| /// |
|
| Search : Projek Usahasama News | Page 1 |
|
Penjenamaan semula wakaf PPZ perkukuh identiti pengurusan wakaf - Mgazette - 9/12 4:38 pm # Penjenamaan semula wakaf PPZ perkukuh identiti pengurusan wakaf KUALA LUMPUR Penjenamaan semula Wakaf PPZ kepada Wakaf Wilayah Persekutuan dibuat bagi mengatasi kekeliruan identiti sedia ada |
|
Pembukaan semula lorong di Jalan Batu Ferringhi sedang dipercepatkan .. - Mgazette - 9/12 4:38 pm # Pembukaan semula lorong di Jalan Batu Ferringhi sedang dipercepatkan - Exco GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempergiatkan kerja pembaikan di Jalan Batu Ferringhi berhampiran Moonlight Bay bagi memastikan lorong yang ditutup dapat dibuka semula dengan segera |
|
Projek tebatan banjir Sungai Kenau dijangka siap tahun depan Projek .. - Mgazette - 9/12 4:38 pm # Projek tebatan banjir Sungai Kenau dijangka siap tahun depan KUANTAN Projek rancangan tebatan banjir di Sungai Kenau, Sungai Lembing, di sini, dijangka siap 27 November tahun depan |
|
Projek lewat hanya sekitar tiga peratus – Nanta - Mgazette - 9/12 4:38 pm KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui terdapat projek lewat di bawah kementeriannya namun menegaskan jumlahnya hanya sekitar tiga peratus daripada keseluruhan projek yang sedang dilaksanakan |
|
Dua darjat exposed? Projek SAMA report flags ikan yu, ikan bilis disparity in post-2018 corruption cases - Malaymail - 9/12 3:44 pm PETALING JAYA, Dec 9 Is Malaysia a dua darjat two-tiered society, and do ikan yu (sharks) and ikan bilis (anchov... |
|
Malaysia, Korea Selatan perkukuh kerjasama dalam sistem pengangkutan pintar - Sinarharian - 9/12 2:40 pm KUALA LUMPUR - Malaysia memperkukuh kerjasama dengan Korea Selatan bagi menyokong pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi dalam Sistem Pengangkutan Pintar (ITS).Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kepimpinan global Korea Selatan dalam ITS, bandar pintar serta teknologi digital menjadikannya rakan strategik penting kepada Malaysia dalam melaksanakan Pelan Induk ITS Malaysia 2030.Beliau berkata, Malaysia dan Korea Selatan telah membina hubungan kerjasama erat selama beberapa dekad, selain kepakaran kejuruteraan Korea telah menyumbang kepada pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur utama negara sejak tahun 1990-an."Daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang hingga Menara Berkembar Petronas, keunggulan kejuruteraan Korea terpahat megah dalam landskap Malaysia."Struktur-struktur ini mengingatkan kita bahawa apabila Malaysia dan Korea bekerjasama, kita bukan sekadar membina infrastruktur, tetapi membina legasi," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Malaysia-Korea ITS Roadshow 2025 di sini pada Selasa.Alexander berkata, jerayawara itu menyediakan platform strategik untuk pertukaran pengetahuan, perkongsian inovasi dan penerokaan peluang baharu dalam ITS bersama penggubal dasar, pakar industri, penyelidik dan pengamal.Beliau berkata, acara itu turut mencatat perkembangan bersejarah dengan berlangsungnya majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) julung kali antara Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan (MOLIT).Katanya, perjanjian itu mencerminkan aspirasi bersama untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang ITS dan sistem tol pintar, teknologi pembinaan mampan serta penyelenggaraan infrastruktur dan pengurusan aset.Sementara itu,Alexander berkata, Malaysia kini menggiatkan pelaksanaan Pelan Induk ITS 2030, sebuah dokumen panduan yang membentuk dekad seterusnya dalam mobiliti digital negara."Ia bukan sekadar dokumen dasar, tetapi komitmen negara untuk memberikan impak nyata, mengurangkan kemalangan, memperkemas perjalanan, mengurangkan pelepasan karbon serta menyediakan pengalaman mobiliti yang setara dengan negara moden dan berpandangan ke hadapan."Pada asas setiap inisiatif ITS terdapat kisah manusia - tentang seorang ibu yang pulang dengan selamat, pekerja yang tiba ke pejabat tepat pada masanya, anggota respon kecemasan yang sampai lebih cepat dan kanak-kanak yang menyeberang jalan tanpa rasa takut |
|
Hanya 3% projek lewat, sakit, kata menteri - FMT - 9/12 1:30 pm Alexander Nanta Linggi berkata jawatankuasa khas sudah ditubuhkan untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan. |
|
Media nadi penting sokong usaha MAIWP - Mgazette - 9/12 7:49 am KUALA LUMPUR Rakan media disifatkan sebagai nadi penting dalam menyokong usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) khususnya dalam memperluas kefahaman masyarakat terhadap pembangunan ummah dan agenda kebajikan institusi itu |
|
Wujud campur tangan politik, cubaan tutup kes rasuah kerajaan – Azman - Mgazette - 9/12 7:49 am Mengikut pertuduhan, Azman didakwa bersubahat dengan ahli perniagaan, Ammar Assuat Abu Bakar di Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 5 petang, pada 23 Jun 2020. Ammar Assuat meminta dan menerima suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Mohd Hassanaim Fauzi sebagai upah bagi membantunya mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Sg |
|
Projek SUARA 2.0 highlights youths changemakers - BorneoPost - 9/12 7:03 am KUCHING (Dec 9): Some 60 youths from across the state gather here for the three-day Projek SUARA 2.0 run by Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) |
|
Azman dakwa tuduhan rasuah sengaja dibuat untuk alih perhatian - Sinarharian - 8/12 4:13 pm SHAH ALAM Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin selesai membayar ikat jamin RM75,000 selepas hampir empat jam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah.Bercakap pada sidang media selepas proses itu, Azman, 53, mendakwa pertuduhan terhadapnya sengaja dibuat bagi mengalihkan perhatian daripada kes-kes lain yang lebih besar, antaranya isu rakaman video 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, ia termasuk pendakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin."Semua ini berlaku mungkin disebabkan teguran saya mengenai soalan di Parlimen baru-baru ini. Disebabkan perkara itu, saya dituduh dengan kes yang tidak berasas malah dalam kertas pertuduhan, tidak dinyatakan bahawa saya meminta mahupun menerima rasuah."Nampak wayang lebih, saya harap tiada pihak menggunakan kuasa untuk menekan orang lain tapi dalam masa sama, menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi," katanya yang ditemani peguam, Afiq NardinMenurut Azman lagi, beliau yakin pertuduhan ke atas dirinya mempunyai unsur campur tangan politik bagi menutup isu lain.Ditanya punca pertuduhan dibuat selepas lima tahun kesalahan didakwa dilakukan, Azman berkata, soalan tersebut sepatutnya diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)."Itu kena tanya SPRM," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengamal media yang menanti sejak jam 11 pagi, memandangkan proses pembayaran jaminan tersebut memakan masa agak lama.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima suapan RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi di sini, jam 5 petang 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, SPRM menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi siasatan kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri sementara seorang ahli perniagaan telah ditahan pada Mac lalu, namun dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak Februari, melibatkan dakwaan penerimaan wang ratusan ringgit sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot. |
|
MP Padang Serai didakwa bersubahat rasuah projek ternakan lembu Kedah - Mgazette - 8/12 3:55 pm Mengikut pertuduhan, Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin bersubahat dengan ahli perniagaan, Ammar Assuat Abu Bakar di Jalan Medan Pusat 2D, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, kira-kira 5 petang, pada 23 Jun 2020. Ammar Assuat meminta dan menerima suapan wangtunai berjumlah RM400,000 daripada MohdHassanaimFauzi sebagaiupahbagi membantunya mendapatkan Projek Usahasama TernakanLembuPedagingSecara Fidlotdi LadangFidlotKedahAgro, Sg |
|
Kerajaan bersilih ganti tetapi rakyat masih derita kerana jalan masih .. - Mgazette - 8/12 3:55 pm # Kerajaan bersilih ganti tetapi rakyat masih derita kerana jalan masih berlubang - PM KUALA LUMPUR Politik negara yang stabil selama tiga tahun ini harus dimanfatkan untuk melakar program yang jelas dan melaksanakannya demi pembangunan untuk rakyat negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Kerajaan negeri tidak abaikan aduan banjir Kampung Bagan Jermal - Mgazette - 8/12 3:55 pm # Kerajaan negeri tidak abaikan aduan banjir Kampung Bagan Jermal GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif dan tidak mengabaikan suara penduduk Kampung Bagan Jermal dalam menangani isu banjir serta keretakan rumah, kata Joshua Woo Sze Zeng, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tikus |
|
Keperluan pusat data tidak sebabkan kenaikan tarif air domestik - Akmal Nasrullah - Sinarharian - 8/12 3:12 pm KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin dimaklumkan bahawa kadar tarif air domestik tidak akan dinaikkan semata-mata untuk menampung keperluan pusat data.Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan menetapkan kos penambahbaikan infrastruktur grid elektrik dan air bagi kemasukan pusat data ditanggung oleh pihak pemaju bagi mengelakkan kenaikan tarif terhadap pengguna, khususnya pengguna domestik.Beliau berkata, kemasukan pusat data dan peningkatan unjuran permintaan elektrik di Semenanjung memerlukan penambahbaikan grid bagi tempoh Regulatory Period 4 (RP4) bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027, susulan permintaan komited melebihi 7,000 megawatt (MW) yang ditandatangani melalui Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) antara syarikat pusat data dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), termasuk projek yang dijangka siap sehingga September 2025."Dalam hal ini, pendekatan user pays diperkenalkan dalam jadual tarif baharu di mana pengguna pusat data perlu menanggung kos tambahan pemantapan infrastruktur grid tersebut bagi mengelakkan kos ditanggung pengguna lain," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara pada Isnin.Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Rosni Sohar yang ingin mengetahui penilaian kerajaan mengenai kesan peningkatan pusat data terhadap penggunaan tenaga dan air negara serta jaminan tiada kenaikan tarif elektrik dan air yang akhirnya membebankan rakyat dan menjejaskan kesejahteraan ekonomi domestik.Menurut Akmal Nasrullah, kerajaan turut mewujudkan kategori tarif khusus Voltan Ultra Tinggi (UHV) bagi pusat data yang disambungkan pada voltan tinggi dan voltan amat tinggi bagi memastikan bekalan elektrik stabil serta mampan di premis pusat data berkenaan.Beliau memaklumkan penggunaan air bagi sistem penyejukan (cooling system) dan operasi pelayan (server) pusat data turut meningkat hasil pembangunan pusat data berskala besar, dan kerajaan sedang melaksanakan strategi pengurusan bekalan air mampan supaya keperluan sektor ini tidak menjejaskan pengguna domestik serta industri lain.Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan Garis Panduan Bekalan Air bagi Pembangunan Pusat Data berkuat kuasa 1 September 2025 yang memperincikan syarat teknikal perlu dipatuhi, meliputi proses dari perancangan hingga fasa operasi, termasuk pematuhan standard antaranya oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Piawaian (ISO) dan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC)."Operator juga digalakkan menggunakan teknologi hijau seperti sistem penyejukan efisien, penggunaan air boleh guna, pengumpulan air hujan dan kitar semula air dalam pengoperasian pusat data bagi mengurangkan kebergantungan kepada air terawat serta menyokong agenda kelestarian negara," katanya.Menjawab soalan tambahan Senator Dr Jufitri Joha mengenai kebimbangan penduduk terhadap penggunaan air bawah tanah oleh projek pusat data di Port Dickson, Akmal Nasrullah berkata, kawal selia pengambilan air tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, dan sebarang bantahan perlu dirujuk kepada pihak berkenaan |
|
Projek fitlot Kedah: Ahli perniagaan didakwa minta, terima rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 1:56 pm SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM400,000 berhubung projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Amar Assuat Abu Bakar, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut, daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun, sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, daerah Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah restoran dan tepi jalan berhadapan sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada 20 dan 23 Jun 2020.Dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin."Termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri sekali setiap bulan di pejabat SPRM," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri.Bagaimanapun, peguam, R Yoganathan yang mewakili tertuduh berkata, jumlah jaminan yang dicadangkan pihak pendakwaan bersifat keterlaluan."Kadar itu terlalu tinggi, seakan-akan bersifat menghukum, sedangkan anak guam belum disabitkan keslaahan malah tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri," katanya.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026. |
|
Pertuduhan subahat babit Azman defektif - Peguam - Sinarharian - 8/12 12:07 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pasukan pembelaan kepada Ahli Parlimen Padang Serai memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah membabitkan projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, yang dihadapi Datuk Azman Nasrudin, adalah defektif dan tidak berasas.Semasa prosiding di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin, peguam N. Surendran yang mewakili Azman, 53, berkata selepas meneliti pertuduhan berkenaan, ia didapati tidak sah dari segi undang-undang dan bercampur aduk.Beliau berkata perincian terhadap pertuduhan juga tidak menyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu berkenaan."Kami berpendapat berdasarkan pertuduhan, ia umpama dirangka, jadi tiada alasan untuk mengekalkannya."Susulan itu kami akan mencabar untuk membatalkan pertuduhan di Mahkamah Tinggi di sini," katanya yang hadir bersama peguam Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Dalam prosiding sama, beliau berkata pembelaan juga akan membuat rayuan supaya ahli politik Kedah itu tidak dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes berkenaan selesai.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima satu suapan berjumlah RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut didakwa dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini pada jam 5 petang, 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta tersebut.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin dan Asmaa' Zamri.Mahkamah membenarkan Azman dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkannya memenuhi syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026. |
|
KKR perlu lebih tegas terhadap kontraktor sambil lewa - PM - Sinarharian - 8/12 11:30 am KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kontraktor yang bersikap sambil lewa atau gagal melaksanakan projek yang diberikan mengikut jadual ditetapkan.Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu penting kerana KKR merupakan kementerian yang bertanggungjawab terhadap pelbagai projek pembangunan membabitkan kepentingan rakyat."Kena sentiasa ada usaha untuk kita percepatkannya kerana misalnya ada orang memerlukan jambatan itu siap pada Januari tetapi tertangguh hingga Februari, sebulan dia derita.. |
|
Anwar arah KKR ambil tindakan tegas kontraktor sambil lewa - FMT - 8/12 11:12 am Perdana menteri berkata KKR kementerian bertanggungjawab terhadap pelbagai projek pembangunan membabitkan kepentingan rakyat. |
|
Ahli Parlimen Padang Serai didakwa subahat kes rasuah RM400,000 - Sinarharian - 8/12 10:16 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan bersubahat berhubung kes rasuah RM400,000 dalam projek penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah, lima tahun lalu.Azman, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin.Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa bersubahat dengan seorang ahli perniagaan, Amar Assuat Abu Bakar, 41, untuk melakukan kesalahan menerima suapan, RM400,000 daripada seorang ahli perniagaan berusia 39 tahun.Ia sebagai upah membantu lelaki itu mendapatkan Projek Usahasama Ternakan Lembu Pedaging Secara Fidlot di Ladang Fidlot Kedah Agro, Mukim Sungai Laka, Kubang Pasu, Kedah daripada Kedah Agro Holding Berhad (KAHB).Kesalahan tersebut telah dilakukan hasil persubahatannya dengan mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif KAHB untuk mengeluarkan surat tawaran kepada lelaki itu bagi projek tersebut.Kesalahan didakwa dilakukan di tepi jalan berhadapan pejabat sebuah syarikat di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, di sini jam 5 petang 23 Jun 2020.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah.Bagaimanapun, Surendran merayu anak guamnya dikenakan hukuman minimum dengan alasan, ahli politik itu perlu menyara lima anak dan ibu yang berusia 82 tahun di Sungai Petani."Anak guam telah menjadi wakil rakyat di negeri itu selama beberapa penggal yang mana sebelum ini beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas."Mengambil kira latar belakangnya, saya mohon mahkamah tidak mengenakan syarat tambahan tersebut," katanya yang hadir bersama peguam-peguam, Nizamuddin Abdul Hamid, Sasha Lyna Abdul Latif dan Shahid Adli Kamarudin.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM75,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.Sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Januari 2026.Sinar Harian melaporkan, SPRM menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi siasatan kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri sementara seorang ahli perniagaan telah ditahan Mac lalu namun dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari, melibatkan dakwaan penerimaan wang ratusan ringgut sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot. |
|
Ahli Parlimen Padang Serai mengaku tak salah subahat rasuah - FMT - 8/12 10:10 am Azman Nasrudin didakwa menerima RM400,000 sebagai upah membantu sebuah syarikat dapat projek daripada Kedah Agro Holdings Berhad. |
|
PLSB Sungai Golok dibina ikut analisis kejuruteraan terkini - Sinarharian - 8/12 8:20 am KOTA BHARU Pembinaan benteng di sepanjang Sungai Golok merupakan komponen utama dalam mitigasi banjir Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dan direka berdasarkan analisis kejuruteraan terperinci.Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Ir Dr Siti Fairus Zakaria berkata, benteng berfungsi membendung limpahan air sungai ketika banjir, manakala terusan atau lencongan air pula adalah komponen tambahan sebagai langkah back up sekiranya berlaku keadaan luar jangka."Dalam reka bentuk PLSB Sungai Golok, pembinaan terusan atau lencongan turut dipertimbangkan |
|
Benteng penyelamat mengundang derita - Sinarharian - 8/12 8:00 am PEMBINAAN Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) yang bermula pada tahun 2021 dijangka mampu melindungi dan menyelamatkan lebih 40,000 penduduk di sepanjang Sungai Golok dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Meranti dan Gelang Mas (Pasir Mas) serta Rantau Panjang apabila siap sepenuhnya.PLSB yang merangkumi tiga fasa itu digambarkan sebagai projek mega yang mampu menamatkan banjir tahunan di sempadan MalaysiaThailand di Kelantan.Namun di sebalik harapan itu, terselit derita yang perlu ditanggung oleh penduduk di semua lokasi terlibat apabila projek dalam pembinaan itu menyebabkan kawasan rumah mereka dilanda banjir buruk setiap tahun sejak ia dibina.Situasi itu menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian mencecah ratusan ribu ringgit termasuk ada dalam kalangan penduduk khususnya di Rantau Panjang hilang tempat berteduh selepas rumah runtuh dihanyutkan banjir.Di Tumpat, penduduk perlu berdepan dengan banjir termenung hampir dua minggu sebelum ia surut sepenuhnya.Mengikut rekod Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 2024, Pasir Mas dan Tumpat masing- masing melibatkan kerugian sektor kediaman, berjumlah RM46.2 juta serta RM31.7 juta, sekali gus menjadi banjir terburuk sepanjang empat tahun sejak projek itu mula dibina.Melihat kepada kesan tersebut, timbul persoalan dalam kalangan penduduk, adakah projek yang mencecah lebih RM2 bilion itu benar-benar menyelesaikan masalah atau sekadar menambah derita baharu kepada penduduk di sepanjang Sungai Golok.Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin mendengar keluhan serta merungkai benteng yang dianggap penyelamat tetapi pada masa sama mengundang derita.Air naik cecah bumbungPenduduk di sepanjang Sungai Golok di sini mencadangkan agar Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang sedang dibina ditambah dengan anak sungai pada kadar segera bagi membebaskan mereka daripada terus menjadi mangsa banjir saban tahun.Mereka menyifatkan benteng yang sedang dibina di sepanjang Sungai Golok sepanjang 103km sejak 2021 itu bagaikan meragut nyawa serta memusnahkan harta benda.Sebelum ia dibina, penduduk hanya perlu berdepan banjir sedalam 0.3 meter dan tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana binaan rumah mereka tinggi dan air hanya melimpah di sekitar kawasan kediaman sahaja.Namun kewujudan PLSB yang dianggap menjadi penyelesaian kepada masalah banjir di sini berubah menjadi mimpi ngeri apabila penduduk dikejutkan dengan paras air sedalam 3 hingga 4 meter malah lebih daripada itu di sebahagian kawasan rendah.Boleh dikatakan kampung yang terletak di sepanjang Sungai Golok seperti Tersang, Lanchang, Gual To Deh dan banyak lagi hanya kelihatan bumbung sahaja walaupun rumah tinggi.Lebih memburukkan keadaan, ada sesetengah kawasan akan mengalami banjir termenung dalam tempoh yang lama sehingga ada mangsa banjir perlu berlindung di PPS sehingga hampir sebulan sementara menunggu air surut.Mewakili penduduk, Penghulu Mukim Lubok Gong, Mohd Ariffin Ismail berkata, mereka ketika ini keliru dengan status projek PLSB di mana menurut jangkaan awal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dijangka siap pada 2028."Sekarang pula kami diberitahu mungkin akan siap pada 2030 |
|
Janji PRN Sabah akan dilaksana mulai bulan ini, jamin PM - FMT - 7/12 9:03 pm Mesyuarat penyelarasan pantau pelaksanaan projek utama akan diadakan setiap bulan, kata perdana menteri. |
|
Pemaju Projek Water Body A didesak selesai isu rumah retak, banjir di Kg .. - Mgazette - 7/12 3:42 pm # Pemaju Projek Water Body A didesak selesai isu rumah retak, banjir di Kg Bagan Jermal GEORGE TOWN - Penduduk Kampung Bagan Jermal di sini, menggesa pemaju dan kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah kesan Projek Water Body A yang mengakibatkan kerosakan rumah serta banjir berulang di kampung bersejarah itu |
|
Semua janji semasa PRN Sabah dilaksanakan mulai bulan ini ??? Anwar - Mgazette - 7/12 3:42 pm # Semua janji semasa PRN Sabah dilaksanakan mulai bulan ini Anwar PUTRAJAYA Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan semua janji dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 khususnya menambah baik infrastruktur dilaksanakan bermula Disember ini |
|
'Semua manifesto PRN Sabah mula dilaksana bulan ini, tidak mungkir janji' - PM - Sinarharian - 7/12 3:11 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan semua janji dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 terutama naik taraf infrastruktur akan dilaksanakan bermula bulan ini.Sehubungan itu, beliau berkata, mesyuarat penyelarasan untuk memantau pelaksanaan projek utama akan diadakan setiap bulan bermula Disember ini."Kita tetapkan supaya Disember ini juga ada mesyuarat penyelarasan memantau pelaksana |
|
PM kecewa usaha kerajaan tenggelam, sampah dan maki hamun lebih menonjol - Sinarharian - 7/12 1:47 pm PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal apabila sebahagian maklumat sebenar mengenai dasar dan pencapaian kerajaan tidak sampai kepada rakyat seperti diharapkan.Menurut beliau, usaha kerajaan sering kali tenggelam kerana kandungan bersifat negatif lebih mudah mendapat perhatian di media sosial."Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid kata ada 140 ikhtiar atau inisiatif baharu |
|
Projek pembangunan dilaksana ikut keperluan sebenar rakyat - Fadillah - Sinarharian - 7/12 1:16 pm PUTRAJAYA - Projek pembangunan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, dilaksanakan mengikut keperluan sebenar bagi memastikan manfaatnya dirasai oleh rakyat secara menyeluruh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Fadillah berkata, pelaksanaan projek di bawah Kerajaan Madani tidak berasaskan pertimbangan politik, sebaliknya mengutamakan keperluan rakyat sekali gus memastikan golongan sasar mendapat manfaat."Ini sebenarnya memang berdasarkan keperluan sama ada wilayah atau pun negeri dan siapa yang perlu kita sasarkan."Sebab itu, siapa yang ada tanggapan mengatakan kita mendekati berasaskan politik itu adalah tidak benar sama sekali," katanya sebagai ahli panel pada forum bertajuk "Kerajaan Madani - Retrospektif dan Memeta Perjalanan ke Hadapan" di sini pada Ahad.Forum tersebut merupakan antara pengisian Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang diadakan sempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku, yang turut menampilkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ahli panel.Program Rancakkan Madani yang berlangsung di Dataran Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat, dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).Mengambil kira keperluan rakyat, Fadillah berkata, kerajaan turut melaksanakan subsidi bersasar termasuk pengapungan subsidi ayam dan telur, penstrukturan tarif elektrik, serta penyasaran diesel dan petrol RON95, yang berjaya menjimatkan kira-kira RM15.5 bilion setahun.Beliau berkata, penjimatan daripada subsidi tersebut digunakan untuk menyediakan bantuan tunai kepada rakyat, meningkatkan sektor pendidikan dan kesihatan serta membangunkan prasarana awam sekali gus memastikan rakyat merasai manfaat secara langsung daripada pencapaian kerajaan."Jadi, inilah yang Ahmad Zahid kata tadi pendekatan sekarang ini reformasi, dengan transformasi atau reformasi yang kita laksanakan inilah maka kita dapat pulihkan ekonomi negara," katanya.Mengulas hala tuju masa depan negara, Fadillah berkata, antara fokus utama kerajaan ialah memacu era digital, khususnya menerusi pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.Beliau berkata, pelaburan yang diluluskan dalam sektor itu pada 2024 sahaja mencecah RM378.5 bilion dan berpotensi mewujudkan 207,241 peluang pekerjaan baharu sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan pendapatan rakyat."Dengan teknologi baharu ini, kita nak pastikan negara kita akan dapat bersaing dalam kedudukan yang mencabar di peringkat dunia sekarang ini selain meletakkan kita pada landasan yang betul," katanya.Mengulas tumpuan kerajaan bagi tempoh seterusnya, Fadillah berkata, fokus mulai 2026 ialah melakar semula pembangunan negara menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).Beliau berkata, RMK13 akan memberi penekanan kepada ekonomi berasaskan penciptaan nilai, kemapanan dan inklusiviti, selain pelaksanaan reformasi menyeluruh yang digerakkan melalui kerjasama erat antara penjawat awam dan masyarakat.Fadillah menegaskan dasar dan perancangan yang baik perlu diterjemahkan secara bersama agar sasaran untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju, ekonomi mampan dan rakyat hidup sejahtera dapat dicapai, selaras dengan semangat Kerajaan Madani.Menyentuh kejayaan Malaysia di peringkat serantau, Fadillah berkata, negara membuktikan keupayaannya dalam bidang diplomasi menerusi peranan pada penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada Oktober lepas, termasuk dalam merancang dasar serta membawa masuk penyertaan negara ASEAN dan luar ke Malaysia."Pencapaian ini sekali gus memartabatkan imej negara di peringkat antarabangsa," katanya |
|
Maut dihempap pokok tumbang: Arwah buat part time Grab kumpul duit kahwin - Sinarharian - 7/12 11:00 am MELAKA - Penunggang p-hailing yang maut dalam kejadian pokok tumbang pada petang Sabtu dikatakan sedang berusaha mengumpul duit kahwin untuk majlis yang dirancang berlangsung pada Disember tahun depan.Kakaknya, Izzaty Hamidah Sharil, 27, berkata, walaupun adiknya, Muhammad Izzat Daanish Sharil, 22, mempunyai pekerjaan tetap namun masih melakukan pekerjaan sambilan sebagai penghantar makanan."Adik buat Grab walaupun sudah ada kerja tetap kerana sedang kumpul duit untuk kahwin tahun depan |
|
KPKT peruntuk RM85.6 juta bagi projek TRM - Mgazette - 7/12 7:49 am IPOH Projek Taman Rekreasi Madani (TRM) akan terus diperluaskan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM85.6 juta bagi tahun hadapan |
|
Seorang ahli Parlimen, ahli perniagaan didakwa kes rasuah Isnin ini - Mgazette - 7/12 7:49 am # Seorang ahli Parlimen, ahli perniagaan didakwa kes rasuah Isnin ini KUALA LUMPUR - Seorang ahli Parlimen dan seorang ahli perniagaan yang disyaki berhubung dakwaan rasuah yang berkaitan dengan usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah akan didakwa Isnin ini |
|
Projek di Sabah dipantau bulanan, kata Anwar - FMT - 6/12 8:15 pm Perdana menteri berkata ia bagi memastikan isu asas dapat diselesaikan tanpa berlengah, sekali gus mengurangkan masalah kelewatan projek. |
|
Rasuah ternakan lembu: Ahli Parlimen Padang Serai, ahli perniagaan akan didakwa Isnin - Sinarharian - 6/12 7:29 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin dan seorang ahli perniagaan yang disiasat berhubung dakwaan rasuah berkaitan usaha sama penternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah akan didakwa Isnin ini.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Shah Alam."SPRM telah mendapat izin mendakwa kedua-dua suspek berkenaan."Ahli Parlimen tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 dengan satu pertuduhan iaitu bersubahat menerima rasuah, manakala ahli perniagaan itu pula akan didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 dengan dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM telah menahan ahli Parlimen terbabit Khamis lalu bagi tujuan pertuduhan yang melibatkan satu kes usaha sama ternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah manakala ahli perniagaan tersebut telah ditangkap pada Mac lalu dan dilepaskan dengan jaminan.Siasatan yang dijalankan sejak bulan Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot.Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka susulan aduan diterima pada 10 Februari 2025 dan siasatan telah dijalankan dengan 15 orang saksi telah dirakam percakapan. |
|
Kerajaan Persekutuan, Sabah pantau projek infrastruktur utama secara bulanan - PM - Sinarharian - 6/12 6:54 pm KOTA KINABALU - Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah akan memulakan pemantauan bulanan terhadap semua projek air, elektrik dan jalan raya di negeri itu bermula Januari tahun depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan baharu itu penting bagi memastikan isu asas seperti bekalan air dan elektrik serta keadaan jalan raya yang masih belum memuaskan di beberapa kawasan, dapat diselesaikan tanpa berlengah, sekali gus mengurangkan masalah kelewatan projek.Beliau berkata, pemantauan itu merangkumi projek di bawah kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk projek pembaikan sekolah, infrastruktur kampung, Pan Borneo dan kerja-kerja naik taraf kritikal lain."Saya dah cadangkan pada Jawatankuasa di Jabatan Perdana Menteri, mulai Januari kita akan mulakan pemantauan projek bersama dengan kerajaan negeri |
|
Jabatan Landskap terima RM85.6 juta, sasaran bina 1,000 Taman Madani - Sinarharian - 6/12 6:23 pm IPOH - [DIKEMAS KINI] Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan RM85.6 juta kepada Jabatan Landskap Negara bagi pelaksanaan pelbagai projek termasuk sasaran mencapai 1,000 Taman Rekreasi Madani.Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu selaras komitmen kerajaan memastikan lebih banyak kawasan hijau berkualiti diwujudkan bagi kesejahteraan komuniti bandar.Menurutnya, dalam tempoh 24 bulan ini, sebanyak 216 taman Madani telah dibina di seluruh negara, melepasi jangkaan awal 100 taman setiap tahun."Tahun depan, kita juga sasarkan 100 lagi taman Madani baru diwujudkan."Perak sahaja sudah mempunyai 34 taman dengan yang terkini di Taman Tanjak, Batu Gajah |
|
'Saya segera kembali ke Sabah selepas PRN, elak anggapan janji musim pilihan raya' - PM - Sinarharian - 6/12 4:51 pm KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada Sabtu, seminggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai, dilihat sebagai komitmen jelas bagi memastikan rakyat tidak menganggap janji ahli politik hanya dibuat ketika musim pilihan raya.Beliau berkata, adalah penting untuk beliau kembali ke negeri itu sejurus selepas pilihan raya bagi mengelakkan sebarang persepsi terhadap ahli politik."Kerana saya tidak mahu ada anggapan bahawa janji orang politik itu sebelum pilihan raya, dan setelah menang, dia rasa selesa."Tapi seperti yang kita dengar sendiri, tadi sahabat saya, Datuk Seri Hajiji bahawa ini bukan budaya politik kita |
|
Orang ramai diingatkan patuhi arahan penutupan laluan di Jalan Aring - Sinarharian - 6/12 4:26 pm KUALA TERENGGANU - Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi arahan penutupan laluan FT036, Seksyen 89.00 Jalan Aring 8-Tasik Kenyir-Kuala Jeneris di Hulu Terengganu.Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat berkata, pengguna juga diingatkan menggunakan jalan alternatif yang ditetapkan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian sebuah kenderaan terjatuh ke dalam gaung ketika melalui jalan berkenaan semalam berulang."Keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan sebarang tindakan berisiko perlu dielakkan."Kami juga berharap masyarakat dapat terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sehingga projek pemulihan infrastruktur ini dapat dimulakan dan disiapkan dalam tempoh ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam kejadian petang semalam, sepasang bakal pengantin maut di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Kuala Berang.Kejadian itu dipercayai berlaku apabila SUV tersebut terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter ketika mangsa yang dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang melalui jalan yang ditutup.Sebelum ini jalan berkenaan ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh, berikutan hujan lebat pada musim tengkujuh pada November tahun lepas.Sambil menzahirkan rasa dukacita atas tragedi yang menimpa, Hanafiah berkata buat masa ini tiada laluan sementara dibuka di lokasi runtuhan selepas penilaian risiko mendapati potensi runtuhan masih wujud dan membahayakan pengguna.Terdahulu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam hantaran di Facebook berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memasang papan tanda amaran dan penghadang konkrit dengan jelas sebagai langkah keselamatan, manakala pemantauan berterusan turut dilaksanakan bersama oleh pihak konsesi."Penutupan laluan ini telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 merangkumi sebahagian Jalan Persekutuan FT36 dari Seksyen 55.60 hingga Seksyen 139.30," katanya |
|
Mahfuz gesa SPRM percepat siasatan kes ???lembu fidlot??? libatkan Ahli .. - Mgazette - 6/12 4:10 pm # Mahfuz gesa SPRM percepat siasatan kes lembu fidlot libatkan Ahli Parlimen PN KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa bertindak tegas dan mempercepatkan siasatan terhadap seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkait projek usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri Kedah |
|
Miti siap awal projek kampung, sekolah angkat Madani di Semenyih - FMT - 6/12 11:46 am RM1 juta diperuntukkan bagi naik taraf jalan, masjid dan sekolah termasuk akses internet 5G. |
|
PN tak campur tangan kes projek Fidlot Ahli Parlimen Padang Serai - FMT - 6/12 10:12 am Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan berkata pihaknya menyerahkan kepada proses perundangan. |
|
Lima lelaki aktif curi motosikal di Kota Bharu diberkas - Sinarharian - 6/12 9:39 am KOTA BHARU - Lima lelaki yang dipercayai aktif mencuri motosikal di sekitar daerah ini ditahan selepas polis melancarkan operasi khas Op Lejang hasil risikan dengan kerjasama beberapa balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, tangkapan itu dilakukan susulan tiga laporan berasingan membabitkan kehilangan motosikal sejak Ogos hingga November lalu di Kampung Lubuk Pukul, Padang Kiat Sering dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.Menurut beliau, pada 6 Ogos lalu polis menerima laporan berkait kehilangan motosikal di hadapan rumahnya di Kampung Lubuk Pukul, Banggu melibatkan seorang lelaki berusia 50-an."Kes kedua pula diterima pada 5 September melibatkan mangsa berusia 20-an, manakala kejadian ketiga pada 23 November membabitkan seorang lelaki 40-an di kawasan parkir motosikal PPR Kota Bharu."Ketiga-tiga kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan |
|
PN serah sepenuhnya kepada SPRM siasat kes rasuah Ahli Parlimen Padang Serai - Sinarharian - 6/12 8:28 am KOTA BHARU - Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan ke atas Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin yang ditahan berkait kes rasuah.Beliau berkata, pihaknya sama sekali tidak akan mencampuri urusan tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada proses perundangan untuk mengambil tempat."Kita serah pada proses perundangan, tengok hasil siasatan macam mana. Perkara ini masih dalam siasatan, saya tidak boleh komen lebih," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat (Bersama Masyarakat India) Peringkat Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini pada Jumaat malam.Menurut beliau, PN terbuka dalam isu tersebut dan berharap Ahli Parlimen Padang Serai itu diberikan hak untuk mendapatkan peguam.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Azman mengesahkan beliau ditahan SPRM bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.Walau bagaimanapun beliau tampil mempersoalkan tindakan pertukaran statusnya daripada saksi kepada tertuduh dalam kes tersebut. |
|
Rafizi dedah plot twist dalam kes surat sokongan libatkan Shamsul Iskandar - Mgazette - 6/12 7:35 am # Rafizi dedah plot twist dalam kes surat sokongan libatkan Shamsul Iskandar KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan apa yang disifatkan beliau _plot twist _berhubung kes surat sokongan melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin |
|
Isteri Bayar Jaminan Albert, Shamsul Guna Duit Sumbangan * Hutang Punca... - Mgazette - 6/12 7:35 am # Isteri Bayar Jaminan Albert, Shamsul Guna Duit Sumbangan * Hutang Punca Kereta Diserang #MGFlash (LIVE) Isteri Bayar Jaminan Albert, Shamsul Guna Duit Sumbangan * Hutang Punca Kereta Diserang Isteri Bayar Jaminan Albert Tie, Shamsul Guna Wang Sumbangan Guru Disiplin Sekolah Zara Nafi Lindungi Pihak Tertentu Lelaki Pakai Baju 'Aku Kuat Aku Ultraman' Di Denda RM4,000 Tak Dibayar Gaji Minimun, 6 Tukang Sapu Menang Saman Majikan Tuntut Hutang Punca Insiden Kereta Di Serang Di Sg |
|
Projek Fidlot: Ahli Parlimen Padang Serai akan dituduh pada Isnin - FMT - 5/12 7:41 pm Azman Nasrudin disiasat atas dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah untuk projek fidlot. |
|
Projek fidlot Kerajaan Kedah: Ahli Parlimen Padang Serai sahkan ditahan SPRM - Sinarharian - 5/12 6:47 pm ALOR SETAR Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin mengesahkan beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan pertuduhan berhubung projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.Walaubagaimanapun beliau tampil mempersoalkan tindakan pertukaran statusnya daripada saksi kepada tertuduh dalam kes tersebut.Menurutnya, beliau sebelum ini dipanggil ke SPRM Kedah pada 25 Mac lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan projek feedlot di bawah Kedah Agro.Beliau kemudiannya dihubungi pagi Khamis oleh pegawai penyiasat SPRM Kedah sebelum diminta bertemu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh arah utara, sebelum dibawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur."Saya dimaklumkan bahawa saya bukan lagi hadir sebagai saksi, tetapi sebagai individu yang akan dituduh di mahkamah |
|
PN Kedah tunggu maklumat lengkap Ahli Parlimen ditahan SPRM - Sinarharian - 5/12 5:46 pm ALOR SETAR Perikatan Nasional (PN) Kedah masih menunggu maklumat lengkap berhubung penahanan seorang Ahli Parlimen di negeri ini yang dikaitkan dengan gabungan itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Khamis.Penahanan itu bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri, susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot.Menurut Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, beliau setakat ini mengetahui perkara tersebut melalui laporan media sahaja."Saya belum menerima apa-apa maklumat terperinci |
|
Projek lembu fidlot: Ahli Parlimen dari Kedah ditahan SPRM Projek lembu .. - Mgazette - 5/12 3:20 pm # Projek lembu fidlot: Ahli Parlimen dari Kedah ditahan SPRM KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen dari Kedah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri itu |
|
Kios niaga, lampu solar lonjak ekonomi Pulau Tuba - Sinarharian - 5/12 12:12 am LANGKAWI - Pulau Tuba yang terletak kira-kira lima kilometer dari Jeti Kuah, kini bernafas baharu sebagai destinasi pelancongan komuniti dengan pelbagai tarikan dan peluang ekonomi yang semakin berkembang, hasil pelaksanaan pelbagai projek pembangunan.Pulau kecil yang sebelum ini berdepan kekurangan infrastruktur asas berubah wajah dengan pelbagai kemudahan baharu seperti kios niaga dan lampu solar selepas diangkat sebagai Kampung Angkat Madani (KAM) dan digerakkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).Antara inisiatif utama ialah pembinaan kios makanan di Kampung Selat Bagan Nyiur yang membolehkan penduduk menjual makanan dan minuman kepada pelancong serta pengunjung tempatan.Kumpulan Wanita Teluk Berembang yang mengusahakan LekoShow, sebuah perniagaan tempatan yang terkenal di pulau ini khusus dalam pembuatan keropok lekor ikan kebasi.Ia telah menjadi tempat persinggahan wajib dan tarikan utama bagi pelancong yang berkunjung ke Pulau Tuba dan berjaya mewujudkan peluang pekerjaan untuk komuniti setempat daripada proses mencuci ikan sehinggalah kepada menggoreng keropok lekor.Pengusahanya, Rosnani Che Ghazali, 49, dari Kampung KEDA Teluk Berembang berkata, sejak menerima kemudahan itu, jumlah pelancong yang berkunjung ke Pulau Tuba meningkat dengan ketara.Menurutnya, golongan wanita khususnya ibu tunggal turut menerima manfaat daripada perkembangan ekonomi tersebut."Sebelum ini, pelancong datang ke Pulau Tuba akan menyatakan pulau ini tiada apa |
|
Ahli Parlimen ditahan SPRM berhubung projek fidlot Kerajaan Kedah - Sinarharian - 5/12 11:30 am ALOR SETAR Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri.Menurut sumber, penahanan itu susulan siasatan yang dijalankan sejak Februari lalu, melibatkan dakwaan penerimaan kira-kira RM400,000 sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi projek fidlot tersebut."Kertas siasatan telah dibuka susulan aduan yang diterima pada 10 Februari 2025."Siasatan berkaitan kes ini telah dijalankan dan melibatkan seramai 15 orang saksi yang telah dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan tangkapan berkenaanBeliau berkata, Ahli Parlimen terbabit telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 sebelum dibebaskan dengan jaminan. |
|
Ahli Parlimen ditahan berkait projek lembu RM400,000 di Kedah - FMT - 5/12 11:26 am Individu tersebut dirakam percakapan bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM 2009 dan dilepaskan dengan jaminan. |
|
MTVET setuju tubuh Jawatankuasa Interim Data Raya TVET - Mgazette - 5/12 7:57 am # MTVET setuju tubuh Jawatankuasa Interim Data Raya TVET KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis TVET Negara (MTVET) bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Interim Data Raya TVET di bawah seliaan terus MTVET sebagai struktur penyelarasan nasional yang lebih berautoriti dan mampan |
|
PRN Sabah: PH hormati keputusan rakyat Sabah – PM Anwar PRN Sabah: .. - Mgazette - 5/12 7:57 am # PRN Sabah: PH hormati keputusan rakyat Sabah - PM Anwar SINGAPURA - Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, sambil mengakui isu legasi pembangunan dan sentimen warisan terhadap Persekutuan mungkin mempengaruhi kecenderungan pengundi |
|
Malaysia-Singapura meterai perjanjian tambahan RTS Link - FMT - 4/12 9:40 pm Perjanjian ini memuktamadkan perbincangan untuk kemudahan imigresen bersama bawah projek itu. |
|
PRN Sabah: PH hormati keputusan rakyat Sabah - Anwar - Sinarharian - 4/12 7:18 pm SINGAPURA - Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, sambil mengakui isu legasi pembangunan dan sentimen warisan terhadap Persekutuan mungkin mempengaruhi kecenderungan pengundi.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah menyalurkan bantuan besar bagi projek jalan raya, bekalan air dan elektrik, namun beberapa projek masih belum disiapkan sekali gus menimbulkan keresahan rakyat dan persepsi serta menyalahkan Persekutuan."Walaupun bantuan telah disalurkan dalam jumlah besar, masalah masih wujud kerana beberapa projek belum selesai sepenuhnya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |