///
Note: Possibly no NewsKini update until June 2024

Headlines : Malaysia Insight Bm News   Page 1    



Dr Mahathir disiasat SPRM berhubung pengisytiharan aset, kata Azam Baki - 25/04 5:58 pm

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad antara yang disiasat berhubung pengisytiharan aset, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. Azam Baki berkata bekas perdana menteri itu antara yang disiasat badan antirasuah itu susulan siasatan terhadap dua anak lelakinya.





SPRM mohon lanjut reman anak MB dan individu lain, kata Azam Baki - 25/04 5:33 pm

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon lanjutan reman terhadap anak menteri besar Perlis dan lima individu lain yang ditahan bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu RM600,000, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki. Beliau juga berkata lebih ramai lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan.





Anwar doakan kesembuhan Pak Lah - 25/04 3:38 pm

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim memanjatkan doa untuk kesejahteraan Abdullah Ahmad Badawi yang telah dimasukkan ke hospital di Institut Jantung Negara (IJN). Anwar di media sosialnya berdoa agar bekas perdana menteri yang lebih dikenali sebagai Pak Lah itu dijauhkan daripada sebarang kesulitan.





Anwar nafi rancang buka kasino di Forest City, Johor - 25/04 3:16 pm

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan Bloomberg News bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino di Forest City, Johor. Tidak benar, tidak benar. Lesen kasinoitu satu pembohongan, katanya kepada pemberita di Putrajaya.





UM mohon maaf kontroversi ahli akademik AS, janji ambil tindakan - 25/04 12:59 am

UNIVERSITI Malaya hari ini memohon maaf atas kontroversi yang ditimbulkan oleh ahli akademik Amerika Syarikat (AS) dengan kenyataan pro-Zionisnya awal minggu ini. Ia berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera untuk membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri penceramah warga asing jemputan itu.





KWSP struktur semula akaun ahli, perkenalkan Akaun Fleksibel - 25/04 12:44 am

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menstruktur semula akaun ahlinya berkuatkuasa 11 Mei untuk memasukkan akaun ketiga dinamakan Akaun Fleksibel bagi pencarum berusia bawah 55 tahun bagi menyediakan fleksibiliti keperluan kewangan jangka pendek. KWSP dalam pengumumannya hari ini berkata simpanan dalam akaun tiga itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.





Tokoh telco, teknologi sertai lembaga pengarah DNB - 25/04 12:35 am

DIGITAL Nasional Bhd (DNB) melantik lima ahli lembaga pengarah baharu, terdiri daripada pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa semalam. Dalam satu kenyataan, DNB berkata ia susulan perjanjian langganan saham yang ditandatangani antara DNB, Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dan lima pengendali rangkaian mudah alih pada 1 Disember.





Terima kasih Gutenberg - 25/04 12:00 am

HARI Buku Sedunia jatuh pada 23 April pada setiap tahun. Sambutan ini diadakan oleh Unesco untuk mempromosi budaya membaca, penerbitan dan hak cipta. Walaupun saya sudah mengenali buku mungkin bermula dari 2013, tetapi ia adalah sebagai satu bahan bacaan sahaja. Selepas saya melalui fasa yang agak lama semasa di latihan industri, saya memperoleh satu ilmu baru, iaitu bagaimana untuk melihat dan menghargai sesebuah buku dari sudut luarannya.





Menteri arah UM siasat kenyataan pro-Zionis ahli akademik AS - 25/04 10:54 am

UNIVERSITI Malaya (UM) diarah oleh Kementerian Pengajian Tinggi menyiasat dan melaporkan kembali kenyataan pro-Zionis yang dibuat seorang ahli akademik berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) awal minggu ini. Menteri Zambry Abdul Kadir juga menggesa institusi pengajian tinggi tempatan supaya lebih berhati-hati dalam memilih penceramah untuk majlis mereka.





Penembak KLIA minta dibicara atas cubaan bunuh isteri - 25/04 10:45 am

LELAKI yang melepaskan tembakan di KLIA, Hafizul Hawari meminta dibicarakan atas pertuduhan cuba membunuh isterinya Farah Isa, 37, di balai ketibaan lapangan terbang itu pada 14 April. Dia juga meminta dibicarakan atas pertuduhan kedua menyebabkan kecederaan parah terhadap Nur Hadith Zaini, 37, yang merupakan pengawal peribadi isterinya yang terkena tembakan.





[VIDEO] Kronologi nahas helikopter TLDM - 25/04 10:31 am

PERISTIWA hitam melanda negara selepas kejadian dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas pada 23 April. Nahas mengorban 10 anggota dan kru TLDM yang terdiri dari 7 lelaki dan 3 wanita.





Taikun adakan rundingan berhubung kasino di Forest City, kata laporan - 25/04 10:26 am

PUTRAJAYA dilaporkan sedang berbincang dengan dua taikun mengenai rancangan untuk membuka kasino di Forest City, Johor. Bloomberg News yang memetik sumber, hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu taikun Vincent Tan dari Kumpulan Berjaya dan Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting minggu lalu untuk membincangkan perkara itu.





CAAM batalkan sijil pengendali udara MYAirline - 25/04 9:08 am

PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membatalkan Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline Sdn Bhd yang berdepan masalah kewangan, berkuat kuasa 15 April. Menurut laporan dalam The Edge, ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu mencari pelabur baharu sebelum tarikh akhir 14 April.





Tahanan rumah tiada dalam undang-undang, kata sumber - 25/04 8:00 am

ISU titah adendum atau tambahan dalam pengampunan diraja Najib Razak tidak penting kerana ia menggesa penahanan rumah yang tidak wujud di bawah undang-undang Malaysia, kata beberapa sumber kerajaan. Pegawai yang tidak mahu dikenali berkata pengampunan diraja menawarkan tahanan rumah tidak terpakai di negara ini.





Larangan pamer rokok, vape cabaran kepada kami, kata peniaga - 24/04 5:35 pm

LARANGAN pamerrokok dan produk vape hanya akan menambah beban kewangan yang besar kepada kedai runcit, kata persatuan mereka hari ini. Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) berkata walaupun ia memahami matlamat kerajaan adalah untuk tidak menggalakkan tabiat merokok dan vape, langkah sebegitu bagaimanapun juga akan menimbulkan kesan kepada mereka.





Pembantu Nga calon DAP di KKB, kata laporan - 24/04 5:15 pm

SEORANG pembantu menteri DAP akan dinamakan sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu, lapor Malaysiakini. Portal berita itu berkata Pang Sock Tao akan diumumkan sebagai calon malam ini.





Biar SPRM siasat anak saya, kata MB Perlis - 24/04 5:07 pm

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan terhadap anak saya dan lima individu lagi yang ditahan hari ini, kata Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli. Mereka ditahan reman untuk dua hari susulan tuduhan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000 berhubung kontrak kerja awam kerajaan.





Tiada wartawan ditahan, tiada media ditutup, kata Fahmi - 24/04 4:56 pm

FAHMI Fadzil hari ini mempertahankan pendirian kerajaan perpaduan mengenai kebebasan bersuara, dengan mengatakan bahawa tindakan hanya diambil terhadap penyebaran fitnah. Menteri komunikasi yang juga jurucakap kerajaan berkata, kerajaan tidak bertindak terhadap mereka yang mengkritik kerajaan.





[VIDEO] Jangan pinggirkan kami! - 24/04 3:00 pm

SERING rasa disisihkan dan tidak dipedulikan, Orang Asli Kuala Kubu Baharu menggesa sesiapa sahaja yang menang dalam PRK Dun KKB 11 Mei ini akan membela nasib mereka. Ujar mereka, sebagai kaum minoriti di KKB, mereka merasakan diri mereka jauh ketinggalan darisegi pendidikan dan ekonomi. 24 April, 2024.





[VIDEO] KKB perlu calon segar untuk tarik undi, kata penggerak DAP - 24/04 2:50 pm

MESKIPUN telah tiga penggal memegang Kuala Kubu Bharu, DAP perlu calon baharu dan segar untuk menarik undi, kata penggerak DAP. Pada masa sama, pengundi dari segmen Cina, India dan Orang Asli juga akan memberi lebih banyak undi kepada calon baharu parti itu kelak, kata sumber DAP tempatan.





MIPP perlu henti budaya taat kepada pemimpin Perikatan, kata Ramasamy. - 24/04 1:02 pm

PENGARUH Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dalam Perikatan Nasional (PN) akan hanya berkesan jika parti itu mendapat sokongan masyarakat India, kata P Ramasamy. Ramasamy yang juga presiden parti berasaskan kaum India, Urimai bagaimanapun berkata kemasukan MIPP sebagai parti komponen PN adalah peningkatan besar terhadap status kaum India sebagai ahli bersekutu sebelum ini.





Suspek kes tembak KLIA didakwa dengan 7 pertuduhan - 24/04 12:03 am

SEORANG pengurus syarikat pelancongan yang juga suspek kes melepaskan tembakan di Terminal 1 Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) Sepang baru-baru ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api. Menurut laporan Berita Harian, tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.





Prestasi Malaysia buruk dalam laporan hak asasi manusia Amnesty .. - 24/04 10:00 am

KERAJAAN Malaysia gagal memenuhi komitmen untuk memperbaharui undang-undang yang menyekat hak kebebasan bersuara, menurut laporan hak asasi manusia Amnesty International bagi tahun 2023 yang diterbitkan hari ini. Laporan itu juga menyebut Malaysia terus menggunakan undang-undang yang menindas untuk menghentikan kritikan dan menghalang bantahan aman.





KKB perlu calon segar, kata penggerak DAP - 24/04 8:00 am

DAP yakin dapat menarik lebih ramai sokongan orang Melayu dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu akan datang dengan calon baharu yang segar dan lebih mesra. Pada masa sama, pengundi dari segmen Cina, India dan Orang Asli juga akan memberi lebih banyak undi kepada calon baharu parti itu kelak, kata penggerak DAP tempatan.





KL20 mengecewakan, kata pengasas 'startup' teknologi Malaysia - 23/04 5:44 pm

SIDANG kemuncang KL20 mengecewakan dan langsung tidak menawarkan faedah kepada syarikat permulaan tempatan (startup), menurut inovator syarikat permulaan teknologi. Pengasas Vidola Titans, Vishnu Kanth menerusi media sosial Linked In berkata tidak ada faedah diberikan kepada syarikat permulaan di persidangan itu.





CAP gesa kerajaan larang kedai makan beroperasi 24 jam - 23/04 4:49 pm

KUMPULAN masyarakat sivil menyokong langkah beberapa kedai makan memendekkan waktu operasi, dengan mendakwa makan lewat malam menyebabkan kesan negatif seperti penambahan berat badan, gangguan tidur dan masalah penghadaman. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata akses terhad kepada makan lewat malam akan lebih menyihatkan bagi rakyat Malaysia.





[VIDEO] Wanita simbah air panas dipenjara 10 tahun, denda RM6,000 - 23/04 3:57 pm

WANITA yang menyimbah air ke arah pemuda Orang Kelainan Upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda RM6,000. Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman tersebut kepada tertuduh, Oo Saw Kee 39 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.





[VIDEO] 2 Helikopter bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM maut - 23/04 2:02 pm

SERAMAI 10 anggota dilaporkan terkorban setelah dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung kira-kira pukul 9.32 pagi tadi. TLDM dalam satu kenyataan mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas.





Amalan hak asasi manusia di Malaysia tidak berubah, kata laporan - 23/04 12:32 am

HAK asasi manusia kekal tidak berubah di Malaysia sejak Laporan Negara berkenaan Hak Asasi Manusia sebelum ini, menurut Biro Demokrasi, Hak Asasi dan Buruh AS. Bagaimanapun, laporan itu berbeza daripada tahun sebelum ini apabila tiada laporan berkenaan kerajaan atau ejennya melakukan pembunuhan salah, termasuk pembunuhan di luar kebenaran undang-undang, dan tiada laporan kehilangan individu dilakukan oleh pihak berkuasa kerajaan.





2 helikopter TLDM terhempas, 10 mangsa maut - 23/04 11:05 am

SERAMAI 10 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi duapesawat helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas selepas berlanggar semasa latihan di pangkalan Lumut, Perak. Markas Tentera Laut mengesahkan kesemua 10 mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalam TLDM.





Teladan di 'jalan tikus' - 23/04 8:00 am

HARI Raya Aidilfitri disambut dengan semangat muhibah, dan kebiasaannya kebanyakan keluarga Melayu-Islam mengadakan rumah terbuka untuk saudara-mara serta jiran, rakan sekerja dan sahabat handai daripada pelbagai latar belakang. Aidilfitri disambut dengan begitu meriah, dan kita pasti disajikan dengan iklan-iklan raya yang menyentuh hati yang dihasilkan syarikat-syarikat korporat setiap kali musim raya tiba.





Parti India pro-Perikatan mungkin tidak tanding PRK KKB, kata presidennya - 22/04 5:45 pm

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) membayangkan ia akan menyokong calon Perikatan Nasional (PN) pada Piliha Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) dan tidak akan menuntut kerusi itu untuk parti berkenaan. Presidennya, Punithan Paramsiven berkata parti itu mungkin tidak akan bertanding kali pertama menerusi PRK itu.





Penduduk rumah panjang PJ kesal isu banjir gagal ditangani - 22/04 5:18 pm

PENGHUNI rumah panjang PJS 1 di Petaling Jaya semakin kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu banjir serta menjaga kebersihan kawasan itu. Mereka mengalami isu banjir sejak beberapa tahun lalu yang sebahagian besarnya berpunca daripada kegagalan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertindak dengan berkesan.





Penjelajahan baharu O&G di Pulau Pinang ancaman kepada biodiversiti, .. - 22/04 2:57 pm

AKTIVIS alam sekitar memberi amaran projek penjelasan cari gali minyak (O) terbaru Petronas di lembangan Langkasuka, kira-kira 30km dari Pulau Pinang, membawa ancaman kepada biodiversiti hidupan laut, kehidupan masyarakat nelayan dan pelancongan tempatan. Greenpeace dan Rimba Watch dalam satu kenyataan bersama projek itu juga tidak selari dengan sains iklim dan menjejaskan tanggungjawab mitigasi Malaysia.





Jangan bicara soal politik, Fahmi gesa Muhyiddin bawa balik menantu dahulu - 22/04 2:51 pm

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak layak membuat kenyataan berhubung hal ehwal semasa negara termasuk isu politik, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil. Fahmi berkata ini susulan kegagalan Muhyiddin bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendesak menantunya, Muhammad Adlan Berhan, pulang dan menghadapi pertuduhan jenayah pecah amanah jenayah.





Malaysia pencemar utama salah urus sisa plastik, kata laporan - 22/04 1:47 pm

MALAYSIA adalah antara pencemar terburuk dalam salah urus sisa plastik dengan setiap orang di negara ini bersalah kerana salah menguruskan 25.49kg setahun, menurut kajian yang dijalankan oleh pakar Utility Bidder . Ini meletakkan Malaysia di tempat ke-10 dalam laporan Pencemar Plastik, yang memprofilkan negara dengan sisa tersalah urus.





[VIDEO] Afidavit Zahid boleh satukan Umno, kata pemerhati politik - 22/04 1:46 pm

AFIDAVIT Ahmad Zahid Hamidi yang mengesahkan kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menghabiskan baki hukuman penjara di rumah adalah untuk mengukuhkan sokongan dalam Umno. Menurut penganalisis politik, tindakan Zahid yang juga presiden Umno itu sekali gus membuktikan beliau memenuhi janjinya untuk membela Najib kata pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Awang Azman Awang Pawi kepada The Malaysian Insight.





MIC akan bantu kempen PRK Kuala Kubu Baharu, kata Anwar - 21/04 4:51 pm

PRESIDEN MIC memaklumkan parti itu akan turun membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau menafikan laporan sebelum ini bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak akan turun berkempen di Kuala Kubu Baharu sekiranya gabungan itu tidak bertanding di kerusi tersebut.





Terserah Lembaga Pengampunan putuskan tahanan rumah Najib, kata PM - 21/04 4:34 pm

SEBARANG keputusan yang dibuat dalam Lembaga Pengampunan berhubung perkara berkaitan Najib Razak yang dipenjarakan adalah muktamad, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini. Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kata putus sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan, dan kerajaan persekutuan tidak akan mempersoalkan kuasa raja.





PKR terikat kerana berada dalam kerajaan, kata Rafizi - 21/04 1:06 pm

PKR terikat dengan dasar, kerahsiaan dan peraturan pentadbiran kerajaan yang menyekat parti itu daripada berani, kata timbalan presiden Rafizi Ramli. Menurutnya pemimpin parti itu berada dalam kerajaan dan mereka tidak boleh lantang seperti ketika berada dalam pembangkang.




News Buzz     >>



Najib tak beri arahan pada 1MDB pindah AS$1.03b kepada .. - Mgazette
Najib tak beri arahan pada 1MDB pindah AS$1.03b kepada syarikat Jho Low - Saksi ?? MalaysiaGazette
News Maker     >>



Malaysia ex-PM Mahathir under investigation, .. - Scmp
Malaysia ex-PM Mahathir under investigation, anti-corruption agency says ?? South China Morning Post
World     >>



China evacuates entire town as record rains, winds .. - Malaymail
China evacuates entire town as record rains, winds lash its south ?? Malay Mail Highest-level rainstorm warning issued in south China???s Guangdong ?? Al Jazeera English China floods: four killed in Guangdong sparking concerns over extreme weather defences ?? The Guardian Massive floods threaten ..
Business     >>



Pro-Palestine protesters forcibly removed from Emory .. - Fox5atlanta
Pro-Palestine protesters forcibly removed from Emory University campus, 28 arrested ?? FOX 5 Atlanta University of Southern California cancels its main commencement event, citing 'safety measures' ?? BBC Kennesaw State Students Protest for Palestine Education mdjonline.com ?? MDJOnline.com ..
Tech     >>



Fallout 4's free PS5 upgrade isn't currently free with .. - Eurogamer
Fallout 4's free PS5 upgrade isn't currently free with the PS Plus version ?? Eurogamer.net Fallout 4's 'next gen' update is over 14 gigs, breaks modded saves, and doesn't seem to change much at all ?? PC Gamer Fallout 4's Next-Gen Upgrade Is A Mess For PS Plus Owners ?? Kotaku Fallout 4 ..
Tech Hack     >>



Spain To Reopen Investigation Into Hacking of .. - Europeanconservati
Spain To Reopen Investigation Into Hacking of Premier's Phone ?? The European Conservative
Wireless Mobile     >>



Will HMD Surprise With A New Smartphone Launch This .. - NewsCom
Will HMD Surprise With A New Smartphone Launch This Week? ??? channelnews ?? ChannelNews
News Security     >>



Health conglomerate Kaiser notifies millions of a data .. - CNA
Health conglomerate Kaiser notifies millions of a data breach ?? CNA
Google Future     >>



Microsoft, Google drub quarterly earnings expectations .. - FMT
Microsoft, Google drub quarterly earnings expectations as AI drives revenue ?? Free Malaysia Today
Automotive Future     >>



University of Surrey launches self-driving cars safety .. - BBC
University of Surrey launches self-driving cars safety project ?? BBC.com