyai nama keluarga Chan malah watak animasi Jepun, Shin-chan sebagai anak kepada aktor popular dari Hong Kong, Jackie Chan. Dalam masa sama, orang ramai turut mempersoalkan daya fikir penyokong Pas memandangkan bukan sedikit pemimpin parti dari blok Perikatan Nasional (PN) itu terpalit dengan saman fitnah. Dulu Mastura cakap Lim Kit Siang dan Lim Kuan Yew sepupu (sudah kena saman RM830,000). Sekarang Razman pula cakap Hannah Yeoh anak Francis Yeoh (YTL). Saya tak tahu siapa yang lebih bodoh. Pemimpin Pas seperti Mastura dan Razman atau penyokong mereka, kata pemilik akaun X, @SyedAkramin.



Hannah Yeoh dan Hipokrasi PAS: Memahami Kepercayaan Beragama dan Toleransi - Wrlr - 1/01 8:20 am

Baru-baru ini, buku yang ditulis oleh Hannah Yeoh, diterbitkan pada tahun 2014, menjadi isu hangat dalam kalangan penyokong PAS dan golongan tertentu yang cuba mempersoalkan kandungannya

apabila beliau menyebut "duta Tuhan," ia jelas merujuk kepada Corinthians 5:20 dalam Bible, yang menyatakan bahawa penganut Kristian adalah "ambassadors for Christ." Hal ini tidak menghairankan kerana ia adalah selari dengan pegangan agamanya, sama seperti umat Islam yang percaya bahawa manusia adalah khalifah Allah di muka bumi, seperti yang disebut dalam surah al-Baqarah dan surah an-Nur. Namun, sikap segelintir pemimpin PAS dan pengikutnya yang menggunakan naratif ini untuk menyerang Hannah Yeoh memperlihatkan hipokrasi dan ketandusan toleransi beragama. Apakah asas untuk mempersoalkan kepercayaan agama lain sedangkan Islam sendiri mengajarkan hormat-menghormati antara agama? Surah al-Kafirun dengan jelas menyebut, "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." Sebagai umat Islam, tugas kita adalah memperkukuhkan keimanan kita sendiri, bukan menimbulkan kekeliruan dengan memanipulasi kepercayaan agama lain demi keuntungan politik. Sikap menyerang peribadi seseorang yang tidak bersalah seperti Hannah Yeoh bukan sahaja mencerminkan kebencian, tetapi juga mencerminkan kegagalan memahami inti pati Islam yang sebenar. Jika PAS dan penyokongnya benar-benar ingin memimpin masyarakat, mulakan dengan mencontohi adab Nabi Muhammad SAW, yang tidak pernah memperlekehkan kepercayaan penganut agama lain. Bukankah itu jauh lebih bermaruah daripada bermain politik murahan yang mencemarkan nama agama? "Katakanlah, 'Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu juga tidak akan menyembah apa yang aku sembah... Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.'" (Surah al-Kafirun: 1-6). Mantoba @ King Jason Aktivis Bloggers




Reformasi     >>



Sokongan negara maju diperlukan bantu bina semula Gaza - Mkini
Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia Syed Ibrahim Syed Noh berkata kos pembinaan semula Gaza dianggarkan mencecah trilion dolar.